Anda di halaman 1dari 11

KHUTBAH JUMAAT

“MAWADDAH DAN RAHMAH ASAS KEBAHAGIAAN


RUMAH TANGGA”
(27 Januari 2023M/ 05 Rejab 1444H)
___________________________________________________________________________________________________________________________

ُُ‫ ُ َوأَ ْش َه ُُد ُأَ ُْن َُُل ُإِلَـُّٰوَ ُإَُِل ُالـ ّٰلُّو‬،‫ن ُاُلْـ َح ِمْي ِد‬ ُ‫ ُاَلْـ َح ْم ُُد ُلِـ ّٰلُِّو ُالْغَِ ي‬،‫ـح ْم ُُد ُلِـ ّٰلُِّو‬
َ ْ‫اَل‬
ُ.ُ‫ُ َوأَ ْش َه ُُدُأَ َُنُ َسي َدنَاُ ُُمـ َح َم ًداُ َعْب ُدُهُُ َوَر ُس ْولُُو‬،ُُ‫كُلَُو‬ َُ ْ‫َو ْح َدُهَُُُلُ َش ِري‬
ُ.‫ص ْحبُِِوُ َو َسُلي ُْمُتَ ْسلِْي ًماُُ َكثِْيـًرا‬ ََ ‫و‬ ُ ُ
‫و‬ِِ‫اَلـ ّٰلّه َُمُص يُلُعلَىُسي ِدنَاُ ُمـح َم ٍُدُوعلَىُآل‬
ََ َ ُ َ َ َ ُ
ُ‫ ُاتَـ ُق ْوا ُالـ ّٰلُّوَ ُ َح َُق ُتُـ َقاتُِِو ُ َوَُل ُُتَـ ُم ْوتُ َُن ُإَُِل ُ َوأَنْـتُ ُْم‬،‫اد ُالـ ّٰلُِّو‬
َُ َ‫ ُفَـيَا ُ ِعب‬،‫أََما ُبَـ ْع ُد‬
.‫ُم ْسلِ ُم ْو َُن‬
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
subhanahu wata’ala dengan menunaikan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Semoga kita beroleh kejayaan,
kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Khatib
mengingatkan para jemaah agar memberi sepenuh perhatian
kepada khutbah yang akan disampaikan dan tidak melakukan
perkara-perkara yang lagha (sia-sia) seperti berbual-bual atau
menggunakan telefon. Marilah kita bersama-sama mendengar dan
menghayati khutbah yang bertajuk : “Mawaddah dan Rahmah
Asas Kebahagiaan Rumah Tangga”.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Perkahwinan disyariatkan sebagai satu cara meramaikan umat
manusia, membentuk keluarga bahagia, menghubungkan

1
silaturahim, memelihara keturunan dan merupakan satu sunnah
yang dituntut oleh Islam. Allah subhanahu wata'ala juga telah
menjadikan hikmah perkahwinan sebagai cara untuk pasangan
suami isteri mewujudkan kasih sayang (mawaddah) dan belas
kasihan (rahmah) antara satu sama lain. Firman Allah subhanahu
wata’ala dalam surah ar-Rum, ayat 21:

           

         

Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan


kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk
kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan
dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang
dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang
yang berfikir.

Ayat tadi menjelaskan bahawa kasih sayang yang terjalin dari


hubungan perkahwinan yang sah itu akhirnya akan membuat kita
berfikir tentang kebesaran Allah subhanahu wata'ala. Seterusnya,
akan lahirlah ketenangan (sakinah) dalam rumahtangga, sejahtera
dalam masyarakat dan harmoni dalam sebuah negara.

2
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Islam telah menggariskan ciri-ciri bakal suami dan isteri yang perlu
diteliti ketika memilih pasangan hidup. Bakal suami yang perlu
diberi perhatian ialah seorang yang menghayati agama, memiliki
akhlak mulia dan mampu memimpin dan membimbing keluarga.
Imam at-Tirmizi rahimahullah meriwayatkan daripada Abu Hurairah
radiallahu anhu bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
bersabda yang maksudnya:

"Apabila datang meminang kepada kamu orang yang kamu redha


agama dan akhlaknya, maka hendaklah kamu kahwini akan dia,
jika kamu tidak melakukannya nescaya akan berlaku fitnah di atas
muka bumi dan kerosakan yang besar."

Begitu juga ciri-ciri bakal isteri yang menjadi pilihan hendaklah dari
kalangan seorang yang beragama. Daripada Abu Hurairah
radiallahu anhu bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
bersabda:

ُ‫ـج َمالِ َـها َُولِ ِـديْنِ َهـا ُفَاظْ َف ْر‬ِ‫((تُـْن َكح ُالْـمرأَةُ ُِِلَُرب ٍع ُلِـمالِـها ُولِـحسبِـها ُول‬
َ َ َ َ َ َ َ َ َْ َ ُ
ِ
ُُ))‫اك‬ َُ ‫تُيَ َد‬ْ َ‫بِ َذاتُالدييْ ُِنُتَ ِرب‬
Maksudnya: Lazimnya wanita dikahwini kerana empat perkara,
hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu
pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung.
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

3
Kaum muslimin yang dirahmati Allah
Mawaddah (kasih sayang) hanya terjelma di alam perkahwinan
apabila suami isteri saling memahami tugas dan tanggungjawab
masing-masing. Apabila telah dijab qabul, maka termeterai
tanggungjawab seorang suami memberi nafkah zahir dan batin
terhadap isteri. Menyediakan keperluan asas dan lain-lain
keperluan dengan sebaik mungkin yang meliputi makanan yang
mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal yang
selesa, selaras dengan kemampuan suami.

Sebuah hadis daripada Muawiyah radiallahu anhu bahawa


Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ditanya tentang hak seorang
isteri ke atas suaminya, maka Nabi sallallahu alaihi wasallam
menjelaskan kepadanya bahawa seorang suami hendaklah
memberi makanan dan pakaian kepada isterinya dan tidak
memukul di wajahnya, tidak menghinanya dan tidak
meninggalkannya melainkan di rumah tempat kediamannya.

Isteri pula perlu taat kepada suami selagi tidak melanggar perintah
syarak. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang
maksudnya:

“Hak seorang suami ke atas isterinya ialah isteri tidak


meninggalkan tempat tidur suaminya, rela dengan gilirannya yang
ditetap oleh suaminya, taat pada perintah suami, tidak keluar rumah
tanpa izin suami dan tidak membenarkan orang yang dibenci suami
masuk ke dalam rumah”.
(Hadis riwayat Imam at-Tabarani)
4
Kaum muslimin yang dirahmati Allah
Dalam membina rumahtangga bahagia yang mendapat keredaan
Allah mestilah memiliki sifat rahmah atau kasih mengasihi antara
satu sama lain. Sikap bertolak ansur, memahami antara satu sama
lain, berlaku adil dan ihsan merupakan antara ciri sifat rahmah yang
perlu ada dalam sesebuah rumahtangga.
Komunikasi yang berkesan juga menyumbang kepada kebahagiaan
rumah tangga. Bahasa komunikasi bukan hanya melalui bahasa
pertuturan tetapi juga bahasa badan atau bahasa perantaraan
melalui telefon dan lain-lain. Justeru, suami dan isteri hendaklah
menjaga tuturkata masing-masing. Perkataan yang kasar sudah
tentu akan memedihkan hati pasangan yang tidak mustahil akan
menjejaskan hubungan mereka. Firman Allah subhanahu wata'ala
dalam surah an-Nisa', ayat 19:

         …

    

Maksudnya: ... Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri


kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai)
benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah
kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu
bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang
kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).

5
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Apabila sifat mawaddah dan rahmah terbentuk dalam sebuah
keluarga, maka akan lahirlah sakinah (ketenangan) bukan sahaja
kepada pasangan suami isteri tetapi juga rumahtangga yang dibina.
Suami akan melakukan tugas dengan ikhlas, jujur dan amanah.
Manakala isteri pula sentiasa bekerjasama, hormat menghormati
dan bertimbang rasa dalam pergaulan. Maka lahirlah suami isteri
cemerlang yang membina mahligai rumahtangga dalam rahmat dan
naungan Allah. Rumahtangga yang tenang dipenuhi dengan
amalan agama seperti berdoa, berzikir, membaca al-Quran, solat
berjemaah, majlis ilmu, makan minum bersama dan seumpamanya.

Ketenangan yang terpancar dalam sesebuah rumahtangga


mempunyai kesan yang besar dalam masyarakat. Keharmonian
yang terjelma akan melahirkan perpaduan dan keamanan dalam
sebuah masyarakat. Masyarakat yang sejahtera dan hidup aman
damai akan melahirkan pula negara yang rukun damai dan sunyi
dari perpecahan dan kacau bilau.

Justeru, bagi memastikan setiap rumahtangga yang dibina kekal


hingga akhir hayat, maka setiap individu yang telah berkahwin perlu
memiliki ilmu pengetahuan yang mantap, amalan yang soleh,
ekonomi yang stabil lagi halal, kesihatan yang baik dan hidup
berpandukan kepada contoh amalan kehidupan Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam.

6
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya, mewujudkan keluarga mawaddah, rahmah dan
sakinah adalah merupakan satu tuntutan Islam. Ia adalah cita-cita
setiap pasangan untuk melahirkan keluarga yang aman, bahagia
dan harmoni. Sebelum mengakhiri, marilah kita menghayati
kesimpulan dari khutbah hari ini iaitu:

Pertama: Allah subhanahu wata'ala mensyariatkan perkahwinan ke


atas hamba-Nya sebagai suatu ibadah dan ia wajib dibina dengan
penuh mawaddah, rahmah dan sakinah.

2. Umat Islam wajib membina kerukunan rumahtangga dengan


berkasih sayang, saling bekerjasama, hormat menghormati,
berkomunikasi dengan lembut dan mesra bagi memikul hak dan
amanah yang diberikan Allah kepada setiap pasangan.

3. Setiap pasangan hendaklah menjauhi perkara-perkara yang


boleh meruntuhkan rumahtangga seperti menyebarkan hal-hal
keaiban rumahtangga.

4. Umat Islam hendaklah berpegang kepada matlamat perkahwinan


untuk mendapatkan keredaan Allah.

Mengakhiri khutbah, marilah kita bersama-sama menghayati firman


Allah subhanahu wata’ala dalam surah al-Furqan, ayat 74:

7
ِ ‫الرِح‬
.‫يم‬ َّ ‫الر ْح َم ـٰ ِن‬ ِ ‫ بِس ِم‬.‫الرِج ْي ِم‬
َّ ‫اهلل‬ ْ َّ ِ َ‫الش ْيط‬
‫ان‬ َّ ‫ن‬
َ
ِ ‫اهلل‬
‫م‬ ِ ِ‫أَعُوذُ ب‬
ْ
          

  

Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang)
yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami
beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara
yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam
ikutan bagi orang yang (mahu) bertaqwa.

ُ‫ َُونَـ َف َع ِن َُوإِيَا ُك ْم ُُبِـ َما ُفِْي ِو ُِم َن‬،‫آن ُالْ َع ِظْي ِم‬
ِ ‫ُاهللُِِل ُولَ ُكم ُِِف ُالْ ُقرء‬
َْ ْ َ ُ ‫بَ َارَك‬
ُ‫ُى َو ُال َس ِمْي ُع‬ ‫و‬ َ
ُ
‫ن‬ ِ
‫إ‬ُ، ‫و‬ ‫ت‬
َ‫و‬ ُ
‫ل‬ َ ِ‫ُوتَُـ َقبَل ُِم ين ُوِمْن ُكم ُت‬،‫ات ُوال يذ ْك ِر ُاُلْـح ِكي ِم‬ ِ ‫اآلي‬
ُ ُ َُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َ َ
ُ‫ َُولِ َسائِِر‬،‫َستَـ ْغ ِفُُر ُاهللَ ُالْ َع ِظْي َم ُِِل َُولَ ُك ْم‬ ‫أ‬
‫ُو‬ ،‫ا‬ ‫ذ‬َ ‫ُى‬
ْ َ َ ْ ْ ُْ َ ‫ِل‬ِ
‫و‬ ‫ـ‬
َ ‫ق‬ ُ ‫ل‬ُ ‫و‬ ‫ـ‬
ُ ‫ق‬َ‫أ‬ ُ . ُ
‫م‬ ‫ي‬ِ‫الْعل‬
ُ‫ُى َو‬ ‫و‬َ‫ن‬ِ
‫إ‬ُ ‫ه‬‫و‬ ‫ر‬ ِ ‫ ُفَاستـ ْغ‬،‫ات‬
‫ف‬ ِ َ‫ ُوالْمؤِمنِْي ُوالْمؤِمن‬،‫ات‬ ِ ‫الْمسلِ ِمْي ُوالْمسلِم‬
ُ ُ ُ ُْ َ ْ ُْ َ َْ ُْ َ َ ْ ُ َ َْ ْ ُ
.‫الْغَ ُف ْوُرُالَرِحْي ُُم‬

8
KHUTBAH JUMAAT KEDUA
______________________________________________________________________________________________________________________

ُُ‫ُأَ ْش َه ُد ُأَ ْن َُل ُإِلَُـّٰـوَ ُإَِل ُاهلل‬.‫َُحْ ًداُ َكثِ ًرياُ َك َماُأ ََمَُر‬ َ ‫ـح ْم ُد ُلِّٰلّ ِو‬َ ‫ل‬
َْ‫ا‬ ُ. ِ ّ‫اَلْـحم ُد ُلِّٰل‬
ُ
‫و‬ َْ
ُ‫ُاَل ّٰلّ ُه َم‬.ُ‫اُعْب ُدُهُ ُ َوَر ُس ْولُُو‬
َ ‫اُمـ َح َم ًد‬ ُُ َ‫ُسي َُدن‬َ ‫ن‬َ َ
‫أ‬ ُ ‫د‬ُ ‫ه‬ ‫ش‬
ْ
َ َ َ‫أ‬
‫ُو‬، ‫و‬
ُ ‫ل‬
َ ُ ‫ك‬َ ‫ي‬
ْ‫ر‬ِ ‫ُش‬
َ ‫َو ْح َدهُ َُل‬
ُ‫ُأََما‬.‫ْي‬ َُ ْ ِ‫َْجَع‬
ْ ‫َص َحابِِوُأ‬ ‫أ‬
‫ُو‬ ‫و‬ِِ‫اُمـح َم ٍدُوعلَىُأّٰل‬ ُ ‫ن‬
َ ِ ‫صلُوسليمُوبا ِرْكُعلَىُسي‬
‫د‬
ْ َ ّٰ َ َ َ ُ َ ّٰ َ َ َ ْ َ َ ‫َ ي‬
ُ.‫ُح َقُتُـ َقاتِِوُلَ َعلَ ُك ْمُتُـ ْفلِ ُح ْو َُن‬ ‫اُاهلل‬‫و‬ ‫ق‬ َ
‫ـ‬ ‫ت‬ِ‫ُا‬،‫ُاهلل‬
ِ ‫اُعباد‬ ِ ‫ُفَـي‬،‫بـع ُد‬
َ َ ُ َ َ َ َْ
Kaum Muslimin yang dirahmati Allah,
Pada musim tengkujuh ini, mimbar menyeru agar kita sentiasa
berwaspada dan mengikuti nasihat yang diberikan oleh pihak
berkuasa dari masa ke masa sama ada yang berkaitan dengan
kemungkinan banjir mahupun keadaan perairan untuk apa sahaja
aktiviti. Pada masa yang sama, kita hendaklah sentiasa melakukan
kawalan kendiri dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan terdedah
kepada bahaya wabak penyakit. Teruskanlah memohon
keampunan dan bermunajat kepada Allah subhanahu wata’ala agar
diangkat segala wabak dan musibah daripada kita dan dikurniakan
keselamatan dan kesejahteraan buat diri, keluarga, masyarakat,
negeri dan negara.

ُ:‫ال‬
َُّٰ ‫قَ َالُاهللُُتَـ َع‬
           

  

9
ُ‫ت‬ ‫ي‬َ‫ل‬‫اُص‬ ‫م‬ ‫ك‬
َ ُ، ٍ ‫اُمـح َم‬
‫د‬ ُ ‫ن‬
َ ‫د‬ِ ‫اُمـح َم ٍد ُوعلَى ُأّٰ ُِل سي‬ ُ َ‫ن‬‫د‬ِ ‫اَل ّٰلّه َم ُصل ُعلَ ُى سي‬
َ َْ َ َُ َ ّٰ َ َ َ ُ َ ّٰ َ ‫ُ َ ي‬
ُ‫اُمـ َح َم ٍُد‬ ُُ َ‫ُعلَ ُّٰى َسي ِدن‬ ‫ك‬ْ ِ
‫ر‬ ‫ا‬ ‫ب‬‫ُو‬، ‫م‬ ‫ي‬ ِ ‫علَ ُى سي ِدنَاُإِبـر ِاىيمُوعلَىُأّٰ ُِل سي ِدنَاُإِبـر‬
‫اى‬
َ َ َ َ ْ َ ْ َ ّٰ َ َ َ ْ َ ْ َ ّٰ َ
‫ت ُ َعلَ ُّٰى ُ َسي ِدنَاُإِبْـَر ِاىْي َم َُو َعلَ ّٰى ُأّٰ ُِل‬ ‫ك‬
ْ
َ ََ َ‫ار‬ ‫اُب‬ ‫م‬‫ك‬َ ُ، ٍ
‫د‬ ‫م‬
َ ‫ح‬َُ َ‫ـ‬ ُ
‫اُم‬ ‫ن‬
َ ِ
‫د‬ ‫ي‬‫س‬ ُ
‫ل‬ِ ّٰ‫و َعلَ ّٰى ُأ‬
َ
.‫ُمـ ِجْي ٌُد‬ َِ ‫ك‬
َُ ‫َُحْي ٌد‬ َ‫ن‬ِ
‫إ‬ُ، ‫ْي‬ ِ
‫م‬ ‫ل‬
َ
َ َ ْ َ ْ َ ْ َْ َ‫ا‬ ‫ع‬ ‫ل‬
ْ ‫ُا‬ ِ
‫ُِف‬، ‫م‬ ‫ي‬ ِ ‫سي ِدنَاُإِبـر‬
‫اى‬
ُ‫آء‬ِ ‫ات ُاِْلَحي‬ ِ َ‫ات ُوالْمؤِمنِْي ُوالْم ُؤِمن‬ ِ ‫اَل ّٰلّه َم ُا ْغ ِفر ُلِْلمسلِ ِمْي ُوالْمسلِم‬
َْ ُْ َ َْ ُْ َ َ ْ ُ َ َْ ْ ُ ْ ُ
ُ‫اض َي‬ ِ َ‫ات ُويا ُق‬ ِ ‫َُسيع ُقَ ِريب ُم ِـجيب ُالدَعو‬ َِ ‫ك‬ َ
‫ن‬ ِ
‫إ‬ ُ . ُِ
‫ات‬ ‫و‬ ‫م‬َُ
‫اِل‬
ْ ‫ُو‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ـ‬ ‫ن‬
ْ ِ
‫م‬
ََ ََ ُ ْ ُ ٌ ْ ٌ ْ َ َْ َ ْ ُ
ُِ ‫اج‬
.‫ات‬ َ َ‫اْل‬ ْ
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami, ibubapa kami,
ahli keluarga dan guru-guru kami. Limpahkanlah kesejahteraan,
kedamaian dan kebahagiaan kepada kami semua dalam kehidupan
di dunia dan di akhirat.

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-


Mu kepada kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin
Negara kami, khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong Malaysia, dan juga pemimpin-pemimpin negeri
kami, khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri
Sarawak.

Ya Allah! Kurniakanlah kami rezeki yang halal lagi diberkati,


hindarilah kami dari sebarang bentuk gejala rasuah dan
perlanggaran kepada peraturan dan undang-undang. Kurniakanlah
keselamatan dan kesejahteraan, jadikanlah kami ummah yang
10
berkualiti dan berintegriti demi mencapai negara yang aman dan
makmur serta mendapat perlindungan-Mu, ya Allah.

Ya Allah, Ya Dzal Jalali Wal Ikram! Ya Allah, kukuhkanlah


perpaduan dan kesatuan kami dalam aqidah, ibadah dan akhlak di
bawah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Limpahkanlah ke atas
kami nikmat kesihatan dan keafiatan. Kurniakanlah kesembuhan
kepada mereka yang diuji dengan penyakit-penyakit dan
bebaskanlah negara kami daripada segala perkara yang tidak
diingini dan wabak penyakit.

ُ،‫ُأّٰ ِم ْْي‬.‫اب ُالنَا ُِر‬ ‫ذ‬


َ ‫اُع‬ ‫ن‬ ِ‫آلخرِة ُحسنةً ُوق‬ ِ ْ‫ُالدنْـياُحسنَةً ُوِِف ُا‬ ُّ ِ
‫اُِف‬ ‫ن‬ ِ‫ربـَنَآُأّٰت‬
َ َ َ ََ ََ َ َ ََ َ َ َ
َُ ْ ‫بُالْ َعالَ ِم‬
.‫ْي‬ َ ‫اُر‬ ‫ُي‬ ‫ْي‬ ‫م‬ِ ّٰ‫أ‬
َ َ ْ
ِ ‫آء‬ِ ‫ُوإِيت‬.‫ان‬ ُِ ‫ِعبَ َاد‬
ُ‫ُذيُالْ ُق ْرَ َّٰب َُويَـْنـ َه ّٰى‬ َ َ ُِ ‫ إِ َن ُاهللَ ُيَأْ ُمُر ُبِالْ َع ْد ِل َُواْ ِإل ْح َس‬.‫ُاهلل‬
َُ‫ُفَاذْ ُكُرواُاهلل‬.‫ُيَعِظُ ُك ْم ُلَ َعلَ ُك ْم ُتَ َذ َكُرْو َُن‬.‫آء َُوالْ ُمْن َك ِر َُوالْبَـ ْغ ُِي‬ ِ ‫ع ِن ُالْ َفحش‬
َْ َ
ُ‫ضلِ ِو‬
ْ َ‫اسأَلُ ْـوهُ ُِم ْن ُف‬ ‫و‬ ُ . ُ
‫م‬ ‫ك‬
ُ ‫د‬
ْ‫ز‬ِ ‫ُي‬ ِ ‫ ُوا ْش ُكروه ُعلَى ُنِع ِم‬.‫الْع ِظيم ُي ْذ ُكرُك ُم‬
‫و‬
ْ َ ْ َ َ ّٰ َ ُ ْ ُ َ ْ ْ َ َ ْ َ
.‫ص َلُِة‬ َ ‫ُأَقِْي ُمواُال‬.‫صنَـعُو َُن‬ ‫ت‬ ُ‫ا‬ ‫ُم‬ ‫م‬ ‫ل‬
َ ‫ع‬
ْ َ َ ُ ْ َ ُ َ َُ‫ـ‬ ‫ي‬ ُ ُ
‫اهلل‬
‫و‬ ُ. ُ
‫ر‬ ‫ـ‬ ‫ب‬‫ك‬ْ َ‫أ‬ ُ ِ
‫ُاهلل‬ ‫ر‬ ِ
ُ َ ْ ‫يـُ ْع‬
‫ك‬ْ ‫ذ‬ ‫ل‬
َ‫و‬ ُ. ُ
‫م‬ ‫ك‬ُ ِ
‫ط‬

11

Anda mungkin juga menyukai