Anda di halaman 1dari 21

TEKNOLOGI

BAB 7
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
(TMK) PENGGERAK KESEPADUAN NASIONAL DI
MALAYSIA

HASIL PEMBELAJARAN
1. Menghuraikan Hubungan Manusia dan Teknologi
2. Membincangkan etika dan peradaban dalam
penggunaan TMK
3. Menganalisis isu semasa TMK di Malaysia
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI (TMK) PENGGERAK
KESEPADUAN NASIONAL DI MALAYSIA
Pengenalan
-Teknologi ialah suatu sistem bagi memudahkan manusia memenuhi keperluannya
dari masa ke semasa. Seterusnya maklumat bermaksud data yang tersusun dan
komunikasi ialah proses saling menghantar dan menerima maklumat dari satu pihak
ke pihak yang lain. TMK merupakan suatu alat perkongsian maklumat yang
berpotensi untuk mempertingkatkan kualiti Pendidikan, ekonomi, politik dan juga
social, sama ada digunakan secara formal ataupun tidak formal. Ianya melangkaui
batas umur, etnik, gender sama ada lelaki atau perempuan, orang kurang upaya, muda
atau tua, bangsa tanpa ada sempadan masa.
7.1 EVOLUSI DAN PENGGLOBALAN
TEKNOLOGI
Evolusi dan perubahan teknologi akan terus meningkat dan berkembang dari satu
masa ke satu masa yang lain. Manusia perlu bersikap terbuka dan mengikut aras
kemajuan teknologi supaya tidak ketinggalan. Ilmu berkaitan teknologi perlu dititik
beratkan dan dikuasai bagi meningkatkan kompetensi dan kemahiran bagi mengikut
arus pengglobalan teknologi.
Impak Pengglobalan Teknologi Dalam Bidang
Pertanian
Dapat memberi keuntungan yang maksimum dan meningkatkan produktiviti serta
pengeluaran pertanian mampan.
Dapat meningkat dan menggalakkan operasi komersil berskala besar sama ada
dalam bentuk sistem perladangan berkelompok atau estet.
Dapat keuntungan yang optimumoleh sebab pengurangan penggunaan tenaga buruh
dan penjimatan kos operasi.
Meningkatkan pendapatan petani.
Impak Pengglobalan Teknologi Dalam Bidang
Pembinaan
Pemaju boleh melengkapkan projek dalam tempoh yang lebih singkat.
Dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja dengan penggunaan pembinaan
yang lebih baik melalui jentera, peralatan, bahan dan pra perancangan projek
terperinci.
Dapat menjimatkan masa pembinaan dan penghasilan kualiti kerja yang baik.
Menjimatkan kos dengan mengurangkan penggunaan tenaga buruh.
Impak Pengglobalan Teknologi Dalam Bidang
Makanan
Penggunaan jentera berteknologi dalam kerja penanaman membolehkan
peningkatan dalam pengeluaran pertanian seperti dalam tanaman padi, sayur-sayuran,
kelapa sawit dan sebagainya.
Industri makanan yang dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak pada masa
yang singkat.
Penggunaan jentera berteknologi dapat membuka Kawasan baru untuk lading
pertanian dengan mudah dan cepat.
Teknologi dapat membantu membekal sumber makanan yang mencukupi.
Teknologi dalam industri makanan dapat meningkatkan prestasi ekonomi dan dapat
bertindak sebagai negara pengeluar makanan.
Impak Pengglobalan Teknologi dalam bidang
Ekonomi
Meningkatkan produktiviti pembuatan.
Meningkatkan sumbangan sektor pembuatan kepada ekonomi negara.
Menguatkan kapasiti inovasi.
Menambah bilangan pekerja berkemahiran dalam sektor pembuatan khususnya
dalam bidang teknologi.
Impak Positif Pengglobalan Teknologi Dalam
Bidang Komunikasi dan Hubungan
Perhubungan lebih mudah terutamanya jarak yang jauh.
Maklumat dapat dicapai dengan lebih cepat walaupun jarak yang jauh.
Boleh saling kenal mengenali dengan individu lain sama ada yang kenali atau tidak
dengan menggunakan rangkaian atas talian.
Pelbagai kaedah untuk saling berhubung atas talian melalui pelbagai aplikasi seperti
WhatsApp, telegram, facebook, Instagram dan sebagainya.
Boleh menjimatkan masa dan tenaga untuk berhubung dengan orang lain.
Dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara individu atau kumpulan.
Impak Negatif Pengglobalan Teknologi Dalam
Bidang Komunikasi dan Hubungan
Mudah tersebar berita palsu dan fitnah yang boleh merosakkan hubungan
silaturrahim.
Pembaziran masa kerana terlalu lama dalam laman social sehingga lalai dengan
tanggungjawab yang lain.
Boleh mendatangkan ketagihan media sosial sehingga menjejaskan kesihatan
mental dan fizikal.
Kurang aktiviti sosial secara bersemuka dengan orang lain.
SEJARAH EVOLUSI TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
Istilah teknologi maklumat muncul pada sekitar dekad 1970-an. Pada abad ke-20,
banyak industri bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan sector elektronik,
sektor pengkomputeran dan juga bidang-bidang teknologi yang lain. Pada ketika itu,
terdapat banyak penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai inovasi serta
pembaharuan dalam bidang jentera dan pengkomputeran. Komputer komersial yang
pertama ialah UNIVAC 1 yang direka bentuk oleh J.Presper Eckert dan John Maucly
untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Pada akhir dekad 1970-an, penciptaan
mikrokomputer dan diikuti oleh penciptaan computer peribadi IBM pada tahun 1981.
Sejak itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi
melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan
mempunyai pelbagai fungsi. Pada ketika itu, generasi pertama menggunakan tiub
vakum, manakala generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan
transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan
sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skala sangat besar (VLSI)
7.2 KONSEP HUBUNGAN MANUSIA DAN TEKNOLOGI
Manusia telah berinteraksi dengan alat ataupun teknologi sejak zaman purbakala
lagi. Dunia masa kini menyaksikan perubahan dan perkembangan sumber teknologi
moden. Pelbagai bentuk inovasi dan ciptaan berteknologi tinggi dihasilkan sehingga
memberi impak kepada kepesatan pembangunan teknologi canggih yang membawa
dunia ke alaf baru. Kepesatan perkembangan teknologi moden ini telah memberi
kesan yang amat besar dan mengubah landskap kehidupan manusia sejagat tanpa
mengira peringkat usia. Manusia dengan teknologi tidak boleh dipisahkan kerana
banyak manfaat yang diperoleh melalui teknologi, termasuk dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK)
Kepentingan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) kepada Manusia
Mudah mendapatkan maklumat
Pada hari ini, maklumat hanya berada dihujung jari. Dengan erti kata lain, sesuatu
maklumat mudah untuk diperolehi dan diketahui. Pelbagai maklumat boleh diakses
melalui medium TMK seperti internet. Hal ini memudahkan para pelajar mendapatkan
maklumat tentang hal-hal berkaitan ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan
sebagainya.
Memudahkan komunikasi
Komunikasi sangat penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu melalui medium
TMK, pelbagai aplikasi dan laman sosial yang boleh digunakan seperti Facebook,
Twitter, Skype dan sebagainya. Dengan kemajuan ini manusia boleh berkomunikasi
secara atas talian dengan mudah dan cepat. Contohnya, ibu bapa boleh menghubungi
anak-anak yang belajar di luar negara dengan cepat dan mudah serta kos yang murah
dengan menggunakan aplikasi Skype atau whatsapp dan seumpamanya.
Mempercepatkan urusan
Dewasa ini, pelbagai urusan kerajaan atau swasta boleh dilakukan secara dalam
talian dengan mudah. Contohnya, urusan perbankan, pembayaran bil utiliti,
permohonan kerja, membeli-belah dan sebagainya. Orang awam tidak perlu lagi
beratur Panjang untuk membayar bil di kaunter sebaliknya boleh terus membayar bil
utiliti mereka di internet dengan mudah dan cepat.
Mudah dan cepat mengetahui perkembangan semasa
Kemajuan ICT yang bersifat global memudahkan seseorang mengetahui berita atau kejadian yang
berlaku di luar negara dengan mudah dan cepat. Laman sesawang berita setiap negara boleh diakses
melalui jaringan internet untuk mendapatkan berita-berita terkini dari dalam dan luar negara.

 Peniaga dapat meluaskan pasaran perniagaan


Perdagangan antara atas talian kini semakin popular dalam kalangan masyarakat. Oleh itu,
perkembangan pesat teknologi maklumat mampu membawa jaringan perniagaan yang luas dan lebih
berdaya saing melalui atas talian. Pembelian secara atas talian juga membawa banyak kelebihan
kepada pembeli khususnya. Hal ini kerana mereka mempunyai banyak variasi barangan yang boleh
dibandingkan harga serta fungsinya. Pembeli juga mampu menjimatkan masa mereka melalui belian
atas talian daripada membeli barangan di pasar raya.
7.3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM
PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT &
KOMUNIKASI (TMK)
Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) adalah satu medium untuk
menyampaikan mesej kepada orang ramai. Oleh itu, pengguna perlu menjaga adab
dan peraturan dalam menyampaikan maklumat supaya maklumat tersebut benar dan
berkesan. Dewasa ini ramai yang telah menyalahgunakan TMK sehingga memberi
kesan buruk kepada inidividu, keluarga, masyarakat dan negara. Peraturan dan
undang-undang perlu dikuatkuasakan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini
berlaku. Sebagai pengguna yang bijak dan beretika perlu menjaga tatasusila
penggunaan TMK.
Di antara kesalahan yang perlu diambil perhatian oleh
pengguna, yang boleh dikenakan tindakan undang-undang
adalah seperti berikut:
1) Menyebarkan maklumat yang tidak sahih.
2) Berkongsi kenyataan yang menyentuh isu-isu sensitif politik, agama, kaum dan individu terutama kepada
isu yang boleh mengancam keselamatan negara.
3) Melayan komunikasi dengan pihak yang agresif dan kasar; melibatkan diri dengan aktiviti yang boleh
membawa kepada jenayah sosial dan seksual.
4) Mendedahkan maklumat rasmi yang terkandung dalam dokumen sulit/dokumen terhad kerajaan kepada
pihak umum.
5) Melibatkan diri dengan perniagaan bahan-bahan yang berisiko buruk atau berbahaya.
6) Memberikan atau berkongsi komen negatif tentang isu-isu yang melibatkan isu-isu sensitif politik, agama,
kaum dan individu terutama kepada isu yang boleh mengancam keselamatan negara.
7) Membuat sebarang pernyataan yang menyentuh perkara yang boleh menjejaskan imej dan dasar Kerajaan,
maklumat berbentuk fitnah, hasutan dan lucah atau cuba memprovokasikan sesuatu isu yang menyalahi
peraturan dan undang-undang atau perkara yang menyentuh sensitiviti individu atau kumpulan tertentu yang
boleh menimbulkan suasana yang tidak harmoni.
7.4 TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (TMK) SEBAGAI
PLATFOM PENGUKUHAN KESEPADUAN NASIONAL
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) berperanan penting dalam usaha memupuk
semangat perpaduan erat dan mengekalkan keamanan yang berterusan dalam kalangan
masyarakat. Media cetak, media elektronik atau media digital serta media dalam talian
banyak menyumbang dan memberi kesan positif dalam menjaga hubungan dan perpaduan
masyarakat. Hal ini dapat dibuktikan melalui perkembangan dunia teknologi maya seperti
whatsapp, Instagram, twitter, facebook, telegram dan sebagainya. Teknologi maya ini telah
menjadikan salah satu keperluan masyarakat pada hari ini. Mereka dapat berinteraksi dalam
internet walau pun berada jauh. Perkembangan teknologi maya ini dapat mengeratkan
hubungan terutama mereka yang berada di luar negara. Mereka dapat bertanya khabar
melalui jaringan sosial yang cepat, murah dan mudah.
Peranan TMK Dalam Mengukuhkan Perpaduan
Nasional
 Berperanan mengeratkan hubungan keluarga.
 Berperanan mengukuhkan hubungan antara kaum.
 Berperanan penghubung dengan rakan dari seluruh dunia.
 Berperanan alat penghubung dengan orang jauh lebih cepat.
 Berperanan mengeratkan tali persaudaraan dan silaturrahim.
 Berperanan berkongsi idea dan bertukar-tukar maklumat dengan cepat.
ISU SEMASA TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI (TMK)
 Jenayah siber
Semakin maju teknologi maklumat (TMK) semakin meningkat jenayah siber yang
berlaku. Jenayah siber yang dimaksudkan adalah seperti penipuan secara atas talian,
berlaku transaksi palsu, buli siber dan sebagainya. Kelicikan penjenayah siber ini
adakalanya mampu menggodam system pertahanan negara dan rahsia-rahsia kerajaan
yang boleh mendedahkan sesebuah negara kepada ancaman anasir luar. Penipuan jual
beli dalam talian juga membawa kerugian yang besar kepada pembeli atau penjual.
Pelbagai jenis jenayah siber seperti penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas
program atau data computer, kecurian maklumat, capaian secara tidak sah ke atas
system, menyalin perisian secara tidak sah, pengintipan, judi siber, skim cepat kaya,
pornografi, penggodam, penyebaran virus dan mel spam.
 Menjejaskan hubungan harmoni
Keghairahan menggunakan alat komunikasi sangat berbahaya kepada hubungan sesame manusia.
Penggunaan gajet pada tempat yang tidak sesuai seperti di meja mesyuarat dan meja makan, menyebabkan
suasana harmoni untuk saling bergaul dan bertukar pendapat tidak mencapai matlamatnya. Hal ini jelas
menganggu hubungan baik dan harmoni dalam keluarga dan masyarakat.

 Melayari laman sesawang yang tidak bermoral atau pornografi


Generasi muda khususnya lebih terdedah untuk melayari laman sesawang yang tidak bermoral dan
pornografi disebabkan banteng agama yang tidak kukuh. Melalui laman sesawang tidak bermoral ini,
masyarakat akan mudah terpengaruh dan mengikut perlakuan yang tidak baik menerusi laman sesawang
tersebut. Seterusnya akan meningkat kes jenayah sosial seperti zina, rogol dan seumpamanya.

 Menceroboh Halaman Web


Pengguna dilarang mengganggu atau menceroboh halaman web mana-mana Jabatan, organisasi atau
negara. Penceroboh akan dikenakan tindakan undang-undang jika disabit kesalahan. Perbuatan jenayah ini
adalah bertujuan niat jahat seperti mendapatkan maklumat rahsia, mengambil wang individu lain dan
sebagainya.
 Wujud budaya plagiarism (plagiat)
Plagiarism adalah perbuatan tidak sihat dalam dunia akademik. Hal ini kerana telah mengambil
hak cipta seseorang tanpa izin. Perkara ini bukan sahaja menjejaskan amalan kesantunan malah ini
juga akan mengakibatkan individu yang terlibat tidak melakukan sesuatu tugas dengan hasilnya
sendiri.

 Penggodam maklumat
Kecanggihan TMK, membuka ruang kepada penggodam dan pengganas siber untuk
memusnahkan data dan mengubah system komputer. Selain itu penggodam boleh menggunakan
internet untuk mencuri maklumat sulit yang dimiliki oleh individu, syarikat dan organisasi dan
memperoleh keuntungan melalui cara penjualan kepada pihak pesaing. Perkara ini sangat
membimbangkan, kerana boleh menjejaskan keselamatan individu, agensi kerajaan dan swasta
serta negara.

 Banyak membuang masa


Di antara kesan negatif, penyalahgunaan TMK ialah membuang masa. Keseronokan melayari
laman-laman social seperti Facebook, Twitter, Instagram dan bermain permainan maya secara atas
talian menyebabkan seseorang menghabiskan banyak waktu. Hal ini menyebabkan produktiviti
seseorang akan merosot dan kurang melakukan aktiviti-aktiviti sosial yang lebih bermanfaat.

Anda mungkin juga menyukai