Anda di halaman 1dari 10

KHUTBAH JUMAAT

“KEHARMONIAN BERAGAMA”
(10 Februari 2023M/ 19 Rejab 1444H)
___________________________________________________________________________________________________________________________

ُُ‫ ُ َوأَ ُْش َه ُُد ُُأَ ُْن َُُل ُإِلَـُّٰوَ ُإَُِل ُالـ ّٰلُّو‬،‫ن ُاُلْـ َح ِمْي ُِد‬ُ‫ ُاَلْـ َح ُْم ُُد ُلِـ ّٰلُِّو ُالْ ُغَِ ي‬،‫ـح ْم ُُد ُلِـ ّٰلُِّو‬
َ ْ‫اَل‬
ُ.ُ‫ُ َوأَ ْش َه ُُدُأَ َُنُ َسي َدنَاُ ُُمـ َح َم ًداُ َعْب ُدُهُُ َوَر ُس ْولُُو‬،ُُ‫كُلَُو‬ َُ ْ‫َو ْح َدُهَُُُلُ َش ِري‬
ُ.‫ص ْحبُِِوُ َو َسُلي ُْمُتَ ْسلِْي ًماُُ َكُثِْيـًُرا‬ ََ ‫و‬ ُ ِِ‫اَلـ ّٰلّه َُمُص يُلُعلَىُسي ِدنَاُ ُمـح َم ٍُدُوعلَىُآل‬
ُ
‫و‬ ََ َ ُ َ َ َ ُ
ُ‫ ُاتَـ ُق ْوا ُالـ ّٰلُّوَ ُ َح َُق ُتُـ َقاتُِِو ُ َوَُل ُُتَـ ُم ْوتُ َُن ُإَُِل ُ َوأَنْـتُ ُْم‬،‫اد ُالـ ّٰلُِّو‬ َُ َ‫ ُفَُـيَا ُ ِعُب‬،‫أََما ُبَـ ُْع ُد‬
.‫ُم ْسلِ ُم ْو َُن‬
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
subhanahu wata’ala dengan menunaikan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Semoga kita beroleh kejayaan,
kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Khatib
mengingatkan para jemaah agar memberi sepenuh perhatian
kepada khutbah yang akan disampaikan dan tidak melakukan
perkara-perkara yang lagha (sia-sia) seperti berbual-bual atau
menggunakan telefon. Marilah kita bersama-sama mendengar dan
menghayati khutbah yang bertajuk : “Keharmonian Beragama”.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Islam menjelaskan kepada kita bahawa umat manusia diciptakan
oleh Allah subhanahu wata'ala dengan perbezaan dari aspek
jantina, bangsa dan keturunannya. Firman Allah subhanahu
wata'ala dalam Surah al-Hujurat, ayat 13:
1
            

         

Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah


menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah
menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya
kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan
yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih
keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan
keadaan dan amalan kamu).

Begitu juga dari segi agama dan kepercayaannya pun ada


pelbagai. Firman Allah subhanahu wata'ala dalam Surah Hud, ayat
118:

           

Maksudnya: Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad)


menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya
menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan
kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.

Imam al-Qurtubi rahimahullah dalam kitabnya al-Jami' li ahkam al-


Quran menukilkan daripada Mujahid dan Qatadah rahmatullahi

2
alaihima bahawa maksud 'manusia terus-menerus berselisihan'
dalam ayat tersebut ialah atas agama yang pelbagai.

Dapatlah difahami bahawa kepelbagaian ini memberi manfaat


kepada kita agar dapat saling mengenali dan saling menghormati
antara satu sama lain, dan bukan sebaliknya. Melalui sikap kenal-
mengenali, kita akan lebih faham tentang adat resam dan budaya
sesama sendiri. Malahan, kita dapat mewujudkan hubungan yang
baik, boleh bertoleransi antara satu sama lain, tanpa timbul salah
faham atau buruk sangka. Dengan itu, kita dapat berkongsi ilmu
dan pengalaman serta saling belajar antara satu sama lain demi
kebaikan dan kesejahteraan hidup bersama. Ini semua adalah asas
kepada prinsip perpaduan yang dicita-citakan dalam mana-mana
negara majmuk di dunia ini.

Kaum muslimin yang berbahagia,


Islam mendidik para penganutnya agar menghormati, berbuat baik
dan berlaku adil kepada orang lain yang menganut agama dan
kepercayaan selain Islam, serta menegah umat Islam daripada
berbuat buruk kepada mereka. Firman Allah subhanahu wata'ala
dalam Surah al-Mumtahanah, ayat 8-9:

              

              

           

   

3
Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan
berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana
agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung
halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku
adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada
menjadikan teman rapat orang yang memerangi kamu kerana
agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman
kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan
(ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka
mereka itulah orang yang zalim.

Apabila kita membuka lembaran sejarah Madinah, kita akan dapati


bahawa masyarakat di negara Islam Madinah adalah terdiri
daripada pelbagai kaum dan agama yang hidup secara harmoni.
Malah, di dalam kitab ar-Rahiq al-Makhtum dinukilkan isi perjanjian
Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dengan orang Yahudi di
Madinah antaranya ialah orang Yahudi dan orang Islam berhak
mengamalkan agama mereka, saling menasihati, berbuat kebaikan
dan tidak melakukan perkara salah.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Satu aspek penting yang perlu kita sedari ialah setiap ajaran agama
dan kepercayaan itu terdapat perkara yang disuruh serta
dibenarkan, dan begitu juga terdapat perkara yang ditegah. Semua
suruhan dan tegahan tersebut bertujuan untuk menjaga kesucian
sesuatu agama dan kepercayaan itu. Oleh sebab itu, setiap pihak
yang bertanggungjawab terhadap agamanya akan sentiasa

4
mengingatkan para penganutnya akan setiap suruhan dan tegahan
tersebut. Sebagai penganut agama yang taat, mereka
bertanggungjawab untuk mentaati segala suruhan dan tegahan
yang telah ditetapkan oleh agama dan kepercayaan masing-masing
itu.

Sebagaimana dalam sebuah masyarakat malah negara juga


mempunyai perkara-perkara yang dibenarkan dan dilarang yang
ditetapkan oleh pemerintah yang disebut sebagai perlembagaan,
undang-undang, peraturan, etika dan sebagainya, semuanya
adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan, keamanan,
keharmonian, persefahaman dan hormat-menghormati dalam
kalangan masyarakat dan negara.

Maka, sebagai rakyat dan anggota masyarakat yang baik, kita


hendaklah mematuhi semua undang-undang dan peraturan serta
etika yang telah ditetapkan itu. Jika tidak dipatuhi oleh masyarakat
atau rakyat, maka akan berlakulah salah faham, perbalahan dan
huru-hara dalam masyarakat dan negara.

Justeru, jelas kepada kita betapa Islam amat mengambil berat


usaha memupuk persefahaman dan sikap saling menghormati
antara satu sama lain agar keharmonian dalam beragama dan
hubungan antara masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa
dan kepercayaan terpelihara. Dalam erti kata lain, setiap individu
dalam masyarakat sama ada daripada kalangan umat Islam
mahupun bukan Islam adalah bertanggungjawab secara bersama

5
untuk menjaga dan memastikan keharmonian dalam beragama dan
hidup bermasyarakat terus wujud.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Sebelum mengakhiri, marilah kita menghayati kesimpulan dari
khutbah hari ini iaitu:

Pertama: Manusia diciptakan oleh Allah subhanahu wata'ala


dengan perbezaan dari aspek jantina, bangsa dan keturunannya
agar mereka saling mengenali dan saling menghormati.

Kedua : Islam mendidik para penganutnya agar menghormati,


berbuat baik dan berlaku adil kepada orang Islam dan bukan Islam.

Ketiga : Setiap individu dalam masyarakat sama ada daripada


kalangan umat Islam mahupun bukan Islam adalah
bertanggungjawab secara bersama untuk menjaga dan
memastikan keharmonian dalam beragama dan hidup
bermasyarakat terus terpelihara.

Mengakhiri khutbah, marilah kita bersama-sama menghayati firman


Allah subhanahu wata’ala dalam surah Aali Imran, ayat 19:

.‫الرِحي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ـٰ ِن‬ ِ ‫ بِس ِم‬.‫الرِج ْي ِم‬
َّ ‫اهلل‬ ْ َّ ِ َ‫الش ْيط‬
‫ان‬ َّ ‫ن‬ ِ ‫هلل‬
ِ ِ
َ ‫أَعُ ْوذُ با‬
‫م‬
             

             

6
Maksudnya : Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (agama
Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan
janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana
jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah,
Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya
kamu bertaqwa.

ُ‫ َُونَـ َف َع ِن َُوإِيَا ُك ْم ُُبِـ َما ُفِْي ِو ُِم َن‬،‫آن ُالْ َع ِظْي ِم‬
ِ ‫ل ُولَ ُكم ُِِف ُالْ ُقرء‬
َْ ْ َ ُ ُُُِ‫بَ َارَك ُاهلل‬
ُ‫ُى َو ُال َس ِمْي ُع‬ ‫و‬ َ
ُ
‫ن‬ ِ
‫إ‬ُ، ‫و‬ ‫ت‬‫و‬ ُ
‫ل‬ ِ
‫ُت‬ ‫م‬ ‫ك‬ ‫ن‬‫م‬ِ‫ُو‬ ‫ن‬ ِ
‫ُم‬ ‫ل‬ ‫ب‬ ‫ق‬ ُ
‫ـ‬ ‫ت‬‫ُو‬، ‫م‬ِ ‫ي‬‫ك‬ِ ‫ح‬ ‫ـ‬ ُ
‫ل‬ ‫ُا‬ ‫ر‬ِ ‫ك‬ ‫ذ‬‫ي‬
ُ ‫ال‬ ‫ُو‬ ِ
ُ ُ ََُ ْ ْ َ ْ َ َََ ْ ََ ُ ‫ي‬ َ ْ ْ َ َ‫اآلي‬
‫ات‬
ُ‫ َُولِ َسائِِر‬،‫َستَـ ْغ ِفُُر ُاهللَ ُالْ َع ُِظُْي َُم ُِل َُولَ ُك ْم‬ ‫أ‬
‫ُو‬ ،‫ا‬‫ذ‬َ
ْ َ َ ْ ْ ُْ َ‫ُى‬ ‫ل‬ ِ
‫و‬ ‫ـ‬َ‫ق‬ ُ ‫ل‬ُ ‫و‬ ‫ـ‬
ُ ‫ق‬َ‫أ‬ ُ . ُ
‫م‬ ‫ي‬ِ‫الْعل‬
ُ‫ُى َو‬ ‫و‬َ‫ن‬ِ
‫إ‬ُ ‫ه‬‫و‬ ‫ر‬ ِ ‫ ُفَاستـ ْغ‬،‫ات‬
‫ف‬ ِ َ‫ ُوالْمؤِمنِْي ُوالْمؤِمن‬،‫ات‬ ِ ‫الْمسلِ ِمْي ُوالْمسلِم‬
ُ ُ ُ ُْ َ ْ ُْ َ َْ ُْ َ َ ْ ُ َ َْ ْ ُ
.‫الْغَ ُف ْوُرُالَرِحْي ُُم‬

7
KHUTBAH JUMAAT KEDUA
______________________________________________________________________________________________________________________

ُُ‫ُأَ ُْش َه ُد ُأَ ْن َُل ُإِلَُـّٰـوَ ُإَِل ُاهلل‬.‫َُحْ ًداُ َكثِ ًرياُ َك َماُأ ََمَُر‬ َ ‫ـح ْم ُد ُلِّٰلّ ِو‬َ ‫ل‬
َْ‫ا‬ ُ. ِ ّ‫اَلْـحم ُد ُلِّٰل‬
ُ
‫و‬ َْ
ُ‫ُاَل ّٰلّ ُه َم‬.ُ‫اُعْب ُدهُ َُوَر ُس ْولُُو‬
َ ‫اُمـ َح َم ًد‬ ُُ َ‫ُسي َُدن‬َ ‫ن‬َ َ
‫أ‬ ُ ‫د‬ُ ‫ه‬َ ‫ش‬
ْ َ‫أ‬
‫ُو‬،
َ ‫و‬
ُ ‫ل‬
َ ُ ‫ك‬َ ‫ي‬
ْ‫ر‬ِ ‫ُش‬
َ ‫َو ْح َدهُ َُل‬
ُ‫ُأََما‬.‫ْي‬ َُ ْ ِ‫َْجَع‬
ْ ‫َص َحابِِوُأ‬ ‫أ‬‫ُو‬ ‫و‬ِِ‫اُمـح َم ٍدُوعلَىُأّٰل‬ ُ ‫ن‬
َ ِ ‫صلُوسليمُوبا ِرْكُعلَىُسي‬
‫د‬
ْ َ ّٰ َ َ َ ُ َ ّٰ َ َ َ ْ َ َ ‫َ ي‬
ُ.‫ُح َقُتُـ َقاتِِوُلَ َعلَ ُك ْمُتُـ ْفلِ ُح ْو َُن‬ ‫اُاهلل‬‫و‬ ‫ق‬ َ
‫ـ‬ ‫ت‬ِ‫ُا‬،‫ُاهلل‬
ِ ‫اُعباد‬ ِ ‫ُفَـي‬،‫بـع ُد‬
َ َ ُ َ َ َ َْ
Kaum Muslimin yang dirahmati Allah,
Pada musim tengkujuh ini, mimbar menyeru agar kita sentiasa
berwaspada dan mengikuti nasihat yang diberikan oleh pihak
berkuasa dari masa ke masa sama ada yang berkaitan dengan
kemungkinan banjir mahupun keadaan perairan untuk apa sahaja
aktiviti. Pada masa yang sama, kita hendaklah sentiasa melakukan
kawalan kendiri dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan terdedah
kepada bahaya wabak penyakit. Teruskanlah memohon
keampunan dan bermunajat kepada Allah subhanahu wata’ala agar
diangkat segala wabak dan musibah daripada kita dan dikurniakan
keselamatan dan kesejahteraan buat diri, keluarga, masyarakat,
negeri dan negara.

ُ:‫ال‬
َُّٰ ‫قَ َالُاهللُُتَـ َع‬
           

  

8
ُ‫ت‬ ُ
‫ي‬َ‫ل‬‫اُص‬ ‫م‬ ‫ك‬َ ُ، ٍ ‫اُمـح َم‬
‫د‬ ُ ‫ن‬
َ ‫د‬ِ ‫اُمـح َم ٍد ُوعلَى ُأّٰ ُِل سي‬ ُ َ‫ن‬‫د‬ِ ‫اَل ّٰلّه َم ُصل ُعلَ ُى سي‬
َ َْ َ َُ َ ّٰ َ َ َ ُ َ ّٰ َ ‫ُ َ ي‬
ُ‫اُمـ َح َم ٍد‬ ُُ َ‫ُعلَ ُّٰى َسي ِدن‬ ‫ك‬ْ ِ
‫ر‬ ‫ا‬ ‫ب‬‫ُو‬، ‫م‬ ‫ي‬ ِ ‫علَ ُى سي ِدنَاُإِبـر ِاىيمُوعلَىُأّٰ ُِل سي ِدنَاُإِبـر‬
‫اى‬
َ َ َ َ ْ َ ْ َ ّٰ َ َ َ ْ َ ْ َ ّٰ َ
‫ت ُ َعلَ ُّٰى ُ َسي ِدنَاُإِبْـَر ِاىْي َم َُو َعلَ ّٰى ُأّٰ ُِل‬ ‫ك‬
ْ
َ ََ َ‫ار‬ ‫اُب‬ ‫م‬‫ك‬َ ُ، ٍ
‫د‬ ‫م‬
َ ‫ح‬ ‫ـ‬
َُ َ ُ
‫اُم‬ ‫ن‬
َ ِ
‫د‬ ‫ي‬‫س‬ ُ
‫ل‬ِ ّٰ‫و َعلَ ّٰى ُأ‬
َ
.‫ُمـ ِجْي ٌُد‬ َِ ‫ك‬
َُ ‫َُحْي ٌد‬ َ‫ن‬ِ
‫إ‬ُ، ُ
‫ْي‬ ِ
‫م‬ ‫ل‬
َ
َ َ ْ َ ْ َ ْ َْ َ‫ا‬ ‫ع‬ ‫ل‬
ْ ‫ُا‬ ِ
‫ُِف‬، ‫م‬ ‫ي‬ ِ ‫سي ِدنَاُإِبـر‬
‫اى‬
ُ

ِ ‫ات ُاْألَحي‬
ُ‫آء‬ ِ ‫اَل ّٰلّه َم ُا ْغ ِفر ُلِْلمسلِ ِمْي ُوالْمسلِم‬
ِ َ‫ات ُوالْمؤِمنِْي ُوالْمؤِمن‬
َْ ُْ َ َْ ُْ َ َ ْ ُ َ َْ ْ ُ ْ ُ
ِ َ‫ات ُويا ُق‬
ُ‫اض َي‬ ِ ‫َُسيع ُقَ ِريب ُم ِـجيب ُالدَعو‬
َِ ‫ك‬ َ َ
‫ن‬ ِ
‫إ‬ ُ . ُِ ‫األَمو‬
‫ات‬ ُ ْ ‫ُو‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ـ‬ ‫ن‬
ْ ‫م‬ِ
ََ َ َ ُ ْ ُ ٌ ْ ٌْ َْ َ ْ ُ
ُِ ‫اج‬
.‫ات‬ َ َ‫اْل‬
ْ
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami, ibubapa kami,
ahli keluarga dan guru-guru kami. Limpahkanlah kesejahteraan,
kedamaian dan kebahagiaan kepada kami semua dalam kehidupan
di dunia dan di akhirat.

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-


Mu kepada kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin
Negara kami, khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong Malaysia, dan juga pemimpin-pemimpin negeri
kami, khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri
Sarawak.

9
Ya Allah! Kurniakanlah kami rezeki yang halal lagi diberkati,
hindarilah kami dari sebarang bentuk gejala rasuah dan
perlanggaran kepada peraturan dan undang-undang. Kurniakanlah
keselamatan dan kesejahteraan, jadikanlah kami ummah yang
berkualiti dan berintegriti demi mencapai negara yang aman dan
makmur serta mendapat perlindungan Allah subhanahu wata’ala.

Ya Allah, Ya Dzal Jalali Wal Ikram! Ya Allah, kukuhkanlah


perpaduan dan kesatuan kami dalam aqidah, ibadah dan akhlak di
bawah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Limpahkanlah ke atas
kami nikmat kesihatan dan keafiatan. Kurniakanlah kesembuhan
kepada mereka yang diuji dengan penyakit-penyakit dan
bebaskanlah negara kami daripada segala perkara yang tidak
diingini dan wabak penyakit.

ُ،‫ُأّٰ ِم ْْي‬.‫اَ ُالنَا ُِر‬ ‫ذ‬


َ ‫اُع‬ ‫ن‬ِ‫آلِرِ ُحسنً ُوق‬ ِ ْ‫اُِف ُال ندنْـياُحسنًَ ُوِِف ُا‬ ُ ِ ‫ن‬ِ‫ربـَنَآُأّٰت‬
َ َ َ َ
َ ََ َ َ ََ َ َ َ
.‫ْي‬َُ ْ ‫َُالْ َعالَ ِم‬
َ ‫اُر‬ ‫ُي‬ ‫ْي‬ ‫م‬ ِ ّٰ‫أ‬
َ َ ْ
ِ ‫آء‬ِ ‫ُوإِيت‬.‫ان‬ ُِ ‫ِعبَ َاد‬
ُ‫ُذيُالْ ُق ْرَ َّٰب َُويَـْنـ َه ّٰى‬ َ َ ُِ ‫ إِ َن ُاهللَ ُيَأْ ُمُر ُبِالْ َع ْد ِل َُواْ ِإل ْح َس‬.‫ُاهلل‬
َُ‫ُفَاذْ ُكُرواُاهلل‬.‫ُيَعِظُ ُك ْم ُلَ َعلَ ُك ْم ُتَ َذ َكُرْو َُن‬.‫آء َُوالْ ُمْن َك ِر َُواُلْبَـ ْغ ُِي‬ ِ ‫ع ِن ُالْ َفحش‬
َْ َ
ُ.‫ضلِ ِو ُيـُ ْع ِط ُك ُْم‬
ْ َ‫اسأَلُ ْـوهُ ُِم ْن ُف‬‫و‬ ُ. ُ
‫م‬ ‫ك‬
ُ ‫د‬
ْ‫ز‬ِ ‫ُي‬ ِ ‫ُوا ْش ُكروه ُعلَى ُنِع ِم‬.‫الْع ِظيم ُي ْذ ُكرُك ُم‬
‫و‬
ْ َ ْ َ َ ّٰ َ ُ ْ ُ َ ْ ْ َ َ ْ َ
.ُِِ‫ص َل‬ َ ‫ُأَقِْي ُمواُال‬.‫صنَـعُو َُن‬ ِ ‫ولَ ِذ ْكر‬
ُ ‫ُ َو‬.‫ُاهللُأَ ْكبَـ ُُر‬
ْ َ‫اهللُُيَـ ْعلَ ُم َُماُت‬ ُ َ

10

Anda mungkin juga menyukai