Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan
Pada zaman yang penuh dengan pelbagai jenis teknologi dan cabaran ini, kita dapati
bahawa kehidupan masyarakat masa kini telah jauh berubah berbanding 20 tahun yang
lalu. Masyarakat masa kini mengamalkan pelbagai jenis gaya hidup yang sesuai dengan
kehidupan mereka sekarang. Ada yang hidup dalam keadaan selesa dan sempurna dan
ada pula di sebaliknya. Jika diperhatikan manusia di sekeliling kita, kita akan nampak
pelbagai gaya hidup. Ada yang sihat dan ada yang kurang sihat. Gaya hidup yang sihat
merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat
memainkan peranan yang aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara.

2.0 Isu-Isu Semasa

Menurut Yap (2009), obesiti bermakna kegemukan yang disebabkan terdapatnya


lemak yang berlebihan. Obesiti dapat menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti
penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Orang yang mengalami masalah obesiti juga
tidak dapat menikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk
sudah semestinya membataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami
tekanan akibat perasaan malu dan rendah diri. Pada zaman yang modenisasi dan
globalisasi, semakin masyarakat semakin banyak menghadapi masalah obesiti.
Sebenarnya, apakah punca-punca masalah obesity dalam kalangan masyarakat pada era
ini?

Punca yang prima ialah amalan pemakanan yang tidak seimbang. Masyarakat kini
tidak mempraktikkan amalan pemakanan seimbang. Hal ini disebabakan pambangkitan
makanan segera yang berkalori tingggi dan berlemak. Tambahan pula, makanan segera
tersebut lebih mudah, senang dan enak dimakan menyebabkan ia disenangi oleh
masyarakat (McMahan & Hampl & Chikamoto, 2003). Bagi ibu bapa yang bekerja,
makanan segera dapat menjimatkan masa mereka dengan tidak menyediakan makanan
untuk anak-anak mereka. Hal ini disebabkan mereka haruslha bergesa-gesa ke tempat
kerja mereka. Oleh itu, bekalan anak-anak mereka sentiasa tidak mematuhi pengaturan
piramid makanan. Tambahan pula, bekalan makaan tersebut terbalik pengambilan kalsium.
Makanan yang berlemak dan bergula banyak dibekalkan manakala sayur-sayuran dan
buah-buahan yang paling diperlukan oleh anak-anak tidak dibekalkan. Senario ini dapat
dibuktikan apabila pensyarah dari Unit Makanan dan Kesihatan Universiti Malaya telah
membuat bancian mengenai gaya pemakanan harian bagi remaja (Zaini & Hidayah &
Osman, 2000). Hasilnya, sebanyak 70 peratus remaja yang ibu bapanya bekerja terpaksa
mengambil makanan segera sebagai makanan harian. Jelaslah bahawa ibu bapa pada
zaman ini lebih mengutamakan hal-hal lain daripada anak sendiri ibarat anak kera di hutan
disusui, anak di rumah mati kelaparan. Tuntasnya, remaja zaman ini yang tidak
mengamalkan pemakanan seimbang telah menatijahkan obesiti dalam kalangan mereka.
Setelah mereka menjadi dewasa, walaupun mereka kemungkinan akan menyedarkan diri,
tetapi sudah lewat kerana masalah penyakit yang ditimbul oleh sebab obesiti telah
ditimbulkan. Secara konklusinya, salah satu faktor obesiti dalam kalangan masyarakat
adalah disebabkan oleh sikap ibu bapa yang kurang menjaga pemakanan anak-anak
mereka sejak kecil lagi.

Seterusnya, masyarakat kini yang kurang bersenam juga merupakan satu faktor
obesiti di Malaysia. Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan
sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Akhirnya,
badan kecil menjadi tembam, gempal, dan gemuk. Oleh itu, kita mesti melakukan senaman
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Senaman bukannya seharusnya
bersenam sehingga berpeluh tubuh atau penat mati. Terdapat juga senaman yang senang
untuk sesiapa yang mula bersenam supaya tidak melebihi limit badan individu. Contoh
senaman yang senang dijalankan ialah berjalan kaki pantas. Senaman ini kurang risiko
untuk mencederakan diri. Seterusnya, dapat menyihatkan badan juga. Selain itu, punca
kalangan masyarakat yang kurang bersenam adalah disebabkan halangan terlalu banyak.
Hiburan daripada televisyen, radio atau tidur akan dipilih oleh para masyarakat berbanding
dengan bersenam (Wetter & Goldberg & King & Sigmant-Grant & al,e.,2001). Hal ini
disebabkan perbuatan tersebut tidak dapat dijalankan dalam rumah sahaja. Oleh itu,
mereka tidak perlu keluar untujk bersosial dengan masyarakat luar. Msyarakat kini lebih
gemar melakukan aktiviti yang dapat menghiburkan diri. Bagi mereka, bersenam ialah satu
aktiviti yang sengsara kerana memerlukan tenaga badan untuk menjalankannya.
Sebaliknya, hiburan-hiburan hanya harus berbaring atas sofa dan dapat menyikmati
keamanan dan ketenagan hati selepas kerja atau sekolah. Pemikiran menyebabkan
masyarakat tidak sedar tentang kepentingan untuk menjaga kesihatan diri. Pendek kata,
jelaslah bahawa masyarakat kini kurang gemar bersenam telah menyumbang kepada
masalah obesiti kepada mereka sendiri.

Punca lain tercetusnya masalah obesiti dalam kalangan masyarakat juga adalah
kerana sikap diri sendiri. Mereka kerap dipengeruhi oleh pihak media sosial untuk
mengambil makanan tidak sihat yang diiklankan macam makanan yang berkhasiat. Bukan
itu sahaja, masyarakat juga tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang implikasi yang
bakal dihadapi oleh mereka jika terlalu banyak mengambil makanan yang berlemak serta
berkalori tinggi yang akhirnya akan mengundang penyakit obesity (Dale & Wayne & Ellen,
2011). Mereka terlalu mengikut hawa nafsu. Apabila syarikat pengeluar makanan segera
mencipta produk baharu, mereka akan mengiklankan produk itu kepada orang awam. Cara
ini telah menyebabkan masyarakat terpengaruh oleh iklan-iklan yang yang indah khabar
daripada rupa. Selain itu, masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hidup
yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang
berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah obesiti. Cara memasak
seperti menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam
badan.

3.0 Kepentingan Amalan Gaya Hidup Sihat

Gaya hidup sihat boleh ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa
impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Dalam meniti arus
kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi maklumat, faktor kesihatan masyarakat
pada hari ini berada pada tahap yang membimbangkan pihak berkuasa terutamanya
Kementerian Kesihatan Malaysia. Masalah wabak penyakit semakin menular dalam
kalangan masyarakat tanpa mengira usia. Persoalannya, apakah kepentingan
mengamalkan gaya hidup sihat?

Pertama sekali, salah satu kepentingan amalan gaya hidup sihat termasuklah
tumbesaran yang seimbang. Dalam kehidupan sebenar, kebanyakan orang suka
mengambil makanan yang mudah disediakan atau didapati seperti makanan ringan atau
segera. Makanan tersebut kebanyakan tinggi kandungan dalam lemak, garam, gula atau
sodium glutamit (Chan, 2010). Hal ini dapat meningkatkan penyangkitan penyakit kronik
seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis yang merupakan antara punca
kematian tinggi di negara kita. Maka, tumbesaran yang seimbang ditentukan oleh
pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang mengandungi ketujuh-tujuh kelas
makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak,
air serta serat (Douglas & Douglas, 1984). Pengambilan minuman berkarbonat dan arak
haruslah dikurangkan kerana minuman sebegini tidak memberikan apa-apa kebaikan dan
mengandungi kandungan gula yang berlebihan. Air kosong atau jus buah-buahan yang asli
serta sayur-sayuran dan buah-buahan harus diutamakan dalam diet mereka. Jelaslah
bahawa pemakanan yang seimbang dapat memastikan tubuh badan menerima semua
khasiat yang diperlukan untuk menangkis kehidupan zaman moden.

Selain itu, pengamalan gaya hidup sihat melahirkan sikap atau mentaliti positif untuk
menangani cabaran dan pancaroba di dunia luar. Sikap atau mentaliti positif penting untuk
dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini.
Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut
yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Mereka yang lebih terbuka dan
bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna
kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan
masalah mereka (Farooqi & Nagra & Edgar & Khunti, 2000). Jadi, semakin positif minda
seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.
Selain itu, rehat yang mencukupi memainkan peranan penting dalam pengamalan gaya
hidup sihat dan mencegahkan stres. Kita perlulah berehat antara 6 hingga 8 jam sehari
kerana rehat inilah yang mengecas semula organ-organ dalam badan kita untuk
meneruskan kehidupan pada keesokan harinya. Meskipun generasi muda kini lebih suka
tidur selepas tengah malam, ibu bapa tetap haruslah menetapkan satu masa tidur yang
spesifik untuk dipatuhi oleh anak-anak. Hal ini dapat memastikan anak-anak mendapat
pemulihan tenaga sepenuhnya.

Sehubungan dengan kita, marilah kita meneruskan perbincangan tentang aktiviti


sukan sebagai amalan gaya hidup sihat. Secara umum, kita seharusnya melakukan aktiviti
senaman sekurang-kurangnya 20 minit sehari dan 3 kali seminggu (Hassan & Raja, 2010).
Aktiviti bersukan dapat mengekalkan gaya hidup sihat kerana peluh yang keluar sewaktu
melakukan senaman menyebabkan semua toksin badan keluar bersama-sama. Stres yang
dialami juga dapat dihilangkan jua. Kesannya, individu tersebut mampu membina tahap
imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit. Selain menyihatkan badan, aktiviti sukan
juga dapat mencergaskan minda kita. Hal ini disebabkan ketika bersukan, oksigen akan
diserapkan ke dalam badan dengan lebih cepat dan akan mengaktifkan sel-sel badan untuk
menjalankan proses respirasi, di samping mempercepat alira oksigen ke otak (Jamsiah &
Md Idris & Sharifa & Norfazila, 2007). Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar
perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta
menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya
memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang
bersukan. Maka, kita tidak mudah mengantuk ketika berada di sekolah mahupun di tempat
bekerja. Sudah pastinya produktiviti kerja serta proses pembelajaran akan lebih efisien
kerana bak kata pepatah, minda cerdas lahir daripada badan yang sihat. Jelaslah bahawa
rehat yang secukupnya dan aktiviti sukan dapat melahirkan minda serta badan yang ishat.

Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi
memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti
menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu
dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit,
mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas
kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan
dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang
bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan
mungkin boleh membawa padah (Zulkiflee & Suhaida, 2010). Justeru, amalan sebegini
harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan
masyarakat.

4.0 Penutup

Intihanya, jelaslah di sini bahawa amalan gaya hidup sihat sangat penting dalam
memastikan kehidupan menjadi lebih sihat, sejahtera dan harmoni. Walaupun usaha
untuk cuba mendapatkan data stastistik yang sahih tidak diperolehi, namun dapatan
daripada kajian dan laporan yang didapati jelas menunjukkan kadar obesiti di Malaysia
kian meningkat. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat yang dinyatakan seperti
amalan pemakanan yang seimbang dan bersenam, saya percaya bahawa tindakan
tersebut dapat mengatasikan maslah obesiti dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai