Anda di halaman 1dari 8

KHUTBAH JUMAAT

“PERSAUDARAAN ISLAM MENGUKUHKAN PERPADUAN UMMAH”


(14 Oktober 2016M/ 13 Muharam 1438H)
__________________________________________________________________________________________________________________

ِ ‫الـح ْم ُد ِهللِ ا ْل َق‬


: ‫ائ ِل‬ َ

0 0َ ‫ ُد أ َ َّن‬0 0 ‫ه‬0َ ‫ش‬


‫ا‬00 0َ‫يِّ َدن‬0 0 ‫س‬ ْ َ ‫ َوأ‬،‫ر‬0ُ 0 0‫األ َ ْم‬ 0َ ‫ ُه ا ْلـ‬0 0‫ َل‬،‫ ُه‬0 0‫ك َل‬0َ 0 0‫ ِريْـ‬0 0 ‫ش‬
ْ ‫ ْلقُ َو‬0 0 ‫خ‬ 0 ْ ‫ َه إِ َّال اهللُ َو‬0 0 ٰ‫ ُد أ َ ْن َال إِ َلـ‬0 0 ‫ه‬0َ ‫ش‬
0 0َ ‫ َدهُ َال‬0 0 ‫ح‬ ْ َ‫أ‬
َ ،‫خ ِر‬ ِ ‫ف َو َم َر‬ ِ ‫الشر‬
َ‫ارك‬ َ َ‫س َّل َم َوب‬ َ ‫ص َّلى اهللُ َو‬ ْ َ‫ب ا ْلف‬ِ ‫ات‬ َ َّ ‫ص ْو ِل‬ ُ ُ ‫ َحازَ َع َلـٰى أ‬،‫س ْو ُل ُه‬ ُ ‫ـح َّم ًدا َعبْ ُدهُ َو َر‬ َ ‫ُم‬
ُ‫ َّليْل‬0‫ب ال‬0 َ 0‫ َعا َق‬0َ‫ا ت‬00‫ني َم‬ َ ْ ‫ع‬0ِ 0‫تَّا ِب‬0‫ ِر َوال‬0‫زُّ ْه‬0‫م ِ ال‬0‫ج‬ ْ ‫ه‬0ِ 0‫حا ِب‬0
0ُ ْ‫األَن‬ َ 0‫ص‬0 0 ْ َ ‫ َوأ‬،َ‫ن‬0ْ‫ ِري‬0‫اه‬ِ َّ‫ط‬0‫ني ال‬ َ ْ ‫طَّيِّ ِب‬0‫ه ال‬0ِ 0ِ‫ َلـٰى آل‬0‫ َليْ ِه َو َع‬0‫َع‬
،ِ‫ت َ ْق َوى اهلل‬0‫اي ِب‬0 َ 0‫يْ ُك ْم وَإِ َّي‬0‫ص‬ 0 0 ِ ‫ ُق ْوا اهللَ َوأ ُ ْو‬0َّ‫ ِات‬،ِ‫بَا َد اهلل‬0‫يَا ِع‬0َ‫ ف‬،‫ ْع ُد‬0َ‫ا ب‬00‫ أ َ َّم‬.‫ َقطْ ُر‬0‫ز ََل ا ْل‬0َ‫ا ن‬00‫ار َو َم‬ ُ ‫ن َّ َه‬0‫َوال‬
.َ‫ـمت َّ ُق ْون‬ُ ‫فَ َق ْد فَازَ ا ْل‬
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah subhanahu
wata’ala dengan sebenar-benar takwa dengan melaksanakan segala perintah-
Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita sentiasa berada di
dalam rahmat serta mendapat perlindungan Allah subhanahu wata’ala demi
mencari keredhaan-Nya di dunia mahu pun di akhirat. Mimbar pada hari ini akan
membicarakan khutbah yang bertajuk: “Persaudaraan Islam Mengukuhkan
Perpaduan Ummah”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Persaudaraan yang kukuh dalam kalangan masyarakat Islam, mampu menjana
kejayaan dan kecemerlangan kepada kesejahteraan negara. Oleh yang demikian,
persaudaraan atas tali Islam adalah elemen yang sangat penting dalam

1
menyatukan ummah bagi memastikan keharmonian, kemerdekaan dan
kedaulatan negara terus kekal.

Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan ikatan persaudaraan ini?


Ya, agama Islam telah meletakkan dasar-dasar praktis dan cara yang positif
dalam usaha memperkukuhkan ikatan kasih sayang dan memperdalamkan roh
ukhuwah ini. Jika umat Islam berpegang teguh, nescaya persaudaraan itu akan
semakin mengukuh umpama dalam satu binaan yang saling menguatkan antara
satu sama lain secara harmoni dan mesra, walaupun dirintangi pelbagai cabaran
yang cuba menggagalkan usaha kemajuan serta membangkitkan isu-isu
perpecahan di antara masyarakat Islam. Hal ini telah dirakamkan melalui firman
Allah subhanahu wata’ala dalam Surah al-Hujurat, ayat 10:

Maksudnya: “Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka


damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan
bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Sekalipun semua prinsip dan nilai Islam kekal dan jelas malah dipercayai cukup
sempurna, tetapi kita mestilah menyedari bahawa kita tidak boleh mengembalikan
kedudukan dan kekuatan untuk membina dan membangunkan tamadun agama,
bangsa dan negara seandainya perpecahan dan fitnah masih lagi berleluasa.
Allah subhanahu wata’ala telah mengingatkan kita di dalam ayat 46, Surah al-
Anfal:

2
Maksudnya: “Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu
berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan
hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan
cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar”.

Sesungguhnya perkara yang paling penting untuk ditumpukan ialah mengamalkan


manhaj atau pendekatan yang seimbang (wasatiyah) kerana agama Islam adalah
agama yang berasaskan keseimbangan dan toleransi. Maka reformasi tidak boleh
dicapai jika ada kebencian, hasad dengki dan permusuhan. Ada pun sifat kasih
sayang, akhlak yang baik, bertoleransi dan bersangka baik itu adalah jaminan
selepas keimanan kepada Allah subhanahu wata’ala dalam melahirkan umat yang
baik dan masyarakat yang stabil serta negara yang aman makmur.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Ketahuilah, bahawa perselisihan antara umat manusia itu merupakan sunnatullah.
Namun, uslub perbincangan yang dilakukan secara hikmah, lembut, bersangka
baik dan mesra adalah amat dituntut bagi mendapatkan kata sepakat dan
keberkatan. Setiap umat Islam wajib mengetahui bahawa mengukuhkan tali
persaudaraan itu adalah jihad yang membawa penyatuan, bukannya perpecahan.
Dengan itu, dapatlah kita mengalahkan segala musuh terutamanya musuh yang
ada dalam diri kita iaitu nafsu dan godaan syaitan. Selain itu, kita juga hendaklah
menjauhkan diri dari jalan-jalan yang boleh membawa kepada ekstremis, taksub,
berpecah-belah, tidak berakhlak dan seumpamanya. Ini bertepatan dengan sabda
Nabi sallallahu alaihi wasallam iaitu:

Maksudnya: “Daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu anhuma bahawa Nabi sallallahu


alaihi wasallam bersabda pada hari pembukaan Kota Mekah: ‘Tiada lagi hijrah
selepas pembukaan Kota Mekah, tetapi (yang tinggal hanyalah) jihad dan niat.
Oleh itu, jika kamu diminta keluar berjihad, maka keluarlah!”.
(Hadis Riwayat Imam al-Bukhari)
3
Tuntasnya, hijrah banyak mengajar kita makna perpaduan. Lihat sahaja
bagaimana kejayaan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dalam menyatukan Aus
dan Khazraj yang saling bermusuhan atas nama persaudaraan dan demi kasih
sayang kepada Allah subhanahu wata’ala. Oleh itu, Islam melarang keras
sebarang bentuk penindasan, kezaliman, kekejaman atau permusuhan dilakukan
kerana Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Jika dilihat dari sudut era globalisasi, hijrah itu merangkumi perubahan dan
penghijrahan dari pelbagai aspek iaitu dari sudut fizikal, minda, sikap, hati, selain
persekitaran dan sebagainya. Perubahan ini mampu mengubah keadaan hidup
sama ada dari segi ekonomi, sosial, pendidikan dan taraf hidup. Kini, negara kita
telah mengalami banyak perubahan dan pencapaian dari satu peringkat kepada
peringkat yang lain yang lebih baik dan cemerlang. Yang pasti, ia memberikan
lebih banyak keberkatan dan kesejahteraan serta dapat pula dimanfaatkan bagi
kepentingan hidup di dunia ini dan bekalan di akhirat nanti.

Disedari atau pun tidak, umat Islam yang terdiri daripada dua golongan yang
saling kuat-menguatkan antara satu sama lain ibarat golongan Ansar (penolong)
dan Muhajirin (yang dibantu), tumbuh menjadi sebuah masyarakat Islam yang
dinamakan ummah Islamiah yang semakin kukuh dan mampu mempertahankan
diri sekiranya mereka dapat menamatkan sebarang permusuhan melalui agenda
persaudaraan atas semangat Ukhuwah Islamiah.

Oleh itu, mimbar menyeru sidang jemaah sekalian, marilah kita kembali kepada
ajaran Islam yang sebenar agar kesatuan kita semakin rapat dan kuat sehingga
musuh tidak lagi berani memperkotak-katikkan kita sesuka hati. Hijrah berjaya
menukarkan insan yang tertindas kepada yang bebas, insan yang dihina kepada
yang mulia, dan insan yang lemah bertukar menjadi kuat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Marilah kita terus memperkasakan tali persaudaraan sesama kita mendokongi
usaha kerajaan dalam mengekalkan perpaduan, hidup rukun dan harmoni serta
4
penuh mahabbah yang menjadi transformasi kepada kemakmuran negara
sebagai bukti solidariti ummah di negara ini dalam mempromosi keamanan tanpa
mengira fahaman politik.

Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang Jumaat
sekelian untuk menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman
di dalam kehidupan kita, antaranya:

Pertama: Hijrah adalah simbolik tersemainya semangat persaudaraan


Islam (ukhuwah Islamiah) yang ditanam dalam diri umat Islam
sehingga dapat menyelesaikan sebarang perbalahan sesama
sendiri.

Kedua: Hijrah menyuntik kejayaan hidup bersatu padu dengan


membentuk suatu pegangan yang kuat sehingga dapat
menyelesaikan segala masalah berpaksikan akidah Islamiah.
Ketiga: Memperkasakan Islam melalui lapangan jihad ilmu, ekonomi
dan pembangunan umat adalah contoh yang sangat praktikal
bagi melunaskan semangat hijrah dalam makna yang lebih
meluas.

Marilah kita hayati firman Allah subhanahu wata’ala dalam Surah an-Nisa’, ayat
100 :
ِ ‫ن ال َّر‬
ِ ‫جيْم‬ َّ
ِ ‫الشيْطَا‬ ‫هلل ِم َن‬
ِ ‫أَعُوذُ ِبا‬

5
Maksudnya: “Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah (untuk membela dan
menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah
yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya
dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati (dalam
perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap tetap pahala hijrahnya di sisi Allah.
Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

ِ ‫ َوﻧَـﻔَ َﻌﻨِﻲ َوإِﯾﱠـﺎ ُﻛـ ْﻢ ﺑِــ َﻤﺎ ﻓِـ ْﯿ ِﮫ ِﻣ َـﻦ ْاﻷَﯾَـﺎ‬،‫ان ْاﻟـ َﻌ ِﻈﯿ ِْﻢ‬
‫ت‬ ِ ‫ـﻲ َوﻟَـ ُﻜ ْﻢ ﻓِـﻲ ْاﻟـﻘُﺮْ َء‬ ْ ِ‫ك ﷲ ُ ﻟ‬ َ ‫ﺑَـﺎ َر‬
‫ أَﻗُ ْـﻮ ُل ﻗَ ْـﻮﻟِ ْـﻲ‬.‫ إِﻧﱠـﮫُ ھُـ َﻮ اﻟـ ﱠﺴ ِﻤﯿ ُﻊ ْاﻟـ َﻌﻠِ ْﯿ ُﻢ‬،ُ‫ َوﺗَـﻘَﺒﱠ َﻞ ِﻣـﻨﱢﻲ َو ِﻣـ ْﻨ ُﻜ ْﻢ ﺗِـﻼَ َوﺗَـﮫ‬،‫َواﻟـ ﱢﺬ ْﻛ ِـﺮ ْاﻟــ َﺤ ِﻜﯿ ِْﻢ‬
‫ َو ْاﻟـ ُﻤ ْﺆ ِﻣـﻨِﯿ َْﻦ‬،‫ت‬
ِ ‫ـﺮ ْاﻟ ُﻤﺴْـﻠِ ِﻤﯿ َْﻦ َو ْاﻟ ُﻤﺴْـﻠِ َﻤﺎ‬ ْ ِ‫ٰھ َﺬا َوأَﺳْـﺘَ ْﻐﻔِ ُﺮ ﷲَ ْاﻟـ َﻌ ِﻈ ْﯿ َﻢ ﻟ‬
ِ ِ‫ـﻲ َوﻟَـ ُﻜ ْﻢ َوﻟِـ َﺴﺎﺋ‬
.‫ﱠﺣ ْﯿ ُﻢ‬ ِ ‫ت ْاﻷَﺣْ ﯿَﺂ ِء ِﻣ ْﻨﮭُ ْﻢ َو ْاﻷَ ْﻣ َﻮا‬
ِ ‫ إِﻧﱠﮫُ ھُ َﻮ ْاﻟ َﻐﻔُ ْﻮ ُر اﻟﺮ‬،ُ‫ ﻓَﺎ ْﺳﺘَ ْﻐﻔِﺮ ُْوه‬،‫ت‬ ِ ‫َو ْاﻟ ُﻤ ْﺆ ِﻣﻨَﺎ‬

6
‫‪KHUTBAH JUMAAT KEDUA‬‬
‫__________________________________________________________________________________________________________________‬

‫اَ ْﻟـ َﺤـ ْﻤ ُﺪ ِ‪ ،ِe‬اَ ْﻟـ َﺤـ ْﻤ ُﺪ ِ‪َ ِe‬ﺣـ ْﻤ ًﺪا َﻛـﺜِﯿﺮًا َﻛـ َﻤﺎ أَ َﻣـ َﺮ‪ .‬أَ ْﺷﮭَـ ُﺪ أَ ْن ﻻَ إِﻟَ ٰــﮫَ إِﻻﱠ ﷲُ َوﺣْ ـ َﺪهُ ﻻَ‬
‫ٰ‬
‫ـﺎر ْك‬ ‫ﻚ ﻟَـﮫُ‪َ ،‬وأَ ْﺷﮭَـ ُﺪ أَ ﱠن َﺳـﯿﱢ ِﺪﻧَـﺎ ُﻣـ َﺤـ ﱠﻤ ًﺪا َﻋـ ْﺒ ُﺪهُ َو َرﺳ ُْـﻮﻟُـﮫُ‪ .‬اَﻟﻠّﮭُ ﱠﻢ َ‬
‫ﺻـﻞﱢ َو َﺳـﻠﱢ ْﻢ َوﺑَ ِ‬ ‫َﺷ ِ‬
‫ـﺮ ْﯾـ َ‬
‫َﻋـﻠَ ٰﻰ َﺳـﯿﱢ ِﺪﻧَـﺎ ُﻣـ َﺤـ ﱠﻤ ٍﺪ َو َﻋـﻠَ ٰﻰ ٰأﻟِـ ِﮫ َوأَﺻْ ـ َﺤﺎﺑِـ ِﮫ أَﺟْ ـ َﻤ ِﻌﯿ َْﻦ‪ .‬أَ ﱠﻣـﺎ ﺑَـ ْﻌ ُﺪ‪ ،‬ﻓَـﯿَﺎ ِﻋـﺒَﺎ َد ﷲِ‪ ،‬اِﺗﱠـﻘُﻮا‬
‫ﻖ ﺗُﻘَﺎﺗِ ِﮫ ﻟَ َﻌﻠﱠ ُﻜ ْﻢ ﺗُ ْﻔﻠِﺤ ُْﻮ َن‪ .‬ﻗَﺎ َل ﷲُ ﺗَ َﻌﺎﻟَ ٰﻰ‪:‬‬ ‫ﷲَ َﺣ ﱠ‬
‫ﺻـﻠﱡﻮا َﻋـﻠَ ْﯿ ِﮫ َو َﺳـﻠﱢ ُﻤﻮا‬ ‫ﻮن َﻋـﻠَﻰ اﻟـﻨﱠﺒِ ﱢﻲ ﯾَـﺎ أَﯾﱡـﮭَﺎ اﻟﱠـ ِﺬﯾ َـﻦ آ َﻣـﻨُﻮا َ‬ ‫ﺼﻠﱡ َ‬ ‫إِ ﱠن ﷲَ َو َﻣـ ٓ‬
‫ﻼَﺋِـ َﻜﺘَﮫُ ﯾُـ َ‬
‫ﺗَ ْﺴﻠِﯿ ًﻤﺎ‬
‫ٰ‬
‫ْﺖ َﻋـﻠَ ٰﻰ َﺳـﯿﱢ ِﺪﻧَـﺎ‬ ‫ﺻـﻠﱠﯿ َ‬ ‫ﺻـﻞﱢ َﻋـﻠَ ٰﻰ َﺳـﯿﱢ ِﺪﻧَـﺎ ُﻣـ َﺤـ ﱠﻤ ٍﺪ َو َﻋـﻠَ ٰﻰ ٰأ ِل َﺳـﯿﱢ ِﺪﻧَـﺎ ُﻣـ َﺤـ ﱠﻤ ٍﺪ‪َ ،‬ﻛـ َﻤﺎ َ‬ ‫اَﻟﻠّﮭُ ﱠﻢ َ‬
‫ـﺎر ْك َﻋـﻠَ ٰﻰ َﺳـﯿﱢ ِﺪﻧَـﺎ ُﻣـ َﺤـ ﱠﻤ ٍﺪ َو َﻋـﻠَ ٰﻰ ٰأ ِل َﺳـﯿﱢ ِﺪﻧَـﺎ‬ ‫ٰ‬
‫إِ ْﺑـ َﺮا ِھـ ْﯿ َﻢ َو َﻋـﻠَ ٰﻰ أ ِل َﺳـﯿﱢ ِﺪﻧَـﺎ إِ ْﺑـ َﺮا ِھـ ْﯿ َﻢ‪َ ،‬وﺑَ ِ‬
‫ـﻲ‬‫ـﺖ َﻋـﻠَ ٰﻰ َﺳـﯿﱢ ِﺪﻧَـﺎ إِﺑْـ َﺮا ِھـ ْﯿ َﻢ َو َﻋـﻠَ ٰﻰ ٰأ ِل َﺳـﯿﱢ ِﺪﻧَـﺎ إِﺑْـ َﺮا ِھـ ْﯿ َﻢ‪ ،‬ﻓِ ْ‬ ‫ُﻣـ َﺤـ ﱠﻤ ٍﺪ‪َ ،‬ﻛـ َﻤﺎ ﺑَـﺎ َر ْﻛ َ‬
‫ﱠاﺷـ ِﺪ ْﯾ َـﻦ ْاﻟـ َﻤ ْﮭـ ِﺪﯾﱢـﯿ َْﻦ‪،‬‬ ‫ﻚ ﺣـﻤ ْﯿ ٌﺪ ﻣــﺠ ْﯿ ٌﺪ‪ .‬وارْ ض ٰ‬
‫ـﻦ ْاﻟـ ُﺨـﻠَﻔَﺎ ِء اﻟـﺮ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ﻋ‬
‫َ‬ ‫ﻢ‬‫ﱠ‬ ‫ُ‬ ‫ﮭ‬ ‫ّ‬ ‫اﻟﻠ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْاﻟـ َﻌﺎﻟَـ ِﻤﯿ َْﻦ‪ ،‬إِﻧﱠـ َ َ ِ َ ِ‬
‫ﺼ َﺤﺎﺑَـ ِﺔ َواﻟـﺘﱠﺎﺑِـ ِﻌﯿ َْﻦ ﻟَـﮭُ ْﻢ‬ ‫ـﻦ اﻟـ ﱠ‬ ‫ﺎن َو َﻋـﻠِ ﱟﻲ‪َ ،‬و َﻋ ِ‬ ‫ـﻲ ﺑَـ ْﻜ ٍﺮ َو ُﻋـ َﻤ َﺮ َو ُﻋ ْـﺜ َﻤ َ‬ ‫َﺳـﺎ َداﺗِـﻨَﺎ أَﺑِ ْ‬
‫ت َو ْاﻟـــ ُﻤ ْﺆ ِﻣــﻨِﯿ َْﻦ‬ ‫ٰ‬
‫ْــﻦ‪ .‬اَﻟﻠّﮭُ ﱠﻢ ا ْﻏــﻔِﺮْ ﻟِ ْﻠ ُﻤﺴْــﻠِ ِﻤﯿ َْﻦ َو ْاﻟـ ُﻤﺴْــﻠِ َﻤﺎ ِ‬ ‫ــﻮ ِم اﻟــ ﱢﺪﯾ ِ‬‫ــﻰ ﯾَ ْ‬‫ﺎن إِﻟَ ٰ‬
‫ﺑِـــﺈِﺣْ ــ َﺴ ٍ‬
‫ت َوﯾَـﺎ‬ ‫ـﺮ ْﯾـﺐٌ ُﻣـ ِـﺠ ْﯿﺐُ اﻟـ ﱠﺪ َﻋـ َﻮا ِ‬ ‫ﻚ َﺳـ ِﻤ ْﯿ ٌﻊ ﻗَ ِ‬ ‫ت‪ .‬إِﻧﱠـ َ‬ ‫ت ْاﻷَﺣْ ـﯿَﺂ ِء ِﻣـ ْﻨﮭُ ْﻢ َو ْاﻷَ ْﻣـ َﻮا ِ‬ ‫َو ْاﻟــ ُﻤ ْﺆ ِﻣـﻨَﺎ ِ‬
‫ت‪.‬‬ ‫ﺎﺿ َﻲ ْاﻟ َﺤﺎ َﺟﺎ ِ‬ ‫ﻗَ ِ‬
‫‪Ya Allah! Ampunkanlah dosa dan kesalahan kaum muslimin dan muslimat,‬‬
‫‪mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah‬‬
‫‪meninggal dunia. Limpahkanlah kesejahteraan, kedamaian dan kebahagiaan‬‬
‫‪kepada kami semua dalam kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.‬‬

‫‪Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu kepada kami‬‬
‫‪semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin Islam Negara kami, khasnya kepada‬‬
‫‪Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, dan juga pemimpin-‬‬
‫‪pemimpin Islam negeri kami, khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua‬‬
‫‪Negeri Sarawak.‬‬
‫‪7‬‬
Ya Allah, kami memohon ke hadratMu, kukuhkanlah iman kami, tingkatkanlah
amal kami, eratkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah
kami dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan yang bermanfaat.
Suburkanlah peribadi kami dengan budi pekerti yang mulia, bimbinglah kami ke
jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu seperti banjir besar,
kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan kebuluran.
Kami berlindung dan bermohon denganMu Ya Allah, semoga negeri kami akan
sentiasa bertambah aman, makmur dan berkat.

Pada hari yang mulia ini juga, kami memohon ke hadratMu ya Allah, jadikanlah
setiap individu generasi muda di kalangan remaja dan belia generasi pelapis
negara dan negeri kami ini golongan yang beramanah, bertanggungjawab, dan
berakhlak mulia agar dapat membentuk sebuah masyarakat yang baik, aman dan
bertamadun, serta mendapat keampunan, keredhaan dan berkat daripadaMu, ya
Allah. Peliharalah kami serta generasi yang mewarisi kami, daripada terlibat
dalam apa jua unsur negatif yang boleh menjatuhkan maruah diri, keluarga,
masyarakat dan negara.

‫ ٰأ ِﻣـﯿْﻦ ﯾَـﺎ‬،‫ ٰأ ِﻣـﯿْﻦ‬.‫ﺎر‬


ِ ‫اب اﻟـﻨﱠ‬ َ ‫ﻵﺧـ َﺮ ِة َﺣـ َﺴﻨَﺔً َوﻗِـﻨَﺎ َﻋـ َﺬ‬ ِ ‫َرﺑﱠـﻨَﺂ ٰأﺗِـﻨَﺎ ﻓِـﻲ اﻟـ ﱡﺪ ْﻧـﯿَﺎ َﺣـ َﺴﻨَﺔً َوﻓِـﻲ ْا‬
‫ َوإِﯾـﺘَﺂ ِء ِذي ْاﻟـﻘُﺮْ ﺑَ ٰـﻰ‬.‫ﺎن‬ ِ ‫ـﺎﻟـ َﻌ ْﺪ ِل َو ْا ِﻹﺣْ ـ َﺴ‬ ْ ِ‫ إِ ﱠن ﷲَ ﯾَـﺄْ ُﻣـ ُﺮ ﺑ‬.ِ‫ ِﻋـﺒَﺎ َد ﷲ‬.‫َربﱠ ْاﻟـ َﻌﺎﻟَــ ِﻤﯿ َْﻦ‬
َ‫ـﺎذ ُﻛـﺮُوا ﷲ‬ ْ َ‫ ﻓ‬.‫ ﯾَـ ِﻌﻈُ ُﻜ ْﻢ ﻟَـ َﻌﻠﱠ ُﻜ ْﻢ ﺗَـ َﺬ ﱠﻛـﺮ ُْو َن‬.‫ـﻦ ْاﻟـﻔَﺤْ َﺸﺂ ِء َو ْاﻟــ ُﻤ ْﻨ َﻜ ِﺮ َو ْاﻟـﺒَ ْﻐ ِﻲ‬
ِ ‫ـﻰ َﻋ‬ ٰ َ‫َوﯾَ ْﻨﮭ‬
.‫ْﻄ ُﻜ ْﻢ‬
ِ ‫ــﻮهُ ِﻣ ْـﻦ ﻓَـﻀْ ﻠِ ِﮫ ﯾُـﻌ‬ْ ُ‫ َواﺳْـﺄَﻟ‬.‫ـﺰ ْد ُﻛـ ْﻢ‬ ِ َ‫ َوا ْﺷـ ُﻜﺮ ُْوهُ َﻋـﻠَ ٰﻰ ﻧِـ َﻌ ِﻤ ِﮫ ﯾ‬.‫ْاﻟـ َﻌ ِﻈ ْﯿ َﻢ ﯾَ ْـﺬ ُﻛـﺮْ ُﻛـ ْﻢ‬
.َ‫ﺼﻼَة‬ ‫ أَﻗِ ْﯿ ُﻤﻮا اﻟ ﱠ‬.‫ُﻮن‬ َ ‫ َوﷲُ ﯾَ ْﻌﻠَ ُﻢ َﻣﺎ ﺗَﺼْ ﻨَﻌ‬.ُ‫َوﻟَ ِﺬ ْﻛ ُﺮ ﷲِ أَ ْﻛﺒَﺮ‬

Anda mungkin juga menyukai