Anda di halaman 1dari 9

1.

Pengenalan
Agama Islam telah menggalakkan perkahwinan dengan meletakkan satu sistem

dan peraturan yang kuat dan utuh bagi memelihara kesejahteraan masyarakat,
kebahagiaan keluarga, memelihara akhlak dan mengekalkan generasi umat manusia di
alam ini. Oleh itu agama Islam telah menentukan garis panduan dan peraturan yang
lengkap dalam memilih bakal suami atau isteri untuk di jadikan pasangan hidup masingmasing.
Perkahwinan adalah suatu perkara yang amat indah dan diimpikan oleh setiap
orang. Islam amat menggalakkan umatnya bernikah atau disebut sebagai berkahwin.
Pernikahan atau perkahwinan ini amat dituntut oleh Islam, ianya dilambangkan sebagai
sebahagian tuntutan yang perlu dilakukan bagi menjamin kesejahteraan hidup bagi
individu, keluarga , mahupun masyarakat. Dalam Al-Quran sendiri terdapat beberapa
ayat yang menerangkan tentang pernikahan.
Begitu juga dengan hadis Rasulullah SAW. Baginda sering menasihatkan
pemuda-pemuda supaya menyegerakan perkahwinan. Ini kerana perkahwinan itu
membawa berbagai-bagai hikmah dan kebaikan. Antara hikmah perkahwinan adalah
sebagai tempat untuk melepaskan syahwat di tempat yang halal. Manusia yang tidak
dapat mengendalikan nafsu syahwatnya akan sangat mudah terjebak pada ajakan
syahwat terlarang. Pintu perkahwinan (pernikahan) adalah cara yang tepat dalam
mewadahi aspirasi naluri normal seorang manusia.
Selain itu pernikahan juga dituntut bagi menjamin akhlak terpuji, memotivasikan
semangat beribadah, membangunkan rumahtangga islamik, dan untuk mendapatkan
zuriat penyambung keturunan. Islam melihat perkahwinan ini sebagai suatu perkara
yang penting dan perlu disegerakan.
2.0 Konsep Perkahwinan Dalam Islam
Perkahwinan merupakan satu kontrak yang menghalalkan perhubungan dan pergaulan
di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bergelar suami dan isteri.
Pertunangan seorang lelaki dengan seorang perempuan juga akan berakhir dengan
berlakunya akad perkahwinan dan kedua-dua pihak mempunyai hak dan tanggungjawab
masing-masing dalam sebuah rumahtangga dan keluarga.
Selain itu juga perkahwinan merupakan salah satu naluri manusia, kerana dengan
adanya perkahwinan, tumbuh rasa saling memberi, memiliki dan saling membantu, sehingga
wujud keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah. Keluarga yang sakinah, mawaddah dan
rahmah merupakan suatu model keluarga yang diimpikan oleh setiap individu.

Perkahwinan juga merupakan kehidupan bersama dalam suatu ikatan yang diatur dalam
peraturan perundangan dengan tujuan untuk membentuk keluarga yang bahagia, seperti
yang termaktub dalam Fasal 1 Undang-Undang Nombor 1 Tahun 1974.
2.1 Takrif perkahwinan dan pensyariatan
Perkataan nikah atau kahwin dari segi syarak bermaksud satu akad atau
perjanjian yang menghalalkan hubungan kelamin di antara seorang lelaki dengan seorang
perempuan mengikut cara dan syarat tertentu dalam bentuk yang kekal. Perkataan nikah
dipakai bagi dua maksud iaitu dengan maksud akad dan kedua dengan maksud
persetubuhan atau al-watu. Secara amnya al-Quran menggunakan perkataan al-nikah
dengan maksud akad dan bukan maksud persetubuhan. Umpamanya firman Allah : Surah
al-Ahzab 33: 49,
Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu berkahwin Dengan perempuanperempuan Yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya,
maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang idah Yang kamu boleh
hitungkan masanya. oleh itu, berilah "Mut'ah" (pemberian sagu hati) kepada mereka, dan
lepaskanlah mereka Dengan cara Yang sebaik-baiknya.
Perkahwinan dalam Islam disyariatkan berdasarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan
Ijmak. Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah yang menggalakkan umat
manusia supaya berkahwin. Antaranya :
Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuanperempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku
adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau
(pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih
dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. ( Surah Annisa : 3 )
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu,
dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka
miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana
Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.
( Surah An-Nuur: ayat 32 ).
Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan
wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan adalah
menyusun dan menyatukan pergaulan antara lelaki dan perempuan supaya dapat
mewujudkan suasana mahabbah dan kasih sayang dalam kehidupan. Tanpa penyusunan
yang rapi dan betul di dalam pergaulan di antara lelaki dan perempuan, pastinya

kepincangan akan berlaku. Oleh kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan,
ditentukan

kewajipan-kewajipan

dan

peraturan-peraturan

yang

akan

membawa

kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebaliknya jika peraturan-peraturan itu


tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu akan
menghadapi krisis dan pergolakkan dalam rumahtangga.
2.2 Konsep Perkahwinan Menurut Islam
1. Iman Dan Taqwa
Iman dan taqwa adalah dua komponen utama yang sangat penting untuk
menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Ia menentukan hala tuju
dalam kehidupan istitusi keluarga kita. Islam menekankan soal akidah
sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran tentang kisah Luqman. (alLuqman31:13)
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi
nasihat

kepadanya:"

Wahai

anak

kesayanganku,

janganlah

Engkau

mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan


syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar "
2. Al-mawaddah wa al-Rahmah
Suami isteri hendaklah berkasih saying dan saling hormat-menghormati bagi
memastikan kebahagiaan rumahtangga.
3. Husn al-muasyarah
Pergaulan yang baik di antara suami isteri juga merupakan asas penting kepada
pembentukan keluarga dalam Islam. Antara perkara yang termasuk dalam
pergaulan yang baik ini ialah cinta-mencintai, kasih mengasihi, berbudi bahasa
dan bersopan santun. Hal ini dijelaskan oleh Allah S.W.T. dalam firmannya :
Dan bergaullah kamu Dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) Dengan cara Yang
baik. kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu
bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa Yang kamu benci
itu kebaikan Yang banyak (untuk kamu) .
( Surah Annisa : 19 )
Sesungguhnya tiada yang lebih berharga bagi seseorang isteri melainkan
mendapat layanan yang baik daripada suami. Hal ini dijelaskan oleh hadith
Rasulullah S.A.W.


Ertinya: Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mukmin yang paling baik
akhlaknya dan mukmin yang paling lemah lembut terhadap isterinya.)Hadith
Riwayat Tirmidhi)
4. Hubungan suami isteri mesti dalam batas likungan syarak, tidak
menjatuhkan nama baik Islam atau perkara-perkara yang diharamkan Allah.
Telah diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

Ertinya: Tidak seorang pun yang patuh menurut kehendak kehendak
perempuan melainkan Allah campakkan beliau ke dalam neraka.
Sabda Rasulullah lagi :

Ertinya: Seseorang itu tidak akan menemui Allah dengan dosa yang lebih besar
dari dosa kejahilan isterinya.
5. Tanggungjawab bersama mendidik anak
Hakikatnya, kejayaan sesebuah perkahwinan, kejayaan memilih isteri (wanita)
solehah dan kejayaan mencanai suami isteri dalam acuan Islam merupakan
usaha-usaha

yang banyak membantu mendidik anak-anak dengan tarbiah

Islamiah yang diharapkan. Kegagalan dalam membina perkahwinan menurut


cara Islam dan tersalah memilih wanita sebagai isteri adalah penyebab
keruntuhan dan menjadi ancaman berlakunya keburukan yang menguasai
keluarga keseluruhannya. Sebarang pergolakan yang berlaku dalam kehidupan
suami isteri secara langsung akan mempengaruhi pendidikan dan emosi anakanak seterusnya akan menimbulkan sifat-sifat yang luar biasa dikalangan anakanak. Hasil yang diharapkan dari terbinanya sebuah rumahtangga ialah untuk
mewujudkan satu generasi yang soleh sebagaiman yang dinyatakan dalam
firman Allah:al-Furqan 25:74
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa
Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan
zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan
Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa .
2.3 Hikmah Perkahwinan

Diantara hikmah pensyariatan perkahwinan diantaranya ialah sebagai memenuhi


fitrah kejadian manusia yang memerlukan kepada satu sama lain terutamanya antara
lelaki dan perempuan dengan cara yang halal. Rasulullah SAW pernah mengingatkan
sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu
berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut
kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala
tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan.
Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".
Naluri seks adalah naluri yang paling kuat dan keras yang selamanya menuntut
adanya jalan keluar. Dan kawin adalah jalan alami dan biologis yang paling baik dan
sesuai untuk menyalurkan dan memuaskan naluriah seks ini.Dari abu Hurairah : pernah
Nabi saw bersabda: " Sesungguhnya perempuan itu menghadap dengan rupa setan dan
membelakangi dengan rupa setan pula. Jika seseorang diantaramu tertarik kepada
seorang perempuan, hendaklan ia datangi istrinya, agar nafsunya bisa tersalurkan. "
(HR. Muslim , Abu Daud dan Turmudzi ).
Selain itu, hikmah perkahwinan ialah dapat mengembangkan masyarakat Islam
dengan keturunan dan zuriat yang baik-baik atau melahirkan zuriat. Ia juga dapat
mewujudkan ketenangan dan keteguhan jiwa seseorang melalui perkahwinan
Hikmah perkahwinan juga dapat menjaga akhlak seseorang daripada melakukan
perkara-perkara yang diharamkan seperti perbuatan zina dan seumpamanya dan dapat
menjaga manusia dengan cara paling selamat melalui perkahwinan dan menghindarkan
manusia daripada keburukan dan kemusnahan. Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah
seorang lelaki dan wanita berkhalwat (berdua-duaan), sebab syaitan menemaninya.
Janganlah salah seorang di antara kita berkhalwat, kecuali wanita itu disertai
mahramnya." (HR : Bukhari & Muslim dari Abdullah Ibnu Abbas r.a.).
Selain daripada itu, hikmah perkahwinan dapat memperluaskan hubungan
kekeluargaan di antara keluarga suami dan keluarga isteri dan melahirkan semangat
tolong menolong di antara ahli-ahli keluarga. Sebagaiaman sabda Rasulullah : "
kawinlah dengan perempuan pecinta lagi bisa banyak anak, agar nanti aku dapat
membanggakan jumlahnya yang banyak di hadapan para nabi pada hari kiamat nanti. "
2.4

Petua Membahagiakan Rumah Tangga

Mengekalkan rumah tangga tidak semudah mendirikannya. Saban tahun ribuan


pasangan yang mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
Lantaran ketiadaan persefahaman lagi dalam melayari bahtera perkahwinan. Kenapa ini
harus terjadi ? Lumrahnya sebuah perkahwinan tidak lekang daripada diuji dengan
pelbagai ujan. kadang-kadang ujian yang tidak dapat diatasi akan mengakibatkan
keretakan rumah tangga.
Untuk itu seorang isteri perlu mengambil pendekatan terbaik untuk memastikan
cinta suami sentiasa mekar untuk diri mereka. Agar cinta yang kian hambar di antara
mereka bersemi kembali.
Maka dengan itu cara-cara untuk membahagiakan rumahtangga ialah dengan
mengucapkan ungkapan cinta iaitu tunjukkanlah cinta anda secara lisan atau kata-kata
yang manis. Selalulah katakan kepada pasangan anda kata-kata cinta dan sayang.
Apabila kita mengucapkan kata-kata yang menunjukkan perhatian dan cinta, bererti
memelihara dan menguatkan rasa cinta. Di samping itu, pujilah pasangan kerana
dengan pujian akan dapat menambah rasa cinta di dalam hati.
Menunjukkan

sikap

saling

mencintai

merupakan

cara

yang

dapat

membahagiakan rumahtangga iaitu tunjukkanlah tingkah laku yang membuktikan rasa


cinta. Selalulah bergandingan tangan, membelai dan berpelukan. Bermesra dan
bergurau sendalah antara suami isteri. Penting juga bagi suami isteri bersentuhsentuhan dengan lembut pada tangan pasangannya bagi membuktikan kasih sayang.
Disamping itu cara untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga ialah saling
memberikan penghargaan iaitu berbicaralah tentang perkara-perkara yang disukai,
nikmati dan hargai. Berikanlah pujian dan penghargaan apabila pasangan telah
melakukan sesuatu yang menyenangkan hati.
Berusaha membahagi masa dan rasa dan jika suami atau isteri berada dalam
sesuatu situasi, cubalah membahagikan rasa mengikut rasa pasangannya. Jika suami
sedang gembira, maka tunjukkan rasa gembira, jika sedang berduka, tunjukan rasa
simpati dan sebagainya. Bahagikan masa bercuti hanya berdua sahaja seperti anda
berbulan madu dahulu. Ini penting kerana akan merapatkan lagi hubungan suami isteri
seperti baru berkahwin.

Selain dari itu, setiap pasangan perlu saling memberikan motivasi secara
emosional Hiburkanlah pasangan dan korbankanlah apa saja untuk pasangan.
Hargailah maruah pasangan dan perhatikan perasaan dan berikan semangat dan
dorongan kepadanya.
Memberikan hadiah akan mempereratkan kasih sayang dan terasa dihargai.
Walaupun hadiah itu tidak mahal, tetapi jika diberi akan menggembirakan hati pasangan
hidup kita. Walaupun perkara ini dianggap kecil bagi sesetengah orang tetapi jika selalu
diberi perhatian akan meninggalkan kesan yang mendalam di lubuk hati pasangan kita.
Tidak semestinya hadiah diberikan pada hari-hari tertentu seperti hari lahir, ulang tahun
perkahwinan tetapi berilah jika ada kemampuan pada hari-hari biasa.
Selain itu, menerima kelemahan pasangan kita kerana tidak ada orang yang
sempurna. Berbincanglah dengan baik dengan tidak menyakiti perasaan hati pasangan
dan bersikap terbukalah dalam menerima hakikat diri masing-masing.Kadangkala di
antara kita tidak ikhlas dalam memberikan sesuatu. Oleh itu, hendaklah memiliki sifat
ikhlas dan hilangkan kecurigaan antara satu sama lain. Berusahalah untuk memberi
yang terbaik untuk pasangan anda. Bagi isteri berusahalah untuk melayan suami
dengan baik, dan bagi suami pula berusahalah untuk menjadi suami yang baik dan
bertanggungjawab.
Di samping mengusahakan dari sudut zahir untuk mengekalkan kebahagiaan
rumah tangga. Kita harus tidak melupakan usaha kita dari sudut rohani seperti sentiasa
berdoa kepada Allah s.w.t. agar rumah tangga kita sentiasa bahagia. Amalkan juga
ibadat-ibadat yang lain seperti berzikir, membaca al-Quran, solat malam, solat hajat,
solat berjemaah bersama, puasa sunat dan sebagainya juga merupakan antara amalan
penting untuk melahirkan rumah tangga yang bahagia. Apa bila kita mengutamakan
keredhaan Allah s.w.t sudah semestinya Allah s.w.t akan memberikan kita keredhaan,
kebahagiaan, keselesaan dan kesejahteraan yang tidak ternilai daripada-Nya.

RUJUKAN

1) http://taman-insan-bertaubat.blogspot.com/2012/02/pernikahan-dalildari-al-quran-al-hadis.html
2) http://kitabonline-munakahat.blogspot.com/2012/06/memahamikonsep-perkahwinan-dan.html
3) http://ppismp205.blogspot.com/2012/03/konsep-perkahwinan-dalamislam.html
4) http://risha4ever-shida.blogspot.com/2010/12/petua-membahagiakanrumah-tangga-yang.html
5) http://www.penerbit.unisza.edu.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=67:jurnal-islam-dan-masyarakatkontemporari-keluaran-khas&catid=40&Itemid=142
6) http://cikhafizahnurani.blogspot.com/2013/05/ulasan-jurnal-amalankaunseling.html

Anda mungkin juga menyukai