Anda di halaman 1dari 24

Karangan A : Cara-Cara Untuk Mengelakkan Diri Daripada Masalah Obesiti.

SPM
Belakangan ini, masalah obesiti semakin meningkat dalam kalangan rakyat negara kita.
Mengikut laporan akbar, peratusan rakyat Malaysia yang mempunyai berat badan yang
berlebihan ini adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara Asia yang lain.
Umumnya, obesiti ini mendatangkan pelbagai keburukan khususnya penampilan diri yang
tidak menarik. Bukan itu sahaja, mereka yang mengalami masalah ini mudah diserang
penyakit. Antara penyakit yang sering dikaitkan dengan obesiti ialah diabetes, darah tinggi
dan juga serangan jantung. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil
bagi mengelakkan diri kita daripada masalah ini?
Antara langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan diri kita daripada masalah ini
adalah dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Kita haruslah mengambil kira
keperluan karbohidrat, lemak dan zat-zat pemakanan yang sesuai dengan peringkat umur.
Oleh yang demikian, kita haruslah menjadikan piramid makanan sebagai panduan dalam
pemilihan menu atau jenis makanan agar hidup lebih sihat. Selain itu, kita juga mestilah
makan mengikut waktu secara teratur terutamanya tiga waktu makan yang utama iaitu
sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Tambahan pula, Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) turut menguar-uarkan slogan makan secara sihat, sihat
sepanjang hayat bagi memastikan rakyat mengamalkan pemakanan yang sihat. Hal ini
kerana, kita bukan sahaja sihat malah kehidupan lebih bahagia dan terjamin tanpa
penyakit berbahaya sekiranya kita bijak dalam memilih makanan yang sihat dan seimbang
setiap hari.
Langkah yang seterusnya adalah dengan melakukan senaman secara teratur. Kita
perlulah mendisiplinkan diri dan melakukan senaman sekurang-kurangnya selama dua
puluh minit dalam tiga kali seminggu. Aktiviti senaman ini haruslah dijadikan rutin dalam
kehidupan kita. Kita tidak seharusnya menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan
untuk tidak bersenam. Tambahan pula, kini banyak alatan senaman yang mampu dimiliki
dan dapat digunakan di rumah. Dengan itu, kita tetap berpeluang untuk bersenam dan
kekal hidup sihat. Jadi, jelaslah bahawa melalui senaman yang teratur akan dapat
membantu kita mengekalkan berat badan yang sihat sekali gus mencegah daripada
masalah kegemukan,malahan kita seperti menyelam sambil minum air kerana dengan
bersenam bukan sahaja badan kita sihat tetapi otak juga lebih cerdas.
Selain daripada menjaga pemakanan dan melakukan senaman yang teratur, kita juga
tidak seharusnya terpedaya dengan produk pelangsingan badan yang kian berlambak
dalam pasaran. Pelbagai produk pelangsingan badan dijual dan diiklankan yang boleh
mengaburi mata pengguna. Pengguna haruslah berhati-hati kerana biasanya kandungan
bahan-bahan dalam produk pelangsingan badan boleh membahayakan kesihatan malah,
kebanyakan produk tiada jaminan keselamatan daripada pihak Kementerian Kesihatan
Malaysia. Oleh yang demikian, penggunaan produk ini tidak selamat dan boleh
menimbulkan pelbagai kesan negatif yang boleh menjejaskan kesihatan. Penggunaan
produk tersebut bukannya dapat menguruskan badan sebaliknya mendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan. Oleh itu, kita haruslah mendapatkan nasihat dan
pandangan daripada pakar perubatan yang bertauliah sebelum menggunakan sesuatu
produk pelangsingan badan yang ada dalam pasaran.
Konklusinya, kita haruslah sedar bahawa tiada jalan mudah untuk menguruskan dan
mengawal berat badan. Sebaliknya kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan

seimbang dan senaman dan melakukan aktiviti fizikal secara aktif. Hal ini kerana, masalah
obesiti hanya dapat dielakkan jika setiap orang berusaha bersungguh-sungguh untuk
menjaga kesihatan dan mencapai berat badan yang ideal. Kita haruslah berpegang
kepada falsafah peribahasa mencegah lebih baik daripada mengubati khususnya dalam
memastikan kehidupan yang sihat dan terjamin sepanjang masa.

Karangan A : Contoh 2 Obesiti. SPM


Obesiti merupakan sejenis penyakit nutrisi. Statistik menunjukkan obesiti di kalangan
orang dewasa di Negara ini meningkat mendadak 250 peratus dalam tempoh 10 tahun.
Percaya atau tidak, penyakit obesiti kian membimbangkan di kalangan rakyat Negara ini.
Sesetengah pihak mungkin memandang enteng terhadap perkara ini namun pelbagai
implikasi negatif berpunca daripada obesiti.
Antara kesan-kesan buruk yang akan dihadapi oleh seseorang yang menghadapi masalah
obesiti ialahaktiviti bersukan terhad. Orang yang duduk bekerja sehari-harian akan
mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Obesiti membuatkan aktiviti sukan menjadi
sangat sukar dan kurang dinikmati dan kurangnya sukan secara tidak langsung akan
mempengaruhi turunnya metabolisme tubuh individu tersebut. Selain itu, mereka yang
menghidap obesiti akan berisiko terdedah kepada penyakit kronik. Penyakit serius
seperti serangan jantung, penyakit darah tinggi, diabetes dan barah buah pinggang sukar
diubati malah rawatannya memakan kos yang tinggi, walaupun di hospital kerajaan.
Seseorang penghidap obesiti juga akan menjadi kurang produktif. Hal ini demikian
kerana masalah kegemukan akan menjadi faktor susah untuk bergerak, secara langsung
pelbagai tugas fizikal tidak dapat dilaksanakan lalu membawa kepada paras produktiviti
yang tidak memuaskan. Di samping itu, perbelanjaan akan meningkat kerana seseorang
penghidap obesiti akan mempunyai nafsu makan yang abnormal. Mereka akan cenderung
untuk berbelanja besar semata-mata untuk membeli makanan.
Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan Negara ASEAN dan kedudukan keenam
di rantau Asia Pasifik yang berhadapan masalah obesiti penduduk. Adakah kita mahukan
masyarakat Malaysia masa depan yang bulat, boroi dan kurang produktif? Ayuh, sediakan
payung sebelum hujan. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.
Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat

KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT


Kempen gaya hidup sihat telah lama dilaksanakan oleh kerajaan dan kementerian
kesihatan malaysia. Namun demikian masih ramai lagi di antara rakyat malaysia yang
mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Rakyat di negara kita terdedah denagn
pelbagai masalah kesihatan seperti masalah obesiti, diabetes, darah tinggi , strok dan lainlain. Penyakit ini akan menyerang mereka yang kureang peka denagn amalan gaya hidup
sihat.. Jika kita lihat senario pada hari ini, banyak berita tentang obesiti kanak-kanak,
diabetes kanak-kanak mahupun dewasa dan sebagainya terpampamg di dada-dada
akhbar. Mengapa hal ini berlaku? Ramai ibu bapa yang kurang prihatin tentang amalan
gaya hidup sihat, mereka membiarkan anak-anak mereka dan mungkin diri mereka sendiri
makan tanpa kawalan dan mengikut kehendak anak-anak. Hal ini akan menyebabkan
seseorang itu boleh menghidap penyakit berbahaya seperti diabetes, penyakit jantung dan
sebagainya. Oleh itu, terdapat pelbagai cara untuk melaksanakan kempen gaya hidup
sihat.
Riadah setiap hari merupakan salah satu cara gaya hidup sihat. Hal ini demikian kerana,
badan sihat otak cergas. Jika kita melakukan riadah, badan kita akan mengeluarkan peluh
ynag mengandungi toksik yang merupakan mracun dalam badan kita.kurang senaman
dalam kehidupan seharian kita akan menyebabkan kita berasa lesu dan tidak bermaya,
malah otak kita tidak mampu untuk berfikir dengan kreatif dan kritis. Riadah tidak
semestinya kita perlu ke taman atau ke pusat gimnasium, kita juga boleh beriadah di
rumah . Bagi golongan ibu yang tdak bekerja boleh melakukan riadah ketika melakukan
kerja-kerja rumah kerana iadah merupakan latihan yang melibatkan gerak badan. Bagi
golonan yang bekerja, mereka mungkin tiada masa untuk beriadah atau bersenam, jadi
mereka boleh mencari alternatif lain untuk beriadah di tempat kerja. Contohnya, seperti
menggunakan tangga untuk naik dan turun. Aktiviti ini dapat menguatkan jantung kita.oleh
itu, riadah amat penting dalam kehidupan seharian kita.
Seterusnya, kita mesti mengamalkan makanan seimbang untuk menjaga kesihatan diri.
Pemakanan yang seimbang amat penting bagi mengekalkan gaya hidup sihat. Hal ini
demikian kerana, jika kita makan makanan ynag tidak seimbang, kita boleh menghidap
pelbagai jenis penyakit seperti sembelit, penyakit jantung, diabetes, kadar kolesterol tinggi
ynag boleh menyebabkan strok, obesiti dan sebagainya. Makanan seimbang bereti
makanan yang mempnyai semua keperluan untuk badan mengikut kadar tertentu. Kadar
pengambilan makanan juga mesti di ambil kira kerana setiap peringkat umur memerlukan
kadar makanan yang berbeza. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka mengambil
makanan yang seimbang sejak kecil lagi. Ibu bapa juga perlu mengurangkan tabiat anakanak ynag suka makan makanan segera seperti kfc, mc donalds dan sebagainya.
Makanan segera seperti ini mempunyai banyak kandungan lemak dan bahan kimia yang
boleh merosakkan tubuh kita. Ibu sebagai suri rumah juga digalakkan memasak untuk
keluarga bagi memeastikan pengambilan makanan seimbang. Jadi, makanan seimbang
merupakan elemen penting dalam kempen gaya hidup sihat.
Selain itu, kita perlu mengelakkan amalan merokok dan minuman keras. Hal ini demikian
kerana, rokok merupakan pembunuh secara senyap dan menyebabkan pelbagai masalah
kesihatan seperti, kanser mulut, kanser paru-paru, kerosakan hati dan sebagainya.
Masalah kesihatan ini juga mungkin dihidapi oleh seseorang terhidu bau asap rokok. Bak
kata pepatah, ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua. Jika lihat anak- anak
muda kini sering terlibat dengan gejala merokok tanpa mengira usia. Mereka rela
menahan lapar untuk menyimpan duit yang dibekalkan oleh ibu bapa untuk membeli
sebatang rokok. Tindakan mereka tidak wajar kerana telah menggunakan kebaikan ibu
bapa untuk membeli benda yang terlarang bagi mereka. Arak atau minnuman keras

dilarang sama sekali dalam agama islam. Arak dikatakan dapat menjejaskan kewarasan
akal dan kesihatan tubuh badan. Arak juga dikatakan ibu segala kejahatan kerana apabila
kita telah mengambil arak fikiran kita tidak berfikir dengan betul dan kita lebih mengikut
perasaan dan nafsu sendiri. Banyak kes kemalangan ynag berlaku disebabkan oleh
pemandu dibawah pengaruh alkohol. Oleh itu, kita perlu menjauhi amalan merokok dan
minuman keras.
Tuntasnya,usaha semua pihak amat diperlukan dalam memastikan kempen gaya hidup
sihat ini dapat dijalankan dengan efisien supaya masyarakat malaysia sentiasa berada
dalam keadaan sihat. Kita perlu melakukan riadah yang merupakan terapi untuk tekanan
kerja dan otak. Kita perlu ingat bahawa untuk bekerja kita memerlukan tubuh badan dan
fikiran yang cerdas. Pemakanan seimbang membantu kita untuk kekal bertenaga dan
mampu bekerja untuk mencari rezeki. Amalan merokok perlu dijauhi bagi memastikan
kesejahteraan hidup. Mereka yang merokok sebenarnya sedang membahayakan nyawa
anak-anak dan isteri mereka tanpa mereka sedari. Mereka harus ingat bahawa, kemana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Tabiat mereka mungkin akan diikuti oleh anak-anak
mereka kelak. Anak anak mereka merupakan aest negara dan perlu dipelihara. Kempen
ini tidak akan berjaya tanpa pengorbanan kerana tiada kejayaan semanis madu jika tiada
pengorbanan sepahit hempedu.

Punca dan langkah mengatasi pembuangan bayi. Karangan Bahagian B. SPM.


Pada zaman era ini, negara kita yang semakin berkembang pesat sama ada dari
segi ekonomi , politik ataupun sosial yang hendak menuju ke arah wawasan 2020. Namun
begitu, di sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit
sosial yang sudah menjadi buah mulut rakyat malaysia iaitu gejala pembuangan bayi.Kes
ini boleh dikatakan hampir setiap hari berlaku dan boleh kita ketahui melalui akhbar
harian,majalah,media massa dan radio. Tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab
yang telah membuang bayi adalah untuk menyembunyikan perbuatan jahat mereka.
Persoalannya, apakah punca yang telah menyebabkan masalah gejala pembuangan bayi
ini semakin meningkat?

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kekurangan didikan agama merupakan punca
utama dalam masalah pembuangan bayi ini. Biasanya golongan remaja yang kurang
didikan agama merupakan golongan yang paling banyak menyumbang kepada masalah
ini.Tambahan pula,remaja yang kurang didikan agama akan menyebabkan mereka tiada
mempunyai perasaan tentang sikap bertanggungjawab dan akhirnya sanggup
mengorbankan anak yang baru dilahirkan. Selain itu,didikan agama dalam sahsiah remaja
amat penting kerana dapat mengawal sebarang tingkah laku mereka.Dengan adanya
didikan agama, maka remaja akan bertindak secara rasional sebelum melakukan sesuatu
malah mereka akan dapat membezakan sama ada perbuatan itu adalah baik atau buruk.
Oleh itu, semua pihak perlulah bersikap menjaga tepi kain orang di sekeliling dan
mengambil berat tentang isu ini supaya negara kita tidak dianggap sebagai masyarakat
yang lemah dari segi agama.

Di samping itu,kepincangan institusi kekeluargaan juga menjadi punca dalam


masalah ini. Sikap ibu bapa yang terlalu materalistik sehingga mengabaikan anak-anak
telah menyebabkan anak-anak mereka berasa kurang kasih sayang dan perhatian
daripada ibu bapa mereka.Ibu bapa tidak harus bersikap bagai enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing dalam mengejar kemewahan harta malah mereka
perlu lebih prihatinkan keadaan anak-anak. Mereka harus meluangkan masa pada setiap
hari untuk berkomunikasi dengan anak-anak agar mereka tidak kehilangan tempat untuk
mengadu.Selain itu,ruang kebebasan yang diberikan terlalu banyak boleh membuka ruang
kepada anak-anak terpengaruh dengan pelbagai gejala sosial di luar rumah. Jadi, ibu
bapa memainkan peranan penting dalam mengatasi gejala pembuangan bayi yang
berpunca daripada anak-anak sendiri.

Lain daripada itu, pengaruh rakan sebaya turut menjadi punca membarahnya
masalah ini di negara kita. Hal ini demikian kerana pada usia yang muda, remaja amat
mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila mereka
yang darah setampuk pinang usia setahun jagung ini mula bergaul dengan rakan sebaya
yang negatif. Ghalibnya, rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak remaja untuk
melakukan perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat, misalnya pergi ke
tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas. Remaja
yang terjerumus dalam gejal-gejala negatif tersebut akan melakukan seks rambang dan
akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam
keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuangkan bayi mereka .Hal yang demikian
kerana mereka akan berperasaan malu terhadap masyarakat yang mencaci mereka atas

perbuatan mereka.
Sesungguhnya, tiada penyakit yang tiad penawarnya. Oleh yang demikian, langkah
yang drastik dan efisien perlulah diambil untuk mengatasi masalah gejala ini daripada
semakin meningkat. Langkah yang utama hendaklah diambil oleh ibu bapa. Pendidikan
agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk menyedarkan anak-anak
tentang dosa dan pahala. Oleh itu, didikan keagamaan hendaklah dididik dalam jiwa
mereka pada setiap masa sebagai panduan yang berguna agar mereka tidak hidup
bertuhankan nafsu. Umumnya, anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang
mencorakkan mereka. Memandangkan ibu bapa merupakan orang yang paling hampir
dengan anak-anak, setiap perlakuan mereka akan mempengaruhi anak-anak mereka.
Selain itu, ibu bapa juga hendaklah menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana bapa
borek anak rintik. Ibu bapa mestilah memberi didikan agama yang sempurna kepada
anak-anak seawal dan sentiasa mengawasi pergaulan anak-anak mereka. Hal ini
demikian kerana hendak mengelakkan mereka daripada terjebak dengan pergaulan bebas
yang seterusnya boleh membawa mereka terjerumus ke lembah penzinaan.

Bukan sahaja ibu bapa, tanggungjawab untuk mengatasi masalah pembuangan


bayi turut melibatkan pihak kerajaan dan media massa serta masyarakat di negara ini.
Pihak berkuasa mestilah mengadakan kempen-kempen kesedaran untuk membangkitkan
kesedaran remaja terhadap isu ini dan seterusnya dapat menangani masalah ini. Sebagai
contoh, kempen Kami Prihatin. Dalam konteks ini, inisiatif yang dilaksanakan oleh
kerajaan haruslah berterusan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga. Di samping
itu, peranan media massa dan media cetak amatlah penting bagi menjayakan kempenkempen yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Peranan media ini penting dalam
menghebahkan dan membuat liputan secara besar-besaran tentang kempen yang
dilaksanakan. Masyarakat juga harus menyokong semua aktiviti yang telah diadakan
untuk rakyat Malaysia.

Tuntas bicara, masalah pembuangan bayi tidak seharusnya dipandang enteng.


Dalam hal ini semua pihak haruslah memberikan komitmen yang sepenuhnya. Kita tidak
seharusnya meletakkan tanggungjawab ini kepada satu pihak sahaja sebaliknya kita
hendaklah berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi membenteras masalah ini
persis mutiara kata, bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Dengan adanya kerjasama
yang utuh seikat bagai serai, serumpun bagai sirih, pasti masalah ini akan dapat ditangani
dari akar umbinya sekali gus misi Wawasan Perdana 2057 mampu direalisasikan
mengikut landasan yang betul.

Langkah-langkah yang dapat dilaksanakan untuk memupuk semangat


patriotisme dalam kalangan generasi muda.
Semangat patriotisme ialah semangat cinta akan negara. Perdana Menteri, Yang Amat
Berhormat Dato Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan bahawa semangat patriotisme
perlu dipupuk dalam diri generasi muda di negara ini supaya rakyat di negara lain dapat
menghormati dan memandang mulia kepada kita. Tambah beliau lagi, semangat
patriotisme hendaklah diterapkan dalam diri generasi muda kita kerana budaya ini sudah
menjadi sebahagian negara.Terutamanya ,ibu bapa perlu menerapkan semangat
patriotisme dalam diri anak-anak untuk menjadikan mereka sebagai generasi muda yang
cemerlang dan dibanggakan oleh negara kerana keperibadian generasi kini akan
mencerminkan keperibadian negara ini. Banyak langkah yang boleh dilakukan oleh
pelbagai pihak untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri generasi masa kini.

Antara langkah yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat patriotisme dalam
diri generasi muda ialah bermula dari ibu bapa. Misalnya, ibu bapa perlu sering bercerita
tentang tokoh-tokoh pejuang tanah air kepada anak-anak. Secara tidak langsung
semangat patriotik dapat diterapkan semasa anak-anak masih kecil lagi. Ibu bapa
haruslah bercerita atau membacakan cerita tentang perjuangan tokoh-tokoh terkenal
seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Tok Kenali,Datuk Bahaman dan banyak lagi pejuang tanah
air. Ibu bapa perlu mendedahkan jasa-jasa pejuang tanah air dengan memberitahu
mereka betapa sukarnya berjuang untuk membebaskan diri daripada belenggu
penjajahan. Selain itu, menceritakan peristiwa orang-orang terdahulu hidup semasa
zaman penjajahan. Apabila bercerita ibu bapa perlu menekankan betapa pentingnya
semangat patriotisme dalam diri kita. Hal ini dapat dilihat apabila orang terdahulu
mengharungi pahit maung dan bertapa sukarnya untuk mendapatkan makanan, hidup
dalam kesusahan dan kesengsaraan serta sentiasa dizalimi oleh penjajah. Mereka akan
dapat membandingkan keadaan hidup dalam pascamerdeka.

Selain itu, pihak sekolah perlu mengadakan lawatan ke tempat bersejarah untuk
pelajar-pelajar sekolah supaya menjadi generasi yang mempunyai semangat patriotisme.
Terdapat banyak tempat bersejarah di negara kita untuk dikunjungi. Tempat-tempat
tersebut merupakan monument yang perlu dipelihara supaya generasi kini akan dapat
melihat sendiri dan merasai kesan yang amat mendalam. Sebagai contoh tempat
bersejarah yang boleh dilawati ialah Kota A Famosa di Melaka. Sambil melawat ke tempat
bersejarah, guru yang mengetuai lawatan tersebut perlu menceritakan tentang kejatuhan
Melaka lalu Portugis membina Kota A Famosa. Pelajar-pelajar akan dapat melihat kesan
peristiwa tanah air dan dapat menerapkan semangat cinta akan negara.pemerhatian
mereka terhadap kesan-kesan peninggalan sejarah akan melahirkan semangat juang
untuk menpertahankan negara daripada ancaman musuh. Contohnya, kunjungan ke
tempat bersejarah yang lain seperti Bandar Hilir Melaka yang akan mengingatkan mereka
kepada sejarah hitam negara ketika dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris.

Tambahan lagi, generasi kini perlu menyertai program yang dilakukan oleh pihak
kerajaan. Contohnya remaja kini perlu menyertai Program Latihan Khidmat Negara.
Program ini dipernuhi dengan aktiviti yang memupuk semangat patriotik seperti kawad
kaki dan latihan berkumpulan. Program ini juga merupakan gabungan latihan ketenteraan
dan memupuk semangat patriotik kepada mereka ke arah cinta akan negara. Pelatihpelatih akan dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti tanggungjawab, kerjasama dan

hormat-menghormati. Pelatih akan bercampur gaul dengan pelatih lain yang berbilang
kaum, budaya dan agama yang berbeza. Hal ini akan dapat memupuk semangat
perpaduan yang merupakan elemen yang penting dalam semangat patriotik seperti
pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Di samping itu, program ini akan dapat
melahirkan generasi yang mengetahui hal kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan
dan kedaulatan negara.

Seterusnya, ibu bapa perlu sering membawa anak-anak menyambut hari


kemerdekaan. Ibu bapa dan anak-anak perlu melihat atau menyertai sambutan di
kawasan setempat atau ibu bapa mengajak anak-anak menyaksikan kemeriahan
kemerdekaan di televisyen. Hai ini demikian akan dapat menjadi medium yang
sangat berkesan untuk menyermai rasa cinta akan negara dalam sanubari meraka. Di
samping menyaksikan kemeriahan kemerdekaan akan dapat mengimbas kembali
nostalgia dan memori sewaktu negara dijajah melalu nukilan puisi-puisi, sketsa, novelnovel kemerdekaan terbit di hati meraka semangat biar patah tulang, jangan putih mata.
Ibu bapa juga perlu menerangkan kepada anak-anak nikmat menjadi anak pascamerdeka
dan bersyukur kerana diberikan keamanan dan kedamaian.

Konklusinya, memupuk semangat patriotisme perlu dijalankan sepanjang masa


tanpa henti. Hal ini demikian dapat melahirkan generasi yang mempunyai rasa cinta akan
negara dan menjadi individu yang berguna kepada bangsa dan juga negara. Peranan
semua pihak sangat penting untuk menerapkan semangat patriotik dalam diri generasi
muda. Contoh yang baik akan diikuti oleh orang ramai. Bak kata pepatah bagaimana
acuannya, begitulah kuihnya.

Faedah-faedah yang diperoleh melalui amalan berjimat cermat. (Karangan


Bahagian A)
Sempena Hari Pengguna 2010, Perdana Menteri kita telah menyeru rakyat
agar berjimat cermat dalam segala aspek kehidupan demi menjamin kebahagiaan dan
kesejahteraan hidup. Beliau juga menasihati rakyat agar ingat sebelum kena, jimat
sebelum habis agar tidak menyesal kemudian hari. Rakyat juga digesa agar tidak menjadi
hamba kepada hawa nafsu ketika membeli-belah kerana ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Pada hemat saya, pandangan Perdana Menteri ini sewajarnya direnungi kerana banyak
faedahnya jika amalan berjimat cermat dijadikan agenda utama dalam kamus hidup kita.
Melalui amalan berjimat cermat, perbelanjaan harian dapat dikurangkan. Hal ini
demikian kerana kita membandingkan harga barang-barang yang hendak kita beli dan
membeli barangan buatan tempatan yang lebih murah harganya. Barang yang berkualiti
dan mahal juga eloklah dibeli kerana alah membeli, menang memakai. Kasut sekolah
Bata, misalnya, bukan sahaja tahan lama bahkan berbaloi. Pemakaian kasut ini
memberikan keselesaan dan kepuasan. Dengan cara ini, bukan sahaja perbelanjaan
harian dapat dijimatkan bahkan kebahagiaan terjamin.
Amalan berjimat cermat juga dapat menambah simpanan kita. Apabila kita
menjimatkan perbelanjaan, wang yang dihematkan dan ditabungkan di institusi kewangan
akan meningkat, bak kata pepatah sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Wang
simpanan ini amat berguna ketika menghadapi waktu kecemasan seperti hendak
menjalani pembedahan. Menurut Dato Michael Chong, kita tidak perlu mengemis dan
menjadi mangsa ceti haram kerana lintah darat ini memang menangguk di air keruh dan
menjadi duri dalam daging dalam kehidupan kita. Tegasnya, bukan sekadar wang tabung
kita bertambah malah kesenangan hidup terpelihara.
Seterusnya, amalan berhemat dalam pengurusan kewangan akan mendidik
seseorang individu untuk berdikari. Kita tidak perlu bersandar pada ibu bapa ataupun
pada kerajaan untuk mendapatkan bantuan kewangan ataupun biasiswa demi
mengongkosi pengajian kita di menara gading nanti. Dewasa ini, banyak pelajar
cemerlang yang menggantungkan harapan pada biasiswa tajaan JPA dan pada pinjaman
PTPTN. Apabila gagal beroleh bantuan kewangan, mereka pun seolah-olah langit runtuh,
bumi cair ataupun kaca terhempas ke batu. Jadi, kita patut berjimat cermat untuk
berdikari agar hidup kita lebih damai dan sejahtera.
Intihanya, cermat masa banyak, jimat masa sedikit. Kita hendaklah menghayati
pesanan agama kita, yakni ingat akan kesakitan ketika sihat; ingat akan ketuaan usia
ketika muda; ingat akan kematian ketika hidup; dan ingat akan kepapaan ketika kaya
seandainya kita hendak bahagia sepanjang hayat. Sehubungan ini, ibu bapa berperanan
sebagai cermin perbandingan yang positif kepada si anak, dan bukannya seperti ketam
menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan terpupuknya nilai positif ini dalam lubuk kalbu
generasi muda, mereka akan senantiasa mampu memberi dan tidak akan meminta.

KEPERLUAN WARGA TUA


Di malaysia, warga tua sering dibiarkan dan ditempatkan di rumah orang-orang tua.
Definisi warga tua ialah orang yang berusia 60 tahun ke atas. Mereka ini sering dibiarkan
sendirian oleh anak-anak walaupun terang lagi bersuluh bahawa tanggungjawab untuk
menjaga ibu bapa ialah tanggungjawab seorang anak. Mereka yang mempunyai kerjaya
sering menghantar ibu mereka ke rumah kebajikan untuk melepaskan diri mereka
daripada tanggungjawab. Adakah tindakan insan yang berjaya ini wajar? Mereka
sepatutnya lebih peka terhadap keperluan ibu bapa mereka yang telah lanjut usia
berbanding mengejar harta dunia yang tidak akan kekal lama. Oleh itu, terdapat pelbagai
keperluan yang diperlukan oleh warga tua.
Perhatian dan kasih sayang daripada anak-anak merupakan salah satu keperluan warga
tua. Hal ini demikian kerana, kebanyakan warga tua hidup bersendirian selepas salah satu
pasangan meninggal. Mereka ini bersifat sensitif dan mudah terasa apabila di pinggirkan
dan dibiarkan oleh anak-anak tanpa bertanya khabar .Dengan kehadiran anak-anak dan
cucu, kekosongan dalam hidup warga tua itu dapat diisi. Mereka tidak menginginkan harta
atau apa-apa kerana mereka hanya menginginkan perhatian dan kasih sayang daripada
anak-anak dan cucu. Anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orangorang tua atas alasan sibuk bekerja dan tiada masa untuk diluangkan bersama adalah
anak-anak yang tidak mengenang jasa. Walaupun, di rumah orang-orang tua mereka
terjaga dan terdapat kemudahan yang lengkap , namun jauh di sudut hati mereka inginkan
layanan dan kasih sayang daripada anak-anak sendiri. Oleh itu, perhatian dan kasih
sayang merupakan keperluan utama warga tua.
Seterusnya, mereka memerlukan tempat tinggal yang selesa untuk didiami. Hal ini
demikian kerana rumah yang sudah usang seperti dinding berlubang, atap bocor, lantai
berlubang dan sebagainya mengundang pelbagai jenis binatang atau serangga berbisa.
Keadaan rumah seperti ini tidak sepatutnya didiami oleh warga tua kerana boleh
mengancam nyawa mereka. Sebagai warga komuniti yang perihatin, kita boleh membuat
kerja amal untuk membersihkan rumah warga tua dengan bantuan agensi kerajaan
mahupun bukan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian
pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Bantuan yang di berikan dapat
meringankan beban warga tua seperti, makanan, tilam, kerusi roda bagi yang tidak
berkemampuan untuk berjalan dan sebagainya untuk meneruskan kelansungan hidup.
Dengan itu, keselesaan warga tua amat penting untuk menjamin kehidup yang lebih
bermakna bagi mereka.
Seterusya, mereka juga memerlukan teman berkomunikasi untuk meluahkan perasaan.
Hal ini demikian kerana, kebanyakan warga tua tinggal bersendirian dan tiada teman
untuk berbicara dan berkongsi rasa. Mereka juga seperti insan muda yang inginkan teman
untuk berbual dan bercerita. mereka kadang kadang ingin meluahkan kekecewaan
mereka terhadap anak-anak mereka kerana alpa dengan tanggungjawab untuk menjaga
ibu bapa ketika tua. Mereka tiada tempat untuk mengadu jika sakit, tiada suara untuk
menenangkan mereka ketika menghadapi musibah dan tiada tangan untuk membantu
mereka ketika susah. Mungkin mereka hanya mampu menangisi nasib mereka di dalam
hati. Anak anak sewajarnya meluangkan masa bersama ibu bapa walaupun sekejap untuk
bertanya khabar atau mendengar luahan hati daripada ibu bapa mereka. Jika mereka
sabar dan sentiasa mendengar luahan dan rintihan kita sejak kecil lagi, mengapa kita tidak
mampu untuk mendengar luahan serta rintihan ibu bapa kita apabila mereka sudah tua?
Jadi , anak anak boleh berkomunikasi dengan ibu bapanya supaya ibu bapa tersebut
dapat meluahkan perasaan mereka.

Tuntasnya, semua pihak boleh membantu untuk menyedikan keperluan kepada warga
tua. Namun, setiap anak wajib mengutamakan keperluan ibu bapa semasa tua jika
mereka masih hidup kerana mereka amat memerlukannya. Warga tua sebenarnya tidak
inginkan harta kekayaan mereka hanya kasih sayang dan perhatian daripada anak anak.
Kadang kala sikap mereka ibarat bayi kecil yang baru dilahirkan. Inginkan dirinya
disayangi, dibelai dan ditemani. Sikap mereka yaNg mudah kecil hati akan terubat dengan
keikhlasan kita menjaganya. Jadi, kita harus menghargai mereka sementara mereka
masih ada.jangan tunggu hingga mereka tiada baru hendak tercari cari..

cara untuk memajukan sektor pertanian


Sektor pertanian merupakan salah satu sektor yang penting yang mendapat tumpuan
dalam perdagangan dunia kerana sektor ini merupakan pembekal makanan dan sumber
bahan mentah kepada penduduk di dunia. Di Malaysia, sektor pertanian amat penting dan
meyumbang lima peratus kapada pendapatan kasar negara. Hal ini dapat membantu
meningkatkan pendapatan negara dan secara tidak langsung dapat membantu ekonomi
negara kita. Sektor pertanian di Malaysia berfungsi sebagai pembekal sumber makanan
kepada seluruh penduduk di Malaysia. Namun begitu kita masih lagi mengimport tenaga
asing dalam sektor perladangan dan di sektor lain. Ramai dalam kalangan masyarakat
kita masih tidak peduli tentang sektor pertanian ini, padahal sektor ini mempunyai potensi
yang besar untuk di majukan.
Masalah sektor ini belum dapat dimajukan ialah negara kita kekurangan tenaga kerja
mahir dan separa mahir. Hal ini demikian kerana ramai ramai golongan muda terutama
golongan mahasiswa dan mahasiswi tidak berminat untuk mempelajari dan menceburi
bidang pertanian ini kerana mereka tidak mahu bersusah payah di bawah panas terik
matahari dan lebih mementingkan keselesaan diri sendiri serta berminat untuk makan gaji.
Namun demikian golongan ini kurang meneroka untuk mengaplikasikan apa yang mereka
pelajari itu denagn sektor pertanian. Sebagai contoh, pelajar yang mengambil jurusan
sains boleh menggabungkan bidang sains dan pertanian untuk menghasilkan satu bidang
pertanian ynag lebih moden iaitu bioteknologi. Golongan ini jugaharus menyedari bahawa
sekarang ini sektor pertanian di dominasi oleh golongan tua dan ini menyebabkan
produktiviti menjadi rendah. Dengan itu, golongan belia ynag mempunyai banyak kudrat
harus membantu membangunkan sektor ini.
Usaha yang dapat dilakukan untuk memajukan sektor pertanian ini boleh dilaksanakan
dengan bantuan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani . Kementerian ini
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pertanian termasuk perikanan dan ternakan.
Kementerian ini juga memberi peruntukan yang besar untuk membuat penyelidikan dalam
sektor tertentu. Contohnya, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia
(MARDI). Mardi ditubuhkan dengan matlamat memajukan dan menggiatkan teknologi
bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri pertanian di Malaysia. Teknologi ini
bertujuan meningkatkan penghasilan dan keberkesanan denagn memodenkan sektor
pertanian selain membantu meningkatkan pulangan petani. Selain Mardi, Lembaga
Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga berperanan membantu dalam sektor pertanian
khususnya kelapa sawit. MPOB di pertanggungjawabkan untuk meneraju dan
membangunkan industri sawit negara. Industri ini merupakan bahan eksport utama ke luar
negara contohnya ke Amerika Syarikat. Hasil daripada penyelidikan ini juga, penemuan
teknologi dan inovasi baru telah dikomersialkan. Contohnya penggunaan biojisim dan
biodiesel, penjenteraan ladang serta kawalan serangga dan penyakit. Oleh itu, bantu
kementerian ini amat diperlukan.
Seterusnya, strategi pemasaran untuk memperkenalkan jentera-jentera pertanian,
bahan pertanian, baja organik serta benih-benih ynag telah diinovasikan untuk
menghasilkan pokok yang bervariasi contohnya orkid. Pameran Pertanian, Horikultur dan
Agro Pelancongan Malaysia 2006 (MAHA 2006) merupakan pameran pertanian yang
diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Institut Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian Malaysia di (MARDI) Serdang Selangor. Lebih seratus jenis orkid di
pamerkan pada pameran pertanian itu termasuk dua spesis hybrid orkid baru yang
dilancarkan iaitu Dendrobium dan Ascorahnis . Spesis ini amat cantik dan mempunyai

saiz bunga yang lebih besar serta mampu bertahan sehingga tiga bulan. Dengan adanya
pameran seperti ini Malaysia dapat menarik perhatian sektor pertanian luar negara untuk
bersama-sama memajukan bidang pertanian. D samping itu, pameran ini dapat membantu
hubungan dua hala Malaysia dengan negara lain untuk mengembangkan bidang ynag
berkaitan dengan pertanian seperti perikanan dan ternakan. Pertanian hiliran juga boleh
dilakukan untuk memasarkan sesuatu produk yang lebihlama ke pasaran antarabangsa.
Contohnya, buah pisang ialah buah yang cepat busuk dan tidak tahan lama. Hal ini dapat
diatasi dengan menghasilkan makanan segera seperti kerepek pisang yang bukan sahaja
mempunyai tempoh pasaran ynag lebih lama tetapi juga harga yang tinggi. Oleh itu, para
petani yang sedia ada dan yang bakal menceburi bidang ini seharusnya mempunyai
pengetahuan yang tinngi tentang strategi pemasaran ynag berkasan.
Teknologi moden untuk menggandakan hasil pengeluaran sesuatu produk boleh
dilaksanakan dengan menggabungkan teknologi sains dan pertanian. Kaedah ini dipanggil
sebagai bioteknologi.bioteknologi menghasilkan manfaat ketara seperti pengurangan kos
pengeluaran, peningkatan hasil pertanian, pengurangan penggunaan racun perosak dan
racun herba. Pelbagai kaedah digunakan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti
pengeluaran makanan. Contohnya, kaedah pembiakbakaan yang sering digunakan dalam
menghasilkan kelapa sawit yang lebih berkualiti. Kelapa sawit sepsis Tenera dihasilkan
melalui pembiakbakaan dua sepsis kelapa sawit iaitu sepsis dura dan pisifera. Manakala
kawalan biologi juga dapat membantu meningkatkan hasil produk. Kaedah ini sering
digunakan di kawasan ladang kelapa sawit bagi mengawal kerosakan buah oleh tikus.
Mereka lazimnya menggunakan ular atau burung hantu untuk memakan tikus tersebut.
Kaedah ini merupakan kaedah ynag mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar
kerana tidak melibatkan bahan kimia dan hanya menggunakan sifat semula jadi haiwan
ynag berkenaan. Dengan itu, penggunaan teknologi moden amat diperlukan dalam dunia
yang kian berkembang.

Usaha lain yang dapat dilakukan ialah bantuan kewangan dan perundingan. Pihak
bank pertanian khususnya boleh memberi pinjaman kepada para petani untuk memulakan
projek pertanian mereka. Pinjaman yng dibuat dapat membantu membeli jentera bagi
menggantikan tenaga manusia dan membeli benih yang lebih bermutu .skim pinjaman
yang berkadar faedah rendah perlu disediakan oleh bank, terutamanya Agrobank untuk
pekabun kecil. Sebagai contoh, Agrobank telah menawarkan Modal Usahawan 1
Malaysia kepada petani kita untuk mengusahakan industry kecil dan sederhana IKS yang
berasaskan pertanian. Bak kata pepatah, ada padi semua kerja jadi, ada beras semua
kerja deras. Dengan adanya skim mikro, pekebun kecil dapat megusahakan pertanian
atau penternakansecara komersial dan saintifik dan berupaya menjalankan iks.oleh itu,
pihak bank amat membantu dalam mengubah hidup para petani kita.

Tuntasnya, kata orang tua-tua, genggam bara api biar sapai jadi arang.semua pihak
yang terlibat perlu menggembleng tenaga untuk memajukan sektor ini. ibu bapa harus
memainkan peranan untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bidang pertanian
kepada anak anak sejak mereka kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Ibu bapa juga boleh menyemai sikap cinta akan pertanian dalam diri anakanak dengan membawa mereka ke pameran pertanian seperti MAHA yang dijalankan
setiap dua tahun untuk memdedahkan anak-anak dalam dunia pertanian yang
menguntungkan. Kita juga harus mengubah persepsi masyarakat kita bahawa bidang
pertanian ini amat menguntungkan dan bukannya memenatkan sahaja..bak kata pujangga

Aminuddin Baki, ayam dikepuk mati kelaparan,itik di air mati kehausan. Kiasan tersebut
memberikan tamparan pedas bahawa apa-apa bidang sekalipun jika tidak diusahakan
dengan segala ikhtiar dan kebijaksanaan, kita tidak akan dapat mengubah hidup kita

USAHA-USAHA MENINGKATKAN INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA


Di Malaysia, industri pelancongan merupakan salah satu punca pendapatan negara yang
diperoleh melalui pengaliran masuk wang asing. Malaysia juga terkenal dengan destinasi
hub halal dan menjadi tumpuan pelancong asing terutamanya, Asia Barat, Timur Tengah
dan Asia Tenggara. Industri pelancongan Malaysia merekodkan purat kemasukan
pelancong asing sebanyak 2 juta setahun. Oleh itu, terdapat pelbagai usaha yang dapat
dilakukan untuk meningkatkan industri pelancongan di Malaysia.
Usaha yang pertama ialah kerajaan perlu menyediakan prasarana yang mencukupi,
selesa, jimat dan mudah. Hal ini demikian kerana, kemudahan ini memudahkan dan
memberikan keselesaan kepada pelancong. Sebagai contoh, kementerian pengangkutan
bekerjasama dengan kementerian pelancongan untuk menyediakan perkhidmatan seperti
bas dan teksi dengan kadar yang berpatutan serta cekap dan efisien. Pihak perhotelan
pula seharusnya menyediakan penginapan hotel yang selesa dan mengenakan bayaran
yang berpatutan. Syarikat pelancongan juga boleh menyediakan khidmat pemandu
pelancong untuk membimbing atau melayan pelancong asing ketika mereka berada di
Malaysia. Dengan itu, imej negara yang baik boleh ditunjukkan kepada pelancong.
Selain itu, kerajaan juga boleh mengurangkan cukai belian barangan , peraturan
imegresen perlu dilonggarkan dan menambah pusat perkhidmatan tukaran wang asing.
Hal ini demikian kerana, pelancong asing dapat membeli belah di Malaysia dengan
pembelajaan yang sederhana. Sebagai contoh, Pulau Langkawi merupakan pulau bebas
cukai yang menjadi destinasi pelbagai peancong dari dalam mahupun luar negara. Di
sana , mereka dapat membeli cenderahati, pinggan mangkuk, kraftangan, dan coklat
untuk di bawa pulang. Dengan itu, pendapatan penduduk setempat bertambah dan
mereka dapat meningkatkan taraf hidup masing-masing.
Di samping itu, kerajaan dan rakyat Malaysia boleh bergabung tenaga untuk mengadakan
kempen promosi pelancongan di dalam dan di luar negara. Kempen Cuti-Cuti Malaysia
dan Tahun Melawat Malaysia telah dijalankan setiap tahun bagi mempromosikan
Malaysia. Rakyat Malaysia yang berada di luar negara yang melanjutkan pelajaran juga
boleh menjadi duta kecil kepada Malaysia. Mereka boleh mempromosikan tempat-tempat
yang menarik di Malaysia seperti Pulau Langkawi, Pulau Redang, Cameron Highland dan
banyak lagi. Oleh itu, semua rakyat Malaysia memainkan peranan pentinng untuk
memajukan industry pelancongan.

Kesimpulannya, usaha dari semua pihak perlu bagi meningkatkan industri pelancongan di
Malaysia. Hal ini demikian kerana, usaha dari satu pihak sahaja tida akan membuahkan
hasil, seperti kata pepatah, tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jadi, untuk menjadi
negara yang maju dalam industri pelancongan memerlukan usaha yang berterusan dan
sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JEREBU


Mutakhir ini, arus globalisasi yang semakin menerjah di seantero dunia telah banyak
membawa perubahan kepada kehidupan seharian manusia di tanah air kita. Dalam
keghairahan mengejar arus modenisasi ini, kita sering dikejutkan dengan situasi negara
kita yang sering mengalami masalah jerebu. Berita buruk ini yang semakin menjadi-jadi ini
dipaparkan pada dada akhbar saban hari. Hal ini telah menjadi polemik orang ramai dari
kedai kopi sehinggalah ke parlimen. Persoalan yang sering terlintas di fikiran kita ialah
mengapakah Malaysia selalu dilanda dengan krisis jerebu? Banyak jawapan yang
berlegar-legar di gawang minda kita kita. Namun begitu, masalah yang semakin serius ini
perlu diatasi dengan segera kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Kerajaan merupakan penawar mujarab dalam mengatasi masalah jerebu. Pihak kerajaan
memikul kewajipan untuk menguatkuasakan undang-undang yang termaktub dalam Akta
Alam Sekitar. Individu-individu yang telah mengingkari undang-undang dengan membakar
sampah sarap secara terbuka manakala pemaju kilang yang membiarkan pelepasan asap
daripada kilang tanpa ditapis perlu dikenakan hukuman yang lebih berat. Biarlah mereka
menerima pengajaran supaya lebih peka terhadap isu jerebu yang semakin kronik ini,
kerana sudah terhantuk baru tengadah. Pemaju-pemaju kilang yang mengamalkan sikap
sebegitu bukan sahaja harus dikenakan saman yang lebih tinggi, malah premis kilang
mereka harus disita. Bagi memastikan masalah jerebu terkawal, kerajaan turut perlu
mewajibkan setiap kilang perindustrian supaya memasang sistem penapisan asap dalam
kilang mereka untuk mengurangkan penyaluran habuk dan gas-gas toksik ke dalam
udara. Pada masa yang sama, Jabatan Alam Sekitar haruslah menggemblengkan tenaga
dengan organisasi bukan kerajaan untuk menjalankan kempen kesedaran yang lebih
efektif secara giat. Kempen kesedaran ini bukan sahaja dapat menyedarkan orang ramai
tentang perbuatan mereka yang menyumbang kepada masalah jerebu, malah kempen
tersebut mampu membekalkan mereka dengan informasi tentang langkah-langkah yang
patut diambil oleh setiap individu untuk membantu dalam mengatasi fenomena jerebu.
Tuntasnya, kerajaan menjadi pemangkin perdana bagi memastikan masalah jerebu dapat
ditangani dengan cara yang efektif.
Selain

itu,

tindakan

kerajaan

yang

lain

dalam

menangani

masalah

jerebu

ialah pembenihan awanperlu dilaksanakan demi menyekat keadaan jerebu daripada


menular. Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda
Malaysia. Keadaan ini memburukkan lagi keadaan jerebu. Dengan demikian, kerja
pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering,
suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, Titisan yang sangat ringan ini tidak
dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh itu, iodin perak ataupun ais kering akan ditabur

untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan semakin membesar
lalu ditarik oleh graviti, air kristal akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air
apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh memainkan peranan
penting apabila keadaan jerebu menjadi sangat serius. Hujan dapat membawa bersama
jerebu jatuh ke bumi, justeru masalah jerebu dapat diatasi dengan pembenihan awan.
Tidak dapat dinafikan juga ialah peranan ibu bapa dalam menangani fenomena jerebu. Ibu
bapa dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak mereka tentang langkah-langkah
mencegah masalah jerebu, menerusi pendidikan tidak formal. Ketika mereka masih di
bangku sekolah, anak-anak diibaratkan sebagai kain putih dan memerlukan bimbingan ibu
bapa untuk membentuk jati diri mereka yang sempurna. Sebagai memberi teladan kepada
anak-anak mereka, mereka perlu memikul tugas untuk memaparkan sikap mesra alam
supaya sikap sebegitu tersemai dalam sanubari anak-anak mereka sehingga menjadi satu
kebiasaan dalam kehidupan, bak kata pepatah, alah bias tegal biasa. Berpegang pada
prinsip bagaimana acuan begitulah kuihnya, anak-anak akan mengikut sikap ibu bapa
sebagai rakyat negara yang mengutamakan kebersihan udara. Dalam membentuk
keperibadian mereka supaya menjadi individu yang mengamalkan sikap mesra alam, ibu
bapa juga diamanahkan dengan tugas menyuburkan nilai-nilai murni, seperti nilai
bertanggungjawab dan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar dalam jiwa anak-anak
untuk menyedarkan anak-anak tentang tanggungjawab mereka dalam memelihara
kebersihan udara. Ibu bapa turut diberikan tanggungjawab untuk membuka mata anakanak mereka terhadap isu jerebu melalui penyertaan dalam kempen-kempen kesedaran
kerajaan. Melalui langkah tersebut, anak-anak akan didedahkan kepada perkara serius ini
sejak umur yang kecil lagi, malah hal ini membantu mereka memahami impak jerebu
terhadap negara supaya mereka dapat menghulurkan bantuan dalam usaha menangani
masalah jerebu. Maka, peranan ibu bapa dalam usaha mengatasi fenomena jerebu turut
mendatangkan impak positif kerana mereka menjadi penentu sahsiah generasi muda.
Selain kerajaan dan ibu bapa, pemimpin-pemimpin negara perlu bertemu dengan
pemimpin dari negara jiran dan berbincang tentang kesan-kesan yang disebabkan oleh
pembakaran hutan serta mencari cara penyelesaian masalah bersama-sama. Pemimpin
negara Indonesia boleh memainkan peranan dengan merancang pembakaran hutan
dengan teliti dan memikirkan cara mengurangkan implikasi negatif yang dibawa oleh
pembakaran hutan. Mereka juga patut melarang pembakaran hutan dan mengenakan
hukuman yang berat terhadap mereka yang melanggar peraturan tersebut. Dengan
melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang tersebut, maka masalah jerebu
dapat diringankan.

Sebagai rakyat Malaysia kita boleh memainkan peranan kita dengan tidak membakar
sampah sarap secara terbuka. Hal ini kerana asap yang dihasilkan melalui pembakaran
sampah sarap merupakan antara penyumbang kepada jerebu dan sebagai akibatnya
kesihatan manusia akan terjejas dan membawa kepada pelbagai penyakit seperti sakit
kerongkong, penyakit asma, pneumonia, barah paru-paru dan sebagainya. Di samping itu,
kita boleh melibatkan diri dalam aktiviti menyelamatkan alam sekitar dengan menanamkan
tumbuh-tumbuhan di sekitar kawasan rumah. Dengan adanya kerjasama daripada
masayarakat, masalah jerebu pasti dapat ditangani sebelumnasi menjadi bubur.
Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi menyelesaikan
masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam mengatasi
masalah
tersebut, persis kata orang-orang tua, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Pelbagai
langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi. Sekiranya
Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti negara Malaysia dapat
berkembang maju dalam semua bidang terutamanya bidang pelancongan yang
sememangnya
berpandukan cuaca dan iklim Malaysia. Marilah kita berusaha mengurangkan masalah
jerebu dan mewujudkan negara yang bebas jerebu untuk kepentingan bersama.

KESAN PEMANASAN GLOBAL


Bumi kini sedang mengalami demam panas akibat pemanasan global yang turut
membawa bersamanya iklim dunia yang semakin kucar-kacir. Bagi kebanyakan orang,
perubahan iklim dan pemanasan global lebih banyak mengganggu ekonomi berbanding
dengan kesihatan diri. Walau bagaimanapun, kesan pemanasan global jauh lebih
mendalam dan akan meninggalkan kesan kepada semua penduduk dunia. Mungkin juga
ada antara kita yang melihat mereka yang terbunuh akibat bencana alam seperti taufan,
banjir dan cuaca panas sebagai malang.
Tetapi, bagaimanakah pula bagi mereka yang terselamat? Adakah mereka bebas daripada
sebarang ancaman kesihatan selepas terselamat daripada lemas, mati kesejukan atau
dehidrasi? Percaya atau tidak, peningkatan suhu bumi telah membunuh lebih satu juta
orang di seluruh dunia sejak tahun 2000 sama ada secara langsung ataupun tidak.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengeluarkan perangkaan tersebut
menjelaskan separuh daripada jumlah kematian itu berlaku di Asia Pasifik, benua yang
paling padat penduduk. Selain itu, jumlah berkenaan belum ditambah dengan 800,000 lagi
mangsa yang terbunuh akibat pencemaran udara setiap tahun.
Pemanasan global berpunca daripada pencemaran udara yang meningkatkan jumlah gasgas karbon yang turut dikenali sebagai gas rumah hijau di dalam atmosfera bumi. Haba
matahari yang pada kebiasaannya dapat dipantulkan ke permukaan bumi kembali ke
angkasa lepas kemudiannya terperangkap dan menyebabkan suhu bumi semakin
meningkat. Akibatnya, ais di kutub-kutub mula mencair dan meningkatkan paras air laut
sehingga menenggelamkan sesetengah pulau kecil dan menghakis permukaan tanah
besar.
Selain itu, suhu tinggi ini turut meninggalkan kesan pada aliran angin yang akan
membawa kepada pembentukan lebih banyak ribut taufan serta hujan monsun yang lebih
teruk teruk daripada biasa. Contoh terbaik mangsa perubahan cuaca dunia dapat dilihat
dalam gelombang haba di Eropah yang menyebabkan angka kematian meningkat sejak
tahun 2000. Gelombang kepanasan ini telah menyebabkan suhu ketika musim panas dan
musim sejuk di Eropah kini jauh lebih tinggi daripada kebiasaannya.Perubahan sama turut
dirasai oleh wilayah beriklim tropika yang menghadapi musim monsun lebih teruk kini,
sementara negara seperti Amerika Syarikat dilanda ribut salji dan ribut taufan lebih teruk
seperti Taufan Katrina pada tahun 2005. Pada tahun 2006, sepuluh negara yang paling
teruk dilanda bencana alam ialah Filipina, Korea Selatan, Indonesia, Vietnam, Ethiopia,
India, China, Afghanistan, Amerika Syarikat dan Romania.

Kesan masalah ini akan terus berpanjangan dan akan semakin teruk jika terus diabaikan
atau gagal dikawal. Akibatnya, generasi seterusnya yang akan menanggung kesan penuh
kerakusan generasi kini mencemarkan alam sekitar semata-mata untuk kekayaan dan
kemajuan ekonomi. Sebarang bentuk perubahan melampau pasti akan memberi kesan
paling buruk kepada bayi, kanak-kanak dan warga emas yang sering dilihat menjadi
mangsa pertama kejadian bencana.Rakyat Malaysia mungkin dapat menyesuaikan diri
dengan suhu yang tinggi dan panas terik memandangkan sudah biasa dengan iklim
tropika bak kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'.
Walau bagaimanapun, penduduk yang biasa hidup dengan iklim sejuk mungkin tidak
dapat menyesuaikan diri dan kini mencatatkan peningkatan kematian akibat strok haba.
Strok haba akan menyebabkan kegagalan semua organ badan berfungsi, sama seperti
yang berlaku kepada pesakit demam panas. Begitu juga dengan penyakit pneumonia atau
radang paru-paru yang berpunca daripada penyebaran meluas bakteria yang menyerang
paru-paru berikutan cuaca panas dan lembap serta beberapa faktor lain. Sesetengah
kawasan turut berhadapan dengan masalah dehidrasi yang teruk berikutan kemarau
panjang yang berpunca daripada gelombang panas dan peningkatan paras air laut yang
mencemari sumber air tawar dengan air masin dari laut.
Peningkatan suhu juga akan menggalakkan pembiakan vektor seperti tikus, nyamuk,kutu
dan pepijat. Penyebaran vektor seperti nyamuk menyebabkan penyakit seperti malaria,
denggi dan demam kuning yang mula dicatatkan di Eropah dan kawasan yang dahulunya
beriklim sejuk. Hal ini terbukti apabila negara beriklim sejuk seperti Nepal dan Bhutan
mencatatkan kes malaria pertama di kawasan-kawasan tanah tinggi dua negara tersebut.
Sementara itu, tikus juga dilihat dapat membiak dengan lebih mudah dalam cuaca panas
dan lembab ini. Haiwan ini mampu menyebarkan penyakit Leptopirosis dan Legionellosis
yang disebarkan melalui kuman yang ditinggalkan bersama urin atau najis tikus.
Ketika banjir, tahap kebersihan amat sukar untuk dijaga terutama kebersihan air.
Kesukaran untuk mendapatkan bekalan air bersih akan mendedahkan orang rami kepada
air yang dicemari pelbagai jenis kuman. Kesihatan diri sudah pasti akan terancam jika air
tercemar digunakan segai air minuman, memasak, membasuh atau membersihkan diri.
Bilangan kes cirit-birit , disentri dan pelbagai penyakit bawaan air dilihat meningkat dengan
mendadak ketika musim banjir. Situasi ini diburukkan lagi dengan peningkatan kes
bawaan nyamuk akibat pembiakan nyamuk di dalam tompokan air bertakung yang
ditinggalkan arus banjir. Takungan air ini menjadi tempat strategik untuk kuman yang
pantas membiak kerana mendapat bekalan makanan yang cukup dari tumbuhan dan

bangkai haiwan yang mereput.


Masalah ini juga memberi kesan yang buruk kepada mereka yang gemar bersenam dan
beriadah di luar. Hal ini demikian kerana gas rumah hijau seperti karbon monoksida kini
semakin banyak dalam udara terutamanya di kawasan bandar dan kawasan yang
mempunyai bilangan kenderaan yang banyak. Apabila gas ini disedut terlalu banyak,
ketika bersenam atau beriadah, menyebabkan kandungan oksigen darah jatuh mendadak
dan kandungan gas karbon monoksida yang banyak boleh memberi kesan kepada badan
dan jantung.
Tanggungjawab memulihara alam sekitar perlu dipikul oleh semua penduduk dunia dan
tidak sepatutnya dibiarkan kepada kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan dunia sematamata bak kata pepatah 'yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul'. Rakyat turut
memainkan peranan penting dengan mengambil berat akan kesejahteraan sejagat dan
tidak hanya mementingkan kemajuan sendiri tanpa mengambil kira akibat kerakusan
mengejar kekayaan dunia kerana 'sikap tamak membawa kerugian'. Walaupun hanya
dengan sumbangan kecil seperti tidak membuat pembakaran terbuka dan mengurangkan
penggunaan kenderaan bermotor oleh sebanyak mungkin individu, setidak-tidaknya kita
dapat membantu mengawal pemanasan global. Sayangi dan cintailah bumi kita demi
kesejahteraan dan keharmonian kehidupan generasi akan datang.

Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan


masyarakat di negara kita
Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa
ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masingmasing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan
perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka
perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan
pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan
tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita
tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara
dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat
ditingkatkan.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah
dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari
bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar
seperti kata peribahasa Melayu, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sekiranya
semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus
diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita
dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan
perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.
Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan
memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah
dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan
memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam
mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal
di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan
seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari
murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan
mereka di institusi pengajian tinggi.
Pihak

yang

bertanggungjawab

hendaklah

menjalankan kempen

secara

besar-

besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat


patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian
Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang
berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan
rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan

rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu
juga hendaklah menayangkan filem seperti Bukit Kepong, Paloh, dan drama-drama
yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.
Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang
bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di
kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan
hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di
samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum
tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai
bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu
masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan
dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.
Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpinpemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman
politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin
mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu
mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah
dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan
menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati
ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak
dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk
dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan
datang.
Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah
dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini
penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi
individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang
memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri
dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding
dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk
dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan
menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan
memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan
disuburkan dalam kalangan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai