Anda di halaman 1dari 3

2.

Huraikan EMPAT (4) strategi komunikasi yang paling sesuai beserta justifikasi
hujah anda yang dapat mengurangkan perbezaan budaya.

Definasi perundingan adalah berbeza mengikut budaya. Orang Amerika melihat


perundingan sebagai satu proses yang kompetitif yang melibatkan penawaran manakala orang
Jepun melihat perundingan sebagai satu peluang untuk berkongsi maklumat (Foster, 1992).
Dalam dunia yang semakin global dan berhubungan, perbezaan budaya menjadi sesuatu yang
semakin ketara dan signifikan. Dalam konteks ini, strategi komunikasi yang mempromosikan
kesefahaman, menghormati, dan menerima kepelbagaian budaya sangat penting untuk
mengurangkan geseran budaya dan memperkukuhkan hubungan antara individu dan komuniti
yang berbeza latar belakang budaya. Adalah penting supaya kita mengkaji perkara yang terdapat
dalam budaya komunikasi supaya pihak-pihak yang berunding tidak tersalah tafsir maksud
sebenar. Berikut merupakan strategi komunikasi yang boleh membantu mengurangkan perbezaan
budaya:

Menyesuaikan Diri Dengan Pendekatan Sebelah Pihak Lagi

Lewicki et al. (2003) menyatakan bahawa, dalam pendekatan rundingan kita tidak perlu
membuat perubahan yang besar. Penggunaan strategi menyesuaikan diri dengan pendekatan
sebelah pihak lagi tidak memerlukan kita untuk menjadi seperti mereka tetapi sekadar membuat
penyesuaian dengan sedikit perubahan bagi membentuk hubungan yang lebih baik dengan
perunding lain. Sebelum perubahan dibuat, kita perlu mengetahui apa yang perlu diubah,
dibuang atau pun ditiru dari satu pihak lagi. Antara penyesuaian yang perlu dilakukan adalah
belajar untuk meniru dialek bahasa yang digunakan oleh masyarakat Amerika Syarikat supaya
mereka boleh memahami percakapan anda. Ini adalah penting kerana menurut Amir Awang
(2009), bahasa memainkan peranan yang penting dalam aspek bidang diplomasi dalam
mengukuhkan hubungan antarabangsa antara budaya. Selain itu penyesuaian boleh dilakukan
dengan memerhatikan dan meniru bahasa badan mereka apabila mereka sedang bercakap supaya
masyarakat tidak tersalah tafsir isyarat-isyarat tubuh dan niat sebenar anda apabila anda
menggunakan bahasa badan. Ini adalah kerana dari segi komunikasi bukan lisan, bahasa badan
yang mungkin dilihat sebagai menghina dalam sesuatu budaya mungkin boleh menjadi sesuatu
yang menarik dan boleh diterima dalam budaya yang lain. Bagi mengelakkan dari berlakunya
salah faham antara pihak yang berunding, adalah penting bagi mereka untuk memerhati dan
meneliti peraturan-peraturan dalam budaya komunikasi secara teliti supaya pihak-pihak yang
berunding tidak merasa terhina, marah atau malu.
Pendekatan Bertanya Dan Mendengar

Pendekatan bertanya dan mendengar merupakan strategi yang sangat berkesan dalam
mengurangkan perbezaan budaya. Dalam konteks budaya yang berbeza, mengajukan soalan
dengan hormat membantu membina hubungan yang lebih baik dengan individu dari latar
belakang budaya yang berbeza. Bertanya tentang norma-norma, adat resam, dan kepercayaan
budaya seseorang menunjukkan rasa ingin tahu dan keinginan untuk belajar tentang orang lain.
Selain itu, mendengar dengan teliti dan tanpa prasangka memungkinkan kita untuk memahami
cara pandang orang lain dan menerima perbezaan sebagai satu sumber kekayaan dalam
kehidupan.

Perunding yang baik adalah seorang komunikator yang baik. Mereka perlu peka tentang
apa yang perlu dan tidak perlu diperkatakan semasa perundingan. Perunding yang baik juga
merupakan pendengar yang baik kerana sebagai perunding anda perlu mendengar segala isyarat,
maksud tersembunyi dan memfokuskan kepada apa yang diperkatakan dan tidak terganggu
dengan perkara-perkara lain yang tiada kena mengena dengan perundingan.

Bagi meningkatkan kemahiran komunikasi, Fisher dan Ury mencadangkan agar pihak-
pihak yang berunding menggunakan kaedah pendengar aktif (active listening). Bertanya soalan,
mengungkap semula (paraphrasing) tanpa perlu menyetujui dan menunjukkan penghargaan
terhadap apa yang diperkatakan atau tidak diperkatakan adalah cara yang baik untuk
menunjukkan bahawa anda mendengar secara aktif (Wondwosen, 2006).

Anda mungkin juga menyukai