Anda di halaman 1dari 139

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

TUN GHAFAR BABA


JASIN, MELAKA

NOTA KOMSAS TINGKATAN 4 & 5


TINGKATAN 4 TINGKATAN 5
1. NOVEL PANTAI KASIH 1. NOVEL BIMASAKTI MENARI
2. ANTOLOGI JAKET KULIT KIJANG 2. ANTOLOGI SEJADAH RINDU
DARI ISTANBUL



“SESUNGGUHNYA SETIAP
KESUKARAN DIIRINGI
KEMUDAHAN”
AL-QURAN 94:5&6



NAMA: NUR NAILI NADIAH BINTI MOHAMAD SHAIEDI


NO. MAKTAB: MJ175509
KELAS: 509
GURU: PUAN IZZATI

1
ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK M/S


1. NOVEL PANTAI KASIH 3-32
2. ANTOLOGI JAKET KULIT 33-68
KIJANG DARI ISTANBUL
3. NOVEL BIMASAKTI 69-85
MENARI
4. ANTOLOGI SEJADAH 86-131
RINDU

2
NOVEL TINGKATAN 4
PANTAI KASIH (AZMAH NORDIN)

3
SINOPSIS:
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang
bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.
Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian
terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata
kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu
yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-
lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati.
Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang,
ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri
ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi
ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia
memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu
Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-
ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu,
biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika
itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan
untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi
berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya,
menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami
kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas
oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan
sederhana.

4
SINOPSIS BAB DEMI BAB
BAB 1
Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)
menghadapi masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi
perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang
untuk membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha
berasa curiga mengapa pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit
pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya,
namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama
kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha
iaitu memuaskan semua pihak, sebaik mungkin dan seboleh mungkin telah mencurigakan
kredibiliti doktor idolanya itu. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa
pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih Doktor
Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia
memberikan bantuan kepada Doktor Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha juga
teringat akan ayahnya yang membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin
dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang Berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya
menjadi golongan profesional berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya
adalah kurang tepat dan akan menyebabkan kesengsaraan pada masa depan. Ingatan terhadap
larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan kerana berpendapat
bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang.
Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi
Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan di
PRPK. Sister Felicia ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah
bertugas di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan amaran
Doktor Uwang terhadap aku janjinya sebelum ini menyesakkan dadanya dan tidak adil
terhadap dirinya seterusnya membakar semangatnya hingga rentung. Dia berhasrat untuk
melupakan peristiwa hitam pada malam yang menggemparkan itu. Doktor Alex pula
mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan Doktor Razak. Ingatannya juga kembali kepada
kenangan lalu sewaktu anak Raiha disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar
dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir
tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang
sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayangi dengan prasangka. Sehingga jururawat
Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut diteguri kerana
asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaannya sendiri dia tidak bertugas pada sebelah
pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak perlu dilaksanakannya
memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan Raiha.

BAB 2
Doktor Uwang berpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya ada
orang gaji di rumahnya. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulupun dihantar
belajar di sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok
untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor Uwang
berpendapat anaknya itu tidak harus pulang langsung kerana memalukannya sahaja.
Ketegasan Doktor Uwang terhadap bisnes kesihatan menjadikannya sebagai salah seorang
doktor berwibawa yang banyak membawa keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang

5
menyerahkan PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada
halangan asalnya berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor
Uwang, namun akur dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK.
Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya seperti
memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat
kesihatan yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga
sering mengeluh kesakitan pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum
sempat membuat diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab dia kurang sihat untuk
melakukan pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada
Raiha.
Namun sikap Raiha yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang
berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan
yang ada sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang
sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah angkuh dan beranggapan Raiha tidak bersyukur
dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga teringat kembali terhadap
kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia dan sentiasa membayang hidupnya.
Lamunannya tersentak apabila ingatannya juga turut dibayangi oleh peristiwa pencerobohan
doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.

BAB 3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika
itu. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima
bintang. Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan
berhati-hati serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini
perlukan kesabaran dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister
Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya
seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaannya
begitu. Dia terbayang kembali peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan
dengan gambaran kematian anak perempuannya yang rentung akibat disambar api yang
sedang marak membakar kereta mewah doktor itu.
Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan
menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang
kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak
berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk sebagai
penawar kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang
mengeluh tentang pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya ataupun tidak kerana
kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang insurans anaknya sudah
dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut.
Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya
tentang punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang
akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang
menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan mereka. Raiha pula memberitahu
bahawa semuanya berpuca daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama
ini menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan kasar
Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan
Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan
6
Raiha walaupun sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa
bersalah akan tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan
Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas kematian
ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada ketika
itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha sudah menjadi doktor.
Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan
bahawa Raiha sengaja melarikan diri kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga
menyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh Raiha.
Namun Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa barang kemas yang dibawa
adalah barang kemas miliknya hasil titik peluhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa
sampai mati sekalipun dia tidak akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana,
gantung tidak bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di mata golongan masyarakat
elit.

BAB 4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam miliknya yang terletak tidak jauh
dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam
misteri kematian anaknya, dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya
dia di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang
membesarkannya selama ini. Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa
nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu
kawasan di Hulu Lubuk Dalam daerah Ranau.
Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam
muncul. Raiha ingat ketika dia mengandungkan bayi hasil persenyawaan sperma suaminya
itu. Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang sedang
dikandunginya itu kerana kehadirannya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah
diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu dengan
masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak
hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak
untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’.
Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat Rawatan
Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia
berharap selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut
dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan
dan kegusaran isterinya itu. Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak
rasmi serta bapanya juga tidak harus ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan
Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini.
Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang
mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang pinggul
hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia akan
berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan
keuntungan berlipat kali ganda masuk ke poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan
bagaimana mereka mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang
mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money Matters’ di televisyen. Lamunannya
hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan disaksikan di hadapan matanya sendiri.

7
Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yang pernah
mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu
membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil
Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan
Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia
mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai
oleh pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengaja mahu menipu. Felicia
juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko yang terpaksa
dihadapi oleh pesakit.
Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu digambarkan
melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia terjelopok, namun itu
hanyalah khayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana menjadi
berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.

BAB 5
Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang
mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari
ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh
seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor
Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan
penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka mengganggu
hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.
Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam sememangnya
seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah
dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat
gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanita-wanita yang dilihatnya dalam
kelab malam itu berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi
anak perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-
tiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat.
Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba mengganggu kredibilitinya selama ini.
Hal ini seolah-olah menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan.
Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat
panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan
berehat di rumah sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di
bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal
dan didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati
terjelepok di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia
tergelincir di situ.

BAB 6
Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya
bermula apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang
menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di
rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang,

8
Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor
Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di
tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke
kondominiumnya. Tidak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan
wajah muncung dan merungut-rungut.
Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak menggunakan
keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri. Doktor Uwang
menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang
menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan
Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan
menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga
menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited
dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen
minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan
dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin
membincangkan hal pesakit Uning Siro dan panggilan tersebut amat penting.
Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram.
Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa
menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama
membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat
Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam ingatannya.
Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak Unong
Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan apa sebenarnya
yang berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu
keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan
Pantai Kasih.
Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya
melayan emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para
pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam rawatan itu. Mengasari orang yang
memang sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia
supaya tidak mengulanginya lagi.
Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang segera
ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah
ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya
untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah tetapi dia
berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan
bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya
menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.

BAB 7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih
begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai
mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan
besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia
ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’
iaitu ibu Unong Siron tentang musibah anaknnya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia
9
berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih
dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan
hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan
kisah silamnya.
Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib
sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan
dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan
masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas
menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya.
Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia
sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah.

Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-
tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor.
Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu,
Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah
Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu.
Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan
kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor
Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat
Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong Siron. Doktor Alex Ng
menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu
bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan
tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka tidak membuat
panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah
Doktor Uwang sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin
ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga
menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih,
Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak
fikirannya, Raiha berharap Unong akan Berjaya pada kali ini.

BAB 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan
kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti.
Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian
keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia
berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi
kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada
derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah
memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan
anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang
kembali. Apatahlagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu
agar dipelihara oleh orang lain.
Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi
ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan

10
menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk
menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan
kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu
membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka
pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi
dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke
hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut
Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu
adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam
peperiksaan akhir semester.

BAB 9
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia
ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di
dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex
Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada
kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga
mengimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali
keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekalipun
bukanlah salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-
olah mahu berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak
perempuan yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu
hidupnya belakangan ini.
Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang
selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang
marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama aak
perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak
petrol selepas itu dan berhenti di sebuah rumah tumpangan pada tengah malam dan teringat
saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak
perempuan yang secara kebetulan berada di situ.
Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana
wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu
bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah
sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah
urusannya. Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila
dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali
kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai Doktor di Pusat Rawatan Pantai
Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak perempuan tua itu.
Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia
meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung. Raiha
turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan
senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang
memecut laju dan sedang mengekori lori minyak petrol merempuh belakang lori yang
berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik.
Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh
tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya
11
kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-
pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelamatkan nyawanya
dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian pergelangan
tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada anggota tersebut.
Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi
budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki
Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar kereta itu
sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung
disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil
sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.

12
TEMA
Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya.
1. Tabah menghadapi kematian anak peremuannya
Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak perempuan tunggalnya
itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu ‘down sinDoktorom’.
Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar
kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut
walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain diminta agar anak tersebut
dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu,
namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan
anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa kerana isterinya itu
melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa
marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri.
Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak semena-mena
tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu
amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah
dengan sengaja membakar anaknya itu.
2. Tabah menghadapi kegagalan rumah tangganya
Kegagalan rumah tangga antara Raiha dan suaminya Doktor Sadiz disebabkan
keengganan Raiha mendengar nasihat suaminya agar menggugurkan kandungannya
yang didapati cacat atau ‘down sinDoktorom’. Raiha juga melebihkan perhatian
kepada anaknya apabila sudah dilahirkan menyebabkan kemarahan suamnya
berganda. Kejadian kematian anaknya akibat disambar api kereta mewah yang sedang
marah merupakan kemuncak kemarahan suaminya, apatah lagi setelah bekas
suaminya menang kes dalam mahkamah dalam menentukan kesalahan siapakah punca
kematian anaknya itu. Akibat saksi utama tidak muncul dalam perbicaraan, bekas
suaminya yang menggantung perkahwinannya sehingga akhir hayat menang dalam
kes tersebut dalam perbicaraan di mahkamah keluarga, dengan bangga dan sinis
senyum dan melafazkan dia tidak akan melepaskan Raiha melainkan
meninggalkannya tergantung-gantung sepanjang hayatnya. Kegagalan dalam rumah
tangga itu dihadapi dengan tabah walaupun sanak saudaranya pada peringkat awal
menyokongnya tetapi semakin berkurangan selepas peristiwa itu.

3. Tabah menghadapi bangkangan ayahnya untuk menjadi pakar bedah


Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak menjadi
pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi
pakar bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar
bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal
dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang oleh Raiha dan meneruskan
ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah yang Berjaya. Selepas
berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa
tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan untuk bekerja di Pusat
Rawatan Pantai Kasih.

13
4. Tabah menerima tugas membedah
Raiha tabah menerima tugas membedah Unong Siron walaupun tahu sepatutnya
pembedahan tersebut dilakukan oleh Doktor Uwang tetapi atas kepercayaan yang
diberikan menjadikan dia setuju untuk membedah pesakit itu buat kali keenam. Dia
melakukan dengan sebaik mungkin supaya Unong Siron akan dapat mengakhiri
penderitaan kesakitannya selepas itu.
Raiha juga tabah dalam membuat keputusan untuk membedah Doktor Uwang yang
mengalami kecederaan teruk pada pergelangan tangan dan tempurung lutut doktor itu
supaya dapat menyelamatkan doktor itu yang mengalami kemalangan selepas
merempoh tembok Pusat Rawatan Kasih.

5. Tabah menghadapi penceroboh


Apabila Pantai Kasih dicerobohi oleh seorang pemuda berumur dua puluhan yang
merupakan bekas pelajar perubatan yang tidak menamatkan pelajarannya, Raiha tabah
dan mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut. Doktor palsu tersebut memang
mencarinya dan melakukan panggilan palsu sebelum ini. Dalam saat getir
menenangkan penceroboh tersebut dan setelah ditenangkan oleh ibu Unong Siron
yang secara kebetulan mengenali pemuda itu, Raiha memberikan pendapat bahawa
pemuda tersebut diminta membantunya merawat Unong Siron yang tenat di hospital
lain. Pemuda tersebut bersetuju diiringi ke hospital tempat anak ibu Unong dirawat
dan akhirnya diberkas.

6. Tabah menerima berita punca kematian anaknya.


Setelah beberapa peristiwa hitam yang dihadapi oleh Raiha sebelum ini menjadikan
dia seorang yang tabah apabila mengetahui punca sebenar kematian anaknya selepas
Sister Felicia Landosi menceritakan perkara sebenar yang berlaku. Raiha tabah
dengan berita punca kematian anaknya itu dan menganggap mereka adalah mangsa
keadaan.

14
PERSOALAN
1. Persoalan tentang kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat. Sikap
lebih mementingkan keuntungan syarikat digambarkan melalui watak Doktor Uwang
yang tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong asalkan berkemampuan
mendapatkan rawatan. Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan
tunggalnya duduk di sekolah berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak
mengganggu rutin dan statusnya. Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya
sedangkan dia memang tidak menginginkan anak apabila berumah tangga.
2. Persoalan tentang sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah
tangga. Sikap Doktor Uwang yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah
tangga menggambarkan bahawa dia seorang yang suka bebas dan tidak mahu
dikongkong. Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau tetap mengunjungi kelab-
kelab malam dan minum arak bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya berakhir
ke ranjang. Namun sikapnya yang memastikan kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’
menjadikan dia seorang yang pemilih.
3. Persoalan tentang tanggungjawab yang harus dipikul.Raiha bersetuju untuk
melakukan pembedahan ke atas Unong walaupun dia berasa bahawa Doktor
Uwanglah yang selayaknya melakukan pembedahan tersebut. Raiha juga berasa
bahawa menjadi tanggungjawabnya melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang
yang cedera akibat kemalangan merempuh tempoh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia
terpanggil untuk melakukannya demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut.
4. Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan. Felecia mengaku
kesalahannya Walaupun pada peringkat awal Felecia berasa sangat marah dengan
emak Unong yang menuduhnya bersubahat menipu namun akhirnya Felecia
mengakui kesalahannya itu dihadapan Raiha. Felicia juga mengakui bahawa dia tahu
kejadian sebenar peristiwa yang meragut nyawa anak perempuan Raiha. Dia meminta
maaf kerana merahsiakannya kerana takut.
5. Persoalan tentang reda dengan ketentuan tuhan. Walaupun Raiha sudah
mengetahui punca kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas suaminya
Doktor Sadiz yang membakar kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di
situ namun Raiha reda dengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang berlaku
sebagai ketentuan tuhan dan mereka adalah mangsa keadaan. Dia tidak menyalah
sesiapa termasuk Felicia sebaliknya reda menerima berita tersebut.
6. Persoalan tentang tabah menghadapi rintangan.Raiha begitu tabah menerima
rintangan dalam hidup. Ketabahan Raiha bermula dengan gangguan peristiwa hitam
keruntuhan rumah tangganya. Walaupun dia dijadikan bahan tontonan sewaktu kes
perbicaraan tersebut mendapat liputan media dan dia gagal dalam kes tersebut, namun
dia meneruskan kehidupan dengan tabah. Dia juga tabah sewaktu ditempelak oleh
Sister Felicia yang kurang berpuas hati dengan tindakannya menyebelahi emak Unong
Siron. Walaupun Felicia tidak mengendahkan Raiha selepas kejadian itu dia tabah
menghadapi Felicia kerana mereka bekerja sebumbung. Raiha juga tabah dan
berhasrat untuk melupakan peristiwa dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang.
Dia ingin memulakan hidup baru yang lebih selesa.
7. Persoalan tentang keruntuhan rumah tangga. Akibat keruntuhan institusi rumah
tangga seseorang itu akan menghadapi trauma yang berpanjangan. Raiha sentiasa

15
dibayangi kisah silam termasuk keruntuhan rumah tangganya. Sikap Doktor Sadiz
yang dianggap keterlaluan meminta menggugurkan kandungan mereka, dan juga
menggantung Raiha tidak bertali selepas menang dalam kes perbicaraan menjadikan
peristiwa hitam tersebut tidak luput dalam masa singkat.
8. Persoalan tentang kasih sayang. Raiha begitu sayang akan anaknya Rohayu
walaupun didapati Rohayu cacat sebelum dilahirkan lagi. Baginya anaknya itu
mempunyai hak untuk lahir dan mendapatkan kasih sayangnya. Selepas Rohayu
dilahirkan, Raiha menghabiskan banyak masa melayani Rohayu berbanding bekas
suaminya Doktor Sadiz yang mengharapkan agar anaknya itu dihantar ke pusat
penjagaan jauh dari situ bagi mengelakkan taraf dan kewibawaannya dijadikan bahan
perbincangan ramai. Raiha pula berasa kasih atas nasib yang menimpa Unong. Raiha
berharap bahawa pembedahan yang terakhir itu merupakan pembedahan yang akan
segera memulihkan Unong daripada terus-terusan sakit menderita.

16
PLOT
1. Permulaan
Permulaan novel ini menceritakan kerisauan Raiha terhadap peristiwa hitam yang
melanda dirinya. Dia masih menganggap semua kejadian yang berlaku adalah
disebabkan kegagalan bekas suaminya Doktor Sadiz menjadi suami yang baik.
Raiha juga berasa hairan dengan keadaan pesakit yang bernama Unong Siron yang
terpaksa menjalani pembedahan tulang pinggulnya sebanyak enam kali disebabkan
oleh infeksi dan komplikasi selepas pembedahan sedangkan pembedahan itu
dilakukan oleh seorang pakar ortopedik yang terkenal. Selepas dia diberi kepercayaan
untuk menjalankan pembedahan yang keenam, Raiha berusaha agar pesakit itu dapat
sembuh dan tidak perlu menjalani pembedahan lagi.

2. Perkembangan
Raiha sering terbayang-bayang peristiwa hitam dalam hidupnya iaitu kematian tragis
anak perempuannya. Peristiwa itu sering menghantui hidupnya sama ada ketika sedar
mahupun dalam mimpi. Gambaran tentang anaknya yang rentung dan meminta
pertolongan ketika disambar oleh api sukar dipadamkan dalam ingatan. Apa-apa
sahaja yang direnung atau dilihat tidak semena-mena dikaitkan dengan kematian
anaknya itu.
Sister Felicia Landosi telah melakukan kesalahan dengan mengambil ubat batuk bagi
melupakan peristiwa hitam dalam hidupnya. Latar belakangnya yang kurang sahih
akibat dilahirkan secara luar nikah dan dididik dengan disiplin yang ketat oleh ibunya
menyebabkan sikap memberontak apabila sering diejek oleh jiran tetangga dan rakan
sekelas tentang statusnya itu. Dia juga melihat kejadian sebenar kematian anak Raiha
dan merahsiakannya. Sikapnya itu membuatkan dia tidak senang dan sentiasa
dibayangi dosa ketidakjujurannya itu. Sikapnya yang memarahi ibu Unong Siron dan
memanggilnya sebagai ‘sapi tua’ ditegur oleh Raiha dan menjadikan peristiwa itu
sebagai dendam dan rasa kebencian yang amat terhadap Raiha walaupun sebenarnya
mereka itu rakan persekolahan sejak di bangku sekolah rendah lagi.
Doktor Uwang juga sering berasa bersalah atas kematian anak pak ciknya yang
disembunyikan daripada pengetahuan sebenar Raiha. Pada malam kejadian dia
menyaksikan sendiri bagaimana anak pak ciknya itu disambar oleh api akibat rasa
marah pak ciknya terhadap Raiha yang membawa lari anak ‘orang Mongolia’ itu
apatah lagi kereta mewahnya turut dibawa tanpa izin dan pengetahuannya. Dia juga
ego dengan status pekerjaannya dan pertanyaan ibu Unong Siron menambahkan
kekusutan fikirannya. Dia juga sering terbayang anak pak ciknya yang rentung dalam
jaga dan tidurnya.
Raiha juga sering teringat peristiwa dia diminta oleh Doktor Sadiz untuk
menggugurkan kandungannya setelah diketahui bahawa anak yang bakal lahir itu
kelebihan kromosom. Keengganan Raiha menggugurkan dan memelihara anaknya
dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap anaknya itu menjadikan dia berdendam
kerana dua orang anaknya dengan bekas isterinya yang lama adalah normal.
Doktor Uwang dan doktor-doktor lain terpaksa menghadapi penceroboh pusat
rawatan yang menyamar sebagai doktor. Keadaan itu berlaku sebanyak dua kali dan
berakhir apabila penceroboh itu Berjaya diperdaya oleh Raiha dengan bantuan Ibu
Unong Siron yang secara kebetulan mengenali pemuda berusia dua puluhan yang
pernah menjadi bekas penuntut bidang perubatan.

17
Panggilan telefon yang menyatakan ada kecemasan akibat penceroboh pusat rawatan
menyebabkan Doktor Uwang datang walaupun lutut kakinya dan pergelangan
tangannya kebas dan kejang. Kegagalannya mengawal kenderaan akibat kengiluan
melampau pada pergelangan tangan dan lutut kakinya di samping terjahan wajah anak
perempuan pak ciknya yang mati secara tragis di hadapan matanya sendiri
menyebabkan dia melanggar tembok pusat rawatan itu.
Akhirnya Doktor Uwang dibedah untuk diselamatkan kerana mengalami kecederaan
teruk pada pergelangan tangan dan tempurung lututnya yang hancur menyebabkan
pembedahan penggantian sendi perlu dilakukan segera. Walaupun semua peralatan
yang digunakan untuk pembedahan dibeli khusus untuk pesakit golongan menengah
bawah dan pertengahan namun akhirnya dengan tanpa kerelaan dia dibedah tanpa
menghiraukan ego dan statusnya.
Raiha mengetahui bahawa punca kematian anaknya adalah disebabkan disambar api
ketika bekas suaminya membakar kereta mewah akibat perasaan marah. Kebetulan
anaknya itu berada di situ secara tiba-tiba. Raiha akhirnya pasrah dan menganggap
mereka adakan mangsa keadaan.

3. Konflik

Konflik dengan diri sendiri


a. Konflik Raiha dengan peristiwa hitam yang dialaminya
Raiha tidak dapat melupakan detik hitam dalam kehidupannya apabila sentiasa
dibayangi dengan kenangan silam kematian anaknya. Kehidupan sehariannya menjadi
tidak ceria disebabkan peristiwa hitam itu. Konflik diri ini menyebabkan Raiha berasa
bersalah dengan kematian anaknya itu dan tetap menyalahkan bekas suaminya atas
kematian itu.
b. Konflik Doktor Uwang dengan dirinya.
Pergaulan hidup yang bebas menyebabkan Doktor Uwang sentiasa menjadi buruan
ramai wanita. Walaupun sudah mempunyai isteri tetapi dia mahu mencari kebebasan
hidup dengan menemui isteri-isteri tidak sahnya tanpa dihalang oleh sesiapa.
c. Konflik Sister Felicia dengan maruah dirinya
Sister Felicia sangat kecewa apabila mengetahui bahawa dirinya adalah anak luar
nikah. Kekecewaannya itu menyebabkan dia berasa rendah diri dan maruahnya
tercalar. Berkat usaha gigihnya dalam pelajaran telah mengikis sikap negatif terhadap
dirinya itu.
d. Konflik Doktor Uwang dengan Ayu
Doktor Uwang yang tahu bahawa anak saudaranya mati akibat disambar api yang
dinyalakan oleh pak ciknya sendiri. Gambaran anak pak ciknya yang rentung dan
meminta diselamatkan sentiasa terbayang-bayang sehingga menyebabkan dia sendiri
tidak dapat mengawalnya. Bayangan tersebut datang pada bila-bila masa sehingga
waktu sebelum dia mengalami kemalangan dia turut terbayang akan anak pak ciknya
itu.

18
Konflik dengan orang lain
a. Konflik antara Raiha dengan Doktor Sadiz
Raiha berkonflik hebat dengan Doktor Sadiz yang menuduh Raihalah punca kematian
anak perempuannya itu. Sebaliknya Raiha menuduh Doktor Sadizlah yang
menyebabkan kematian anaknya itu dan merancang kematian anaknya itu. Konflik itu
hingga ke mahkamah dan akhirnya Doktor Sadiz menang dalam perbicaraan itu
kerana saksi utama tidak muncul dan menceritakan kisah yang sebenar.
b. Konflik antara Sister Felicia dan Raiha
Sister Felicia berkonflik dengan Raiha apabila Raiha memarahi sikap Felicia yang
keterlaluan terhadap emak Unong Siron. Raiha berpendapat bahawa sepatutnya Sister
Felicia lebih menghormati pelanggan pusat rawatan tersebut dan tidak meninggi atau
menengking ibu Unong. Teguran Raiha itu telah menyebabkan Sister Felicia berasa
bengang dan tidak menerima teguran tersebut.
C. Konflik antara Raiha dengan ayahnya
Raiha mahu menjadi pakar bedah seperti ayahnya tetapi hasratnya itu tidak
dipersetujui oleh ayahnya. Namun dia berkeras juga hendak menjadi pakar bedah dan
akhirnya cita-citanya itu tercapai.
d. Konflik antara Doktor Uwang dengan Emak Unong
Doktor Uwang berasa bahawa dia tidak perlu mengambil tahu dari mana datangnya
wang untuk membayar perkhidmatannya membedah Unong Siron. Kredibiliti Doktor
Uwang tercabar apabila emak Unong menganggapnya sebagai Doktor Mata Duitan.
Namun, sikap emak Unong itu telah menyebabkan dia berasa dia tidak sepatutnya
kalah dengan prinsip hidupnya bahawa wang bukan urusannya.
e. Konflik antara Sister Felicia dengan Emak Unong
Sister Felicia berasa tercabar apabila Emak Unong Siron menuduhnya sebagai punca
anaknya tidak sembuh-sembuh. Emak Unong menuduhnya sengaja berbuat demikian
untuk kepentingan peribadi dan mendapat keuntungan daripada perbuatan tersebut.
Emak Unong mengagak bahawa sekiranya anaknya masih dirawat tentu dia masih
mendapat komisen dan sikap Sister Felicia menggambarkan dia tidak prihatin dan
simpati dengan nasib anaknya sebaliknya mencadangkan pusat rawatan tersebut
sebagai cara mendapatkan keuntungan peribadi.
f. Konflik antara Sister Felicia dengan Doktor Uwang
Sister Felicia ditegur oleh Doktor Uwang kerana melakukan kesalahan memarahi
pesakit. Doktor Uwang yang memberikan kepercayaan tinggi dan menaikkan pangkat
Sister itu berharap agar dia sentiasa mengingati sumpah setia sebagai jururawat. Dia
kurang senang ditegur oleh Doktor Uwang.

19
4. Klimaks / Puncak
Klimaks novel ini ialah kemalangan Doktor Uwang dalam kawasan Pusat
Rawatan Pantai Kasih akibat lutut kakinya yang kejang dan pergelangan
tangannya yang kebas.
o Doktor Uwang yang mendapat panggilan kecemasan mengatakan bahawa Pusat
Rawatan Pantai Kasih telah sekali lagi dicerobohi oleh seorang lelaki yang
menyamar menjadi doktor telah bergegas ke pusat rawatan tersebut.
o Dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih, Doktor Uwang dibayangi lagi
dengan kemunculan wajah anak saudara perempuannya yang mati akibat
disambar api setelah kereta yang disimbah minyak petrol oleh pak ciknya itu tiba-
tiba menyambar anak perempuan itu. Anak perempuan itu yang meminta bantuan
dan telah menyebabkan Doktor Uwang tidak fokus ketika memandu. Kesakitan
lutut kaki dan pergelangan tangannya yang kebas kembali pada saat itu dan
menyebabkan dia tidak dapat mengawal kenderaan yang sedang dipandu
seterusnya melanggar tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih.
o Kemalangan tersebut menyebabkan Doktor Uwang terpaksa dibedah di hospital
miliknya itu walaupun pada hakikatnya hospital tersebut dikhususkan untuk
golongan menengah bawah dan pertengahan sahaja dan bukan setaraf dengan
dirinya.
o Pembedahan terpaksa dilakukan dengan segera untuk penggantian sendi kerana
kecederaan teruk yang dialami oleh Doktor Uwang pada pergelangan tangan dan
tempurung lututnya.
5. Peleraian
o Raiha menjadi doktor bedah yang membedah Doktor Uwang yang cedera akibat
kemalangan itu kerana pembedahan harus dilakukan segera bagi menyelamatkan
nyawa Doktor Uwang dan penggantian sendi pada anggota pergelangan tangan
yang cedera teruk dan lutut kakinya yang hancur.
o Akhirnya Sister Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan
dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz pada
malam kematian anak perempuannya itu.
o Sister Felicia juga memaklumkan bahawa sebenarnya Doktor Sadiz yang
melepaskan geram dengan membakar kereta mewah mereka.
o Sister Felicia juga menyatakan rasa terkejut kerana dengan tiba-tiba muncul anak
perempuan Raiha di situ lalu disambar oleh api yang sedang membakar kereta
mewah tersebut.
o Sister Felicia juga menyatakan bahawa dia tidak tampil di mahkamah sebagai
saksi kerana takut.
o Raiha menerima semua takdir itu dengan menyatakan bahawa mereka adalah
mangsa keadaan.

20
WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama
Raiha
o Seorang doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) yang baharu berkhidmat
selama 6 bulan
o Doktor pakar bedah
o Anak kepada doktor pakar bedah
o Pernah berkahwin dengan Doktor Sadiz selama 10 tahun. Beliau merupakan Pakar
Perunding Pembedahan.
o Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya
o Seorang yang tegas dengan pilihan hati dan pendirian
o Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan berasa curiga dengan kemampuan diri
sendiri.
o Sentiasa terkenang peristiwa malang yang mengakibatkan kematian anak
kesayangannya.
o Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak, sebaik mungkin, seboleh mungkin.
o Pernah membedah banyak orang kenamaan dan orang biasa
o Neneknya berketurunan Idaan yang mempunyai kepercayaan bahawa nenek moyang
mereka berasal daripada Nunuk Ragang.

Watak Sampingan
Doktor Uwang
o Doktor Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang surgery
o Guru yang pernah mengajar Raiha unsur-unsur
o Doktor yang kerap member ceramah-ceramah perubatan
o Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Kota Kinabalu
o Berwajah kacak dan segak
o Berusia pertengahan empat puluhan
o Bertubuh sederhana
o Dikenali sebagai ahli bongkar pasang
o Badannya tegap dan berotot-otot bah pahlawan dalam dongengan silam.
o Wajahnya memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuh

21
Unong Siron
o Bekas Pesakit Doktor Uwang
o Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau lebih ke bawah namun mampu
untuk bertungkus lumus menabung wang untuk mendapatkan rawatan operasi di
PRPK.
o Kurus cengkung dan pucat
o Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu
o Mempunyai masa depan yang cerah
o Baharu sahaja meraih gelaran sarjana dengan bantuan biasiswa kerajaan pusat
o Dijangkakan melanjutkan pelajaran pengajian luar negara

Doktor Sadiz
o Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor Uwang
o Duda beranak dua kelihatan seorang yang gentleman
o Pakar Perunding Pembedahan
o Pakar Bedah Otak
o Lelaki angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha
o Mati akibat merempuh belakang lori tangki minyak petrol selepas gembira pulang
dari Mahkamah Keluarga kerana menang perbicaraan.
o Orang yang membakar kereta mewah posche miliknya akibat rasa marah kerana
isterinya Raiha membawa lari anak perempuan dan kereta mewahnya, tanpa disedari
anak perempuannya itu ada di tempat kejadian tersebut lalu disambar oleh minyak
petrol dan rentung.
o Orang yang meminta agar Raiha menggugurkan kandungannya kerana sudah
diketahui kelebihan kandungan kromosom bayi tersebut.
Ayah Raiha
o Doktor Pakar Bedah di hospital kerajaan
o Seorang yang optimistik.
o Seorang yang tegas terhadap anak-anaknya termasuk keputusan Raiha mengahwini
Doktor Sadiz yang dianggap sebagai lelaki angkuh yang lebih tua daripadanya.
o Sudah meninggal dunia
o Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang anak lelaki dengan isteri
baharu.
o Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah urusan di sebuah jabatan kerajaan.
o Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya bidang itu tidak
sesuai, tidak berfaedah sama sekali kepada hidupnya dalam jangka masa panjang.
o Isterinya yang terdahulu adalah seorang jururawat.

22
Sister Felicia Landosi
o Jururawat kanak yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
o Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama Raiha dan
Doktor Sadiz
o Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya.
o Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz kerana
ketakutan. Kematian yang disebabkan anak perempuan Raiha disambar api yang
sedang marak akibat kereta yang disimbah dengan petrol oleh Doktor Sadiz.
o Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah belajar di sekolah rendah yang sama dan
berkhidmat di hospital yang sama.
o Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat bersikap keterlaluan terhadap ibu
Unong Siron yang menuduhnya sebagai punca anaknya terus-terusan membuat
rawatan walaupun sudah lima kali menjalani pembedahan.

23
LATAR
Latar Tempat
1. Latar Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwang
o Tempat Raiha bertugas sebagai pakar bedah.
o Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan tulang pinggulnya selama
enam kali pembedahan
o Tempat Doktor Uwang mengalami kekejangan otot kaki dan kemalangan
sehingga terpaksa pembedahan dilakukan ke atasnya.
o Pusat rawatan bagi pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana atau menengah
bawah mendapatkan rawatan.
o Tempat Sister Felicia bekerja dan ditahan oleh penceroboh yang menyamar
sebagai doktor.
2. Apartment Raiha
o Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya dan dibiarkan
hidupnya tergantung-gantung oleh Doktor Sadiz.
o Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian bertugas di Pusat Rawatan
Pantai Kasih
o Tempat Raiha memendam rasa dan menyendiri serta merasai kesukaran
menghadapi peristiwa hitam yang dialami beberapa tahun lalu.
3. Rumah Tumpangan
o Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha membawa anaknya keluar
dari rumah agam milik Doktor Sadiz
o Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz rentung
akibat kereta mewah Porsche milik mereka terbakar, kebetulan anak perempuan
mereka berada di situ pada waktu itu.

4. Rumah Doktor Uwang


o Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganya
o Tempat berlangsungnya sambutan ketibaan tahun baru, sehingga memaksa
Doktor Uwang menghantar Sister Felicia dan Doktor Sadiz pulang.
o Tempat isterinya yang jelita mengurut kakinya di hadapan TV.

5. Mahkamah Keluarga
o Tempat perbicaraan kes perceraian Raiha dan juga Doktor Sadiz selepas peristiwa
kematian anak perempuan mereka akibat rentung.
6. Wad Super VVIP
o Salah satu bilik rawatan kelas mewah yang ada di Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Hampir menyerupai bilik hotel bertaraf lima bintang
o Dihuni oleh pesakit elit bergelar datin
o Datin sedang mendapatkan rawatan D& C di pusat rawatan itu.

24
7. Daerah Inanam
o Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di sekolah rendah
o Tempat tinggal Felicia di muara sungai di daerah Inanam ini

8. Hospital Kinabalu
o Tempat Raiha baharu bertugas di situ.
o Sempat bertugas beberapa tahun di situ
o Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai jururawat

Latar Masa
1. Malam Hari
Kemalangan Doktor Uwang
o Doktor Uwang menerima panggilan palsu yang menyatakan bahawa berlakunya
kecemasan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
o Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut kakinya kejang dan
pergelangan tangannya juga kebas menyebabkan dia terbabas dan melanggar
tembok di pusat rawatan tersebut.
o Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha melakukan pembedahan ke atas
Doktor Uwang menggunakan kelengkapan hospital milik keluarganya yang biasa
digunakan untuk membuat pembedahan terhadap pesakit golongan menengah dan
sederhana.

Pencerobohan Pusat Rawatan Pantai Kasih


o Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih dan telah menahan
Sister Felicia yang dalam keadaan mamai di Farmasi pusat rawatan tersebut.
o Lelaki tersebut akhirnya telah dapat dikawal apabila emak Unong Siron
membantu secara psikologi yang menyatakan bahawa anaknya Unong
memerlukan bantuannya sebagai doktor. Walau bagaimanapun Unong sudah
dipindahkan ke hospital lain dan meminta dia ke hospital tersebut. Degan helah
tersebut, lelaki itu dapat diperdaya.
Kemalangan yang Meragut Nyawa Anak Perempuan Raiha dan Doktor Sadiz
o Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor Sadiz rentung selepas dia
disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah milik Doktor Sadiz.
o Pada malam tersebut Doktor Sadiz dihantar pulang oleh Doktor Uwang ke
rumahnya dan turut ditemani oleh Sister Felicia, namun setibanya di rumah
didapati Raiha sudah membawa anak perempuannya itu lari. Doktor Sadiz dengan
rasa marah meminta Felicia membeli minyak petrol dan dia menyimbah minyak
petrol tersebut ke kereta mewah miliknya kerana berasa marah dengan tindakan
Raiha. Tanpa disedari anak perempuannya itu ada di situ pada waktu itu dan
disambar api yang sedang marah membakar kereta mewahnya itu sehingga
meragut nyata anak perempuannya itu.

25
Kunjungan Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Raiha berkunjung ke Pusat Rawatan Pantai Kasih apabila mendapat panggilan
kecemasan. Walau bagaimanapun sebenarnya itu hanyalah panggilan palsu.
Namun, Raiha mengambil peluang itu untuk menziarahi Unong yang baharu
sahaja dibedah buat kali keenam dan melihat keadaannya pada waktu.
o Pada waktu yang sama juga, Doktor Uwang terlibat kemalangan sehingga
menyebabkan Raiha membuat keputusan untuk melakukan pembedahan ke
atasnya.

2. Waktu Senja
Pembedahan keenam
o Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung pada
waktu senja. Pembedahan itu telah berjaya dilakukan oleh Raiha selepas diminta
oleh Doktor Uwang. Walaupun Raiha mempersoalkan peranannya, namun dia
mengambil alih pembedahan tersebut dengan penuh tanggungjawab dan
mengharapkan agar pembedahan tersebut adalah pembedahan terakhir untuk
gadis lincah Unong Siron.

Latar Masyarakat
1. Latar masyarakat yang mementingkan keuntungan
Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambil alih
Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu Untong. Dia tidak menghiraukan
sama ada pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat rawatannya itu mampu atau
tidak asalkan dia mendapat keuntungan dengan meletakkan harga yang dirasakan
munasabah untuknya.

2. Latar masyarakat yang takut berterus terang


Sister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan Raiha tentang kemalangan yang
berlaku sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha kerana takut. Felicia tahu
bahawa Doktor Sadiz yang menyiram minyak petrol ke kereta mewah Porsche
miliknya akibat rasa marah yang membawa terhadap Raiha.
3. Latar masyarakat yang ego
Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan mereka. Doktor
Sadiz menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian tersebut
sedangkan kemalangan tersebut adalah disebabkan sifat marahnya yang membakar
kereta mewah miliknya sendiri dengan menyiram minyak petrol sehingga
menyebabkan anak perempuan mereka yang kebetulan ada disitu disambar api
tersebut.

26
4. Latar masyarakat yang mempunyai matlamat tinggi
Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih berdegil untuk belajar
sehingga menjadi doktor pakar seperti ayahnya itu. Menurut ayahnya, jawatan
tersebut tidak sesuai dengan kemampuan seorang wanita, namun berkat usaha dan
matlamat yang ada pada Raiha, dia mampu menjadi pakar pembedahan yang ternama
di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

5. Latar masyarakat yang berusaha di luar kemampuan


Emak Unong Siron berusaha untuk membayar kos rawatan anaknya walaupun
anakanya itu terpaksa menjalani pembedahan sebanyak lima kali sedangkan mereka
adalah daripada kalangan orang kelas menengah bawah sahaja.

6. Latar masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas


Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga mengandungkan anak luar nikah hasil
pergaulan bebas sewaktu mudanya.
Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang cacat dan kelainan upaya
sehingga menyebabkan dia berasa malu dan menghantar anaknya itu di asrama.
7. Latar masyarakat yang Berjaya dalam kerjaya
Doktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam kerjaya. Kejayaannya bermula
apabila ayahnya Datu Untong menyerahkan Pusat Rawatan Pantai Kasih kepadanya.
Beberapa perubahan sudah dilakukan oleh Doktor Uwang sehinggakan Pusat Rawatan
Pantai Kasih dahulunya terdiri daripada tiga orang doktor tetapi sekarang sudah
memiliki deretan doktor dan barisan jururawat dan staf yang terlatih.

27
TEKNIK PENCERITAAN

1. Pemerian
Pemerian tentang latar belakang Sister Felicia
Latar belakang Sister Felicia dideskripsi menggunakan kaedah pemerian. Penulis
menceritakan bahawa Felicia lahir akibat keterlanjuran ibunya yang hidup bebas
sewaktu muda. Felicia dibesarkan dengan penuh disiplin oleh ibunya sehingga
menimbulkan sifat memberontak dalam diri. Kematian ibunya membuatkan Felicia
terkapai-kapai sebelum belajar bersungguh-sungguh dan menamatkan pengajian
dalam bidang kejururawatan.
Pemerian tentang kegelishan hidup Raiha selepas kematian anak
perempuannya.
Setiap kali penulis menceritakan kematian anak perempuan Raiha, penulis
menggunakan teknik pemerian. Penulis menceritakan saat anaknya tiba-tiba disambar
oleh kemarakan api yang sedang memamah kereta Porsche milik bapanya. Kehadiran
anaknya itu tanpa diduga menyebabkan anaknya rentung. Kematian akibat rentung
100 peratus disebabkan oleh disambar api yang dihidupkan apabila Doktor Sadiz
berasa marah terhadap Raiha dengan menyimbah minyak petrol ke arah kereta mewah
tersebut.

Pemerian tentang kemalangan Doktor Uwang


Penulis juga mendeskripsi kemalangan yang menimpa Doktor Uwang menggunakan
teknik pemerian. Penulis menceritakan bagaimana sebelum kemalangan, Doktor
Uwang wajah anak perempuan pak ciknya itu datang menerpa dalam ingatannya.
Secara tiba-tiba pergelangan tangannya terasa ngilu dan tempurung lututnya berasa
kebas menyebabkan dia tidak dapat mengawal kenderaan yang sedang dipandunya itu
hingga menyebabkan dia melanggar tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Pemerian tentang kematian Rohayu
Penulis memerihalkan kematian Rohayu sebagai akibat kecuaian Doktor Sadiz.
Penulis menceritakan pada ketika itu Doktor Uwang dan Felicia menjadi saksi.
Doktor Sadiz yang begitu marah terhadap sikap Raiha yang membawa lari anak
perempuan dan kereta mewah Porsche kesayangannya itu, membuatkan Doktor Sadiz
hilang pertimbangan. Dengan bantuan Felicia yang membelikan minyak petrol dan
Doktor Uwang yang menghantar Doktor Sadiz hingga ke rumah tumpangan, Doktor
Sadiz menyimbah kereta mewah itu dengan minyak petrol yang dibawa. Tiba-tiba
muncul anak perempuannya di tempat kejadian dan apa yang sedang marak itu
menyambar anak kecil tersebut hingga rentung.

2. Dialog
Dialog Raiha dan Doktor Sadiz
Penulis menggunakan teknik dialog dalam novel ini. Perbualan di antara Raiha dan
Doktor Sadiz ketika membahaskan pengguguran anak dalam kandungan Raiha.

28
Doktor Sadiz tidak mahu Raiha mengandung anak yang cacat sedangkan Raiha
menyatakan bahawa anak tersebut mempunyai roh dan berhak untuk hidup.

Dialog Raiha dan ayahnya


Dialog antara Raiha dan ayahnya tentang kerjaya pakar bedah ada dalam novel ini.
Ayah Raiha tidak bersetuju Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya kerjaya
tersebut lebih sesuai disandang oleh orang lelaki yang lebih berdaya juang dari segi
fizikal dan mental. Raiha turut mempersoalkan keputusan ayahnya itu sedangkan
ayahnya juga adalah seorang pakar bedah tetapi tidak memberikan sokongan
kepadanya.
Dialog Raiha dan Sister Felicia
Raiha juga berdialog dengan Sister Felicia ketika Raiha memanggilnya ke pejabat
bagi memberikan penjelasan tentang sika kasar Felicia terhadap ibu Unong Siron.
Felicia menjelaskan bahawa ‘sapi tua’ panggilan terhadap Ibu Unong telah
menuduhnya tidak jujur kerana mencadangkan pembedahan terhadap anaknya di
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Walaupun dia mendapat lima peratus daripada jumlah
kos yang dibayar tetapi Raiha berpendapat dia tidak harus bersikap kasar terhadap
keluarga pesakit.
Dialog Ibu Unong dengan Penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih
Ibu Unong meminta kebenaran Raiha untuk berkomunikasi dengan penceroboh Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Oleh sebab dia kenal benar dengan penceroboh yang
merupakan bekas pelajar perubatan dan kebetulan tinggal di kampung sebelah tempat
tinggalnya sekarang ini. Ibu Unong dalam dialognya meminta pemuda itu membantu
anaknya yang tenat kerana dia berpendapat hanya pemuda itu sahaja yang dapat
membantu merawat anaknya yang tenat itu.

3. Imbas kembali
Imbas kembali kematian anak perempuan Raiha
Raiha sering mengingati anak perempuannya, Rohayu. Kematian Rohayu sering
diimbas kembali oleh Raiha kerana dia masih belum mendapat jawapan pasti punca
kematian anak istimewanya itu. Sewaktu di rumah mahupun di mana-mana sahaja
imbasan anak perempuannya itu sering menghantui fikirannya.
Doktor Uwang juga sering mengimbas kembali saat kematian anak perempuan Doktor
Sadiz di hadapan matanya. Dia juga terbayang-bayang wajah anak perempuan itu
meminta ihsan daripadanya. Dia juga mengimbas kembali sewaktu melakukan outopsi
ke atas anak perempuan itu.
Imbas kembali zaman sekolah rendah
Raiha teringat saat persekolahannya di sekolah rendah bersama-sama Felicia. Mereka
memang bersekolah bersama-sama dan melihat Felicia selalu diherdik dan diejek
status kelahirannya. Felicia adalah anak ragu status apabila ibunya terlanjur akibat
gaya hidup bebas yang diamalkan.

29
4. Saspens
Saspens punca kematian anak perempuan Raiha
Pembaca berasa saspens kerana tidak mendapat gambaran jelas tentang punca
kematian anak perempuan Raiha. Pembaca berasa lega dan begitu juga dengan Raiha
apabila Felicia telah mengaku dan menceritakan situasi sebenar kematian anak Raiha
itu. Felicia meminta maaf kerana tidak muncul sewaktu perbicaraan antara Doktor
Sadiz dan Raiha kerana takut. Baharulah pembaca mengetahui kedudukan sebenar
punca kematian anak Raiha.
Saspens nasib Felicia yang ditahan oleh penceroboh Pusat Rawatan Pantai
Kasih
Pembaca berasa saspens apabila Felicia ditanah oleh penceroboh yang menyamar
sebagai doktor buat kali kedua. Pembaca saspens tentang nasib Felicia
memandangkan ketika itu dia juga berada dalam keadaan khayal akibat minum ubat
batuk berlebihan. Pembaca berasa lega apabila Raiha berjaya memperdaya pemuda itu
dengan mengatakan bahawa Unong Siron memerlukan bantuan pemuda itu di hospital
yang lain.

GAYA BAHASA
1. Peribahasa
2. Similie
Berotot-otot sasa bak pahlawan dalam dongengan silam,
3. Penggunaan Diksi
Kata-kata istilah sains perubatan
Kata istilah sains perubatan banyak digunakan oleh penulis. Penulis menggunakan
ilmu bantu bagi memberikan gambaran yang jelas tentang bidang perubatan.
AntaranyaX-Ray, Clinical year, surgery, annesthetic, Super VIP, diagnostic,
roentgen, CT-Scanning, ultra sonotopografi (SUG), mamografi, angiografi,
hemodialisis
Perkataan masyarakat setempat
Latar belakang penulis yang tinggal di Sabah banyak mempengaruhi penulis
menggunakan istilah daerah atau tempatan. AntaranyaKenyerian, menggelepar,
merambah, membongkol

30
NILAI
1. Nilai Kerajinan
Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan
pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia Berjaya belajar hingga menjadi
seorang jururawat di Hospital Kinabalu.
Nilai kerajinan juga diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin belajar daripada mentornya
iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi dan sanggup melakukan apa-
apa sahaja yang diminta oleh mentornya itu termasuk membuat demonstrasi.
2. Nilai Ketekunan
Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel melalui watak Raiha yang tekun belajar sehingga
menjadi seorang pakar bedah sama seperti ayahnya. Walaupun cita-citanya itu tidak direstui
oleh ayahnya yang merupakan seorang pakar bedah, namun atas ketekunannya mengharungi
pelbagai cabaran telah menjadikan dia seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat
Rawatan Pantai Kasih.
3. Nilai Keberanian
Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematian anak perempuannya adalah
disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangi oleh Doktor Sadiz sehinggakan
kes mereka itu berlarutan dan menjejaskan nama baiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak
disenangi oleh keluarganya sendiri kerana mempertahankan benang yang basah. Apatah lagi
Sister Felicia tidak muncul untuk menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha kalah dalam kes
tersebut.
4. Nilai Bertanggungjawab
Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Siron sebagai
pembedahan yang keenam dan yang terakhir. Hal ini demikian kerana Raiha berpendapat
tidak sewajarnya gadis remaja itu menghabiskan masa menghadapi hidup dengan waktu sukar
yang sangat panjang. Tidak sepatutnya gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di
tempat sama dan atas sakit yang sama sehingga lima kali.
5. Nilai Keprihatinan
Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan sebanyak
enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan pembedahan tersebut
adalah doktor pakar yang bukan calang-calang. Rasa prihatin itu terbit dan mengharapkan
agar pembedahan keenam pada senja tadi merupakan pembedahan yang terakhir dan
berakhirlah penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh Unong selama ini.
6. Nilai Ketabahan
Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak menjadi pakar
bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah
sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu
dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan
ayahnya itu dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang
pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan
akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan untuk
bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

31
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup.
Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup. Raiha Berjaya menjadi seorang
pakar bedah setelah belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Walaupun cita-cita
Raiha untuk menjadi pakar bedah tidak direstui tetapi dengan matlamat hidup yang
jelas, cita-cita Raiha akhirnya Berjaya dikecapi.
2. Kita hendaklah menghormati hak orang lain
Setiap orang mempunyai hak. Hak orang lain perlu dihormati. Unong Siron berhak
untuk mendapat kesihatan baiknya semula, tetapi Pusat Rawatan Pantai Kasih telah
menyebabkan wang insurans akibat kemalangan jalan raya anaknya itu dihabiskan
untuk membayar kos enam kali pembedahan. Pusat Rawatan Pantai Kasih tidak
menghormati hak pesakitnya.
3. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan
Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara, dia seharusnya bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap apa-apa tindakan yang diambil. Doktor Sadiz tidak
bertanggungjawab menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuannya. Dia
merahsiakan perkara sebenar yang berlaku dan menghukum Raiha atas peristiwa
hitam itu.
4. Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain.
Kesukaran yang dihadapi oleh golongan pertengahan terutama melunaskan bayaran
pembiayaan perubatan haruslah diberikan perhatian. Bukan semua orang mampu
untuk membayar sejumlah wang apatah lagi telah dijanjikan untuk menerima rawatan
yang terbaik. Ibu Unong Siron berusaha dan tidak lokek untuk membelanjakan wang
insurans anaknya demi melihat anaknya kembali lincah dan sihat seperti anak orang
lain.
5. Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.
Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Raiha tekun
belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya juga.
Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha mempunyai matlamat hidup dan belajar
dengan tekun hingga cita-citanya sebagai pakar bedah tercapai juga.
7. Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup.
Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup. Walaupun ditentang oleh
ayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dia menjadi
pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai kasih. Raiha juga dimarahi oleh Doktor Sadiz
kerana tidak mahu menggugurkan anak cacat yang dikandunginya sering menjadi
bahan kemarahan Doktor Sadiz. Kematian anak perempuannya iaitu Rohayu
memberikan tamparan yang besar kepada Raiha, namun dia tabah menghadapi
semuanya itu walaupun mendapat cemuhan dan tentangan daripada suaminya Doktor
Sadiz.

32
ANTOLOGI JAKET KULIT KIJANG DARI
ISTANBUL
TINGKATAN 4

33
SYAIR BIDASARI - Jamilah Hj Ahmad

Rangkap 1
Rangkap 1 syair ini mengisahkan riwayat seorang raja di desa Negeri Kembayat
yang menjadi contoh teladan kepada rakyatnya.
Rangkap 2
Raja di desa Negeri Kembayat digambarkan sebagai seorang yang hebat dan
bijaksana. Baginda juga berwajah tampan dan bersikap adil terhadap orang
asing/pedagang.
Rangkap 3
Sebagai seorang raja yang hebat, baginda tidak pernah merasai kesusahan. Namun
hal tidak dapat dijangka pada masa akan datang.
Rangkap 4
Raja kemudiannya beristeri dan tidak beberapa lama kemudian permaisuri baginda
berbadan dua.
Rangkap 5
Setelah beberapa lama memerintah negara dalam keadaan aman damai, akhirnya
bala menimpa dan baginda terpaksa meninggalkan kerajaannya.
Rangkap 6
Pada suatu hari, negeri baginda diserang oleh burung garuda hingga menyebabkan
kemusnahan yang teruk.
Rangkap 7
Keadaan negara menjadi huru-hara dan semua rakyat lari bertempiaran
menyelamatkan diri.
Rangkap 8
Rakyat jelata datang menghadap raja mengkhabarkan suasana huru-hara dalam
negara. Raja dengan perasaan marah menyatakan rasa terkejutnya.

TEMA
Tema yang terdapat dalam Syair Bidasari ialah cabaran yang dihadapi oleh seorang
raja dalam memerintah negara. Pemerintahan raja di desa Negeri Kembayat
menjadi huru-hara apabila negara baginda ditimpa musibah.

PERSOALAN
1. Kehebatan seorang raja yang memerintah negara
Rangkap 2, baris 3 – Sultan halifah akas bestari

2. Keadilan seorang pemerintah


Rangkap 2, baris 4 – Melimpah ngadil dagang senteri

3. Masa depan seseorang ditentukan oleh takdir


Rangkap 3 -, baris 4 - Entah pada esok dan lusa

34
BENTUK SYAIR
1. Syair ini berbentuk terikat/tidak bebas.
2. Terdiri daripada 8 rangkap.
3. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu empat baris serangkap.
4. Semua baris membawa maksud.
5. Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu tiga hingga lima patah kata.
6. Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada 9 hingga 13 suku kata.
7. Rima akhirnya ialah aaaa.

GAYA BAHASA
1. Penggunaan repitisi atau perulangan – beberapa bulan beberapa hari.
2. Metafora – takhta kerajaan.
3. Hiperbola – datanglah menyambar suaranya bahana.
4. Simile – mendengar gempar seperti perang.
5. Inversi – tuan dengarkan suatu riwayat.
6. Bahasa istana – baginda, permaisuri, takhta
7. Asonansi – baginda duduk bersuka-sukaan (pengulangan vokal u)
8. Aliterasi – beberapa bulan beberapa hari (pengulangan konsonan k)

NILAI
1. Tanggungjawab – Raja Negeri Kembayat bertanggungjawab mentadbir negeri
dengan sempurna.
2. Ketaatan – seluruh rakyat Negeri Kembayat taat dan setia terhadap Raja Negeri
Kembayat.
3. Kebijaksanaan – Raja Negeri Kembayat yang pertama bijaak dan cekap
memimpin rakyat.
4. Keadilan – Raja negeri Kembayat yang pertama memberikan layanan yang adil
dan saksama kepada rakyat termasuklah para dagang.
5. Kasih sayang – Raja Negeri Kembayat amat menyayangi isterinya lebih-lebih lagi
setelah isterinya itu mengandung.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat dengan
amanah.
2. Kita mestilah taat dan patuh akan perintah ketua atau pemimpin demi
keharmonian negara.
3. Kita perlulah bijaksana dalam merangka dan membuat perancangan supaya
tugas dapat dijalankan dengan sempurna.
4. Sebagai pemimpin, kita hendaklah melayani setiap orang dengan adil dan
saksama tanpa membeza-bezakan darjat atau kedudukan.
5. Kita haruslah bersedia setiap masa bagi menghadapi sebarang ancaman musuh
atau malapetaka yang tidak diduga.
6. Kita haruslah memupuk sifat kasih yang mendalam terhadap ahli keluarga demi
melahirkan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.

35
GURINDAM DUA BELAS (FASAL YANG KETIGA)

Rangkap 1
Mata haruslah dipelihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang
dilarang oleh tuhan.
Rangkap 2
Telinga perlu dijauhkan dari mendengar segala hasutan dan kejian.
Rangkap 3
Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaatnya.
Rangkap 4
Tangan perlu dipelihara daripada mengambil barang yang bukan hak kita.
Rangkap 5
Nafsu makan perlu dikawal supaya tidak melakukan perbuatan yang dilarang.
Rangkap 6
Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat.
Rangkap 7
Anggota kaki perlulah dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat yang maksiat.

TEMA
Nasihat memelihara anggota diri.
Gurindam ini memberi nasihat supaya memelihara anggota diri dan berbudi pekerti.

PERSOALAN
1. Persoalan memelihara penglihatan dalam kehidupan.
2. Persoalan kebaikan memelihara tutur kata.
3. Persoalan pentingnya memelihara pendengaran.
4. Persoalan semangat penting dalam kehidupan.

BENTUK
1. Mempunyai 7 rangkap.
2. Setiap rangkap mengandungi 2 baris
3. Jumlah perkataan antara 2 hingga enam perkataan
4. Suku kata antara 8 hingga 15 suku kata
5. Rima akhir aa

GAYA BAHASA
1. Kata ganda – cita-cita
2. Asonansi – pengulangan vokal a -Apabila terpelihara mata,( rangkap 1 baris 1)
3. Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan g - Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan
tangan (rangkap 4 baris 1)

36
NILAI
1. Nilai kebijaksanaan, Contohnya kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata.
2. Nilai kesederhanaan, Contohnya kesederhanaan ketika menghadap rezeki
3. Nilai kesabaran, Contohnya kesabaran memelihara mata melihat perkara negatif.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah memelihara mata dengan bijaksana.
2. Kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak mendatangkan
kemudaratan.
3. Kita perlulah menjaga tutur kata supaya disenangi masyarakat.
4. Kita hendaklah sentiasa bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.

37
SAJAK – SANG GEMBALA KUDA - Mohd Hashim Othman

MAKSUD
Rangkap 1
Seorang penjaga kuda sedang menghalau kuda-kuda dengan penyebat masuk ke
dalam kandang.
Rangkap 2
Dalam kandang telah tersedia rumput dan jerami sebagai makanan yang
menjadikan kuda sentiasa setia.kuda ini tidak sedar dijadikan tunggangan untuk
memburu kuda lain.
Rangkap 3
Penjaga kuda diibarat penguasa yang mempunyai kemampuan untuk mengawal
seluruh pengikut . Dia menggunakan seluruh kekuasaan untuk menindas . Namun
ada seseorang yang berani menentang kekejaman dan menghalang penindasan
penguasa.
Rangap 4
Penjaga kuda hanya mahu kudanya berlari dengan kencang tanpa mengambil kira
kepenatan kuda yang ditunggang.Dia juga hanya mahu kuda yang boleh membawa
kemenangan dan tidak menghiraukan penderitaan kuda yang ditunggangnya.semua
kudanya terus ditunggangi tanpa belas kasihan.

TEMA
Menceritakan tentang tugas penjaga kuda yang mampu mengawal kudanya dengan
penyembat sebagai lambang kekuatan dan kekuasaannya di kandang.

PERSOALAN
Persoalan kebolehan penjaga kuda mengawal kuda di sesebuah kandang kuda.
Persoalan kesetian kuda kepada penjaga kuda kerana makanan yang diberikan.
Persoalan kekuasaan memerlukan kekuatan dan keupayaan dalam mengawal
sesuatu kumpulan.
Persoalan kehidupan kuda yang sentiasa dikerah tenaganya untuk kemenangan.

38
BENTUK
1. Bentuk bebas
2. Jumlah rangkap - 4 rangkap
3. Jumlah perkataan setiap rangkap - bebas
4. Jumlah suku kata dalam baris - 8 hingga 12 suku kata.
5. Rima akhir setiap rangkap - bebas

GAYA BAHASA
1. Aliterasi – perulangan konsonan’n’ . Contohnya : hanya mengenal pantas
tunggangan
2. Asonansi – perulangan vokal ’a’ - Contohnya :Dia lelaki sang gembala kuda
3. Metafora - Contohnya : cemati keberanian,rimba perburuan,paya penindasan
4. Hiperbola - Contohnya rembatan angkuhnya memacu takut.

NILAI
1. Keberanian – penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan
rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.
2. Tanggungjawab – penjaga kuda bertanggungjawab menjaga kuda tunggangannya
dengan mengurus makan dan minum secara baik.
3. Kebijaksanaan – penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya ketika dia
menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.
4. Kegigihan – penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya menjaga kuda-kuda
tunggangan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan terhadap kuda-kuda itu.
5. Kepatuhan – sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah berani menghadapi berbagai-bagai-bagai rintangan tanpa mudah
putus asa.
2. Kita hendaklah setia dan patuh dengan pemerintah atau ketua.
3. Kita hendaklah gigih berusaha dalam melaksanakan sesuatu tuga agar kejayaan
dapat dikecapi.
4. Kita hendaklah bijak dalam merancang dan menjalankan tugas dengan baik dan
sempurna.
5. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang
diamanahkan.

39
SAJAK – AKU MEMBACA LAGI - Razali Mohd Yussof

MAKSUD
Rangkap pertama - Penyajak memandang ke langit lalu memerhatikan keadaan
langit. Dengan perasaan penuh kesyukuran, dia menghayati keindahan alam yang
diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang
berhembus dan banjaran gunung.
Rangkap kedua - Penyajak menghayati anugerah Tuhan kepada manusia yang
digambarkan melalui burung yang berkicau, kewujudan pantai dan ombak, dan
kemunculan pelangi.
Rangkap ketiga - Penyajak mendapati bahawa alam semula jadi semakin tercemar
apabila negara semakin makmur. Pencemaran alam semula jadi ini dikaitkan
dengan keadaan bahasa Melayu yang semakin lama semakin kurang didaulatkan
oleh rakyat walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Selain itu,
penyajak mendapati bahawa kemakmuran negara tidak dapat menjamin kedaulatan
bahasa Melayu.
Rangkap keempat - Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa
sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.
Rangkap kelima - Penyajak meluahkan kekesalannya apabila bahasa Melayu yang semakin
diketepikan terus dipinggirkan oleh semua pihak.

TEMA - Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan.

PERSOALAN
1. Keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan. Contoh : Penyajak menghayati
keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang
bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.
2. Kedaulatan bahasa Melayu yang kian hilang. Contoh : Penyajak mendapati
bahawa semakin lama semakin kurang orang yang mendaulatkan bahasa Melayu
walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan.
3. Kesedihan pejuang bahasa terhadap nasib bahasa Melayu. Contoh : Para
pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa
Melayu yang tidak dimartabatkan.

BENTUK SAJAK
1. Terdiri daripada lima rangkap
2. Terdiri daripada empat hingga tujuh baris dalam satu rangkap
3. Terdiri daripada satu hingga enam perkataan dalam satu baris
4. Terdiri daripada empat hingga 12 suku kata dalam satu baris
5. Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.

GAYA BAHASA
1. Sinkof - Ku selusuri alam
2. Personifikasi -desiran ombak dan wajah pelangi
3. Repitisi -helai demi helai
4. kata ganda - pohon-pohon kian rapuh

40
NILAI
1. Nilai kesyukuran - Contoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak
menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui
awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.
2. Nilai cinta akan Bahasa - Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa
Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.
3. Nilai cinta akan alam sekitar – Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam
yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin
yang berhembus dan banjaran gunung.

PENGAJARAN
1. Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan. Contoh : Dengan perasaan penuh
kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang
digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran
gunung.
2. Kita mestilah cinta akan bahasa. Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan
bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak
dimartabatkan.
3. Kita mestilah cinta akan alam sekitar. Contohnya, penyajak menghayati keindahan alam
yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang
berhembus dan banjaran gunung.

41
SAJAK WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY - Abdul Ghafar Ibrahim

MAKSUD
Rangkap pertama -Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan
yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang
dihadapinya.
Rangkap kedua -Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk
mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.
Rangkap ketiga -Dalam kehidupan penyajak, dia sering berhadapan dengan
pelbagai dugaan yang menguji kesabaran dan keimanannya.
Rangkap keempat -Penyajak yang berasakan dirinya hebat sering terpedaya oleh
nafsu. Namun begitu, penyajak cepat tersedar seterusnya mengambil langkah
berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.
Rangkap kelima -Penyajak sentiasa berusaha membaiki dirinya dengan bertekad
untuk berubah ke arah kebaikan walaupun dia tidak mengetahui apa-apa yang bakal
ditempuhnya pada hari-hari yang mendatang.
Rangkap keenam -Penyajak yang semakin berusia menjadi lebih matang. Dia tidak
mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.
Rangkap ketujuh -Dalam era globalisasi, penyajak sering melakukan muhasabah
diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.
Rangkap kelapan -Apabila tiba waktunya, penyajak harus bersedia menghadapi
kenyataan hidup yang bersifat sementara. Setiap peristiwa dalam hidup penyajak
berlalu dengan amat pantas. Oleh itu, penyajak menasihati pembaca agar tidak
mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.

TEMA - Ketabahan insan dalam mendepani dugaan hidup.

PERSOALAN
1. Kepentingan merancang kehidupan. Contoh : Dalam diri penyajak, dia telah
membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala
masalah / kesusahan yang dihadapinya.
2. Kegigihan untuk menyelesaikan masalah. Contoh : Dalam pemikiran penyajak, dia
mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah
dipermainkan oleh orang lain.
3. Cara menjalani hidup dengan bermanfaat. Contoh : Penyajak menasihati
pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati
Tuhan.

BENTUK SAJAK
1. Terdiri daripada lapan rangkap
2. Terdiri daripada tiga hingga 10 baris dalam satu rangkap
3. Terdiri daripada tiga hingga enam perkataan dalam satu baris
4. Terdiri daripada tujuh hingga 15 suku kata dalam satu baris
5. Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.

42
GAYA BAHASA
1. Sinkof -yang tak diduga klimaksnya
2. Hiperbola -hidup menentang senja dan malam
3. Personifikasi - ombak gelora menampar pantai aman
4. Repitisi -menghayati skrip demi skrip
5. Anafora - aku berlatih menangkis angin , aku berlatih memunggah awan
6. Simile – bagai siang memanggil malam
7. Metafora -Dalam kebun diriku - Dalam parlimen diriku
8. Kata ganda -Elakkan dirimu menjadi sia-sia

NILAI
1. Nilai rasional - Contoh : Penyajak berfikiran rasional apabila menasihati pembaca
agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.
2. Nilai kegigihan - Contoh : Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan
cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh
orang lain.
3. Nilai keinsafan - Contoh : Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya
seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.

PENGAJARAN
1. Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan. Contoh : Penyajak cepat insaf /
tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak
terperdaya lagi.
2. Kita mestilah memiliki pendirian. Contoh : Penyajak tidak mudah panik dan tidak
mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.
3. Kita mestilah sentiasa melakukan muhasabah diri. Contoh : Penyajak sering melakukan
muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam
perjuangannya.

43
SAJAK GELANGGANG - Onn Malini

MAKSUD SETIAP RANGKAP


Rangkap pertama - Penyajak menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah
negara yang ditubuhkan oleh generasi terdahulu iaitu kira-kira 50 tahun yang lalu.
Malaysia terbentuk hasil perpaduan setiap kaum demi masa depan generasi
seterusnya.
Rangkap kedua - Kita ialah generasi yang mewarisi Malaysia yang diperjuangkan
oleh generasi terdahulu. Mereka bekerja keras dan bersusah payah untuk
mendapatkan kemerdekaan negara. Kemakmuran negara dapat dinikmati apabila
rakyat bersatu padu. Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara
kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab daripada pihak luar yang cuba
memusnahkan negara. Cara ini telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai kaum
di negara kita.
Rangkap ketiga - Penyajak berpendapat bahawa pemimpin kini harus berani
melawan tuduhan melulu yang dilemparkan demi mempertahankan kedaulatan
negara. Pendapat yang dikemukakan oleh sesetengah pihak yang cuba
menjatuhkan Malaysia harus kita tentang tanpa tolak ansur supaya tidak menggugat
kedaulatan negara. Pihak tersebut tidak harus melakukan tindakan untuk mencabar
Malaysia kerana perbuatan mereka akan menyusahkan diri mereka.
Rangkap keempat - Penyajak menyeru rakyat yang benar-benar cinta akan negara
supaya mengukuhkan tali persaudaraan agar pertelingkahan sesama rakyat dapat
dihindari.
Rangkap kelima - Penyajak menyatakan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia
bertanggungjawab memikul amanah yang diberi untuk memastikan kecemerlangan negara
di peringkat dunia dengan mencapai kejayaan demi kejayaan. Hal ini demikian kerana
kejayaan yang diperoleh rakyat Malaysia melambangkan maruah Malaysia dan jati diri
mereka. Kita bertanggungjawab dalam meneruskan kesinambungan Malaysia sebagai
negara yang harmoni dan dihormati oleh semua pihak. Malaysia wajib kita hargai, hormati
dan muliakan sampai akhir hayat kita.

TEMA
Kepentingan mempertahankan kedaulatan tanah air.

PERSOALAN
1. Perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan. Contoh :
Generasi dahulu berjuang mendapatkan kemerdekaan negara dengan keringat dan
air mata.
2. Kepentingan perpaduan dalam menjaga keamanan negara. Contoh : Penyajak
menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara
negara daripada ancaman luar.
3. Tanggungjawab rakyat dalam mendaulatkan negara. Contoh : Penyajak menyeru semua
rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab daripada pihak
luar yang cuba memusnahkan negara.

44
BENTUK SAJAK
1. Terdiri daripada lima rangkap.
2. Terdiri daripada dua hingga lapan baris dalam satu rangkap.
3. Terdiri daripada satu hingga Sembilan perkataan dalam satu baris.
4. Terdiri daripada tiga hingga 22 suku kata dalam satu baris.
5. Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.

GAYA BAHASA
1. Anafora
Kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
Kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
2. Hiperbola - Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat dan air
mata
3. Inversi - jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri
4. Personifikasi -demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
5. Kata ganda - yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih

NILAI
1. Nilai keberanian - Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita
harus berani berani berjuang untuk menangkis tohmahan pihak luar.
2. Nilai perpaduan - Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu
padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.
3. Nilai tanggungjawab - Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya
memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab daripada pihak luar
yang cuba memusnahkan negara.

PENGAJARAN
1. Kita mestilah bersatu padu -Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang
bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.
2. Kita mestilah berani bertindak -Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin
negara kita harus berani berjuang untuk menangkis tohmahan pihak luar.
3. Kita mestilah bertanggungjawab atas kedaulatan negara – contohnya, penyajak menyeru
semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab
daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.

45
PROSA TRADISIONAL – KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

SINOPSIS
Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada
untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-
tujuh penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada
merancang untuk mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan
laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin
membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka.
Patih Gajah membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan
bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala
Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri menyebabkan Seri Betara menitahkan
Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan laksamana
Melaka dan menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya.
Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyamar sebagai pengikut Patih Kerma
Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang
kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan
kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya menjaga
keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka dari kejadian kecurian. Namun
kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal ini kerana
Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri daripada
ditangkap. Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri kepada
Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke
istana pula.
Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana
berjaya menggagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja, membakar
dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh
oleh laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai
bukti laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota
badannya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada
sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun laksamana
telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang
telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberi anugerah
kepada laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari
Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya
ditemui dan Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut
barang-barang tersebut. Baginda sultan telah meminta supaya empunya barang-
barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian dari barang-barang tersebut
kepada laksamana. Namun laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu
bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh
laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil
sedikit pun dari harta tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang dibunuh
oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih
Gajah Mada tidak putus asa terus mencari orang yang dapat membunuh Sultan dan
Laksamana Melaka.

46
TEMA
Kepahlawanan seorang laksamana mempertahankan negara. Keberanian dan
kegagahan Laksamana mempertahankan negeri Melaka dari ancaman penjurit tujuh
bersaudara serta Kertala Sari dari Majapahit yang membuat huru-hara.

PERSOALAN
1. Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan.
2. Persoalan pemimpin mestilah seorang yang bijaksana.
3. Persoalan pemimpin yang mengambil berat kesusahan rakyat.
4. Persoalan penggunaan ilmu kesaktian dalam kehidupan seseorang.
5. Persoalan perasaan dendam membawa akibat buruk.

WATAK DAN PERWATAKAN

1. Laksamana
 Seorang yang berani
 Seorang yang pemurah
 Seorang yang bijaksana
 Cinta akan keamanan negara
 Taat setia kepada pemerintah
 Pandai dalam ilmu kesaktian
 Memiliki sifat kepahlawanan

2. Kertala Sari
 Anak kepada Petala Bumi
 Berasal dari Majapahit
 Seorang pencuri yang handal
 Seorang yang tamak dan angkuh
 Seorang pendendam
 Pandai dalam ilmu kesaktian
 Suka membuat huru-hara
 Taat kepada pemerintah

3. Sultan Melaka
 Seorang yang prihatin
 Seorang pemimpin yang adil
 Seorang yang mengenang budi

4. Patih Gajah Mada


 Berasal dari Majapahit
 Seorang pendendam

47
LATAR

Latar Masyarakat
1. Masyarakat feudal -Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan
beraja .
2. Masyarakat yang bertanggungjawab -Contoh : Laksamana menawarkan diri untuk
menangkap penjurit yang menyebabkan masalah kecurian di negeri Melaka
3. Masyarakat yang mengenang budi - Contoh : Saudagar dan orang-orang kaya
yang kehilangan hartanya akibat dicuri oleh Kertala Sari telah memberikan
sebahagian harta mereka kepada Laksamana dengan ikhlas serta harta mereka
ditemui.
4. Masyarakat yang taat pada pemerintah - Contoh : Ketaatan Laksamana terhadap
Sultan dan negerinya.

Latar Tempat
1. Negeri Melaka - Contoh: Kertala Sari membuat huru-hara dengan mencuri harta
sudagar dan orang-orang kaya di Melaka
2. Majapahit -Contoh: Patih Gajah Mada dan Seri Bentara merancang untuk
membalas dendam atas kematian penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina.
3. Di tengah pasar -Contoh : Tempat Kertala Sari mati dibunuh oleh Laksamana.

Latar Masa
1. Malam - Contoh: Kertala Sari masuk mencuri ke rumah saudagar dan orang-
orang kaya pada sebelah malam.
2. Siang - Contoh: Bendahara melaporkan kepada Sultan bahawa rumahnya telah dimasuki
pencuri dan habis segala harta-hartanya.

GAYA BAHASA
1. Bahasa istana -Contoh: sultan, patik, tuanku,
2. Bahasa pinjaman bahasa Jawa -Contoh: manira,kula,pakanira
3. Kata ganda -Contoh: kaya-kaya, sekuasa-kuasa, menampar-nampar,tikam-
menikam,radak-meradak

NILAI
1. Nilai keberanian. Contoh:Laksamana berani untuk menentang dan membunuh
Kertala Sari.
2. Nilai tolong-menolong. Contoh: Laksamana menawarkan diri untuk mengawal
keselamatan negeri Melaka.
3. Nilai kebijaksanaan. Contoh: Laksamana menggunakan tipu helah untuk
mengalahkan Kertala Sari dengan berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada
waktu malam.
4. Nilai pemurah - Contoh: Laksamana membahagi-bahagikan harta yang
dihadiahkan oleh saudagar dan orang-orang kaya kepada fakir miskin dan orang-
orang bawahannya tanpa mengambil sedikit pun harta itu.

48
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah berani menghadapi musuh supaya keselamatan negara akan
terjamin.
2. Kita hendaklah rasional membuat keputusan agar tidak menyesal pada masa
akan datang.
3. Janganlah kita mempunyai perasaan dendam supaya hidup kita sentiasa bahagia.
4. Kita hendaklah mengamalkan sikap pemurah agar kehidupan kita sentiasa dirahmati
Tuhan.

49
CERPEN – KADUK, AYAM DAN RAJA (Zurinah Hassan)

SINOPSIS
Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja mengisahkan perjuangan cucu Kaduk iaitu Hakim
yang berusaha mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja.
Hakim yang merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu
Azam seorang lulusan bidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah
seluas empat ekar itu. Melalui penghujahan Azam, beliau telah berjaya meyakinkan
mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja tanpa
kerelaannya hatinya. Hal ini menyebabkan kemenangan berpihak kepada Hakim.
Setelah itu, Hakim merancang untuk menternak ayam secara pertanian kontrak
dengan syarikat besar yang menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama
Rangkaian Jasa Agrikultur atau singkatannya RAJA. Hakim menternak ayam bagi
menyahut seruan kerajaan yang banyak memberi insentif kepada penternak.
Kesungguhannya terbukti apabila Hakim telah membuat pinjaman bank melebihi dua
ratus ribu ringgit. Hakim terpaksa meminda kertas kerjanya beberapa kali dan hasil
bantuan seorang Yang Berhormat telah menyebabkan bank meluluskan pinjaman
tersebut untuk membina sebuah reban ayam tertutup yang dilengkapi sistem
penyaman udara serta peralatan memberi makanan secara semi automatik. Setelah
kelulusan bank diperoleh, satu perjanjian kontrak di meterai antara Hakim dan
syarikat RAJA, maka projek penternakan ayam pun bermula.
Konflik mula timbul setelah setahun Hakim menjadi penternak ayam. Sahabat
karibnya Azam telah pulang dari luar negara kerana berkursus dan terus berjumpa
dengan Hakim. Hakim telah menceritakan masalah yang dialaminya sepanjang dia
menjadi penternak ayam iaitu terdapat rungutan orang kampung terhadap lorinya
yang telah menyebabkan keadaan jalan kampung bertambah teruk. Selain itu, hakim
menjelaskan kepada Azam bahawa hidupnya dibelenggu hutang dengan
menunjukkan penyata hasil jualan ayam dari rebannya yang bernilai lapan puluh
lima ribu ringgit. Namun begitu hanya tiga belas ribu ringgit sahaja yang diterimanya
kerana selebihnya digunakan untuk membayar hutang kepada syarikat RAJA.
Jumlah wang yang diterima itu pula terpaksa digunakan untuk membayar pelbagai
kos seperti bil elektrik, bil air, hutang bank dan sebagainya. Hakim menzahirkan
penyesalannya tentang memilih ternakan kontrak yang dianggapnya situasi menang
menang tetapi keadaan yang sebaliknya pula berlaku. Hakim mula menyedari
bahawa dirinya telah dieksploitasi oleh Syarikat RAJA melalui harga dedak dan ubat
untuk ayam ternakannya sehingga hutangnya meningkat. Hakim menganggap
dirinya menerima nasib yang sama seperti nasib datuk yang tertipu oleh orang yang
memiliki kuasa.

TEMA
Tema cerpen ini ialah kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang
keusahawanan. Sebagai contoh Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk
menjalankan projek ternakan ayam walaupun terpaksa menempuh pelbagai
cabaran.

50
PERSOALAN
1. Persoalan keberanian menuntut hak. Sebagai contoh Hakim berani menuntut
tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya,
Azam.
2. Persoalan memahami selok-belok bidang keusahawanan. Sebagai contoh Hakim
mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam
yang dirancangnya.
3. Persoalan ketaatan terhadap pemerintah. Sebagai contoh Kaduk mentaati
perintah raja dengan menukarkan ayam Kunani dengan ayam raja atas perintah
baginda semasa bersabung ayam.
4. Persoalan penindasan golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lemah. Sebagai
contoh, syarikat RAJA mengambil kesempatan dengan menentukan harga dedak dan ubat
ayam ternakan sehingga menyebabkan Hakim menanggung beban hutang.

TEKNIK PLOT

1. Pemerian
Pengarang menggambarkan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh Hakim untuk
membina reban ayam tertutup. Sebagai contoh dia memulakan segala kerja,
menebang pokok dan meratakan tanah, berlori-lori tanah telah diangkat untuk
menambak kawasan yang memang rendah dan berair itu.

2. Dialog - “Dah berapa kali kau menjual ayam?” tanya Azam

3. Imbas muka - Hakim pernah berseloroh, “Kalau aku berjaya menebus kembali
tanah itu, aku nak dirikan sebuah memorial.”

4. Imbas kembali - “Kau ingat kan , tanah inilah yang kita tuntut di mahkamah
dengan susah payah.”

5. Kejutan - Nilai jualan dari rebanku ialah lapan puluh lima ribu ringgit. Tetapi akhirnya
hanya tiga belas ribu sahaja yang masuk ke kantungku. Tujuh puluh dua ribu adalah untuk
RAJA kerana membayar harga anak-anak ayam, harga dedak dan ubat-ubatan. Dari tiga
belas ribu itulah aku membayar hutang bank, gaji pembantu, upah penangkap ayam,
membayar bil elektrik dan bil air yang cukup tinggi dan segala kos penyelenggaraan yang
lain.

51
WATAK DAN PERWATAKAN
1. Hakim
 Anak kepada Hassan dan cucu kepada Kaduk.
 Seorang yang berani memperjuangkan hak. Sebagai contoh Hakim berani
menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah melalui
sahabatnya, Azam.
 Seorang yang gigih menceburi bidang keusahawanan. Sebagai contoh Hakim
mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang
penternakan ayam yang dirancangnya.
 Seorang yang tabah menghadapi masalah. Sebagai contoh Hakim tabah
mengharungi cabaran akibat kegagalannya dalam bidang keusahawanan.
 Seorang yang rajin menuntut ilmu. Sebagai contoh Hakim berjaya
melanjutkan pelajaran ke universiti.

2. Azam.
 Sahabat baik Hakim semasa di universiti.
 Seorang yang suka membantu orang lain. Sebagai contoh Azam membantu
Hakim dengan menjadi peguamnya dalam kes tuntutan tanah milik datuknya.
 Seorang yang rajin menuntut ilmu. Sebagai contoh walaupun Azam sudah
memiliki ijazah dalam bidang undang-undang namun dia sanggup menghadiri
kursus selama setahun di luar negara untuk menambah pengetahuannya.
 Seorang yang prihatin. Sebagai contoh Azam sanggup mendengar masalah-
masalah yang dihadapi oleh Hakim dalam usaha penternakan ayamnya
kerana dia prihatin terhadap sahabatnya itu.

3. Kaduk.
 Datuk kepada Hakim dan ayah kepada Hassan.
 Seorang yang suka bersabung ayam. Sebagai contoh Kaduk bersabung
ayam dengan raja.
 Seorang yang mentaati raja. Sebagai contoh Kaduk sanggup menyerahkan
ayam Kunani apabila diminta oleh raja.

4. Raja
 Seorang yang suka bersabung ayam. Sebagai contoh raja bersabung ayam
dengan Kaduk.
 Seorang yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.
Sebagai contoh raja telah menukarkan ayamnya dengan ayam kunani Kaduk
untuk memenangi pertandingan itu.

52
LATAR

Latar masa
1. Zaman lampau. Sebagai contoh Kaduk pernah bersabung ayam dengan ayam
raja.
2. Zaman selepas merdeka. Sebagai contoh Hakim didedahkan oleh kerajaan
melalui Dasar Ekonomi Baru terhadap projek penternakan ayam secara kontrak
dengan syarikat RAJA.
3. Dalam masa setahun. Sebagai contoh Hakim mengalami kerugian dalam masa
setahun dia menjalankan penternakan ayamnya.

Latar tempat.
1. Mahkamah. Sebagai contoh kes tuntutan Hakim terhadap tanah milik datuknya
dijalankan di mahkamah.
2. Tanah Kaduk. Sebagai contoh Hakim menjalankan projek ternakan ayamnya di
tanah Kaduk.
3. Kampung. Sebagai contoh penduduk kampung mendakwa lori-lori Hakim telah
merosakkan jalan kampung mereka.
4. Universiti. Sebagai contoh Hakim dan Azam melanjutkan pelajaran di universiti
yang sama.

Latar masyarakat
1. Masyarakat yang mementingkan bidang keusahawanan. Sebagai contoh para
menteri menyeru rakyat menceburi bidang keusahawanan melalui pertanian yang
mengeluarkan lebih banyak makanan.
2. Masyarakat yang sensitif terhadap keadaan sekeliling. Sebagai contoh penduduk
kampung merungut apabila mendapati jalan di kampung mereka rosak akibat dilalui
oleh lori-lori Hakim.
3. Masyarakat yang bekerja untuk mencari rezeki. Sebagai contoh Hakim mengambil
pekerja-pekerja untuk bekerja di projek penternakan ayamnya.
4. Masyarakat yang mengamalkan sistem feudal. Sebagai contoh wujud dua
golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat semasa hayat Kaduk.

GAYA BAHASA
1. Sinkope - kau, ku
2. Pengulangan kata - Sebagai contohnya: Kami sama-sama membela ayam dan
kami sama-sama menggadai tanah. Kami sama-sama berada di bawah cengkaman
orang berkuasa.
3. Kata ganda - Sebagai contohnya: bangunan-bangunan, sama-sama dan tanah-
tanah.
4. Bahasa Arab - Sebagai contoh: Assalamualaikum, Alhamdulillah
Bahasa Inggeris - Sebagai contoh Global Chicken
5. Simile - Sebagai contoh : Bank akan merampas tanahku tak ubah seperti raja
merampas tanah datuk ku dahulu.
6. Personifikasi. Sebagai contoh; Setiap musim syarikat payung akan mengatur lori-lori untuk
mengangkut ayam-ayam yang sudah besar.

53
NILAI
1. Nilai keadilan. Sebagai contoh hakim menuntut keadilan di mahkamah bagi pihak
datuknya yang telah ditipu.
2. Nilai keberanian. Sebagai contoh hakim berani menceburi bidang keusahawanan
yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.
3. Nilai kegigihan. Sebagai contoh Hakim gigih menjadi penternak ayam walaupun
dirinya terpaksa menanggung hutang yang banyak.
4. Nilai keprihatinan. Sebagai contoh Azam sangat prihatin dengan masalah yang
dihadapi oleh hakim dengan memberi semangat kepadanya untuk terus berjaya
menjadi penternak moden sebelum dia berangkat ke luar negara untuk berkursus.
5. Nilai tolong-menolong. Sebagai contoh Azam sanggup menjadi peguam Hakim untuk
menolongnya mendapatkan hak tanah seluas empat ekar milik datuk hakim.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menuntut hak kita yang dirampas oleh orang lain. Sebagai contoh
Hakim menuntut hak milik tanah datuknya yang diambil raja di mahkamah.
2. Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Sebagai
contoh Hakim gigih berusaha untuk mendapatkan kelulusan bank bagi menjayakan
projek penternakan ayam walaupun terpaksa meminda kertas projeknya beberapa
kali sebelum bank meluluskan permohonannya dengan bantuan Yang Berhormat.
3. Kita hendaklah berani menceburi bidang perniagaan. Sebagai contoh hakim
berani mengusahakan tanah peninggalan datuknya dengan menjalankan
penternakan ayam untuk dijual.
4. Kita hendaklah menolong golongan yang memerlukan bantuan. Sebagai contoh
Azam membantu sahabatnya dengan menjadi peguam bagi mendapatkan hak milik
tanah datuk Hakim.
5. Kita janganlah mengambil kesempatan terhadap golongan yang lemah. Sebagai contoh
Syarikat RAJA mengenakan bayaran yang tinggi terhadap makanan dan ubat ayam yang
dibeli oleh Hakim untuk mengaut keuntungan yang lebih.

54
CERPEN – MUNSYI (Mawarni Sulaiman)

SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke kota dihalang
oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di
bandar. Pada bondanya, ‘saya’ masih belum mantap bahasa ibunda dan jati dirinya.
Menurut bondanya lagi, warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama,
bahasa dan bangsa. Penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan
rakyat sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum.
Oleh itu, bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa dan negara supaya
terus dihormati dan disegani. Sebagai seorang warga yang bersifat patriotik, bonda memiliki
banyak buku lama yang berkaitan dengan bahasa,dan sejarah. Buku-buku tersebut selalu
‘saya’ baca. Menurut bonda, asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu
akidah Islam, bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil. Setelah ‘saya’ berasa
mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke bandar untuk meneruskan
kehidupan. Namun bonda berpesan agar menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa.
Bonda juga mengirimkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang bernama Munsyi
melalui ‘saya’. Apabila tiba di bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut pada
kawannya itu yang pada pengamatan ‘saya, Munsyi’ merupakan seorang yang sangat
mencintai bangsa dan budayanya. Dia tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah
perkampungan tradisi di pinggir bandar. Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah
hilang identiti dan jati diri. Akibat sibuk bekerja, ‘saya’ tidak bertemu Munsyi. Suatu hari,
‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi akan dibangunkan dengan pelbagai
bangunan mewah dan hotel. Apabila ‘saya’ mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera
berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ. ‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama yang
telah ‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak kelihatan
di mana-mana.

TEMA
Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa
sekumpulan warga negara. Contohnya, ibu kerap menasihati ‘saya’ agar memelihara dan
cinta akan agama, budaya dan bahasa agar dihormati oleh orang.

55
PERSOALAN
1. Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan. Contohnya,
‘saya’ memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina
kehidupannya seperti kebanyakan remaja yang lain.
2. Peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan rakyat sesebuah negara.
Contohnya, pihak penjajah telah menjalankan sistem pecah dan perintah agar
agihan kekayaan negara tidak berlaku secara adil hingga menimbulkan rusuhan
kaum akibat rasa tidak puas hati rakyat.
3. Kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupannya.
Contohnya, ‘Saya’ tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan
sebelum berhijrah ke bandar.
4. Ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibunya. ‘Saya’ mentaati nasihat ibunya
yang tidak membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada pendapat ibunya
‘saya’ masih belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di bandar.
5. Kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya. Contohnya, ibu keberatan untuk
melepaskan ‘saya’ ke bandar kerana bimbang ‘saya’ terpengaruh akan budaya
negatif yang terdapat pada remaja di bandar.

TEKNIK PENCERITAAN
1. Dialog - “Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya.”
2. Imbas kembali - Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah
mencalit sejarah hitam empat dekad lampau.
3. Imbas muka. - Di kota nanti carilah seorang sahabat lama bonda bernama
Munsyi.
4. Pemerian. Salam saya akhirnya dijawab oleh seorang lelaki di usia emas dengan
janggut putih menutupi sebahagian muka yang putih bersih. Pakaiannya lengkap
dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di
zaman kesultanan Melayu. Di jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris
bersarung cantik.
5. Kejutan. Saya mendengar khabar bahawa syarikat perumahan akan mengambil
alih kampung tradisi yang didiami oleh Munsyi dengan pelbagai bangunan mewah
dan hotel bertaraf lima bintang.
6. Saspens. Aku mencari Munsyi tetapi tidak berjumpa.

WATAK DAN PERWATAKAN


1. Watak utama - ‘Saya’
 Seorang yang taat -‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia
berhijrah ke bandar.
 Seorang yang amanah. -‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-
buku yang sepatutnya diserahkan kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke
bandar.
 Seorang yang gemar membaca- ‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu
dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
 Seorang yang tidak mudah putus asa -‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi
apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu
pernah ditolak oleh ibunya.

56
2. Watak sampingan
Bonda ‘saya’
 Seorang yang berpengetahuan luas. -Bonda bercerita kepada ‘saya’ tentang
sejarah pahit tanah air.
 Seorang yang bersifat patriotik. -Bonda menasihati ‘saya’ agar memelihara
agama, bahasa ibunda dan negara.
 Seorang yang amat memahami -Bonda mengizinkan ‘saya’ berhijrah apabila
didapati anaknya itu sudah mantap ilmu dan jati dirinya.

Munsyi
 Kawan lama bonda.
 Seorang yang cinta akan budaya Melayu -Munsyi berpakaian tradisi Melayu
yang lengkap dengan keris ketika menyambut kedatangan ‘saya’.
 Seorang yang mengalu-alukan

LATAR

Latar masa
1. Zaman pemerintahan penjajah - Penjajah telah memerintah negara menggunakan
sistem pecah dan perintah.
2. Zaman selepas merdeka - Rakyat sibuk mengejar harta dan pangkat sehingga
lupa akan nilai, bahasa dan agama selepas dijajah.

Latar tempat
1. Di kampung -Pada mulanya, bonda tidak membenarkan ‘saya’ meninggalkan
kampung untuk berhijrah ke kota
2. Di kota -‘Saya’ berhijrah ke kota untuk membina kehidupan yang lebih sempurna.
3. Di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota -Munsyi tinggal di sebuah rumah
yang terletak di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota.

Latar masyarakat
1. Masyarakat kampung. -‘Saya’ dan bonda tinggal di kampung.
2. Masyarakat remaja yang tinggal di bandar. -‘Saya’ dapati masyarakat remaja yang
tinggal di bandar kebanyakannya telah hanyut oleh keseronokan hidup.
3. Masyarakat yang mengamalkan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan. -
Penduduk kampung tradisi mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan
mereka terhadap pencerobohan tanah milik mereka oleh pihak berkuasa.
4. Masyarakat yang cekal dan berani. - Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal
dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.

57
GAYA BAHASA
1. Kata ganda - Zaman- berzaman
2. Metafora. - Pagar-pagar perkauman, pohon kebenaran, racun perkauman
3. Peribahasa. -Bahasa jiwa bangsa
4. Simile - Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan
seorang maharaja di zaman kesultanan Melayu.
5. Hiperbola -Namun kerana hasad dengki, khianat, kronisme serta rasuah yang
bermaharajalela, kegemilangan yang dibina musnah sekelip mata.

NILAI
1. Patriotik. Bonda menasihati ‘saya’ agar sentiasa memelihara bahasa ibunda dan
agama.
2. Ketaatan. ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke
bandar.
3. Kegigihan. Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka
hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
4. Amanah. ‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu menyerahkan buku-buku
kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah taat pada perintah dan larangan ayah dan ibu. ‘Saya’ tidak
membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar
2. Kita hendaklah gigih apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Anak-anak bangsa
pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar
pelabuhan yang terkenal.
3. Kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan pengetahuan.‘Saya’ telah
mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku
lama milik ibunya.
4. Kita tidak boleh mudah putus asa apabila menemui kegagalan.‘Saya’ meminta izin ibunya
sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah
ditolak oleh ibunya.

58
Cerpen JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL ( Maskiah Haji
Masrom )

SINOPSIS
Mengisahkan Aku melancong ke negara Turki sambil mencari cenderahati untuk di
bawa pulang ke Malaysia. Pelbagai barangan yang tersenarai untuk dibeli kepada
rakan-rakan serta dirinya sendiri. Namun dirinya hanya tertarik dengan buku-buku
berbanding barang-barang hiasan yang lain. Sejumlah wang telah disediakan dan
diperuntukkan untuk pembelian cenderahati tersebut serta sedikit wang kecemasan
untuk dirinya. Beliau juga telah dinasihatkan oleh pemandu pelancong dan beberapa
panduan serta pantang larang ketika berbelanja di Istanbul. Aku serta rakan-
rakannya berasa sukar untuk menawar harga barangan yang hendak dibeli kerana
tiada tanda harga dipamerkan dan harga barangan hanya akan diberitahu jika
ditanya. Melintasi sebuah kedai menjual jaket kulit, Aku terpaku pada sepasang
sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin. Aku mengimbas akan abangnya
yang menunggang motosikal pergi balik kerja. Andai ada sarung tangan kulit, tentu
tangan Abang Longnya itu tidak terdedah pada terik matahari. Pemuda Turki seakan
dapat membaca isi hati menunjukkan sarung tangan kulit itu namun Aku tidak berani
mengambilnya kerana tidak mengetahui akan harganya. Hajah Normah dan dan Dr.
Liza tertarik dengan harga jaket berwarna kuning keemasan yang dibeli oleh Haji
Helmi dan isterinya dengan harga yang murah berbanding kedai-kedai lain. Aku
tiada pilihan mengikut rakan-rakannya masuk ke kedai tersebut. Kedainya tidaklah
begitu luas namun mampu menempatkan sepuluh orang pelanggan pada satu-satu
masa dan mempunyai beratus-ratus helai jaket kulit beraneka warna dan rupa
bergantungan kemas di dalam rak berhawa dingin. Aku dan rakannya dilayan mesra
umpama selebriti. Pekedai tanpa putus asa memujuk Aku agar membeli jaket kulit
kijang, namun Aku masih belum berniat untuk mencari pengganti jaket kain yang
telah lama berkhidmat kepadanya. Namun, kerana ingin mengambil hati rakan-
rakannya atau terhutang budi kerana secawan teh epal, Aku cuba mengenakan jaket
kulit tersebut. Aku tersentak dengan harga yang disebutkan kerana dia tidak
mempunyai wang yang banyak untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut itu. Dua
rakannya itu telah membayar harga jaket pilihan mereka. Aku dengan kata-kata
berbudi bahasa mengambil keputusan untuk tidak membeli jaket tersebut. Wajah
pekedai bertukar masam dan marah dengan tindakan Aku dan mengeluarkan kata-
kata kesat. Perjalanan melawat Egyptian Market, Aku didatangi seorang remaja
kurus dan bercakap separuh berbisik menjual barangan Black market. Melewati
rakan Aku, Kak Chah dan Shahmeem, lelaki dewasa bertubuh tegap iaitu seorang
polis menangkap remaja tersebut atas kesalahan menjual barangan Black market.
Ketika beratur menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus, seorang lelaki tua
dengan berani meletakkan sehelai jaket kulit berwarna hitam di lengan Aku. Rakan
Aku, Shahmeem menunjukkan minat dan membeli dengan harga AS$ 120, namun
tidak sesuai dengannya apabila dipakai. Shahmeem menjual pula kepada Aku
dengan harga AS$100. Aku terpaku namun dapat menggembirakan hati Shahmeem.
Aku juga menggambarkan tidak praktikalnya jaket itu digunakan di Malaysia, tidak
sesuai dipakai dengan cuaca di Malaysia. Perlu dijaga dengan rapi, tidak boleh
dilipat sembarangan, kulitnya tidak tahan lasak jika koyak pula tidak dapat dijahit
dengan benang. Jelas sekali Aku terlihat lebih seekor Kijang akan dibunuh untuk
mendapatkan sehelai jaket kulit. Akhirnya Aku berhasrat untuk menggembirakan

59
orang lain. Dia akan menjual jaket itu dan wang jualan akan didermakan kepada
mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang, sebagai tanda muhibah terhadap
kijang-kijang yang terkorban demi gaya hidup yang penuh dengan kemodenan.

TEMA
Pengalaman seorang pelancong yang suka melancong serta terjerat dengan pembelian jaket
kulit kijang yang tidak disengajakan demi menjaga hati dan kegembiraan penjual jaket,
rakannya serta dirinya demi mengelakkan pembunuhan haiwan-haiwan yang dilindungi
demi kelangsungan kehidupan moden.

PERSOALAN
1. Perasaan kasih dan sayang terhadap kehidupan haiwan-haiwan eksotik.
Contoh:- Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang terpaksa menjadi korban
kerana kulitnya.
2. Sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan negara.
Contoh:- Aku melahirkan kata-kata yang cukup berbahasa kerana tidak mahu
menyakitkan hati pekedai Turki itu.
3. Kewajaran memberikan layanan serta ramah mesra terhadap pelanggan atau
pelancong.
Contoh:- Pekedai Turki telah memberikan layanan yang mesra kepada
pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman
percuma kepada pelanggannya.
4. Kepandaian sikap puji memuji dalam kalangan masyarakat Turki. Contoh:-
Masyarakat Turki memang pandai memuji pelanggannya demi melariskan jualan.
5. Kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan.
Contoh:- Aku telah membuat senarai nama barangan dan cenderahati yang akan
dibeli untuk dibawa pulang ke Malaysia.

TEKNIK PLOT
1. Imbas Muka -Contoh: Aku tidak dapat membayangkan jika aku menjadi wanita tua
yang menjual makanan burung di situ..
2. Imbas Kembali -Contoh: Entah mengapa aku tiba-tiba teringat akan Abang Long
yang menunggang motosikal pergi balik kerja.
3. Saspens -Contoh: Perbalahan antara aku dan pekedai Turki membuatkan aku
ingin :melangkah keluar tetapi dihalang oleh pekedai Turki dengan wajahnya yang
kelihatan marah.
4. Monolog -Contoh: Aku terpaku seketika. Apakah jawapan yang lebih baik pada
saat itu selain yang dapat menggembirakan Shahmeem?
5. Dialog - Contoh: “Dah beli, ke? Ok tak harganya? Tanya kak Chah. “Ok juga. Dah survey
tiga, empat kedai. Kedai ni ok. Dapat harga AS$150 sat jaket,” terang Haji Helmi sambil
menunjukkan beg plastiknya.

60
WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama - Aku ( Mas )


1. Seseorang gemar membaca. - Aku gemar membaca kerana dia akan leka
membeli dan membaca buku jika terjumpa kedai yang menjual buku.
2. Baik dan murah hati. - Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang
sebanyak lima Lira kepada wanita tua yang menjual makanan burung walaupun
harga sepiring hanya satu Lira.
3. Berbudi bahasa. - Aku dengan sebaik mungkin berbudi bahasa kepada pekedai
Turki kerana tidak mahu membeli jaket kulit agar pekedai itu tidak berasa kecil hati.
4. Tidak boros berbelanja. - Aku tidak terpengaruh dengan layanan mesra pekedai
Turki agar membeli jaket kulit kijang itu.
5. Sayang akan haiwan. - Aku begitu menyayangi haiwan seperti kijang kerana dia
berhasrat untuk memberikan wang hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana
zoo yang mempunyai kandang kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut
daripada menjadi korban arus pemodenan.
6. Bersederhana apabila berbelanja. - Aku telah membuat senarai barangan yang
hendak dibeli agar tidak melebihi perbelanjaan yang telah diperuntukkan.

Watak Sampingan
1. Pekedai Turki–
 Pemuda berkulit putih, mempunyai kumis. (misai)
 Fasih berbahasa Inggeris.- Pekedai Turki berbahasa Inggeris apabila
berkomunikasi dengan pelanggan yang datang ke kedainya.
 Peramah dan mesra :Pekedai Turki kelihatan begitu peramah dan mesra
ketika melayan pelanggan di kedainya.
 Tidak berputus asa. Pekedai Turki tidak berputus asa memujuk pelanggannya
membeli barang jualannya.
 Pandai mengambil hati :Pekedai Turki sangat pandai mengambil hati
pelanggannya dengan memberikan kata-kata manis.
 Cepat marah :Pekedai Turki cepat naik amarah kerana pelanggannya tidak
mahu membeli barangannya walaupun telah mencubanya.

2. Polis Turki
 Lelaki dewasa, bertubuh tegap, berbaju T dan berseluar panjang
 Berwajah serius –Polis Turki kelihatan serius ketika dia menjalankan
tugasnya apabila dia menangkap seorang remaja yang menjual barangan
pasaran gelap.

3. Shahmeem
 Kawan kepada Aku
 Mudah terpengaruh :Shahmeem terpengaruh dengan sehelai jaket hitam
yang dijual secara pasaran gelap tanpa mengetahui ukuran saiznya.
 Murah hati :Shahmeem bermurah hati dengan mengurangkan sebanyak
AS$20 daripada harga asal pasaran gelap kepada Aku kerana jaket kulit
kijang itu tidak padan dengannya.

61
LATAR

Latar tempat.
1. Hotel Senator – tempat penginapan aku dan rakan-rakannya ketika melancong di
Turki.
2. Kedai menjual jaket kulit –tempat di mana aku terpaku ketika melihat sepasang
sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin.
3. Pigeon Valley – Aku bersedekah kepada pengait benang yang kesejukan.
4. Gunung Bolu – Aku bersedekah kepada seorang kanak-kanak bersama-sama
datuknya yang buta.
5. Masjid Ulu – Aku bersedekah kepada seorang lelaki yang cacat anggota.
6. Masjid Biru – tempat Aku menunaikan solat jamak.
7. Egyptian Market – tempat membeli belah yang mempunyai dataran burung
merpati jinak.
8. Terminal feri Selat Bhosporus – Shahmeem membeli jaket kulit hitam daripada
lelaki tua di pasaran gelap dengan harga AS$120.

Latar masa
1. Malam – Kak Chah teman sebilik Aku tidur awal kerana kepenatan selepas
berjalan mengelilingi kota bersejarah.
2. Siang –Aku , Kak Chah dan Shahmeem berada di dalam kedai menjual jaket kulit.

Latar masyarakat
1. Masyarakat elit – Ahli rombongan yang terdiri daripada guru dan pensyarah.
2. Masyarakat yang berkerjaya untuk menampung kehidupan seharian. Encik Yuksel
bekerja sebagai pemandu pelancong dan pekedai Turki yang menjual barangan
kulit.
3. Masyarakat tidak berkemampuan. -Wanita tua yang menjual makanan burung dan
remaja kurus serta lelaki tua yang menjual barangan pasaran gelap,
4. Masyarakat yang suka melancong. -Aku serta 30 orang ahli rombongan telah
melawat negara Turki.
5. Masyarakat yang suka akan kemewahan. -Haji Helmi dan isterinya cikgu Juliah
telah membeli sebanyak empat helai jaket kulit berwarna kuning keemasan dengan
harga AS$150 sehelai.
6. Masyarakat yang tidak menyayangi haiwan. -Seekor atau lebih daripada seekor kijang
akan dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit yang menjadi lambang pendewaan dan
pemujaan diri.

GAYA BAHASA
1. Kata ganda - cenderamata untuk pensyarah-pensyarah yang banyak berjasa
membimbingku semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana;
2. Bahasa Asing – a) bahasa inggeris (“Hello lady! …. “ , “Please… “ bahasa Arab. –
Assalamualaikum, solat jamak, al- mathurat
3. Sinkope – ‘Eh, lawanya jaket tu! Macam yang kita tengok kat Grand Bazaar
semalam. Murah ke?”

62
NILAI
1. Kegigihan – pekedai Turki begitu gigih dan tidak berputus asa meyakinkan
pelanggannya agar membeli barangan kulitnya.
2. Keprihatinan – Aku begitu prihatin dengan pembunuhan haiwan kijang kerana
kulitnya untuk dijadikan jaket.
3. Berjimat cermat – Aku telah membuat senarai barangan yang perlu dibeli untuk
dibawa pulang agar tidak melebihi perbelanjaan.
4. Keikhlasan – Aku dengan ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang,
kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya

PENGAJARAN
1. Kita haruslah bersikap berjimat cermat dalam urusan perbelanjaan seharian
mahupun semasa melancong ke luar negara. Contoh :- Cenderamata untuk
keluarga : 29 helai baju T, 2 helai untuk keluarga Anim, masing-masing sehelai
untuk Tahrir, Nadia dan Salleh.
2. Kita hendaklah bersikap ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tanpa mengira
taraf kehidupan seseorang. Contoh :- Aku begitu bermurah hati dengan memberikan
wang sebanyak lima Lira kepada wanita tua yang menjual makanan burung
walaupun harga sepiring hanya satu Lira serta ikhlas memberi derma kepada
pengemis seperti pengait benang, kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta
serta lelaki tua yang cacat anggotanya.
3. Kita wajar mempunyai sikap gigih dalam melakukan pekerjaan supaya hasil yang
diinginkan tercapai. Contoh :- Pekedai Turki gigih memberikan layanan yang mesra
kepada pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan
minuman percuma kepada pelanggannya dengan harapan pelanggannya itu
membeli barangannya.
4. Kita patut bersikap prihatin terhadap haiwan yang dilindungi agar habitatnya tidak pupus.
Contoh : Aku begitu prihatin terhadap haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat untuk
memberikan wang hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo yang mempunyai
kandang kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut daripada menjadi korban arus
pemodenan.

63
DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA - Affix Zulkarnain Adam

SINOPSIS
Drama ini mengisahkan Aiman, seorang pelajar yang berusia 16 tahun yang
memberikan pelbagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN). Oleh sebab berasal daripada keluarga yang berada dan sudah
biasa hidup dalam kemewahan, Aiman beranggapan bahawa PLKN mungkin akan
menggugat zon keselesaannya. Walaupun ibu Aiman, Masnah memihak kepada
Aiman agar tidak menyertai PLKN, namun ayahnya Khir Ghazali memberi galakan
dan kata-kata perangsang kepada Aiman untuk menyertainya. Selain Khir Ghazali,
watak posmen, Nora, Sundarani, Ah Tiau, Syuhada dan Cikgu Dahari turut
memberikan dorongan kepada Aiman untuk menyertai Khidmat Negara. Akhirnya,
setelah melayari laman sesawang yang memaparkan kejayaan pelajar senior yang
menyertai dan menerima anugerah PLKN , hati Aiman terbuka untuk menyertai
PLKN dan dia bertekad untuk membuktikan sikap berdikari dan semangat cinta akan
tanah air.

PEMIKIRAN
Sikap remaja yang mempunyai tanggapan negatif tentang PLKN. – Aiman berusaha
untuk menggelakkan diri daripada menyertai PLKN.

PERSOALAN
1. Sikap positif golongan remaja yang berminat untuk menyertai PLKN dan
memberikan sumbangan kepada negara. Contoh: Nora, Sundarani, Ah Tiau dan
Syuhada berasa seronok apabila mereka terpilih sebagai peserta PLKN dan nama
mereka terpampang di papan kenyataan sekolah.
2. Kesibukan dalam kalangan ahli keluarga yang merenggangkan hubungan
kekeluargaan. Contoh: Aiman sentiasa berasa kesunyian kerana ayahnya sibuk
bekerja manakala ibunya Datin Masnah sibuk dengan urusan di luar dan kakaknya
Dapnia sibuk dengan tugasannya di universiti.
3. Sikap segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak. Contoh: Datin Masnah
menyokong hasrat Aiman yang ingin mengecualikan diri daripada menyertai PLKN.
Sebagai seorang ibu dan juga isteri kepada seseorang yang terpengaruh, beliau
sepatutnya mendorong dan memberi motivasi kepada anaknya untuk berkhidmat
kepada negara.
4. Peranan seorang guru dalam memberikan kesedaran dan mewujudkan semangat
patriotisme dalam kalangan pelajar. Contoh: Cikgu Dahari memberikan penerangan yang
jelas kepada murid-muridnya agar mereka faham akan objektif dan pelaksanaan PLKN.

64
TEKNIK PLOT
1. Monolog Dalaman. Aiman : Patutkah aku simpan surat ini atau aku buang saja?
Hmm, kalau aku buang, nanti ada orang lain jumpa pula. Hah, baik aku bakar!. Tak
ada kesannya nanti. Baik aku simpan dulu, cukup masa kalau aku tak berminat, baru
aku bakar.
2. Pemerian. Pada permulaan cerita pengarang menggambarkan keadaan keluarga
Aiman yang hidup mewah dan kemewahan tersebut yang telah mengubah dirinya
menjadi seorang remaja yang manja dan malas.
3. Imbas Muka. Aiman bermimpi menyertai PLKN. Dalam program tersebut Aiman
mendapati keadaan kem yang panas, makanan yang tidak menyelerakan, mandi air kolam
sejuk dan membotakkan kepala. Hanya perkara yang negatif yang terlintas dalam fikirannya
ketika bermimpi.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak utama - Aiman
 Seorang remaja berusia kira-kira 16 tahun, berasal daripada keluarga yang
berada
 Seorang yang agresif. -Contoh: bersifat kasar terhadap pembantu rumah
yang melayannya dengan baik dan mesra
 Seorang yang pemalas - Contoh: segala kerjanya di rumah dibantu oleh
orang gaji dan apabila berdepan dengan sesuatu masalah ,dia akan tidur.
 Seorang yang mengagungkan nilai-nilai barat. - Contoh: ketika bermimpi
tentang PLKN, Aiman meluahkan keinginannya untuk menikmati masakan
Barat. Dia juga tahu lokasi Jempol dengan alasan selalu bercuti di luar
negara.

Watak sampingan
1. Khir Ghazali -Ayah kepada Aiman
 Seorang yang bertanggungjawab.- Contoh: walaupun sibuk bekerja beliau
mengambil berat terhadap Aiman. Apabila Aiman berdepan dengan masalah
beliau mendengarnya dengan sabar dan cuba menyelesaikannya.
 Seorang yang tegas. - Contoh: Apabila Aiman meminta Khir Ghazali
membantunya mendapatkan pengecualian daripada PLKN, beliau bertegas
untuk tidak membantunya. Hal ini adalah kerana beliau tahu bahawa PLKN
akan banyak memanfaatkan Aiman
 Seorang yang sensitif - Contoh: apabila isterinya bertegang leher dengannya
untuk tidak menghantar Aiman ke PLKN, beliau berasa tersinggung lalu
beredar meninggalkan tempat perbincangan mereka.

2. Masnah - Ibu kepada Aiman , Berpangkat Datin


 Seorang yang suka berfikiran negatif -. Contoh: beranggapan bahawa PLKN
membahayakan nyawa anaknya dan turut menyokong hasrat anaknya untuk
menghadiri PLKN
 Seorang yang sanggup menyalahgunakan pengaruh untuk kepentingan
sendiri.- Contoh: Datin Masnah meminta suaminya menggunakan kedudukan
dan pengaruhnya untuk mendapatkan pengecualian untuk anaknya daripada
menghadiri PLKN.

65
3. Cikgu Dahari -guru Aiman.
 Terlibat dengan PLKN dalam penghasilan modul program Penghayatan
Sastera dan budaya
 Seorang yang berfikiran positif. -Contoh apabila Aiman menyatakan bahawa
keselamatan peserta di dalam kem latihan tidak terjamin dan sastera dan
budaya tidak penting dalam kehidupan zaman moden, Cikgu Dahari
menafikan pendapat tersebut dengan menerangkan bahawa keselamatan
peserta sentiasa terjamin. Beliau juga menerangkan peranan sastera dan
budaya dalam kalangan masyarakat.
 Seorang yang sentiasa memberi galakan kepada anak murid. -Contoh:
Apabila Nora memberitahu bahawa ramai pelajar terpilih sebagai peserta
PLKN, Cikgu Dahari berasa teruja dan menyatakan bahawa Malaysia bertuah
kerana mendapat remaja mereka yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk
negara.

4. Posmen
 Seorang yang berfikiran positif. Contoh:- Apabila Aiman menyuruh posmen
membuang surat Jabatan Latihan Khidmat Negara, posmen telah memberi
nasihat kepada Aiman agar fikir tentang kemahiran dan pengalaman yang
bakal diperoleh oleh Aiman melalui PLKN.
 Seorang yang amanah.- Contoh: selepas memberi kata-kata perangsang
kepada Aiman tentang kebaikan PLKN, posmen meminta diri untuk
meneruskan tugasnya menghantar surat kerana dia menganggap surat-surat
tersebut adalah amanah yang diberikan kepadanya.

LATAR

Latar masa
1. Alaf baru (Program PLKN – bermula tahun 2004)
2. Waktu tengah hari. Contoh: Aiman menerima sepucuk surat ketika duduk
bersantai di rumah - Nek Sinah menjemput Aiman menikmati makan tengah hari.
3. Waktu pagi - Contoh: Aiman berdialog bersama-sama rakan-rakan di sekolah
tentang PLKN yang bakal dihadiri mereka.
4. Waktu petang - Contoh: Selepas balik dari sekolah Aiman berbual bersama-sama
dengan ayah dan ibunya di rumah.

Latar tempat
1. Rumah Aiman. -Contoh: peristiwa Khir Ghazali, Aiman dan Masnah berbincang
tentang keengganan Aiman menghadiri PLKN.
2. Sekolah Menengah -Contoh: dialog antara Aiman, Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syuhada
tentang senarai nama peserta PLKN yang dipaparkan di papan kenyataan.

66
Latar masyarakat
1. Masyarakat bandar yang sibuk bekerja . -contoh: Khir Ghazali iaitu ayah Aiman
digambarkan sebagai hartawan yang sibuk bekerja. Ibunya, Datin Masnah juga
selalu tidak berada di rumah manakala kakaknya, Dapnia sibuk dengan tugasan di
universiti.
2. Masyarakat yang penyayang -Contoh: Walaupun Nek Sinah bekerja sebagai
pembantu rumah di rumah Khir Ghazali namun dia amat menyayangi Aiman dan
memasak makanan kegemarannya serta melayannya seperti cucu sendiri.
3. Masyarakat yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab -Contoh: Posmen
dalam drama ini mengedarkan surat kepada penerima dengan penuh
tanggungjawab kerana dia berpendapat bahawa surat itu adalah amanah
masyarakat terhadapnya.
4. Masyarakat yang sombong dan mementingkan kekayaan. -Contoh: Aiman
berkelakuan biadap terhadap pembantu rumahnya yang sentiasa bersikap lemah
lembut. Nek Sinah berasa kesal dengan tingkah laku Aiman dan ahli keluarganya
yang hanya mementingkan wang ringgit.
5. Masyarakat yang berfikiran positif. - Contoh: Walaupun Khir Johari mempunyai pengaruh
dan kedudukan untuk membantu Aiman mengecualikan diri daripada menyertai PLKN,
namun Khir Ghazali mahu anaknya menyertai program tersebut kerana beliau tahu bahawa
anaknya akan memperoleh banyak manfaat daripada PLKN. Cikgu Dahari menerangkan
tentang kebaikan PLKN kepada pelajar-pelajarnya agar dapat mengikiskan tanggapan negatif
mereka terhadap program tersebut dan memberikan sumbangan mereka kepada negara.

GAYA BAHASA
1. Sinkope. Contoh: kata singkatan ‘tak’ dalam ayat. Saya tak berminat langsung
(m.s 3)
2. Inversi. Contoh: amanah orang semua surat ini (m.s 4)
3. Peribahasa. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. (m.s 7)
4. Bahasa asing. Contoh: penggunaan perkataan bahasa Inggeris daddy, mummy
(m.s 14)
5. Simile. Contoh: perkataan ‘macam’ dalam ayat, Nak angan-angan macam Mat
Jenin.

NILAI
1. Nilai amanah. Contoh: Posmen amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya
menghantar surat.
2. Nilai kasih sayang. Contoh: Nek Sinah melayan Aiman seperti cucunya sendiri
dan masak makanan kegemarannya.
3. Nilai bertanggungjawab. Contoh: walaupun sibuk bekerja, Khir Ghazali
meluangkan masa mendengar masalah Aiman.
4. Nilai cinta akan tanah air. Contoh: apabila Aiman menyatakan bahawa dia tidak
tahu di mana terletaknya Jempol kerana selalu bercuti di luar negara, kawannya
Sundarani menegurnya bahawa kita perlu menghargai tanah air kita.

67
PENGAJARAN
1. Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Contoh: Aiman
biadap terhadap pembantu rumahnya yang menganggapnya sebagai cucu sendiri.
2. Kita mestilah bersikap amanah dalam menjalankan tugas. Contoh: Posmen
menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang posmen dengan penuh amanah.
3. Kita perlulah memberi sokongan kepada program kerajaan. Contoh: Masnah tidak
memberi galakan kepada anaknya untuk menyertai PLKN malah memberitahu suaminya
bahawa program tersebut mungkin membahayakan nyawa anaknya. Contoh: Cikgu Dahari
memberi galakan dan kata-kata perangsang kepada anak-anak muridnya agar menyertai
PLKN dan berkhidmat untuk negara.

68
NOVEL TINGKATAN 5
BIMASAKTI MENARI (SRI RAHAYU
MOHD YUSOP)

69
SINOPSIS BAB
Bab Sinopsis
Bab 1 :
Janji Srikandi Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa
yang melalui hari pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di
Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan
pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru
pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir
ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat
pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di
luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang
sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang
pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah
mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan
pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui
kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada
kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala
Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam
dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa
dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya
upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan
kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke
kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya
menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di
langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat.
Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak
cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa
tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar
kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

70
Bab 2: Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang
Wicham
hadir sebagai pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun
merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap Sultan
Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik
berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap
pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya,
Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan
pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh
Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya, Muhammad
taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi
melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk
berbual setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam
bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik
menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar
TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan
Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek
pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan
oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas
kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang,
ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.

71
Bab 3: Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu
Sungai Rahsia
tentang kebenaran kata-kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima
yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di Kuala
Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya,
Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-
kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya, Haji
Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk
bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip.
Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di
Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke
Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak
kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan jumlah berjuta-
juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya,
pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata.
Realitinya, menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan
mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu.
Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah
yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang
beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-
kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang
sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya
untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian
yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip
serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu
kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui
oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan
perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal
dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala
Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah
dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.

72
Bab 4: Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis
Budiman
hibrid seperti yang diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan
adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir.
Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul
Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah
mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya,
Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah
Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang
lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle
yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E
Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur
membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat
pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala
ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1
sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan
warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah
mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk
Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan
kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan teliti akan
membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut
namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut
menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor
daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak
terancang.

Bab 5: Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan


Jiwa ayahanda
menunggu kepulangan beliau di lapangan terbang dan memandu
laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek rumah Ikhtiar
TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan
antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana

73
Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang
kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa
puas dapat membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau
telah melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau
di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila
dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau
tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika
mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap
hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu
pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya
kerana perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-
masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi
penyambung silaturahim mereka berdua.
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan
Bab 6:
Foziah, Pegawai Atasan Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor
Cita-cita
berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala
Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa
hanya dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan
diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-undang
alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun
demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya terhadap
kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat
bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga
kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan
Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat
langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama,
Nurul Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya
telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh.
Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar
serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan
membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada
terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa
bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya

74
berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut merupakan
individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat
kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke
rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak
senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati
adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang
lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan
folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan
Simpan Langit Gelap.

Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip


dengan berhati-hati. Dia beranggapan bahawa dia akan bertemu
Bab 7:
Lelaki kelip- dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh seperti
kelip
yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua
sampai di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak
seorang lelaki muda sedang membuat kerja-kerja pertukangan
yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-
kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut,
mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah yang pernah dia
lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah
lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama
Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih
mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad
Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di
Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun
6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa
menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar
sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik
menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan
tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus
ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini
dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di
Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran

75
pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu
di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau,
cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya roda ferris
yang semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip.
Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip
mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan
pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul
Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf
daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap
pemuda tersebut.
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek
yang sedang dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad
Bab 8:
Bebas Grid Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman dan adiknya meneliti
rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi
tinggi yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad
Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat
kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model
tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa
dia hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar
untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan
kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada.
Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan
kesedaran bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada
alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa
pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa.
Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju
dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya,
Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut.
Namun begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa dan
sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang tidak
boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik
mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu
Muhammad Taufik menolongnya membawa kembali kegelapan ke

76
Kuala Selangor.

Bab 9: Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan


Zuriat
ayahnya Tan Sri Muhaimin untuk menyokong rancangannya untuk
menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit gelap
secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan
untuk menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri
Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah membuka
ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-
masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila
menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama ini merupakan
gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin
dan Maryam.

Bab 10: Muhammad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan


Sidang sejuta
kedudukan dan kemewahan ayahnya. Muhammad Taufik ketawa
kelip-kelip
mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh perempuan-
perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas
kemewahannya. Namun begitu, mereka akan meninggalkannya
setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia
berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik
oleh keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya.
Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial
di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk
berbincang tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor.
Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi memantapkan
pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman
menemankan mereka berdua tetapi tidak mengganggu
perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan
Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib
perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul

77
Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu
untuk mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor
sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan
Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di
peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik
mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut untuk
menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-
kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.

Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan


menggunakan pendayung, bukannnya dengan menggunakan enjin
Bab 11:
Lewat Satu motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan Budiman ke
Milenium
kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit
mendayung. Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap
di situ adalah pada skala dua. Sambil menantikan kelip-kelip yang
mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua beradik
itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya
pteroptyx tener. Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin
banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip yang berkerlipan
secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu
Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad Taufik
bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa bersetuju
dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan
meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu
terjadi kepada Muhammad Taufik.

Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk


Bab 12:
meminta bapanya menggunakan pengaruh beliau agar dia dan
Strategi
Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa
memulakan pembentangan dengan membaca surah al-A,raaf, ayat
56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai membuat
pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji
Mustofa , pegawai daerah Kuala Selangor, mereka meminta

78
Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan Kuala
Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di
negara ini.

Bab 13: Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu
Dendam
bernama Johann Arlington- Majid. Beliau memaklumkan minat
kembali mekar
mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan Simpan
Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu
bermakna dia tidak dapat meneruskan penguasaan tender
membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya. Johann
merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan.
Diamerupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion
Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin
sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad
Taufik akan membuat pembentangan terbuka tentang projek
tersebut di hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli perniagaan
dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu
untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek tersebut jika mahu.
Namun Johann tetap berkeras dengan pendiriannya, dan rasa
tamaknya.

Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan


terbuka projek yang diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad
Bab 14: Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan
Gelap dalam
malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu.
terang
Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin disisinya telah
membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala
sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri
Besar sentiasa menyokong pandangan dan hujahannya.
Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis
penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar
turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada

79
akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak
kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat.
Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat
dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang
tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad
Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek
tersebut.

Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di


lorong menuju ke rumahnya sambil memandu. Walaupun lorong
Bab 15: tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam. Lorong ke
Khianat
rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari
kebelakangan terdapat tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-
tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun tiga orang
pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia
menghentikan kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia
menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi
mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang
dengan bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa
segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar
Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu
walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik
Taufik, namun mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai
suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital
memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan
stabil.

Bab Sinopsis

Bab 16: Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke

80
Dua kelip-kelip hospital untuk melawat Muhammad Taufik. Setibanya mereka di
terakhir di
sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang
dunia
berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa
anak mereka. Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan
mereka berdua dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik.
Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital.
Kemudian, mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad
Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa
melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani
abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan
seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika
Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu,
temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang
mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut, Muhammad Taufik
sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai
selendang hitam bermanik Kristal.
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau
dan bekas isterinya berada di hospital bersama Muhammad Taufik
bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar memberitahu
Bab 17:
pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan
Jalan yang
ditinggalkan kejadian jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan
siasatan. Namun begitu, Muhammad Taufik tidak bersetuju dan
meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa
serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif
serangan tersebut adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai
punca jenayah seterusnya menghalang projek kawasan Simpanan
Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang
dengan Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan
harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor Akan
Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

Bab Sinopsis

Bab 18:

81
Kerasukan Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir
seminggu kerja mencerap populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai
menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik, Nurul Hafsa
dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan
peralatan pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri
Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak samun
untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti
pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan
ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia
dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang
lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar
dan kepalnya disarung dengan kain gelap.

Bab 19: Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan
Selendang
mengikut ibunya pulang ke Otago apabila dia kejutkan dengan
hitam manik
kristal jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik kristal. Dia
menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang
memintanya berada di stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari
tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat kerongsang
yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan
Sri Muhaimin menghentikan kereta di stesen petronas ketika
dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan ingin ke
tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke
tempat van putih seperti yang tercatat dalam nota yang
diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam van tersebut
sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan
ke dalam but kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam
sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa ke lokasi yang
sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi
tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat
melihat apa-apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga tidak
sedarkan diri.

82
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan
keadaan Muhammad Taufik yang belum dibebaskan. Dalam
Bab 20:
Nyawa untuk keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak
nyawa
dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya
ingin mencapai sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika
rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh
melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau
membunuh mangsa. Dengan bantuan pemandu van sekolah yang
ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah membuat
laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul
Hafsa selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin
dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan menyerahkan
segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan
dalam berita setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.

Bab 21:
Lagasi baju Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan
biru
Muhammad Taufik. Dengan bantuan CCTV, pihak polis cuba
mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut.
Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar
dikesan kerana kabur. Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan
kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang
dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik
sebut harga Dedaun Emas jika tidak mahu menerima padah.
Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan
sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil.
Seorang penduduk tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti
bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak
jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah
diarahkan ke lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan
tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik berjaya
diselamatkan.

83
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik
Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri
Bab 22:
kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Cinta pejuang
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan
ucapan ringkas menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi
dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh
perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis
tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul
Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik kristal
yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul
Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk
menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau Nurul
Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu
mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan
ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-
kelip terakhir di dunia.

TEMA
- Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar.
Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang
untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan
mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap
bintang. Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap
projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Dalam masa
yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar
TeknoAlam dengan membina rumah mesra alam.

84
PERSOALAN
1. Persoalan kebijaksanaan dalam menangani masalah.
- Nurul Hafsa mengemukakan hujah bijak yang dapat diterima oleh
kumpulan pengunjung Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor
pada malam bintang tidak dapat dicerap dengan mata kasar akibat langit
tidak menjadi gelap pada waktu malam.

2. Persoalan hubungan kasih sayang antara ibu dengan anak.


- Puan Wickham tetap mengambil berat tentang projek Ikhtiar TeknoAlam
yang diusahakan anaknya Muhammad Taufik walaupun mereka jarang-
jarang dan sukar untuk bertemu.

3. Persoalan cinta akan alam sekitar.


- Budiman dan adiknya sama-sama prihatin terhadap pencemaran cahaya
yang berlaku di Kuala Selangor dan berazam untuk menyelamatkan Kuala
Selangor daripada pencemaran akibat pembangunan yang tidak
terancang.

4. Persoalan penceraian tidak menghalang kasih sayang antara ibu bapa


dengan anak.
- Puan Wickham dan Tan Sri Muhaimin tidak pernah bermusuh tentang
penjagaan anak mereka Muhamad Taufik, malah sering memberikan
sokongan kepadanya walaupun mereka telah bercerai.

5. Persoalan ketaatan kepada ajaran agama


- Budiman menemani Nurul Hafsa ketika berbincang dengan Muhammad
Taufik di bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala
Selangor kerana mereka bukan mahram.

6. Persoalan perasaan dendam yang tidak berkesudahan


- Johan Arlington-Majid menaruh dendam yang tidak pernah padam
terhadap Tan Sri Muhaimin berpunca daripada Maryam Wickham memilih
Tan Sri Muhaimin sebagai suami sehingga membawa kepada kes
penculikan anak mereka, iaitu Muhammad Taufik.

85
86
87
88
89
90
91
92
ANTOLOGI SEJADAH RINDU
TINGKATAN 5

93
PUISI TRADISIONAL
________________________________________________________________
BEBERAPA PETUA HIDUP

Za’ba
MAKSUD
Rangkap 1 - Orang yang kurang berfikir dan belajar hidupnya akan
tersasar/mengakibatkan mereka salah langkah.
Rangkap 2 - Sesiapa yang bercakap kurang sopan dan biadap akan mengalami
bencana.
Rangkap 3 - Sesiapa yang suka bergaduh sesama sendiri hidupnya akan
diselubungi kesedihan.
Rangkap 4 - Sekiranya mempelajari ilmu separuh jalan/ tidak selesai tidak akan
berguna dalam kehidupan
Rangkap 5 - Ilmu pengetahuan boleh diperolehi sekiranya belajar dengan tekun.
Rangkap 6 - Dunia merupakan tempat untuk bergaul dan berinteraksi serta mencari
rakan yang sesuai.
Rangkap 7 - Sesiapa yang melakukan kebaikan namanya akan disanjung
sepanjang zaman.
Rangkap 8 - Orang yang menganiayai orang lain akan dimurkai oleh Tuhan.

TEMA
Nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Gurindam ini menekankan penghayatan
yang perlu ada dalam diri setiap insan/seseorang

PERSOALAN
1. Persoalan berfikiran baik dalam kehidupan.
Contoh : ( R1) Kurang fikir kurang siasat
Tentu dirimu kelak sesat

2. Menjaga percakapan sesama insan.


Contoh ; (R2) Kalau mulut tajam dan kasar
Boleh ditimpa bahaya besar

3. Persoalan memilih rakan baik dalam pergaulan.


Contoh (R6) Dunia ini taman pergaulan
Hendaklah pilih sahabat dan taulan

4. Persoalan berbudi dan berjasa dengan ikhlas sesama manusia.


Contoh : (R7) Barang siapa berbuat jasa
Mulia namanya segenap masa

5. Persoalan tentang setiap perbuatan akan ada balasan.


Contoh : (R8) Barang siapa berbuat khianat
Tuhan kelak memberi laknat.

94
BENTUK DAN CIRI-CIRI GURINDAM
1. Terdiri daripada lapan belas rangkap.
2. Setiap rangkap mempunyai dua baris.
3. Setiap baris mempunyai tiga hingga enam patah perkataan.
4. Bilangan suku kata antara sembilan hingga dua belas suku kata sebaris.
5. Rima akhirnya sama iaitu aa.

GAYA BAHASA
1. Repitasi - Kurang fikir, kurang siasat
2. Imej alam atau imejan - dipandang sebagai bunga di taman.
3. Pengulangan kata - Jikalau ilmu tiada sempurna
Jikalau kamu bersifat budiman,
Jikalau kamu bersifat dermawan
Jikalau kamu bersifat pemurah
4. Sinkope - Tentu dirimu kelak tersesat
Tetapi tolonglah dirimu dahulu
5. Simile - Ibarat beringin, racun dan upas
dipandang sebagai bunga di taman.
6. Peribahasa - Telunjuk lurus kelengkeng berkait,

NILAI
1. Rasional – kita dinasihatkan agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk
mengelakkan salah faham dan sengketa sesama manusia.
2. Kesopanan – kita dituntut agar menjaga tutur kata supaya tidak menyinggung hati
orang lain.
3. Setia kawan – seorang sahabat yang baik akan sentiasa mendorong rakannya ke
arah kebaikan.
4. Mengenang jasa – seseorang yang berjasa akan dikenang sepanjang masa.
5. Kerjasama – sifat suka membantu dan menolong sesama insan perlu diamalkan.
6. Kerajinan – kita dinasihatkan agar rajin belajar untuk menambahkan ilmu dan
kemahiran.
7. Baik hati – kita dituntut agar sentiasa berbudi sesama manusia.
8. Kebijaksanaan – kita perlu bijak dalam memilih sahabat dan taulan di dunia ini.

PENGAJARAN
1. Kita mestilah berfikiran rasional sebelum bercakap dengan orang lain demi
menjaga maruah diri.
2. Kita mestilah ikhlas dalam persahabatan dengan tidak bersengketa dengan
sesiapa.
3. Kita mestilah setia dalam pergaulan dengan kawan-kawan supaya kehadiran kita
disukai.
4. Kita mestilah gigih menimba ilmu demi menjamin masa depan yang lebih cerah.
5. Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam usaha mencari ilmu supaya setiap
masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan.
6. Kita mestilah rajin berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan dalam diri
supaya dapat menjadi manusia yang bijak pandai.
7. Kita mestilah berbuat baik sesama manusia agar dipandang tinggi dalam
masyarakat.
8. Kita mestilah bersifat murah hati dengan membantu sesiapa sahaja untuk
meringankan beban mereka.
95
SELOKA BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
Za’ba

MAKSUD
Rangkap 1
Raja memerintah empat orang pembesar dan pawang raja membina istana yang
tersergam indah. Seramai 44 orang tukang yang mahir dipaksa bekerja tanpa henti
siang dan malam.
Rangkap 2
Masa yang diambil untuk membina istana yang lengkap selama 7 bulan. Istana itu
mengandungi sembilan bilik, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong dan
12 anjung tinggi.
Rangkap 3
Tiga ruang di istana yang unik dan menarik dikhaskan kepada lapan orang menteri .
Rangkap 4
Hiasan dalaman istana bermotifkan unsur-unsur alam. Corak ukiran amat indah dan
halus seninya.
Rangkap 5
Setelah istana itu siap tukangnya dibunuh agar tiada orang yang boleh meniru seni
bina istana tersebut. Lalu istana itu pun dipersembahkan kepada raja dan
permaisurinya.

TEMA
Sindiran terhadap golongan raja yang mengutamakan kepentingan sendiri untuk
kemahsyuran peribadi sehingga sanggup mengorbankan nyawa orang lain.

PERSOALAN
1. Persoalan seni bina istana masyarakat Melayu tradisional.
(R3) Galang-galangnya ular berang.
Kasau kecil puteri menyembah.
Kasau lentik helang berbega.

2. Persoalan golongan raja yang mementingkan diri sendiri.


(R5) Istana siap tukang pun mat.,
Tiada orang dapat meniru:

3. Persoalan kehalusan seni ukiran melayu tradisional


(R4) Lilit-melilit akar Cina:
Garam sebuku sisa jeragan.
Bunga kenanga dimakan ular.
Layang-layang di pintu Raja.

96
BENTUK DAN CIRI-CIRI SELOKA
1. Terdiri daripada lima rangkap.
2. Bilangan baris dalam rangkap tidak sama, iaitu rangkap pertama; enam baris,
rangkap kedua; enam baris, rangkap ketiga; enam baris, rangkap keempat; lapan
baris dan rangkap kelima: tiga baris.
3. Setiap baris mengandungi dua hingga enam perkataan.
4. Bilangan suku katanya antara lapan hingga tujuh belas suku kata.
5. Rima akhirnya tidak sama.

GAYA BAHASA
1. Repitasi - empat puluh empat tukang dan utas
2. Imej alam atau imejan - Berbunga sawa mengelempai,
Garam sebuku sisa jeragan
Bunga kenangan dimakan ular
3. Anafora - Tiang panjang maharaja lela
Tiang tengah syukur menanti
4. Responsi - Istana siap dengan alatnya,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.

NILAI
1. Kerajinan – 44 tukang yang mahir begitu rajin untuk menyiapkan istana raja.
2. Bertanggungjawab – 44 tukang yang mahir bertanggungjawab untuk menyiapkan
istana raja.
3. Kerjasama – 44 tukang yang mahir bekerjasama menyiapkan istana raja.
4. Kegigihan – 44 orang tukang yang mahir gigih menyiapkan istana raja walaupun
mereka terpaksa bekerja siang dan malam.
5. Ketaatan – orang besar keempat menjunjung titah raja untuk membina dan
menyiapkan sebuah istana yang di kelilingi parit dan tembok.

PENGAJARAN
1. Kita mestilah setia kepada raja dan menjalankan titah perintah raja dengan
sempurna.
2. Kita mestilah bertanggungjawab dalam semua tugasan yang kita jalankan.
3. Kita mestilah memegang amanah yang diberikan kepada kita oleh raja.
4. Kita mestilah gigih mengerjakan sesuatu tugasan sehingga selesai.
5. Kita mestilah taat setia kepada raja dan mengikut titah perintah baginda.

97
PUISI MODEN
________________________________________________________________
SEJADAH RINDU - Mohd Haikal Aminuddin

MAKSUD
Rangkap 1
Penyajak termanggu/ terdiam sewaktu mengenang kembali segala kesalahan yang
telah dilakukan dan telah menyesali semua perbuatan yang dilakukannya.
Rangkap 2
Penyajak berharap agar diberi peluang untuk memulakan semula kehidupan lalu
memandangkan masa dan peluang yang ada terlalu singkat. Penyajak berharap
agar segala kesalahannya diampunkan sebelum meninggal dunia pada masa yang
telah ditetapkan.
Rangkap 3
Dengan penuh keinsafan dan keikhlasan penyajak berkesempatan untuk bertaubat
dan sujud kepada Tuhan walaupun dalam keadaan yang sangat sedih.
Rangkap 4
Penyajak melafazkan doa dengan sesungguh hati agar Tuhan mengampunkan
dosanya.
Rangkap 5
Penyajak berdoa kepada Tuhan untuk menjadi manusia yang taat dan tidak lalai
akan kehidupan dunia yang bersifat sementara.

TEMA
Keinsafan di saat meniti hari-hari terakhir. Penyajak menyesali dosanya dan
memohon diberi kesempatan untuk mengulang kembali kehidupan yang lalu kerana
penyajak sudah benar-benar insaf.

PERSOALAN

1. Persoalan keinsafan seorang manusia yang banyak melakukan dosa.


Contoh: Merekah keinsafan di hati yang beku
Mengenang dosaku yang terdahulu.

2. Persoalan setiap manusia diberi peluang untuk bertaubat selagi dia hidup.
Contoh : lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

3. Persoalan setiap manusia masih berkesempatan untuk memohon keampunan


sebelum meninggal dunia.
Contoh : moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku di nisankan.

4. Persoalan ajal maut di tangan tuhan.


Contoh : sebelum saat aku dinisankan
di masa yang kautetapkan.

98
BENTUK DAN CIRI-CIRI GURINDAM
1. Terdiri daripada lima rangkap.
2. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu rangkap pertama; enam
baris, rangkap kedua; enam baris, rangkap ketiga; tujuh baris, rangkap keempat;
enam baris dan rangkap kelima; enam baris.
3. Jumlah patah kata dalam setiap baris antara satu hingga enam patah kata.
4. Bilangan suku katanya antara tiga hingga empat empat suku kata.
5. Rima akhirnya ialah rangkap pertama: aaaaaa, rangkap kedua: aaaaaa, rangkap
ketiga : aabaaaa, rangkap keempat : aaaaaa dan rangkap kelima: aaaaaa.

GAYA BAHASA
1. Metafora - di sejadah rindu
2. Bahasa asing, bahasa Arab - mengungkap kalimah syahdu
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
aku sujud menghadap Ilahi
lafaz taubat mengiringi
3. Pengulangan kata - di sejadah rindu
di masa yang Kautetapkan
di keheningan yang sepi
di sejadah rindu yang luruh
4. Sinkope. - mengenang dosaku yang terdahulu
kupohon kembali nafas kehidupan
di masa yang kautetapkan
kemaafan yang kupohon
5. Responsi - izinkan aku menjadi manusia
agar aku tidak lupa

NILAI MURNI
1. Keinsafan - penyajak insaf akan kesalahan yang pernah dilakukannya.
2. Ketaatan kepada Tuhan – penyajak taat akan perintah Tuhan dengan
melaksanakan ibadah.
3. Rasional – penyajak menyedari kesilapan yang dilakukannya dan bertaubat.
4. Kesyukuran – penyajak bersyukur kerana diberi peluang untuk bertaubat sebelum
menemui ajal.
5. Keikhlasan – penyajak ikhlas berdoa dan menyedari dosa-dosanya yang lalu.

99
PENGAJARAN
1. Kita mestilah insaf akan kesilapan diri dan kembali ke jalan hidup yang sebenar.
2. Kita mestilah percaya bahawa adanya kita di bumi ini kepada kuasa Tuhan yang
Maha Esa.
3. Kita mestilah berfikiran matang dan rasional dalam tindakan terutamanya sewaktu
usia semakin tua.
4. Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat dan peluang hidup
yang dikurniakan kepada kita.
5. Kita mestilah taat akan didikan agama dan mengamalkan ajaran agama dengan
penuh ketakwaan.
6. Kita mestilah mengakui kesalahan diri dan sedar bahawa keampunan daripada
Tuhan dapat memberikan ketenangan hidup.
7. Kita mestilah ikhlas meminta keampunan daripada Tuhan Yang Maha Esa agar
hidup menjadi lebih tenang.
8. Kita haruslah jujur dalam perbuatan dan tingkah laku agar tidak menyesal kemudian hari.

100
PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS
(Sazalee Yacob)

MAKSUD
Rangkap 1
Seorang petani yang miskin menghantar anak perempuannya ke menara gading
untuk menuntut ilmu.
Rangkap 2
Si bapa mengharapkan kebebasan yang diberikan mampu menjadikan anaknya
seorang yang tabah dan kuat berbekalkan akal untuk keluar/meloloskan diri dari
cabaran yang sukar.
Rangkap 3
Walaupun berada di menara gading namun masih terdapat anasir-anasir yang
jahat,kejam dan keji yang mampu melalaikan seseorang.
Di menara gading, penyajak baru mengenali erti kehidupan dan mula timbul
perasaan megah/ sombong sehingga membuang/melenyapkan sikapnya yang baik.
Rangkap 4
Si bapa mengharapkan agar anaknya mampu menempuh segala dugaan dan tidak
pulang dengan kegagalan.

TEMA
Harapan bapa dalam memberi pendidikan kepada anak-anak. Setiap ibu bapa
mengharapkan anak-anak mereka memperoleh pendidikan yang sempurna. Walau
bagaimanapun banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh anak-anak sewaktu berada di
menara gading.

PERSOALAN
1. Persoalan pentingnya ilmu dalam kehidupan.
Contoh; Kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
Memesrai azimat dan tangkal

2. Persoalan tanggungjawab bapa terhadap anak.


Contoh: Kuhantar kau mengecapi angin baru
Udara lain dari kampung bendang kuningmu

3. Persoalan menjaga maruah diri di perantauan.


Contoh : Pandai-pandailah kau terbang
Menongkah awan mulus dan kabus dingin

4. Persoalan menuntut ilmu hingga mencapai kejayaan.


Contoh: Kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
Memesrai azimat dan tangkal
Dari tangga gading

101
BENTUK SAJAK
1. Terdiri daripada empat rangkap.
2. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu rangkap pertama; lapan
baris, rangkap kedua; enam baris, rangkap ketiga; enam baris dan rangkap
keempat; lima baris.
3. Jumlah patah kata dalam setiap baris antara tiga hingga enam patah kata dalam
satu baris.
4. Bilangan suku katanya antara lima hingga lima belas suku kata.
5. Rimanya tidak sama.

GAYA BAHASA
1. Sinkope - Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
dengan suasana suntimu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu

2. Responsi - Kuhantar kau mengecapi angin baru


kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu

3. Anafora - Di awan kampus yang sarat ilmu


di pohon kampus yang tegar status
di padang kampus yang hijau pertimbangan

4. Metafora - mengenal kalimat hujan dan bilah petir


menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal.

5. Perlambangan - burung kebebasan


sembilu kesedihan yang disebabkan oleh cabaran
tangga gading university

6. Imejan atau imej alam - Kuhantar kau mengecapi angin baru


udara lain dari kampung bendang kuningmu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
dari tangga gading.

102
NILAI
1. Kasih sayang – penyair sebagai bapa amat sayang akan anak gadisnya.
2. Keberanian – keberanian penyajak sebagai seorang bapa melepaskan anak
gadisnya untuk menuntut ilmu.
3. Baik hati – penyajak sebagai bapa bersikap baik hati dengan memberikan nasihat
kepada anak gadisnya yang berada jauh di kampus.
4. Kecekalan – anak gadis dinasihatkan oleh bapanya agar cekal menghadapi
cabaran dan dugaan di universiti.

PENGAJARAN
(a) Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan
mereka.
(b) Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam melakukan apa-apa yang kita sukai.
(c) Kita haruslah gigih menimba ilmu dan pengalaman demi kegunaan pada masa
depan.
(d) Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan
diri.
(e) Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka selepas
berpindah ke bandar.
(f) Kita haruslah menjaga maruah diri dan mengekalkan jati diri yang mulia di mana-
mana sahaja kita berada.
(g) Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya tidak terlalu
bergantung pada orang lain.
(h) Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita agar dapat
menjadikan diri kita lebih kental.
(i) Kita haruslah bijak menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan agar dapat menghadapi
cabaran dalam kehidupan.

103
ERTI HIDUP BERERTI
Teo Wei Sing

MAKSUD
Rangkap 1
Fikiran penyajak sering dihimbau oleh nasib malang yang mengongkongi hidupnya
dan tidak pernah berubah. Tiada siapa yang datang menziarahinya. Keluhan
daripada seorang insan tua yang kesunyian.
Rangkap 2
Kebahagiaan hidup yang diimpikan oleh penyajak hanya angan-angan sahaja
sehingga penghujung hidupnya. Anak-anak kandungnya sendiri sudah melupainya
dan tidak sanggup untuk menjaganya. Anak-anaknya saling menolak untuk
menjaganya. Penyajak mencari kehidupannya sendiri dan menanggung penderitaan
hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh.
Rangkap 3
Penyajak menganggap dirinya tidak dihargai dan diperlukan lagi walaupun mereka
anak kandungnya sendiri. Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada yang
sanggup berbakti atau yang telah melupakannya akan diberikan keinsafan. Penyajak
berharap agar hidup dengan berkasih sayang dan menggantikan hubungan yang
hambar sebelum ini. Manusia jangan leka, dalam putaran hidup ini akan ada yang
hidup dan mati kecuali Tuhan yang kekal.

TEMA
Keluhan ibu tua yang diabaikan oleh anaknya sendiri.
Seorang ibu yang mengharapkan belaian kasih sayang anak-anak pada penghujung
usianya. Namun begitu anak-anak tidak mengendahkan dan mengambil
tanggungjawab menjaganya. Jauh di sudut hatinya masih mengharapkan anak-
anaknya akan insaf.

PERSOALAN
1. Kasih sayang seorang ibu
Contoh: ibu yang mengandungkan dan menjaga anak semasa kecil

2. Berbakti kepada ibu


Contoh: anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan
membesarkan mereka

3. Kebahagiaan hidup ialah impian semua orang


Contoh: harapan seorang ibu agar anak-anak dapat memberikan kebahagiaan
pada hari tuanya

4. Tanggungjawan seorang anak


Contoh : anak-anak perlu insaf terhadap tanggungjawab menjaga kebajikan
ibu kandung dan memberikan kebahagian kepadanya

5. Kekuasaan Tuhan
Contoh: ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan

104
BENTUK SAJAK
1. Terdiri daripada tiga rangkap.
2. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama: tujuh baris,
rangkap kedua; sepuluh baris, rangkap ketiga; sebelas baris.
3. Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara dua hingga
enam patah kata dalam satu baris.
4. Bilangan suku katanya antara empat hingga tiga belas suku kata.
5. Rima akhirnya tidak sama.

GAYA BAHASA
1. Personifikasi - malam sepi, semoga disirami benih keinsafan
2. Simile - bagai kalung
3. Sinkope - yang melingkari leherku
siapa yang akan datang menjengukku
kucari erti hidup
anakku bakaku
4. Anafora - dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
5. Responsi - dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
6. Metafora - Keheningan tasik, kehijauan rumput, benih keinsafan

NILAI
1. Kasih sayang – kasih sayang seorang tua terhadap anaknya tetap utuh walaupun
anaknya itu melupakannya.
2. Ketabahan – ketabahan dalam mengharungi kehidupan seorang diri dan
kesunyian tanpa dihiraukan oleh anak-anak.
3. Keinsafan – penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal hanyalah Tuhan.
4. Bertanggungjawab - sikap tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya
dengan mendoakan mereka agar dikurniakan keinsafan.

PENGAJARAN
1. Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan
mereka dan menjaga ibu bapa sehingga hari tua mereka.
2. Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan
diri, terutamanya menghadapi usia yang tua.
3. Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka selepas
berpindah dari rumah ibu bapa, malah sentiasa menjenguk mereka.
4. Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya tidak terlalu
bergantung pada orang lain, walaupun sewaktu tua.
5. Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita agar dapat
menjadikan diri kita lebih kental.
6. Kita haruslah menjadi anak yang bertanggungjawab dengan menjaga kebajikan ibu bapa
dan menyejahterakan serta membahagiakan mereka.

105
KUDUP PERANG
Tuah Sujana
MAKSUD
Rangkap 1
Peperangan akan mengakibatkan kezaliman dan penindasan serta membangkitkan
perasaan dendam antara satu sama lain. Namun begitu kita perlu bersyukur kerana
walau dihimpit kesengsaraan oleh perang masih ada insan yang berani untuk
bangkit berjuang walaupun dalam keadaan dikongkong dan disekat kebebasannya.
Dia juga masih dapat memberikan harapan masa depan yang lebih baik. Timbul
persoalan tentang siapakah pemimpin yang sejati.
Rangkap 2
Kita tidak sempat menganalisis dan berfikir untuk masa depan ketika konflik dan
pertarungan untuk memegang tampuk kekuasaan. Pertentangan menjadi
permusuhan yang menimbulkan pelbagai tafsiran yang mengelirukan. Timbul
persoalan siapakah yang akan memusnahkan pendusta?
Rangkap 3
Sekiranya pejuang tersebut seperti Tuah, kita masih tidak dapat menyanjunginya
sebagai seorang panglima yang paling gagah kerana keampuhan kesetiaannya
terhadap kerajaan bukan menjadi ukuran teguhnya neraca keadilan. Kadang-kadang
kesetiaan itu dimusnahkan oleh pengadu domba. Kesannya memberikan
kesengsaraan dan penderitaan serta menjatuhkan maruah negeri.
Sekiranya pejuang tersebut seperti Jebat, kita tidak boleh melabelkannya sebagai
pengkhianat kerana kita masih mengingati keadilan yang musnah kerana fitnah yang
bermaharalela. Ada orang mengaguminya sebagai tokoh pejuang.
Rangkap 4
Perebutan kuasa telah melenyapkan pelbagai tipu daya yang sering dikaitkan
dengan kepalsuan. Akhirnya, telah mengembalikan kebenaran kepada haknya,
memberikan kesejahteraan dan melenyapkan perasaan dendam.

TEMA
Peperangan mengakibatkan kezaliman dan mencetuskan semangat perjuangan
Peperangan menyebabkan kezaliman, penindasan dan perasaan dendam. Selain
itu, peperangan juga mencetuskan semangat perjuangan untuk menentang
kezaliman dan menegakkan keadilan.

PERSOALAN
1. Pengorbanan diri untuk orang lain.
Contoh: kesanggupan berkorban demi menegakkan kebenaran dan keadilan.

2. Kesan peperangan.
Contoh: dalam peperangan berlaku tipu daya dan muslihat serta telah
membangkitkan perasaan dendam antara satu sama lain.

3. Menegakkan keadilan
Contoh: menjadi tanggungjawab setiap orang untuk menghentikan kezaliman dan
penindasan demi menegakkan keadilan.

106
4. Kesetiaan terhadap negara
Contoh: setiap orang mesti menunjukkan kesetiaan terhadap negara yang
didiaminya.

5. Penilaian perlu dibuat secara adil berdasarkan konteks.


Contoh: Tindakan Jebat memberontak adalah untuk menuntut keadilan terhadap Tuah dan
bukan penderhakaan kepada raja.

BENTUK SAJAK
1. Terdiri daripada enam rangkap.
2. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama; sebelas
baris, rangkap kedua; sepuluh baris, rangkap ketiga; sepuluh baris, rangkap
keempat; enam baris, rangkap kelima; lapan baris dan rangkap keenam; empat
baris.
3. Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama iaitu antara dua hingga
enam patah kata dalam satu baris.
4. Bilangan suku katanya antara empat hingga tujuh belas suku kata.
5. Rima akhirnya tidak sama.

GAYA BAHASA
1. Personifikasi - sering mengudupkan putik dendam, kerana membenarkan
sepasang mata, untuk berlari dengan tangan bergari, teramat lara kita menjahit
semula
2. Metafora - mengudupkan putik dendam, menumbuhkan kelopak rahsia, Perang
pun melecurkan lidah muslihat
3. Anafora - untuk berlari dengan tangan bergari
untuk sehari lagi; sambil bertanya:
4. Responsi - mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
5. Sinkope - Andai namamu Tuah, Andai namamu Jebat,
6. Simile - seperti perawan

NILAI
1. Keberanian – penyajak berani mencari jawapan dan kepastian antara pahlawan
dengan pengkhianat.
2. Keadilan – Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan saksama.
3. Keinsafan – penyajak insaf bahawa peperangan dan perbalahan akan menggugat
kedamaian hidup.
4. Kerajinan – usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh untuk membina
kebahagiaan hidup semula selepas peperangan perlu dilakukan.

107
PENGAJARAN
1. Kita mestilah berani meluahkan perasaan dan hujah tentang sesuatu perkara
yang benar.
2. Kita mestilah menjadi seorang pemimpin yang berkewibawaan demi menjaga
maruah diri dan keluarga.
3. Kita mestilah bertanggungjawab menyelesaikan segala tugasan yang diberikan
kepada kita sebagai seorang pemimpin.
4. Kita mestilah amanah dalam usaha menjalankan tanggungjawab sebagai seorang
yang memimpin sesuatu organisasi.
5. Kita mestilah adil dan saksama dalam segala perbuatan demi memastikan kesempurnaan
sesuatu organisasi yang kita pimpin.

108
PROSA TRADISIONAL
________________________________________________________________
BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

SINOPSIS
Cerita memaparkan percubaan raja Siam, Bubunnya hendak menyerang kerajaan
Melaka yang tidak kesampaian kerana kebijaksanaan pemerintah dan kesaktian
hulubalang Melaka.
Ceritanya bermula pada zaman dahulu kala negeri Siam yang dikenali sebagai
Syahrunnuwi begitu kuat sehingga semua kerajaan bawah angin telah ditakluki oleh
Siam kecuali kerajaan Melaka. Apabila Melaka yang diperintah oleh Sultan Muzaffar
Syah enggan memberi surat sebagai tanda tunduk kepada Siam, raja Siam telah
menyuruh panglimanya Awi Cakri membawa hulubalang dan rakyatnya yang sangat
ramai untuk menyerang Melaka melalui hulu Pahang. Apabila Sultan Muzaffir Syah
mendengar berita tentang rancangan serangan Siam itu, baginda pun
menghimpunkan rakyat Melaka dari segenap pelusuk negeri. Tun Perak dari Kelang
telah datang membawa bersama-sama dengan anak isteri masing-masing. Pada
masa itu, Seri Amerta dilantik oleh sultan sebagai bentara kerana kecerdikan dan
kepetahannya berkata-kata.
Seri Amerta telah diminta oleh sultan untuk menyiasat tindakan Tun Perak tersebut.
Tindakan Tun Perak itu dipersoalkan sebanyak tiga kali oleh Seri Amerta. Tun Perak
meminta Seri Amerta jangan mencampuri urusan orang lain. Baginda menjelaskan
sekiranya orang Kelang yang datang dari jauh itu ditemani anak isteri masing-
masing, mereka akan berperang dengan lebih bersemangat. Apabila hal ini
disampaikan kepada Duli Yang diPertuan, baginda amat bersetuju dengan tindakan
Tun Perak itu lalu menitahkan Tun Perak terus bermastautin di Melaka. Apabila
serangan Siam itu telah dapat dipatahkan, Tun Perak telah dijadikan sebagai
bentara di Melaka.
Tidak lama kemudian Seri Amerta menyuruh Tun Perak menghadap kerana ada
seorang orang Kelang mengadu bahawa dirinya dianiayai oleh Tun Perak. Setelah
disoal siasat, Tun Perak menyatakan bahawa Seri Amerta tidak memahami tugas
dan tanggungjawab diamanahkan oleh Sultan. Sultan bersetuju dengan penjelasan
Tun Perak lalu melantiknya sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja
yang setaraf dengan Seri Nara Diraja.
Seri Nara Diraja sudah tua dan tidak mempunyai anak lelaki,hanya ada seorang
anak perempuan yang bernama Tun Putih hasil perkahwinan dengan anak
bendahara. Setelah isterinya itu mangkat barulah Seri Nara Diraja mengakui bahawa
baginda mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Tun Nina Madi hasil
perhubungan dengan gundik istana.
Pada masa itu masyarakat Melayu telah berpecah kepada dua puak iaitu puak
Paduka Raja dan puak Seri Nara Diraja kerana kedua-duanya mempunyai taraf
yang sama. Kedua-dua orang besar ini tidak dapat bekerjasama kerana berbeza
pendapat. Apabila hal ini diketahui oleh Sultan Muzaffir Syah, baginda amat kecewa
kerana bimbang negara akan lemah jika pembesarnya saling tidak bermuafakat.
Baginda telah memikirkan jalan penyelesaian dengan mencai jodoh baru kepada
Seri Nara Diraja, tetapi semuanya telah ditolak oleh Seri Nara Diraja sehinggalah dia
dijodohkan dengan Tun Kudu anak perempuan Bendahara Seri Wak Raja, saudara
kepada Paduka Raja. Justeru, hubungan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja

109
kembali baik apabila baginda bersetuju supaya Paduka Raja dilantik sebagai
bendahara manakala Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.
Tidak lama kemudian orang Siam di bawah pimpinan Awi Dicu menyerang Melaka.
Sultan mengetahui hal tersebut lalu menitahkan Paduka Raja dengan diiringi Seri
Bija Diraja dan segala hulubalang untuk mempertahankan Melaka. Anak Seri Bija
Diraja bernama Tun Umar yang berkelakuan aneh telah disuruh melanggar perahu
pihak Siam, tiga buah perahu Siam telah dikalahkan dengan hanya sebuah
perahunya. Pihak Siam menjadi takut dan membatalkan hasrat menyerang Melaka.
Bendahara Paduka Raja menggunakan strategi memasangkan puntung api pada
pokok-pokok di sepanjang pantai seolah-olah banyak perahu perang Melaka yang
dibawa untuk mempertahankan Melaka. Angkatan perang Siam telah berundur.
Setelah pihak Siam berundur, Bendahara Paduka Raja dan orang-orangnya telah
dianugerahkan persalinan yang mulia.
Walau bagaimanapun, berita kegagalan serangan Siam itu sampai ke pengetahuan
Paduka Bubunnya, raja Siam itu amat marah dan diri sendiri membuat keputusan
untuk menyerang Melaka tetapi anaknya Cau Pandan menawarkan diri untuk
menyerang Melaka. Raja Siam bersetuju lalu menggunakan lapan ratus buah kapal
perang besar dan banyak kapal perang kecil di bawah pimpinan Pra Kelong untuk
membantu Cau Pandan menyerang Melaka. Apabila berita rancangan Siam untuk
menyerang Melaka itu diketahui oleh sultan Melaka, Sidi Arab yang mempunyai
kesaktian ilmu memanahnya telah memanah Cau Pandan yang berada di Siam.
Akhirnya Cau Pandan yang belum sempat menyerang Melaka itu telah terkena
panahan tersebut di dada, telah muntah darah lalu mati. Kesaktian Sidi Arab itu
amat dihargai sultan dan diberi ganjaran yang setimpalnya.
Setelah empat puluh dua tahun Sultan Muzaffir Syah memerintah Melaka, akhirnya
baginda mangkat dan digantikan oleh anaknya Raja Abdullah gelaran Sultan Mansur
Syah. Ketika menaiki takhta, Sultan Mansur Syah berusia 27 tahun. Baginda
beristerikan anak Seri Nara Diraja iaitu Tun Putih Nur Pualam. Baginda seorang raja
yang kacak, adil, dan murah hati yang tiada tolok bandingnya pada masa itu.

TEMA
Keghairahan Siam menyerang Melaka tanpa menilai kelemahan diri sendiri dan menyiasat
kekuatan pihak lawan terlebih dahulu sebelum mengatur serangan.

110
PERSOALAN
1. Kebijaksanaan Tun Perak dalam mengatur strategi menghalang serangan
dari Siam
Tun Perak membawa rakyat dari Kelang bersama-sama anak isteri untuk menaikkan
semangat berperang Tun Perak mengikat puntung api pada pokok bakau, pokok
nyirih dan pokok api-api di sepanjang pantai bagi menakutkan pihak musuh.

2. Semangat tidak mudah berputus asa.


Siam mengatur serangan ke atas Melaka sebanyak tiga kali walaupun kesemua
percubaan tersebut menemui kegagalan.

3. Kepentingan permuafakatan antara pemimpin memperkukuh ketahanan


negara.
Konflik antara Tun Perak dengan Seri Nara Diraja telah menyebabkan masyarakat
berpecah yang boleh melemahkan kekuatan negara.

4. Perkahwinan dapat mengeratkan perhubungan persaudaraan.


Contohnya, Sultan telah menjodohkan Tun Kudu anak saudara Tun Perak dengan
Sri Nara Diraja.

5. Tanggungjawab melaksanakan tugas masing-masing tanpa mencampuri


urusan orang lain
Tun Perak meminta Seri Amarta tidak mencampuri urusannya dan mempersoalkan
sesuatu tindakan yang diambil.

6. Merahsiakan sesuatu perkara bagi mengelakkan konflik dalam keluarga.


Seri Nara Diraja merahsiakan anak hasil hubungannya dengan gundik bagi
mengelakkan berkonflik dengan isteri

7. Unsur kesaktian dalam peperangan


Sidi Arab mempunyai kesaktian dalam ilmu memanah. Beliau telah memanah dari Melaka
sehingga dapat membunuh Cau Pandan yang berada di benua Siam.

PLOT
Permulaan
Persiapan rakyat Melaka menghadapi ancaman pertama daripada Siam.
Perkembangan
Pemerintahan Sultan Muzaffar Syah di Melaka dan kebijaksanaan Tun Perak dalam
pelbagai perkara.
Konflik
1. Antara Tun Perak dengan orang Kelang yang mengadu.
2. Antara Tun Perak dengan Seri Nara Diraja yang tidak sehaluan.

Klimaks
Sultan menceraikan Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja.
Peleraian
Kemangatan Sultan Muzaffar Syah.

111
WATAK DAN PERWATAKAN
Sultan Muzaffar Syah
1. Pemerintah negeri Melaka.
2. Baginda tegas dalam mentadbir negerinya.
3. Berpandangan jauh. Melantik Tun Perak sebagai pembesar kerana dapat melihat
ciri-ciri kepemimpinan pada diri Tun Perak.
4. Baginda adil dalam pemerintahannya. Baginda tidak terburu-buru dalam
menjatuhkan hukuman apabila menerima aduan orang Kelang berkenaan Tun
Perak.
5. Baginda juga bijaksana. Baginda mengahwinkan Tun Kudu dengan Seri Nara
Diraja bagi menyelesaikan perselisihan antara Seri Nara Diraja dengan Bendahara
Paduka Raja.

Tun Perak (Bendahara Paduka Raja)


1. Tun Perak amanah dalam menjalankan tugas. Tun Perak bersedia meletakkan
jawatan sekiranya sultan beranggapan beliau gagal melaksanakan tugasnya.
2. Beliau taat akan raja. Tun Perak mentaati perintah Sultan Muzaffar Syah supaya
membuat persiapan untuk mengusir tentera Siam yang berada di Batu Pahat.
3. Tun Perak juga bijaksana. Tun Perak mengarahkan anak-anak buahnya
memasang puntung api pada setiap pokok bakau untuk memperdayakan angkatan
tentera Siam.
4. Beliau berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan. Tun Perak tidak terburu-
buru menjawab pertanyaan Seri Amerta kerana beliau berhati-hati dalam berbicara.

Seri Nara Diraja


1. Beliau memegang jawatan sebagai penghulu bendahari.
2. Seri Nara Diraja takut akan isterinya. Beliau hanya mengakui Tun Nina Madi
sebagai anaknya selepas kematian isterinya.
3. Seri Nara Diraja sering berselisih pendapat dan tidak sepakat dengan Paduka
Raja (Tun Perak)
4. Walaupun sudah tua, beliau berkahwin dengan Tun Kudu, bekas isteri Sultan
Muzaffar Syah yangg juga saudara Tun Perak.

LATAR
Latar Masa
1. Zaman Kesultanan Melayu Melaka, pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.
2. Waktu malam – waktu Awi Dicu hendak menyerang Melaka dan Bendahara Tun
Perak serta penduduk Melaka menyalakan puntung api.

Latar Tempat
1. Melaka – tempat istana pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.
2. Kelang – Tempat Tun Perak memerintah sebagai Penghulu.
3. Hulu Muar – tempat rotan mengikat barang dibuang oleh angkatan Siam.
4. Batu Pahat – tempat orang Siam membuat perigi.

112
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang taat akan pemerintah – pembesar dan rakyat Melaka taat titah
perintah baginda sultan.
2. Masyarakat yang bersatu – penduduk Melaka bersatu tenaga mempertahankan
Melaka daripada serangan Siam.
3. Masyarakat yang bijaksana – Tun Perak bijak mengatur strategi dalam
menghadapi angkatan perang Siam.
4. Masyarakat yang berani – Tun Umar berani menghendap dan menyerang
beberapa buah perahu Siam.
5. Masyarakat yang berilmu – Tuan Sidi Arab mempunyai ilmu tentang kemahiran
memanah.

GAYA BAHASA
1. Bahasa istana – tuanku, patik, titah
2. Penggandaan – perahu kecil-kecil
3. Bahasa Arab – Allah, fiil
4. Bahasa klasik – syahadan, hatta
5. Simile – seperti saudara sejalan jadi
6. Sinkope – ku, mu, tak

NILAI
1. Keberanian – Tun Umar berani melanggar perahu Siam yang ingin menyerang
Melaka.
2. Kebijaksanaan – Tun Perak bijak mengatur strategi menghadapi serangan Siam.
3. Keadilan – Sultan Muzaffar Syah bertindak adil dalam mendamaikan dua orang
pembesar yang tidak sehaluan.
4. Tanggungjawab – pembesar dan rakyat Melaka bertanggungjawab
mempertahankan Melaka daripada serangan Siam.
5. Rasional – Tun Perak memberi alasan yang rasional apabila diajukan soalan oleh
Seri Amerta tentang aduan orang Kelang.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menjalankan pemerintahan secara adil dan saksama.
2. Kita hendaklah berani menentang musuh atas prinsip kebenaran.
3. Kita sewajarnya bertindak rasional apabila menghadapi masalah.
4. Kita mestilah menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik
mungkin.
5. Kita mestilah mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.

113
CERPEN
________________________________________________________________
CINTA AHMAD MUTAWAKKIL
(Zainal Rashid Ahmad)

SINOPSIS
Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil ( Zainal Rasyid Ahmad) telah menggunakan
pendekatan sorot balik tentang kisah perjuangan Ahmad Mutawakkil dalam
menzahirkan cintanya terhadap bangsa dan negara. Ahmad Mutawakkil yang parah
ditembak telah memeranjatkan penduduk kampung yang ketika itu sedang berdoa
seusai solat maghrib. Setelah menjelaskan keadaan Ahmad Mutawakkil yang parah,
terkulai lalu pengsan, penulis mula mengimbas kembali kisah perjuangan anak
muda tersebut bermula daripada perubahan sosioekonomi penduduk kampung
kesan kehadiran Tuan Booth sekeluarga. Kehadiran mereka bukan sahaja berjaya
meningkatkan ekonomi penduduk kampung, malahan Ahmad Mutawakkil membesar
sebagai pemuda berilmu hasil bantuan anak Tuan Booth, Sandra. Dia bukan sahaja
menjadi penyebar maklumat tentang hal ehwal semasa kepada masyarakat di
kampungnya, malahan turut bekerja membaca dan menjawab surat-surat rahsia
daripada Inggeris untuk kumpulan anti-Jepun.
Cerpen ini diteruskan lagi dengan Ahmad Mutawakkil menyampaikan khabar kepada
penduduk kampung tentang pengeboman Hiroshima dan Nagasaki yang membawa
kelegaan dan rasa syukur mereka. Ahmad Mutawakkil kemudiaannya digambarkan
sebagai pemuda yang berjiwa pemimpin apabila dia dapat mempengaruhi penduduk
kampung dengan pidatonya yang membangkitkan semangat patriotisme dalam jiwa
mereka. Dalam masa yang sama Ahmad Mutawakkil berjaya mengajak penduduk
kampung untuk menjalinkan silaturahim dengan Tuan Booth sekeluarga yang tidak
pernah memusuhi masyarakat di situ. Cerpen ini juga dikembangkan dengan kisah
hubungan antara Ahmad Mutawakkil dengan Sandra yang sering menjadi tanda
tanya kepada penduduk di situ.
Plot dirumitkan lagi dengan situasi 16 Jun 1948 di Perak apabila darurat
diisytiharkan kerana Parti Komunis Malaya mula menggila. Ahmad Mutawakkil tetap
mengajak masyarakat kampungnya berjuang tanpa menghiraukan keselamatan
dirinya walaupun pihak komunis telah memberi amaran kepadanya melalui Tuan
Booth agar tidak menghasut orang kampung membenci komunis.
Kemuncaknya, Ahmad Mutawakkil berjaya meniupkan semangat perjuangan yang begitu
mendalam dalam jiwa penduduk kampung melalui pidato citra merdeka dan kritikan
terhadap bangsa Melayu yang sanggup diperalat Parti Komunis Malaya. Setelah ditemui
oleh seorang budak lelaki yang tidak dikenali seusai majlis ceramah tersebut, Ahmad
Mutawakkil pergi dan tidak pulang-pulang sehingga dia datang pada malam esoknya di
surau kampung dalam keadaan berlumuran darah. Ahmad Mutawakkil terbunuh namun
semangat perjuangannya terus membara dalam masyarakat kampung sama seperti mereka
rindu akan kata-kata semangat anak muda itu “ Tanah Melayu pasti merdeka!”. Tuan Booth
sekeluarga pulang ke England seminggu selepas Tanah Melayu merdeka namun rasa cinta
yang mendalam Sandra terhadap Ahmad Mutawakkil telah membawa dia pulang ke
kampung tersebut untuk meneruskan kehidupannya di situ.

114
TEMA
Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil (Zainal Rasyid Ahmad) memaparkan tema perjuangan
menentang penjajah. Ahmad Mutawakkil yang merupakan watak utama dalam cerpen ini
telah menzahirkan cintanya terhadap bangsa dan negara melalui perjuangan menentang
penjajah Inggeris, Jepun dan Komunis. Ahmad Mutawakkil telah menggunakan penguasaan
ilmunya dalam menjadi penyebar maklumat tentang penjajah kepada mesyarakat di
kampungnya. Sejak usia belasan tahun lagi, Ahmad Mutawakkil telah menonjolkan dirinya
sebagai seorang pemimpin muda yang berpengaruh. Hal ini dibuktikan melalui pidato-
pidato yang disampaikan kepada masyarakat kampung untuk meniupkan semangat
patriotisme dalam diri setiap ahli masyarakat. Ahmad Mutawakkil merupakan seorang
pemuda yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi sehinggakan tidak sanggup
menerima sebarang pujian selagi Tanah Melayu belum merdeka. Dia sanggup menggadaikan
nyawanya untuk menentang komunis dan akhirnya dia terbunuh sebelum mengecap
kemerdekaan Tanah Melayu. Perjuangan dan pengorbanannya terus diingati oleh
masyarakat kampungnya sama seperti mereka mengingati kata-kata anak muda itu “Tanah
Melayu pasti merdeka!”.

PERSOALAN
1. Persoalan perubahan sosioekonomi masyarakat kampung
Contoh: Kedatangan Tuan Booth dan keluarga telah merubah sosioekonomi
masyarakat kampung apabila beliau telah mengupah beratus-ratus buruh termasuk
penduduk kampung sendiri untuk meneroka belukar bagi meluaskan penanaman
getah.

2. Persoalan kepentingan sikap berdikari dalam kehidupan


Contoh: Ahmad Mutawakkil belajar berdikari setelah kematian bapanya, Wan Sadir
dengan cara bekerja dengan orang putih.

3. Persoalan kesan kedatangan penjajah


Contoh: Kedatangan penjajah yang membawa kepada serangan telah menyebabkan
seluruh ketenangan hidup masyarakat kampung hilang.

4. Persoalan tanggungjawab seorang pemimpin


Contoh: Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau selepas solat isyak
untuk mencari Ahmad Mutawakkil yang kehilangan tempat menumpang nasib
setelah pemergian Tuan Booth sekeluarga akibat kedatangan Jepun dan mengambil
Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya.

5. Persoalan kepentingan menguasi ilmu dalam kehidupan


Contoh: Ahmad Mutawakkil menjadi tempat penduduk kampung mendapatkan
maklumat tentang hal ehwal semasa kerana dia boleh menulis dan bercakap dalam
bahasa Inggeris.

6. Persoalan semangat patriotisme dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan


Contoh: Ahmad Mutawakkil menyeru ahli masyarakat agar mengikis tabiat buruk,
berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa Melayu untuk merdeka.

115
BINAAN PLOT

Permulaan
1. Ahmad Mutawakkil muncul di surau dalam keadaan cedera parah.
2. Penulis mengimbas kembali sejarah pembukaan kampungnya dan kedatangan
satu keluarga Inggeris membuka estet getah di kampung itu.
3. Ahmad Mutawakkil, remaja yatim paitu bekerja dengan keluarga Inggeris itu.
4. Apabila perang meletus, keluarga Tuan Booth meninggalkan kampung itu dan
Ahmad Mutawakkil menjadi anak angkat Imam Ngah Deraman.

Perkembangan
1. Perang tamat apabila Jepun menyerah kalah.
2. Keluarga tuan Booth kembali ke kampung tersebut.
3. Ahmad Mutawakkil pula semakin aktif dengan pergerakan menuntut
kemerdekaan.
4. Tuan Booth menjalin hubungan yang baik dengan penduduk kampung dan sering
mengundang mereka ke majlis yang diadakan di banglonya.

Perumitan
1. Pada waktu itu juga dikhabarkan bahawa komunis kian bermaharajalela di seluruh
negara sehingga darurat terpaksa diisytiharkan.
2. Pihak komunis tidak senang dengan Ahmad Mutawakkil yang lantang bersuara
menentang mereka dan mengugut akan bertindak jika Ahmad Mutawakkil tidak
berhenti.

Klimaks
1. Penduduk kampung kecoh dengan kehilangan Ahmad Mutawakkil.
2. Imam Ngah Ibrahim bimbang dengan keselamatan anak angkatnya itu.
3. Gerakan mencari dilakukan, namun Ahmad Mutawakkil tidak dijumpai.
4. Akhirnya, Ahmad Mutawakkil muncul di surau dalam keadaan cedera parah.
5. Dia rebah lalu meninggal dunia di pangkuan Imam Ngah Ibrahim.

Peleraian
1. Negara mencapai kemerdekaan.
2. Keluarga Tuan Booth kembali ke England.
3. Setahun selepas itu, Sandra kembali ke kampung itu lalu membuka kelas dan
mengajar anak-anak kampung itu.

116
TEKNIK PLOT
1. Teknik dialog – Contohnya, dialog antara Ahmad Mutawakkil dengan Sandra.
Ahmad Mutawakkil berasa terhutang budi atas kesudian Sandra mengajarnya
menulis dan membaca.
2. Teknik imbas kembali – Contohnya, penulis mengimbas kembali peristiwa
kedatangan sebuah keluarga Orang Putih ke kampungnya.
3. Teknik imbas muka – Contohnya, penulis membayangkan ketiadaan Sandra,
anak gadis Tuan Booth pada malam penyampaian pidato oleh Ahmad Mutawakkil di
kampungnya berkemungkinan disebabkan faktor kesihatan atau faktor merajuk.
4. Teknik kejutan – contohnya, kemunculan Ahmad Mutawakkil dalam keadaan
cedera parah di pintu surau pada permulaan cerita menimbulkan kejutan kepada
pembaca sedangkan dialah watak utama dalam cerpen ini.
5. Teknik monolog dalaman – Contohnya, penulis melahirkan rasa kesyukuran
dalam hatinya atas dua perkara walaupun ketika itu Jepun sedang menjajah
negerinya.
6. Teknik pemerian – contohnya, penulis memerihalkan keadaan Ahmad Mutawakkil
sewaktu dia muncul secara tiba-tiba di pintu surau kampungnya.
7. Teknik saspens – contohnya, peristiwa kemaraan askar Jepun yang menyerang
Tanah Melayu pada tahun 1941 telah menimbulkan tanda tanya kepada pembaca
tentang nasib penduduk kampung penulis.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama : Ahmad Mutawakkil
1. Anak Wak Sadir.
2. Yatim piatu.
3. Anak angkat Imam Ngah Deraman.
4. Bekerja di banglo estet Tuan Booth sehingga dia pandai membaca dan menulis
serta bercakap dalam bahasa Inggeris setelah diajar oleh Sandra.
5. Ahmad Mutawakkil nasionalis dan aktif dalam parti. Dia berjuang menentang
Inggeris secara terbuka melalui pidato dan ceramah.
6. Dia mempunyai kewibawaan dan sangat berpengaruh serta dihormati oleh
penduduk kampungnya. Ketika berusia 24 tahun, dia terpilih sebagai pemimpin
nombor dua parti di peringkat daerah.
7. Dia pemuda yang berani kerana tidak gentar akan ancaman komunis yang
mengugutnya.
8. Seorang yang berbudi bahasa kerana menyantuni keluarga Tuan Booth yang
banyak berjasa kepadanya.
9. Akhirnya, Ahmad Mutawakkil mati akibat ditembak oleh komunis

117
Watak sampingan
Imam Ngah Deraman
1. Imam surau di kampung.
2. Bapa angkat Ahmad Mutawakkil.
3. Seorang yang penyayang – sayang akan Ahmad Mutawakkil yang yatim piatu.
4. Seorang yang taat akan agama – menunaikan solat berjemaah dengan penduduk
kampung setiap waktu solat.
5. Dia seorang yang prihatin – sentiasa ambil tahu pergerakan Ahmad Mutawakkil.

Sandra
1. Anak gadis Tuan Booth.
2. Seorang gadis bermata biru dan berambut perang.
3. Fasih berbahasa Melayu.
4. Sandra tidak kedekut ilmu – mengajar Ahmad Mutawakkil membaca dan menulis
serta berbahasa Inggeris.
5. Dia mempunyai perasaan terhadap Ahmad Mutawakkil – kecewa apabila Ahmad
Mutawakkil jarang hadir ke majlis di banglo bapanya.
6. Seorang yang prihatin – ambil berat tentang kehilangan Ahmad Mutawakkil.
7. Dia membuka kelas dan mengajar anak-anak kampung selepas setahun negara
mencapai kemerdekaan.

Tuan Booth
1. Berbangsa Inggeris.
2. Tuan punya estet getah.
3. Peramah – mesra dengan penduduk kampung.
4. Baik hati – turut menyertai misi pencarian Ahmad Mutawakkil yang hilang.

LATAR
LATAR MASA
1. Zaman penjajahan – penjajahan Inggeris di Tanah Melayu.
2. Zaman pendudukan Jepun – Jepun menakluki Tanah Melayu dengan melakukan
pelbagai kezaliman.
3. Zaman darurat – komunis bermaharajalela di seluruh negara sehingga
diisytiharkan perintah darurat.
4. Zaman selepas merdeka – Sandra kembali ke kampung itu selepas setahun
negara ini merdeka.
5. Malam – waktu yang sering menjadi tumpuan Imam Ngah Deraman dan Penghulu
Ibrahim Sigap membincangkan berita yang disampaikan oleh Ahmad Mutawakkil.
Waktu Ahmad Mutawakkil menghembuskan nafas terakhir.
6. Tengah hari – waktu Ahmad Mutawakkil tiba di kampung.

118
LATAR TEMPAT
1. Surau – tempat penduduk kampung menunaikan solat berjemaah.
2. Banglo – tempat Tuan Booth sekeluarga tinggal. Juga tempat Ahmad Mutawakkil
menumpang nasib.
3. Estet Ephill dan Estet Sungai Siput – tiga serangan berkembar yang
mengorbankan tiga orang pengurus Inggeris.
4. England - tempat asal keluarga Tuan Booth.

LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat yan berbudi bahasa – Tuan Booth dan keluarganya amat mesra dan
berbudi bahasa dengan penduduk kampung.
2. Masyarakat petani – penduduk kampung menanam pisang, ubi kayu dan keledek.
3. Masyarakat yang taat akan perintah agama – Imam Ngah Deraman, Penghulu
Ibrahim Sigap dan jemaah kampung selalu menunaikan solat jemaah di surau
kampung.
4. Masyarakat yang kejam dan zalim – golongan ini diwakili oleh kumpulan komunis
yang bertindak kejam terhadap sesiapa sahaja yang menentang perjuangan mereka.
5. Masyarakat peneroka Inggeris – Tuan Booth datang ke kampung itu lalu
membuka estet getah.
6. Masyarakat yang bekerjasama – penduduk kampung dan Tuan Booth
bekerjasama meredah belukar di seluruh pelosok kampung kerana mencari Ahmad
Mutawakkil.
7. Masyarakat yang cinta akan negara – Ahmad Mutawakkil sentiasa bersemangat
dalam memperjuangkan rasa cinta akan negara melalui ceramah dan penulisannya

GAYA BAHASA
1. Inversi - perlahan dan sangat rengsa bunyinya (bunyinya perlahan dan sangat
rengsa)
2. Personifikasi – diratah dan dirobek peluru , setiap mata kami yang hadir tetap liar
menyelinap...
3. Simile – laksana lampu ayan, darah membuak-buak bagai mata air
4. Bahasa Arab – alhamdulillah
5. Sinkope – ku, tak, mu
6. Hiperbola – kami masih keras membatu, nyala semangat dalam bola matanya.
7. Metafora – ambang maut, bahang kemerdekaan
8. Peribahasa – orang berbudi kita berbahasa, macam kera mendapat bunga.

119
NILAI
1. Keberanian – Ahmad Mutawakkil berani menyampaikan pidato kemerdekaan
kepada penduduk kampung.
2. Kebijaksanaan – Ahmad Mutawakkil bijak menulis dan berbahasa Inggeris.
3. Hormat-menghormati – Tuan Booth hormat akan budaya penduduk tempatan.
4. Kesyukuran – penduduk kampung berasa bersyukur kerana kawasan mereka
terpencil dan tidak menjadi sasaran peperangan.
5. Kerajinan – penduduk kampung rajin mengusahakan tanaman pisang, ubi kayu
dan keledek.
6. Ketaatan – Imam Ngah Deraman, Penghulu Ibrahim Sigap dan jemaah kampung
taat akan perintah Allah dengan menunaikan sembahyang berjemaah di surau
kampung.
7. Patriotisme – Ahmad Mutawakkil berjiwa patriotik sehingga sanggup
memperjuangkan kemerdekaan dalam pelbagai cara.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mempunyai rasa cinta akan negara dengan memastikan negara
berada dalam keadaan aman dan merdeka.
2. Kita hendaklah saling menghormati sesama anggota masyarakat bagi
mengekalkan keharmonian hidup.
3. Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan mempamerkan peribadi yang baik agar
dihormati serta disenangi orang.
4. Kita hendaklah rajin menuntut ilmu supaya dapat meningkatkan pengetahuan.
5. Kita hendaklah saling bekerjasama demi menjayakan sesuatu tindakan.
6. Kita hendaklah sanggup berkorban demi memperjuangkan hak bangsa dan
negara.

120
HIPERTENSI
Illias Zaidi

SINOPSIS
Cerpen Hipertensi (Illias Zaidi) memaparkan watak utama, Aiman Aqil yang sering
berhalusinasi. Aiman sering menimbulkan kemarahan gurunya kerana tidak
menumpukan perhatian terhadap pembelajaran di dalam kelas. Dia sering
berangan-angan menjadi tokoh-tokoh hebat dalam bidang Sains. Aiman Aqil mudah
bosan dengan cara pembelajaran di sekolah menyebabkan dia sering ponteng
sekolah. Hal ini menimbulkan kemarahan ayahnya sehingga dia kerap dirotan.
Aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik
penuh cabaran. Dia pernah membayangkan dirinya telah lulus pengajian tinggi
dalam bidang aeroangkasa. Walaupun Aiman Aqil sering berhalusinasi, namun dia
mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Dia tidak mahu berangan-angan seperti Mat
Jenin dan Si Luncai. Angan-angan Aiman terus mekar apabila dia terus
berhalusinasi menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa di bawah
Rusia. Kemudian, dia terus berangan-angan hendak memantapkan diri sebagai
persediaan untuk berlepas ke angkasa. Halusinasi Aiman tidak terhenti setakat itu
sahaja, malah dia turut membayangkan jutaan khalayak menyaksikan siaran
langsung perlepasan kapal angkasa yang dinaikinya. Aiman akhirnya berjaya
mendarat di bulan dalam halusinasinya itu.
Setelah asyik melayan halusinasinya, akhirnya Aiman teringat akan bisikan halus
yang didengarinya ketika di planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib
itu mengajaknya lebih mendekatkan diri kepada Ilahi. Akhirnya, Aiman sedar
daripada khayalannya bahawa dia perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu
bukan sekadar berangan-angan. Jauh di sudut hati Aiman, dia memanjatkan doa
dan harapan ke hadrat Ilahi.

TEMA
Cerpen Hipertensi (Illias Zaidi) bertemakan halusinasi futuristik yang penuh cabaran.
Mindanya sering dipenuhi dengan halusinasi tentang tokoh-tokoh hebat dalam bidang Sains.
Aiman Aqil yang merupakan watak utama sering berhalusinasi sebagai seorang angkasawan.
Aiman Aqil sentiasa berangan-angan tidak kira tempat sama ada ketika di rumah ataupun
ketika sedang mengikuti pembelajaran di dalam kelas. Dia pernah membayangkan bahawa
dirinya sudah lulus pengajian tinggi dalam bidang aeroangkasa. Walaupun dia sering
berhalusinasi, namun dia sekali-kali tidak akan membiarkan angan-angannya menjadi
seperti angan-angan Mat Jenin dan Si Luncai yang tidak sampai ke mana-mana. Angan-
angan tentang kehebatannya dalam bidang aeroangkasa semakin mekar sehinggakan dia
bukan sahaja membayangkan bahawa dia pernah mengikuti latihan intensif di bawah
program aeroangkasa bersama dengan Rusia, malahan dia pernah mendarat di Stesen
Angkasa Antarabangsa (ISS).

121
PERSOALAN
1. Persoalan adab menuntut ilmu
Contoh: Sikap Aiman yang tidak fokus terhadap pengajaran Cikgu Faridah di dalam
kelas telah menyebabkan Cikgu Faridah hilang sabar.

2. Persoalan kebanggaan terhadap identiti diri


Contoh: Aiman Aqil bengga akan nama yang diberikan kerana nama tersebut
mempunyai makna yang baik.

3. Persoalan kepekaan akan situasi sekeliling


Contoh: Aiman cepat-cepat membetulkan jawapannya apabila dia menyedari wajah
Cikgu Faridah berubah dengan jawapan awal yang diberikannya.

4. Persoalan sikap memandang rendah terhadap keupayaan orang lain


Contoh: Aiman menyindir adik-adiknya dan rakannya Chee Keong kerana lambat
menyelesaikan tugasan Matematik.

5. Persoalan peranan ibu bapa dalam keluarga


Contoh: Ayah dan ibu Aiman ingin mengetahui punca Aiman ponteng sekolah.

6. Persoalan ketagasan guru dalam mendidik pelajar


Contoh: Guru kelas Aiman memberi amaran keras kepadanya kerana mengganggu
rakan-rakan.

7. Persoalan kepentingan prinsip hidup


Contoh: Aiman bertekad tidak akan menjadi seperti Si Luncai dan Mat Jenin yang
hanya memasang angan-angan tanpa merealisasikan angan-angan tersebut.

8. Persoalan kasih sayang seorang ibu


Contoh:Ibu Aiman begitu tersentuh hati apabila melihat Aiman dirotan oleh ayahnya.

PLOT
Permulaan
1. Aiman merenung lereng bukit dari celah jemarinya.
2. Lereng bukit itu terhakis dan runtuh menimpa sebuah banglo.
3. Dia teringat dan teori graviti dan suasana di kelas ketika Cikgu Faridah
mengajarnya.

Perkembangan
1. Suasana di dalam kelas sewaktu Aiman dan rakan sekelasnya belajar.
2. Cikgu Faridah mengelarnya profesor disebabkan kepintarannya, ketinggian daya
berfikirnya dan kematangannya berbanding dengan murid-murid yang lain.
3. Walaupun Aiman bijak, tetapi dia suka memberontak dan bersikap angkuh. Dia
menganggu adik-adiknya ketika mereka membuat kerja sekolah. Dia juga
memandang rendah kepada rakannya yang gagal menjawab soalan.
4. Aiman dipanggil oleh pengetua kerana menimbulkan masalah di sekolah.

122
Perumitan
1. Aiman dirotan oleh ayahnya. Ibunya tidak berani menghalang.
2. Ketika dirotan, Aiman berhalusinasi dengan membayangkan dirinya menjalani
latihan intensif di bawah program aeroangkasa di Rusia.
3. Kemudian dia berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan seterusnya ke
bulan.
4. Setelah melihat persekitaran bulan yang panas dan gersang, Aiman berasa
sangat terasing dan mahu segera pulang.
5. Aiman yang berangan-angan ke angkasa lepas berada di pucuk kelapa dara.

Klimaks
1. Dia berharap ibu dan ayahnya menyambut kepulangannya dengan gembira.
2. Aiman berasa sedih kerana keluarganya tidak harmonis disebabkan sikap garang
dan bengis ayahnya.

Peleraian
1. Aiman teringatkan bisikan ghaib yang mengajaknya mendekati Ilahi.
2. Aiman berdoa dengan penuh harapan ke hadrat Ilahi tatkala melihat kemusnahan
lereng-lereng bukit.
3. Dia insaf dan bertekad untuk terus berusaha mencapai impiannya.

TEKNIK PLOT
1. Teknik pemerian – pengarang memerihalkan keadaan Aiman Aqil sewaktu dia
dilahirkan di bilik bersalin.
2. Teknik dialog – perbualan antara Aiman dengan Cikgu Faridah di dalam kelas
berhubung dengan Teori Graviti yang diperkenalkan oleh Isaac Newton.
3. Teknik monolog dalaman – Aiman bercakap dalam hati sama ada dia selamat
berlepas dan mendarat di Stesen Angkasa Antarabangsa kelak atau sebaliknya.
4. Teknik imbas kembali – Aiman teringat akan pengajaran Cikgu Faridah di kelas
berhubung dengan Teori Graviti.
5. Teknik Kejutan – kedegilan Aiman yang berterusan mengganggu rakan
sekelasnya hingga dia dirotan oleh bapanya juga menimbulkan kejutan kepada
pembaca kerana tindakan keras bapanya itu.
6. Teknik saspens – peristiwa percanggahan pendapat antara Aiman dengan Cikgu
Faridah benar-benar menimbulkan tanda tanya dan perasaan ingin tahu dalam
kalangan pembaca.

123
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama : Aiman Aqil
1. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik.
2. Dia murid yang pintar sehingga digelar profesor kerana mempunyai IQ yang
tinggi.
3. Aiman bongkak akan kepintarannya. Dia sering menyindir adik-adik dan rakannya
ketika mereka membuat kerja sekolah.
4. Dia juga bersikap degil kerana tidak mengendahkan teguran guru apabila
mengganggu rakan di kelas.
5. Aiman suka memberontak kerana tertekan dengan sikap dan layanan bapanya
yang garang.
6. Dia seorang yang pendendam, iaitu menyimpan dendam terhadap bapanya yang
sering merotan dan menamparnya.
7. Aiman seorang yang bercita-cita tinggi iaitu menyimpan angan-angan untuk
menjadi seorang angkasawan seperti Neil Armstrong.
8. Aiman suka berhalusinasi dan membayangkan dirinya seorang angkasawan.

Watak sampingan
Babah (Bapa Aiman)
1. Bapa Aiman yang bertugas sebagai seorang jurutera mekanikal.
2. Dia seorang yang bertanggungjawab dengan membesarkan tiga orang anak di
rumahnya.
3. Dia seorang yang bengis dan garang, iaitu pernah menampar dan merotan Aiman
kerana kedegilan dan kenakalan anaknya itu.
4. Bapa Aiman juga seorang yang penyayang, iaitu dia berusaha merawat masalah
kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani latiahn intensif dan terapi.
5. Selain itu, dia seorang yang mementingkan pelajaran kerana telah merotan Aiman
setelah mendapat tahu Aiman ponteng sekolah.

Ibu Aiman
1. Ibu Aiman bertugas sebagai seorang saintis dalam bidang geologi.
2. Dia seorang yang penyayang. Contohnya, dia berasa kasihan setiap kali melihat
Aiman dirotan oleh suaminya.
3. Dia seorang isteri yang taat dan patuh kepada suami. Ibu Aiman tidak melawan
apabila suaminya merotan Aiman.
4. Dia juga seorang yang penyabar, iaitu tetap bersabar dengan sikap garang
suaminya dalam mendidik anak-anak terutamanya Aiman.

Cikgu Faridah
1. Seorang guru Sains di sekolah Aiman.
2. Dia seorang yang dedikasi ketika mengajar apabila bersungguh-sungguh
menerangkan sesuatu ketika mengajar di dalam kelas.
3. Dia seorang yang cepat marah. Contohnya, wajah berubah apabila Aiman
mempertikaikan teori graviti yang diajarnya dengan kuasa Tuhan.
4. Cikgu Faridah seorang yang bijak melihat potensi muridnya. Dia menggelar Aiman
sebagai profesor kerana kepintaran dan kecerdikannya.

124
LATAR
Latar Tempat
1. Hadapan sebuah bukit – Aiman melihat sebuah banglo ditimpa tanah runtuh.
2. Dalam kelas – Cikgu Faridah meminta Aiman menjawab soalan yang berkaitan
dengan Teori Graviti.
3. Rumah keluarga Aiman - Aiman mengganggu adik-adiknya yang sedang
menyiapkan kerja sekolah. Di rumah juga Aiman dimarahi dan dirotan oleh ayahnya
kerana suka menimbulkan masalah.
4. Planet bulan – ketika berhalusinasi, Aiman membayangkan dirinya sampai di
bulan setelah berlepas dari Stesen Angkasa Antarabangsa.

Latar Masa
1. Zaman moden – sudah wujud Stesen Angkasa Antarabangsa yang menjadi
tempat angkasawan menjalankan ujian.
2. Waktu tengah hari – Aiman dilahirkan pada waktu tengah hari.
3. Waktu siang – Aiman mendongak ke langit dan ternampak awan berarak.
4. Zaman remaja – zaman persekolahan Aiman, adik-adiknya dan rakan-rakannya
yang lain.
5. Sepanjang minggu – tempoh Aiman ponteng kelas kerana lebam-lebam di
pinggul.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat remaja yang pintar dan bercita-cita tinggi. Aiman Aqil murid yang
pintar dan mempunyai cita-cita menjadi seorang angkasawan.
2. Masyarakat guru yang mendidik anak bangsa. Cikgu Faridah yang bekerja
sebagai guru mendidik murid-muridnya dengan dedikasi.
3. Masyarakat yang mementingkan pelajaran. Babah menegur Aiman apabila
mengganggu adik-adiknya membuat kerja sekolah. Babah juga marah kepada
Aiman yang ponteng sekolah.
4. Masyarakat golongan ibu bapa yang berpendidikan tinggi. Babah mempunyai
pendidikan berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal manakala ibu Aiman
seorang saintis dalam bidang geologi.
5. Masyarakat golongan ibu bapa yang tegas mendidik anak. Babah tegas menjaga
disiplin anak-anaknya dengan memukul Aiman kerana suka melawan dan
memberontak.
6. Masyarakat yang cinta akan alam sekitar. Aiman tidak suka melihat lereng-lereng
bukit berhampiran rumahnya terancam.

GAYA BAHASA
1. Anafora – Tidak ada udara. Tidak ada air.
2. Epifora – Kemungkinannya ada. Kebarangkaliannya tidak berlaku juga ada.
3. Metafora – kalendar waktu, dedaun kemaafan, tasik hati.
4. Sinkope – ku, mu, tak.
5. Personifikasi – lereng bukit yang sudah tempang, sang suria terus setia
memancarkan cahayanya.
6. Simile – hatinya seteguh karang, terlompat-lompat macam beruk, terhampar
persis Sahara.

125
7. Bahasa pinjaman – graviti, planet, orbit, genius, formula, halusinasi, futuristik.
8. Bahasa Arab – Ilahi.

NILAI
1. Nilai kebijaksanaan – Aiman dan rakan-rakannya bijak kerana mempunyai IQ
yang tinggi.
2. Nilai kasih sayang – Ibu Aiman sayang akan Aiman dan adik-adiknya.
3. Nilai keprihatinan – Babah dan ibu Aiman prihatin akan tindakannya yang
memanjat pokok kelapa dara kerana berangan-anagn ke angkasa lepas dengan
menyediakan tilam.
4. Nilai kegigihan – Aiman gigih menempuhi detik-detik di stesen angkasa lepas
walaupun sekadar berangan-angan.
5. Nilai keberanian – Aiman berani memanjat pokok kelapa dara hingga ke pucuk
kerana membayangkan dirinya menaiki kapal Soyuz.
6. Nilai keinsafan – Aiman insaf setelah mendengar bisikan yang menasihatinya
supaya mendekatkan diri kepada Tuhan.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mendalami sesuatu ilmu dengan bersungguh-sungguh.
2. Kita hendaklah bersabar apabila berhadapan dengan masalah atau cabaran.
3. Kita sewajarnya bertindak berdasarkan pemikiran yang rasional.
4. Kita mestilah cinta akan alam sekitar.
5. Kita sepatutnya menerima teguran ibu bapa sebagai tanda hormat.
6. Kita janganlah bersikap angkuh akan kelebihan yang dimiliki.
7. Kita hendaklah memupuk kasih sayang dalam keluarga agar hidup lebih harmoni.

126
CERPEN GERHANA MANUSIA
(Aminah Mokhtar)

SINOPSIS
Cerpen Gerhana Manusia karya Aminah Mokhtar mengisahkan kesibukan di Wad
ICU sebuah hospital. Ketika itu, di wad ICU terlantar Tuan Besar Musa yang sedang
mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru akibat gaya hidupnya yang tidak sihat.
Tuan Besar Musa memerlukan pek darah yang banyak untuk meneruskan hidup.
Nusia seorang jururawat yang bertugas membantu Dr Juaidi dan Dr Murni di Wad
ICU yang menempatkan Tuan Besar Musa. Dr Juaidi dan Dr Murni
bertanggungjawab merawat semua pesakit di wad tersebut.
Ketika itu, terdapat beberapa orang pesakit lain yang memerlukan darah untuk
membantu merawat mereka. Antaranya ialah Solehah yang tenat akibat keguguran
dan Al-Hafiz pula terlibat dalam kemalangan yang teruk. Pada wad yang sama
terdapat seorang bayi yang dibuang di tepi jalan dan telah cedera digigit oleh anjing
liar. Selain itu, terdapat seorang gadis yang menjadi mangsa sumbang mahram oleh
ayahnya dan seorang mahasiswa yang mengidap leukimia.
Nusia telah dipertanggungjawab untuk membantu Dr Murni merawat semua pesakit
di wad ICU dan dipantau oleh Dr Juaidi. Dr Juaidi lebih memberi perhatian kepada
Tuan Besar Musa kerana Tuan Besar Musa merupakan seorang ahli korporat yang
ternama. Tuan Besar Musa banyak memberi sumbangan kepada kelab elit hospital
berkenaan. Selain itu, Tuan Besar Musa juga telah menderma beratus ribu ringgit
untuk majlis makan malam hospital tersebut. Nusia tidak berpuas hati apabila Dr
Juaidi tidak mempedulikan pesakit lain disebabkan taraf sosial berbeza.
Nusia tidak berpuas hati dengan arahan Dr Juaidi yang menyuruhnya membawa
lima pek darah untuk merawat Tuan Besar Musa sedangkan darah-darah tersebut
sangat diperlukan oleh pesakit lain. Tuan Besar Musa memang tidak mempunyai
harapan untuk sembuh. Nusia tidak berpuas hati terhadap tindakan Dr Juaidi lalu
menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada Dr Murni.
Dr Murni tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana Dr Juaidi lebih berkuasa di wad
tersebut. Namun demikian, akhirnya Tuan Besar Musa telah meninggal dunia dan Dr Murni
telah dipersalahkan kerana tidak memberi bantuan darah kepada Tuan Besar Musa. Dr
Murni sedar bahawa setiap insan wajib ditolong tidak kira pangkat dan darjat. Nusia dan Dr
Murni sendiri akhirnya yang menderma darah mereka untuk membantu 4 orang pesakit di
wad tersebut yang masih memerlukan darah.

TEMA
Tema Gerhana Manusia menjurus kepada konflik terhadap etika kerja. Konflik antara
memenuhi etika seorang jururawat dan tuntutan dari pihak atasan dalam membantu
pesakit yang lebih berpengaruh. Profesor Dr. Juaidi menyuruh Nusia memberi bantuan
darah kepada Tuan Besar Musa kerana Tuan Besar Musa banyak memberi sumbangan
kewangan kepada hospital sedangkan pada masa yang sama masih ramai lagi pesakit lain
yang sangat memerlukan darah tersebut.

127
PERSOALAN
1. Persoalan tanggungjawab seorang doktor terhadap pesakit. - Dr Juaidi dan Dr
Murni bertanggungjawab merawat pesakit di hospital.

2. Persoalan perbezaan golongan berpangkat dengan masyarakat. - Tuan Besar


Musa diberi layanan istimewa berbanding pesakit lain kerana dia seorang korporat
ternama dan juga menjadi penyumbang kepada kelab elit hospital.

3. Persoalan kepentingan menderma darah dalam masyarakat. - Tuan Besar Musa,


Soleha, Al-Hafiz, bayi dan gadis yang malang itu amat memerlukan bekalan darah
untuk merawat mereka.

4. Persoalan peranan wad ICU kepada pesakit kritikal. - Soleha, Al-Hafiz, bayi dan
gadis yang malang itu dimasukkan ke wad ICU kerana memerlukan rawatan yang
rapi.

5. Persoalan pengambilan alkohol memudaratkan kesihatan. - Tuan Besar Musa


telah dijangkiti dengan virus pada paru-paru akibat pengambilan alkohol.

BINAAN PLOT
Permulaan
1. Suasana cemas di wad Unit Rawatan Rapi apabila Tuan Besar Musa yang dalam
keadaan koma tidak memberi tindak balas terhadap rawatan walaupun sudah
banyak pek darah dimasukkan ke dalam tubuhnya.
2. Bekalan darah di bank darah juga hampir habis.
3. Terdapat juga beberapa orang pesakit lain yang tenat.

Perkembangan
1. Keadaan pesakit di wad dan usaha Nusia mendapatkan pek-pek darah daripada
juruteknik makmal darah.
2. Jururawat iaitu Nusia mempertikaikan perkara itu kerana menganggap satu
pembaziran sedangkan banyak pesakit lain memerlukan darah.
3. Dr Murni menenangkan Nusia dan mengatakan bahawa itu merupakan arahan
Profesor Dr Juaidi.

Perumitan
1. Nusia memberitahu Profesor Dr Juaidi tentang keadaan pesakit lain yang juga
memerlukan darah tetapi Profesor Dr Juaidi tetap mahu Tuan Besar Musa diberi
keutamaan.
2. Nusia meluahkan rasa tidak puas hati kepada Dr Murni. Dia belas apabila melihat
keadaan pesakit yang terlantar tetapi tidak diberikan perhatian, seolah-olah nilai
kemanusiaan sudah tidak ada lagi.
3. Pihak hospital terlalu memandang ganjaran dan menjadikan perkhidmatan
perubatan bagaikan satu perniagaan.
4. Dr Murni cuba menenangkan Nusia kerana mereka hanyalah golongan minoriti
dan tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan itu.

128
Klimaks
1. Nusia bertindak nekad dengan pergi ke bank darah dan mendesak juruteknik
makmal melepaskan baki bekalan darah yang ada. Nusia sanggup berhadapan
dengan Profesor Dr Juaidi yang marah dengan tindakannya itu.
2. Kemudian, Tuan Besar Musa meninggal dunia. Profesor Dr Juaidi
mempersoalkan kehilangan lima pek darah yang sepatutnya diberikan kepada Tuan
Besar Musa.

Peleraian
1. Dr Murni melepaskan jawatan serta-merta.
2. Profesor Dr Juaidi terkejut dengan tindakan Dr Murni.
3. Dr Murni menarik tangan Nusia dan mengajaknya ke bank darah untuk menderma
darah.
4. Dia berharap agar bekalan darah dapat membantu pesakit-pesakit lain.

TEKNIK PLOT
1. Teknik Pemerian - pengarang menggambarkan keadaan Tuan Besar Musa ketika
dirawat.
2. Teknik dialog - perbualan antara Nusia dan Dr Murni tentang Tuan Besar Musa
yang sedang terlantar di katil dalam keadaan koma dan tenat.
3. Teknik monolog - Nusia berkata-kata dalam hatinya tentang keperluan bekalan
darah yang diperlukan daripada hospital lain.
4. Teknik saspens - pembaca tertanya-tanya tentang keadaan Solehah apabila
tekanan darahnya semakin menurun.
5. Teknik kejutan - Nusia dan Profesor Dr Juaidi terkejut apabila Dr Murni
meletakkan jawatannya serta-merta.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama – Nusia
1. Seorang jururawat yang bertugas di wad Unit Rawatan Rapi.
2. Dia seorang yang akur akan perintah ketua. Nusia mengikut arahan Profesor Dr
Juaidi supaya memberikan sebotol gelafundin kepada Solehah untuk menggantikan
darah tulen.
3. Nusia seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi dan mengambil berat
terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya.
4. Nusia seorang yang bertanggungjawab. Dia berusaha memberikan khidmat
kepada pesakit-pesakitnya dengan penuh tanggungjawab.
5. Dia seorang yang sangat bersimpati. Nusia menitiskan air mata melihat
penderitaan yang dialami oleh Solehah.
6. Dia seorang yang berhati mulia. Nusia dan Dr Murni bersama-sama ke bank
darah untuk menderma darah untuk kegunaan pesakit di hospital itu.

129
Watak Sampingan
Doktor Murni
1. Seorang pegawai perubatan muda si sebuah hospital.
2. Bertugas merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi.
3. Dia seorang yang prihatin dan bertanggungjawab. Contohnya, Dr Murni
memaklumkan kepada Dr Juaidi mengenai bekalan darah yang telah kehabisan
stok.
4. Seorang yang tenang ketika merawat pesakit. Dr Murni menasihati Nusia agar
tidak terlalu emosional ketika merawat Tuan Besar Musa.
5. Seorang yang berpendirian tegas. Dr Murni menyerahkan surat peletakan
jawatannya tanpa sebarang syarat.
6. Seorang yang rasional dalam tindakannya. Dr Murni menyerahkan surat
peletakan jawatannya kerana hilang keyakinan terhadap hospital tersebut.

Profesor Doktor Juaidi


1. Seorang pegawai perubatan senior di hospital.
2. Ketua jabatan kepada Dr Murni dan Nusia.
3. Dia amat mementingkan ganjaran material daripada nilai kemanusiaan. Dr Juaidi
berusaha menyelamatkan Tuan Besar Musa sehingga mengabaikan pesakit-pesakit
lain supaya tidak kehilangan tajaan berjumlah RM100 ribu.
4. Dia seorang yang bijak dalam menyelesaikan masalah. Dr Juaidi meminta Dr
Murni menghubungi hospital lain bagi mendapatkan bekalan darah yang kehabisan
stok.
5. Dia seorang yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, dia meminta Nusia
menggunaan gelafundin bagi menggantikan darah tulen untuk dimasukkan ke dalam
tubuh Solehah.

Tuan Besar Musa


1. Seorang ahli korporat dan teknokrat yang berjaya.
2. Seorang dermawan.
3. Mempunyai seorang isteri jelita yang tidak setia.
4. Dia mengambil minuman keras selama bertahun-tahun.
5. Seorang pesakit yang sedang koma dan akhirnya meninggal dunia.
6. Dia menjadi penyumbang utama dana kelab elit hospital.

LATAR
Latar Masa
1. Dua jam – tempoh pesakit di wad Unit Rawatan Rapi ditinggalkan.
2. Zaman moden – kewujudan hospital yang dilengkapi perlatan moden.
3. Waktu siang – Nusia memaklumkan kepada Dr Murni bahawa bekalan darah di
bank darah sudah kehabisan stok.

130
Latar Tempat
1. Wad unit rawatan rapi – tempat Tuan Besar Musa ditempatkan.
2. Makmal darah – Nusia mendapatkan lima pek darah untuk pesakit-pesakit yang
tenat.
3. Wad terbuka – tempat pesakit-pesakit biasa dirawat seperti Hafiz.

Latar Masyarakat
1. Golongan masyarakat doktor dan jururawat – Profesor Dr Juaidi, Dr Murni dan
Nusia bertugas merawat pesakit kritikal di Unit Rawatan Rapi sebuah hospital.
2. Masyarakat yang dedikasi dan amanah dalam menjalankan tugas. Dr Murni dan
Nusia merawat pesakit dengan sabar dan penuh dedikasi tanpa mengenal penat.
3. Masyarakat yang mementingkan ganjaran dalam perkhidmatan . Profesor Dr
Juaidi mengutamakan rawatan kepada Tuan Besar Musa kerana mengharapkan
dana untuk kelab elit hodpital itu.
4. Masyarakat yang bersikap pilih kasih. Profesor Dr Juaidi bersikap pilih kasih
kerana tidak memberikan perhatian dan rawatan yang sama rata kepada para
pesakit di Unit Rawatan Rapi.
5. Masyarakat yang prihatin. Nusia amat prihatin akan nyawa pesakit-pesakit yang
memerlukan darah.
6. Masyarakat yang suka minum minuman keras. Tuan Besar Musa suka menikmati
minuman keras sehingga memudaratkan dirinya.

GAYA BAHASA
1. Istilah perubatan – virus, alveolos, prognosis;leukemia, gelafundin, platelet,
plasma, dopamin.
2. Metafora - tapak muslihat.
3. Personifikasi – cuppingnya diusapi suara lembut Doktor Murni, renungan mata
Doktor Murni menikam anak mataku.
4. Anafora - Aku menjeling. Aku cuba tersenyum walaupun hati terasa pedih.
5. Repitasi - “Doktor Murni, semalam 50 pek darah masuk ke tubuhnya, 50 pek
darah juga yang keluar.”
6. Sinkope - kenapa tak ada waris yang datang menjenguknya?

131
NILAI
1. Dedikasi – Dr Murni dan Nusia dedikasi terhadap tugas sebagai pengamal
perubatan.
2. Belas ihsan – Nusia berasa sangat kasihan terhadap nasib pesakit yang berada
dalam keadaan koma dan kritikal di wad Unit Rawatan Rapi.
3. Keprihatinan – Nusia prihatin akan keadaan beberapa orang pesakit yang kritikal
dan memerlukan darah.
4. Ketegasan – Nusia dan Dr Murni tegas dengan tidak mematuhi arahan Profesor
Dr Juaidi dalam hal merawat pesakit kerana arahan tersebut tidak
bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan.
5. Keberanian – Nusia berani mengambil bekalan darah yang dikhususkan untuk
Tuan Besar Musa demi menyelamatkan pesakit yang lain.
6. Bertanggungjawab – Nusia dan Dr Murni merawat pesakit yang koma dan kritikal
di wad dengan penuh rasa tanggungjawab.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah bertindak secara adil dalam menjalankan rawatan terhadap
pesakit.
2. Kita hendaklah bersepakat dalam membuat keputusan agar menghasilkan yang
terbaik.
3. Kita haruslah mengutamakan nyawa yang memerlukan rawatan segera.
4. Kita hendaklah meminggirkan kepentingan diri apabila menghadapi masalah yang
melibatkan nyawa.
5. Kita mestilah bertindak berani berdasarkan pemikiran yang rasional untuk sesuatu
kebaikan.
6. Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab,
7. Kita hendaklah mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi.

132
DRAMA
________________________________________________________________
BUKAN GILA
(Shariff Shaary)

SINOPSIS
ADEGAN I
Drama ini mengisahkan tentang Azmir yang dimasukkan ke wad kerana dikatakan
kurang siuman. Semasa di dalam wad, fikirannya bercelaru dan dengan
membayangkan kehadiran Ani, bapa dan Pak Haji serta berdialog dengan mereka.
Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan perbezaan prinsip yang menjadi
pegangan Azmir.
ADEGAN II
Azmir telah dilawati oleh doktor. Doktor telah mengizinkan Azmir untuk keluar
bersiar-siar dari wad pesakit jwa. Namun begitu, doktor berpesan supaya Azmir tidak
pergi jauh, hanya di kawasan wad sahaja.
ADEGAN III
Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan oleh Arif dan
tiga orang pelakon. Setiap watak menyatakan prinsip hidup yang berbeza tentang
dunia. ( dunia ialah kuasa, wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran). Azmir pula
berpendapat bahawa yang penting ialah sistem. Sistem yang betul ialah sistem yang
prorakyat. Rakyat yang berkuasa menentukan segala-galanya. Dialog mereka
berkisar tentang kehidupan ini yang berbentuk lakonan atau realiti. Azmir
berpendapat bahawa sejarah membuktikan bahawa rakyat yang betul dan
kemenangan sentiasa berpihak kepada rakyat. Pada masa yang sama Azmir sering
melaung kesakitan pada kepalanya. Azmir diragui oleh kawan-kawannya sama ada
Azmir benar-benar sakit atau hanya lakonan.
Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir kembali ke wad setelah
tiga hari telah hilang.
ADEGAN IV
Arif, Pelakon 1, Pelakon 2 dan Pelakon 3 telah menziarahi keluarga Azmir. Mereka
ingin mendapatkan maklumat latar belakang hidup Azmir. Ibu bapa Azmir
nenceritakan kisah Azmir yang tinggal dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula
berpelakuan aneh apabila berada dalam tingkatan 6 dan tidak dapat menamatkan
pengajian di universiti. Dia jugamenggunakan nama W.A. Domski dan bercakap
dalam bahasa Indonesia. Rakan Azmir pula mempunyai persepsi yang berbeza
tentang diri Azmir. Rakan Azmir berpendapat mungkin Azmir kekurangan kasih
saying dan sokongan daripada kedua ibubapa. Pelakon 2 pula berpendapat Azmir
sedang menanggung kesakitan yang berat. Pelakon 1 pula berpendapat mereka
perlu membantu Azmir kerana pada tanggapannya dia memerlukan kasih sayang,
bukan cemuhan dan penghinaan.
ADEGAN V
Azmir bermonolong tentang kisah lampau hidupnya bercinta dengan Ani. Azmir juga
bermonolong tentang suka duka kehidupannya.Manusia sering tertipu dengan
keindahan dunia tanpa pertimbangan yang rasional. Akhirnya dia memilih untuk
hidup bersendiri dan menilai cinta dalam kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam
kehidupan

133
ADEGAN VI
Berita kematian Azmir dilaporkan dalam akhbar pada 21 Jun 1993. Kematiannya amat
mengejutkan dan dikaitkan berpunca daripad penyakit barah otak dilamainya. Ani menyesal
kerana meninggalkan Azmir

PEMIKIRAN
Setiap orang mempunyai prinsip hidup dan ideologi yang berbeza yang boleh
mempengaruhi tindakan/cara hidup.

PERSOALAN
1. Perbezaan pemikiran dan tindakan menyebabkan seseorang itu dianggap janggal
oleh masyarakat sekeliling. Azmir dianggap gila kerana mempunyai pandangan yang
berbeza tentang hidup (cinta, sifat kemanusiaan, prinsip hidup) berbanding orang
lain.
2. Kepentingan cinta dan kasih sayang. Cinta dan kasih sayang amat penting bagi
menjamin kebahagiaan
3. Rencah kehidupan. Hidup ini ibarat roda yang berputar, ada suka dan dukanya.
4. Dunia ini ibarat pentas lakonan. Dalam kehidupan di dunia ini, manusia ialah
pelakonnya yang membawa pelbagai watak.
5. Kesakitan boleh membawa penderitaan. Azmir yang menanggung kesakitan
kerana menghidap barah otak.
6. Sokongan daripada ahli keluarga terdekat boleh memberi kekuatan dalam
menghadapi cabaran hidup. Azmir menanggung cabaran hidup tanpa sokongan ibu
bapa dan kekasih hati.
7. Keprihatinan perlu ada dalam diri setiap manusia.Tindakan para pelakon yang
mengunjungi rumah Azmir untuk mengetahui latar belakang hidup Amir
8. Setiap orang perlu mempunyai sikap bantu-membantu. Para pelakon yang
membantu mengurangkan kesakitan dengan memicit-micit kepalanya.
8. Kekuasaan Tuhan. Perlu menerima takdir terhadap yang telah ditentukan oleh
Tuhan
9. Sifat berterima kasih. Setiap manusia perlu berterima kasih terhadap sumbangan
orang lain dalam kehidupan mereka – ibu bapa, para petani.
10. Hikmah di sebalik sesuatu kejadian. Sesuatu kejadian yang berlaku mempunyai pelbagai
hikmah yang tersembunyi.

134
PLOT
1. Permulaan
Keadaan Azmir yang bercakap-cakap sendirian di wad pesakit jiwa.
Azmir berhalusinasi dan berjumpa dengan bapa dan Pak Haji.

2. Perkembangan
Azmir bertemu dengan pelakon drama ‘Sasau’.

3. Konflik
Pendapat Azmir dengan bapanya berbeza tentang kemasukannya ke wad pesakit
jiwa.
Pendapat Azmir dengan Pak Haji berbeza tentang menjawab salam.
Perbezaan pendapat ibu Azmir dengan Arif serta para pelakon tentang Azmir yang
dianggap gila.

4. Klimaks
Azmir menarik-narik rambut dan menghantuk-hantukkan kepalanya ke lantai sehingga
darah mengalir serta berguling-guling.

5. Peleraian
Azmir melayani perasaannya terhadap Ani di wad dengan bercakap-cakap
sendirian.
Akhirnya, Azmir rebah ke lantai dan meninggal dunia.
Ani menyesal setelah membaca akhbar tentang pemergian Azmir bersendirian
akibat barah otak.

TEKNIK PLOT
1. Teknik Dialog – perbualan antara Azmir dengan bapanya di wad pesakit jiwa.
2. Teknik pemerian – pengarang memerihalkan keadaan Azmir.
3. Teknik Monolog – Azmir bercakap sendirian seolah-olah Ani ada bersamanya.
4. Teknik Monolog dalaman – Azmir mengungkapkan rasa terima kasih dalam
hatinya.
5. Teknik Saspens – pembaca tertanya-tanya apakah yang akan berlaku apabila
Azmir menghantuk-hantukkan kepalanya ke lantai sehingga berdarah.
6. Teknik kejutan – pembaca dikejutkan dengan berita kematian Azmir akibat
menghidap penyakit barah otak.
7. Teknik Imbas kembali – ibu Azmir menceritakan kehidupan Azmir kepada Arif dan
rakan-rakan sebelum memasuki wad pesakit jiwa.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama : Azmir
1. Azmir diletakkan di wad sakit jiwa kerana keluarganya menyangka bahawa dia
tidak siuman akibat sering terguling-guling dan menghantukkan kepada ke lantai.
2. Dia suka berfalsafah dan bersyarah.
3. Dia bijak kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan memberi
pendapat yang bernas.
135
4. Menghidap penyakit barah yang kronik.
5. Seorang yang berbudi bahasa kerana menyatakan penghargaan kepada mereka
yang berjasa dalam membangunkan negara.
6. Seorang yang petah berkata-kata apabila menyuarakan pendapat.
7. Seorang yang bijak menyatakan pendapat sewaktu menyertai drama ‘Sasau’
secara spontan.
8. Azmir seorang yang optimis kerana tidak mudah melatah apabila disoal para
pelakon drama sebaliknya menerangkannya dengan baik.

Watak sampingan
Bapa
1. Bapa kepada Azmir
2. Seorang yang penyayang kerana sering menziarahi Azmir.
3. Namun, dia kurang memberikan perhatian dan kasih sayang serta sokongan
kepada Azmir kerana tidak tahu anaknya menghidap penyakit barah otak.

Ibu
1. Ibu kepada Azmir
2. Dia tidak prihatin terhadap anaknya.
3. Mengambil mudah tentang perubahan sikap Azmir dan menyangka anaknya itu
sengaja buat-buat gila.
4. Mudah putus asa kerana menyatakan ketidaksanggupannya menjaga Azmir yang
sengaja berbuat gila.
5. Mudah percaya tuduhan orang yang menyatakan Azmir menjadi Orang Putih.

Arif
1. Pengarah drama ‘Sasau’.
2. Seorang yang rasional iaitu tidak mudah menerima komentar pelakon tentang
Azmir.
3. Mudah bersimpati – bersimpati terhadap Azmir yang padanya sedang menderita
bukannya gila seperti dakwaan doktor.
4. Seorang yang prihatin – berusaha menjejaki keluarga Azmir untuk mengetahui
kedudukan sebenar Azmir yang dikatakan gila.
Ani
1. Kekasih Azmir.
2. Tidak setia kerana meninggalkan Azmir yang disangkanya gila tanpa usul periksa.
3. Menyedari kesilapannya, namun telah terlambat kerana Azmir telah meninggal
dunia.

136
LATAR
Latar Tempat
1. Wad pesakit gila – tempat Azmir menjalani rawatan.
2. Pentas – tempat para pelakon drama ‘Sasau’ berlakon.
3. Rumah Azmir – tempat tinggal Azmir dan dikunjungi Arif serta rakan-rakannya.
4. Ruang tamu rumah Ani – tempat ani duduk membaca akhbar tentang kematian
Azmir.

Latar Masa
1. Waktu siang – Bapa dan Pak Haji melawat Azmir di wad.
2. Tiga hari – tempoh Azmir menghilangkan diri dari wad pesakit jiwa.
3. Sehari – tempoh Arif dan para pelakon berkawan dengan Azmir.
4. 21 Jun 1993 – tarikh kematian Azmir.

Latar Masyarakat
1. Golongan pesakit yang menderita penyakit kronik – Azmir mengalami sakit kepala
yang teruk kerana menghidap penyakit barah otak.
2. Masyarakat golongan doktor yang kurang ilmu – Dr Razi tidak teliti ketika
memeriksa dan merawat Azmir. Sebaliknya, dia mengambil jalan mudah dengan
mengatakan Azmir gila.
3. Masyarakat golongan ibu bapa yang kurang memberikan sokongan dan kasih
sayang. – Ibu bapa Azmir sering mengambil mudah tentang perubahan sikap Azmir.
Mereka tidak mengambil tahu tentang penderitaan Azmir yang menghidap barah
otak.
4. Masyarakat yang prihatin dan mengambil berat. – Arif dan rakan-rakannya prihatin
terhadap penderitaan Azmir. Mereka berkunjung ke rumah Azmir untuk melawatnya.
5. Masyarakat yang bijak dan petah berkata-kata. – Azmir mampu berkata-kata
dengan petah dan hujah yang bernas.
6. Masyarakat yang penyayang, - Bapa Azmir melawatnya di hospital.
7. Masyarakat yang mudah mempercayai khabar angin tanpa menyelidik terlebih
dahulu. – Ani mengambil keputusan memutuskan cinta dengan Azmir dan
meninggalkannya setelah mendengar khabar bahawa Azmir kurang siuman.
8. Masyarakat yang menginsafi kesilapan. – Ani menginsafi kesilapannya kerana
meninggalkan Azmir. Namun, tindakannya telah terlambat kerana Azmir sudah
meninggal dunia.
9. Masyarakat yang bertimbang rasa. Arif dan para pelakon memberi peluang
kepada Azmir berlakon dan mendudukkannya yang sakit apabila dipinta serta
memicit-micit kepalanya.

137
GAYA BAHASA
1. Simile – mata Azmir semacam melihat tepat ke arah suatu objek.
2. Anafora – HAMBA : Rahsiamu? Rahsiamu ialah penderitaanku tetapi
kepuasanmu.
3. Repetisi - ANI : Percayalah. Ani masih mencintai abang, sungguh-sungguh
mencintai abang.
4. Metafora – kamus kemanusiaan, pesona keghairahan, angin kemudaan, pohon-
pohon jasa.
5. Sinkope – kau, mu, tak.
6. Kata ganda – daging-daging, saat-saat.
7. Bahasa Arab – Assalamualaikum, Astaghfirullah.

NILAI
1. Kasih sayang – bapa sayang akan Azmir dan menziarahinya di wad.
2. Keprihatinan – Pak Haji amat prihatin akan perubahan yang berlaku pada diri
Azmir.
3. Rasional – Pak Haji bersikap rasional dengan menukar topik perbualan apabila
Azmir menunjukkan rasa kurang senang.
4. Kebijaksanaan – Azmir bijak menyampaikan hujahnya tentang kuasa, wang,
rakyat dan manusia kepada para pelakon drama ‘Sasau’.
5. Bertanggungjawab – Arif dan para pelakon drama ‘Sasau’ bertanggungjawab
menyampaikan khabar Azmir kepada kedua-dua ibu bapanya.
6. Kebebasan – Azmir berasa tertekan kerana terkurung di wad dan gembira apabila
diberi peluang untuk bersiar-siar.
7. Belas kasihan – Arif dan rakan-rakannya bersimpati dengan keadaan Azmir yang
kesakitan.
8. Kesihatan mental dan fizikal – Azmir sering terguling-guling dan menghantukkan
kepalanya ke lantai akibat sakit tetapi pakar perubatan mengatakan bahawa dia gila.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mengkaji sesuatu permasalahan yang timbul sebelum membuat
penilaian.
2. Kita haruslah menjalinkan hubungan yang baik sesama manusia.
3. Kita sewajarnya menyatakan masalah yang melanda lebih awal agar tindakan
segera dapat diambil.
4. Kita hendaklah bersedia mendengar rintihan seseorang yang menghadapi
masalah.
5. Kita sepatutnya menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya.
6. Kita mestilah peka akan perubahan yang berlaku ke atas seseorang dan
bukannya menghukumnya.
7. Kita hendaklah memberikan sokongan kepada pesakit supaya mereka kuat
semangat dan berfikiran positif.
8. Janganlah kita terburu-buru mengambil tindakan yang akhirnya merugikan diri
sendiri.

138
139

Anda mungkin juga menyukai