Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI KEPADA MASA HADAPAN KITA.

Sains dan teknologi merupakan asas yang utama bagi memastikan


kelangsungan hidup kita sentiasa maju kehadapan. Perkataan ‘sains’ diambil
daripada Bahasa Latin iaitu ‘scinetia’ manakala perkataan teknologi berasal daripada
Bahasa Greek iaitu ‘technologia’. Sains dari segi istilah bermaksud suatu
pengetahuan yang diperoleh daripada pembelajaran dan pembuktian. Sains juga
bermaksud pengetahuan yang meliputi suatu kebenaran dan hukum-hukum alam
yang terjadi.Teknologi dari segi istilah pula adalah satu aplikasi pengetahuan sains
dalam mereka cipta alat-alat yang dapat meningkatkan keupayaan serta penyelesaian
bagi masalah seharian manusia. Selain itu, teknologi juga bermaksud pembangunan
dan inovasi penggunaan dari segi alatan, mesin, bahan dan proses.Teknologi
kebanyakannya digunakan dalam bidang perindustrian kejuruteraan, kesihatan dan
keselamatan, maklumat dan komunikasi, sukan dan rekreasi, pengangkutan,
perumahan serta ketenteraan. Di sini terdapat beberapa kepentingan pengaplikasian
ilmu sains dan teknologi kepada sistem masa hadapan kita.
Salah satu kepentingan sains dan teknologi kepada masa hadapan kita adalah
kita dapat mengurangkan penggunaan tenaga kerja manusia dalam beberapa jenis
bidang seperti bidang perindustrian dan bidang perniagaan. Hal ini dikatakan
demikian kerana dengan adanya teknologi sains yang baharu, syarikat-syarikat
perindustrian tidak perlu lagi risau tentang pembayaran gaji pekerja selain mendapat
hasil yang lebih berkualiti. Hal ini dapat dilakukan dengan cara menggunakan robot-
robot yang canggih bagi menggantikan tenaga kerja manusia. Antara robot yang boleh
dihasilkan melalui sains dan teknologi ini adalah robot penghantar makanan yang
membolehkan kita memesan dan menerima makanan tersebut melalui robot
penghantar makanan. Kesan daripada penggunaan mesin-mesin berteknologi tinggi
ini akan dapat dirasai apabila syarikat-syarikat perindustrian dan perniagaan
mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda hasil daripada pengurangan kos
pekerja. Oleh itu, sebagai masyarakat yang hidup di zaman yang serba canggih ini,
penggunaan teknologi perlulah kita manfaatkan agar kehidupan menjadi lebih mudah
dan teratur.
Kepentingan sains dan teknologi kepada masa hadapan kita yang seterusnya
adalah dapat memudahkan tugas pihak berkuasa dalam proses carian penjenayah
yang dikehendaki. Hal ini demikian kerana kebanyakan penjenayah masih lagi tidak
dapat dikesan oleh kerana mesin-mesin yang digunakan masih belum mencapai
teknologi yang lebih canggih. Hal ini dapat dilakukan dengan cara menggunakan
mesin pengecaman wajah berteknologi tinggi serta pengaplikasian teknologi ke dalam
kamera litar tertutup yang menjadikan gambar lebih jelas dan terang. Dengan cara ini,
pihak berkuasa dapat menjimatkan masa dan tenaga yang digunakan dalam proses
pencarian penjenayah tersebut. Di sini kita dapat melihat bahawa sains dan teknologi
sangatlah penting dalam bidang keselamatan kerana ia akan memberi kesan kepada
masa hadapan kita.
Kepentingan sains dan teknologi yang ketiga pula adalah kita dapat
mengaplikasikan kemahiran sains ini ke dalam bidang perubatan. Hal ini demikian
kerana terdapat banyak jenis virus baharu yang dikenal pasti sejak akhir-akhir ini.
Perkara ini sangatlah membimbangkan kebanyakan pihak kerana seperti yang sedia
maklum virus seperti COVID-19 telah meragut jutaan nyawa malah juga menjadikan
ekonomi sesetengah negara merudum dengan teruk. Pengaplikasian kemahiran sains
dan teknologi ini dapat membantu dari segi penghasilan vaksin yang berfungsi
sebagai antibodi yang juga bertujuan untuk melindungi badan manusia daripada
dijangkiti virus-virus tersebut. Dengan adanya vaksin ini, masyarakat dapat menjalani
kehidupan yang lebih sihat dan risiko kebolehjangkitan virus-virus tersebut juga dapat
dikurangkan. Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang prihatin perlulah sentiasa
menyokong penggunaan teknologi ini dengan cara pengambilan vaksin bagi
melindungi diri, keluarga dan orang yang berada di sekeliling. Bak kata pepatah sakit
sama mengaduh,luka sama menyiuk.
Di samping itu, kepentingan sains dan teknologi kepada masa hadapan kita
juga boleh dikaitkan dengan inovasi sesuatu alat dalam bidang pertanian. Hal ini
dikatakan demikian kerana pengeksportan buah-buahan tempatan merupakan salah
satu daripada sumber pendapatan yang banyak memberi manfaat kepada negara.
Oleh itu, penggunaan sains dan teknologi di dalam bidang pertanian ini sangatlah
penting bagi memastikan bidang ini terus maju seiring dengan peredaran masa.
Antara alat baharu yang dapat memberikan kemudahan kepada pengusaha-
pengusaha tanaman ini adalah alat pengesan yang dicipta khas bagi mengesan
kematangan hasil tanaman tanpa perlu memeriksa satu per satu. Dengan cara ini, kita
dapat menjimatkan masa dan tenaga yang digunakan dalam proses penuaian
tanaman-tanaman tersebut.
Akhir sekali, kepentingan sains dan teknologi kepada masa hadapan kita
adalah dari segi pendidikan dan pembelajaran. Seperti mana yang diketahui, isu
bebanan beg sekolah pelajar masih lagi tiada penyelesaian walaupun sudah acapkali
diketengahkan. Penciptaan gajet yang khusus untuk proses pembelajaran
merupakan salah satu pengaplikasian sains dan teknologi dalam bidang
pendidikan.Gajet ini perlulah berfungsi sebagai satu sistem yang membolehkan kita
menggabungkan kesemua info dan maklumat daripada buku teks ke dalam suatu
sistem berpusat. Misalnya, gajet tersebut perlu mengandungi kesemua silibus sekolah
daripada darjah satu hingga ke tingkatan lima yang juga membolehkan pelajar
membuat ulangkaji pelajaran bagi tajuk-tajuk terdahulu dengan mudah, tanpa
memerlukan bilangan buku yang banyak. Sistem ini juga membolehkan pelajar
membuat rujukan dan mengulangi kaji pelajaran secara lebih fleksibel dan tidak hanya
terhad di sekolah.
Kesimpulannya, banyak kepentingan sains dan teknologi terhadap masa
hadapan kita sekiranya ilmu sains ini diaplikasikan dalam kehidupan. Bayangkan jika
kehidupan ini tanpa ilmu sains dan teknologi, sudah semestinya pelbagai kemudahan
yang kita gunakan sekarang ini juga masih lagi belum wujud. Televisyen, telefon
bimbit dan komputer riba merupakan salah satu daripada teknologi yang dihasilkan
bagi memudahkan kita untuk mendapat maklumat dengan lebih cepat dan mudah.
Akhir kata, saya berharap agar anak muda zaman kini dapat memantapkan lagi ilmu
sains dan teknologi di dalam diri mereka supaya pelbagai inovasi yang lebih canggih
dapat dihasilkan pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai