Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN

Perkahwinan merupakan satu instrumen kepada pembinaan keluarga sebagai unit asas dan
tunjang kebahagiaan sesebuah masyarakat. Perkahwinan juga dianggap sebagai langkah yang
pertama bagi membangunkan satu organisasi keluarga. Dalam pandangan manapun, keluarga
dianggap sebagai elemen sosial yang akan membentuk sebuah masyarakat .Secara tradisinya
setiap pasangan yang ingin memulakan dan membina sebuah keluarga wajib untuk melalui
peringkat perkahwinan.

Perkahwinan dari sudut perspektif Islam merupakan sistem atau peraturan dari Allah SWT
yang mengandung hikmah yang hebat serta besar. Umum mengetahui bahawa yang fitrahnya
lelaki dan perempuan akan saling tertarik antara satu sama lain, jadi melalui perkahwinan
mereka dapat menyalurkan keinginan atau perasaan mereka di jalan yang betul. Pernikahan
dalam Islam adalah suatu perkara yang sangat dituntut. Nikah menurut bahasa membawa
maksud bertemu, berkumpul dan bercampur. Menurut istillah syarak pula ialah ijab dan qabul
iaitu akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan. Allah SWT
menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menyaran agar membina bantera rumahtangga
dan mengharamkan perbuatan zina yang terkutuk.

Allah SWT berfirman :

َ ‫ْن َل َعلَّ ُك ْم َت َذ َّكر‬


﴾٤٩﴿ ‫ُون‬ ِ ‫َومِن ُك ِّل َشىْ ٍء َخ َل ْق َنا َز ْو َجي‬
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan
Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.” (SURAH DZARIYAT; Ayat 49)

Setiap manusia yang sudah dewasa dan sihat fizikal serta rohaninya, pasti memerlukan
teman hidup yang berlainan jenis. Melalui perkahwinan, ketenteraman, ketenangan dan
kesejahteraan hidup seseorang dapat wujud kerana timbulnya perasaan kasih sayang dan cinta
antara suami dan isteri.

Selain itu, perkahwinan dapat mengelakkan seseorang itu terjerumus dalam lembah
maksiat. Perbuatan zina merupakan suatu perbuatan yang terkutuk dan dilaknat oleh Allah
SWT. Perkahwinan merupakan jalan penyelesaian yang terbaik bagi menghindari zina yang
akan menyebabkan nasab keturunan tidak jelas.
Rasulullah SAW bersabda :

‫ي ا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يس تطع فعلي ه‬
)‫ (رواه البخارى و مسلم‬.‫بالصوم فإنه له وجاء‬

“Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah.
Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak
sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

2.0 FALSAFAH PERKAHWINAN

2.1 ASPEK AGAMA


Jelas bahawa definisi perkahwinan Islam lebih luas dalam membentuk
kesinambungan hak generasi seterusnya. Namun dalam Islam konsep perkahwinan
bersandarkan konsep ‘Mawaddah Warahmah’. Hal ini bertepatan dengan firman
Allah SWT yang berikut :

ٰ ۚ
ٖ َ‫ق لَ ُكم ِّم ۡن أَنفُ ِس ُكمۡ أَ ۡز ٰ َو ٗج ا لِّت َۡس ُكنُ ٓو ْا إِلَ ۡيهَ ا َو َج َع َل بَ ۡينَ ُكم َّم َو َّد ٗة َو َر ۡح َم ةً إِ َّن فِي َذلِ كَ أَل ٓ ٰي‬
‫ت لِّقَ ۡو ٖم‬ َ َ‫َو ِم ۡن َءا ٰيَتِ ِٓۦه أَ ۡن َخل‬
]21-:‫يَتَفَ َّكرُونَ [ الروم‬

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya,


bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya
di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang
menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”. [Ar Rum:21]

Dengan memberikan sedikit perhatian terhadap kejadian alam ini, kita pasti
dapat mengerti hikmah kejadian lelaki dan perempuan. Kedua-duanya dari acuan
yang sama iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusiaan. Tetapi,
satunya mempunyai watak keras dan satu lagi lemah gemalai. Di situlah kita dapat
melihat bahawa setiap pasangan saling melengkapi satu sama lain. Betapa
indahnya kehidupan manusia dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya.
Alangkah jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuninya terdiri dari
semua lelaki atau perempuan semuanya. Jadi, dapat disaksikan bahawa kejadian
pasangan antara lelaki dan perempuan itu merupakan ramuan yang mengindahkan
kehidupan.

Jelaslah perkahwinan menurut perspektif Islam mempunyai tujuan yang suci dan
kesucian itulah yang menjadikannya sebagai satu institusi keagamaan, terutamanya
Islam yang menekankan aspek rasional, logik akal serta lebih merupakan agama
fitrah. Ini kerana perkahwinan dalam Islam bukanlah hanya berfungsi sebagai
memenuhi kehendak biologi semata-mata malah untuk kebaikan kesihatan dan
kebaikan sosial. Kebaikan sosial ialah mengikat hubungan kekeluargaan antara dua
jantina berbeza, hubungan antara dua keluarga, pertalian darah melalui jalan yang
diredhai Allah SWT serta mengasuh dan mendidik anak-anak.

2.2 ASPEK SAINS

Sains dan teknologi yang berteraskan falsafah Islam akan berpaksikan pentafsiran
metafizik iaitu berlandaskan tauhid. Sains yang berteraskan falsafah Islam mempunyai
sifat-sifat kerohanian yang tersendiri dikembangkan oleh para saujana Islam.

Pada masa ini, sesetengah negara telah membenarkan perkahwinan sejenis.


Perkahwinan dapat mengelakkan perbuatan maksiat dengan menghalalkan sesebuah
hubungan antara lelaki dengan perempuan pada kaca mata Islam. Pada masa ini,
terpapar di dada-dada akhbar mengenai kemerosotan akhlak dalam kalangan remaja
terutamanya berkaitan dengan pergaulan bebas. Lebih menyedihkan lagi apabila data
yang diperoleh mengenai masalah pembuangan bayi makin hari makin berleluasa. Oleh
itu, perkahwinan adalah kesimpulan yang dapat menutup pintu fitnah dan maksiat yang
telah menjadi punca utama kerosakan akhlak di kalangan masyarakat kini.

Rasulullah SAW bersabda :


“Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu melakukan hubungan kelamin
hendaklah berkahwin, maka sesungguhnya berkahwin menutup pandangan dan
memelihara kemaluan daripada melakukan zina. Kalau tidak mampu, berpuasalah
kerana puasa itu menjadi perisai (penghalang) bagi dirinya.”

Terdapat sesetengah pihak yang sanggup untuk mengugurkan kandungan kerana


tidak dapat menerima kenyataan yang mereka telah terlanjur. Hal ini dapat
membahayakan kesihatan individu itu sendiri kerana kemungkinan besar mereka tidak
dapat mengandung lagi di kemudian hari. Sebagai seorang muslim, kita hendaklah
seboleh-bolehnya berusaha untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti
yang buruk ini. Ini disebabkan oleh hal berkenaan dapat mendatangkan pelbagai kesan
negatif terhadap diri kita sendiri. Umum mengetahui bahawa zina boleh mendatangkan
risiko pelbagai penyakit fizikal seperti AIDS dan Sifilis. Ini adalah akibat daripada
kebejatan moral yang berlaku dalam kalangan masyarakat kini.

Islam mengutamakan konsep pencegahan daripada pengubatan kerana ia selari


dengan amalan sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Berpandukan kaedah ini,
setiap perkara yang dapat menyebabkan kerosakan serta memberi kemudaratan
diharamkan oleh Islam sejak daripada awal-awal lagi. Dalam hal yang berkaitan, zina
atau hubungan seks luar nikah ini dapat mendatangkan masalah kesihatan yang kronik.
Jadi, segala perbuatan yang membawa kepada zina telah diharamkan.

Firman Allah SWT :

]32:‫ُوا ٱل ِّزن ٰۖ َٓى إِنَّ ۥهُ َكانَ ٰفَ ِح َش ٗة َو َسٓا َء َسبِياٗل [ اإلسراء‬
ْ ‫َواَل ت َۡق َرب‬

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan
keji yang membawa kepada kerosakan”. (Surah Al-Israk, Ayat 32)

Ternyata gejala zina mula menampakkan impak negatif yang cukup ketara dengan
menampakkan statistik kes pembuangan bayi, kes menggugurkan janin dan jumlah
anak tidak sah iktiraf. Perbuatan zina membawa kesan buruk kepada pelakunya bukan
saja di akhirat, tetapi natijahnya sudah jelas diazabkan oleh Allah SWT di dunia lagi.
Kemunculan penyakit kronik yang sukar diubati hingga kini membuktikan dahsyatnya
kesan daripada zina itu. Penyakit seperti AIDS dan Sifilis ini sangat dahsyat dan pakar
perubatan masih binggung dalam usaha mereka mencari penawarnya. Oleh itu, sudah
terang bahawa dari konsep Sains, perkahwinan ini dapat menyelamatkan diri kita
daripada gejala penyakit yang berbahaya.

2.3 ASPEK KEPIMPINAN

Fahaman tradisi tentang peranan jantina dalam rumah tangga sering melihat lelaki
sebagai kuat, aktif, dominan serta tidak beremosi dengan tugas utamanya sebagai ketua
keluarga dan pencari utama nafkah keluarga.

Firman Allah SWT :

‫ت‬ٞ َ‫ت ٰ َحفِ ٰظ‬ ٌ َ‫ت ٰقَنِ ٰت‬ َّ ٰ َ‫وا ِم ۡن أَمۡ ٰ َولِ ِهمۡۚ ف‬
ُ ‫ٱلص لِ ٰ َح‬ ْ ُ‫ض هُمۡ َعلَ ٰى بَ ۡعض َوبِ َم ٓا أَنفَق‬
ٖ َّ َ‫ٱل ِّر َجا ُل قَ ٰ َّو ُمونَ َعلَى ٱلنِّ َسٓا ِء بِ َما ف‬
َ ‫ض َل ٱهَّلل ُ بَ ۡع‬
‫ٱض ِربُوه ۖ َُّن فَ إِ ۡن أَطَ ۡعنَ ُكمۡ فَاَل‬ۡ ‫اج ِع َو‬ ِ ‫ض‬ ۡ ‫ب بِ َما َحفِظَ ٱهَّلل ۚ ُ َو ٰٱلَّتِي تَخَافُونَ نُ ُشوزَ ه َُّن فَ ِعظُوه َُّن َو‬
َ ‫ٱه ُج رُوه َُّن فِي ۡٱل َم‬ ِ ‫لِّ ۡلغ َۡي‬
]34:‫يرا [ النساء‬ ٗ ِ‫وا َعلَ ۡي ِه َّن َسبِياًل ۗ إِ َّن ٱهَّلل َ َكانَ َعلِ ٗيّا َكب‬
ْ ‫ت َۡب ُغ‬

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan
sebahagian mereka iaitu lelaki atas sebahagian yang lain(wanita) dan kerana
meraka(lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka”.
(Surah An-Nisa, Ayat 34)

Namun, jarang daripada kita yang memahami bahawa lebih berkuasa atau lebih kuat
tidak bermakna kediktatoran, tetapi sebaliknya kasih sayang dan pengorbanan diri demi
kepentingan orang yang dipimpin iaitu isteri dan anak-anak. Dalam hal ini juga, suami
sering terlupa untuk merujuk serta mencontohi akhlak Rasulullah dalam melayani anak
dan isteri dengan penuh kasih sayang dan kemesraan. Sehubungan itu, ikatan yang
terjalin dengan isteri dan anak-anak bukan keluarga kepada keluarga, tetapi lebih
kepada ketua dengan pekerja bawahan. Meskipun mereka tidak bergaduh besar
sehingga bercerai-berai, namun kebahagiaan dalam erti kata sebenar tidak hadir dalam
hubungan kekeluargaan sebegini. Pengerusi Pusat Pengajian Psikologi dan
Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Aminuddin
Mohd Yusof berkata, tingkah laku kepimpinan suami yang berorientasikan kemesraan
lebih berpotensi untuk membawa kebahagiaan dan perasaan puas hati dalam
perkahwinan. Tingkah laku tersebut ialah menumpu, menerima, mengasihi, terlampau
melindungi serta mesra dengan ciri-ciri seperti responsif kepada keperluan isteri dan
bersedia meluangkan masa untuk bersama isteri.

Gaya kepimpinan suami memainkan peranan besar dalam memastikan kebahagiaan


sesebuah rumah tangga. Matlamat kepimpinan ialah keberkesanan yang membawa
makna kepada sesuatu hasil. Di tempat kerja keberkesanan kepimpinan diukur
berasaskan prestasi pekerja, kepuasan berkerja, seta hasil produk. Keberkesanan
dalam rumah tangga pula boleh diukur dengan melihat kesannya kepada kebahagiaan
atau kepuasan terhadap perkahwinan. Oleh itu suami yang memainkan peranan
sebagai ketua keluarga hendaklah menghidupkan semua tanggungjawab agar sebuah
keluarga bahagia dapat diwujudkan. Selain itu, isteri juga memainkan peranan yang
sangat penting sebagai tulang belakang suami dalam mendidik anak-anak supaya dapat
menjadi anak yang soleh.

3.0 KESIMPULAN

Perkahwinan adalah satu cara yang terbaik dalam tuntutan agama Islam kerana terdapat
seribu satu natijah yang positif. Ajaran dan pendidikan Islam begitu teliti dalam menyediakan
persekitaran yang sihat dalam membina keluarga dan membesarkan anak-anak. Anak-anak
yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam
kegiatan negatif dan perkara-perkara yang tidak bermoral. Oleh itu, perkahwinan dan institusi
kekeluargaan yang disyorkan Islam, dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman
mewujudkan keluarga sakinah, mawaddah dan warahmah.

Institusi perkahwinan juga dapat dilihat sebagai asas dan dasar utama dalam melahirkan
insan-insan yang berguna. Inilah yang akan terus memastikan pembangunan negara dan
bangsa seterusnya mengangkat martabat agama Islam di persada negara.

Anda mungkin juga menyukai