Anda di halaman 1dari 24

030222-14-0488

5.0 DAPATAN KAJIAN


Bab ini menerangkan penilaian analisis data berdasarkan tindak balas informen
terhadap temu bual, rujukan dan pemerhatian yang telah dijalankan oleh pengkaji terhadap
soal selidik yang telah dijalankan berkaitan dengan jenis-jenis makanan tradisional yang
menjadi pilihan utama bagi penduduk Taman Senggarang Jaya, Batu Pahat, Johor. Data yang
diperolehi diproses bagi mendapatkan statistik nilai peratusan, taburan kekerapan dan min.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN


5.1.1 Jantina

JANTINA

30%
perempuan
lelaki

70%

Rajah 1 : Demografi Responden Mengikut Jantina


Sumber : Kajian Lapangan 2022

BIL JANTINA KEKERAPAN (ORANG) PERATUS (%)


1 Perempuan 21 70
2 Lelaki 9 30

Jadual 1 : Demografi Jantina Responden


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan rajah 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina


responden terhadap kajian yang dijalankan. Daripada 30 orang responden yang telah di soal
selidik, seramai 21 orang responden berjantina perempuan dengan peratus sebanyak 70%.
Seterusnya, bagi jantina lelaki seramai 9 orang iaitu sebanyak 30 %. Oleh itu, pengkaji
030222-14-0488

mendapati bahawa responden perempuan lebih ramai memberi pendapat berbanding


responden lelaki kerana kebiasaannya responden perempuan lebih teliti mengenai soalan
yang diberikan berkenaan makanan tradisional yang menjadi pilihan utama penduduk Taman
Senggarang Jaya, Batu Pahat, Johor.

5.1.2 Umur

UMUR

23.34% 23.34% 15 - 24 tahun


25 - 34 tahun
35 - 44 tahun
45 tahun dan ke atas
20%
33.32%

Rajah 2 : Demografi Responden Mengikut Umur


Sumber : Kajian Lapangan 202

BIL UMUR KEKERAPAN (ORANG) PERATUS (%)


1 15 - 24 tahun 7 23.34

2 25 - 34 tahun 6 20
3 35 - 44 tahun 10 33.32

4 45 tahun ke atas 7 23.34

Jadual 2 : Demografi Umur Responden


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Maklumat di atas adalah demografi berdasarkan umur responden terhadap kajian yang
dijalankan. Daripada Rajah 2 di atas, seramai 10 orang responden berumur 35 hingga 44
tahun dengan peratusan 33.32% yang merupakan peratus paling tinggi antara kesemua umur
responden yang terlibat. Bagi responden yang berumur 15 hingga 24 tahun pula adalah
030222-14-0488

seramai 7 orang dengan peratus 23.34 %. Hal ini seiring dengan responden yang berumur 45
tahun ke atas seramai 7 orang dengan peratus sebanyak 23.34%. Akhir sekali responden yang
berumur 25 hingga 34 tahun adalah seramai 6 orang dengan peratusan sebanyak 20%. Oleh
itu, pengkaji mendapati bahawa penduduk yang berumur 35 - 44 tahun merupakan responden
dewasa yang paling ramai memberikan pendapat mengenai makanan tradisional di kalangan
penduduk Taman Senggarang Jaya, Batu Pahat, Johor.

5.1.3 Status Perkahwinan

STATUS PERKAHWINAN

6.60%

26.71% bujang
berkahwin
duda/janda
66.69%

Rajah 3 : Demografi Responden Mengikut Status Perkahwinan


Sumber : Kajian Lapangan 2022

BIL STATUS KEKERAPAN (ORANG) PERATUS (%)


1 Bujang 8 26.71
2 Berkahwin 20 66.69
3 Duda/Janda 2 6.60
Jadual 3 : Demografi Status Perkahwinan Responden
Sumber : Kajian Lapangan 2022

Rajah 3 menunjukkan demografi responden mengikut status perkahwinan yang telah


dibuat. Sebanyak 66.69% responden yang sudah berkahwin iaitu sebanyak 20 orang.
Seterusnya 8 orang responden yang berstatus bujang iaitu hanya mencapai 26.71%. Akhir
sekali status duda/janda berjumlah 2 orang pada peratusan 6.60% .Oleh itu,pengkaji
030222-14-0488

mendapati bahawa responden yang sudah berkahwin seramai 20 orang telah memberi
pendapat yang baik berbanding responden duda/janda iaitu 2 orang sahaja kerana mereka
berkemungkinan sibuk. Kebiasaannya responden yang sudah berkahwin mempunyai masa
dan lebih peka mengenai soalan yang telah diberi berkenaan tentang makanan tradisional
yang menjadi pilihan mereka sebagai penduduk Taman Senggarang Jaya, Batu Pahat, Johor.

5.1.4 Pekerjaan

PEKERJAAN

6.70%
sendiri
16.60%
kerajaan
26.70%
swasta
tidak bekerja
43.30% pencen
6.70%

Rajah 4 : Demografi Responden Mengikut Pekerjaan


Sumber : Kajian Lapangan 2022

BIL PEKERJAAN KEKERAPAN (ORANG) PERATUS (%)


1 Sendiri 5 16.60

2 Kerajaan 13 43.30
3 Swasta 2 6.70

4 Tidak bekerja 8 26.70

5 Pencen 2 6.70

Jadual 4 : Demografi Pekerjaan Responden


Sumber : Kajian Lapangan 2022
030222-14-0488

Maklumat di atas adalah demografi berdasarkan pekerjaan responden terhadap kajian


yang dijalankan. Daripada Rajah 4 di atas, seramai 13 orang responden bekerja dalam sektor
kerajaan dengan peratusan 43.30% yang merupakan peratus paling tinggi antara kesemua
pekerjaan responden yang terlibat. Bagi responden yang tidak bekerja pula adalah seramai 8
orang dengan peratus 26.70 %. Seterusnya responden yang bekerja sendiri seramai 5 orang
dengan peratus sebanyak 16.60%. Bukan itu sahaja, responden yang bekerja dalam sektor
swasta adalah seramai 2 orang dengan peratusan 6.70%. Hal ini seiring dengan responden
yang sudah berpencen sejumlah 2 orang dengan peratusan yang sama iaitu 6.70%. Oleh itu,
pengkaji mendapati bahawa penduduk yang bekerja dalam sektor kerajaan merupakan
responden dewasa yang paling ramai memberikan pendapat mengenai makanan tradisional di
kalangan penduduk Taman Senggarang Jaya, Batu Pahat, Johor.

5.1.5 Jumlah Pendapatan Bulanan

JUMLAH PENDAPATAN BULANAN

4.00% RM0 - RM1500


16.00% RM1501 - RM3000
5.60% 37.20% RM3001 - RM4000
RM4001 - RM5000
RM5001 dan ke atas
37.20%

Rajah 5 : Demografi Responden Mengikut Jumlah Pendapatan Bulanan


Sumber : Kajian Lapangan 2022

BIL JUMLAH KEKERAPAN (ORANG) PERATUS (%)


030222-14-0488

PENDAPATAN
1 RM0 – RM1500 11 37.20

2 RM1501 – RM3000 11 37.20


3 RM3001 – RM4000 2 5.60

4 RM4001 – RM5000 5 16

5 RM5001 dan ke atas 1 4

Jadual 5 : Demografi Jumlah Pendapatan Bulanan Responden


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Maklumat di atas adalah demografi berdasarkan jumlah pendapatan bulanan


responden terhadap kajian yang dijalankan. Daripada Rajah di atas, seramai 11 orang
responden berpendapatan RM0 – RM1500 dengan peratusan 37.20% yang merupakan
peratus paling tinggi antara kesemua pekerjaan responden yang terlibat. Hal ini seiring
dengan responden yang berpendapatan RM1501 – RM3000 sejumlah 11 orang dengan
peratusan yang sama iaitu 37.20% Bagi responden yang berpendapatan RM4001 – RM5000
pula adalah seramai 5 orang dengan peratus 16 %. Seterusnya responden yang berpendapatan
RM3001 – RM4000 seramai 2 orang dengan peratus sebanyak 5.60%. Bukan itu sahaja,
terdapat juga responden yang berpendapatan tinggi iaitu RM5001 dan ke atas adalah seorang
dengan peratusan 4%. Oleh itu, pengkaji mendapati bahawa penduduk yang berpendapatan
tidak melebihi RM3000 merupakan responden dewasa yang paling tinggi memberikan
pendapat mengenai makanan tradisional di kalangan penduduk Taman Senggarang Jaya, Batu
Pahat, Johor.

5.2 ANALISIS DATA BAGI PERSOALAN OBJEKTIF


030222-14-0488

5.2.1 MENGENAL PASTI JENIS-JENIS MAKANAN TRADISIONAL BAGI


MASYARAKAT DI TAMAN SENGGARANG JAYA, BATU PAHAT, JOHOR.
A Jenis-jenis 5 4 3 2 1 MIN SKOR
Makanan SANGAT SETUJU TIDAK TIDAK SANGAT
Tradisional SETUJU PASTI SETUJU TIDAK
SETUJU
1 Ketupat K % K % K % K % K %
21 70.00 8 26.27 1 3.33 0 0 0 0 4.67 SANGAT
SETUJU
2 Lemang 20 66.67 9 30.00 1 3.33 0 0 0 0 4.63 SANGAT
SETUJU
3 Rendang 19 63.33 10 33.33 1 3.33 0 0 0 0 4.60 SANGAT
SETUJU
4 Serunding 19 63.33 10 33.33 1 3.33 0 0 0 0 4.60 SANGAT
SETUJU
5 Kuah lodeh 21 70.00 8 26.27 1 3.33 0 0 0 0 4.67 SANGAT
SETUJU
6 Dodol 21 70.00 9 30.00 0 0 0 0 0 0 4.70 SANGAT
SETUJU
7 Sate 14 46.67 10 33.33 5 16.6 1 3.33 0 0 4.23 SETUJU
7
8 Lepat 17 56.67 11 36.67 2 6.67 0 0 0 0 4.50 SETUJU

9 Kuah kacang 18 60.00 9 30.00 3 10.0 0 0 0 0 4.50 SETUJU


0
10 Ketupat palas 21 70.00 7 23.33 2 6.67 0 0 0 0 4.63 SANGAT
SETUJU

Jadual 5 : Jenis-jenis Makanan Tradisional Kaum Melayu


Sumber : Kajian Lapangan 2022
030222-14-0488

Objektif pertama bagi kajian ini adalah untuk mengenal pasti jeni-jenis makanan
tradisional kaum Melayu dalam kalangan masyarakat di Taman Senggarang Jaya, Batu Pahat,
Johor. Antara jenis makanan tradisional kaum Melayu ialah ketupat, lemang, rendang,
serunding, kuah lodeh, dodol, sate, lepat, kuah kacang dan ketupat palas.
Bagi jenis makanan tradisional kaum Melayu iaitu ketupat, terdapat seramai 21 orang
reponden dengan peratus sebanyak 70.00% telah memilih sangat setuju. Seterusnya, terdapat
8 orang responden telah memilih setuju dengan peratus sebanyak 26.27% dan terdapat
seorang responden telah memilih tidak pasti iaitu sebanyak 3.33%. Manakala tiada sesiapa
yang memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju. Maka itu,min purata bagi lemang adalah
4.67 dan menunjukkan bahawa kebanyakkan responden telah memilih sangat setuju bahawa
ketupat merupakan makanan tradisional.
Bagi jenis makanan tradisional kaum Melayu iaitu lemang menunjukkan bahawa
terdapat 20 orang responden telah memilih sangat setuju bagi soalan ini dengan peratus
sebanyak 66.67%. Justeru, terdapat 9 orang telah memilih setuju iaitu 30.00%. Seterusnya
terdapat seorang responden memilih tidak pasti dengan peratusan 3.33% Dengan itu, min
purata bagi data ini adalah 4.63 yang menunjukkan kebanyakkan responden memilih sangat
setuju bagi lemang.
Bagi jenis makanan tradisional kaum Melayu iaitu rendang, seramai 19 orang
responden daripada 30 orang responden telah memilih sangat setuju terhadap makanan ini
dengan peratus 63.33%. Selain itu, bagi setuju pula terdapat 10 orang responden telah
memilihnya dengan peratus sebanyak 33.33% dan seramai seorang responden telah memilih
tidak pasti dengan peratusnya sebanyak 3.33%. Tiada seorang responden memilih tidak
setuju dan sangat tidak setuju. Jelaslah menunjukkan min purata bagi data ini adalah 4.60
dengan keaadan kebanyakkan responden memilih sangat setuju terhadap rendang.
Bagi jenis makanan tradisional iaitu serunding, seramai 19 orang responden daripada
30 orang responden telah memilih sangat setuju terhadap makanan ini dengan peratus
63.33%. Selain itu, bagi setuju pula terdapat 10 orang responden telah memilihnya dengan
peratus sebanyak 33.33% dan seramai seorang responden telah memilih tidak pasti dengan
peratusnya sebanyak 3.33%. Tiada seorang responden memilih tidak setuju dan sangat tidak
setuju. Jelaslah menunjukkan min purata bagi data ini adalah 4.60 dengan keaadan
kebanyakkan responden memilih sangat setuju terhadap serunding.
Bagi jenis makanan tradisional seperti kuah lodeh, ia menujukkan terdapat 21 orang
responden telah memilih sangat setuju sebanyak 70.00% dan 8 orang responden memilih
setuju dengan peratus sebanyak 26.27% terhadap makanan ini. Terdapat seorang responden
030222-14-0488

telah memilih tidak pasti dengan peritus 3.33%. Buktinya, min purata bagi data ini ialah 4.67
dengan menunjukkan kebanyakkan responden telah memilih sangat setuju untuk kuah lodeh
dijadikan sebagai makanan tradisional.
Bagi makanan tradisional iaitu dodol telah menunjukkan bahawa terdapat 21 orang
responden telah memilih sangat setuju dengan peratus 70.00%. Seterusnya, terdapat 9 orang
responden telah memilih setuju iaitu sebanyak 30.00% dan tiada responden memilih tidak
pasti dan berikutnya. Tegasnya, min purata bagi data ini adalah 4.70 yang menunjukkan
kebanyakkan responden telah memilih sangat setuju bagi dodol sebagai makanan tradisional.
Bagi jenis makanan tradisional iaitu sate menunjukkan bahawa terdapat 14 orang
responden telah memilih sangat setuju dengan peratus sebanyak 46.67% manakala terdapat
10 orang responden telah memilih setuju dengan peratus sebanyak 33.33% dan 5 orang
memilih tidak pasti dengan peratusan 16.67%. Selain itu, terdapat seorang dengan peratus
sebanyak 3.33% telah memilih tidak setuju bagi soalan ini. Maka, min purata yang diperoleh
ialah 4.23 dengan menunjukkan kebanyakkan responden memilih setuju bagi sate.
Bagi jenis makanan tradisional seperti lepat menunjukkan terdapat 17 orang
responden telah memilih sangat setuju dengan peratus sebanyak 56.67%. Selanjutnya,
terdapat 11 orang responden telah memilih setuju iaitu sebanyak 36.67%. Di samping itu,
terdapat 2 orang bagi tidak pasti bagi makanan ini dengang peratus sebanyak 6.67%. Oleh itu,
min purata bagi data ini adalah 4.50 iaitu menunjukkan kebanyakkan responden telah
memilih setuju bahawa lepat merupakan makanan tradisional kaum Melayu.
Bagi jenis makanan tradisional seperti kuah kacang, ia dapat dilihat bahawa terdapat
18 orang responden telah memilih sangat setuju dengan peratus sebanyak 60.00% manakala
terdapat 9 orang responden telah memilih setuju iaitu sebanyak 30.00%. Justeru, terdapat 3
orang responden telah memilih tidak pasti dengan peratus sebanyak 10.00%. Dengan itu min
data ini ialah 4.50 yang menunjukkan kebanyakkan responden telah memilih setuju bagi kuah
kacang.
Bagi jenis makanan tradisional yang terakhir iaitu ketupat palas pula terdapat 21
orang responden telah memilih sangat setuju dengan peratus 70.00%. Seterusnya, terdapat 7
orang responden telah memilih setuju iaitu sebanyak 23.33% dan 2 orang responden telah
memilih tidak pasti iaitu sebanyak 6.67%. Tiada seorang pun yang memilihtidak setuju dan
sangat tidak setuju. Oleh itu, min purata bagi data ini ialah 4.63 yang menunjukkan
kebanyakkan responden memilih sangat setuju bagi ketupat palas.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis makanan tradisional kaum Melayu
terutamanya semasa menjelang musim perayaan. Namun begitu, setiap individu memiliki
030222-14-0488

citarasa mereka tersendiri dalam memilih menu sajian makanan tradisional. Maka itu, ia
dapat dilihat melalui analisis dan data yang telah diperoleh ini.

5.2.2
MENGKAJI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN MAKANAN TRADISIONAL
KAUM MELAYU DI TAMAN SENGGARANG JAYA, BATU PAHAT,
JOHOR.
B Faktor-faktor 5 4 3 2 1 MIN SKOR
SANGAT SETUJU TIDAK TIDAK SANGAT
SETUJU PASTI SETUJU TIDAK
SETUJU
11 Melambangkan K % K % K % K % K %
identiti 22 73.33 7 23.33 1 3.33 0 0 0 0 4.70 SANGA
sesebuah kaum SETUJU
12 Mempunyai 23 76.67 7 23.33 0 0 0 0 0 0 4.76 SANGA
rasa yang unik SETUJU
dan tersendiri
13 Makanan 8 26.67 14 46.67 3 10.00 5 16.67 0 0 3.83 SETUJU
tradisional lebih
berkhasiat
14 Makanan 11 36.67 3 10.00 3 10.00 3 10.00 0 0 2.73 TIDAK
tradisional PASTI
tahan lebih
lama
15 Makanan 18 60.00 11 36.67 1 3.33 0 0 0 0 4.57 SANGA
tradisional SETUJU
mudah diterima
masyarakat
16 Sebagai 15 50.00 11 36.67 3 10.00 0 0 1 3.33 4.30 SETUJU
penambah
dalam menu
sajian
17 Sebagai agen 16 53.33 12 40.00 1 3.33 1 3.33 0 0 4.33 SETUJU
penyatuan
dalam majlis
penting
18 Sebagai sumber 16 53.33 11 36.67 3 10.00 0 0 0 0 4.43 SETUJU
pendapatan
19 Menjadi pilihan 8 26.67 7 23.33 4 13.33 1 3.33 0 0 2.70 TIDAK
utama sarapan PASTI
pagi
20 Kebanyakan 13 43.33 10 33.33 5 16.67 1 3.33 1 3.33 4.07 SETUJU
030222-14-0488

kedai
menyediakan
makanan
tradisional dan
mudah
diperoleh

Jadual 6 : Kepentingan-kepentingan Makanan Tradisional Kaum Melayu


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Objektif kedua bagi kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor pemilihan
makanan tradisional kaum Melayu di Taman Senggarang Jaya, Batu Pahat, Johor. Terdapat
pelbagai faktor yang boleh diperoleh daripada pemilihan makanan tradisional ini seperti
melambangkan identiti sesebuah kaum, mempunyai rasa yang unik dan tersendiri, makanan
tradisional lebih berkhasiat ,makanan tradisional tahan lebih lama, makanan tradisional
mudah diterima masyarakat, sebagai penambah dalam menu sajian, sebagai agen penyatuan
dalam majlis penting, boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan, menjadi pilihan utama
sarapan pagi dan kebanyakan kedai menyediakan makanan tradisional dan mudah diperoleh .

Bagi faktor pertama ialah makanan tradisional ini melambangkan identiti sesebuah
kaum terutamanya kaum Melayu. Terdapat 22 orang responden telah memilih sangat setuju
terhadap kepentingan ini dengan peratus sebanyak 73.33%. Seterusnya, terdapat 7 orang
responden telah memilih setuju dengan peratus sebanyak 23.33% dan diikuti dengan seorang
responden yang memilih tidak pasti iaitu sebanyak 3.33%. Oleh itu, min purata bagi faktor ini
adalah 4.70 yang menunjukkan bahawa kebanyakan responden telah memilih sangat setuju
kerana makanan tradisional boleh melambangkan identiti sesebuah kaum.

Bagi faktor kedua ialah makanan tradisional mempunyai rasa yang unik dan
tersendiri. Terdapat 23 orang responden telah memilih sangat setuju iaitu sebanyak 76.67%
dan terdapat 7 orang responden telah memilih setuju iaitu sebanyak 23.3% bagi faktor kedua
ini. Selanjutnya, tiada responden memilih tidak pasti dan berikutnya berkaitan dengan faktor
ini. Oleh itu, min purata bagi faktor ini ialah 4.76 dengan menunjukkan kebanyakkan
responden memilih sangat setuju bahawa makanan tradisional itu mempunyai rasa yang unik
dan tersendiri.

Bagi faktor ketiga ialah makanan tradisional lebih berkhasiat. Terdapat 14 orang
responden telah memilih setuju iaitu sebanyak 46.67% dan diikuti dengan 8 orang responden
030222-14-0488

memilih sangat setuju iaitu sebanyak 26.67%. Justeru, terdapat 5 orang responden telah
memilih tidak setuju dengan peratus adalah 16.67%. Responden yang memilih tidak pasti
pula seramai 3 orang dengan peratusan 10.00%. Dengan itu, min purata bagi faktor ini adalah
3.83 yang menunjukkan kebanyakan responden telah memilih setuju mengenai faktor ini. Hal
ini kerana makanan tradisional sangat berkhasiat.

Bagi faktor yang keempat ialah makanan tradisional tahan lebih lama. Terdapat 11
orang responden memilih sangat setuju dengan peratus sebanyak 36.67%. Seterusnya, 3
orang responden telah memilih setuju, tidak pasti dan tidak setuju dengan peratus masing-
masing iaitu sebanyak 10.00%. Akhirnya, tiada reponden yang memilih sangat tidak setuju.
Oleh itu, min purata bagi faktor ini ialah 2.73 dengan menunjukkan bahawa kebanyakan
responden memilih tidak pasti terhadap faktor ini kerana resepi asli tidak akan berubah
walaupun berlakunya perubahan zaman kearah moden.

Bagi faktor yang kelima ialah makanan tradisional mudah diterima masyarakat.
Terdapat 18 orang responden dengan peratus sebanyak 60.00% telah memilih sangat setuju
manakala terdapat 11 orang responden dengan peratus sebanyak 36.67% telah memilih
setuju. Selain itu, terdapat seorang responden telah memilih tidak pasti dengan peratus
sebanyak 3.33%. Maka, min purata bagi faktor yang kelima ini ialah 4.57 iaitu kebanyakan
responden memilih sangat setuju terhadap faktor ini. Oleh itu, makanan tradisional mudah
diterima pelancong luar agar mereka dapat menikmati keunikan makanan tradisional di
Malaysia.

Bagi faktor yang keenam ialah makanan tradisional boleh dijadikan sebagai
penambah dalam menu sajian. Terdapat 15 orang responden dengan peratus sebanyak
50.00% telah memilih sangat setuju manakala terdapat 11 orang responden telah memilih
setuju dengan peratus sebanyak 36.67%. Di samping itu, terdapat 3 orang responden telah
memiih tidak pasti iaitu peratus sebanyak 10.00% dan seorang responden telah memilih
sangat tidak setuju dengan peratus sebanyak 3.33%. Oleh yang demikian, min purata bagi
faktor yang keenam ialah 4.30 iaitu kebanyakan responden telah memilih setuju mengenai
faktor ini iaitu makanan tradisional boleh dijadikan sebagai penambah dalam menu sajian.

Bagi faktor yang ketujuh pula ialah makanan tradisional sebagai agen penyatuan
dalam majlis penting. Terdapat 16 orang responden telah memilih sangat setuju dengan
peratus sebanyak 53.33% diikuti dengan 12 orang responden telah memilih setuju dengan
030222-14-0488

peratus sebanyak 40.00%. Seterusnya seorang responden telah memilih tidak pasti dan tidak
setuju dengan peratus masing-masing 3.33%. Selain itu, tiada responden yang memilih sangat
tidak setuju. Oleh itu, min purata bagi faktor ini adalah 4.33 iaitu kebanyakan responden telah
memilih setuju. Jelaslah bahawa makanan tradisional ini mampu dijadikan sebagai agen
penyatuan untuk memupuk perpaduan.

Bagi faktor yang kelapan ialah melalui makanan tradisional ini ia boleh dijadikan
sebagai sumber pendapatan kepada penduduk setempat. Terdapat 16 orang responden telah
memilih sangat setuju dengan peratus sebanyak 53.33% dan terdapat 11 orang responden
telah memilih setuju mengenai pernyataan ini dengan peratus sebanyak 36.67%. Seterusnya,
terdapat 3 orang responden telah memilih tidak pasti dengan peratus sebanyak 10.00% dan
tiada responden yang memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju mengenai faktor ini. Oleh
itu, min puratanya ialah 4.43 iaitu menunjukkan kebanyakan responden telah memilih setuju
mengenai makanan tradisional ini boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan.

Bagi faktor yang kesembilan ialah menjadi pilihan utama sarapan pagi. Terdapat 8
orang responden memilih sangat setuju iaitu peratus sebanyak 26.67%. Seterusnya, terdapat 7
orang responden yang memilih setuju dengan peratus sebanyak 23.33% dan diikuti dengan 4
orang responden yang memilih tidak pasti dengan peratus sebanyak 13.33%. Selain itu, hanya
seorang responden memilih tidak setuju dengan peratusan 3.33% dan tiada responden yang
memilih sangat tidak setuju berkaitan pernyataan ini. Oleh itu, min purata bagi faktor ini ialah
2.70 iaitu kebanyakan responden memilih tidak pasti. Buktinya, makanan tradisional banyak
terjual di gerai tepi jalan pada waktu pagi.

Bagi faktor yang terakhir iaitu terdapat di kebanyakan kedai menyediakan makanan
tradisional dan mudah diperoleh. Terdapat 13 orang responden telah memilih sangat setuju
dengan peratus sebanyak 43.33% manakala 10 orang responden dengan peratus sebanyak
33.33% telah memilih setuju. Selanjutnya, terdapat 5 orang responden yang memilih tidak
pasti dengan peratus sebanyak 16.67% diikuti dengan seorang responden yang masing-
masingnya memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan peratus sebanyak 3.33% .
Jelaslah bahawa min purata bagi faktor ini adalah 4.07 iaitu menunjukkan kebanyakan
responden memilih setuju kerana makanan tradisional banyak disediakan di kedai dan mudah
diperoleh.

Kesimpulannya, makanan tradisional ini memiliki banyak faktor yang mempengaruhi


pemilihannya kepada masyarakat setempat. Namun demikian, terdapat pelbagai pendapat
030222-14-0488

serta pandangan terhadap faktor-faktor makanan tradisional. Maka, pelbagai data akan
diperoleh dan analisis dapat dilakukan dengan pelbagai variasi pendapat dari masyarakat
setempat.

5.3 HASIL PERBINCANGAN TEMU BUAL

Temu bual didefinisi sebagai perbualan dua hala yang bertujuan untuk mengumpul
maklumat kajian. Temu bual merupakan intraksi bersemuka antara penemu bual atau
penyelidik dengan responden. Penggunaan kaedah ini untuk mengumpul maklumat kajian
tinjauan. Cara pelaksanaannya ialah dengan melakukan temu bual secara lisan dan jawapan
direkod oleh penyelidik secara bertulis, melalui rakaman elektronik. Temu bual memerlukan
pengkaji untuk bertemu dengan masyarakat di Taman Senggarang Jaya, Batu Pahat, Johor
untuk menanyakan beberapa soalan yang diperlukan berkaitan jenis-jenis makanan
tradisional kaum Melayu dan faktor-faktor pemilihan makanan tradisional yang dapat
diperoleh oleh masyarakat setempat di Taman Senggarang Jaya, Batu Pahat, Johor.

Responden temu bual yang pertama ialah Ishak bin Jabit. Jawapan yang diberikan
oleh beliau bagi persoalan apakah pandangan anda tentang makanan tradisional kaum Melayu
adalah makanan yang biasa didapati dengan citarasa khas yang dapat diterima semua lapisan
umur. Ia juga memenuhi citarasa kaum Melayu. Bagi persoalan apakah makanan tradisionl
kaum Melayu yang anda gemari adalah nasi impit, kuah kacang, lemang periuk kera dan
ketupat. Bagi persoalan adakah makanan tradisional ini perlu dikekalkan dalam kalangan
masyarakat adalah ya kerana makanan tradisional ini mempunyai rasa dan tarikan tersendiri
yang harus dipelihara bagi mengekalkan warisan nenek moyang kita. Bagi persoalan yang
terakhir, apakah faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan tradisional ini adalah
makanan tersebut mempunyai rasa yang unik dan tersendiri.

Responden temu bual yang kedua ialah Sauhana binti Ahmad. Jawapan yang
diberikan oleh beliau bagi persoalan apakah pandangan anda tentang makanan tradisional
kaum Melayu adalah makanan tradisional merupakan makanan yang biasa menjadi hidangan
oleh masyarakat dan umumnya amat diyakini khasiatnya yang tinggi. Bagi persoalan apakah
makanan tradisionl kaum Melayu yang anda gemari adalah seperti kuih lapis, kuih bahulu,
roti canai dan ketupat sahaja. Bagi persoalan adakah perlu makanan tradisional ini dikekalkan
dalam kalangan masyarakat adalah ya kerana makanan ini dapat menjana ekonomi negara
serta merupakan punca pendapatan utama bagi masyarakat yang tidak bekerja. Bagi persoalan
030222-14-0488

apakah faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan tradisional ini adalah makanan
tradisional lebih berkhasiat dan kehebatan resipinya tidak dapat ditandingi.

Responden temu bual yang ketiga ialah Nur Sofea Izzati binti Ishak. Jawapan yang
diberikan beliau bagi persoalan apakah pandangan anda tentang makanan tradisional kaum
Melayu adalah makanan yang digemari ramai kerana memiliki rasa yang pelbagai, bentuk
yang berlainan dan aromanya sesuai dengan selera kaum Melayu. Bagi persoalan apakah
makanan tradisionl kaum Melayu yang anda gemari adalah rendang dan sate. Bagi persoalan
adakah perlu makanan tradisional ini dikekalkan dalam kalangan masyarakat adalah sangat
perlu agar masyarakat muda masa kini dan generasi akan datang mengetahui keberadaan
makanan tradisional ini. Selain itu, makanan tradisional ini juga dapat mengeratkan hubungan
dalam masyarakat itu sendiri. Bagi persoalan terakhir ialah apakah faktor yang
mempengaruhi pemilihan makanan tradisional sebagai hidangan utama ini adalah makanan
tradisional tahan lebih lama kerana bahan yang digunakan diperkaya dengan khasiat .

Responden yang keempat ialah Salina binti Mahmud. Jawapan yang diberikan oleh
beliau bagi persoalan apakah pandangan anda tentang makanan tradisional kaum Melayu
adalah sangat sedap. Bagi persoalan apakah makanan tradisionl kaum Melayu yang anda
gemari adalah lontong dan kuah kacang. Bagi persoalan adakah perlu makanan tradisional ini
dikekalkan dalam kalangan masyarakat adalah perlu agar makanan tradisional ini tidak dapat
dilupakan dan pupus ditelan zaman. Bagi persoalan terakhir ialah apakah faktor yang
mempengaruhi pemilihan makanan tradisional ini adalah makanan tersebut terdapat di
kebanyakan kedai dan mudah diperoleh. Oleh itu masyarakat mudah mendapatkan pelbagai
jenis makanan tradisional di mana sahaja.

Responden yang kelima ialah Siti Saenah binti Jusoh. Jawapan yang diberikan beliau
bagi persoalan apakah pandangan anda tentang makanan tradisional kaum Melayu adalah
makanan tradisional ini mempunyai keunikan dari segi rasa dan cara penghasilannya yang
agak lama atau memakan masa. Bagi persoalan apakah makanan tradisionl kaum Melayu
yang anda gemari adalah lemang, rendang daging dan juga kuih lapis. Bagi persoalan adakah
perlu makanan tradisional ini dikekalkan dalam kalangan masyarakat adalah ya agar makanan
tradisional ini dapat diperkenalkan kepada generasi akan datang dari segi rasanya. Bagi
persoalan terakhir ialah apakah faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan tradisional ini
030222-14-0488

adalah dari segi rasanya yang pedas kerana masyarakat Melayu gemar akan rasa yang pedas
sebagai penambah rasa dalam masakan.

Kesimpulannya, setiap soalan yang diberikan akan memperoleh jawapan yang


berbeza bagi setiap responden yang di temu bual. Melalui temu bual juga maklumat yang
diperlukan mudah diperoleh serta data yang diperoleh juga akan berbeza. Kaedah ini telah
memberikan kelonggaran kepada responden untuk menyatakan jawapan dan pandangan
mereka sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana responden mempunyai pelbagai idea yang
kreatif untuk menjawab segala soalan yang diberikan dengan terperinci.
030222-14-0488

5.4 HASIL PERBINCANGAN PEMERHATIAN

Pemerhatian merupakan satu kaedah atau alternatif yang terdapat dalam pengumpulan
maklumat atau pengumpulan data. Pemerhatian memerlukan pengkaji untuk memerhati
sendiri keadaan di kawasan kajian iaitu di Taman Senggarang Jaya, Batu Pahat, Johor.
Pemerhatian bagi kerja kursus ini adalah untuk memerhati suasana semsa menjamu selera,
kuantiti makanan tradisional kaum Melayu yang dimasak dan mengkaji kekerapan makanan
tradisional menjadi hidangan oleh penduduk di Taman Senggarang Jaya, Batu Pahat, Johor.

Pemerhatian yang pertama telah dilakukan pada 15/5/2022 iaitu pada hari Rabu pada
jam 4 petang. Suasana semasa menjamu selera pada hari tersebut sangat meriah dengan
suara-suara peniaga dan pembeli kerana dapat mempromosikan jualan makanan tradisional
mereka. Kuantiti makanan tradisional di kedai makan pada hari tersebut adalah sangat banyak
dan pelbagai. Hal ini kerana waktu petang merupakan waktu kemuncak bagi mereka yang
bekerja dan tidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan. Akhir sekali, kekerapan
makanan tradisional ini menjadi hidangan adalah sangat tinggi kerana ia telah menjadi rutin
setiap individu untuk memasak lebih pada waktu petang. Impaknya, makanan tradisional
adalah makanan wajib bagi setiap individu tidak kira waktu.

Pemerhatian yang kedua telah dilakukan pada 20/5/2022 iaitu pada hari Isnin pada
jam12 tengahari. Suasana semasa menjamu selera sangat meriah kerana adanya rumah
terbuka. Tambahan pula dengan suara-suara ahli keluarga yang berbual setelah sekian lama
tidak bertemu dan dihadiri oleh ramai orang. Kuantiti makanan tradisonal pada hari tersebut
adalah sederhana kerana sudah berada di penghujung Syawal. Ini kerana kebanyakan rumah
sudah melakukan rumah terbuka. Akhir sekali, kekerapan makanan tradisional ini menjadi
hidangan adalah berkurang kerana orang ramai sudah mula menggunakan makanan moden
yang lebih sesuai. Maka, dapat dilihat bahawa makanan tradisional ini semakin berkurang
apabila berlaku perubahan waktu.
030222-14-0488

Pemerhatian yang ketiga telah dilakukan pada 2/6/2022 iaitu hari Khamis pada jam
5.00 petang. Suasana semasa menjamu selera pada hari tersebut semakin berkurang terhadap
makanan tradisional kerana ia telah bertukar kepada makanan moden yang lebih enak.
Kuantiti makanan tradisional pada hari tersebut adalah semakin berkurangan kerana
kegairahan untuk menyambut perayaan semakin memudar. Akhir sekali, kekerapan makan
tradisional menjadi hidangan juga semakin berkurang kerana pengakhiran musim perayaan
hampir tiba.

Kesimpulannya, kaedah pemerhatian ini telah mengukuhkan lagi maklumat yang


diperlukan dalam kajian ini. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap pemerhatian yang
dijalankan akan mengalami perbezaan dan ianya menjadikan kajian ini berjalan lancar. Oleh
yang demikian, melalui pemerhatian ini pengkaji akan memperoleh maklumat seperti kuantiti
makanan tradisional kaum Melayu yang dihidangkan, suasana semasa menjamu makanan
tradisional dan kekerapan makanan tradisional ini dijadikan hidangan sepanjang musim
perayaan tersebut.
030222-14-0488
030222-14-0488

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN


Bahagian ini akan membuat rumusan dan kesimpulan untuk kajian yang telah
dilaksanakan oleh pengkaji. Pengkaji telah menjalankan kajian tentang pemilihan makanan
tradisional yang berkaitan dengan masyarakat di Taman Senggarang Jaya, Batu Pahat, Johor.
Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengetahui pandangan penduduk terhadap
pemilihan makanan tradisional tersebut kepada masyarakat di Taman Senggarang Jaya, Batu
Pahat, Johor. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis makanan
tradisional yang menjadi hidangan utama masyarakat di Taman Senggarang Jaya, Batu Pahat,
Johor dan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan tradisional
masyarakat di Taman Senggarang Jaya, Batu Pahat, Johor. Pengkaji telah menggunakan
kaedah borang selidik, temu bual dan pemerhatian dalam kajian tersebut. Matlamat pengkaji
telah tercapai selepas menjalankan kajian ini. Lokasi kajian yang dipilih adalah Taman
Senggarang Jaya, Batu Pahat, Johor yang terletak kira-kira 2 kilometer dari Pekan
Senggarang.
Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat 10 jenis makanan tradisional yang
berkaitan dengan hidangan utama masyarakat di Taman Senggarang Jaya, Batu Pahat, Johor.
Kesemua jenis makanan tradisional adalah sangat setuju yang dipilih kebanyakan responden
terhadap jenis-jenis makanan tradisional yang menjadi hidangan utama penduduk di Taman
Senggarang Jaya, Batu Pahat, Johor. Antara jenis makanan tradisional kaum Melayu yang
disoal ialah ketupat, lemang, rendang, serunding, kuah lodeh, dodol, sate, lepat, kuah kacang
dan ketupat palas.
Dapatan kajian juga telah menunjukkan 10 faktor yang mempengaruhi pemilihan
makanan tradisional masyarakat di Taman Senggarang Jaya, Batu Pahat, Johor. Terdapat 5
daripada 10 adalah setuju yang dipilih kebanyakan responden terhadap faktor-faktor yang
mempengaruhi pemilihan makanan tradisional masyarakat di Taman Senggarang Jaya, Batu
Pahat, Johor. Antaranya ialah makanan tradisional dapat melambangkan identiti sesebuah
030222-14-0488

kaum, mempunyai rasa yang unik dan tersendiri, makanan tradisional lebih
berkhasiat ,makanan tradisional tahan lebih lama, makanan tradisional mudah diterima
masyarakat, sebagai penambah dalam menu sajian, sebagai agen penyatuan dalam majlis
penting, boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan, menjadi pilihan utama sarapan pagi dan
kebanyakan kedai menyediakan makanan tradisional dan juga mudah diperoleh .
Dengan itu, pengkaji mencadangkan agar masyarakat kini dapat mengekalkan adat
dan budaya turun temurun kepada anak-anak muda masa kini seperti menjadikan makanan
tradisional sebagai hidangan utama supaya ianya tidak hilang ditelan zaman. Pengekalan
resipi dan memperkenalkan kepada generasi baru juga dapat mengekalkan warisan makanan
tradisional melalui kaedah tunjuk cara atau demonstrasi. Dalam konteks ini, mempelajari
tentang resipi secara tunjuk cara atau demonstrasi dapat menjadikan proses penyediaan
tersebut lebih mudah difahami. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat lebih mudah
memahami perkara yang dipelajari seterusnya dapat mengaplikasikan input tersebut dalam
kehidupan seharian sebagai pemudah cara. Di samping itu, masyarakat juga harus
membudayakan makanan tradisional supaya proses mengekalkan makanan tradisi menjadi
lebih menarik dan dapat meningkatkan motivasi generasi muda seperti mengadakan program
atau karnival untuk mempromosikan makanan tradisional, dijadikan sebagai menu wajib
pada musim perayaan, sentiasa memberi tunjuk ajar kepada generasi muda tentang proses
penghasilannya yang menarik serta kelazatannya dan seterusnya mengutamakan menu
tradisi dalam apa jua keadaan. Oleh itu, terdapat pelbagai cara untuk mengekalkan budaya
makanan tradisional yang harus dilaksanakan bagi memperoleh faktor-faktor yang dapat
mempengaruhi pemilihan penduduk Taman Senggarang Jaya, Batu Pahat, Johor.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara pengekalan makanan tradisional telah
dikenalpasti yang berkaitan dengan faktor pemilihannya. Selain itu, pengkaji juga mendapati
bahawa terdapat banyak pandangan yang berbeza yang diberikan oleh responden mengenai
faktor-faktor yang dapat mempengaruhi pemilihan penduduk terhadap makanan tradisional
ini. Kebanyakan responden bersetuju dengan faktor-faktor tersebut kepada masyarakat
terhadap pemilihan makanan tradisional manakala sebahagian lagi adalah sangat setuju dan
tidak pasti terhadap faktor tersebut.
030222-14-0488

7.0 RUJUKAN
Laman Web Rasmi Makanan Tradisional (2016) Definisi Makanan Tradisional . Dicapai
pada April 17, 2022 dari http://zahirzainudin.blogspot.com/2016/04/makanan-tradisional-
etnik-di-malaysia.html?m=1

Laman Web Rasmi Sosial (2012) Definisi Sosial. Dicapai pada April 17, 2022 dari
http://definisimu.blogspot.com/2012/11/definisi-sosial.html?m=1

Ensiklopedia Bebas Budaya (2022) Definisi Budaya. Dicapai pada April 17, 2022 dari
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Budaya

Laman Web Google Map.com Peta Kawasan Senggarang. Dicapai pada April 19, 2022 dari
https://maps.google.com

Laman Web Rasmi Negeri Johor (2018) Sejarah Negeri Johor. Dicapai pada April 19, 2022
dari https://people.utm.my/helmy/tag/sejarah-negeri-johor/

Laman Web Google Map.com Peta Negeri Johor. Dicapai pada April 19, 2022 dari
https://www.vocabjohor.com/2020/11/latar-belakang-negeri-johor.html?m=1

Laman Web Rasmi Gerbang Mahkota Johor. Dicapai pada April 19, 2022 dari
https://images.app.goo.gl/bEyNj7gUt8LuaVZE9

Ensiklopedia Bebas Batu Pahat (2022) Sejarah Daerah Batu Pahat. Dicapai pada April 19,
2022 dari https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Batu_Pahat
030222-14-0488

Aplikasi Pinterest Tugu Batu Pahat. Dicapai pada April 19, 2022 dari
https://www.pinterest.com/pin/104919866291925912/

Ensiklopedia Bebas (2021) Sejarah Pekan Senggarang . Dicapai pada April 19, 2022 dari
https://ms.wikipedia.org/wiki/Senggarang

Laman Web Rasmi Pekan Senggarang. Dicapai pada April 20, 2022 dari
https://images.app.goo.gl/SEL7AwxJb6UgLqLBA
Laman Web Rasmi Taman Senggarang Jaya. Dicapai pada April 20, 2022 dari
https://images.app.goo.gl/3EBWjSWaQTxxUypL9

Ensiklopedia Bebas (2021) Definisi Metodologi. Dicapai pada April 21, 2022 dari
https://ms.wikipedia.org/wiki/Metodologi

Laman Web Rasmi Kajian Tindakan (2009) Definisi Kepustakaan. Dicapai pada April 21,
2022 dari http://cikguummi.blogspot.com/2009/05/kajian-kepustakaan-literatur-riview.html

Laman Web Rasmi Soal Selidik (2022) Makna Soal Selidik. Dicapai pada April 21, 2022 dari
https://ms.encyclopedia-titanica.com/significado-de-cuestionario

Laman Web Temu Bual (2017) Makna Temu Bual. Dicapai pada April 21, 2022 dari
https://ustazkenali.wordpress.com/2017/02/19/temu-bual/

Laman Web Rasmi Pemerhatian (2022) Makna Pemerhatian. Dicapai pada April 21, 2022
dari https://ms.encyclopedia-titanica.com/significado-de-observaci-n

Temu bual secara rakaman antara pengkaji dengan Encik Ishak bin Jabit selaku bapa kepada
pengkaji di kediaman masing-masing, pada jam 5 petang , 25 Mei 2022.

Temu bual secara rakaman antara pengkaji dengan Puan Sauhana binti Ahmad selaku ibu
kepada pengkaji di kediaman masing-masing, pada jam 6 petang , 25 Mei 2022.
030222-14-0488

Temu bual secara rakaman antara pengkaji dengan Nur Sofea Izzati binti Ishak selaku adik
perempuan kepada pengkaji di kediaman masing-masing, pada jam 7 malam , 25 Mei 2022.

Temu bual secara rakaman antara pengkaji dengan Puan Salina binti Mahmud selaku jiran
kepada pengkaji di kediaman masing-masing, pada jam 4 petang , 26 Mei 2022.

Temu bual secara rakaman antara pengkaji dengan Puan Siti Saenah binti Jusoh selaku jiran
kepada pengkaji di kediaman masing-masing, pada jam 6 petang , 26 Mei 2022.

KAJIAN TERHADAP SOSIAL DAN BUDAYA MAKANAN TERHADAP


MAKANAN TRADISIONAL YANG MENJADI PILIHAN UTAMA BAGI
PENDUDUK TAMAN SENGGARANG JAYA, BATU PAHAT JOHOR.

ABSTRAK

Kertas kursus bertajuk kajian terhadap makanan tradisional yang menjadi pilihan utama bagi,
penduduk Taman Senggarang Jaya, Batu Pahat, Johor. Objektif bagi kajian ini untuk
mengenalpasti jenis-jenis makanan tradisional yang menjadi hidangan utama dan faktor-
faktor yang menyebabkan makanan tradisi menjadi hidangan utama di kalangan penduduk.
Terdapat 4 kaedah yang digunakan iaitu kaedah borang soal selidik melalui google form,
temu bual, pemerhatian dan kepustakaan. Seramai 30 orang responden telah disoal selidik, 5
orang telah ditemu bual dan 3 kali pemerhatian telah dijalankan dalam kajian ini. Oleh itu
pengkaji dapat mengkaji pemerhatian tentang suasana semasa menjamu selera, kuantiti
makanan serta kekerapan pengambilan makanan tradisi yang sentiasa menjadi hidangan
terutamanya bagi penduduk di Taman Senggarang Jaya, Batu Pahat, Johor.

Anda mungkin juga menyukai