Anda di halaman 1dari 5

GMGM3023-Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

PLK-UUM

SOALAN 3
Bincangkan cabaran kepimpinan organisasi formal di Malaysia serta berikan cadangan
menghadapi cabaran tersebut.

Kejayaan organisasi ditentukan oleh pengurusan yang cekap lagi berkesan. Kejayaan
yang akan dicapai adalah hasil dari kepemimpinan yang berkaliber serta bersedia untuk
menyesuaikan diri dengan persekitaran di mana organisasi berada. Kekuatan inovatif dan
kecintaan terhadap kejayaan adalah antara beberapa perkara yang penting yang perlu
diutamakan oleh seorang pemimpin untuk mencapai matlamat organisasi yang telah
ditetapkan.
Pemimpin organisasi yang cemerlang ialah pemimpin yang tahu mengkomunikasikan
kepada subordinat dan pengurusan atasan hala tuju organisasi dan di mana organisasi akan
diposisikan dalam jangka masa pendek atau panjang. Kemahiran komunikasi yang dimiliki
oleh seorang pemimpin akan membolehkan mereka mencungkil potensi yang ada pada
suborbinat, mengiktiraf kelebihan yang dimiliki dan pada masa yang sama mengambil faedah
daripada kepelbagaian yang ada pada subordinat.
Kemahiran berkomunikasi bukan bermaksud penguasaan sesuatu bahasa, ianya lebih
kepada pengurusan jalinan hubungan, serta bagaimana pengurus menguruskan maklumat.
Kedua-dua kemahiran ini adalah asas penting kemahiran komunikasi pemimpin dalam
menjalinkan hubungan serta aliran maklumat pada persekitaran dalaman serta luaran
organisasi yang diuruskan mereka.
Persekitaran yang kompleks dan kepelbagaian tenaga kerja ialah satu isu yang akan
mencabar kebolehan komunikasi berkesan seorang pemimpin dalam mengurus organisasi

No.Matrik : 223092
222943

Page | 1

GMGM3023-Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

PLK-UUM

menjelang abad ke-21. Terdapat dua sebab utama kenapa isu ini akan mencabar kemahiran
komunikasi pemimpin iaitu:
a)

Organisasi perlu menguruskan kepelbagaian tenaga kerja yang semakin meningkat.


Keadaan ini sudah tentu menyebabkan organisasi dianggotai oleh pekerja daripada
pelbagai bangsa, budaya, latar belakang dan jangkaan. Keadaan ini sudah tentu
memerlukan seorang pemimpin yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi
bagi membolehkan mereka mengurus kepelbagaian ini dengan lebih berkesan.

b)

Tenaga kerja yang pelbagai mempunyai kelebihan kompetitif yang berpotensi untuk
diperkembangkan. Kemahiran komunikasi yang dimiliki oleh seorang pemimpin akan
membolehkan mereka bertindak secara proaktif dalam proses penyelesaian
permasalahan organisasi serta keupayaan membuat keputusan dengan cara memahami
kehendak dan keperluan mereka yang ada hubungan dengan organisasi kerja.

Tenaga kerja yang pelbagai dengan latar belakang budaya yang berbeza sudah tentu
akan mempengaruhi sikap dan gelagat pemimpin dalam mengurus organisasi. Pengurusan
budaya dan isu-isu yang berkaitan dengannya akan mempengaruhi corak pengurusan,
pembangunan peribadi, gaya kepimpinan dan pendekatan dalam komunikasi. Oleh itu, dalam
sebuah organisasi yang multinasional, seorang pemimpin yang mengurus subordinat perlu
mengambilkira

isu-isu

berkaitan

dengan

kepelbagaian

yang

akan

mempengaruhi

keberkesanan operasi organisasi.


Lebih-lebih lagi pengurusan pada abad ke-21 sudah semestinya akan lebih mencabar
kewibawaan pengurus kesan daripada penggunaan teknologi yang bertambah canggih,
persaingan yang lebih sengit, lebih terdedah kepada maklumat-maklumat terkini serta jalinan
No.Matrik : 223092
222943

Page | 2

GMGM3023-Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

PLK-UUM

hubungan subordinat yang bertambah kompleks dan di luar jangkaan. Subordinat akan
bersikap lebih mendesak dan sekiranya permintaan mereka gagal dipenuhi, mereka lebih
bersedia untuk mengambil tindakan yang lebih drastik seperti mengambil tindakan undangundang, mengadu kepada kesatuan atau mungkin akan meletakkan jawatan dan menyertai
organisasi pesaing. Ini adalah kerana pergerakkan subordinat adalah lebih fleksibel dengan
mobiliti yang lebih tinggi dan kebolehcapaian maklumat dengan lebih cepat dan terkini.

No.Matrik : 223092
222943

Page | 3

GMGM3023-Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

PLK-UUM

CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI OLEH PEMIMPIN


Sungguhpun terdapat banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pemimpin yang
memerlukan mereka memiliki komunikasi yang berkesan yang telah dikenalpasti, di sini
hanya beberapa cabaran yang penting dan ketara yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin
bagi memastikan mereka berkomunikasi dengan berkesan. Di antaranya ialah:
i.

Kepelbagaian Tenaga Kerja


Organisasi hari ini telah menjadi lebih pelbagai (heterogeneous) dari segi jantina,

bangsa, etnik dan diversiti budaya kerja. Di samping itu terdapat tenaga kerja yang telah
berumur dan cacat dari segi fizikal juga menyertai barisan tenaga kerja dalam sesebuah
organisasi. Akibatnya pemimpin perlu memiliki komunikasi yang berkesan bagi memenuhi
keperluan kepelbagaian gaya, sikap, latar belakang, keperluan, budaya, dan harapan yang
berlainan yang dimiliki oleh subordinat. Dengan mengenalpasti dan menghormati perbezaanperbezaan berkenaan boleh menjamin pengekalan subordinat dengan organisasi dan terus
meningkatkan pencapaian mereka.
ii.

Kepelbagaian Pilihan
Persaingan secara global mendesak organisasi untuk menyingkirkan polisi

tradisionalnya dalam menjamin pekerjaan, kekananan, dan pampasan. Jika subordinat berasa
tidak dilindungi dan dihormati dengan sendirinya kesetiaan mereka terhadap organisasi akan
menurun. Ini adalah kerana subordinat hari ini mempunyai kepelbagaian pilihan jenis
pekerjaan dan mobiliti tempat kerja yang lebih tinggi. Oleh itu setiap maklumat yang ingin
disampaikan oleh pemimpin perlu memastikan kesetiaan subordinat terhadap organisasi tidak
terjejas.

No.Matrik : 223092
222943

Page | 4

GMGM3023-Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam


iii.

PLK-UUM

Memastikan Penambaikan Yang Berterusan


Pemimpin organisasi juga perlu memberi tumpuan yang lebih kepada isu kuantiti dan

kualiti produk yang dikeluarkan. Kedua-dua aspek ini perlu ditangani sebaik mungkin
memandangkan semua pihak mahukan produk atau perkhidmatan yang setimpal dengan
jumlah wang yang dibelanjakan. Memandangkan pesaing mereka juga memiliki kekuatan
untuk menjual produk pada harga yang hampir sama atau lebih rendah maka sudah tentu
memerlukan organisasi menyusun strategi agar syer pasaran mereka tidak terlepas kepada
pesaing.

No.Matrik : 223092
222943

Page | 5

Anda mungkin juga menyukai