Anda di halaman 1dari 38

MUNAKAHAT

Masyarakat manusia telah mengenal pernikahan sejak zaman adam dan hawa lagi iaitu
setelah Allah menjadikan hawa sebagai isteri.
Firman: hai manusia naklah mu bertaqwa kpd Allah, tuhanmu yg telah jadikanmu
dari satu diri dan telah jadikan drpnya akan isterinya dan telah membiakkan dari keduanya
lelaki dan perempuan yg ramai. Dan bertaqwalahmu kpd Allah yg mu meminta2 dgnnya
juga dgn hubungan rahim bahawa Allah adalah memerhati keatasmu.(Nisa:1)
Adalah tidak halal sekiranya seseorang muslim itu menentang perkahwinan dgn anggapan
bahawa dia mau hidup membujang itu demi berbakti kpd Allah, padahal dia mampu berkahwin @
beralasan supaya dapat sepenuhnya dlm mencurahkan hidupnya utk beribadah dan memutuskan
hubungan dgn duniawinya. Buk/mus: sunguhnya nabi melarang hidup membujang (tidak
mau nikah).
Abi qilabah: beberapa org sahabat nabi bermaksud akan menjauhkan diri dari
duniawi dan meninggalkan perempuan (tidak berkahwin dan tidak menggaulinya) serta
akan hidup membujang. Maka nabi berkata dgn nada yg marah: sunguhnya org sebelum
mu hancur kerana keterlaluan. Mrk memperketatkan terhadap diri2 mrk. Oleh kerana itu
Allah memperketatkan juga, mrk itu akan tinggal digereja dan kuil2. Sembahlah Allah dan
janganmu sekutukannya. Berhajillah, berumrahlah dan berlaku luruslahmu, maka Allah
pun akan meluruskan kpdmu.(Abd razzaq/ib jarir/almunzir)
Ada satu gol sahabat yg dating ketempat nabi utk bertanyakan kpd isteri2nya
tentang ibadahnya. Setelah mrk diberitahu, seolah2 mrk menganggap ibadah itu masih
terlalu sedikit. Kemudian mrk berkata2 sesama mrk: dimana kita lihat dari peribadi nabi,
sedang dia diampuni dosa2nya yg telah lalu maupun yg akan dating. Salah seorang dari
mrk berkata: aku akan berposa sepanjang tahun dan tidak akan berbuka. Yg kedua
berkata: aku akan bangun malam dan tidak tidur. Yg ketiga pula berkata: aku akan
menjauhkan diri dari perempuan dan tidak akan berkahwin selama2nya. Setelah cerita ini
sampai kpd nabi, maka ia menjelaskan tentang kekeliruan dan tidak baiknya jalan mrk dgn
sabdanya: aku adalah org yg kenal Allah dan yg paling takut kpdnya, namun aku bangun
malam, juga tidak. Aku berposa juga berbuka dan aku juga berkahwin dgn perempuan.
Oleh kerana itu siapa tidak suka kpd sunnahku maka dia bukan dari golonganku.(Buk dll)
Sabda: kahwin adalah kelakuanku, sesiapa tidak suka pd kelakuanku bererti ia tidak
suka pula pdku. (A. Ya’la) Sabda: bernikahlahmu kerana bahawasanya aku berbangga dgn
bilangan umat yg ramai dan janganlahmu menjadi spt paderi2 nasrani (yg tidak mau
bernikah).(Baihaqi)
Firman: antara tanda2 yg membuktikan kekuasaanya dan rahmatnya bahawa ia
menciptakan utkmu (hai kaum lelaki) isteri2 dari jenis mu sendiri supaya mu bersenang
hati dan hidup mesra dgnnya dan dijadikannya diantaramu (suami isteri) perasaan kasih
saying dan belas kasihan. Sunguhnya yg demikian itu mengandungi keterangan2 (yg
menimbulkan kesedaran) bagi org yg berfikir.(Rum:21)
Org Islam tidak boleh menghalangkan dirinya drp supaya tidak berkahwin kerana bimbang
tidak akan mendapat rezki dan menanggung bebanan terhadap keluarganya. Namun dia naklah
berusaha dan bekerja serta mencari anugerah Allah yg telah dijanjikan utk org yg sudah
berkahwin itu demi menjaga kehormatan dirinya.
Firman: dan kahwinkanlah org2 bujang (lelaki/perempuan) dari kalanganmu dan org2 yg
soleh dari hamba2mu lelaki dan perempuan. Jika mrk miskin, Allah akan memberikan kekayaan
kpd mrk dari limpah kurnianya. Kerana Allah m. luas (rahmat dan limpah kurnianya) lagi m.
mengetahui. Dan org2 yg tidak mempunyai kemampuan berkahwin, naklah menjaga
kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kpd mrk dari limpah kurnianya (tetapi naklah
mrk berusaha semoga Allah melapangkan hidup mrk sehingga dapat mendirikan rumahtangga).
(Nur:32-33)
Firman: maka nikahilah yg baik bagi mu dari perempuan, 2,3 dan 4.(Nisa:2)

Sabda: hai para pemuda, siapa yg sanggup bernikah maka naklah ia bernikah kerana bernikah itu
lebih dapat mengawal mata dan lebih menjaga kemaluan (kehormatan) dan siapa yg tidak
sanggup (bernikah), naklah ia berposa kerana ini dapat menahan nafsu.(buk/mus)

Sabda: ada 3 gol yg sudah pasti akan ditolong Allah iaitu:

1. org yg berkahwin dgn bermaksud utk menjaga kehormatan dirinya


2. seorang hamba mukatab yg berniat akan menunaikan (penebusan dirinya utk merdeka)
3. seorang yg berperang dijalan Allah.(Ahm/tar/nasai/ib majah/alhakim)

ISLAM LARANG MASALAH PERNIKAHAN DIPERMAINKAN JADI BAHAN GURAUAN

Akhir2 ini, berlaku peristiwa membimbangkan masyarakat berkenaan perceraian dan


pembatalan perkahwinan pd saat2 akhir. Lebih membimbangkan cara pembatalan itu terlalu
mudah, termasuk dgn hanya menghantar sistem pesanan ringkas. Keadaan ini menggambarkan
betapa masih ada org yg tergamak mempermainkan janji ikatan perkahwinan yg amat suci
menurut Islam.
Did lm Al-Quran, jalinan perkahwinan disebut Allah sbg Mithaqan Ghaliza yg bermaksud
satu perjanjian yg sgt berat tanggnuggjawabnya dan sgt kuat. Jelas disini bahawa Allah dan
Rasul-NYa melarang umatnya mempermainkan persoalan nikah kahwin, apatah lg utk dijadikan
isu atau modal dlm senda gurauan.
Islam juga melarang pernikahan yg bersifat kontrak atau sementara. Ikatan pernikahan
adalah jalinan perhubungan di antara lelaki dan wanita yg berlansung sepanjang hayat. Ikatan
perkahwinan adalah satu perjalanan hidup suami isteri melayari bahtera kehidupan yg membadai
selama hayat dikandung badan. Pd masa sama, perceraian pula perkara yg amat dibenci ole
hAllah biarpun ia adalah perkara yg diharuskan kpd umatnya.
Islam dari awal lg menyediakan garis panduan yg cukup lengkap dan menyeluruh
berkenaan hukum hakam perkahwinan kpd umatnya utk dihaayati, difahami dan diamalkan. Garis
panduan itu bukan sekadar perbahasan tanggungjawab suami isteri dlm kehidupan berkeluarga,
malah menekankan proses pemilihan pasangan sblm memulakan langkah ke alam rumah tangga.
Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud : “Sesiapa yg menikahi seorg wanita krn
kedudukannya, maka Allah tidak akan menambahkan bgnya kecuali kehinaan. Sesiapa yg
menikahi pula seorg wanita krn kekayaannya, maka Allah tidak akan menambahkan bgnya
kecuali kefakiran. Sesiapa yg menikahi seorg wanita krn kemuliaan nasabnya, maka Allah tidak
akan menambahkan bgnya melainkan kehinaan. Dan sesiapa yg mengahwini seorg wanita dan
dia tidak menginginkan apa2 melainkan supaya dpt menundukkan pandangan dan memelihara
kehormatannya atau menyambung tali silaturahim, maka Allah akan memberkati mereka berdua”
( Hadis Riwayat Tabrani )
Hadis ini jelas mengungkapkan dua persoalan penting yg wajar dihayati dan difahami utk
dijadikan pedoman berguna bg pasangan muda yg hendak menjejakkan kaki ke alam
perkahwinan. Persoalan pertama ialah kebahagian dan keberkatan sesebuah rumah tangga
banyak bergantung kpd niat dlm pembinaan sebuah institusi kekeluargaan.
Justeru, niat serta tujuan yg jahat spt menjadikan isteri sbg pelacur dan merebut harta
kekayaan isteri hanya akan menyebabkan rumah tangga jauh drpada keberkatan Illahi. Malah, ia
akan terkandas dan hancur berkecai di pertengahan jalan.
Institusi rumah tangga yg dibangunkan atas dasar niat suci utk memelihara kehormatan
dirinya drpada terjebak ke jurang penzinaan, di samping utk mengukuhkan silatulrahim sesama
Muslim, nescaya mendapat keberkatan Ilahi dan meraih kebahagiaan. Justeru, faktor agama
penting dlm pembinaan sebuah keluarga, Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud : “ Dinikahi
perempuan itu krn empat perkara. Krn hartanya, kecantikannya, keturunannnnya dan agamnya,
nescaya kamu akan beruntung” ( Hadis Riwayat Muslim )
Kebahagiaan dan keberkatan rumah tangga akan wujud di atas tapak keimanan dan
ketakwaan yg tulus ke hadrat Allah Yg Maha Besar. Persoalan kedua adalah perkahwinan itu pd
hakikatnya satu amal ibadat yg amat dituntut Islam. Perlu diinsafi bahawa perkahwinan dlm Islam
adalah amalan ibadat yg diberikan ganjaran pahala di sisi Allah.
Selanjutnya, Allah menerangkan persoalan pernikahan secara mendlm melalui Firman-Nya
bermaksud : “Dan di antara tanda2 yg membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia
menciptakan utk kamu ( wahai kaum lelaki ) isteri2 dari jenis kamu sendiri supaya kamu
bersenang hati dan hidup mesra dgnnya, dan dijadikan-Nya kamu ( suami isteri ) perasaan kasih
sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yg demikian itu mengandungi keterangan2 ( yg
menimbulkan kesedaran ) bg org yg berfikir “ ( Surah Al-Rum – 21 )
Rasulullah S.A.W juga menekankan kedudukan perkahwinan dlm Islam dlm sabdanya
bermaksud : “Sesiapa yg bernikah, maka sesungguhnya dia menyempurnakan separuh imannya.
Oleh krn itu, dia hendaklah bertakwa kpd Allah dlm separuh yg berbaki itu “.( Hadis Riwayat
Tabrani )
Imam Al-Ghazali pernah berkata : “Sebenarnya perkahwinan itu mempunyai makna jihad
dan di antara latihan jihad itu adalah mengawal dan mentadbir, menunaikan hak keluarga,
bersabar terhadap karenah dan budi pekerti isterinya, memimpinnya ke jalan agama, berjuang
mencari rezeki yg halal utk mereka, di samping berusaha mendidik anak2. Semua tugas itu
adalah kerja dan tanggungjawab yg besar”.

SEKUFU DLM PERKAHWINAN, ELAK PELBAGAI MASALAH

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, sama cantik sama padan dan bagai pinang dibelah 2.
Itulah kepelbagaian ungkapan yg sering benar diucapkan apabila nak memuji kecantikan
sepasang pengantin baru. Apatah lagi perkahwinan merupakan ikatan perjanjian2 org insan utk
berkongsi segalanya dlm menempuh kehidupan berumahtangga yg mengharapkannya kekal
sepanjang hayat.Lantaran itu, sebaiknya kedua2nya setaraf dlm banyak hal supaya r.tangga yg
akan diharungi lebih mudah dilayari.
Kesesuaian @ kesefahaman dlm memilih suami @ isteri merupakan asas dlm membina
keluarga muslim. Kesesuaian bukan shj dinilai dari aspek kedudukan, harta kekayaan dan
pendidikan akan tetapi kesamaan @ sefahaman dlm agama turut diambil kira dlm Islam
Apabila kita membicarakan soal sekufu @ kafaah, kita tidak boleh melihat ia sebagai satu
perkara yg terpisah drp agama itu sendiri. Ini bermakna kalau keluarga itu baik maka baiklah
masyarakat. Begitulah juga kalau sebaliknya.
Sekiranya terdapat perbezaan yg terlalu banyak dan ketara diantara psangan suami isteri
dlm pelbagai perkara, ianya akan menimbulkan berbagai2 masalah utk meneruskan kehidupan
berkeluarga yg akan dibina kelak. Bahkan sekiranya tiada sekufu antara kedua2nya, maka isteri
@ walinya berhak menuntut fasakh selepas perkahwinannya. Sabda: tidak berhak
mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dgn wali dan tidak berhak mengahwinkan
wanita kecuali dgn lelaki yg sekufu dgnnya.
Sekufu didefinasikan oleh para ulama sebagai al musawah walmuqarab @ bermaksud
persamaan @ hampir. Yg dimaksudkan dgn persamaan @ hampir ini lebih ditekankan dlm Islam
kpd pihak perempuan. Jadi disini, sekiranya seorang lelaki itu mengambil seorang isteri yg lebih
rendah pendidikannya @ yg lebih sedikit hartanya dsbnya, ia biasanya tidak menimbulkan
sebarang masalah kemudian hari. Berlainan pula seandainya seorang isteri bersuamikan seorang
lelaki yg jauh lebih rendah drpnya dlm semua perkara.
Menurut ulama keqah, keseluruhan mrk mengambil kira kepentingan sekufu sehingga
didapati mazhab syafie meletakkan sekufu sebagai hak seorang perempuan dan hak walinya.
Sementara bagi mazhab hanafi pula, walaupun tiada wali mujbir (wali yg boleh memaksa anaknya
utk berkahwin @ tidak spt ayah dan datuknya) seorang perempuan itu boleh mengahwinkan
dirinya tanpa wali. Namun wali mujbirnya iaitu bapanya, contohnya masih berhak utk
membubarkan perkahwinan itu sekiranya mendapati pasangan itu tidak sekufu.
Contohnya, seorang perempuan membawa calon suaminya tetapi tidak dipersetujui oleh
bapanya beralasan tidak sekufu dgn anaknya, maka alasan itu dianggap munasabah dan hak
bapanya sebagai wali tidak boleh dipindahkan kpd wali hakim @ wali selepasnya.
Begitu juga sekiranya seorang perempuan yg dipaksa berkahwin oleh wali mujbirnya tetapi
dia menolak beralasan tidak sekufu, maka dia berhak utk menghalang perkahwinannya.Aisyah,
sabda: pilihlah olehmu utk keturunanmu dan bernikahlah dgn org yg sekufu.(Baihaqi)
Pd zaman nabi ada seorang hamba bernama burairah yg dimerdekakan oleh aisyah.
Setelah dia dimerdekakan, nabi bertanya kpdnya kerana dia telah berkahwin dgn seorang hamba.
Baginda memberi pilihan kpd burairah samada mau meneruskan perkahwinannya @ bercerai.
Nyatalah bahawa nabi begitu menitikberatkan soal sekufu, memandangkan suami burairah masih
menjadi hamba berbandiung dirinya yg sudah merdeka.
Manakala ayat Q yg begitu terang menceritakan tentang sekufu ini tidak ada. Cuma yg ada
ialah ayat yg agak hampir dlm masalah sekufu ini iaitu surah an-Nur:126. Firmannya: wanita2
yg keji adalah utk lelaki yg keji dan lelaki yg keji adalah utk wanita2 yg keji (juga) dan
wanita2 yg baik adalah utk lelaki yg baik dan lelaki yg baik adalah utk wanita2 yg baik
(pula).
Malah kepentingan sekufu ini tidak terhad kpd gadis dan wali shj, wanita yg berstatus janda
juga perlu dititikberatkan soal sekufu. Ini terbukti apabila nabi berpesan kpd ali bin abi tolib: 3
perkara janganmu tangguhkan. Pertama, tunaikan solat apabila masuk waktunya. Kedua,
uruskan jenazah dan ketiga, janda sekiranya didapati ada lelaki yg sekufu dgnnya maka
langsungkanlah pernikahannya.(Tar)
Menyentuh mengenai tahap pendidikan iaitu aspek pendidikan boleh dikaitkan dgn
profesion @ kerjaya dan penghayatan agama (ilmu agama). Contohnya, sebuah kisah yg berlaku
pd zaman nabi iaitu bin rabah (bekas hamba) berketurunan habshi telah dikahwinkan dgn
seorang wanita ansar. Wanita itu tahu bahawa bilal bukan berbangsa arab. Namun nabi
mengenepikan soal darjat antara keduanya dan mengatasinya dgn cara memberi kefahaman dan
penghayatan agama.
Begitu juga kisah sekumpulan org2 ansar yg berkata kpd ali bin abi tolib: alangkah baiknya
kalau mu memiliki fatimah. Lalu ali menemui nabi utk meminang puterinya, fatimah. Setelah
mengucapkan salam, beliau ditanya oleh nabi: apa hajatmu hai putera abi tolib? Jawab ali: aku
nak melamar fatimah puteri rasulullah. Nabi jawab: marhaban wa ahlan dan tidak berkata apa2
lagi. Maka Ali keluar menemui sekumpulan org2 ansar yg sedang menunggunya tadi. Mrk
bertanya: berita apa yg kau bawa? Ali jawab: aku tidak tau kerana baginda hanya mengatakan
kpdku: marhaban.

JENIS2 KUFU

Sabda: wanita itu dinikahi kerana 4 perkara, kerana harta bendanya, kerana keturunannya,
kecantikannya dan agamanya. Tetapi utamakanlah wanita yg kuat berpegang pd agama,
pasti mu akan beruntung.(Buk)
Drp hadis diatas, kita boleh menggunakannya sebagai asas utk menentukan beberapa
perkara yg boleh diambil kira dlm masalah sekufu. Sekufu @ sepadan yg dimaksudkan dlm
perkahwinan menerusi perbincangan para ulama terutamanya mazhab syafie,
mengklafifikasikannya kpd beberapa jenis iaitu:

1. sekufu dlm agama


Ia mengambil kira peringatan Allah s.w.t dalam surah as-Sajadah ayat 18 yang bermaksud:
” Adakah orang-orang yang beriman itu sama seperti orang-orang yang fasiq. Mereka tidak sama.
Daripada ayat ini kita boleh mengambil pengajaran bahawa jaminan kebahagiaan dan
keharmonian antara pasangan itu tidak cukup hanya dgn persamaan agama iaitu agama Islam.
Ini kerana kefahaman dan pegangan terhadap agamanya itu sangat penting. Spt mana saranan
rasulullah iaitu pilihlah yg beragama kerana apabila seorang itu mempunyai pegangan agama yg
kuat, dia akan mengambil berat t,jawabnya terhadap Allah dan larangan2 dlm berumahtangga.

2. sekufu dlm ilmu


Pasangan yg tidak sekufu dlm ilmu @ pendidikannya, boleh mendorong perselisihan faham
dan percanggahan idea serta gaya berfikir, seterusnya boleh menggangui keharmonian r.tangga.
Perbezaan cara berfikir dan menanggapi suatu masalah sesuai dgn latar pendidikan
masing2, dikenal pasti sebagai diantara faktor perceraian dan runtuhnya mahligai perkahwinan yg
dibina.

3. sekufu dlm pekerjaan


Firman: dan Allah melebihkan sebahagian mu drp sebahagian yg lain dlm hal rezki.
(Nahl:71) Ayat ini dijadikan asas pendapat sebahagian ulama yg melihat faktor pekerjaan sebagai
salah satu aspek yg boleh mewujudkan sekufu @ tidak antara pasangan itu.
Dan sudah tentu aspek pekerjaan ini sangat berkait rapat dgn asas pendidikan yg diterima
oleh masing2 pasangan.

4. sekufu dlm kekayaan @ keturunan


Oleh kerana tujuan perkahwinan itu ialah mendapatkan ketenagan, kegembiraan, kasih
sayang dsbnya, bayangkan b.mana impian ini akan tercapai sekiranya seorang wanita yg biasa
dibesarkan dlm suasana mewah dan serba cukup berkahwin dgn seorang lelaki yg
pendapatannya hanya kais pagi makan pagi.
Si isteri pastinya sukar menyesuaikan gaya hidup yg serba kekurangan ini dan secara tidak
langsung, ia bakal menggugat perkahwinan itu.

* HUKUM NIKAH

1. wajib: bagi org yg mempunyai kesanggupan dan memenuhi syarat serta bimbang dirinya akan
jatuh dlm perzinaan.

* Sabda: hai gol pemuda sesiapa darimu mempunyai perbelanjaan (kesanggupan) naklah
berkahwin kerana ianya menutup mata dan mengawal kemaluan. Sesiapa tidak mampu naklah ia
berpuasa, sebab ianya melemahkan tekanan nafsu.(KAHWIN)

2. sunat: bagi org yg berkeinginan dan kesanggupan tetapi ia masih dapat menjamin dirinya tidak
akn tergelincir dari perbuatan yg dilarang Allah.

3. Haram: bagi org yg tidak mempunyai nafkah dan tidak pula berkeinginan terhadap perempuan
(tidak bernafsu).

4. makruh: bagi org yg tidak mampu melayani isterinya dlm nafkah zahir batin tetapi tidak pula
mengecewakan isterinya.

5. Harus: bagi org yg tiada sebab yg mewajibkan dan tiada sebab yg menghalanginya.

HIKMAH BERNIKAH

1. meramaikan keturunan generasi manusia bagi tujuan pembangunan dan menjadi khalifah
dibumi Allah.
2. memupuk akhlak mulia dikalangan umat manusia
3. mendapatkan pahala yg dijanjikan Allah
4. mewujudkan anak yg soleh/solehah yg akan menjadi keturunan manusia kerana anak yg lahir
dari perbuatan zina dianggap bukan berketurunan yg baik mengikut pandangan Islam dan
kemanusiaan.
5. menghancurkan nafsu jahat dan melahirkan jiwa yg bersih dan bert.jawab
6. membina sebuah keluarga yg bahagia dlm usaha membentuk umat yg berwibawa
7. melahirkan kemahuan bekerja bersungguh2 dlm menunaikan kewajipan harian r.tangga
8. menghubungkan pahala dan rahmat setelah seseorang itu mati sekiranya ia mati dgn
meninggalkan anak yg soleh dan kebaikan tidak akan terputus jika anak yg soleh itu
mengingatinya.

PERANAN AGAMA DLM MEMILIH JODOH

* Samada kaum lelaki maupun wanita, mrk selalu memilih jodohnya utk dijadikan teman hidup
sebagai suami isteri. Dlm hal ini, maka Islam berperanan penting dlm memilih jodoh. Antaranya
ialah:

1. suami isteri naklah saling mencintai

* Firman: mrk (isteri) adalah pakaian bagimu dan mu pun menjadi pakaian bagi mrk.(Baq:187)

2. isteri yg beragama selalu menyimpan rahsia rumahtangganya.

* Firman: maka isteri (wanita2) yg baik itu ialah mrk yg setia kpd suaminya. Mrk selalu memelihara
kehormatan dirinya selama suaminya tiada dirumah s.mana Allah telah memeliharanya.(Nisa:34)

* A.Hurairah: org bertanya: ya rasul, manakah yg baik itu. Rasul jawab: wanita yg baik itu ialah
wanita yg selalu mengembirakan suaminya apabila suaminya melihatnya. Ia selalu patuh apabila
suaminya memerintahnya dan ia tidak mahu melanggarnya samada diri peribadinya maupun dlm
perkara harta bendanya menurut yg tidak disukai suaminya.

3. memilih isteri yg beragama.

* Abdullah bin Amr, sabda: janganlah mu nikahi wanita kalau hanya kerana kecantikannya shj,
sebab kecantikannya itu dapat menyebabkan celaka. Jangan pula kerana kekayaannya shj,
kerana kekayaan itu dapat menyebabkannya derhaka. Tetapi nikahilah mrk kerana memandang
agama dan sesunguhnya hamba sahaya yg hitam, yg koyak telinganya tetapi taat kpd Allah
adalah lebih baik.(Ib.Majah/ Bazzar)

Sabda: dunia ini seluruhnya perhiasan dan sebaik2 perhiasan dunia adalah perempuan yg
solehah.(Ahm/mus)

* Qatadah, sabda: 4 perkara maka sesiapa yg diberinya bererti telah diberi keuntungan dunia/
akhirat:
1. lidah yg selalu berzikir (2) hati yg selalu kusyuk (3) badan yg selalu sabar
4. isteri mukminah solihah

4. memilih suami yg beragama

* Abi Hatim Almuzanny, sabda: bila telah dating kpdmu (melamar) org yg kau sukai agamanya
dan perangainya, maka kahwinkanlah dia (terimalah lamarannya). Jika mu tidak mau berbuat
begitu, akan terjadilah fitnah dimuka bumi dan kerosakan. Mrk bertanya: w.pun ada pdnya
sesuatu (miskin @ lain2nya). Nabi jawab: apabila telah dating kpdmu (lamaran) org yg kau sukai
agamanya, maka nikahilah dia. Nabi mengulanginya sehingga 3x.(Tar).

Rasulullah kahwinkan seorang pemuda dari suku bani sulaim.

Anas: seorang dating kpd nabi dan berkata: hai rasul, apakah saya akan terhalang utk
masuk syurga kerana hitamku dan huduh mukaku? Jawab nabi: t. demi Allah yg jiwaku
ditangannya, selama kau yakin kpd tuhanmu dan percaya kpd ajaran rasulnya. Org itu berkata:
demi Allah yg telah memuliakan kau dengan kenabian, saya telah percaya (bersyahadah)
sebelum dating kesini kira2 8 bulan dan saya telah meminang org2 yg ada disekitar ini tetapi
semuanya menolak kerana hitam dan huduh mukaku. Sebenarnya saya berketurunan baik dari
suku bani Sulaim, tetapi huduhku ini mendapat dari keturunan ibuku. Nabi bertanya: apakah yg
hadir ini ada Amr bin Wahab seorang dari suku Tsaqief yg belum lama masuk Islam? Sahabat
menjawab: tidak. Nabi bertanya kpd org hitam itu: apakah mu tahu rumahnya? Jawabnya: ya.
Lalu nabi bersabda: pergilah dan ketuk pintunya perlahan2, kemudian berilah salam kpdnya dan
apabila telah masuk kerumahnya katakana kpdnya: nabi telah kahwinkan aku dengan puterimu.
Org itu mempunyai puteri cantik bernama Atiqah dan juga cerdik. Maka pd mulanya ia disambut
dengan baik tetapi kerana hitam dan huduh mukanya, maka mrk t. senang lagi kpdnya. Bahkan
setelah ia sampaikan apa yg disuruh oleh nabi: aku telah mengahwinkan aku dengan puterimu.
Segera mrk menolak dengan cara rendah sekali (kasar) sehingga segera ia keluar dan pergi
kembali kpd rasul. Tetapi puteri itu segera berkata kpd ayahnya: hai ayah, carilah selamat2,
sebelum turunnya wahyu yg membuka kedokmu. Jika benar nabi telah kahwinkan aku
dengannya, maka aku rela apa yg direlakan Allah dan rasul utkku. Maka pergilah ayahnya kpd
nabi dan ketika ia sampai dimajlis nabi, lalu ditegur: kamu yg telah menolak pinangan rasul?
Jawabnya: benar, tetapi saya meminta ampun kpd Allah sebab saya sangka ia berdusta. Adapun
ia benar2, maka saya terima dan saya kahwinkan ia dan kami berlindung jangan sampai terkena
murka Allah dan rasulnya. Maka dikahwinkan dengan mahar 400 dirham. Nabi suruh calon suami
iaitu org hitam itu yg bernama Saad Assulami: pergilah kpd isterimu dan masuk kpdnya.
Jawabnya: demi Allah yg mengutusmu dengan hak sebagai nabi, saya t.mempunyai apa2
sehingga akan meminta kpd saudara2ku. Nabi bersabda: mahar utk isterimu ditanggung oleh 3
org dari kaum mukminin. Pergilah kpd Usman bin Affan terimalah drpnya 200 dirham. Maka
pergilah ia dan usman memberi bahkan dilebihi kemudian disuruh pergi kpd Abd Rahman bin Auf
utk menerima 200 dirham. Pergilah ia dan diberi lebih. Kemudian disuruh kpd Ali utk menerima
200 dirham dan jua ia diberi lebih. Kemudian ia pergi kepasar membeli hadiah utk isterinya. Tiba2
terdengar seruan suara: hai kuda Allah, berkenderaanlah!!!. Juga terdengar seruan rasul:
keluarlah utk berjihad2. Maka dia melihat kelangit dan berdoa: ya Allah tuhan pencipta langit dan
bumi, tuhannya Mohd, saya akan menggunakan wang ini kpd sesuatu yg lebih disukai oleh Allah
dan rasul serta kepentingan kaum mukminin. Lalu wang itu dibelikan kuda, pedang, tombak dan
perisai seterusnya ia memperketatkan ikatan serbannya dan mengikat pinggangnya serta
memakai topi baja sehingga hampir t. terlihat kecuali bulat matanya. Lalu ia berdiri tegak
ditengah2 barisan muhajirin sehingga tertanya2 siapakah pengendara kuda yg belum kami kenal
itu? Kata Ali: biarkan berkemungkinan ia dari Bahrain @ dari Syam. Ia dating perlu menanyakan
ajaran2 agama kerana itu ia kini ingin mengorbankan diri utk keselamatanmu. Kemudian org
hitam itu maju kebarisan musuh dengan menggunakan pedang dan tombaknya utk memukul dan
memenggal org2 kafir sehingga kudanya lemah dan ia terpaksa tyryn dari kuda sambil
menyinsing lengannya. Pd ketika itu nabi dapat melihat hitam lengan tangannya lalu dapat
mengenalinya dan dipanggil: apakah mu Saad? Jawabnya: ya benar. Sabdanya: untung nasibmu.
Org itu terus mara dan ia menikam dengan tombak serta membunuh musuh dengan pedangnya
sehingga jatuh gugur syahid. Maka nabi keluar menuju kpdnya lalu diangkat kepalanya dan
diletakkan diatas pangkuan nabi sambil disapu2 tanah yg melekat dimukanya lalu bersabda:
alangkah harum baumu, alangkah kasihnya Allah dan rasulullah kpdmu. Kemudian nabi
menangis, tiba2 tertawa dan memalingkan mukanya dan bersabda: kini ia telah sampai ditelaga,
demi tuhan yg mempunyai kaabah. Abu Lubabah bertanya: hai 2rasul, apakah telaga itu?
Jawabnya: telaga yg diberikan Allah kpdku yg lebarnya diantara Shan’a Yaman sehingga Bushra.
Tepinya berhias dengan permata dan mutiara, airnya lebih putih dari susu dan rasanya lebih
manis dari madu. Siapa yg minum sekali drpnya, ianya t. akan haus utk selama2nya. Sahabat
bertanya: hai rasul, kenapa kau menangis, tiba2 tertawa kemudian berpaling muka drpnya?
Jawabnya: aku menangis kerana rinduku kpd Saad dan adapun tertawa kerana gembira melihat
kemuliaan yg diberikan kpdnya oleh Allah. Adapun aku berpaling muka kerana melihat bakal2
isterinya dari bidadari berebut mendekatinya sehingga terbuka betis mrk, maka aku segera
berpaling muka kerana malu. Kemudian nabi suruh kumpulkan pedang, tombak dan kudanya utk
diserahkan kpd calon isterinya yg sudah diaqad nikah sambil memberitahu: bahawa Allah telah
kahwinkan Saad dengan bidadari yg lebih cantik dari puterimu.

5. memilih keturunan yg baik

* Sabda: pilihlah benar2 jodoh utk melahirkan keturunanmu. Sesunguhnya darah itu pindah
memindah.

* Sabda: pilihlah utk keturunanmu, sesunguhnya keturunan itu menjadi pertikaian.

* Sabda: siapa kahwinkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq (derhaka) bererti ia telah
memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri.(Anas)(NIKAH ANAK DENGAN
LELAKI FASIQ)

* Sabda: janganlahmu berkahwin dengan adik beradik sendiri kerana akan melahirkan anak yg
barbadan kurus, lemah dan kurang mampu berfikir.(LAR KAHWIN KERABAT)

Sabda: bernikahlah dgn perempuan yg penyayang dan subur.(Abu daud)

* Sabda: naklahmu kahwin dengan wanita yg subur dan tidak mandul kerana pd hari qiamat kelak
aku berbangga melihatmu sebagai umat yg paling ramai jumlahnya.(A.Daud)(NAKLAH KAHWIN
DGN WANITA SUBUR)

* Sabda: naklahmu nikah dengan gadis kerana mrk lebih sejuk mulutnya (lebih telus dan ikhlas),
lebih mantap rahimnya, lebih sedikit karenahnya dan merestui kerja yg lebih ringan dan mudah.
(Ib.Majah)(NAKLAH KAHWIN DGN GADIS)

MEMINANG

* Meminang bererti menyatakan permintaan lelaki terhadap perempuan dengan sindiran @


menerusi org yg dipercayai.

HUKUM MEMINANG

1. harus dilakukan dengan soreh @ sindiran shj terhadap gadis @ yg telah ditalak 3.

2. haram meminang pinangan org lain @ janda yg belum habis edahnya.

* Sabda: org mukmin adalah saudara org mukmin, maka tidaklah halal bagi seorang mukmin
meminang saudara perempuan yg telah dipinang oleh saudaranya kecuali telah nyata
pembatalannya.
* Nabi melarang org menawar barang yg sedang ditawar org lain @ meminang wanita yg sedang
dipinang saudaranya sampai org meminang pertama pergi @ memberi izin kpdnya.

* Firman: dan tiada salahnya bagimu tentang apa yg mu bayangkan (secara sindiran) utk
meminang perempuan (yg kematian suami dan masih dlm edah) @ tentangmu menyimpan dlm
hati (berkeinginan berkahwin dengan mrk). Allah tahu bahawa mu akan menyebut2 (@
mengingati) mrk, (yg demekian itu tidak salah) akan tetapi janganlah mu membuat janji dengan
mrk dlm sulit selain dari menyebutkan kata2 yg sopan dan janganlah mu menetapkan dengan
bersungguh2 aqad nikah sebelum habis edah yg ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesunguhnya
Allah tahu apa yg ada didlm hati mu, maka beringat2lah mu akan kemurkaannya dan ketahuilah
sesunguhnya Allah m. pengampun lagi m. penyabar.(Baq:235)

3. Islam @ kitabiah (4) seorang perempuan yg sebenar2nya

5. tiada perkara yg menegah kahwin pd hokum syarak. (6) bukan isteri org.

MELIHAT WANITA YG AKAN DIPINANG

1. Sunat bagi lelaki melihat perempuan dan begitu juga dengan perempuan.

Sabda: jika seorang mu meminang perempuan maka jika ia dapat melihatnya yg dapat
mendorongnya utk menikahinya maka naklah melihatnya.(Ahm/abu daud)

Sabda: lihatlah (perempuan yg akan dinikahi itu) kerana melihatnya lebih kuat utk mengekalkan
pernikahan antara mu berdua.(nasai)

Abu hurairah: aku pernah ditempat kediaman nabi, kemudian tiba2 ada seorang lelaki dating
memberitahu bahawa dia akan berkahwin dgn seorang perempuan dari ansar. Nabi bertanya:
sudahkah kau melihatnya? Ia menjawab: belum. Nabi berkata lagi: pergi dan lihatlah dia, kerana
dlm mata org2 ansar itu ada sesuatu.(Mus)

Mughirah bin syu’bah: bahawa dia pernah meminang seorang perempuan. Kemudian nabi
mengatakan kpdnya: lihatlah dia, kerana melihat itu lebih dapat menjamin utk mengekalkan mu
berdua. Kemudian mughirah pergi kpd ibubapa perempuan itu dan memberitahukan apa yg
diceritakan oleh nabi, tetapi nampaknya kedua org tuanya itu tidak suka. Tetapi perempuan itu
mendengar cerita itu dlm biliknya, kemudian ia mengatakan: jika nabi menyuruhmu supaya
melihatku, maka lihatlah. Mughirah berkata: aku lantas melihatnya dan kemudian mengahwininya.
(Ahm/ib majah/tar/Addarimi)

Islam hanya membenarkan melihat muka dan tapak tangan shj. Dengan melihat wajah
wanita, seorang itu dapat mengetahui apakah wanita itu cantik @ tidak dan dengan melihat tapak
tangan maka ia akan dapat mengetahui apakah wanita itu berbadan sihat @ sebaliknya. Ketika itu
naklah ditemani oleh seorang lelaki dari kalangan muhrimnya. Adalah terlebih baik menghantar
wakil seorang wanita dari keluarganya sendiri utk mengetahui keadaan gadis yg nak dipinang.

* Sabda: apabila dijatuhkan kedlm hati seseorang berkeinginan meminang seorang perempuan
maka tidaklah mengapa jika dia melihatnya.

2. harus berulang2 kali melihatnya jika perlu utk sempurnakan tujuannya.

3. tujuan dibenarkan melihat itu utk menetapkan persesuaian perkongsian hidup diantara
ke2nya.
CARA MEMINANG

1. Majlis dimulai dengan bertahmid (2) dilakukannya sendiri @ melalui org lain
3. bersetuju menerima pinangan antara ke2 belah pihak dengan janji2 tertentu
4. pemberian sebagai adat tanda jadi pertunangan (5) wakil yg adil

MAHAR

Mahar ialah pemberian yg wajib keatas suami kpd isteri samada berupa wang @ barang2
dan perkara2 yg bermanafaat spt mengajar ilmu dan sebagainya.

* Firman: dan berikanlah pd perempuan itu mas kahwin2 mrk sebagai pemberian yg wajib,
kemudian jika mrk dengan suka hatinya memberikan pdmu sebahagian drp mas kahwinnya maka
makanlah (gunakanlah) pemberian itu sebagai nikmat yg lazat lagi baik kesudahannya.(Nisa:4)

Kadar mahar adalah tidak digariskan dlm Islam. Namun begitu mahar yg digemari adalah
tertakluk kpd perempuan itu sendiri mengikut kebiasaan.

Aisyah, Sabda: sebaik2 kenduri kahwin dari segi berkatnya ialah yg paling murah prbelanjaannya.
(ahm)

* Sabda: carilah utk dijadikan mahar w.pun sebentuk cincin yg dibuat dari besi.

* Sabda: siapa saja seorang lelaki yg mengahwini perempuan dengan maskahwin sedikit @
banyak, sedangkan dlm hatinya ia berniat utk tidak memberikan hak perempuan itu
(maskahwinnya) kpdnya, maka ia telah menipunya. Kemudian ia mati sedang ia belum
memberikan hak pd perempuan tadi, maka ia akan menjumpai Allah dihari qiamat dlm keadaan
berzina.

* Nabi pernah mengahwinkan seorang lelaki yg tidak memiliki sesuatu apapun utk dijadikan
mahar, lalu nabi bertanya kpd lelaki itu: adakah kau memiliki ayat2 Q? Lelaki itu menyahut dan ia
memiliki dan mengingati beberapa surah dari Q. Kemudian nabi pun kahwinkan lelaki itu dengan
bermaskahwinkan surah Q yg diajarkan kpd perempuan yg bakal menjadi isteri lelaki itu. Adapun
banyak sedikit ianya adalah terpulang kpd kemampuan pihak suami dan pihak isteri. W.pun begitu
ianya disunatkan rendah nilainya supaya tidak menjadi keberatan bakal suami. Maksud rendah itu
bukanlah sampai kpd menjatuhkan taraf wanita.

* Firman: dan jika mu hendak mengambil isteri (baru) menggantikan isteri (lama yg mu ceraikan)
sedang mu telah pun memberikan pd seseorang diantaranya (isteri yg diceraikan itu) harta yg
banyak maka janganlah mu ambil sedikit pun dari harta itu. Patutkah kamu mengambilnya dengan
cara yg tidak benar dan (yg menyebabkan) dosa yg nyata. Dan bagaimana kamu tergamak ambil
balik pemberian itu padahal kasih mesramu telah terjalin antara satu dengan yg lain dan mrk pula
(isteri mu itu) telah pun mengambil perjamjian yg kuat drpmu. *Perjanjian yg kuat bermaksud aqad
nikah yg menegaskan suami itu memelihara isterinya dengan cara yg baik @ lepaskannya
dengan cara yg baik) dan janganlahmu nikah yg telah dipersiterikan oleh bapa mu kecuali apa yg
telah berlaku pd masa yg lalu. Sesunguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yg keji dan dibenci
(Allah) serta menjadi seburuk2 jalan (yg dilalui dlm perkahwinan). (Nisa:20-22)

* Firman: dan (diharamkan juga kamu nikah dengan) perempuan isteri org kecuali h3amba
sahaya yg mu miliki (dengan jalan ditawan dlm perang sabil yg suaminya tidak tertawan
bersama). Ialah suatu ketatapan hokum Allah dan dihalalkan bagimu perempuan yg lain drp yg
tersebut itu utkmu mencari (isteri) dengan hartamu secara bernikah bukan secara berzina.
Kemudian mana2 perempuan yg mu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi
isterimu) maka berikanlah pd mrk maskahwinnya sebagai suatu ketatapan (yg diwajibkan Allah)
dan tiadalah mu berdosa mengenai suatu persetujuan yg telah dicapai bersama olehmu (suami
isteri) sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesunguhnya
Allah m. tahu lagi m. bijaksana dan siapa diantaramu yg tidak punyai kemampuan yg cukup utk
nikah dengan perempuan yg baik (yg merdeka dan terpelihara kehormatannya) lagi beriman,
maka bolehlah mu nikah dengan hamba2 perempuan yg beriman yg mu miliki dan Allah lebih tahu
akan imanmu. Kamu masing2 (suami yg merdeka dan isteri dari hamba abdi itu) adalah berasal
(dari Adam dan seugama pula). Oleh itu nikahlah dengan mrk dengan izin walinya serta
berikanlah maskahwinnya menurut yg patut. Mrk (hamba perempuan yg akan dijadikan isteri
naklah) yg sopan, bukan perempuan lacur dan bukan pula yg mengambil lelaki sebagai teman
simpanan. Kemudian setelah mrk (hamba perempuan itu) berkahwin lalu mrk lakukan perbuatan
keji (zina), maka mrk dikenakan separuh dari (hukuman) seksa yg ditetapkan keatas perempuan
yg merdeka. Yg demekian (yg membolehkan seseorang nikah dengan hamba perempuan) itu
ialah bagi yg bimbang lakukan zina antaramu dan sabarnyamu (tidak nikah dengan hamba
perempuan) itu adalah lebih baik bagimu dan Allah m. pengampun lagi m. mengasihani.(Nisa-24-
25)

BAHAGIAN MAHAR

1. mahar missal iaitu mahar yg dinilai mengikut mahar saudara perempuan yg telah berkahwin
terlebih dulu dan naklah dinilai sama dengan mahar keluarga yg paling dekat sekali spt kakak dan
seterusnya menilai keadaan perempuan itu disegi kecantikan, kekayaan, taraf pendidikan dan
sebagainya.
2. mahar yg ditetapkan (musamma) iaitu mahar yg telah dipersetujui oleh ke2 belah pihak dengan
t. memandang kpd nilai mahar saudara perempuan yg lain.

KEADAAN MAHAR YG WAJIB DIBAYAR

1. bila suami menetapkan pembayarannya sebelum melakukan persetubuhan dan dipersetujui


oleh pihak suami, maka isteri berhak menghalang suami dari mensetubuhinya sehingga suami itu
membayarnya secara tunai @ hutang. Jika t. ditunaikan, pihak isteri boleh menghalang suami dari
melakukan persetubuhan sehingga ia menjelaskannya.

* Sabda: siapa yg berkahwin dengan wanita dan telah ditentukan maharnya padahal ia berniat t.
akan membayarnya, maka ia sebagai org yg berzina. Siapa yg berhutang dengan niat t. akan
membayarnya maka ia sebagai pencuri.

2. bila penetapan mahar itu dibuat oleh pihak kadi dengan sebab keingkaran suami dari membuat
ketetapan @ dengan sebab perbalahan @ perselisihan ke2 pihak tentang kadar mahar itu dan
bila kadi menentukan maharnya itu naklah dibayar secara tunai iaitu tidak boleh berhutang.

GUGUR SEPARUH MAHAR

* Gugurnya apabila berlaku talak sebelum persetubuhan. * Firman: dan jikamu menceraikan
perempuan sebelum persetubuhan sedangkanmu telah menentukan maharnya, maka bagi
perempuan itu ½ dari apa yg kami tentukan.(Baq:237)

* Hal ini berlaku sekiranya perceraian itu berpunca dari suami spt ianya menjadi murtad @ ianya
menganut agama Islam sedangkan isterinya tidak dan sebagainya. Tetapi jika perceraian itu
berlaku dengan sebab kecacatan yg ada pd isteri maka mahar itu akan gugur semuanya.
KEADAAN MAHAR JIKA SUAMI/ ISTERI MATI SEBELUM PERSETUBUHAN

1. jika suami mati sebelum jima @ berlaku antara ke2 suami isteri, pihak warisnya wajib
membayar mahar sepenuhnya kpd janda itu dan jika mahar belum ditentukan kadarnya maka ia
wajib dibayar dengan nilai mahar misal.
2. jika isteri mati sebelum jima, pihak suami wajib membayar mahar sepenuhnya kpd waris
jandanya. * AlQamah: seorang perempuan telah berkahwin dengan lelaki kemudian lelaki itu mati
sebelim sempat jima dan mahar belum ditentukan kadarnya. Alqamah berkata: mrk mengadukan
hal itu kpd Abdullah dan beliau berpendapat perempuan itu berhak mendapat mahar misal
sepenuhnya serta perempuan itu juga berhak mendapat pusaka dan wajib pula ia beredah.

HUKUM MENYEBUT MAHAR SEMASA AQAD

1. Sunat: kerana nabi t. pernah meninggal dari menyebutnya bagi mengelak berlaku perselisihan.
2. wajib:
a. bakal isteri masih kecil, gila, bodoh, sedang bakal suami ingin membayar mahar yg lebih tinggi
dari yg sepatutnya
b. bakal isteri yg t. menyerahkan kpd wali utk menetapkan mahar iaitu dengan syarat bakal isteri
seorang yg layak mengurus diri sendiri serta sudah baligh.
c. bakal suami yg t. boleh menguruskan hal dirinya sendiri spt budak gila @ bodoh dan sebelum
aqad telah mendapat persetujuan dari bakal isteri tentang bayaran mahar kurang dari yg
sepatutnya.

* Adapun maksud wajib disini bukanlah bererti perkahwinan itu t.sah tanpa menyebutnya tetapi
perbuatan itu dianggap berdosa. Pihak isteri berhak menghalang dari melakukan persetubuhan
jika mahar t. diberikan.

SYARAT MAHAR

1. benda yg suci dan t. sah mahar dari benda yg najis


2. milik suami dan t. sah benda yg t. berada dlm milik suami
3. benda itu berfaedah dan t. sah benda yg t. berfaedah
4. sangguo menyerahkan dan t. sah benda2 yg t. sanggup menyerahkannya
5. dikenali sebagai benda, sifat dan jumlah yg dijadikan mahar dan t. sah jika t. diketahui

HUKUM MENGADAKAN KENDURI KAHWIN

sunat muakkad. Apa yg dikendurikan bagi menyambut berlangsungnya satu2 pernikahan


tiada hadnya tentang banyak dan sedikitnya dan harus dilakukan mengikut kemampuan dan
seeloknya tidaklah membebankan para suami yg terpaksa membayar lebih banyak wang belanja
nikah disamping maharnya. Kadang2 pihak keluarga isteri terpaksa berbelanja besar bagi
menjyakan majlis pernikahan pd saat masanya ianya terpaksa berhutang.

* Sabda: nabi berkata kpd Abd. Rahman bin Auf sewaktu beliau belum kahwin: naklah mu
mengadakan kenduri kahwin sekalipun menyembelih seekor kambing.” Namun begitu,
mengadakan kenduri secara berlebih2an adalah dilarang syarak dan dikira membazir.

* Tersebut dal Bukhari bahawa nabi ada melakukan walimah (kenduri) perkahwinan beliau
dengan sebahagian isterinya dengan 2 mud gandum dan juga beliau ada membuat walimah
keatas perkahwinannya dengan Safiyyah dengan kurma, samin dan keju dan beliau pernah
bersabda pd Abd Rahman bin Auf seketika ia baru nikah: buatlah mu walimah w.pun dengan
seekor kambing.

HUKUM MENGHADIRI MAJLIS KAHWIN

* Setiap org wajib menghadirinya jika dijemput kecuali ada keuzuran spt sakit dan sebagainya
dengan syarat majlis itu t. dicemari dengan unsur2 maksiat dan haram.

* Sabda: apabia mu dijemput utk menghadiri majlis kenduri kahwin naklah mu hadrinya.

Sabda: siapa yg dijemput (kemajlis kenduri kahwin) maka ia tidak dfatang, dia telah menderhakai
Allah dan rasulnya dan siapa masuk dgn tidak dijemput maka ia telah masuk sebagai pencuri dan
keluar sebagai perampas.(abu daud)

SYARAT WAJIB HADIR KEMAJLIS APABILA DIUNDANG

1. penggunaan jemputan bukan khusus utk org kaya shj

Sabda: seburuk2 makanan adalah makanan kenduri yg dipanggil hanya org2 kaya dan
ditinggalkan org2 faqir dan siapa tidak memenuhi jemputan, maka bahawasanya ia menderhakai
Allah dan rasulnya.(muttafaq ‘alaih)

2. jemputan itu naklah dari org Islam dan yg menjemput itu juga beragama Islam.

3. kendur itu t. mengunakan harta @ wang yg haram

4. yg dijemput itu t. menerima jemputan yg lain terlebih dulu. Jika jemputan diterima pd satu masa
lebih dari satu, maka naklah pergi dan menerima jemputan yg terlebih dulu. Jika jemputan pd satu
masa maka naklah menerima jemputan yg lebih dekat disegi keluarga kemudian disegi tempat.

5. t. didapati perkara2 mungkar dimajlis itu spt jamuan muniman keras, majlis tari menari,
permainan judi, percampuran lelaki/ perempuan diluar batasan syarak kecuali bila kita hadir
mungkin perbuatan itu t. jadi dilakukannya, maka kehadiran dikala itu adalah wajib. Kehadiran kpd
jamuan mungkar bererti meredai adanya kemungkaran.

6. wajib hadir jamuan ialah pd hari permulaan, kalau ianya diadakan melebihi 2 hari. Kehadiran
hari ke2 adalah sunat dan pd hari ke3 adalah makruh.

* Ib.Masuud, sabda: maka hari pertama itulah yg hak diterima dan makanan hari ke2 adalah
urusan biasa. Adapun makanan hari ke3 menjadi kesombongan dan sesiapa yg sombong, Allah
sombong pula kpdnya.

RUKUN NIKAH

1. lelaki

a. Islam

* Firman: dan janganlah mu kahwin dengan perempuan2 kafir musyriq sebelum mrk beriman
(memeluk Islam) dan sesunguhnya seorang hamba perempuan yg beriman itu lebih baik drp
perempuan kafir musyriq sekalipun keadaanya menarik hatimu. Dan janganlahmu (kahwinkan
perempuan Islam) dengan lelaki kafir musyriq sebelum mrk beriman. Dan sesunguhnya seorang
hamba lelaki beriman lebih baik drp seorang lelaki musyriq sekalipun keadaannya menarik
hatimu. Org2 kafir itu mengajak keneraka sedang Allah mengajak kpd syurga dan memberi
keampunan dengan izinnya dan Allah menjelaskan ayat2nya kpd umat manusia supaya mrk
dapat mengambil pengajaran.(Baqarah:221)

b. t. dlm ihram haji (c) t. dipaksa (d) lelaki yg tertentu


e. bukan muhram dengan perempuan yg dinikahinya (f) t. mempunyai isteri lebih dari 3 org.

2. perempuan:

a. Islam (b) t. dlm ihram haji (c) t. isteri org @ dlm edah
d. perempuan yg tertentu

3. wali:

Wali nikah ialah org yg bert.jawab terhadap diri perempuan yg nak dikahwini mengikut
susunan tertentu. Wali juga berkuasa mengahwinkan seseorang anak perempuan samada dia
adalah penjaganya @ bukan.
Kewujudan wali penting bagi mengesahkan suatu perkahwinan. Wali (dlm mazhab shafie)
adalah salah satu rukun perkahwinan. Tanpanya @ keizinannya kpd wakilnya, suatu perkahwinan
itu tidak sah. Sabda: tidak sah nikah kecuali dengan seorang wali.
Siapa saja perempuan yg berkahwin tanpa izin walinya, maka perkahwinan itu batal. Jika
dia disetubuhi (oleh lelaki yg mengahwininya itu) maka dia berhak mendapat mas kahwin kerana
dia (iaitu lelaki itu) telah menghalalkan kemaluannya Dan jika mrk (iaitu wali) berbalah, maka
sultanlah yg menjadi wali bagi siapa yg tidak mempunyai wali.(baihaqi)

HIMKAH DAN MANFAAT WALI DLM AQAD NIKAH

1. menghindari sebarang perkara berbangkit, tuduh menuduh @ menghindari dari sebarang


keingkaran yg mungkin timbul kiranya dilakukan juga perkahwinan tanpa izin wali.
2. menjaga kesucian dan kemuliaan syarak yg menentukan upacara aqad2 nikah dgn prosedur yg
sebaik2nya supaya zuriat dari pasangan suami isteri itu bersih dan terhindar dari perkara2 yg
boleh merosakkan kesucian perkahwinan.
3. setiap org ada maruah dan kehormatan, begitu juga seorang perempuan mempunyai maruah
dan kehormatan yg mau dipertahankan, dilindungi dan dipelihara, kerana itu perkahwinan perlu
direstui oleh walinya.
4. menjaga nama baik perkahwinan itu sendiri supaya ia kekal dlm tujuan asal yg sebenarnya
disamping mengekalkan ketenteraman masyarakat dan ummah.

SYARAT WALI

 Islam
 Baligh
 merdeka
 lelaki
 t. fasiq
 t. dipaksa
 t. cacat fikiran
 t. dlm ihram haji

WALI NASAB
Wali nasab iaitu wali yg ada hubungan kekeluargaan dengan perempaun yg akan bernikah iaitu:

 bapa
 datuk sebelah bapa
 saudara lelaki seibu sebapa
 saudara lelaki sebapa
 anak lelaki kpd saudara lelaki seibu sebapa
 anak lelaki kpd saudara lelaki sebapa
 bapa saudara dari pihak bapa seibu sebapa
 bapa saudara dari pihak bapa sebapa
 anak lelaki kpd bapa saudara dari pihak bapa seibu sebapa
 anak lelaki kpd bapa saudara dari pihak bapa sebapa
 muqtiq (tuan kpd hamba perempuan yg dibebaskan)
 sekalian asobah kpd seorang muqtiq
 wali hakim

* Dlm susunan wali itu iaitu wali yg hampir kpd perempuan digelar wali akrab dan yg terjauh
digelar wali ab’ad. Utk menjadi wali ini mestilah didahulukan dengan wali yg lebih akrab kemudian
sekiranya tiada yg lebih akrab maka wali ab’ad akan mengantikan wali akrab.

MARTABAT WALI

Ada 4 macam tingkatan @ martabat wali dlm akad nikah:

1. wali mujbir iaitu spt bapa @ datuknya


2. wali aqrab spt saudara lelaki seibu sebapa
3. wali ab’ad spt bapa saudara
4. wali hakim spt qadi @ disebut wali am.

SEBAB PERPINDAHAN WALI DRP WALI AKRAB KPD WALI AB’AD

1. Kafir (2) fasiq (t.adil) (3) gila (4) masih kanak2 (5) bisu (6) bodoh (7) hamba

WALI MUJBIR

* Iaitu bapa dan datuk. Mrk boleh menikahkan anak @ cucu tanpa keizinan gadis. Perempuan
janda yg telah hilang perawannya dengan sebab disetubuhi w.pun dlm persetubuhan yg haram
t.lah sah bagi wali menikahkannya sebelum mendapat keizinannya terlebih dulu.

* Sabda: sesunguhnya janda itu lebih berhak terhadap dirinya drp walinya manakala perempuan
dara itu diminta izinnya (menerusi keluarga), sedangkan keizinannya sudah cukup dengan
diamnya shj.

Ada seorang perempuan (gadis) menemui nabi dan menceritakan bahawa ayahnya elah
kahwinkannya dgn keponakannya, sedang ia tidak suka. Tetapi nabi menyerahkan masalah ini
kpd perempuan itu. Perempuan itu berkata: aku telah laksanakan apa yg dilakukan oleh ayahku
itu, tetapi aku ingin memberitahu kpd org2 perempuan bahawa ayah (org tua) tiada hak sedikitpun
dlm masalah ini.(Ib majah dll)
* Sabda: 3 perkara jangan dilewatkan iaitu solat apabila sampai waktunya, jenazah apabila telah
siap diurus utk dikebumikan dan wanita yg belum bersuami tetapi telah ada calon yg sesuai. (Tar)

SYARAT WALI MUJBIR

1. tiada permusuhan antara perempuan yg nak dinikahkan dengan walinya


2. tiada permusuhan antara perempuan yg nak dinikahkan dengan calon suaminya
3. perempuan yg akan bernikah itu sekupu dengan bakal suaminya
4. bakal suaminya mampu membayar mahar dengan tunai

SYARAT BAGI WALI HARUS MENIKAHKANNYA

1. dibayar dengan mahar yg sesuai mengikut adat negeri itu


2. mahar naklah dari wang yg digunakan dlm negeri itu
3. bakal suami bukan dari seorang yg menyusahkan isterinya spt terlalu tua @ org buta.
* Sekiranya ketiga2 syarat ini t. diperolehi dan perkahwinan itu dilakukan juga, maka perkahwinan
itu sah tetapi wali itulah yg berdosa. Pernikahan ini adalah haram dilakukan.

WALI HAKIM @ WALI SULTAN

Iaitu ketua negara Islam @ wakilnya spt kadi besar, kadi daerah @ mrk yg mendapat
tauliah drp pejabat kadi daerah. Biasanya mrk ini dari kalangan imam masjid, bilalnya @ seorang
alim kampung.

SYARAT SEORANG PEREMPUAN BERNIKAH DGN BERWALIKAN HAKIM

 tiada wali nasab


 wali akrab dan wali ab’ad t.cukup syarat menjadi wali
 wali akrab jauh tempat tinggalnya sekadar perjalanan yg mengharuskan solt qasar.
 wali akrab sedang dlm ihram haji @ umrah
 wali akrab masuk penjara dan t. boleh berhubung dengannya
 wali akrab enggan menikahkannya
 wali akrab hilang t. diketahui samada masih hidup/ mati
 wali akrab bersembunyi kerana t. mahu menikahkannya
 wali akrab itu sendiri yg nak berkahwin dengan perempuan itu dan tiada wali lain yg
sepakatnya.

4. 2 saksi:

a. Islam (b) baligh (c) t.hamba (d) lelaki yg t. fasiq (e) dapat lihat dan dengar
f. t. pelupa (g) mengerti bahasa yg digunakan oleh juru nikah dan pengantin lelaki pd masa
beraqad.
h. t. terkena diatasnya menjadi wali.

5. aqad. Ijab ialah perkataan org yg mengaqadkan nikah dan qabul ialah perkataan org yg
menerimanya.

SYARAT AQAD

a. naklah lafaz yg digunakan khas bagi maksud nikah


b. t. diselangi dengan perkataan asing antara ijab dan qabul
c. t. diselangi oleh sunyi yg lama antara ijab dan qabul
d. bersamaan maksud antara ijab dan qabul
e. t. dihadkan masa perkahwinan
f. t. dikaitkan dengan sesuatu perkara.

KHUTBAH NIKAH

Bagi seseorang wali @ wakil kpd wali dlm melaksanakan aqad maka disunatkan membaca
khutbah nikah. Khutbahnya yg bererti:

“ Segala puji hanya bagi Allah, kami memujinya dan kami memohon pertolongan dan
memohon keampunan kpdnya dan kami pinta perlindungan dgn Allah drp segala kejahatan diri
kami dan kejahatan amalan kami. Siapa yg dapat petunjuk drp Allah maka tidaklah ia sesat
selama2nya dan siapa yg disesatkan olehnya maka tidaklah ia dapat petunjuk drpnya.
Aku mengaku bahawa tiada tuhan yg disembah dgn sebenarnya melainkan Allah jua, tidak
bersekutu baginya dan aku juga mengaku bahawa nabi mohd itu hambanya dan pesuruhnya.
Diutuskannya dgn petunjuk dan agama yg sebenarnya supaya ia dapat mengatasi agama2 yg lain
w.pun tidak disukai oleh org2 musyriq.
Sesunguhnya Allah telah menghalalkan nikah dan menggalakkan agar kita berkahwin,
kerana nikah kahwin adalah sunnah nabi @ amalan yg pernah diamalkan oleh para nabi dan org2
yg soleh. Dgn cara perkahwinan itu maka terhindarlah kita drp perbuatan yg terkutuk spt berzina
dan merogol dan dgn amalan nikah kahwin itu juga dapatlah kita mengukuhkan tali s.rahim dan
kasih sayang dan mententeramkan jiwa kita dlm menunaikan ibdaha kpd Allah.

Firman: hai sekalian manusia, sunguhnya telah kami jadikan mu drp 2 jenis lelaki dan perempuan
dan kami jadikan mu berpuak2 dan bersuku2 kaum supaya mu berkenal2an.

Firman: dan janganlahmu hamper kpd perbuatan zina. Sunguhnya adalah ia perbuatan keji dan
terkutuk dan kejahatan jalan (perbuatan)

Firman: berkahwinlahmu dgn perempuan2 yg sesuai dgnmu, dibolehkan mu berkahwin 2,3 @ 4


org isteri. Maka apabila mu takut kerana tidak adil @ tidak mampu sara nafkah zahir dan batin
maka berkahwinlah seorang shj.

Sabda: bermula nikah itu sunnahku (perjalananku), maka siapa tidak beramal dgn sunnahku
maka bukanlah ia drp golku.

Sabda: 2 rokaat solat org yg sudah berkahwin itu lebih besar pahalanya drp 70 rokaat solat org yg
bujang.

PENGANTIN LELAKI MEMBACA LAFAZ TA’LIQ

“ Apabila aku tinggalkan isteriku polan binti polan lamanya 6 bulan hijrah dan kemudian drp itu
mengadu ia kpd qadi dan sabit yg demikian itu pd sisinya maka kemudian drp itu tertalaklah ia
dgn 1 talak”.

DOA BARU KAHWIN

“Ya Allah, berkatilah kiranya perkahwinan antara kedua2 pengantin ini dgn mendapat
kebahagian dan kebajikan dan temukanlah kedua2nya dlm kebaikan semata2. Ya Allah,
jadikanlah hati kedua2 pengantin ini lembut spt mana lembutnya panah apabila terkena air dan
jinakkanlah hati kedua2nya dan kurniakanlahj kedua2nya taufiq dan hidayah buat menuju jalan
keamanan dan keselamatan. Ya Allah lanjutkanlah usia kedua2 pengantin ini dan usia kami
semua dlm kehidupan makmur dan kesenangan.
Ya Allah, penuhkanlah kedlm hati sanubari kedua pengantin ini perasaan persefahaman
bersatu hati dan kau kurniakanlah kpd mrk berdua sebaik2 perkongsian hidup dan kasih mesra
selama2nya. Ya Allah kurniakanlah kpd mrk berdua anak2 yg soleh drp lelaki dan perempuan dan
kau jadikanlah kpd mrk berdua keturunan sebagai keturunan org2 yg baik sehinggalah kehari
qiamat.”

Sabda: jika salah seorangmu bernikah dgn seorang perempuan @ membeli seorang hamba,
maka naklah ia berdoa: “ya Allah bahawasanya aku mohon kpdmu kebaikannya dan kebaikan
suatu yg menjadi tabiatnya. Aku berlindung kpd mu dari kejahatnnya dan kejatan yg menkadi
tabiatnya.” Dan apabila ia membeli seekor unta maka naklah ia pegang bahagian atas
punggungnya dan naklah ia membawa apa yg disebutkan tadi.(A.daud)

* Ib.masuud: jika mu baru kahwin dan akan berkumpul maka seri kahwinnya ialah solat 2 rokaat.
Kemudian mu pegang kepalanya dan bacakan: ya Allah berkatilah utkku isteriku dan berkatilah
isteriku utkku dan berilah ia rezki drpku dan berikanlah kpdku rezki drpnya dan kumpulkan antara
kami dengan baik dan pisahkan juga antara kami dengan baik.

* Firman : dan mrk berkata, hai tuhan kami anugerahkan kpd kami isteri2 kami dan keturunan
kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami bagi org yg bertaqwa.(Furqan:74)

DOA ORG YG MENYAKSIKAN PERNIKAHAN

Tabarani: bahawa nabi pernah menyaksikan pernikahan seorang lelaki lalu beginda bersabda kpd
lelaki itu: atas kebajikan, keberkatan, kasih saying, untung bertuah, hidup mewah dan murah rezki
semoga mu diberkati Allah.

Abu hurairah: bahawa nabi telah mendoakan seorang lelaki yg bernikah iaitu: semoga Allah
memberkatimu dan memberkati atasmu dan dihimpunkan antaramu berdua dlm kebaikan.
(Ahm/tar)

PEREMPUAN YG HARAM DINIKAHI

1. haram selama2nya
2. haram sementara

Firman: diharamkan kpdmu berkahwin dgn (perempuan2 yg berikut): ibu2mu dan anak2mu dan
saudara2mu dan saudara2 bapamu dan saudara2 ibumu dan anak2 saudara mu yg lelaki dan
anak2 saudara mu yg perempuan dan ibu2mu yg telah menyusukanmu dan saudara2 susuanmu
dan ibu2 isterimu dan anak2 tiri yg dlm pemeliharaan mu dari isteri2 yg mu telah campuri. Tetapi
kalau mu belum campuri mrk (isterimu) itu (dan mu telahpun menceraikan mrk) maka tiadalah
salahmu (berkahwin dgnnya). Dan (haram juga mu berkahwin dgn) bekas isteri anak2mu sendiri
yg berasal dari benih mu. Dan diharamkan mu himpunkan 2 beradik sekali (utk menjadi isteri2mu)
kecuali yg telah berlaku pd masa yg lalu. Sunguhnya Allah adalah m. pengampun lagi m.
mengasihani.(Nisa:23)

HARAM SELAMA2NYA

1. Halangan dengan sebab keturunan:


a. ibu – keatas (b) anak – kebawah (c) saudara perempuan susuannya
d. emak saudara – keatas (e) anak saudara - kebawah
2. halangan dengan sebab persusuan:
a. ibu susu keatas (b) anak susu (c) saudara perempuan susuannya
d. anak perempuan bagi saudara susunya yg lelaki
e. anak perempuan bagi saudara susunya yg perempuan
f. mak saudara sebelah bapa susuannya
g. mak saudara sebelah ibu susuannya

SUSUAN

* Aisyah: adalah termasuk dlm Q yg pernah diturunkan iaitu 10 susuan yg diketahui itu
mengharamkan nikah. Kemudian dinasakhkan dengan ayat iaitu 5 susuan yg diketahui. Maka
wafatlah rasul sedang yg 5 susuan itulah yg termasuk apa yg dibaca drp Q.(Mus)

* Umil Fadli: seorang badwi berjumpa dengan nabi sedang beliau berada dirumahku. Katanya:
yanabiyallah sesunguhnya aku tealh mempunyai seorang isteri tetapi aku berkahwin lagi sebagai
tambahan. Maka isteriku yg pertama menganggap bahawa ia pernah susukan isteriku yg baru 1x
susuan @ 2x susuan. Jawab nabi: tidaklah susuan @ 2x susuan itu dapat mengharamkan nikah.
(Ahm/Mus)

3 SYARAT SUSUAN YG DIHARAMKAN

1. yg menyusu kurang dari 2 th umurnya


2. “ sudah 9 th umurnya
3. 5x sususan dengan sampai susu itu kerongga anak w.pun hanya setitik pd setiap kali susuan.

* Ib.Abbas, sabda: tidaklah teranggap penyusuan kecuali selama adalah penyusuan ini dlm
rangka 2 th.

* Aisyah, sabda: mengharamkan nikah kerana persusuan apa yg mengharamkan nikah pd


keturunan. (Jamaah)

3. halangan dengan sebab persemendaan:


a. mak mertua (b) anak tiri – kebawah bila dicampuri ibunya

c. menantu. Menantu drp anak kandungnya sendiri, bukan drp anak angkat.

Firman: dia (Allah) tidak menjadikan anak2 angkatmu itu sebagai anakmu sendiri. Yg
demikian itu hanya omongan yg keluar dari mulut2mu.(Ahzab:4)

d. ibu tiri. Pd zaman jahiliah ianya dibolehkan, tetapi ianya dihapuskan setelah kedatangan
Islam disebabkan mak tiri sama kedudukannya sebagai ibu sendiri.

Firman: dan janganlahmu berkahwin (dgn perempuan) yg telah diperisterikan oleh bapamu
kecuali apa yg telah berlaku pd masa yg lalu. Sunguhnya perbuatan itu adalah satu
perkara yg keji dan dibenci (oleh Allah) serta menjadi seburuk2 jalan (yg dulalui dlm
perkahwinan)(Nisa:22)

e. ibu kpd hamba yg disetubuhi

HARAM UTK SEMENTARA SHJ


1. Halangan dengan sebab berkumpul iaitu berkahwin 2 org adik beradik perempuan dengan
dikumpulkan pd suatu masa @ anak perempuan dengan mak saudaranya dan seterusnya
mengikut pertalian mrk yg diharamkan berkahwin utk selama2nya.

* Dahhak Bin Fairuz: aku telah masuk Islam sedang pdku ada 2 org isteri yg bersaudara ke2nya,
maka nabi perintahkanku utk ceraikan salah seorang dari ke2nya. (Ahmad)

* Firman: dan (tidak boleh) bahawa kamu himpunkan antara 2 saudara perempuan kecuali apa2
yg telah lampau. (Nisa:23)

2. halangan dengan sebab perempuan yg masih menjadi isteri org

3. halangan dengan sebab perempuan yg masih dlm edah suaminya

4. halangan dengan sebab suami menceraikannya dengan talak 3.

5. halangan dengan sebab berlainan agama.

DIHARAMKAN BERKAHWIN DGN PEREMPUAN MUSYRIQ

Iaitu perempuan yg menyembah berhala spt org musyriq arab dahulu dsb.

Firman: dan janganlah mu berkahwin dgn perempuan2 kafir musyriq sebelum mrk beriman
(memeluk Islam) dan sunguhnya seorang hamba perempuan yg beriman itu lebih baik drp
perempuan kafir musyriq sekalipun keadaannya menarik hatimu. Dan janganlahmu (kahwinkan
perempuan Islam) dgn lelaki kafir musyriq sebelum mrk beriman. Dan sunguhnya seorang hamba
lelaki yg beriman lebih baik drp seorang lelaki musyriq sekalipun keadaannya menarik hatimu. (Yg
demikian ialah kerana) org2 kafir itu mengajak keneraka, sedang Allah mengajak kesyurga dan
memberi keampunan dgn izinnya. Dan Allah menjelaskan ayat2nya (keterangannya) kpd umat
manusia supaya mrk dapat mengambil pelajaran.(Baq:221)

PERKAHWINAN DGN AHLI KITAB

Adapun perempuan2 ahli kitab samada dari kalangan yahudi maupun nasrani, maka Allah
telah mengizinkannya, kerana mrk itu masih dinilai sebagai org yg beragama samawi w.pun
agama itu telah diubah dan diganti. Sembelihan juga adalah dihalalkan.

Firman: pd masa ini dihalalkan bagimu (memakan makanan) yg lazat serta baik2 dan makanan
(sembelihan) org2 yg diberikan kitab itu adalah halal bagimu dan makanan (sembelihan) mu
adalah halal bagi mrk. Dan (dihalalkan mu berkahwin) dgn perempuan2 yg menjaga
kehormatannya diantara perempuan2 yg beriman dan juga perempuan2 yg manjaga
kehormatannya dari kalangan org2 yg diberikan kitab dahulu drp mu apabila mu beri mas
kahwinnya. Sedang mu (dgn cara yg demikian) bernikah bukan berzina dan bukan pula mu
mengambil mrk menjadi perempuan2 simpanan. Dan siapa yg engkar (akan syariat Islam)
sesudah ia beriman maka sunguhnya gugurlah amalnya (yg baik) dan adalah ia pd hari akhirat
kelak dari org2 yg rugi.(Maidah:5)

PERKAHWINAN MUTAAH

Perkahwinan mutaah adalah ikatan seorang lelaki dgn seorang perempuan dlm batas
waktu tertentu dan dgn upah yg tertentu. Perkahwinan ini pernah diizinkan oleh nabi sebelum
stabilnya syariah Islamiyah iaitu diizinkannya semasa dlm bermusafir dan peperangan,
seterusnya diharamkannya selama2nya.

Rahsia diizinkannya semasa dulu ialah kerana pd masa jahiliah banyak berlaku penzinaan.
Maka setelah datangnya Islam yg menyerukan kpd pengikutnya pergi berperang dan ini
menyebabkan mrk akan terjauhlah dari isteri2. Sebahagian mrk ada yg imannya kuat dan ada
pula yg lemah. Org yg lemah imannya akan mudah kpd perzinaan. Sedangkan org yg kuat
imannya berkeinginan pula utk bersendiri dan menjaga kemaluannya.

Ib masuud: kami pernah berperang bersama nabi sedang isteri2 kami tidak turut serta bersama
kami. Kami bertanya kpd nabi apakah dibolehkan kami bersendiri. Maka nabi melarang kami
melakukan demikian dan memberikan rukhshah supaya kami berkahwin dgn perempuan
bermaskahwinkan baju utk satu waktu tertentu.(Buk/mus)

Ali: sunguhnya ia pernah berperang bersama nabi dlm peperangan pembukaan mekah.
Kemudian nabi memberikan keizinan kpd saburah utk berkahwin mutaah. Kemudian saburah
tidak pernah keluar sehingga nabi mengharamkan kahwin mutaah itu.(Mus)

Sabda: sunguhnya Allah telah haramkannya sampailah qiamat.(Mus)

JIMA’

Berhubung jenis dgn isteri itu adalah satu ibadah. Justeru itu diberi pahala kpd pasangan
itu. Jadi, sebagai ibadah maka perlulah adab dan etika dlm melaksanakannya.

ADAB2NYA

1.Seseorang yg ingin berjima disunatkan berdoa.

Jabir, sabda: sekiranya mu nak berjima dgn isterimu, maka bacalah “ Bismillah, Allahumma
Jannibassyaitoon wajannibissyaitooni maarozaktana”. Erti: hai tuhan kami, jauhilah Sy dan
jauhilah SY apa yg kamu rezkikan kpd kami (anak).” Sekiranya ditakdirkan lahir seorang anak
dari mrk berdua maka SY tidak akan dapat mengganggunya.(Buk/mus)

2. bergurau senda sebelum berjima banyak manfaatnya. Sedangkan berjima tanpa lebih
dulu dgn bergurau senda akan meninggalkan anak2 kasar budi bahasanya. Diantara
manfaatnyai digalakkan bergurau senda ialah kerana ianya boleh mendatangkan rahmat
dan menggugurkan dosa suami isteri itu.

* Sabda: sesunguhnya suami mensetubuhi isterinya maka baginya telah dicatat mendapat pahala
kerana persetubuhannya itu spt pahala anak lelaki yg ikut berperang membela agama lalu
terbunuh.

GURUAN DIBILIK AIR

Aisyah: aku dan nabi mandi bersama2 dlm 1 bejana (tempat air). Sewaktu mandi itu kami berdua
saling menggosok badan dgn tangan. Malah nabi terlebih dulu selesai (kerana nabi cepat2
mengambil air terlebih dulu sehingga isterinya kalah) sehingga aku berkata: tidak usah (2x).
Padahal waktu itu kami berdua dlm keadaan berjunub.(Buk/Mus)

Ramai suami yg kurang ambil berat @ bajkah mengetepikan hal2 spt ini. Kadang2 suami
tidak merasa perlu utk menunjukkan kelemah lembutan dan kemesraan kpd isteri. Oleh itu tidak
hairanlah apabila hubungan yg kaku dan hambar diantara pasangan itu. Akibatnya, isteri sering
kali menyebabkan merasa tertekan dan makan hati.

3. mulailah hubungan itu dgn perlahan2, lemah lembut. Bersabarlah hingga isteri samapai
beroleh kepuasan.

Sabda: Allah melebihkan perempuan drp kaum lelaki 90 nikmat hubungan jenis, tetapi pd waktu
yg sama mrk diberikan sifat malu melebihi lelaki.

4. Apabila berjima, jangan sesekali memandang faraj. Begitu juga isteri jangan sesekali
memandang kemaluan suaminya.

5. Semasa jima juga naklah menutup keseluruhan tubuh, jangan sesekali bertelanjang
kerana ianya akan menyebabkan para malaikat menjauh dan SY mendekati utk
menyaksikannya, kerana Sy suka kpd org yg bertelanjang.

PERKARA YG DISUNATKAN DLM HAL BERJIMA

1. berwuduk

* Hukum jima sesudah membuang air kecil dengan tidak beristinja dengan air adalah haram,
w,pun sudah beristinja dengan batu.

2. sebelum berjima terlebih dulu disunatkan masing2 membasuh kemaluan.

3. pd waktu2 tertentu spt selepas pulang dari musafir, beroleh kegembiraan, pd malam2
keraian, malam khamis, mlm jumaat @ malam isnin.

4. disunatkan kedua pasangan memakai wangian. (4) menyegerakan mandi wajib

5. berjima ditempat yg sunyi iaitu ditempat yg tidak mudah dilihat dan didengar org.

* Sabda: apabila telah berjima salah seorang darimu dengan isterinya kemudian ia akan berbuat
lagi, naklah ia mengambil wudu terlebih dulu.

PERKARA YG PERLU DIJAUHI DLM BERJIMA

1. melambat2kan mandi wajib. (2) bercakap2 semasa berjima.


3. berjima pd waktu matahari sedang turun iaitu waktu zohor hingga m.hari terbenam
4. berjima pd malam2 permulaan bulan, pertengahan dan pd akhirnya kerana kebanyakan ulama
membuat andaian bahawa pd malam2 itu kebanyakan SY juga berjima.
5. berjima sehingga mendatangkan kesakitan kpd isteri kerana asal tujuan berjima itu ialah utk
mendapatkan kelazatannya dan bukan utk mendatangkan kesakitan. (6) berjima dibawah
bayangan matahari dan bulan.
7. berjima diatas kapal yg sedang belayar kerana banyak buruknya dan mendatangkan bahaya.

PERKARA YG DIHARAMKAN DLM BERJIMA

1. berjima di siang hari pd bulan Ramadan.

2. berjima melalui dubur.


* Firman: isteri2 mu adalah sebagai kebun tanamanmu. Oleh itu datangilah kebun tanamanmu
menurut cara yg mu sukai dan sediakanlah (amal2 baik) utk dirimu dan bertaqwalah kpd Allah
serta ketahuilah sesunguh ya mu akan menemuinya (pd hari qiamat kelak) dan berilah khabar
gembira (hai Mohd) kpd org yg beriman.(Baq:223)

Sabda: janganmu setubuhi isterimu diduburnya.(Ahm/tar/nasai/ib majah)

Sabda: bahawa dia itu termasuk liwat yg kecil.(Ahm/nasai)

Umar bertanya kpd nabi: ya rasul, celakalah aku. Nabi bertanya: apa yg mencelakan mu? Ia
menjawab: malam tadi aku memutarkan kakiku (iaitu satu sindiran tentang berjima dari belakang).
Maka nabi tidak menjawab, sehinggalah turun ayat Baq 223 itu. Lalu beliau berkata kpd umar:
dibolehkan mu berjima dari depan dan boleh juga dari belakang, tetapi hindarilah sewaktu haid
dan dubur.(Ahm/tar)

3. berjima semasa isteri datang haid, nifas @ wiladah.

4. berjima dgn membawa ayat Q. (5) berjima dlm masjid (6) berjima semasa ihram haji @
umrah.

POSISI BERJIMA

1. berjima secara berdiri:


a. melenyapkan syahwatnya (b) menyebabkan sakit pinggang. (c) melemahkan lutut

2. berjima secara berbaring mengiring:


a. mewarisi sakit kencing bernanah (b) menyebabkan kudis dlm zakar.

3. berjima secara menungging:


a. buruk rupa anaknya dan jahat perangainya.

CARA BERJIMA YG BAIK

1. perempuan berbaring disebelah bawah dan lelaki disebelah atas. Letakkan kedua2 kaki lelaki
antara kedua kaki perempuan dan kedua peha perempuan diatas kedua peha lelaki.
2. perempuan berbaring disebelah bawah dgn meletakkan bantal pd kepalanya dan bawah
pinggangnya, kemudian himpunkan kedua pehanya kedada, barulah disetubuhi dan bersama2
menggerakkan tubuh masing2. Cara ini akan memberi kelazatan kpd kedua pihak.

Kedua cara ini adalah baik terutama bertujuan memudahkan dan menjamin pengaliran air
mani memasuki kedlm faraj perempuan serta mengurangkan pembaziran. Cara ini juga
dicadangkan bagi memudahkan proses kehamilan (pertemuan benih) berlaku dan baik juga bagi
mrk yg mempunyai masalah utk mengandung.

MENJAGA RAHSIA BERJIMA

Firman: perempuan2 yg solehah itu ialah perempuan yg taat yg memelihara (kehormatan dirinya
dan apa jua yg wajib dipelihara) semasa suami tidak hadir bersama dgn pemeliharaan Allah dan
pertolongannya..(Nisa:34)

Antara banyak perkara tersembunyi yg harus dipelihara oleh suami isteri ialah tentang
masalah berjima. Suami isteri dilarang menceritakan kpd org lain.
Sabda: sunguhnya antara seburuk2 manusia dlm pandangan Allah nenti dihari qiamat ialah
seorang lelaki yg berjima dgn isterinya dan isterinya pun berjima juga dgnnya, kemudian dia
menyiar2kan rahsianya.(Mus/abu daud)

Abi hurairah: nabi pernah bersolat bersama kami. Setelah salam beliau mengadapkan mukanya
kehadapan kami, kemudian bersabda: berhati2lah terhadap majlis2 mu. Apakah diantaramu ada
seorang lelaki yg berjima dgn isterinya dgn menutup pintu dan melabuhkan kain, kemudian dia
keluar dan bercerita bahawa aku telah berbuat dgn isteriku begini dan begini. Kemudian mrk
semua diam. Lalu ia mengadap pula kpd perempuan2 dan menanyakan: apakah diantaramu ada
yg bercerita begitu? Tiba2 ada seorang gadis memukul2 salah satu tulang lututnya sampai lama
sekali supaya diperhatikan oleh nabi dan supaya beliau mendengarkan ceritanya. Gadis itu
berkata: demi Allah, kaum lelaki bercerita dan perempuan2 juga bercerita. Nabi bertanya:
taukahmu spt apa yg mrk lakukan itu? Sunguhnya org yg lakukan demikian tak ubahnya dgn SY
lelaki dan SY perempuan sesame lain saling bertemu dijalan, kemudian berjima sedangkan org
lain ramai yg melihatnya.(Ahm/a.daud)

KEWAJIPAN SUAMI

Abdullah bin amr bin ash, sabda: besarlah dosa yg ditanggung seorang apabila ia menyia2kan
t.jawabnya kpd org yg memang sudah menjadi tanggungannya.(A.daud)

1. memberi ilmu fardu ain kpd isteri

* Sabda: tiada seorang yg menjumpai Allah dengan ,membawa dosa yg lebih besar drp seorang
suami yg masa bodoh pd keluarganya.

2. memberi makan minum, pakaian dan tempat tinggal mengikut yg sepatutnya.

Sabda: besarlah dosa seorang yg apabila ia bakhil utk memberikan hartanya kpd org2 yg menjadi
tanggungannya.(Mus)

Firman: naklah org yg mampu itu memberi nafkah (kpd isteri) sekadar kemampuannya dan org yg
sempit (tidak mampu) naklah memberi nafkah kpd isterinya sekadar apa yg diberikan Allah
kpdnya. Allah tidak memberatkan seorang melainkan sekadar apa yg ia telah berikan kpdnya.
(Talaq:2)

*Sabda: kewajipan suami pd isterinya ialah suami harus memberi makan jika ia makan, memberi
pakaian ika ia berpakaian, tidak boleh memukul mukanya, tidak boleh memperolok2kannya dan
tidak boleh meninggalkannya kecuali dlm tempat tidur (ketika isteri nusyuz).

* Sabda: 4 belanja yg tidak akan dihisab bagi seorang hamba dihari qiamat iaitu belanja utk ke2
ibubapa, belanja utk berbuka posa, belanja utk makan sahurnya dan belanja utk anak isteri.

* Sabda: dinar ada 4 hal iaitu dinar yg kau belanjakan utk fisabillah, dinar yg kau berikan kpd org
miskin, dinar yg kau memerdekakan hamba dan dinar yg kau belanjakan utk keluargamu. Maka
yg terbesar pahalanya iaitu yg kau belanjakan utk keluargamu.

* Sabda: apabila seorang muslim memberikan belanja kpd kaum keluarganya semata2 kerana
mematuhi Allah maka ia akan mendapat ganjaran pahala.
* Ketika sahabat nabi berada disuatu tempat, tiba2 datang kpd mrk seorang pemuda yg tegap
tangkas lalu mrk berkata: alangkah untungnya pemuda itu sekiranya menggunakan ketangkasan
dan kekuatannya utk berjihad fisabillah. Kata2 itu terdengar oleh nabi maka sabdanya: apakah
tiada yg lain yg disebut fisabillah itu kecuali perang jihad? Siapa yg berusaha utk mencari nafkah
yg halal maka itu fisabillah. Sesiapa yg berusaha utk membantu ke2 org tuanya maka itu
fisabillah. Sesiapa yg berusaha berbelanja utk anak keluarganya dari yg halal maka itu fisabillah
dan sesiapa yg berusaha menimbun kekayaan serta sombong maka itu fisabillissyaitan.

* Sabda: seutama2 dinar ialah dinar yg dibelanjakan utk anak keluarganya, dinar yg dibelanjakan
utk kenderaannya yg digunakan utk berjihad fisabillah dan dinar yg dibelanjakan utk kawan2nya
yg sama2 berjihad fisabillah.

* Sabda: siapa yg mencari dunia yg halal utk mencukupi keperluannya jangan sampai meminta2
dan berusaha utk anak keluarganya serta membantu tetangganya, maka akan dating dihari
qiamat sedang mukanya bagaikan bulan purnama. Sesiapa yg mencari dunia yg halal utk
memperbanyakkan dan berbangga serta bermuka2, ianya akan mengadap Allah dihari qiamat
sedang Allah murka kpdnya.

* Jaafar Assodiq dari Mohd Albaqir: biasa nabi pergi kepasar membelikan hajat keluarganya dan
ketika ditanya, ia bersabda: jibril memberitahuku bahawa siapa yg berusaha utk mencukupi
keperluan keluarganya supaya tidak berhajat kpd org lain, maka itu jihad fisabillah.

* Sabda: sesunguhnya disyurga ada bilik2 yg terlihat luar dari dlmnya dan dlm dari luarnya. Lalu
sahabat bertanya: siapakah yg akan mendudukinya hai rasul? Jawab nabi: mrk yg suka memberi
makanan dan baik2 tutur katanya, selalu berposa, menyebarkan salam dan bersolat diwaktu org
tidur. Sahabat berkata: hai rasul, mrk memang layak utk mendudukinya tetapi siapakah yg dapat
berbuat semua itu? Jawab nabi: siapa yg membaca “ Subhanallahi walhamdulillahi
walaailaahaillahhu wallahuakbar”, maka ia telah baik2 katanya. Sesiapa yg memberi makan kpd
anak keluarganya maka bererti telah memberi makan. Siapa yg posa Ramadan bererti telah
selalu berposa. Siapa yg bertemu sesama muslim lalu memberi salam bererti telah menyebarkan
salam. Siapa solat isya dan suboh berjemaah bererti telah solat malam ketika org2 tidur (dan yg
tidur ialah org yahudi, nasrani dan majusi).

* Anas: hai rasul, manakah yg kau lebih sayangi sedekah sepotong roti @ S/S 100 rokaat?
Jawabnya: sepotong roti jika disedekahkan lebih aku suka drp 200 rokaat S/S. Manakah yg lebih
kau suka menyampaikan hajat seorang muslim @ S/S 100 rokaat? Jawabnya: sampaikan hajat
seorang muslim lebih aku suka dari S/S 1000 rokaat. Manakah yg kau suka meninggalkan sesuap
yg haram @ s/s 1000 rokaat? Jawab nabi: tingalkan sesuap makanan yg haram lebih aku suka
drp s/s 2000 rokaat. Mana yg lebih kau suka tingalkan ghibbah @ s/s 1000 rokaat? Jawabnya:
tingalkan ghibah lebih aku suka drp s/s 10 ribu rokaat. Mana yg kau suka sampaikan hajat wanita
janda drp s/s 10 ribu rokaat? Jawabnya: sampaikan hajat wanita janda lebih aku suka drp s/s 30
ribu rokaat. Mana yg kau suka duduk bersama anak isteri @ duduk dimasjid? Jawabnya: duduk
sesaat dengan anak isteri lebih aku suka drp iktikaf dlm masjidku ini. Mana kau suka berbelanja
kpd anak keluarga @ nafkahkan utk jihad fisabillah? Jawabnya: 1 dirham utk belanja keluarga
lebih aku suka dari 1000 dinar dibelanjakan utk jihad. Mana yg kau suka berbakti kpd org tua @
ibadah 1000 th? Jawabnya: hai Anas, telah tiba hak dan musnah semua yg batil (palsu).
Sesunguhnya yg palsu itu pasti musnah. Maka berbakti kpd ibubapa lebih aku suka drp ibadah 2
juta th.

* Sabda :tiada seorang yg membuka jalan baginya dirinya utk meminta2 melainkan akan
dibukakan baginya oleh Allah pintu kemiskinan. Siapa yg jaga kehormatan dirinya maka Allah
akan membantu menjaganya. Siapa yg mencukupkan diri dengan adanya maka Allah akan
mencukupkannya. Bila seorang mengambil tali lalu pergi kelembah utk mengambil kayu lalu
dibawa kepasar dan dijual disana dengan 1 mud kurma nescaya yg demikian itu lebih baik
baginya drp meminta2 kpd org samada diberi @ ditolak.

* Seorang dating kpd nabi dan minta suatu hajat dan ditanya oleh nabi: apakah tiada apa2
dirumahmu? Jawabnya: ya, ada tikar yg sudah buruk. Kami duduk, tidur diatasnya dan
menjadikan separuh utk kemul dan bejana utk makan/minum dan mencuci kepala. Nabi bersabda:
bawalah kesini ke2nya. Maka segera dibawa ke2nya kpd nabi. Setelah nabi menerimanya maka
beliau segera menawarkan kpd sahabat yg hadir: siapakah yg akan membeli ke2 ini? Seorang
berkata: aku akan membelinya dengan 1 dirham. Nabi menawarkan seorangmula: siapakah yg
suka melebihi dari 1 dirham? Maka ada org berkata: aku ambil ke2nya dengan 2 dirham lalu
diberikan oleh nabi. Sesudah diterima wangnya maka beliau terus menyerahkan kpd org yg
memiliki dan berkata kpdnya: 1 dirham mu belikan makanan utk keluargamu dan 1 dirham lagi
kau belikan kapak dan bawa kesini. Maka ia pergi membeli apa yg diperintah oleh nabi dan ia
membawa kpd nabi maka nabi memasang kayu utk pegangan kapak itu lalu memerintahkannya:
pergilah cari kayu dan jual dan jangan dating lagi selama 15 hari. Pergilah ia dan dapat
kumpulkan wang sebanyak 10 dirham utk membeli makanan dan pakaian keluarganya. Maka ia
beritahu kpd nabi keadaannya itu sehingga nabi bersabda: tidakkah ini lebih baik bagimu drp bila
mu dating dihari qiamat sedang minta2 mu akan berupa titik2 hitam dimukamu dan tidak dapat
dihapus kecuali oleh api neraka.

3. memberi layanan yg baik dan tidak menzalimi isteri serta menunjukkan pekerti yg baik
dan mulia kpd isteri.

* Nabi ditanya: siapakah org yg semourna imannya? Jawab nabi: yg terbaik akhlak pd
keluarganya.

* Sabda: tidakkah seorangmu merasa malu (tidak tergamak) utk memukul isterinya s.mana dia
memukul pengangkutannya.

* Sabda: org yg paling sempurna imannya adalah org yg paling baik dengan keluarganya.

* Sabda: sesunguhnya seorang lelaki jika melihat pd isteri dan isteri juga balas memandang
pdnya maka Allah tidak melihat mrk berdua dengan pandangan rahmat. Jika seorang lelaki
memegang tapak tangan isterinya, maka gugurlah semua dosa dari celah2 jari mrk berdua.

* Sabda: sesunguhnya yg termasuk gol mukmin yg paling sempurna imannya ialah mrk yg baik
budi pekertinya dan mrk yg lebih halus dlm pergaulan keluarganya (isterinya, anak2nya dan para
kerabatnya)

* Sabda: org2 yg terbaik darimu sekalian ialah mrk yg lebih baik darimu didlm mempergauli
keluarganya dan saya adalah org yg terbaik darimu sekalian dlm mempergauli keluargaku.

* Sabda: siapa sabar diatas budi pekerti isterinya yg jelek, maka Allah memberinya pahala sama
denga pahala yg diberikan pd N.Ayub kerana sabar diatas menerima percubaannya.

SIKAP SEDERHANA BENTUK KELUARGA CERIA

Sederhana adalah antara cirri yg terkandung dlm ajaran Islam yg syumul sifatnya. Sederhana dari
perspektif Islam adalah setiap sudut itu diberikan dan peluang yg secukupnya. Ia diberikan
haknya dgn seadil2nya, tidak berlaku pengurangan, tidak dilebihkan dan sbgnya. Asas kpd
kesederhanaan dapat dilihat pd diri nabi sebagai contoh ikutan terbaik manusia.
Firman: sunguhnya telah ada pd diri rasulullah itu contoh teladan yg baik bagimu (iaitu)
bagi org yg mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari qiamat dan dia menyebut nama
Allah dgn sebanyak2nya.(Ahzab:21)
Nabi ialah seorang suami yg sentiasa melayan isteri2nya dgn adil dan saksama. Nabi juga
bersikap lemah lembut, pemurah dan sentiasa mencurahkan kasih saying. Dari sudut lain,
baginda seorang bapa yg amat penyayang kpd anak2nya dan cucu2nya. Dlm masyarakatnya,
baginda pula seorang pemimpin berhemah tinggi dan berjiwa rakyat sifatnya sebagai pembawa
rahmat bagi seluruh alam.
Nbai menggariskan asas panduan bagi membina kehidupan baik dlm membina keluarga
bahagia. Nabi mempunyai sifat kesederhanaan yg juga cirri terpenting dlm segala aspek
kehidupannya. Ia bukan saja dapat dilihat dlm diri baginda, malah terdapat isteri2, kaum kerabat,
sahabat dan anggota masyarakat seluruhnya.
Kesederhanaan dlm membina rumahtangga bahagia dan berpoligami, menunjukkan ia
adalah ruang utk membela kaum hawa yg mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan. Dgn
kesederhanaan itulah lahir keadilan kpd isteri rasulullah dgn masing2 mengecapi kebahagiaan
disisi baginda. Perkahwinan baginda berasaskan dgn satu matlamat yg cukup jelas iaitu
melaksanakan perintah Allah agar gol wanita terbela.

Suami isteri perlu romantik

Sikap romantik suami terhadap isteri adalah sifat yg digalakkan dlm islam. Ia adalah
penyubur kasih sayang antara suami isteri. Sifat ini perlulah dikekalkan sepanjang masa
walaupun ketika usia semakin tua Dan jangan sekali menjadikan anak serta cucu sebagai alas an
utk tidak lagi bersikap romantis.
Sikap romantik lahir dari hati kaya dgn kasih sayang Dan ia adalah manifestasi drp akhlak
mulia yg terpancar melalui percakapan serta sehari2. sikap romantik yg perlu dilahirkan ialah:
• member ciuman mesra kpd isteri tatkala isteri mencium tangan suami yg nak keluar bekerja
Dan baru pulang kerumah. Ciuman adalah lambing kesetiaan, peniup semangat utk isteri Dan
suami meneruskan kehidupan seharian.
• Mendakap isteri ketika nak keluar dari rumah. Ini akan mencetuskan ingatan yg berpanjangan
sewaktu suami Dan isteri berpisah samada utk keluar bekerja @ urusan lain.
• Selalu mengucapkan perkataan yg menunjukkan kasih mendalam kpd isteri.
• Memanggil isteri dgn panggilan @ gelaran yg disukai.
• Selalu usik-mengusik Dan bergurau senda.
• Berjalan beriringan diluar rumah. Setidak2nya jangan terlalu laju meninggalkan isteri jauh
dibelakang.

Manakala petua mengekalkan sifat romantis pula:

• Isteri naklah bijak menghias bilik tidur utk mewujudkan suasana romantik. Apabila ini dapat
dilakukan, suami akan sentiasa berasa gembira sikap romantik yg ada dapat disuburkan.
• Isteri naklah menjaga penampilan dihadapan suami dgn memakai pakaian yg menarik Dan
bau2an menyenangkan suami.
• Usah malu menggunakan ungkapan cinta ketika berdua2an spt lazim diucapkan pasangan
bercinta.
• Dicelah kesibukan dgn kerjaya Dan menguruskan r/tangga, suami isteri naklah bijak mencari
masa utk berdua2an tanpa gangguan anak @ cucu.

4. menasihati isteri & baik jika isteri gemar melakukan sesuatu yg bersalahan agama.
*Sabda: kamu semua pemimpin dan mu akan ditanya tentang rakyat mu. Seorangt raja memimpin
rakyat yg ramai dan ia akan ditanya tentang pimpinan kpd rakyatnya. Seorang suami memimpin
keluarganya dan ia akan ditanya tentang pimpinannya. Seorang hamba menjaga harta
majikannya dan ia akan ditanya tentang pimpinanya. Ingatlah bahawamu semua pemimpin dan
mu semua akan ditanya tentang pimpinanmu kpd rakyatnya.

* Sabda: berpesan2 baiklah terhadap isteri mu sebab mrk t. berjuasa apa2 terhadap diri mrk
sendiri. Kamu telah mengambil mrk dengan amanah dari Allah dan menghalalkan kemaluan mrk
dengan kalimah Allah.

5. sudi memaaf jika isteri tidak menghias dirinya dan melayaninya dengan t. sempurna.

6. bersikap tegas jika isteri tidak bersolat dan berposa. * Sabda: takutlahmu pd Allah dlm
memimpin isteri2mu kerana sesunguhnya mrk adalah amanah yg berada disampingmu.
Siapa tidak menyuruh isterinya solat dan tidak mengajarkan agama pdnya maka ia telah
berkhianat pd Alah dan rasulnya.

7. Islam tidak membenarkan memukul isteri sehingga cacat @ cedera tetapi dibenarkan
memukul dengan pukulan yg ringan (pukulan yg mengajar).

* Sabda: (pd waktu haji wada (perpisahan) setelah beliau memuji Allah dan menyanjungnya serta
menasihati para hadirin) ingatlah (hai kaumku) terimalah pesanku utk berbuat baik pd isteri. Isteri
itu hanyalah dapat diumpamakan kawan yg berada disampingmu. Kamu tidak boleh memiliki
apa2 dari mrk selain dari berbuat baik kecuali kalau isteri itu melakukan perbuatan keji yg jelas
(tidak taat), maka tinggalkanlah mrk sendirian ditempat tidur dan pukullah mrk dengan pukulan yg
tidak melukai. Sekiranya isteri itu taat pdmu maka janganlah mu cari jalan utk menyusahkan mrk.
Ingatlah! Sesunguhnya kamu mempunyai kewajipan pd isterimu dan isterimu mempunyai
kewajipan pd dirimu. Kewajipan isteri pd dirimu ialah mrk tidak boleh mempersilahkan tempat
tidurmu diinjak oleh org yg kamu benci dan mrk tidak boleh izinkan org yg mu benci masuk
kerumahmu. Ingatlah! Kewajipanmu pd mrk ialah melayani mrk dengan baik dlm soal pakaian dan
makanan mrk. (Tar)

8. wajib adil dlm bentuk nafkah zahir batin dan bilangan bermalam jika berpoligami.

* Firman: kahwinlah perempuan yg mu suka 2, 3 @ 4, tetapi jika mu takut tidak berlaku adil
memadailah seorang saja.(Nisa:3)

* Sabda :tiada seorang yg membuka jalan baginya dirinya utk meminta2 melainkan akan
dibukakan baginya oleh Allah pintu kemiskinan. Siapa yg jaga kehormatan dirinya maka Allah
akan membantu menjaganya. Siapa yg mencukupkan diri dengan adanya maka Allah akan
mencukupkannya. Bila seorang mengambil tali lalu pergi kelembah utk mengambil kayu lalu
dibawa kepasar dan dijual disana dengan 1 mud kurma nescaya yg demikian itu lebih baik
baginya drp meminta2 kpd org samada diberi @ ditolak.

KEWAJIPAN ISTERI

01. patuh dan taat samada didlm susah @ senang kecuali yg bertentangan agama

* Sabda: kalau boleh aku suruh seseorang supaya sujud bagi seorang yg lain nescaya aku suruh
isteri supaya sujud pd suaminya. (Tar)(SUJUD)
* Sabda: andaikan mengalir dari salah 1 lubang hidung suaminya itu darah dan dari lubang yg lain
iaitu nanah dan dijilat oleh isteri itu, maka belum juga memenuhi semua hak suaminya.

* Seorang badwi dating kpd nabi lalu berkata: saya telah masuk Islam, maka tunjukkan kpdku
sesuatu yg dapat menambahkan keyakinanku. Nabi bertanya: apakah yg mu inginkan?
Jawabnya: panggilkan kemari pohon itu supaya dating kpdmu. Nabi berkata: pergilah kau dan
panggillah ia supaya dating kemari. Pergilah badwi itu dan berkata kpd pohon itu: Sambutlah
panggilan rasulullah. Maka pohon itu bergerak kekanan utk memutus urat2 akarnya dan bergerak
kekiri utk memutuskan akar2nya seterusnya condong kemuka dan kebelakang utk memutuskan
akar2nya lalu berjalan sehingga sampai didepan nabi dan memberi salam kpd nabi. Badwi itu
berkata: cukup2, lalu ia meminta supaya nabi menyuruh pohon itu utk kembali ketempatnya dan
setelah ketempatnya lalu dimasukkanlah akar2nya kedlm tanah utk bersambung dengan yg telah
putus itu dan menegak kembali. Berkata badwi itu: ya rasul, izinkan saya mencium kepala dan
kakimu, maka diizinnya. Kemudian setelah mencium kepala dan ke2 kaki nabi, maka ia berkata:
izinkan saya sujud kpdmu. Jawab nabi: jangan sujud kpdku dan t. boleh seorang sujud kpd
seorang dari makhluk. Andaikan aku menyuruh seseorang sujud kpd org lain nescaya aku akan
menyuruh isteri sujud kpd suaminya utk menunjukkan kebesaran hak suami.(SUJUD)

* Sabda: kewajipan isteri ialah janganlah ianya meninggalkan tempat tidurnya, naklah ia hormati
sumpah suami, naklah ia taat pdnya, janganlah ia keluar rumah kecuali dengan izinnya dan
janganlah ia membenarkan masuk kerumah org yg tidak disukai suaminya. (Tabarani)

* Sabda: apabila suami memanggil isterinya utk sesuatu hajatnya maka hendaklah didatanginya
w.pun ia sedang menghadapkan dapur pemasak roti.

* Datanglah seorang perempuan kehadapan nabi lalu berkata: hai rasul saya adalah delegasi
kaum wanita utk mengadap paduka (utk bertanyakan pd paduka tentang perang). Perang ini
diwajibkan Allah hanya atas lelaki, jika mrk terkena luka maka dapat pahala dan kalau terbunuh,
maka mrk tetap hidup disisi Allah. Kami kaum perempuan selalu lakukan kewajipan pd mrk (layani
mrk. Lalu apakah kami boleh ikut memperoleh pahala perang itu? Jawab nabi: sampaikanlah pd
perempuan yg kamu jumpai bahawa taatnya pd suami dengan penuh kesedarannya, maka
pahalanya seimbang dengan pahalanya perang membela agama Allah, tetapi sedikit sekali
darimu sekalian yg mahu menjalankannya.

* Tersebbut dlm Ihya’ bagi Ghazali: seorang lelaki bermusafir dan ia berpesan pd isterinya
bahawa tidaklah ia turun dari lantai atas kelantai bawah sedang ayah perempuan itu tinggal
dilantai bawah. Suatu hari ayahnya sakit dan dia utuskan org kpd rasul supaya meminta izin utk
turun menemui ayahnya utk melihatnya. Maka sabdanya: patuhilah suamimu bererti janganlah
kau turun. Maka ayahnya mati, ianya meminta izin rasul utk turun kebawah menyaksikan jenazah
ayahnya tetapi nabi bersabda: taatilah suamimu. Setelah ayahnya dikebumikan lalu rasul
mengutuskan seorang utk memberitahu pd perempuan itu bahawa Allah telah ampunkan ayahnya
dengan sebab kepatuhan pd suaminya.

* Firman: maka wanita yg baik itu adalah mrk yg taat pd suaminya lagi memelihara dirinya,
pelihara harta dan rahsia suaminya ketika suaminya tiada di rumah dengan cara yg telah
ditunjukkan Allah akan cara pemeliharaan tersebut.

* Sabda: sesunguhnya mintakan ampun utk seorang isteri yg berbakti pd suaminya iaitu burung
diudara, ikan diair dan malaikat dilangit selama ia selalu dlm kerelaan suaminya.
* Sabda: seorang isteri itu apabila ia kerjakan solat 5 waktu, berpuasa dibulan Ramadan,
memelihara kehormatannya dan taat pd suaminya, masuklah ia kesyurga dari sebarang pintu yg
ia kehendaki. (Ahmad)

* Sabda: sebaik2 isteri itu ialah jika engkau memandangnya engkau sukacita, jika kau suruhnya
ia akan taat pdmu dan jika engkau tinggalkannya dia akan pelihara dirinya dan harta bendamu.

* Sabda: siapa saja isteri yg mati sedang suaminya rela kpd kepergiannya maka ia akan masuk
syurga.

02. wajib memelihara kesucian dirinya pd setiap masa serta sentiasa berhias diri

03. jangan membuat perkara besar tanpa izin suami sekalipun perkara yg sunat.

* Seorang perempuan dating kpd nabi dan berkata: ya rasul, apakah t.jawab isteri? Jawab nabi:
jangan menolak permintaan berjima dari suami w.pun berada diatas punggung kenderaan, jangan
berposa sehari pun kecuali dengan izinnya kecuali jika posa Ramadan, maka jika isteri berposa
sunat tanpa izin maka pahalanya utk suami sedang isteri tetap berdosa dan jangan keluar dari
rumah kecuali dengan izinnya. Jika ia keluar tanpa izin suaminya. Ia akan dilaknat oleh malaikat
Rahmat dan malaikat Azab sehingga ia kembali kerumah.

* Sabda: jika isteri itu lari dari rumah suaminya (tanpa alas an), maka t. akan diterima solatnya
sehingga ia kembali dan meletakkan tangannya pd suaminya (menyerahkan kpd suaminya) serta
berkata: berbuatlah sesukamu kpd diriku. Jika isteri bersolat dan t. mendoakan suaminya maka
solatnya ditolak sehingga ia mendokan suaminya.

* Sabda: tidak halal bagi seorang wanita bahawa ia melakukan puasa sunat sedang suaminya
berada dirumah kecuali dengan izinnya dan tidak boleh seorang perempuan izinkan org lain
masuk kerumahnya kecuali dengan izin suaminya.

04. wajib menyempurnakan kehendak suaminya pd masa yg dikehendaki serta memahami


hal2 yg digemari dan yg dibenci suami.

05. dilarang meminta cerai tanpa sebab.

* Sabda: sekiranya isteri meminta cerai tanpa sebab yg sangat diperlukan maka haramlah bau
syurga keatasnya.

06. sentiasa berterima kasih dan bersyukur diatas setiap pemberian suami

* Rasul telah pergi kerumah Fatimah. Pd masa itu puerinya sedang sibuk menggiling tepung
sambil menangis (kerana kesukaran yg ditanggungnya), sedang baju yg dipakainya itu sangat
buruk lagi kasar. Melihatnya nabi turut menangis dan bersabda: hai fatimah terimalah kepahitan
didunia ini utk memperoleh kenikmatan diakhirat. Itulah nasihat beliau.

07. menjaga kesucian rumahtangga dan keselamatan harta suami.

* Firman: naklah mu selalu berada dirumah dan janganlah mempamerkan anggota tubuh mu spt
yg dilakukan oleh kaum jahiliah.

* Sabda: pertama urusan yg ditanyakan pd isteri dihari qiamat nanti ialah mengenai solatnya dan
menenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipan pd suami @ tidak).
08. mengunakan harta suami mengikut keperluan shj

09. mengemas rumah dan tolong menolong dlm rumahtangga dan pekerjaan yg lain

10. t. bergaul dan bergembira dengan lelaki lain

* Sabda: hai sekalian manusia, sesunguhnya mu mempunyai beberapa hak atas isterimu (t.jawab
isteri) dan mrk juga mempunyai beberapa hak atas mu (t. jawab suami). Antara hak mu yg harus
dijaga oleh isterimu ialah menjaga tempat tidur mu, t. mengizinkan seseorang masuk kedlm
rumahmu yg mu t. sukai dan t. boleh berbuat kekejian yg terbukti. Maka jika mrk melanggar
bererti Allah menghalalkanmu utk memukulnya dengan pukulan yg t. melukai (t. membahayakan).
Manakala hak isteri keatas suami ialah harus memberi pakaian dan nafkah yg selayaknya.

11. menghibur dan berusaha utk menimbulkan suasana tenang dan gembira.

* Sabda: 4 perempuan berada disyurga dan 4 perempuan berada di neraka. 4 perempuan


disyurga:
1. isteri yg menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti pd Allah dan suaminnya.
2. “ “ banyak keturunan lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan
yg serba kurang bersama suaminya.
3. isteri yg bersifat pemalu dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya.
Jika suaminya datang maka ia mengekang mulutnya dari perkataan yg tidak layak kpdnya.
4. isteri yg ditinggal mati oleh suami dan ia mempunyai anak2 yg masih kecil lalu ia mengekang
dirinya hanya utk mengurus anak2nya, mendidik mrk, memperlakukannya dengan baik pd mrk
dan tidak bersedia kahwin kerana bimbang anak2nya akan tersia2 (terlantar).
4 perempuan dineraka:
1. isteri yg jelek mulut pd suaminya. Jika suami pergi maka ia tidak menjaga dirinya dan jika
suaminya dating maka ia memakinya.
2. isteri yg memaksa suami utk memberi apa2 yg ia tidak mampu.
3. isteri yg tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan
menampakkan perhiasan serta memperlihatkan kecantikannya.
4. isteri yg tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur serta ia tidak senang
berbakti pd suami.
Oleh itu perempuan yg bersifat (4) ini maka ia dilaknati termasuk ahli neraka kecuali jika ia
bertaubat.

POLIGAMI

Kebanyakan umat terdahulu dan agama2 sebelum Islam membolehkan berkahwin tanpa
batasan yg kadang2nya sampai 10 org bahkan ada yg sampai 100 org dgn tanpa suatu syarat
dan ikatan. Maka setelah datangnya Islam, perkahwinan yg semacam ini telah diberi batasan dan
bersyarat. Batasannya ialah sebanyak 4 shj.
Adapun perkahwinan nabi itu sehingga sampai 9 org itu adalah sebagai khususiyah buat
nabi shj kerana ada suatu tujuan dakwah dan demi memenuhi kepentingan umat kpd isteri2 nabi
itu sepeninggalnya

Poligami bukan sekadar ghairah tambah isteri. Suami kena adil, saksama, pandai ambil hati

Keadilan yg dimaksudkan disini ialah dari segi nafkah zahir Dan batin spt soal
makanan/minuman, pakaian, tempat tinggal, giliran bermalam dsbnya. Sekiranya ini tidak mampu
maka dia tidak boleh berpoligami.
Sabda: siapa yg punyai 2 isteri kemudian ia tidak berlaku adil pd ke2nya, diakhirat nanti
salah satu dari bahunya menjadi condong.(Ib hibban/alhakim)
Firman: dan mu tidak akan dapat berlaku adil diantara isteri2 mu sekalipun mu
bersungguh2 (nak melakukannya). Oleh itu janganlahmu cenderung dgn melampau2 (berat
sebelah kpd isteri yg mu sayangi) sehingga mu biarkan isteri yg lain spt benda yg tergantung
(diawang2) dan jika mu memperbaiki (keadaan yg pincang itu) dan memelihara diri (drp
perbuatan yg zalim) maka sunguhnya Allah m. pengampun lagi m. mengasihani.(Nisa:129)
Firman: dan mrk meminta fatwa pdmu (hai Mohd) mengenai (hak dan kewajipan) kaum
perempuan. Katakanlah olehmu: Allah akan memberi keterangan (fatwa) pdmu mengenai mrk
dan juga (ada difatwakan dlm) apa yg selalu dibacakan pdmu dlm kitab (Q) ini * iaitu yg tersebut
pd ayat 2 dan 3 surah Nisa* mengenai perempuan yatim yg mu tidak memberi pdnya apa yg telah
ditetapkan menjadi hak mrk dan yg kamu suka kahwin dengan mrk dan juga mengenai anak2 yg
lemah (yg masih kecil lagi). Dan (mu juga diwajibkan) supaya menguruskan (hak dan keperluan)
anak2 yatim dengan adil dan apa jua kebaikan ygmu lakukan (pd mrk). Maka sesunguhnya Allah
sentiasa mengetahuinya. Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya
nusyuz (kebencian) @ tidak melayaninya maka tiadalah salah bagi mrk membuat perdamaian
diantara mrk berdua (secara yg sebaik2nya) kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mrk drp
bercerai berai) sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi @ bertolak ansur) itu memang
tabiat semulajadi yg ada pd manusia dan jikamu berlaku adil (dlm pergaulan) dan mencegah diri
(dari melakukan kezaliman) maka sesunguhnya Allah m. mendalam pengetahuannya akan apa
yg mu lakukan dan kamu tidak akan dapat berlaku adil diantara isteri2mu sekalipun mu
bersungguh2 (nak lakukannya). Oleh itu janganlahmu cenderung dengan melampau2 (berat
sebelah pd isteri2 yg mu sayangi) sehingga mu membiarkan isteri yg lain spt benda yg tergantung
(diawang2an) dan jika mu membaiki (keadaan yg pincang itu) dan memelihara diri (drp perbuatan
yg zalim), maka sesunguhnya Allah m. pengampun kagi m. mengasihani. Dan jika ke2nya
bercerai maka Allah akan mencukupkan (keperluan masing2 dari limpah kurnianya dan Allah m.
luas limpah kurnianya lagi m. bijaksana.(Nisa:127-130)
Nabi apabila beliau telah selesai membuat pembahagian, penggiliran dan melaksanakan
keadilannya, maka beliau berdoa: ya Allah, inilah giliranku yg mampu aku lakukan. Maka
janganlah kau seksaku terhadap suatu yg kau mampu laksanakan tetapi aku tidak mampu
laksanakan.(Ashabussunan)
Nabi apabila beliau nak bermusafir maka ia mengadakan undian. Siapa yg mendapat
bahagiannya maka dialah yg nanti akan diajak oleh nabi. Ini semua adalah utk menjaga perasaan
dan tercapainya persetujuan oleh semuanya.
Dari segi perasaan pula, seorang suami mungkin mempunyai kecenderungan yg lebih
keatas salah seorang isterinya. Ini adalah tabi’i (fitrah semulajadi) yg tidak mungkin dimungkiri
oleh jiwa manusia. Namun, suami itu dilarang menunjuk2 kecenderungan terhadap mana2 isteri,
apatah lagi menyebutnya didepan isteri yg lain. Perbuatan ini akan melukakan hati isteri lain dan
islam melarangnya.
Mengenai persoalan anak pula spt dituntut islam, seorang ayah naklah adil kpd anak2nya
samada anak drp isteri pertama, kedua dan seterusnya. Haram hukumnya melebihkan seorang
anak keatas anak yg lain atas sebab ini. Setiap anak wajar mendapat perhatian dan layanan yg
sama. Tidak wajar seorang anak merasakan ibubapanya menyayangi adik beradiknya yg lain
lebih drp dirinya. Mungkin anak itu kekurangan dari segi rupa paras @ kurang pandai.
Dlm melayari kehidupan r/tangga lebih2 lagi berpoligami, banyak cabaran yg perlu
dihadapi. Suami isteri wajib memahami tujuan berumahtangga. Mendirikan r/tangga utk
memenuhi tuntutan fitrah semulajadi iaitu memperoleh kasih sayang (mawaddah) dan rahmah
(belas ihsan). Utk memenuhi tuntutan itu, setiap suami isteri mesti melaksanakan hak dan t/jawab
masing2.
Jika suami terus menerus membandingkan isterinya dgn isterinya yg lain, ini bermakna
beliau tidak memahami hak isteri utk dihormati perasaan dan maruahnya. Membuat perbandingan
antara isteri dihadapan mana2 isteri bererti menjatuhkan maruah dan mengguriskan perasaan
isteri. Perbuatan ini jelas menggugat kebahagiaan r/tangga.
Disini, apabila suami menyebut kelebihan isteri pertamanya, jika ia benar, isteri itu naklah
mengiyakan dan berusaha utk mencontohinya. Jika kelebihan isteri pertama adalah perkara yg
wajar dicontohi spt suka berbuat kebaikan kpd org lain, rajin menuntut ilmu, pandai bergaul
dsbnya, maka tiada sebab yg menghalang isteri kedua itu menyaingi isteri yg pertama.
Kita juga diperingatkan sifat nabi dlm pergaulan berumahtangga. Baginda sering menyebut
kebaikan isteri pertamanya iaitu khadijah kpd isterinya yg lain selepas wafatnya khadijah. Aisyah
terasa hati sehingga memarahi baginda yg sering menyebut2 kebaikan khadijah. Lalu baginda
berkata: dialah org yg beriman kpdku ketika org lain kufur, dialah org yg menyokongku ketika org
lain menolak dan memerangiku.
Jelasnya disini, baginda menyebut perkara yg baik mengenai khadijah yg wajar dicemburui
oleh isterinya yg lain. Namun, tiada kewajaran bagi suami menyebut mana2 isteri jika kelebihan
itu adalah berkaitan paras rupa @ aspek fizikal yg lain.
Akhirnya, berusahalah utk melakukan kebaikan dan amal soleh, bukan sekadar utk
merebut hati suami, tetapi utk memperoleh kasih sayang allah. Jika allah mengasihi kita, maka
kasih sayang manusia juga akan tumpah kpd kita.

isteri dimadu perlu faham maksud poligami.

isteri fobia mendengar perbincangan @ berita mengenai poligami, biarpun x membabitkan suami
sendiri. mrk sepakat membantah sebarang maksud berkaitan poligami. sebenarnya isu poligami x
menjadi kecoh jika kedua2 pihak, suami dan isteri termasuk juga ahli keluarga dan masyarakat
melihat dari sudut positif. isu poligami perlu diperjelaskan bagi mengelak salah faham dan tiada
pihak dlm mengambil kesempatan.
islam membenarkan lelaki beristeri lebih drp seorang sehingga 4 pd satu masa bukan
bersifat menguntungkan kaum lelaki semata2. poligami juga bertujuan mendatangkan kebaikan
kpd wanita mendapatkan perlindungan, kasih sayang dan nafkah.
kebenaran lelaki berpoligami terkandung dlm ayat 3 surah annisa: dan jika mu takut x
dapat berlaku adil terhadap perempuan yatim apabila mu mengahwininya, maka kahwin
perempuan lain yg mu senangi, 2,3 @ 4.
asababul nuzul ayat itu ialah menyekat amalan x baik dikalangan lelaki arab yg dibawa drp
amalan jahiliah sbg penjaga (wali) kpd wanita yatim, apabila perkahwinan itu sering menyebabkan
kezaliman kpd anak yatim.
sejarah lelaki berpoligami bukan bermula drp syariat islam dibawakan nabi mohd spt
tohmahan yg dilakukan oleh orientalis barat. amalan poligami berlaku sejak beribu2 th lalu, sesuai
dgn tabii manusia. umat nabi terdahulu mengamalkan poligami termasuk juga dikalangan
penganut agama lain. masyarakat barat juga pernah menerima amalan berpoligami sebelum
diharamkan oleh undang2 gereja dan kemudian diikuti undang2 negara.
amalan poligami paling hina diamalkan masyarakat arab jahiliah yg sesuka hati berpoligami
dan melakukan amalan pernikahan yg meletakkan taraf wanita spt barang dagangan. lelaki arab
jahiliah mengamalkan perkahwinan bertukar2 isteri sesama sendiri yg dipanggil albadal. seorang
isteri juga boleh digadai kpd org kaya jika suami ingin mendapat wang @ berdepan dgn masalah
hutang.
nasib wanita sebelum kedatangan islam amat malang yg dianggap sbg bahan pemuas
nafsu lelaki semata2. lantas dgn kehadiran islam, syariat yg syumul meletakkan wanita pd
kedudukan yg terbaik dlm sejarah kehidupan manusia.
sunguhnya selepas memeluk islam, lelaki arab jahiliah sanggup meninggalkan amalan
bertuhankan kpd nafsu yg selama itu dibanggakan oleh mrk. cthnya, ghailan salamah ketika
memeluk islam mempunyai 11 isteri. bagaimanapun selepas dijelaskan oleh rasulullah bahawa
lelaki islam hanya dibenarkan memilih 4 yg terbaik baginya dan menceraikan yg lain. sabda: pilih
drp kalangan 4 org shj.(ahmad).
jelas sekali kebenaran lelaki berkahwin sehingga 4 org pd satu2 masa bukan bersifat
memenuhi hawa nafsu semata2. wanita yg dimadukan pula janganlah memikirkan nasibnya yg
dimadukan, tapi fikirkan apakah nasib wanita yg terus hidup tanpa suami. berkongsi suami lebih
baik drp x bersuami. apakah nasib isteri jika islam x membenarkan poligami, sedangkan suami
nak sesuatu yg x mampu dipenuhi oleh isteri. antara kehendak itu ialah kecantikan, ingin zuriat,
status, isteri x mampu menjalankan t/jawab dsbnya.
suami terpaksa membuat pilihan samada terus bersama isteri yg x mampu memenuhi
keperluan @ menceraikan isteri dan kemudian mencari wanita lain. dgn ada kebenaran poligami,
suami x perlu menceraikan isteri bagi memenuhi keperluan itu. dgn kata lain, amalan poligami
dapat mengelak isteri mengalami nasib terpaksa diceraikan suami.
firman: dan sunguhnya mu bersekedudukan berumahtangga (dgn penuh mesra dan kasih
sayang) dgn perempuan (yg mu kahwini) itu dgn demikian mu mengambil satu perjanjian yg amat
berat.(nisa:21).
perkara utama syarat utk suami berpoligami ialah dapat berlaku adil meliputi aspek nafkah
zahir dan batin, kasih sayang, agihan masa, perhatian dan aspek lain yg sepatutnya menjadi hak
bahagian setiap isteri dan anak2. biarpun nafkah zahir @ wang ringgit boleh dikira, hakikatnya
keadilan itu juga masih sukar utk diterjemahkan sepenuhnya. membahagikan sama banyak
peruntukan bulanan belum menentukan adil sebenarnya. jika perkara yg boleh dihitung x boleh
lagi ditentukan sama adil, inikan pula kasih sayang dan nafkah batin. jadi, bagi suami ingin
berpoligami, jangan mudah mengaku dapat berlaku adil.
allah mengingatkan betapa sukarnya berlaku adil. firman: dan mu sekali2 x akan dapat
berlaku adil diantara isteri (mu) walaupun mu sangat ingin berbuat demikian.(nisa:129).
sebenarnya keadilan yg dimaksudkan dlm ayat itu ialah keadilan yg haqiqi @ x sedikitpun berat
sebelah. dlm keadaan apa sekalipun, manusia x dapat berlaku adil sepenuhnya.
keadilan dlm berpoligami bermakna suami melihat isteri dlm satu dimensi yg sama. suami x
membezakan kecantikan, umur dan perkara lain berkaitan kelebihan dan kekurangan seseorang
isterinya. allah memberi peringatan kpd suami agar x membiarkan isteri tanpa mendapat hak
sewajarnya. namun, jika suami berusaha berlaku adil, kekurangan yg dilakukannya akan
diampunkan allah.
firman: kerana itu jangan mu terlalu cenderung (kpd yg mu cintai) sehingga mu biarkan yg
lain terkontang kanting. dan jika mu mengadakan kebaikan dan memelihara diri (drp kecurangan),
maka sunguhnya allah maha pengampun lagi maha penyayang.(nisa:129).
suami berpoligami jujur menunaikan haq setiap isterinya mengikut kemampuan. suami
bert/jawab dihadapan allah diatas amanah dan t/jawabnya.

HIKMAH POLIGAMI

1. ada manusia yg inginkan keturunan tetapi saying isterinya mandul @ sakit sehingga sukar utk
mempunyai anak. Bukankah suatu kehormatan bagi isteri dan keutamaan bagi suami sekiranya
dia berpoligami tanpa menceraikan isteri yg pertama dgn memenuhi hak2nya.

2. ada juga suami yg mempunyai nafsu yg kuat tetapi isterinya amat dingin sekali @ isterinya
sakit @ masa haidnya itu terlalu panjang dsb. Sedangkan suami tidak dapat menahan nafsunya.

3. adakalanya jumlah wanita lebih ramai berbanding lelaki, lebih2 lagi akibat peperangan yg
hanya diikuti oleh lelaki dan pemuda2. Maka disini poligami merupakan suatu kemaslahatan buat
masyarakat dan perempuan itu sendiri.

4 cadangan atasi wanita lambat kahwin.


Setiap makhluk yg allah dijadikan hidup berpasangan demi utk menjamin keturunan masing2
dimuka bumi ini. Allahmenjadikan fitrah manusia suka kpd perkahwinan supaya fitrah dan naluri
nafsu syahwat disalurkan mengikut landasan yg betul.
Islam menggariskan beberapa tatacara utk memudahkan umatnya berkahwin spt
menggalakkan org yg brkemampuan supaya segera berkahwin, meringankan mas kahwin,
mengadakan kenduri kahwin yg sederhana, menghalalkan perkahwinan serta mengharamkan
zina.
Malangnya, apa yg berlaku dlm masyarakat hari ini, perkahwinan seolah2 menjadi suatu
perkara membebankan. Ini berlaku apabila pelaksanaan perkahwinan itu tidak mengikut panduan
syariat. Hantaran perkahwinan mencecah ribuan ringgit, mementingkan status dan kedudukan
serta mengutamakan kecantikan berbanding agama.
Disamping itu, berlakunya pula pergaulan bebas sebelum berkahwin. Akibat paling ketara
drp fenomena ini ialah bertambahnya wanita yg belum berkahwin walaupun usia semakin
meningkat. Ia bukan masalah peribadi bagi mrk yg terbabit saja, malah masalah
bersama,masyarakat dan ummah.
Kita perlu mengkaji dan mencari langkah praktikal utk mengatasinya. Justeru, beberapa
usaha perlu dilakukan spt:

 Mengatur perkahwinan mengikut syariat tanpa menyusahkan mana2 pihak iaitu dgn
merendahkan belanja perkahwinan samada wang hantaran @ mas kahwin serta elakkan
perkara membazir.
Sabda: hai gol pemuda, siapa diantaramu telah sanggup kahwin maka kahwinlah, kerana
berkahwin itu lebih menundukkan mata dan lebih memelihara faraj.(buk)

 Mendidik generasi muda supaya mengutamakan kedudukan agama berbanding kecantikan


fizikal @ status kedudukan dlm memilih calon suami @ isteri.
Sabda: seorang wanita itu dikahwini kerana 4 perkara iaitu kerana hartanya, kerana
keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yg beragama. Mu
menempah kerugian jika tidak mengutamakan yg beragama.

 Menganjurkan perkahwinan diantara bangsa bertujuan menyebarkan ajaran islam.

 Melaksanakan poligami walaupun ianya isu kontroversi sepanjang zaman, namun hukum
islam adalah jelas memberikan keizinan kpd kaum lelaki berkahwin sehingga 4 isteri. Poligami
yg positif adalah acara penyelesaian terhadap masalah wanita belum berkahwin dan ibu
tunggal.

Sekiranya usaha telah dijalankan, namun seorang wanita itu belum juga menemui
jodohnya, maka anggaplah itu ujian disisi allah. Ini kerana samada wanita berkahwin @ tidak,
tugas utama wanita utk patuh menjadi hamba yg tunduk dan patuh kpdnya.
Kehidupan sebagai seorang wanita yg beriman perlu diteruskan. Perkara berikut boleh
dijadikan renungan. Antaranya:

 Jodoh pertemuan, rezki dan ajal telah ditentukan allah. Tiada siapa pun dibenar mencampuri
urusan-Nya.
 Jodoh pertemuan juga tiada kaitan dgn rupa paras fizikal seseorang kerana pengalaman
membuktikan tidak semua yg menemui jodoh itu drp mrk yg mempunyai rupa paras menawan.
 Bukan semua masalah boleh diselesaikan hanya dgn berkahwin kerana bukan semua
perkahwinan itu baik dan bukan semuanya buruk.
Perkahwinan adalah satu ujian allah utk melihat siapa yg berjaya dlm ujian itu dan siapa
pula yg gagal, siapa yg sanggup menjalani t/jawab sebagai ibu dan bapa dan siapa pula
sebaliknya.
 Penuhkan masa lapang dgn kegiatan kemasyarakatan dan sosial yg membawa manfaat kpd
diri, masyarakat, agama dan negara.
 Tidak terburu2 mendapatkan suami, bertenang dan sentiasa berdoa supaya dianugerahkan yg
terbaik. Dlm hal ini hafsah bt umar yg lewat mendapat jodoh setelah kematian suaminya
berdoa: ya allah, aku berserah kpdmu diatas musibah yg menimpaku dan kurniakanlah kpdku
suatu yg lebih baik. Akhirnya rasulullah sendiri datang bertanya utk mengahwininya.
 Bersuami juga ada baik dan buruknya. Demikian juga membujang sepanjang hayat. Hidup
membujang juga kadang2 membahagiakan, bahkan hidup berpasangan juga ada yg
mendukacitakan.
Tokoh besar islam spt jalal al-din al-suyuti imam annawawi dan rabiatul adawiyah tak
memilihi perkahwinan sebagai jalan utk membahagiakan hidup mrk.

NIKAH MISYAR KURANGKAN JUMLAH ANAK DARA TUA


SOALAN 1

Baru2 ini, ada dilaporkan dlm akhbar tempatan bahawa Perhimpunan Perundangan Islam
yg berpusat di Makkah meluluskan ketetapan utk membenarkan lelaki Islam sunnah
mengamalkan perkahwinan ‘Misyar’. Mengikut laporan itu, “melalui perkahwinan Misyar, lelaki
dibenarkan berkahwin dgn seseorg wanita tanpa tinggal bersama atau bertanggunggjawab penuh
menyara hidup isterinya” . Ia satu bentuk perkahwinan sementara spt mutaah, bezanya ialah
mutaah ada tarikh perceraiannya manakala “Misyar” tidak ada tarikhnya. Saya tidak begitu faham,
apakah ia menurut syariat atau adat krn dlm laporan akhbar itu perkahwinan cara ini telah
diamalkan sejak tahun 1825. Saya bimbang ia akan digunakan oleh musuh Islam dan pejuang
wanita berfahaman melampau yg sentiasa hendak menunjukkan betapa Islam terlalu longgar dlm
memelihara hak wanita.

JAWAPAN

Ulama terkenal, Dr Yusuf Al-Qaradawi ada menjawab persoalan nikah ‘Misyar’ did lm
Fatwa Muasaraah beliau jilid ketiga. Isu yg timbul di Negara Asia Barat ialah wanita ramai yg
berharta tetapi tidak berkahwin. Ada di antara mereka yg tidak mahu komitmen. Ada yg hanya
inginkan anak, manakala ada yg hanya sekadar inginkan harta si suami dan suami hanya datang
musim panas
Dlm persoalan ini, wanita itu sendiri bersetuju dan meletakkan syaratnya sbg
keredaannyautk bernikah. Di sini wanita itu dgn rela tanpa paksaan, malah sedar pilihannya.
Maksudnya, bukan suami yg bersikap zalim, tetapi keputusan ini adalah di atas pilihan wanita itu
sendiri.
Dr Yusuf Qaradawi memberikan komentar, nikah dlm bentuk sedemikian adalah sah dan
tiada cacat celanya. Cuma yg mungkin timbul ialah perihal komitmen. Jika wanita itu sendiri sudah
bersedia utk melepaskan haknya, maka itu adalah hak beliau sendiri. Satu kelebihan bg lelaki.
Beberapa golongan wanita di rantau ini pernah menyokong idea spt ini atas ‘nama
kebebasan wanita’. Jadi wanita tidak terikat kpd suami dan juga bebanan rumah tangga. Mereka
juga menyokong mutaah krn ia juga akan menjamin hak wanita utk membuat keputusan dan tidak
mengongkong wanita.
Saya berpandangan fatwa Dr Yusof Al-Qaradawi dan ulama lain berdasarkan prinsip
‘mengelakkan mudarat yg lebih besar’. Mungkin cara ini satu jalan keluar bg wanita matang yg
berpangkat dan berkelulusan tinggi dlm mendapatkan suami yg lebih rendah kedudukan
kewangan dan kelulusan akedemiknya, tetapi mempunyai peribadi terpuji, bertakwa dan budiman.

LAIN2

* Sai Huzaifah pernah kahwini perempuan yahudi dari ahli madain dan Sai Usman pernah kahwini
Nailah Alkalbiyyah yg berasal dari Nashirah (Nazaret) di Palestin, tetapi mrk benar2 ahli kitab.
Begitu jga perkahwinan Sai Jabir dan Sai Saad Ib.Waqqash.(SAHABAT KAHWINI AHLI KITAB)

* Firman: dan kahwinlah org yg bersendirian (belum kahwin) antaramu. (Nur:32)(GADIS)

* Firman: maka janganlah menghalangi wanita utk berkahwin semula dengan suami mrk.
(Baqarah:23)(RUJUK - CERAI)

* Firman: dan kami (Allah) sesunguh telah mengutuskan beberapa rasul sebelum dan kami
jadikan utk mrk isteri dan keturunan.

* Firman: dan wanita yg hamil, eddah mrk itu bahawa mrk melahirkan kandungan mrk. (Talaq:4)
(EDAH-CERAI)

* Sabda: Allah melaknat lelaki muhallah (yg berkahwin secara ganjil) bagi menghalalkan
perkahwinan. (MUHALLAH)

* Sabda: hai segenap manusia aku telah mengizinkan melakukan mutaah, maka sesunguhnya
Allah telah mengharamkan sampai qiamat.(MUTAAH)

* Sabda: 3 perkara yg disungguh2 menjadi sungguh dan dipermainkan menjadi sungguh2 iaitu
nikah, talak dan rujuk.(CERAI)

* Firman: jika mu mengetahui mrk itu (wanita2 yg berhijrah dari mekkah ke madinah) wanita yg
beriman, janganlahmu mengembalikan mrk pd org2 kafir. Mrk tidak halal bagi kaum lelaki kafir
dan kaum lelaki kafir tidak halal bagi mrk.(Mumtahinah:10)

* Sabda: apakahmu tidak senang, hai kaum wanita? Jika perempuan itu sedang hamil dari
suaminya dan suami menyukainya (kerana berbakti pdnya) maka ia dapat pahala sebanding org
yg berpuasa serta berperang membela agama Allah. Jika ia merasa sakit sebagai tanda akan
melahirkan anak, maka ahli (penduduk) langit dan bumi tidak boleh mengetahui rahsia
kebahagiaan yg tersimpan dlm hatinya. Jika ia telah melahirkan anak, maka tidaklah satu titis pun
dari air susunya dan dari anak itu tidak menghisap satu hisapan dari payudaranya kecuali ia
mendapat pahala 1 amal kebajikan pd setiap titisan dan hisapan. Jika ia kurang tidur kerana
melayani anak pd malam hari maka ia mendapat pahala sebanding dengan pahala 70 hamba yg
dimerdekakannya dengan ikhlas utk membela agama Allah.(FAD. WANITA BERSALIN)

* Firman: dan org2 yg (hampir) mati antaramu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat utk
isteri mrk iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakaian dan tempat tinggal) sehingga setahun
lamanya dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mrk keluar (dari
tempat tinggalnya dengan kemahuan sendiri) maka tidaklah mu bersalah hai wali waris simati
mengenai apa yg mrk (isteri2 itu) lakukan pd diri mrk dari perkara2 yg patut (yg tidak dilarang
syara) itu dan Allah m. kuasa lagi m. bijaksana. (Baqarah:240)(WASIAT SEBELIM MATI)

NIKAH MISYAR KURANGKAN JUMLAH ANAK DARA TUA


s) Baru2 ini, ada dilaporkan dlm akhbar tempatan bahawa Perhimpunan Perundangan
Islam yg berpusat di Makkah meluluskan ketetapan utk membenarkan lelaki Islam sunnah
mengamalkan perkahwinan ‘Misyar’. Mengikut laporan itu, “melalui perkahwinan Misyar,
lelaki dibenarkan berkahwin dgn seseorg wanita tanpa tinggal bersama atau
bertanggunggjawab penuh menyara hidup isterinya” . Ia satu bentuk perkahwinan
sementara spt mutaah, bezanya ialah mutaah ada tarikh perceraiannya manakala “Misyar”
tidak ada tarikhnya. Saya tidak begitu faham, apakah ia menurut syariat atau adat krn dlm
laporan akhbar itu perkahwinan cara ini telah diamalkan sejak tahun 1825. Saya bimbang ia
akan digunakan oleh musuh Islam dan pejuang wanita berfahaman melampau yg sentiasa
hendak menunjukkan betapa Islam terlalu longgar dlm memelihara hak wanita.

J) Ulama terkenal, Dr Yusuf Al-Qaradawi ada menjawab persoalan nikah ‘Misyar’ did lm Fatwa
Muasaraah beliau jilid ketiga. Isu yg timbul di Negara Asia Barat ialah wanita ramai yg berharta
tetapi tidak berkahwin. Ada di antara mereka yg tidak mahu komitmen. Ada yg hanya inginkan
anak, manakala ada yg hanya sekadar inginkan harta si suami dan suami hanya datang musim
panas
Dlm persoalan ini, wanita itu sendiri bersetuju dan meletakkan syaratnya sbg
keredaannyautk bernikah. Di sini wanita itu dgn rela tanpa paksaan, malah sedar pilihannya.
Maksudnya, bukan suami yg bersikap zalim, tetapi keputusan ini adalah di atas pilihan wanita itu
sendiri.
Dr Yusuf Qaradawi memberikan komentar, nikah dlm bentuk sedemikian adalah sah dan
tiada cacat celanya. Cuma yg mungkin timbul ialah perihal komitmen. Jika wanita itu sendiri sudah
bersedia utk melepaskan haknya, maka itu adalah hak beliau sendiri. Satu kelebihan bg lelaki.
Beberapa golongan wanita di rantau ini pernah menyokong idea spt ini atas ‘nama
kebebasan wanita’. Jadi wanita tidak terikat kpd suami dan juga bebanan rumah tangga. Mereka
juga menyokong mutaah krn ia juga akan menjamin hak wanita utk membuat keputusan dan tidak
mengongkong wanita.
Saya berpandangan fatwa Dr Yusof Al-Qaradawi dan ulama lain berdasarkan prinsip
‘mengelakkan mudarat yg lebih besar’. Mungkin cara ini satu jalan keluar bg wanita matang yg
berpangkat dan berkelulusan tinggi dlm mendapatkan suami yg lebih rendah kedudukan
kewangan dan kelulusan akedemiknya, tetapi mempunyai peribadi terpuji, bertakwa dan budiman.

Anda mungkin juga menyukai