Anda di halaman 1dari 7

Instrumen Soal Selidik Kajian Rintis: Aplikasi e-Tahkik

Hasanulddin bin Mohd, Roslan bin Umar, Zurita binti Mohd Yusof, Engku Ibrahim bin Engku
Wok Zin, Jamalluddin bin Hashim, Hannan Fatini binti Md Reshad

Abstrak
Penyelidikan ini bertujuan untuk menguji tahap kefahaman pengguna berkenaan aplikasi e-
Tahkik yang berkaitan dengan manuskrip-manuskrip ulama silam. Secara khususnya, kajian ini
mengutarakan tiga objektif utama iaitu untuk memperkenalkan kepada orang awam berkenaan
manuskrip ulama Melayu silam yang telah ditahkik, mendedahkan asas-asas dan prosedur
mentahkik manuskrip sastera kitab Melayu silam dalam bentuk digital dan mengiktiraf serta
mengangkat martabat manuksrip Melayu Islam silam dalam bentuk yang lebih moden dan mesra.
Penyelidikan ini menggunakan kajian kaedah kuantitatif dengan reka bentuk tinjaua. Hasil kajian
mendapati, ……Seterusnya, kajian ini memberi implikasi pentang kepada individu, pelajar,
keluarga, masyarakat, ilmu dan organisasi Islam dalam mendalami ilmu agama.

Kata kunci: Manuskrip, Aplikasi, Tahkik

Abstract
Pengenalan
Ulama Nusantara memainkan peranan yang cukup besar dalam membangunkan tamadun
Melayu-Islam untuk mengembangkan ilmu dalam segenap aspek. Para ulama silam telah
menyebarkan ilmu melalui pelbagai medium, antaranya melalui penulisan karya yang bermutu.
Hasil daripada kesungguhan dan kegigihan ulama menyebarkan ilmu agama kepada masyarakat,
terhasillah karya-karya yang meliputi pelbagai bidang seperti ilmu fiqh, tafsir dan hadith
terutama sekali ilmu tawawuf [ CITATION Ali09 \l 1033 ]. Karya-karya yang dikarang oleh ulama ini
bukan sahaja digunapakai kepada sosial, politik dan keagamaan bahkan menjadi rujukan dalam
tradisi intelektual keilmuan Islam. Ini dapat dibuktikan dengan sumbangan yang telah
ditunjukkan dengan terhasilnya 22000 manuskrip dalam pelbagai bidang yang melebihi 5,000
buku judul[ CITATION Moh17 \l 1033 ]. Manuskrip ini telah disimpan dan dijaga dalam pelbagai
koleksi di dalam negara mahupun luar negara. Menurut Harun Mat Piah (2016), simpanan
manuskrip juga ada dalam simpanan institusi-institusi kecil seperti masjid, madrasah dan surau
serta individu tertentu. Kemahiran dalam mentahkik sesuatu manuskrip merupakan nilai tambah
kepada para pangsura, pengarang, penulis, penyalin, pemungut, penyimpan dan pendokumen
hasil-hasil karya ulama silam. Sehingga kini, banyak karya hasil tulisan tangan masih terjaga,
namun ada juga yang telah terjejas dan rosak akibat dimakan air, serangan anai-anai dan lain-
lain. Malah, lebih menyedihkan lagi apabila kajian karya-karya ulama silam ini ketinggalan
berbanding bidang kajian lain menyebabkan masyarakat tidak mengetahui nilai dan tidak
dihargai oleh masyarakat Islam. Ini dapat dilihat, karya-karya ini hanya dijadikan sebagai artifak
dan bahan artik atau perhiasan semata-mata [ CITATION Cho03 \l 1033 ].
Justeru, bagi menjaga karya-karya ulama silam ini, antara langkah yang diambil adalah dengan
mewujudkan Aplikasi e-Tahkik kearah mendigitalkan manuskrip ulama silam. Aplikasi e-Tahkik
ialah suatu aplikasi yang menghimpunkan sebahagian manuskrip sastera kitab karya ulama alam
Melayu silam yang telah ditahkik. Tahkik merupakan proses menerbitkan semula manuskrip
silam dalam bentuk kontemporari dengan prosedur-prosedur tertentu bagi memastikan
kelestariannya serta dapat dimanfaatkan oleh masyarakat kontemporari. Manuskrip ini
merupakan antara warisan Melayu yang sangat berharga. Hasil daripada inisiatif ini, Aplikasi e-
Tahkik boleh dianggap perintis dalam menginovasikan manuskrip silam dalam bentuk yang lebih
mudah dan efektif bagi melestarikan tamadun dan peradaban Melayu Islam. Ini kerana
pendidikan ilmu yang disampaikan oleh ulama sangat penting bagi membentuk masyarakat lebih
bertamadun serta ke arah peningkatan hidup yang lebih sempurna sama ada dari segi fizikal,
mental dan spiritual [ CITATION Sam17 \l 1033 ].
Metodologi Kajian

Penyelidikan ini menggunakan metodologi kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian
tinjauan yang boleh digeneralisasikan keputusan dengan berkesan. Kajian ini juga
menggunakan pensampelan probability atau disebut sebagai pensampelan kebarangkalian dan
dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kaedah statistik yang melibatkan jadual
taburan kekerapan. Analisis statistik inferensi turut digunakan kerana ia merupakan satu
kaedah, prosedur dan cara untuk membuat kesimpulan secara menyeluruh kepada populasi yang
dipilih sebagai sampel kajian (Rozmi 2016) yang mana hasil kajian akan digeneralisasikan (Chua
2012, Ghazali & Sufean 2018). Analisis data merupakan proses yang berterusan untuk mengawal
dan menghuraikan tentang kaedah yang ditetapkan [ CITATION Oth17 \l 2057 ].

Hasil Penyelidikan

Taburan instrumen soal selidik kajian rintis berkaitan Aplikasi e-Tahkik kepada pengguna telah
dijalankan pada 14 Februari 2020. Soal selidik ini melibatkan 100 responden yang terdiri
daripada pelbagai lapisan masyarakat. Hasil soal selidik mendapati bahawa ramai yang memberi
sokongan kepada kajian ini serta berminat untuk mendalami manuskrip ulama silam sekiranya
diwujudkan dalam bentuk yang lebih mesra pengguna.

Demografi Responden Kajian

Taburan soal selidik pada bahagian A memfokuskan kepada demografi Pengguna. Ia melibatkan
item utama iaitu bermula dengan A1 Umur, A2 Jantina, dan A3 Pekerjaan sebagaimana berikut:

Jadual 1.1 Taburan Responden Kajian Berdasarkan Umur

A1 Umur Kekerapan Peratusan%

15-20 32 32%
21-25 49 49%
31-35 5 5%
36-40 1 1%
41 ke atas 13 13%
100%
Jumlah 70
Sumber: Penyelidikan 2020

Jadual 1.1 menunjukkan taburan umur penglibatan pengguna yang tertinggi adalah antara
21 tahun hingga 25 tahun, diikuti umur 15 tahun hingga 20 tahun (32%). Bilangan terendah 41
tahun keatas (13%) diikuti 31 tahun hingga 35 tahun (5 %) dan 36 tahun hingga 40 tahun (1%).

Jadual 1.2 Taburan Responden Kajian Berdasarkan Jantina

A2 Jantina Kekerapan Peratusan%

Lelaki 26 26%
Perempuan 74 74%
Jumlah Jumlah

Sumber: Penyelidikan 2020

Jadual 1.2 menunjukkan umur penglibatan pengguna yang tinggi adalah dalam kalangan
perempuan sejumlah 74 orang (74%), manakala lelaki hanya mencatatkan bilangan 26 orang
(26%).

Jadual 1.3 Taburan Responden Kajian Berdasarkan Tahap Pendidkan/


Pekerjaan

A3 Pekerjaan Kekerapan Peratusan%

Pelajar Diploma 29 26%


Pelajar Ijazah 41 41%
Pelajar Sarjana&PhD 9 9%
Kakitangan Kerajaan 13 13%
Kakitangan Swasta 3 3%
Lain-lain 5 5%
Jumlah

Sumber: Penyelidikan 2020


Jadual 1.3 menunjukkan taburan status pekerjaan pengguna yang masih bergelar sebagai
pelajar diploma seramai (26%). Diikuti dengan 41 orang adalah pelajar Ijazah (41%) manakala
bagi pelajar sarjana & PhD 9 orang (9%). Walau bagaimanapun, kategori kakitangan kerajaan
mencatat rekod 13 orang (13%) dan kakitangan Swasta sebanyak 3 orang (3%). Kategori yang
selain disebut adalah sebanyak 5 orang (5%). Hal ini menunjukkan gambaran awal bahawa taraf
pendidikan dan taraf ekonomi pengguna masih di tahap tinggi.

Jadual 1.4 Taburan Tahap Kefahaman Pengguna Terhadap Ilmu Tahkik

Bil. Item Ya Tidak Peratusan%

B1. Adakah anda pernah 79 21


mendengar istilah tahkik?
B2 Tahkik merupakan..?
60 40
B3 Pada pandangan anda, adakah
tahkik merupakan aktiviti
yang sama seperti pengajian
kitab?
28 72
B4 Adakah anda pernah
melakukan tahkik?
B5 Jika anda pernah melakukan
tahkik, nyatakan sebabnya?
B6 Adakah anda bersetuju
100
bahawa kemahiran tahkik
sangat berkait dengan
penguasaan tulisan jawi?
B7 Antara ciri-ciri pentahkik ialah
mesti menguasai tulisan jawi.
Sejauhmanakah kemampuan
anda dalam tulisan ini?

Sumber: Penyelidikan 2020


Jadual 1.6 Taburan Tahap Keberkesanan Aplikasi e-Tahkik

Bil. Item Kekerapan Peratusan%

C1. Pada pendapat anda, adakah


perlu diwujudkan satu aplikasi
mengenai tahkik?
C2 Pada pandangan anda,
adakah aplikasi tahkik
merupakan platform yang baik
untuk membantu masyarakat
mengenali kitab turath?
C3 Pada pandangan anda,
adakah aplikasi ini mampu
membantu masyarakat untuk
lebih berminat dan mendalami
kitab turath/Jawi lama?
C4 Pada pendapat anda jika
aplikasi ini dipasarkan,
berapakah nilai harga yang
anda sanggup laburkan untuk
memilikinya?
C5 Adakah anda bersetuju
bahawa aplikasi e-Tahkik
menggunakan tulisan jawi
sebagai medium utama
penyampaiannya?

Sumber: Penyelidikan 2020

Jadual 1.6 menunjukkan taburan tahap keberkesanan Aplikasi e-Tahkik oleh pengguna.
Hasil analisis mendapati item

Kesimpulan
Berdasarkan huraian dan analisis dapatan kajian rintis di atas, dapatlah disimpulkan bahawa
Aplikasi e-Tahkik sangat berperanan dalam memudahkan masyarakat mendalami kitab-kitab
Thurath. Keperluan terhadap ilmu agama ini dapat menyumbang kepada keberkesanan dari sudut
memberi kefahaman berkaitan hukum hakam kepada masyarakat di luar sana [CITATION Adi16 \l
1033 ]. Selain itu, inisiatif aplikasi yang diketengahkan ini dapat meningkatkan kualiti pendidikan
agamawan di Malaysia. Kesemua ini menyumbang kepada nilai-nilai sosial, agama, ekonomi dan
pendidikan yang mencorak serta mengubah gaya hidup masyarakat daripada kejahilan kepada
ilmu pengetahuan asas-asas agama Islam. Justeru, masyarat yang berilmu dapat membentuk jati
diri yang bersifat kompeten, bermotivasi serta keseimbangan emosi yang diurus dengan
bijaksana berlandaskan syariat Islam. Rentetan daripada itu, usaha untuk memurnikan kitab-kitab
ulama silam berkait rapat dengan minat masyarakat dalam mendalami ilmu agama. Keadaan ini
tentunya memberi gambaran bahawa Aplikasi e-Tahkik yang dibangunkan ini dapat memenuhi
tuntutan dan keperluan dalam membentuk masyarakat berilmu untuk diamalkan dalam
kehidupan.

Rujukan
Adibah Sulaiman et.al. (2016). Konsep Ilmu menurut Perspektif Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi. Islamiyyat
38(2), 93-102.

Ali Mohammad. (2009). Peranan Ulama dalam Memartabatkan Tamadun Islam di Nusantara: Tumpuan
terhadap Abdul Rauf Singkel . Jurnal Al-Tamaddun, 81-98.

Choo Ming Ding. (2003). Kajian Manuskrip Melayu: Masalah, Kritikan dan Cadangan. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors.

Harun Mat Piah. (2016). Kebangkitan Intelektual Alam Melayu Nusantara: Kesannya kepada Pemantapan
Epistemologi Melayu Tradisional. Prosiding Seminar Asal-Usul dan Intelektual Melayu Nusantara
(pp. 7-8). Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Mohd Anuar. (2017). Manuskrip Melayu Ddalam Bidang Pendidikan Islam: Satu Kajian Awal Di
Perpustakaan Negara Malaysia. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 66-88.

Othman Lebar. (2017). Penyelidikan Kualitatif. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Samruhaizad Samian et.al. (2017). Pendidikan sebagai Komponen Kualiti Hidup Masyarakat Pinggir
Bandar. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 267-280.

Anda mungkin juga menyukai