Anda di halaman 1dari 9

KHUTBAH JUMAAT

“Kemerdekaan Menjana Kecemerlangan Umat”


( 14 Zulhijjah 1437H/ 16 September 2016M)
_______________________________________________________________

ُ :ُ‫ِلُا ْلقَائِ ُِلُفِيُم ْحك َُِمُتَ ْن ِز ْي ِل ُِه‬


ُِ ِ ُُِ‫اَلـْ َح ْمد‬
َ ُ ‫س ِي َدنَا ُم َح امدًا‬
ُُ‫ع ْبده‬ ُ‫ش َهدُ ُأ َ ا‬
َ ُ‫ن‬ ْ َ ‫ ُ َوأ‬،‫ن ُآل ُُِإلَ ٰـ َهَ إِ ُلا ُللاُ ُ َو ْحدَهُ ُ ُلَ ُش َِر ْيكَُ ُلَه‬
ُْ َ ‫ش َهدُ ُأ‬
ْ َ‫أ‬

ُ .‫ن‬ َُ ‫ص َحا ِب ُِهُأ َ ْج َم ِع ْي‬


ْ َ ‫علَىُآ ِل ُِهُ َوأ‬َ ‫س ِي ِدنَاُم َح امدُُ َو‬َ ُ‫علَى‬َ ُ‫س ِل ُْم‬ َ َُ‫اَللّٰ ُهم‬. ُ‫َو َرس ْوله‬
َ ‫ص ُِلُ َو‬
َُ َ‫ ُفَقَ ُْد ُف‬،ِ‫اي ُبِت َ ْق َوى ُللا‬
ُ‫از‬ َُ ‫ ُأُ ْو ِص ْيك ُْم ُ َوإِيا‬،َُ‫ ُاِتاقوا ُللا‬،ِ‫ ُفَيَا ُ ِعبَا َُد ُللا‬،‫أ َ اما ُبَ ْعد‬
ُ .‫ا ْلـمتاق ْو َُن‬
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
subhanahu wata’ala dengan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan
segala laranganNya. Sesungguhnya, ketaqwaan dan penghayatan yang
sempurna terhadap ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan adalah asas
bagi mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan juga di
akhirat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah ‘Kemerdekaan Menjana
Kecemerlangan Umat’.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Setinggi-tinggi rasa syukur kita panjatkan ke hadrat Allah subhanahu wata’ala
kerana dengan limpah kurniaNya kita berpeluang meraikan sambutan Hari
Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini dalam keadaan yang aman, damai
dan ceria. Sesungguhnya, apa yang kita kecapi pada hari ini adalah hasil dari
kemerdekaan yang merupakan satu nikmat kurniaan Allah subhanahu wata’ala
yang amat besar nilainya kepada kita semua.

Kemerdekaan menurut perspektif Islam membawa maksud yang luas bukan


sahaja memberi erti negara yang bebas daripada penjajahan dan penguasaan

1
pihak yang menjajah atau penjajahan fizikal malah meliputi penjajahan fikiran,
pegangan dan anutan yang bertentangan dengan syariat Islam yang sebelum ini
membelenggu individu dan negara.

Begitu banyak manfaat yang telah kita perolehi hasil daripada kemerdekaan.
Antaranya, kita bebas untuk mempraktikkan ajaran Islam dengan sepenuhnya
tanpa rasa takut dan tertekan. Malah, pihak yang berkuasa sentiasa berusaha
bagi meninggikan lagi tahap penghayatan terhadap syariat Islam dalam kalangan
masyarakat. Selain itu, kita bebas untuk bergerak ke mana-mana tanpa rasa
bimbang akan keselamatan diri, keluarga dan harta benda berbanding dengan
negara-negara lain yang masih dijajah. Negara mereka sentiasa mengalami
kekacauan, penganiayaan dan sebagainya.

Di samping itu, segala perancangan dan program pembangunan yang diatur


demi membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada rakyat dan negara dapat
dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Seterusnya, kualiti dan taraf hidup
kita sama ada dalam bidang pendidikan, kesihatan, ekonomi dan sebagainya
dapat terus dipertingkatkan. Semua faedah ini adalah impak dan kesan dari
nikmat kemerdekaan yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wata’ala kepada
kita. Oleh sebab itu, anugerah kemerdekaan yang amat berharga ini perlulah
disyukuri dan dipertahankan dengan bersungguh-sungguh oleh seluruh rakyat
Malaysia.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Antara perkara yang paling asas dalam usaha mempertahankan atau
mengekalkan sesuatu nikmat itu adalah dengan cara mensyukurinya iaitu
bersyukur kepada Allah subhanahu wata’ala. Cara bersyukur atas segala macam
nikmat itu ialah dengan mematuhi dan melaksanakan segala perintah Allah
subhanahu wata’ala seperti menunaikan solat, puasa, zakat dan al-amru bi al-
makruf dan al-nahyu an al-mungkar serta memiliki sifat amanah dan adil. Pada
masa yang sama mestilah meninggalkan segala yang dilarang olehNya seperti

2
mendedahkan aurat, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan,
menderhaka kepada ibu bapa, meminum minuman keras, berzina, menipu dan
sebagainya. Mudah-mudahan dengan benar-benar mengikuti jalan ketaqwaan
dan kesyukuran ini, Allah subhanahu wata’ala akan menjadikan anugerah
kemerdekaan yang kita nikmati selama ini berkekalan. Jaminan ini ditegaskan
oleh Allah subhanahu wata’ala melalui firmanNya di dalam Surah al-Nisa’, ayat
147 yang berbunyi :

Maksudnya : “Allah tidak akan menyeksa kamu, sekiranya kamu bersyukur


(akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya). Dan (ingatlah) Allah
sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur
kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka)”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Apabila kita meneliti catatan sejarah, kita akan mendapati bahawa kejahilan
adalah antara punca utama sesuatu bangsa itu mudah dikuasai dan dijajah.
Tanpa ilmu pengetahuan dan kemahiran, sesuatu masyarakat itu akan mudah
ditundukkan dan terpaksa akur kepada mereka yang berilmu.

Justeru, umat Islam perlu mempertingkatkan keupayaan diri dengan penguasaan


ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mantap dalam ilmu fardhu ain dan fardhu
kifayah, memiliki iman dan taqwa yang teguh, melaksanakan ibadah dengan
sempurna, mempunyai peribadi yang mulia dan jati diri yang kukuh agar mampu
bersaing dan dihormati oleh bangsa lain di dunia. Umat Islam mesti berusaha
keras dan kembali menjadi peneraju dalam segala disiplin keilmuan dan
kemahiran seperti yang pernah disaksikan suatu ketika dahulu. Umat Islam
hendaklah menjadi pencipta yang berinovasi dan bukannya hanya berpuas hati
sebagai pengguna. Hal ini ditegaskan oleh Allah subhanahu wata’ala melalui
firmanNya di dalam surah Aali Imran, ayat 139 :

3
Maksudnya : Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan
mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita
(terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang
tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-
orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

Sebagai umat yang terbaik, umat Islam sepatutnya lebih berperanan atau
sebagai penggerak utama dalam pembangunan dan kemajuan negeri, negara
dan ummah. Lebih-lebih lagi dengan wujudnya koridor ekonomi khususnya
Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang memerlukan
berpuluh-puluh ribu tenaga mahir untuk menjayakannya. Oleh sebab itu, kita
semua terutamanya para belia Islam hendaklah bersiap sedia dari sekarang
dengan menimba ilmu dan kemahiran dengan sepenuhnya dan secukupnya agar
umat Islam tidak hanya menjadi penonton dan tukang sorak sahaja kepada
pembangunan dan kekayaan negeri yang dijana oleh orang lain. Justeru, marilah
kita jadikan sikap cintakan ilmu dan kesediaan menuntut ilmu sepanjang hayat
sebagai budaya hidup kita, kerana ilmu pengetahuan sentiasa berkembang
sesuai dengan peredaran masa dan perubahan zaman.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Satu perkara lagi yang perlu kita ingat bersama ialah kemerdekaan yang kita
warisi ini, tidak akan dapat dipertahankan seandainya kita tidak bersatu hati. Oleh
yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang bermaruah dan berhemah tinggi,
kita perlu memastikan diri kita agar sentiasa bersatu hati di bawah satu bumbung
perpaduan, mengelakkan bibit-bibit perpecahan, menyemai sikap berkasih-
sayang, hormat-menghormati dan bermuafakat untuk kebaikan bersama. Allah
subhanahu wata’ala telah menegaskan melalui firmanNya dalam Surah al-Anfal,
ayat 46 :

4
ُ
Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, janganlah kamu
berbantah-bantahan serta berpecah-belah.; (jika kamu berbuat demikian iaitu
berbantah-bantah serta berpecah-belah) nescaya kamu akan menjadi lemah
semangat, kamu akan gagal, kamu akan hilang kekuatan serta lenyaplah GAH
kamu (di hadapan kawan dan lawan), Oleh itu, bersabarlah kamu (dalam
menghadapi segala kesukaran dengan kecekalan hati yang tinggi); kerana
sesungguhnya Allah sentiasa berserta orang yang sabar.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini, marilah sama-
sama kita menunjukkan rasa kesyukuran kita kepada Allah dengan beberapa
perkara berikut:

1. Kita hendaklah memberi penghargaan kepada pejuang-pejuang


kemerdekaan yang telah berkorban untuk memerdekakan negara dari
belenggu penjajahan. Kita hendaklah menghormati perjuangan mereka,
bukan sahaja untuk dihargai dan diteladani, tetapi juga untuk membakar
semangat kita menyintai tanahair dan meneruskan pelbagai usaha
dengan lebih bijak, lebih pandai dan lebih pintar untuk memajukan
masyarakat dan negara.
2. Kita hendaklah berusaha memelihara keharmonian dan hubungan baik
sesama anggota masyarakat dengan menanamkan sikap hormat-
menghormati, bantu-membantu, kasih-mengasihi sesama Islam dan
bukan Islam dalam kehidupan kita demi untuk mengukuh perpaduan
dan kemakmuran negara yang kita cintai. Sebabnya, hanya dalam
suasana aman dan tenteram seperti ini, kita akan dapat terus berusaha

5
tanpa rasa takut dan khuatir memikirkan, mencuba dan menjaga aktiviti
dan kegiatan dengan lebih kreatif, lebih inovatif dan lebih produktif untuk
menambah makmur bumi bertuah dan merdeka ini.
3. Kita hendaklah mendidik anak-anak kita supaya berakhlak mulia dan
berilmu pengetahuan dalam berbagai bidang untuk menjadi rakyat yang
benar-benar dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Selain daripada itu, kita juga hendaklah sentiasa bersedia untuk berkorban dalam
apa jua keadaan demi untuk menjaga maruah agama, bangsa dan negara dari
dikhianati dan dicerobohi oleh mana-mana pihak sama ada dari dalam atau luar.
Dengan yang demikian, nikmat kemerdekaan yang kita kecapi ini dapat
dipertahan dan dikekalkan sebagai warisan untuk generasi kita akan datang.

ُ ‫الر ِج ْي ُِم‬ ُِ ‫ش ْي َط‬


‫انُ ا‬ ‫نُال ا‬ ُ ‫أَعوذُُ ِبا‬
َُ ‫للُِ ِم‬

Maksudnya: "Oleh itu, ingatlah kamu kepada Aku (dengan mematuhi hukum dan
undang-undang-Ku) supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan
bersyukurlah kamu kepada Aku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku)."
(Surah al-Baqarah ayat : 152)

ََ‫ َ َونَفَعَنِي َو ِإيا ُكمَ ِبـ َما فِي َِه ِمن‬،‫ان العَ ِظي ِم‬ َِ ‫للاُ ِليَ َولَ ُكمَ فِي القُر َء‬ َ ‫ك‬ ََ ‫ار‬ َ َ‫ب‬
‫ ِإن َهُ َ ُه ََو الس ِمي َُع‬،ُ‫الوتَه‬َ ِ‫ل ِمنِِّي َو ِمن ُكمَ ت‬ َِ ‫األَيَا‬
ََ ‫ َ َوتَقَب‬،‫ت َ َوال ِذِّك َِر الـ َح ِكي ِم‬
ََ‫سائِ َِر الـ ُمس ِل ِمين‬ َ ‫ل قَو ِليَ َهذَا َوأَستَغ ِف َُر‬
َ ‫للاَ العَ ِظي ََم ِليَ َولَ ُكمَ َو ِل‬ َُ ‫ أَقُو‬.‫العَ ِلي َُم‬

6
‫آء ِمن ُه َم َواألَم َواتِ‪،‬‬
‫تَ األَحيَ َِ‬
‫َوالـ ُمس ِل َماتِ‪َ ،‬والـ ُمؤ ِم ِنينََ َ َوالـ ُمؤ ِمنَا ِ‬
‫فَاستَغ ِف ُروهُ‪ِ ،‬إن َهُ ُه ََو الغَفُو َُر الر ِحي َُم‪.‬‬

‫‪KHUTBAH JUMAAT KEDUA‬‬


‫_______________________________________________________________________________________________________________‬
‫___‬

‫ا َ ْلـ َح ْمد هلِله‪ ،‬ا َ ْلـ َح ْمد هلِله َح ْمدًا َكثه ً‬


‫يرا َك َما أ َ َم َر‪ .‬أ َ ْش َهد أ َ ْن َل هإلَ ٰــهَ هإ َل للا َو ْحدَه َل ش هَري َْك‬
‫ار ْك َعلَ ٰى َ‬
‫س هي هدنَا‬ ‫س هل ْم َو َب ه‬ ‫س هي هدنَا مـ َح َمدًا َعبْده َو َرس ْوله‪ .‬اَللّٰه َم َ‬
‫ص هل َو َ‬ ‫لَه‪َ ،‬وأ َ ْش َهد أ َ َن َ‬

‫‪7‬‬
‫ اهت َقوا للاَ َح َق تقَاته هه‬،‫ فَيَا هعبَادَ للاه‬،‫ أ َ َما بَ ْعد‬. َ‫ص َحا هب هه أ َ ْج َم هعيْن‬ ْ َ ‫مـ َح َمد َو َعلَ ٰى ٰأ هل هه َوأ‬
:‫ قَا َل للا ت َ َعالَ ٰى‬. َ‫لَ َعلَك ْم ت ْف هلح ْون‬
‫س هلموا‬ َ ‫صلُّوا َعلَ ْي هه َو‬َ ‫صلُّونَ َعلَى النَ هبي ه َيا أَيُّ َها الَذهينَ آ َمنوا‬ َ ‫َل هئ َكتَه ي‬ ٓ َ ‫} هإ َن للاَ َو َم‬
{ ‫ت َ ْس هلي ًما‬
‫سيه هدنَا‬َ ‫ْت َعلَ ٰى‬ َ ‫صلَي‬
َ ‫ َك َما‬،‫س هي هدنَا مـ َح َمد‬ َ ‫س هي هدنَا مـ َح َمد َو َعلَ ٰى ٰأ هل‬ َ ‫ص هل َعلَ ٰى‬ َ ‫اَللّٰه َم‬
‫سيه هدنَا‬ َ ‫سيه هدنَا مـ َح َمد َو َعلَ ٰى ٰأ هل‬ َ ‫ار ْك َعلَ ٰى‬ ‫ َوبَ ه‬،‫سيه هدنَا هإب َْرا ههي َْم‬َ ‫هإب َْرا ههي َْم َو َعلَ ٰى ٰأ هل‬
، َ‫ فه ْي ْال َعالَ هميْن‬،‫س هي هدنَا إهب َْرا ههي َْم‬َ ‫س هي هدنَا هإب َْرا ههي َْم َو َعلَ ٰى ٰأ هل‬َ ‫ت َعلَ ٰى‬ َ ‫ار ْك‬ َ َ‫ َك َما ب‬،‫مـ َح َمد‬
‫سادَاتهنَا أ َ هب ْي‬ َ ، َ‫الرا هش هديْنَ ْالـ َم ْهد ههييْن‬ َ ‫اء‬ ‫ض اللّٰه َم َع هن ْالـخلَفَ ه‬ َ ‫ار‬ ْ ‫ َو‬.‫ـجيْد‬ ‫هإنَ َك َح هميْد َم ه‬
.‫الدي هْن‬ ‫سان هإلَ ٰى َي ْو هم ه‬ َ ‫ َو َع هن ال‬،‫َب ْكر َوع َم َر َوعثْ َمانَ َو َع هلي‬
َ ‫ص َحا َب هة َوالتَا هب هعيْنَ لَه ْم هبـإ ه ْح‬
‫آء هم ْنه ْم‬ ‫ت اْأل َ ْحيَ ه‬ ‫ت َو ْالـمؤْ همنهيْنَ َو ْالـمؤْ همنَا ه‬ ‫اَللّٰه َم ا ْغ هف ْر هل ْلم ْس هل هميْنَ َو ْالـم ْس هل َما ه‬
َ َ. ‫ت‬ ‫ي ْال َحا َجا ه‬ َ ‫اض‬‫ت َويَا قَ ه‬ ‫ـجيْب الدَ َع َوا ه‬ ‫س هميْع قَ هريْب م ه‬ َ ‫ هإنَ َك‬.‫ت‬ ‫َواْأل َ ْم َوا ه‬
Ya Allah! Ampunkanlah dosa dan kesalahan kaum muslimin dan muslimat,
mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah
meninggal dunia. Limpahkanlah kesejahteraan, kedamaian dan kebahagiaan
kepada kami semua dalam kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu kepada kami


semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin Islam Negara kami, khasnya
kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, dan juga
pemimpin-pemimpin Islam negeri kami, khususnya Tuan Yang Terutama Yang
di-Pertua Negeri Sarawak.

Ya Allah, kami memohon ke hadratMu, kukuhkanlah iman kami, tingkatkanlah


amal kami, eratkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah
kami dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan yang bermanfaat.
Suburkanlah peribadi kami dengan budi pekerti yang mulia, bimbinglah kami ke
jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu seperti banjir besar,
kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan kebuluran.

8
Kami berlindung dan bermohon denganMu Ya Allah, semoga negeri kami akan
sentiasa bertambah aman, makmur dan berkat.

Pada hari yang mulia ini juga, kami memohon ke hadratMu ya Allah, jadikanlah
setiap individu generasi muda di kalangan remaja dan belia generasi pelapis
negara dan negeri kami ini golongan yang beramanah, bertanggungjawab, dan
berakhlak mulia agar dapat membentuk sebuah masyarakat yang baik, aman
dan bertamadun, serta mendapat keampunan, keredhaan dan berkat
daripadaMu, ya Allah. Peliharalah kami serta generasi yang mewarisi kami,
daripada terlibat dalam apa jua unsur negatif yang boleh menjatuhkan maruah
diri, keluarga, masyarakat dan negara.

‫ب‬َ ‫ ٰأ هميْن َيا َر‬،‫ ٰأ هميْن‬.‫ار‬ ‫اب النَ ه‬ َ َ‫سنَةً َوقهنَا َعذ‬ َ ‫آلخ َر هة َح‬‫سنَةً َوفهي اْ ه‬ َ ‫َربَنَآ ٰأتهنَا فهي الدُّ ْن َيا َح‬
‫آء ذهي ْالق ْر َب ٰى َو َي ْن َه ٰى‬
‫ َو هإيت َ ه‬.‫ان‬
‫س ه‬ َ ‫ هإ َن للاَ َيأْمر هب ْال َع ْد هل َواْ هإل ْح‬.‫ هع َبادَ للاه‬. َ‫ْال َعالَ هـميْن‬
‫ فَا ْذكروا للاَ ْال َع هظي َْم‬. َ‫ يَ هعظك ْم لَ َعلَك ْم تَذَ َكر ْون‬.‫َآء َو ْالـم ْن َك هر َو ْالبَ ْغي ه‬ ‫َع هن ْالفَ ْحش ه‬
‫ َولَ هذ ْكر للاه‬.‫ض هل هه ي ْع هطك ْم‬ ْ َ‫ َوا ْسأَل ْـوه هم ْن ف‬.‫ َوا ْشكر ْوه َعلَ ٰى نه َع هم هه يَ هز ْدك ْم‬.‫يَ ْذك ْرك ْم‬
َ ‫ أ َ هقيْموا ال‬. َ‫صنَعون‬
.َ ‫صَلَة‬ ْ َ ‫ َوللا َي ْعلَم َما ت‬.‫أ َ ْك َبر‬

Anda mungkin juga menyukai