Anda di halaman 1dari 15

NAMA PROGRAM : BAITI JANNATI

NAMA PENCERAMAH : TN. ATRAS MOHAMAD ZIN & USTAZ ZARADI SUDIN

TARIKH & HARI : 13 SEPTEMBER 2019 (JUMAAT)

TEMPAT : DEWAN DATO’ DR. RAZALI ISMAIL, IPGKIK.

Perkahwinan dalam Islam merupakan satu perkara yang perlu dititikberatkan dan bukanlah
satu proses yang boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa garis panduan yang sah dari
sisi syarak. Menurut (Mat Saad Abd. Rahman, 1993), perkahwinan ialah suatu akad yang
menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan
muhrim dan menimbulkan hak serta kewajiban antara kedua-dua mereka. Hal ini bagi
membolehkan pasangan berlainan jenis iaitu antara laki-laki dan perempuan memenuhi
kehendak masing-masing sebagai manusia iaitu dari segi pergaulan, berkasih sayang,
membentuk persefahaman antara satu sama lain serta mempunyai zuriat secara sah. Ikatan
atau tali perkahwinan juga menzahirkan sesuatu hubungan sepasang suami isteri yang halal
di sisi Islam dengan kerelaan kedua belah pihak.

Firman Allah ‫سبحانه وتعالى‬:

َ ‫ْن لَ َعلَّ ُك ْم َت َذ َّكر‬


‫ُون‬ ِ ‫َومِن ُك ِّل َشىْ ٍء َخلَ ْق َنا َز ْو َجي‬

Adz-Dzariyaat : 49

“Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati (kekuasaan
Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.”
LAPORAN PROGRAM KURSUS “BAITI JANNATI”

1. Objektif program:

(a)Memahami serta dapat menyampaikan informasi mengenai prosedur


perkahwinan dan prosedur perceraian.

(b) Mengulas maklumat tentang bentuk-bentuk kesalahan di bawah Enakmen


Undang-Undang Keluarga Islam Negeri yang berlaku pada hari ini.

2. Bidang –bidang yang dibincangkan sewaktu kursus:

Peserta – peserta yang mengikuti program ini telah didedahkan dengan beberapa
perkara seperti berikut:

(a) Proses perkahwinan dan perceraian dalam Islam.

(b) Kes-kes yang berlaku di Mahkamah Syariah di bawah Enakmen Undang-


undang Keluarga Islam Negeri.

3. Ringkasan

Fiqh Kekeluargaan marupakan salah sebuah elektif terbuka yang ditawarkan kepada
sem 5 dan sem 7. Pada 13 September 2019, sebuah kursus “Baiti Jannati” telah
diadakan di IPG Kampus Ilmu Khas. Kursus ini mengandungi dua slot yang
disampaikan oleh penceramah yang berkredibiliti dari pihak Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan (JAWI) dan juga pensyarah dari IPGKIK. Setelah menghadiri
kursus ini, kami diberi tugasan untuk menghasilkan sebuah laporan yang berkaitan
dengan kursus yang telah dilaksanakan. Dalam kursus yang telah kami sertai,
terdapat beberapa perkara yang telah dinyatakan iaitu:
PENGENALAN

‫هللا الرَّ حْ ٰم ِن الرَّ ِحي ِْم‬


ِ ‫سْ ِم‬

Penyatuan antara seorang laki-laki dan perempuan secara halal merupakan satu perkara
yang indah dan manjadi salah satu daripada tujuan hidup seseorang. Islam amat
menggalakkan umatnya bernikah dan merupakan satu tuntutan ibadah bagi menjamin
kesejahteraan individu, keluarga bahkan juga masyarakat. Allah SWT menciptakan setiap
makhluk itu secara berpasang-pasangan seperti lelaki dan wanita. Lalu Allah SWT
mensyariatkan perkahwinan bagi mereka yang mampu sebagaimana firman Allah SWT:

‫َومِنْ آ َيا ِت ِه َأنْ َخلَقَ لَ ُكم مِّنْ َأنفُسِ ُك ْم َأ ْز َواجً ا لِّ َتسْ ُك ُنوا ِإلَ ْي َها َو َج َع َل َب ْي َن ُكم م ََّو َّد ًة َو َرحْ َم ًة‬

Al-Rum : 21

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya,


bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di
antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”

Sudah menjadi lumrah manusia yang mempunyai sifat menyayangi dan ingin disayangi
serta memerlukan teman hidup yang berlainan jenis. Bagi manusia dewasa yang sihat,
wujudnya teman sehidup semati ini dapat memberikan ketenteraman jiwa, penyeri
kehidupan serta kesejahteraan hidup bahkan juga, membolekan pasangan mendapat zuriat
dan keturunan secara sah. Rasulullah SAW juga menasihatkan umatnya untuk berkahwin
dengan segera jika dengan syarat berkemampuan. Nabi SAW bersabda di dalam satu hadis
:

‫اك‬ ْ ‫ين َت ِر َب‬


َ ‫ت َي َد‬ ِ ‫ت ال ِّد‬ ْ ‫ َولِدِي ِن َها َف‬u‫ُت ْن َك ُح ْال َمرْ َأةُ َأِلرْ َبع ِل َمالِ َها َول َِح َس ِب َها َو َج َمالِ َها‬
ِ ‫اظ َفرْ ِب َذا‬ ٍ

Maksudnya :”Perempuan dinikahi kerana empat perkara kerana hartanya, keturunannya,


kecantikannya dan agamanya. Maka peganglah dengan yang mempunyai agama. Maka
engkau akan bahagia.”

Riwayat al-Bukhari (5090) & Muslim (3708)


Islam juga mementingkan aspek kehidupan manusia iaitu kekeluargaan. Garis panduan
serta rujukan melalui kitab suci Al-Quran dan hadis perlu dipatuhi bagi menjamin
kesejahteraan yang berterusan dalam kehidupan. Undang-undang dalam kekeluargaan
Islam membahagi serta memperinci hukum-hukum iaitu dalam pertunangan, perkahwinan,
wali, akad nikah, saksi, hak dan tanggungjawab dalam ikatan perkahwinan sehinggalah
kepada pembubaran perkahwinan, nafkah, iddah dan hadanah.

PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN

Perkahwinan merupakan sebuah ikatan (ijab dan qabul) yang menyatukan


dan dan menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan
oleh kata-kata yang menunjukkan nikah dengan berpandukan hukum-hukum yang
telah ditetapkan oleh syarak. Menurut islam, sesuatu ikatan perkahwinan yang sah
mempunyai beberapa syarat yang perlu diambil kira iaitu pengantin lelaki dan
perempuan, wali, saksi dan akad. Bagi setiap syarat yang berikut, terdapat beberapa
perkara penting yang perlu diberi perhatian. Sebagai contoh, bagi syarat wali, tidak
semua ahli keluarga boleh menjadi wali. Terdapat senarai-senarai ahli keluarga yang
boleh menjadi wali. Bagi syarat saksi pula, saksi hendaklah mereka yang bersifat
adil, berakal dan tidak mempunyai kecacatan dari segi pendengaran. Perkahwinan
atau pernikahan sangat dituntut dalam Islam bagi menjauhkan manusia dari
perbuatan zina yang diharamkan. Allah S.W.T telah berfirman dalam Al-quran yang
bermaksud:

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu


mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.”

(Surah al-Zariyaat: 49)

Manakala perceraian, dari segi bahasa bermaksud berpisah manakala dari


segi istilah pula perceraian bermaksud keruntuhan hubungan perkahwinan dan
terputusnya hubungan suami isteri dengan bersebab. Perkahwinan atau pernikahan
sangat dituntut dalam Islam bagi menjauhkan manusia dari perbuatan zina yang
diharamkan. Allah S.W.T telah berfirman dalam Al-quran yang bermaksud:

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu


mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.”
(Surah al-Zariyaat: 49)

Penceraian merupakan jalan keluar untuk menamatkan ikatan perkahwinan.


Walaupun ia merupakan perkara yang dibenci oleh Allah, ia tetap dibenarkan
sekiranya tiada jalan lain yang dapat menamatkan kesengsaraan dalam
perkahwinan. Nabi SAW juga telah bersabda:

“ Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada talak”

Perceraian melibatkan kerosakan hubungan silaturrahim antara dua keluarga,


anak-anak, dan masyarakat. Ia bukanlah sesuatu pengalaman yang manis yang
diimpikan setiap pasangan suami isteri malah ianya merupakan pengalaman yang
sangat pahit dan perit bagi mereka yang melaluinya. Perceraian yang biasa kita
dengar adalah cerai lafaz talak yang kebiasaannya dilafazkan oleh suami.
Perceraian adalah jalan terakhir jika semua usaha memulihkan perkahwinan
menemui jalan buntu. Hal ini kerana, perceraian memberi kesan buruk bukan sahaja
kepada pasangan suami isteri tetapi juga kepada anak-anak,, keluarga terdekat dan
masyarakat.

1.0 PROSEDUR PERKAHWINAN

Menurut (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2012), berikut merupakan prosedur


perkahwinan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan:

2.1 Kursus Pra Perkahwinan: Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam
(MBKPPI)

Pendaftar lelaki dan pasangan (perempuan) yang mengemukakan


permohonan untuk mendapatkan kebenaran berkahwin mestilah menghadiri kursus
Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) untuk mendapatkan Sijil Pra Perkahwinan.

2.2 Ujian Saringan HIV di Klinik Kesihatan Kerajaan

Seterusnya, pendaftar perlulah mengambil ujian saringan HIV setelah berjaya


memiliki Sijil Pra Perkahwinan. Jika keputusan ujian saringan adalah negatif, permohonan
kebenaran berkahwin akan diteruskan. Sekiranya keputusan ujian adalah positif, pasangan
tersebut akan menjalani sesi khidmat nasihat dan diberi pendedahan tentang implikasi HIV
dalam kehidupan rumah tangga. Namun begitu, keputusan untuk meneruskan perkahwinan
atau sebaliknya bergantung kepada pasangan itu sendiri. JIka mereka ingin meneruskan
perkahwinan, maka permohonan kebenaran berkahwin akan diproses. Lantaran itu,
pasangan tersebut mestilah merujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga dan Klinik Penyakit
Berjangkit untuk penjagaan kesihatan seterusnya dalam kehidupan mereka sebagai
pasangan suami isteri.

2.3 Permohonan untuk kebenaran berkahwin


2.3.1 Pengesahan Permohonan Berkahwin

Penolong Pendaftar hendaklah memastikan pemohon yang membuat


permohonan kebenaran berkahwin adalah tinggal atau bermastautin di
Kawasan kariahnya. Seterusnya, penolong pendaftar juga hendaklah
memastikan permohonan untuk berkahwin menggunakan borang yang
ditetapkan dan di isi dengan lengkap oleh pemohon. Dalam pada itu, tugas
Penolong Pendaftar juga adalah untuk memastikan borang permohonan
dilampirkan bersama dokumen-dokumen berkaitan seperti berikut:

1) Salinan Sijil Kelahiran.


2) Salinan Kad Pengenalan.
3) Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI
4) Keputusan Saringan HIV kedua-dua bakal pengantin.
5) Surat akuan teruna yang dikeluarkan oleh majikannnya atau surat akuan
6) sumpah teruna sekiranya beliau tidak mempunyai majikan (jika pemohon
7) seorang lelaki).
8) Surat perakuan cerai (jika pemohon bercerai hidup).
9) Surat perakuan mati (jika pemohon bercerai mati).
10) Surat akuan memeluk agama Islam (jika saudara baru).
11) Surat kebenaran daripada Jabatan polis (jika pemohon anggota polis).

2.3.2 Kebenaran permohonan berkahwin

Borang perkahwinan hendaklah dihantar kepada Pendaftar selewat-


lewatnya tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dicadangkan. Setelah
berpuas hati, Pendaftar mestilah mengemukakan kebenaran berkahwin
dengan membuat catatan pada borang permohonan bagi perkahwinan dalam
negeri. Manakala surat kebenaran dikeluarkan bagi permohonan
perkahwinan luar negeri dan tempat lain. Tempoh sah kebenaran berkahwin
adalah sembilan pupuh (90) hari dari tarikh kebenaran dikeluarkan. Namun
begitu, surat kebenaran hanya boleh dikeluarkan oleh Pendaftar sekiranya
pemohon telah menjelaskan bayaran yang ditetapkan.

2.3.3 Akad Nikah

Pendaftar hendaklah memastikan akad nikah yang dilaksanakan berada


dalam kariah di mana perempuan itu tinggal atau bermastautin. Seterusnya,
Pendaftar juga mestilah memastikan majlis akad nikah dilangsungkan oleh:

i. Wali di hadapan Pendaftar.

ii. Wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar.

iii. Pendaftar sendiri sebagai wakil wali.

iv. Pendaftar sebagai Wali Raja (Hakim) bagi perempuan yang tidak ada wali
nasab atau wali enggan.

2.0 PROSEDUR PERKAHWINAN

Menurut (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2012), berikut merupakan prosedur


perkahwinan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan:

2.1 Kursus Pra Perkahwinan: Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam
(MBKPPI)

Pendaftar lelaki dan pasangan (perempuan) yang mengemukakan permohonan


untuk mendapatkan kebenaran berkahwin mestilah menghadiri kursus Pra
Perkahwinan Islam (MBKPPI) untuk mendapatkan Sijil Pra Perkahwinan.

2.4 Ujian Saringan HIV di Klinik Kesihatan Kerajaan

Seterusnya, pendaftar perlulah mengambil ujian saringan HIV setelah berjaya


memiliki Sijil Pra Perkahwinan. Jika keputusan ujian saringan adalah negatif, permohonan
kebenaran berkahwin akan diteruskan. Sekiranya keputusan ujian adalah positif, pasangan
tersebut akan menjalani sesi khidmat nasihat dan diberi pendedahan tentang implikasi HIV
dalam kehidupan rumah tangga. Namun begitu, keputusan untuk meneruskan perkahwinan
atau sebaliknya bergantung kepada pasangan itu sendiri. JIka mereka ingin meneruskan
perkahwinan, maka permohonan kebenaran berkahwin akan diproses. Lantaran itu,
pasangan tersebut mestilah merujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga dan Klinik Penyakit
Berjangkit untuk penjagaan kesihatan seterusnya dalam kehidupan mereka sebagai
pasangan suami isteri.

2.5 Permohonan untuk kebenaran berkahwin


2.5.1 Pengesahan Permohonan Berkahwin

Penolong Pendaftar hendaklah memastikan pemohon yang membuat


permohonan kebenaran berkahwin adalah tinggal atau bermastautin di
Kawasan kariahnya. Seterusnya, penolong pendaftar juga hendaklah
memastikan permohonan untuk berkahwin menggunakan borang yang
ditetapkan dan di isi dengan lengkap oleh pemohon. Dalam pada itu, tugas
Penolong Pendaftar juga adalah untuk memastikan borang permohonan
dilampirkan bersama dokumen-dokumen berkaitan seperti berikut:

12) Salinan Sijil Kelahiran.


13) Salinan Kad Pengenalan.
14) Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI
15) Keputusan Saringan HIV kedua-dua bakal pengantin.
16) Surat akuan teruna yang dikeluarkan oleh majikannnya atau surat akuan
17) sumpah teruna sekiranya beliau tidak mempunyai majikan (jika pemohon
18) seorang lelaki).
19) Surat perakuan cerai (jika pemohon bercerai hidup).
20) Surat perakuan mati (jika pemohon bercerai mati).
21) Surat akuan memeluk agama Islam (jika saudara baru).
22) Surat kebenaran daripada Jabatan polis (jika pemohon anggota polis.

2.5.2 Kebenaran permohonan berkahwin

Borang perkahwinan hendaklah dihantar kepada Pendaftar selewat-


lewatnya tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dicadangkan. Setelah
berpuas hati, Pendaftar mestilah mengemukakan kebenaran berkahwin
dengan membuat catatan pada borang permohonan bagi perkahwinan dalam
negeri. Manakala surat kebenaran dikeluarkan bagi permohonan
perkahwinan luar negeri dan tempat lain. Tempoh sah kebenaran berkahwin
adalah sembilan pupuh (90) hari dari tarikh kebenaran dikeluarkan. Namun
begitu, surat kebenaran hanya boleh dikeluarkan oleh Pendaftar sekiranya
pemohon telah menjelaskan bayaran yang ditetapkan.

2.5.3 Akad Nikah

Pendaftar hendaklah memastikan akad nikah yang dilaksanakan


berada dalam kariah di mana perempuan itu tinggal atau bermastautin.
Seterusnya, Pendaftar juga mestilah memastikan majlis akad nikah
dilangsungkan oleh:

i. Wali di hadapan Pendaftar.

ii. Wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar.

iii. Pendaftar sendiri sebagai wakil wali.

iv. Pendaftar sebagai Wali Raja (Hakim) bagi perempuan yang tidak ada wali
nasab atau wali enggan.

3.0 PROSEDUR PERCERAIAN

Berdasarkan kepada buku panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI), prosedur perceraian yang telah dinyatakan adalah seperti berikut:

3.1 Permohonan cerai secara Talaq dengan persetujuan bersama


3.1.2 Kaunter Mahkamah

Permohonan ini bermula dengan penyerahan Permohonon Perceraian


yang telah dilengkapkan oleh pasangan suami isteri. Seterusnya, pendaftaran
kes cerai serta bayaran pendaftaran boleh dilakukan di kaunter mahkamah.
Selepas itu, mereka hanya perlu menunggu tarikh dan masa untuk hadir ke
mahkamah.

3.1.3 Mahkamah

Suami dan isteri hadir pada tarikh yang telah ditetapkan serta
membawa dokumen Sijil Nikah atau Sijil Ruju’ dan Kad Pengenalan atau
dokumen pengenalan diri. Mahkamah kemudiannya mendapatkan
persetujuan perceraian daripada suami dan isteri. Seterusnya, suami
melafazkan cerai talaq satu. Pada masa ini, mahkamah mempunyai dua
peranan iaitu mengesahkan lafaz cerai suami dan mengeluarkan perintah
perceraian. Kemudian, pasangan tersebut hendaklah membawa rekod
perceraian tersebut ke Jabatan Agama Islam untuk mendaftar cerai.

3.1.4 Jabatan Agama Islam Negeri

Pasangan menyerahkan rekod cerai bersama dokumen asal Sijil


Nikah dan Kad Pengenalan dan membayar yuran daftar cerai. Seterusnya,
pihak Jabatan Agama Islam mendaftarkan cerai dan mengeluarkan sijil
perceraian

3.2 Permohonan cerai tanpa persetujuan bersama

3.2.1 Kaunter mahkamah

Permohonan ini bermula dengan penyerahan Permohonon Perceraian


yang telah dilengkapkan oleh pasangan suami isteri. Seterusnya, pendaftaran
kes cerai serta bayaran pendaftaran boleh dilakukan di kaunter mahkamah.
Selepas itu, mereka hanya perlu menunggu tarikh dan masa untuk hadir ke
mahkamah.

3.2.2 Mahkamah

Mahkamah menyerahkan saman kepada suami atau isteri dalam


tempoh 14 hari selepas kes didaftarkan. Suami dan isteri hadir pada tarikh
yang telah ditetapkan serta membawa dokumen Sijil Nikah atau Sijil Ruju’
dan Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri. Seterusnya, pasangan
tidak bersetuju untuk bercerai dan mahkamah melantik Jawatankuasa
Pendamai.

3.2.3 Jawatankuasa Pendamai

Suami dan isteri mestilah hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan
dan memberi keterangan kepada Jawatankuasa Pendamai. Manakala
Jawatankuasa tersebut hendaklah mengadakan proses perdamaian
(dijalankan dalam tempoh tidak lebih 6 bulan) dan mengemukakan laporan
bertulis dan syor kepada Hakim sama ada wujud perdamaian atau tidak
3.2.4 Mahkamah

Membuat keputusan hasil laporan dan syor Jawatankuasa Pendamai.


Jika suami isteri bersetuju untuk bercerai, maka suami mestilah melafazkan
cerai kepada isteri. Namun begitu, jika suami dan isteri tidak bersetuju untuk
bercerai, maka kes dirujuk ke Proses Majlis Hakam. Selain itu, kes akan
dibatalkan jika suami isteri berdamai

3.2.5 Proses Hakam

Mahkamah melantik hakam untuk melaksanakan proses Majlis


Hakam. Pada peringkat ini, pasangan suami isteri ini perlulah memberi
keterangan kepada Hakam. Tugas hakam pula adalah mendapatkan kuasa
talaq dan menghantar keputusan kepada Hakim.

3.2.6 Mahkamah

Pihak mahkamah perakukan keputusan Hakim. Kemudian, suami atau


hakam melafazkan cerai dan pihak mahkamah mengeluarkan perintah
perceraian. Seterusnya, suami isteri tersebut hendaklah membawa rekod
perceraian tersebut ke Jabatan Agama Islam untuk mendaftar cerai

3.2.7 Jabatan Agama Islam Negeri

Pasangan menyerahkan rekod cerai bersama dokumen asal Sijil


Nikah dan Kad Pengenalan dan membayar yuran daftar cerai. Seterusnya,
pihak Jabatan Agama Islam mendaftarkan cerai dan mengeluarkan sijil
perceraian.

4.0 FAKTA-FAKTA KES DAN ENAKMEN UNDANG-UNDANG KEKELUARGAAN


NEGERI

4.1 Kes penceraian (Kuala Lumpur)

KES 1 (Hakam & Nusyuz)


Enakmen: AKTA 303 – AKTA UNDANG-UNFANG KELUARGA ISLAM
(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 – Seksyen 47: Perceraian dengan
talaq atau dengan perintah

Kes: perceraian penyanyi Ezlynn atau nama sebenar Azline Ariffin, 36 dan suami
Adam Fahmy, 38.

` Huraian: Pada 7 April 2017, Ezlynn telah memfailkan permohonan cerai secara baik
terhadap Adam mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur 1984. Pada 18 September, Ezlynn dan Adam melantik
wakil dalam proses timbang tara (hakam) untuk perbincangan peringkat akhir kes
cerai mereka. Namun begitu, Ezlynn telah melakukan fitnah terhadap Adam iaitu
menceroboh dan memecah masuk rumah mereka sedangkan rumah itu adalah milik
mereka bersama kerana mereka berstatus suami isteri. Menurut Adam juga, Ezlynn
tidak memaklumkan atau meminta keizinannya untuk melakukan apa-apa atau pergi
ke mana-mana. Disebabkan itu, Adam telah memfailkan nusyuz terhadap Ezlynn.
Pada 23 Oktober, Adam telah melafazkan cerai pada pukul 10.30 dan Hakim Syarie
Noor Byetty Nasir mengarahkan dia dan Ezlynn bermaafan. Mereke telah mendirikan
rumah tangga pada 20 November 2011 namun tidak mempunyai waris

4.2 Kes perceraian (Selangor)


KES 2 (Lafaz tidak sah)

Enakmen 2 Tahun 2003- ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM


NEGERI SELANGOR TAHUN 2003 (EUKIS) – Seksyen 57 & Seksyen 61

Kes: pendaftaran perceraian di luar mahkamah antara PU Abu atau nama sebenar
Abu Sufyan Mohd Mokhtar Razali, 25 dan Ain ‘Afini Latif, 23.

Huraian: Pasangan ini pada mulanya bercerai pada 28 Januari 2019 dengan lafaz
talak satu namun merujuk semula kira-kira sebulan kemudian. Pada 10 Mac 2019,
PU Abu telah menghantar lafaz cerai menerusi aplikasi “WhatsApp” pada pukul
11.44 pagi kepada Ain. Keputusan Mahkamah Rendah Syariah Klang semalam yang
mensabitkan lafaz talak raj’ie kali kedua antara Mohamad Abu Sufyan Mohd Mokhtar
Rozaidi atau PU Abu dan isteri, Ain ‘Afini Latif membabitkan lafaz cerai dibuat
selebriti itu pada akhir Mac lalu.

Justeru Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dalam satu kenyataan


menyatakan laporan dua portal berita membabitkan lafaz cerai PU Abu melalui
aplikasi WhatsApp pada 13 Mac lalu adalah tidak benar dan bercanggah. Kenyataan
itu menjelaskan Ain ‘Afini memfailkan dua saman terhadap PU Abu di Mahkamah
Rendah Syariah Klang, pada 2 Mei lalu iaitu saman mengikut Seksyen 57 Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) (EUKIS) 2003 membabitkan kes
‘Pendaftaran Perceraian di Luar Tanpa Kebenaran Mahkamah’.

Satu lagi saman adalah Kes Saman No. 10022-061-0311-2019, mengikut Seksyen
61 EUKIS, membabit kes ‘Pengesahan Rujuk’ antara beliau dengan PU Abu, yang
sebelum ini pernah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada 28 Januari
lalu. Mahmakah memutuskan bahawa rujuk pada 23 Februari bagi kes cerai yang
pertama adalah sah namun mensabitkan lafaz talak menerusi aplikasi “WhatsApp”
adalah tidak sah. Pada 15 Mei 2019 iaitu pada hari perbicaraan semula, Mahkamah
Rendah Syariah Klang memutuskan bahawa lafaz talak tidak sah. Pada hari tersebut
juga, PU Abu menyatakan bahawa semasa perjalanan pulang ke rumah, beliau baru
teringat bahawa ada kenyataan yang tidak dijelaskan semasa prosiding. Selepas
mahkamah mendengar penjelasan PU Abu, mahkamah akhirnya memutuskan
pasangan tersebut sah bercerai. Defendan (Ain) diperintahkan beriddah sehingga
melahirkan anak.

4.3 Kes Hadhanah- hak penjagaan anak (Kuala Lumpur)

Enakmen: Akta 303, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah


Persekutuan) 1984 – Seksyen 86: Kuasa Mahkamah membuat perintah
pengenai jagaan.

Kes: hak penjagaan dua orang anak pasangan Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah
Pantai dan suami, Raja Ahmad Shahrir.

Huraian: Berdasarkan kepada kes tersebut yang timbul di bawah enakmen undang-
undang kekeluargaan Wilayah Persekutuan, Mahkamah Syariah berkuasa untuk
membuat perintah mengenai jagaan. Namun begitu, untuk memutuskan siapakah
yang berhak terhadap penjagaan seseorang kanak-kanak itu, pertimbangan utama
ialah kebajikan kanak-kanak itu sendiri dan, tertakluk kepada pertimbangan itu,
mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada kemahuan ibu bapa kanak-kanak
itu dan kemahuan kanak-kanak itu, jika dia telah meningkat umur dapat menyatakan
sesuatu pendapatnya sendiri.
Dalam kes ini, menurut akhbar Utusan yang bertarikh 9 Disember 2014, Nurul Izzah
dan suami, Raja Ahmad Shahrir telah bersetuju untuk berkongsi hak penjagaan
anak-anak mereka dan persetujuan tersebut telah direkodkan oleh Pendaftar,
Muhammad Fateh Saleh. Namun begitu, persetujuan tersebut bukanlah satu
perintah rasmi kerana masih belum disebut dan disahkan oleh mahkamah kerana
Kerana Hakim Mahkamah Tinggi Syariah tiada pada hari tersebut. Kemudian,
sebutan semula kes hadhanah telah ditetapkan pada 15 Januari 2015. Pada tarikh
tersebut, Raja Ahmad Shahrir telah melafazkan cerai terhadap isterinya dan sah
bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah. Mengenai hak penjagaan anak-
anak, mereka telah bersetuju untuk menjaga anak-anak secara bergilir. Menurut
peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir, kedua-dua anak
tersebut akan bersama dan bermalam dengan plaintif bermula pada hari Isnin, jam 8
malam sehingga Jumaat jam 6 petang. "Manakala anak-anak tersebut akan bersama
defendan bermula hari Jumaat jam 6 petang sehingga Isnin, jam 8 malam," katanya.
Lain daripada itu, kedua-dua pihak juga telah bersetuju berkenaan cuti perayaan Hari
Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha bersama anak-anak adalah secara bergilir
tahun. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kes berkenaan hak penjagaan anak-anak
telah selesai memandangkan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk
berkongsi hak mereka.

4.4 Kes perceraian (Selangor)


KES 2 (Tiada dokumen perceraian terdahulu)

Enakmen 2 Tahun 2003- ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM


NEGERI SELANGOR TAHUN 2003 (EUKIS) – Seksyen 47

Kes: pendaftaran perceraian penyanyi Hafiz Hamidun, 33 dan usahawan kosmetik


Joy Revfa atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, 30.

Huraian: Pada 12 Oktober 2017, Hafiz telah memfailkan permohonan cerai mengikut
seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu
perceraian secara baik hadir bersama peguam syarie Azmi Mohd Rais kira-kira jam 1
tengah hari di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Hal ini kerana menurut
notis perceraian, antara alasan yang dikemukakan ialah tiada lagi persefahamam di
antara mereka setelah 5 bulan mendirikan rumah tangga. Hafiz juga mendakwa
isterinya sering mengaibkan beliau di laman sosial dan enggan menerima nasihat
daripadanya sebagai seorang isteri. Sebelum itu, Joy pernah mendirikan rumah
tangga di Songkhla pada 2013 namun perkahwinan itu tidak didaftarkan di Malaysia.
Pada 1 Jun 2017 yang lalu, Hafiz dan Joy pergi ke Songkhla untuk menguruskan
perceraian taklik Joy dan taklik tersebut diterima dan jatuh talak satu pada 13 Julai
lalu. Setelah Joy disahkan bercerai dengan suaminya yang terdahulu melalui proses
taklik, Joy telah memfailkan faraq iaitu pembubaran perkahwinan meskipun telah
memberikan persetujuan untuk Hafiz melakukanya. Hafiz juga telah mengaku
mereka tidak pernah melakukan hubungan kelamin kerana meragui status
perkahwinan mereka. Pada 25 Oktober 2017, Hafiz telah menceraikan Joy dengan
talak 1 “ba’in sughra” pada 4.10 petang di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof dan
tiada tempoh iddah bagi Joy.

5.0 Penutup

Kesimpulannya, urusan mendirikan rumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah


kerana ianya memerlukan ilmu serta pengorbanan yang tinggi. Dugaan dan
masalah merupakan perkara yang biasa ditempuh bagi setiap pasangan suami
isteri lebih-lebih yang baru bergelar suami isteri. Tolak-ansur, persefahaman,
kejujuran dan kesetiaan merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian
untuk memastikan kelangsungan hidupa rumah tangga dapat dicapai sehingga
akhir hayat.

Anda mungkin juga menyukai