Anda di halaman 1dari 18

1.

0 PENGENALAN

Pengiklanan sesuatu barangan sangat penting bagi melariskan


barangan yang dikeluarkan. Namun pelbagai perspektif perlu dilihat dalam
membuat sesuatu pengiklanan dengan menerapkan ciri-ciri budaya agama
dan masyarakat. Rowley (1998) mengatakan bahawa promosi digunakan
untuk berhubung dengan pelanggan supaya mengetahui produk yang
ditawarkan. Iklan merupakan salah satu medium utama dalam
mengembakan pasaran. Iklan ini biasanya akan dipaparkan di dalam surat
Khabar, majalah, dan dalam bentuk video yang dipaparkan di kaca
television. Iklan kebiasaanya akan menggunakan perkataan-perkataan
yang akan menarik minat pembaca degan kaedah seperti memujuk,
kemesraan, umpan dan gesaan.

Banyak kepentingan Iklan dalam sesebuah Perniagaan yang ingin


maju, antaranya ialah untuk memperkenalkan dan mempromosikan
barangan sebagai contoh, Iklan akan ditampalkan di kulit majalah atau
pun dia ruang internet untuk memudahkan para pengguna mengetahui
tentang sesuatu produk barangan yang dihasilakan. Melalui medium ini
Iklan mudah di promosikan kepada penguna.

Namun, adakah Iklan-iklan yang ditayangkan mengikut peraturan


kod amalan periklanan yang ditetapkan. Pengiklanan yang kerterlaluan
mungkin akan mengakibatkan percangahan pelbagai pihak dari segi
budaya agama dan masyarakat. Walaubagaimanapun, antara strategi
campuran promosi yang paling kerap digunakan adalah strategi
Pengiklanan. Iklan merupakan salah satu kaedah untuk memperkenalkan
barangan, perkhidmatan, inspirasi dan maklumat kepada individu yang
ingin disampaikan.

1 | Page
Pengiklanan ditakrifkan sebagai apa-apa bentuk bayaran
perhubungan atau komunikasi yang bukan bersifat peribadi terhadap
sesebuah organisasi, produk, perkhidmatan, atau pendapat oleh penaja
yang dikenalpasti. Pengiklanan juga boleh ditakrifkan sebagai bayaran
komunikasi atau perhubungan.

Kesimpulannya, topik kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji


samada iklan Sabun Dettol ini dapat memberikan kesan kepada aktiviti
pengiklanan dari segi perubahan sikap dan kepercayaan pengguna Shah
Alam. Selain itu, kajian ini juga diharap dapat menentukan samada
perbezaan usia dapat mempengaruhi tindak balas pengguna terhadap
sesuatu produk atau perkhidmatan yang menggunakan iklan ini. Justeru
itu, hasil daripada kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada
pelaku-pelaku pengiklanan dalam membuat sesuatu keputusan serta
mempertingkatkan produktiviti mereka dan memastikan kejayaan produk
yang mereka hasilkan.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2 | Page
Objektif kajian ini adalah untuk mendapat hasil kajian. Masalah yang
kita menjangkakan akan dihadapi. Kita dapat membentuk objektif kajian
supaya kajian mampu dicapai dan diukur.

i. Mengenal pasti bentuk iklan yang bersesuaian dengan


budaya, agama dan masyarakat.
ii. Mengkaji kesan iklan yang dipaparkan kepada
masyarakat umum.

3.0 LOKASI KAJIAN

Peta 1 : Selangor (Shah Alam)

Selangor merupakan Negeri yang ramai penduduk. Lokasi ini merupakan


lokasi yang strategik untuk membuat kajian responden bagi Iklan yang
dikaji.

4.0 CARA MENDAPATKAN RESPONDEN

3 | Page
Kajian ini adalah untuk mengkaji analisis SWOT dalam kalangan
Masyarakat tentang iklan Sabun Dettol. Objektifnya ialah untuk mengenal
pasti Iklan Dettol ini memberi kesan kepada masyarakat umum dan
mengkaji kesan bentuk Iklan yang bersesuaian dengan budaya, agama
dan masyarakat di Shah Alam, Selangor. Pengkaji telah memilih 70 orang
responden dari UiTM Shah Alam untuk menjawab soal selidik. Maklumat
demografi seperti umur ,bangsa dan jantina, tahap pendidikan dan
perkerjaan akan disediakan dalam borang soal selidik. Terdapat 35 orang
lelaki dan 35 orang perempuan telah dipilih untuk mengisi soal selidik ini.
30 orang selebihnya adalah dari luar kawasan UiTM. Hal ini demikian,
pemilihan jantina yang seimbang amat diperlukan untuk mengenal pasti
hasil kajian yang diperolehi ini adalah tidak bias terhadap satu jantina
sahaja.

4.1 KAEDAH SOAL SELIDIK

4 | Page
Kaedah soal selidik terdapat 2 bahagian iaitu bahagian A dan
bahagian B. Bahagian A merupakan maklumat responden manakala
bahagian B terdapat 15 soalan mengenai analisis kesan Iklan Dettol
kepada masyarakat untuk menjalankan kajian ini. Pengkaji akan
mengedarkan kepada 35 orang lelaki dan 35 orang perempuan daripada
UiTM Shah Alam dan selebihnya daripada kawasan yang berdakatan Shah
Alam. Aspek umur juga diterapkan di dalam borang soal selidik bagi
membolehkan pengkaji menerima pandangan daripada pelbagai umur
untuk memperoleh kajian dengan lebih tepat.

Manakala bahagian B menunjukkan skala pemarkahan likert 3 mata


yang mengandungi 3 aras , iaitu 1= Setuju, 2=Netural, 3=Tidak Setuju.
Kaedah soal selidik yang digunakan dalam kajian ini berbentuk soal selidik
tertutup. Dengan ini, pengkaji dapat mengumpul dan menganalisiskan
data dengan lebih cepat dan efektif. Selain itu, data juga dapat
dipersembahkan dengan lebih jelas dan mudah difahami. Pengkaji akan
menunggu responden menjawab soal selidik sehingga selesai. Hal ini
demikian, semasa pengkaji berada di sisi responden bukan sahaja dapat
mengumpul semua borang soal selidik malah boleh memberi bantuan jika
responden tidak faham akan soalan dalam borang soal selidik. Semua
responden telah memberi kerjasama yang baik .

4.2 Teknik Memproses Dan Mempersembahkan Data

Selepas borang soal selidik siap dikumpul, menganalisis kajian akan


dilakukan. Dalam borang soal selidik Bahagian A, data yang diperoleh
dibahagikan kepada jantina, kelas umur, bangsa, tahap pendidikan,

5 | Page
pekerjaan dan status perkahwinan. Dalam Bahagian B, kaedah statistik
deskriptif digunakan bagi menganalisis data yang berbentuk skala likert.
Analisis deskriptif bertujuan untuk memberikan gambaran tentang sesuatu
data. Untuk memudahkan proses menganalisis data, Skala Likert 3
peringkat digunakan untuk mendapatkan perspesi responden tentang
persoalan yang dikaji, skor 1 untuk Setuju, 2 Netural dan 3 untuk tidak
setuju. Skala likert ini akan dikategorikan seperti yang ditunjukkan dalam
jadual 1.

Skor 1 2 3
Skala Setuju Netural Tidak Setuju

Jadual 1: Skala likert

5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan


tindak balas responden terhadap analisi Iklan Sabun Dettol. Soal selidik
yang dijalankan berkaitan perspesi masyarakat terhadap Iklan Sabun

6 | Page
Dettol di Shah Alam, Selangor. Data yang telah dimasukkan diproses bagi
mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, min purata dan kekerapan.

5.1 Demografi Responden

Seramai 100 orang responden yang terdiri daripada Pelajar dan


penduduk Shah Alam telah disoal selidik. Huraian analisis latar belakang
responden melibatkan aspek jantina, kelas umur, bangsa, tahap
pendidikan, pekerjaan dan status perkahwinan telah disembahkan dalam
bentuk jadual dan rajah.

5.1.1 Jantina

Jantina Kekerapan (orang) Peratus ( %)


Lelaki 50 50
Perempuan 50 50

Jadual 2: Demografi Responden Berdasarkan Jantina

7 | Page
Rajah 1: Demografi Responden Berdasarkan Jantina

Dapatan kajian menunjukkan daripada 100 orang responden


daripada penduduk Shah Alam yang dipilih seramai 50 orang lelaki (50%)
dan 50 orang perempuan (50%) dan jumlah Keseluruhan sebanyak 100
orang yang menjadi responden. Jadual 2 dan rajah 1 telah menunjukkan
maklumat yang lebih jelas bahawa tiada perbezaan jurang dalam
pemilihan jantina oleh pengkaji. Hal ini demikian, pemilihan jantina yang
seimbang amat diperlukan untuk mengenal pasti hasil kajian yang
diperolehi ini adalah tidak bias terhadap satu jantina sahaja.

5.1.2 Umur
Umur Kekerapan orang Peratus (%)
15-24 tahun 62 62%
25-34 tahun 15 15%
35-44 tahun 20 20%
45 tahun ke atas 3 3%
Jadual 3: Demografi Responden Berdasarkan Umur

8 | Page
Rajah 2: Demografi Responden Berdasarkan Umur

Daripada Jadual 4 dan Rajah 2 di atas, terdapat 5 golongan umur


dalam kalangan 30 orang responden. Golongan umur yang berbeza ini
dipilih sebagai responden adalah untuk mendapat pandangan yang
berbeza dalam kajian ini. Responden 15-24 tahun merupakan majoriti
dalam kajian ini dengan seramai 62 orang (62%) manakala golongan 25-
34 tahun dan 35-44 tahun ke atas pula terdapat bilangan reponden yang
lebih kurang sama iaitu 15 (15%) dan 20 (20%) orang. Reponden 44 tahun
pula mempunyai 5 (5%) orang sahaja dalam kajian ini. Pandangan
golongan muda sangat penting kepada pengkaji untuk mengetahui
pendapat mereka tentang bentuk Iklan ini.

5.1.3 Pekerjaan
Pekerjaan Kekerapan orang Peratus (%)
Kerajaan 5 5
Swasta 20 20
Sendiri 11 11
Pelajar 64 64
Tidak bekerja 0 0

Jadual 4: Demografi Responden Berdasarkan Pekerjaan

9 | Page
Rajah 3: Demografi Responden Berdasarkan Pekerjaan
Sektor pekerjaan responden yang dipilih dari Shah Alam telah
dianalisiskan dalam Jadual 4 dan Rajah 3. Rajah 3 telah menunjukkan
kebanyakkan responden daripada 100 responden ini bekerja sendiri di
Shah Alam iaitu 10 orang (10%). Manakala terdapat bilangan responden
yang sama iaitu seramai 20 orang (20%) dalam golongan yang bekerja di
sektor swasta dan tidak bekerja tiada. Selain itu, terdapat 5 (5%) orang
responden mencari nafkah dalam sektor kerajaan dan bakinya pula ialah
pelajar dengan peratusan sebanyak 64% (64 orang). Sektor pekerjaan
yang berbeza telah mencerminkan berbagai-bagai status golongan
responden dan aspek ini penting untuk mendapat pandangan yang
berbeza dalam kajian ini.

5.2 Mengenal pasti Iklan yang disampaikan (Penyata Masalah)

Pelbagai pihak terutamanya daripada responden tidak menyukai


Iklan sabun Dettol yang diiklan kerana menunjukkan keganasan di dalam
pengiklanan, Iklan tersebut amat jelas tidak bersesuaian degan budaya
agama dan masyarakat setempat kerana inya mempunyai unsur-unsur
yang tidak berperkemanusiaan. Oleh itu, kajian ini dilakukan kerana topik
yang berkaitan dengan iklan sabun Dettol daripada perspektif sikap dan

10 | P a g e
kepercayaan terhadap produk yang mengeluarkan iklan ini serta mengkaji
samada terdapat tindak balas yang berbeza berdasarkan kaum.
Berdasarkan gambar Iklan yang ditunjukkan ini adalah seorang lelaki
ditikam mati oleh si pembunuh dan menjadikan sabun Dettol sebagai
sabun untuk mencuci tangan si pembunuh untuk menghilangkan kesan
darah, sekali gus Iklan ini mengajar bagaimana cara ingin membunuh dah
menghapuskan bahan bukti dengan hanya menggunakan sabun Dettol.

Gambar 1: Iklan Sabun Dettol

6.0 RUMUSAN

Hasil daripada kajian ini menunjukkan penduduk di sekitar Shah Alam tidak
bersetuju degan iklan yang disiarkan, peratusan menunjukkan 75 orang iaitu 75
peratus tidak bersetuju. Ini disebabkan oleh Iklan ini tidak menggunakan
warna yang tidak menarik menarik, Iklan ini tidak mempunyai maklumat
yang jelas, Iklan ini tidak sesuai untuk semua golongan masyarakat, Iklan
ini memfokuskan pembunuhan bebanding dengan gambar sabun Dettol,
Iklan ini tidak menepati kod syarat-syarat yang perlu dipatuhi dan Iklan ini
kurang memberi info mengenai produk yang dipasarkan.

11 | P a g e
Beberapa pandangan responden telah diambil kira bagi penambah
baikan Iklan tersebut. Antaranya Iklan ini perlu menggunakan warna dan
grafik yang baik bagi memberi tarikan kepada pembeli. Selain itu, Iklan
tersebut perlu memaparkan kandungan dan cara penggunan sabun
kepada pengguna degan lebih jelas. Iklan juga haruslah menepati syarat
yang ditetapkan mengikut rang undang-undang Kod Amalan Pengiklanan
Malaysia yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Pengiklanan Malaysia.
Info grafik seperti gambar perlu ditapis sebelum diiklankan agar ianya
tidak memberi kesan negatif kepada pengguna terutama kepada
pengguna yang di bawah umur.

Pada pandangan saya beberapa penambahbaikan perlu dilakukan


bagi memastikan sesebuah produk yang diiklankan memberi impak positif
dalam persainggan antara satu sama lain. Antaranya syarikat perlulah
mengkaji demografi penduduk di sesebuah kawasan bagi mengeluarkan
produk untuk diiklan ini kerana pelbagai aspek yang perlu dikaji sebagai
contoh budaya, agama, dan masyarakat perlu di ambil berat dalam
membuat sesuatu pengiklanan agar tidak mengguris mana-mana pihak.

Seterusnya, mesej yang ingin disampaikan dalam pelbagai bentuk


perlulah ringkas dan mempunyai mesej yang baik terhadap masyarakat.
Pemilihan kata-kata dan gambar-gambar dalam pengiklanan haruslah
melihat kepada keperluan pasaran dan persaingan produk agar tidak
menjejaskan mana-mana pihak sehinggakan mencetuskan pergaduhan
antara satu sama lain.

Akhir sekali, Iklan tersebut perlulah lebih menitik beratkan dan


melihat semula mesej yang disampaikan supaya ianya mempunyai kaitan
dengan produk yang dijual tanpa mengaitkan unsur-unsur negatif yang
memberi impak yang melampau. Syarikat tersebut perlu mengkaji degan
lebih teliti bagi menguatkan lagi strategi pengiklanan dalam memasarkan
produk.

12 | P a g e
7.0 LAMPIRAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

FAKULTI FILEM TEATER DAN ANIMASI


(CTF513 SCRIPTWRITING WORKSHOP)

Borang Soal Selidik Mengenai Gambar Iklan yang ditunjukkan oleh syarikat
Dettol

LATAR BELAKANG

13 | P a g e
Soal selidik yang dijalankan oleh saya adalah untuk mendapatkan
maklumat mengenai Iklan Dettol dalam kalangan pengguna berdasarkan
analisis SWOT, Memandangkan ramai diantara masyarakat di Malaysia
menggunakan sabun Dettol untuk kegunaan seharian.
Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini adalah sulit dan hasil kajian
ini hanya digunakan untuk laporan kajian saya sahaja.
Diharap kerjasama yang diberikan oleh pihak ANDA dapat membantu
kami mendapatkan maklumat yang tepat mengenai tahap pengiklanan
sabun Dettol.

A. MAKLUMAT DEMOGRAFI
Bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan
demografi responden.
Arahan : Sila Tandakan ( \ ) di dalam kotak yang berkenaan

1. Jantina
( ) Lelaki ( ) Perempuan

2. Umur
( ) 18-30
( ) 30-40
( ) 41 tahun ke atas

3. BANGSA
Melayu ( ) Cina ( ) India ( )

4. TAHAP PENDIDIKAN
PMR ( ) IJAZAH ( )
SPM ( ) Lain-lain :
STPM ( )

14 | P a g e
5. PEKERJAAN
Kerajaan ( ) Sendiri ( ) Tidak bekerja ( )
Swasta ( ) Pelajar ( )

6. STATUS PERKAHWINAN
Berkahwin ( ) Belum berkahwin ( )

B. SOALAN BERDASARKAN SWOT ANALISIS


Bahagian ini bertujuan untuk melihat analisis kajian Iklan Dettol
kepada masyarakat.
Arahan : Sila Tandakan ( / ) di dalam kotak yang berkenaan

1. Adakah Iklan ini menggunakan warna yang menarik?


( ) Setuju ( ) Neutral ( ) Tidak
Setuju

2. Adakah Iklan ini mempunyai maklumat yang jelas?.


( ) Setuju ( ) Neutral ( ) Tidak
Setuju

3. Adakah Iklan ini mempunyai tarikan kepada orang ramai?.


( ) Setuju ( ) Neutral ( ) Tidak
Setuju

4. Adakah gambar yang dipaparkan jelas?.


( ) Setuju ( ) Neutral ( ) Tidak
Setuju

5. Iklan ini kurang memberi info mengenai produk yang


dipasarkan?.

15 | P a g e
( ) Setuju ( ) Neutral ( ) Tidak
Setuju

6. Adakah Iklan ini sesuai untuk semua golongan masyarakat?.


( ) Setuju ( ) Neutral ( ) Tidak
Setuju

7. Pada pendapat saya Iklan ini tidak menepati syarat-syarat yang


perlu dipatuhi.
( ) Setuju ( ) Neutral ( ) Tidak
Setuju

8. Iklan ini lebih memfokuskan pembunuhan bebanding dengan


gambar sabun Dettol.
( ) Setuju ( ) Neutral ( ) Tidak
Setuju

9. Pada pendapat saya Iklan ini menggalakan masyarakat untuk


melakukan keganasan.
( ) Setuju ( ) Neutral ( ) Tidak
Setuju

10. Adakah Iklan ini boleh menarik lebih ramai pelanggan.


( ) Setuju ( ) Neutral ( ) Tidak
Setuju

11. Jenama Iklan sabun ini lebih dikenali oleh orang ramai.
( ) Setuju ( ) Neutral ( ) Tidak
Setuju

12. Iklan ini akan lebih berkesan jika menggunakan teknik


penyampaian yang lebih menarik.
( ) Setuju ( ) Neutral ( ) Tidak
Setuju

13. Orang ramai akan memilih produk sabun ini jika pelanggan
merasa tidak keliru.

16 | P a g e
( ) Setuju ( ) Neutral ( ) Tidak
Setuju

14. Iklan ini lebih baik jika menyatakan sekali promosi yang
ditawarkan.
( ) Setuju ( ) Neutral ( ) Tidak
Setuju

15. Iklan ini tidak menyatakan spesifikasi produk di dalam Iklan


yang dipaparkan.
( ) Setuju ( ) Neutral ( ) Tidak
Setuju

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab


soalan kaji selidik ini. Salam penghargaan yang tidak terhingga
daripada saya. Sekian.

RUJUKKAN

ASA Malaysia. (2017). Asa.org.my. Retrieved 24 May 2017, from


http://www.asa.org.my/code-bm.php

#BADMarketing from Dettol -. (2017). Pinterest. Retrieved 24 May 2017,


from https://www.pinterest.com/pin/497295983828637487/

Kami, P., Anda, U., & Active, S. (2017). Sabun Anti-bakteri Dettol Active |
Dettol. Dettol.co.id. Retrieved 24 May 2017, from
http://www.dettol.co.id/products/untuk-keluarga-anda/dettol-antibacterial-
active-bar-soap/

KOC3203 - ASAS PENGIKLANAN ( Peranan Iklan di Malaysia). (2017).


Matskai.blogspot.my. Retrieved 24 May 2017, from
http://matskai.blogspot.my/2007/07/koc3203-asas-pengiklanan-peranan-
iklan.html

Cite a Website - Cite This For Me. (2017). Wired.com. Retrieved 24 May
2017, from https://www.wired.com/2017/01/google-goes-bad-ads-bad-
sites-profit/

17 | P a g e
18 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai