Anda di halaman 1dari 6

5.

0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincang dan menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak
balas responden melalui Google Form yang dibentuk terhadap amalan pembelian makanan
sejuk beku sebagai hidangan keluarga di Pangsapuri D’Cahaya.

5.1 Demografi Responden

Jadual 1 menunjukkan pecahan responden daripada kalangan pelanggan Sushi King IOI
Mall Puchong berdasarkan 5 kategori, iaitu : jantina, umur, kaum dan pekerjaan.

Jadual 1: Latar Belakang Responden

KATEGORI JUMLAH PERATUSAN


(orang) (%)
Jantina Lelaki 19 63.30
Perempuan 11 36.70
15 – 24 8 26.70
Umur 25 – 34 9 30.00
34 – 44 8 26.70
45 dan keatas 5 16.70
Melayu 19 63.30
Cina 2 6.70
Kaum India 3 10.00

Lain - lain 6 20.00


Bekerja 16 53.30
Pelajar 11 36.70
Pekerjaan
Bekerja sendiri 1 3.30
Lain - lain 2 6.70

Sumber: Kajian Lapangan 2022


5.1.1 Jantina

Rajah 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina.

Rajah 1: Demografi Responden Berdasarkan Jantina


Sumber: Kajian Lapangan 2022
Rajah 1 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina dalam
kalangan penduduk Pangsapuri D’Cahaya. Terdapat 30 orang penduduk Pangsapuri
D’Cahaya yang telah menjawab Google Form. Daripada 30 responden tersebut, seramai 11
orang responden adalah jantina perempuan bersamaan dengan 36.70%, manakala seramai 19
orang responden pula merupakan jantina lelaki iaitu bersamaan dengan 63.33%.

Penyelidik mendapati bahawa responden lelaki lebih bersedia untuk mengambil


bahagian dalam melengkapkan soal selidik yang ditawarkan berbanding responden yang
perempuan. Ini disebabkan responden lelaki lebih ramai pergi membeli-belah barang
keperluan harian berbanding responden lelaki yang sibuk bekerja. Manakala, responden
perempuan kurang berminat untuk mengisi borang soal selidik yang dibina kerana sibuk
bekerja dan mereka jarang pergi membeli-belah barang keperluan harian.
5.1.2 Umur

Rajah 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur.

Umur

16.7
26.7

26.7

30

15 - 24 25 - 34 35 - 44 45 dan keatas

Rajah 2: Demografi Responden Berdasarkan Umur


Sumber: Kajian Lapangan 2022
Rajah 2 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan umur penduduk
Pangsapuri D’cahaya. Daripada 30 orang yang menjawab kaji selidik, 8 responden, atau
26.7% adalah berumur antara 15 dan 24. Manakala, terdapat 9 respons, atau 30%, dalam
kalangan mereka yang berumur antara 25 dan 34 tahun. Seterusnya, seramai 8 orang
responden yang berumur antara 35 hingga 44 tahun iaitu bersamaan dengan 26.7%. Akhir
sekali, bagi yang berumur antara 45 dan keatas adalah seramai 5 orang responden bersamaan
dengan 16.7%.
5.1.3 Kaum

Rajah 3 menunjukkan demografi responden berdasarkan pendapatan sebulan isi


rumah.

Rajah 3: Demografi Responden Berdasarkan Kaum


Sumber: Kajian Lapangan 2022
Carta pai di atas merujuk kepada jumlah responden mengikut kaum yang terdiri
daripada penduduk Pangsapuri D’Cahaya yang dikategorikan kepada kaum Melayu, Cina,
India dan lain-lain. Berdasarkan graf di atas, kaum Melayu merupakan kaum majoriti dalam
kajian ini, iaitu seramai 19 orang responden. Seterusnya, terdapat 2 responden yang terdiri
daripada kaum Cina melibatkan diri dalam kajian ini. Perkara ini diikuti dengan 3 orang lagi
responden yang terdiri daripada kaum India yang telah memberi kerjasama dalam mengisi
borang soal selidik yang diberi. Akhir sekali, terdapat 6 orang responden daripada lain – lain
kaum yang menjawab borang ini.

Melalui graf di atas, saya boleh mendapati bahawa lebih ramai responden daripada kaum
Melayu yang sanggup untuk bekerjasama dan melibatkan diri dalam kajian ini. Walaupun
berbagai-bagai kaum yang sering mengamal pembelian makanan sejuk beku, namun
keengganan mereka untuk memberi kerjasama dalam pengisian borang soal selidik
menyebabkan lebih ramai responden yang daripada kaum Melayu untuk didekati.
5.1.4 Pekerjaan

Rajah 4: Demografi Responden Berdasarkan Pekerjaan


Sumber: Kajian Lapangan 2022

Rajah 4 di atas menunjukkan demografi berdasarkan pekerjaan di dalam kalangan


penduduk Pangsapuri D’Cahaya. Rajah 4 tersebut menunjukkan daripada 30 orang penduduk
yang menjawab, terdapat sebanyak 16 orang yang bekerja bersamaan dengan 53.3%. Selain
itu, terdapat sebanyak 11 orang yang masih belajar bersamaan dengan 36.7%. Seterusnya,
terdapat 1 orang yang bekerja sendiri bersamaan dengan 3.3%. Akhir sekali, bagi yang
mempunyai pekerjaan lain-lain terdapat 2 orang sahaja dalam kalangan penduduk yang
bersamaan dengan 6.7%.

Berdasarkan kajian berdasarkan pekerjaan, pengkaji mendapati bahawa terdapat lebih


banyak penduduk yang bekerja merupakan majoriti dalam penduduk Pangsapuri D’Cahaya
yang telah menjawab borang soal - selidik tersebut. Pengkaji mendapati bahawa penduduk
yang belajar tidak mempunyai masa yang mencukupi dalam menyediakan makanan untuk
dimasak di dalam rumah, sebaliknya mereka sering menggunakan makanan sejuk beku untuk
memudahkan urusan mereka dalam menjamu hidangan. Hal ini juga diikuti oleh seorang
penduduk yang bekerja sendiri memberi sumbangan dalam menjawab borang soal – selidik.
Akhir sekali, terdapat 2 orang penduduk yang mepunyai pekerjaan lain – lain yang
mengamalkan pembelian makanan sejuk beku sebagai hidangan keluarga.

Anda mungkin juga menyukai