Anda di halaman 1dari 4

GST TINGKATKAN HASIL NEGARA, PERLUAS KEBAJIKAN RAKYAT

Keputusan kerajaan untuk melaksana sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) mulai
April 2015 masih hangat diperdebatkan. Masalah utama ialah sikap sesetengah pihak yang
tidak henti-henti mempolitikkan GST. Walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim mengakui GST adalah sistem percukaian yang baik dan adil, namun pembangkang
masih mahu mengilas dengan tohmahan tidak berasas dengan mengatakan GST akan
membebankan rakyat dan meningkatkan inflasi. Hakikatnya, pembangkang cuba membentuk
persepsi negatif rakyat terhadap GST demi kepentingan politik mereka. Justeru, rakyat mesti
bersikap rasional dengan bersedia mendengar penjelasan kerajaan berkenaan GST.
Secara globalnya GST bukanlah sistem cukai yang baharu. Pelaksanaannya sudah pun
bermula di Perancis pada awal tahun 1950an. Kini lebih daripada 160 buah negara sudah
melaksanakannya. Indonesia merupakan negara dalam rantau ASEAN yang mula-mula
melaksanakan GST. Hanya tinggal Malaysia, Brunei Darussalam dan Nyanmar sahaja yang
belum melaksanakannya. Singapura yang sudah melaksanakan GST sudah pun merasai
impak positifnya. Malah, Indonesia dan Vietnam yang melaksanakan GST menunjukkan
pertumbuhan ekonomi yang sejak kebelakangan ini mengatasi kita.
Pada asasnya, Pelaksanaan GST merupakan langkah dalam dasar fiskal kerajaan bagi
memperluas dan mempertingkatkan lagi sumber pendapatan negara. Buat sekian lama hasil
negara hanya bergantung pada cukai pendapatan individu dan korporat serta dividen
petroleum oleh PETRONAS. Hanya kira-kira dua juta orang sahaja yang membayar cukai
pendapatan, manakala hasil petroleum pula semakin berkurangan.
Justeru, GST sebagai satu bentuk cukai kepenggunaan akan berupaya meningkatkan hasil
atau pendapatan kerajaan. Peningkatan hasil kerajaan nanti bukan sahaja dapat digunakan
untuk tujuan pembangunan tetapi kerajaan akan dapat membantu lebih ramai golongan
berpendapatan rendah.

GST akan membolehkan kerajaan mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan
individu. Ini penting untuk menggalakkan pelaburan. Pelaburan yang banyak dan pelbagai
akan membantu mewujudkan peluang pekerjaan, mengekalkan bakat serta menjadikan negara
lebih berdaya saing. Ini bermakna, GST akan membantu negara mencapai negara maju
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Dalam konteks serantau, pelaksanaan GST akan memudahkan penyeragaman sistem
percukaian dalam kalangan negara anggota ASEAN yang akan membentuk kesatuan ekonomi
yang dinamakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) menjelang tahun 2015. AEC bakal
menyediakan pasaran terbuka yang membolehkan dagangan, pelaburan, modal dan tenaga
kerja bergerak dengan bebas dalam kalangan negara anggota ASEAN.
GST adalah lebih cekap, telus dan adil kerana ia dapat memastikan setiap individu akan
membayar cukai kepenggunaan pada barangan dan perkhidmatan yang dikenakan GST.
Semua orang akan menyumbang melalui GST mengikut kemampuan berbelanja mereka. Di
bawah cukai sedia ada, iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST), pengguna
dibebankan dengan cukai bertindih (double taxation) menyebabkan pengguna terpaksa
membayar harga yang lebih mahal.
Di bawah SST cukai jualan dikenakan pada kadar 5 hingga 10 peratus, manakala cukai
perkhidmatan pada kadar enam peratus. Di bawah sistem sedia ada ini cukai jualan yang
dibayar di peringkat pengilangan telah menjadi kos kepada pemborong dan peruncit. Ia telah
diambil kira di dalam pengiraan margin keuntungan. Apabila barang itu sampai kepada
pengguna maka segala kos itu dipindahkan kepada pengguna menyebabkan pengguna
membayar lebih .
Apabila GST dilaksanakan nanti segala kelemahan dalam SST seperti kesan bertindih dan
berganda (cascading effect and double taxation), kesan cukai bertingkat (compounding),
elemen terselindung dalam kos barangan dieksport dan aktiviti pemindahan harga (transfer
pricing) akan dihapuskan. Ini bermakna GST mampu menjadikan harga barang lebih

berpatutan dan stabil kerana ia menghapuskan pengenaan cukai berganda dan cukai
bertingkat yang terdapat dalam SST.
Di bawah GST, pengguna akan mengetahui jumlah cukai yang mereka bayar berdasarkan
yang tercatat di resit pembelian. Cukai dikenakan mengikut banyak mana mereka berbelanja
pada barangan dan perkhidmatan yang dikenakan GST. Pengguna mempunyai pilihan
berbelanja secara berhemat. Sekiranya pengguna tidak mahu membayar terlalu banyak cukai
ini maka pengguna boleh mengehadkan perbelanjaan terhadap barangan atau perkhidmatan
yang dikenakan GST.
Sayogia difahami bahawa tidak semua barang dan perkhidmatan dikenakan GST. Antaranya
ialah barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak di samping barangan dapur
lain seperti kacang dal, cili, herba, ikan kering, cencalok, budu dan, belacan. Sayuran, ikan,
telur,

daging,

ayam

juga

antara

barangan

tidak

dikenakan

GST.

Air paip, elektrik (sebahagian), perkhidmatan kerajaan, pengangkutan awam (bas, LRT, feri),
pendidikan, kesihatan, perkhidmatan kewangan dan penjualan, pembelian atau penyewaan
hartanah juga tidak dikenakan GST. Selain itu, barang dan perkhidmatan yang dieksport juga
tidak dikenakan GST supaya eksport negara menjadi lebih kompetetif di peringkat
antarabangsa.
Apakah GST akan memberi impak negatif kepada pengguna? Impak positif lebih nyata
berbanding impak negatif. GST mungkin memberi impak minima seperti berlaku sedikit
kenaikan harga pada beberapa barang dan perkhidmatan. Kenaikan itu berlaku secara one
off pada tahun pertama ia dilaksanakan. Namun, sedikit kenaikan itu masih pada harga
berpatutan. Pun begitu, Indeks Harga Pengguna (IHP) akan turun bagi sesetengah barang dan
perkhidmatan. Kesan inflasi pula terlalu minima pada tahun pertama pelaksanaan dan tidak
akan menjejaskan kedudukan ekonomi negara.

Apa pun kerajaan tetap menyediakan mekanisme mengawal pelaksanaan GST. Kerajaan akan
memantau harga dan memastikan peniaga mengikut peraturan yang ditetapkan. Bagi peniaga
yang cuba menyelewengkan GST maka mereka akan berhadapan dengan tindakan undangundang seperti di bawah Akta Kawalan dan Anti Pencatutan 2010.
Untuk memudahkan pengguna, kerajaan akan menyediakan shoppers Guide yang
memaparkan perbandingan harga barang dan perkhidmatan yang akan diterbitkan sebelum
tarikh pelaksanaan GST. Penentu Harga (price setter) juga akan disediakan dengan kerjasama
daripada pasar raya bagi memudahkan pengguna mengetahui harga barangan yang
ditawarkan berasaskan pelaksanaan GST.
Hanya peniaga yang berdaftar di bawah Akta GST sahaja akan di benarkan menggunakan
cukai ke atas jualan mereka. Pendaftaran adalah wajib sekiranya perniagaan mempunai nilai
jualan tahunan RM500,000 atau lebih. Manakala peniaga kecil yang jualan tahunannya
kurang dari jumlah itu seperti kedai runcit tidak wajib mendaftar dan tidak layak memungut
GST. Mereka boleh menjual barang tanpa mengenakan GST.
Kesimpulan, pelaksanaan GST merupakan sebahagian daripada transformasi sistem
percukaian negara bertujuan meningkatkan keupayaan, keberkesanan dan ketelusan dalam
pengurusan cukai di negara ini. GST juga adalah cara terbaik untuk mengatasi kelemahan
yang wujud dalam SST seperti kebocoran dan ketirisan hasil disebabkan berlakunya aktiviti
pemindahan harga.

Anda mungkin juga menyukai