Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM


IPGKTI

DPLI TFM (SM)

SENI DALAM PENGAJARAN SEJARAH SEKOLAH MENENGAH


SJHK2042

Tugasan 6
Penulisan Refleksi Projek

Disediakan oleh:
Jeffery Anak Bueh

2017121150005

Pensyarah
PUAN NORAIZAH BINTI DAMIRI

SEMESTER 1 2017

05.05.2017
Refleksi Video
Saya bersyukur dan berasa gembira selepas kami dapat menyiapkan tugasan ini. Semasa kami
mendapat soalan tugasan ini, kami tidak pasti tentang kehendak soalan yang diberikan tetapi
dengan bimbingan Puan Khadijah, kami dapat memahami kehendak soalan soalan projek dan
akhirnya berjaya untuk menyiapkan tugasan ini pada tarikh serahan. Beliau memberi bimbingan
kepada rakan sekelas saya dan apabila kami mengalami cabaran dalam proses membuat projek
ini.

Sebelum kami memulakan tugasan ini, kami mencari maklumat sama ada di internet atauun di
pusat sumber sekolah tempat kami mengajar dan juga merujukj kepada buku rujukan untuk
mendapatkan maklumat tambahan. Selain itu, kami juga merancang cara untuk menghasilkan
satu klip video yang baik. Selain dari berbincang dalam satu kumpulan kami juga saling bertukar-
tukar idea dengan kumpulan lain dalam menyiapkan tugasan ini. Selanjutnya kami juga
menggunakan rujukan video yang dibuat oleh Eduweb untuk mendapatkan idea. Sebagai guru
pelatih kami haruslah melengkapkan diri kami dengan melengkapkan diri kami dengan
pengetahuan dan cara-cara yang berkaitan dengan akademik.

Seterusnya, dalam menghasilkan video ini banyak pengalama yang dapat kami pelajari iaitu
teknik-teknik pengubahsuaian video yang biasa tidak dapat dipelajari di dalam kelas. Dalam
menyiapkan video ini kami telah menyerapkan beberapa unsur-unsur multimedia ke dalam video
supaya menjadi lebih menarik jika digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Tambahan pula, dengan melaksanakan projek ini, kami didedahkan dengan ilmu pengetahuan
tentang teknologi rangkaian. Untuk menjadi seorang guru yang efektif dan efisien seorang guru
itu haruslah tahu pelbagai pemudahcara dalam penyampaian penganjaran dan pembelajaran di
dalam kelas.

Dalam menyiapkan tugasan ini tidak dapat dinafikan kami mempunyai masalah dari segi
pengurusan masa. Disebabkan tugasan seperti guru biasa yang mengajar, teramatlah sukar bagi
kami untuk duduk bersama dalam satu kumpulan dalam menyiapkan tugasan ini. Tetapi
sesungguhnya begitu kami mencuba menetapkan masa untuk menyiapkan tugasan dan akhirnya
tugasan ini dapat disiapkan dengan baik.

Sesungguhnya pengalaman ini sungguh berharga bagi kami sebagai guru pelatih. Subjek Seni
dalam Pengajaran Sejarah banyak mengajar kami tentang teknik-teknik yang boleh diguna pakai
dalam PdP untuk menarik minat pelajar. Selaras dengan Konsep PdP yang terkini, subjek Seni
dalam Pengajaran Sejarah sangat penting dalam memastikan proses PdP berkesan.
Disamping itu, penerapan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan teknologi maklumat dalam
aktiviti PdP juga dapat membantu pembenukan sosial dan intelek murid-murid. Ilmu pengetahuan
yang terdpat dalam subjek teknologi dalam PdP adalag selaras dengan kehendak tahap
kecemerlangan dan penting dalam perkembangan dari segu sosial dan intelek. Antara ilmu yang
diterapkan adalah cara menggunakan computer, perisian dan alat komunikasi.

Kesimpulannya, penghasilan media dapat menjadikan PdP lebih menarik. Hal ini demikian kerana
penghasilan media mempunyai elemen-eleme multimedia seperti grafik, animasi, video dan bunyi
yang lebih senang meningkatkan kefahaman semasa proses PdP di dalam bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai