Anda di halaman 1dari 3

Contoh Karangan Kebaikan/ Pentingnya Sains dan Teknologi Dalam Kehidupan

Manusia Pendahuluan Sains dan teknologi dilihat sebagai satu perkara yang prima
dalam kehidupan manusia sejak memasuki abad ke 21. Perkembangannya dilihat
tumbuh ibarat cendawan selepas hujan apabila kos menggunakan teknologi
semakin berpatutan dan dikomersialkan sesuai dengan kehidupan manusia.
Mungkin kehadiran teknologi pada zaman dahulu tidak mempunyai ekosistem yang
seimbang untuk disokong. Kini, perkembangan yang pesat dirai malah menjadi
perlumbaan antara negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun.
Pelbagai manfaat  yang diperoleh kesan daripada perkembangan terhadap
kehidupan manusia. Ada juga yang mendatangkan mudarat tetapi sebagai
masyarakat yang berminda kelas pertama, kita perlu membuang yang keruh dan
mengambil yang jernih. Oleh itu, wajar untuk kita bincangkan apakah kepentingan
sains & teknologi dalam kehidupan manusia? Isi 1 Antara kepentingannya adalah
memudahkan komunikasi antara manusia. Dalam mendepani era globalisasi ini, kita
dapat berhubung dengan semua manusia di segenap pelusuk dunia walaupun
berbeza bahasa dengan adanya teknologi. Perbezaan bahasa yang sebelum ini
perlu mengambil masa ynag lama untuk dipelajari boleh diselesaikan dalam
beberapa saat sahaja. Impaknya, pelbagai ilmu, budaya dan juga perkara-perkara
lain dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama-sama.  Selain itu, kita juga dapat
berhubung antara satu sama lain tanpa mengira masa dan jarak pada hari ini dan
kesannya bukan sahaja pada sektor ekonomi malah mengubah cara sosial
masyarakat masa kini. Misalnya penggunaan aplikasi Whatsapp yang membolehkan
kita menghantar mesej atau membuat panggilan video kepada kenalan kita hasil
daripada ciptaan teknologi dan penggunaan sains yang difahami oleh manusia hari
ini. Bak kata pepatah Melayu, lain dahulu lain sekarang. Intihannya,
perkembangannyamembuka ruang komunikasi antara manusia yang tidak pernah
dibayangkan pada zaman dahulu. Isi 2 Di samping itu, hasil perkembangannya telah
menyumbang kepada kemajuan industri kesihatan secara global. Pelbagai ubat dan
rawatan baharu yang dapat dihasilkan bagi merawat pesakit-pesakit yang
menghidapi pelbagai jenis penyakit. Ia juga membantu dalam mencegah penyakit-
penyakit berjangkit daripada menular dan mengorbankan ribuan nyawa manusia
seperti zaman dahulu. Kini, ianya telah menjadikan makmal perubatan sebuah
institusi yang penting bagi manusia untuk mengkaji dan mencari penawar kepada
penyakit-penyakit yang memudaratkan kehidupan manusia. Selain itu, kolaborasi
antara sains & teknologi juga menyumbang kepada obeservasi kesihatan kendiri
apabila jam tangan pintar berjaya dicipta. Pemakai jam tangan ini dapat melihat
kadar degupan jantung yang memberi indikasi kepada tahap kesihatan seseorang
individu. Sekiranya setiap individu dapat menggunakan jam ini dan menjaga
kesihatan secara kendiri, ia pasti dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan
sejahtera. Izharnya, pelabgai manfaat dari sudut kesihatan yang kita peroleh hasil
daripada perkembangan sains & teknologi. Kita hendaklah menyediakan payung
sebelum hujan supaya tidak kesal dikemudian hari. Isi 3 Kepentingan lain yang
ketara hasil daripada perkembangan sains & teknologi adalah meningkatkan sektor
pendidikan. Sebelum ini, pendidikan khususnya di peringkat tertiari menggunakan
kaedah yang mengambil masa yang lama kerana pelajar perlu menelaah dan
mentafsir buku-buku yang berkaitan untuk menghasilkan laporan atau menyiapkan
tugasan. Tetapi dengan kemudahan Internet, pelajar boleh menyediakan laporan
atau menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang lebih pantas. manakal bagi
pelajar di peringkat rendah, pendidikan secara interaktif semakin diketengahkan
supaya dapat menarik minat pelajar. Ia bukan sahaja memberi kesan terhadap ilmu
dan pengetahuan pelajar malah membantu mereka untuk berfikir secara kreatif dan
inovatif. Pada masa akan datang, tiada lagi pembelajaran yang membosankan dan
kanak-kanak dapat menikmati ilmu dan pengetahuan dalam bentuk yang mereka
sukai. Justifikasinya, dengan adanya perkembangan sains & teknologi maka
pendidikan dapat ditambah baik dan memberi kesan yang positif serta efisien
kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana, laut yang ditimba tidak akan kering. Isi
4 Pada waktu yang sama, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dapat
direalisasikan dengan perkembangan sains & teknologi. Saban hari kita disiarkan
dengan berita bencana alam yang menimpa kawasan tertentu seperti pembakaran
hutan semulajadi, tanah runtuh, banjir kilat dan ribut yang luar biasa. Para saintis
telah pun menyatakan sejak beberapa tahun dahulu bahawa ekosistem dunia
menjadi tidak seimbang dek kerana ketamakan manusia mengejar pembangunan
tanpa memikirkan kesannya. Perindustrian,  pembuangan sampah dan pelbagai lagi
masalah yang menyumbang kepada pemanasan global serta efek rumah hijau yang
menggangu ekosistem bumi. Maka, sains & teknologi adalah penyelamat kepada
spesis manusia jika ingin terus menetap di muka bumi ini. Ciptaan teknologi yang
mesra alam dan alternatif kepada sumber boleh diperbaharui perlu disokong supaya
sumber alam yang tidak boleh diperbaharui, tidak dimusnahkan. Tamsilnya,
penggunaan kereta elektrik yang mengurangkan penghasilan karbon serta
menggunakan tenaga boleh diperbaharui. Tuntasnya, perkembangan sains &
teknologi penting dalam mengekalkan khazanah alam yang kita miliki hari ini demi
masa hadapan kerana generasi hari ini hanyalah menumpang sumber dan
khazanah yang dimiliki generasi akan datang. Penutup Kesimpulan kepada
perbincangan di atas, sains & teknologi adalah komponen yang mustahak dalam
kehidupan manusia serta memainkan peranan yang penting dalam kelangsungan
hidup manusia. Sinergi antara dua komponen ini dapat membawa ketamadunan
manusia ke satu tahap yang lebih tinggi. Persis kata peribahasa Melayu, kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Namun begitu, dalam mengejar
kemajuan diharapkan usaha untuk memastikan ia dimanfaatkan oleh segenap
pelusuk manusia tanpa mengira darjat atau latar belakang juga diberi perhatian.
Masih banyak negara yang ketinggalan dari segi aplikasi sains & teknologi.
Sekiranya sains & teknologi tersebut penting untuk kebajikan manusia seperti
penghasilan air bersih dan pertanian yang efisien maka ia wajar disokong serta
diberikan secara percuma atas dasar kemanusiaan. Semoga sains & teknologi
menjadi komponen yang dimanfaatkan oleh manusia untuk kebaikan dan bukannya
kemudaratan. Related : sains teknologi dan inovasi datuk seri kuala lumpur dalam

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/kepentingan-sains-dan-teknologi.html

Anda mungkin juga menyukai