Anda di halaman 1dari 2

Berita kesan-kesan perkembangan sains dan teknologi

PUTRAJAYA, 30 Jun- “Sains dan teknologi kini telah menjadi nadi kehidupan moden dan
kemakmuran ekonomi negara,” kata Encik Sulaiman Ishak, seorang pegawai tadbir di Pusat Sains
Negara. Dunia kita sedang berada dalam era sains dan teknologi dengan menyaksikan
perkembangan yang sungguh pesat dalam bidang ilmu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik (STEM). Kualiti kehidupan manusia juga dapat dipertingkatkan dengan penghasilan
pelbagai peralatan dan kemudahan yang berteknologi tinggi, canggih dan moden. Sesungguhnya,
kemajuan dalam bidang ini telah berjaya mendatangkan banyak kebaikan kepada manusia.

Antara kesan perkembangan sains dan teknologi termasuklah memudahkan komunikasi atau
perhubungan sesama manusia dalam kehidupan seharian. Hal ini dikatakan demikian, masyarakat
dapat berhubung dengan sesiapa sahaja melalui telefon ataupun media sosial seperti Instagram,
Skype, Whatsapp dan sebagainya. Dengan ini, penyaluran maklumat akan menjadi lebih pantas ke
seluruh dunia. Misalnya, zaman dahulu hanya mempunyai telefon, surat khabar dan televisyen
sebagai medium penyampaian maklumat. Dengan perkembangan teknologi dan sains pula, saluran
untuk mendapat maklumat telah dipelbagaikan kepada banyak jenis yang amat meningkatkan darjah
ketersampaian masyarakat dalam perkara komunikasi. Oleh itu, pentingnya sangat kemajuan bidang
sains dan teknologi di seluruh dunia.

Memang tidak dapat dinafikan pula, perkembangan teknologi serta sains dapat memudahkan kerja
seharian manusia yang rumit sama ada di rumah atau di pejabat. Bak kata pepatah “sambil
menyelam minum air”, dengan adanya ciptaan alat atau mesin canggih yang akan membantu
manusia melancarkan kerja seharian bukan sahaja boleh menyiapkan kerja seharian dengan lebih
produktif malah dapat menjimatkan masa remaja secara lebih efisien. Contohnya, mesin basuh baju
yang mempercepatkkan proses membasuh baju, mesin basuh pinggan yang berfungsi untuk mencuci
pinggan dan mangkuk yang kotor secara automatik, komputer untuk menyimpan pelbagai data atau
mencari maklumat di laman sesawang dan lain-lain lagi. Rentetan ini, perkembangan teknologi dan
sains yang mampu memudahkan kerja seharian manusia haruslah diutamakan oleh semua pihak.

Dari perspektif yang lain, perkembangan teknologi dan sains telah memajukan bidang perubatan
dari banyak segi. Mesin-mesin canggih yang dicipta turut membantu mengawal serta mengubati
pelbagai jenis penyakit dan kemudian menyelamatkan nyawa manusia yang banyak. Hal ini
disebabkan oleh, perkembangan teknologi pengimejan telah membantu mengenal pasti pelbagai
jenis penyakit dengan cepat dan mudah. Setelah siap mengenal pasti penyakit yang dijangkiti oleh
pesakit pula, ahli doktor turut dapat mengenal pasti rawatan sesuai yang diperlukan oleh mereka.
Sebagai contoh, rawatan kimoterapi akan membantu mengubati penyakit kanser dan sekurang-
kurangnya memberi harapan kepada pesakit untuk meneruskan hidup. Selain daripada ini, ciptaan
vaksin telah berjaya mengawal penyakit-penyakit dari terus merebak secara luas dalam kalangan
remaja. Tidak perlu disangkal lagi, perkembangan teknologi dan sains perlu dititikberatkan bagi terus
memajukan bidang perubatan yang banyak memanfaatkan golongan khalayak dari aspek kesihatan.

Sudah terang lagi bersuluh, walaupun perkembangan teknologi dan sains mempunyai kebaikan,
tetap juga terdapatnya keburukan pada masa yang sama. Salah satu kesan negatif yang dijurus oleh
perkembangan bidang ini pula ialah peningkatan kes jenayah siber yang semakin berleluasa dan
sukar dibendung. Hal ini lantaran, kecanggihan teknologi disalahgunakan untuk mengaut
keuntungan akhirnya akan menyebabkan peningkatan kes seperti kecurian maklumat, penipuan dan
penggodam berlaku dalam kehidupan masyarakat. Tamsilnya, tingkah laku menyalahgunakan alatan
atau ciptaan teknologi adanya seperti mengesan laptop tanpa izin dan juga membuka pintu kereta
orang lain. Menurut perkara di atas pula, golongan belia sepatutnya diberi pendidikan dan panduan
sama ada dari pihak sekolah atau ibu bapa mereka tentang cara betul untuk menggunakan pelbagai
ciptaan teknologi seperti telefon pintar dan komputer sejak dari bangku sekolah rendah bagi
memastikkan mereka tidak salah guna alatan tersebut. Pendek kata, kerjasama para pihak amat
diperlukan dalam perkara ini bagi menjaminkan perkembangan teknologi dan sains tidak
disalahgunakan oleh golongan penjahat.

“Pihak kerajaan, industri, ibu bapa, saintis muda dan komuniti perlu berganding bahu bagai aur
dengan tebing dalam menyokonng usaha membangunkan sains dan teknologi dalam negara agar
kita akan menjadi lebih maju, berdaya saing dan Makmur,” tegas Encil Sulaiman Ishak.

Anda mungkin juga menyukai