Anda di halaman 1dari 4

PERENGGAN ISI - IMBAKUP ISI

Antara kepentingannya adalah memudahkan komunikasi antara manusia.


MENGAPA
Dalam mendepani era globalisasi ini, kita dapat berhubung dengan manusia di
segenap pelusuk dunia walaupun berbeza bahasa dengan adanya teknologi. Kita
BAGAIMANA
juga dapat berhubung antara satu sama lain tanpa mengira masa dan jarak pada
hari ini sekali gus mengubah cara sosial masyarakat masa kini. Misalnya
penggunaan aplikasi Whatapp yang membolehkan kita menghantar mesej atau
membuat panggilan video kepada kenalan kita persis kata pepatah Melayu lain
UNGKAPAN MENARIK KESAN
hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang. Impaknya, pelbagai ilmu dan budaya
PENEGASAN
dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama-sama. Jelaslah bahawa perkembangan
sains dan teknologi memudahkan komunikasi pada masa kini.
PERENGGAN ISI - IMBAKUP
Di samping itu, hasil perkembangan teknologi telah menyumbang kepada
ISI MENGAPA
kemajuan industri kesihatan secara global. Pelbagai ubat dan rawatan baharu yang
dapat dihasilkan bagi merawat pesakit-pesakit yang menghidapi pelbagai jenis penyakit.
BAGAIMANA
Hal ini juga dapat membantu dalam mencegah penyakit-penyakit berjangkit daripada
menular dan mengorbankan ribuan nyawa manusia seperti virus H1N1 yang pernah
KESAN
melanda dunia. Kesannya, manusia telah menjadikan makmal perubatan sebuah
institusi yang penting untuk mengkaji dan mencari penawar kepada penyakit-penyakit
PENEGASAN
yang memudaratkan manusia. Tuntasnya, pelbagai manfaat dari sudut kesihatan yang
dapat kita peroleh hasil daripada perkembangan sains dan teknologi seiring dengan
UNGKAPAN MENARIK
peribahasa Melayu sediakan payung sebelum hujan.
PERENGGAN ISI - IMBAKUP
Umum mengetahui bahawa perkembangan sains dan teknologi yang pesat telah
ISI MENGAPA
mendatangkan pelbagai kebaikan dalam sektor pendidikan. Melalui kemudahan Internet, pelajar
boleh menyiapkan tugasan dan mencari maklumat dalam tempoh masa yang lebih pantas.
BAGAIMANA
Pendidikan yang interaktif juga dapat diwujudkan dengan pelbagai teknologi yang ada masa kini
yang turut menarik minat pelajar dan membantu pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis
serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang tidak membosankan. Justifikasinya,
KESAN
perkembangan sains dan teknologi dapat meningkatkan mutu pendidikan sesebuah negara yang
turut memberi kesan positif kepada pembangunan negara kerana dapat melahirkan masyarakat
UNGKAPAN MENARIK
yang berilmu dan berkemahiran ibarat laut yang ditimba tidak akan kering. Sudah terang lagi
PENEGASAN
bersuluh perkembangan sains dan teknologi dapat memajukan sektor pendidikan.
PERENGGAN ISI - IMBAKUP
Pada waktu yang sama, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dapat
ISI
direalisasikan dengan perkembangan sains dan teknologi. Saban hari kita disiarkan dengan
MENGAPA
berita bencana alam seperti pembakaran hutan, tanah runtuh dan banjir kilat akibat ketamakan
manusia mengejar pembangunan tanpa memikirkan kesannya. Maka, ciptaan sains dan
BAGAIMANA
teknologi yang mesra alam dan merupakan salah satu alternatif kepada sumber alam yang tidak
boleh diperbaharui tidak dimusnahkan. Contohnya, penggunaan kereta elektrik yang
mengurangkan penghasilan karbon serta menggunakan tenaga yang boleh diperbahrui.
KESAN
Impaknya, perkembangan sains dan teknologi penting bagi mengekalkan khazanah alam sedia
UNGKAPAN MENARIK
ada demi masa hadapan generasi akan datang persis peribahasa hendak seribu daya, tak hendak
PENEGASAN
seribu dalih. Izharlah bahawa, perkembangan sains dan teknologi memberikan kebaikan dalam
pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai