Anda di halaman 1dari 7

MENGENAI PR1MA

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012


untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan
berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar
berpendapatan sederhana.
Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai
pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000,
anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh
negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan
pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000.

ANGGOTA PERBADANAN

PENGERUSI
YBhg Tan Sri Datuk Seri Dr. Alies Anor bin Abdul

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF


YBhg Dato' Abdul Mutalib bin Alias

ANGGOTA
YBhg Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah

ANGGOTA
YBhg Tan Sri Haji Shukry bin Mohd Salleh

ANGGOTA
YBhg Datuk Seri Dr Rahamat Bivi binti Yusoff

ANGGOTA
YBhg Dato' Sri Dr. Sharifah Zarah binti Syed Ahmad

ANGGOTA
YBhg Tan Sri Dato' Seri Abd Wahab bin Maskan

ANGGOTA
YBhg Dato' Sri Mohammed Shazalli bin Ramly

ANGGOTA
YM Tengku Dato' Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

ANGGOTA
YBhg Datuk Kamalul Arifin bin Othman

Mantan Pengerusi

, YBhg Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa


Mantan Pengerusi

, YB Tan Sri Dr. Ir Jamaludin bin Jarjis


Mantan Anggota Perbadanan

, YBhg Dato' Azlin bin Alias


Mantan Anggota Perbadanan

, YB Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad

ANGGOTA PENGURUSAN

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF


YBhg Dato' Abdul Mutalib bin Alias
Dato Abdul Mutalib bin Alias telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA pada 15
Julai 2011.

Sebelum ini, Dato Abdul Mutalib, 51, merupakan pegawai khas kepada Datuk Shaziman Abu
Mansor yang merupakan bekas Menteri Kerja Raya dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi.
Terdahulu, beliau berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada bekas Menteri Sains, Teknologi
dan Inovasi, Dato Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan juga bekas Menteri Kewangan Tun Daim
Zainuddin.

Sebelum menyertai badan kerajaan, Dato Abdul Mutalib pernah berkhidmat selama 15 tahun
dalam bidang perbankan pelaburan yang mana beliau memegang pelbagai jawatan,
termasuklah Naib Presiden di The Chase Manhattan Bank dari 1985 hingga 2000.

Dato Abdul Mutalib merupakan pemegang Ijazah Sarjana dari Governors State University, Illinois
dan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Perakaunan dari Northern Illinois University,
DeKalb, Illinois.

KETUA PEGAWAI OPERASI


YBhg Dato' Ar. Aminuddin bin Abdul Manaf

Dato' Ar. Aminuddin bin Abdul Manaf mempunyai pengalaman kerjaya selama 24 tahun sebagai
perunding Arkitek dan Reka Bentuk Dalaman yang memberikan rundingan kepada sektor swasta
dan kerajaan.

Beliau memulakan kerjaya di Carl Safe Design Consultant Amerika Syarikat dan kembali ke
Malaysia lalu menyertai Alizar Architect. Beliau telah ditauliahkan sebagai arkitek profesional
oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) pada 1992.

Dato' Ar. Aminuddin mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Seni Bina dari Washington
University, St. Louis, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda dalam Seni Bina dari Iowa State
University, Amerika Syarikat. Beliau juga merupakan ahli Institut Perekabentuk Dalaman
Malaysia (Malaysian Institute of Interior Designers) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (Malaysian
Institute of Architects).

KETUA PEGAWAI PEMASARAN


Mohamed Roslan bin Ismail
Berkuatkuasa pada 1 March 2016, Mohamed Roslan Ismail telah dilantik sebagai Ketua Pegawai
Pemasaran Perbadanan PR1MA Malaysia.

Sebelum menyandang jawatan ini, Roslan merupakan seorang Usahawan serta Pengarah
Urusan di salah sebuah syarikat pengedar prabayar terbesar di Malaysia. Beliau telah diberikan
tanggungjawab untuk menyediakan perancangan strategik, meningkatkan prestasi syarikat dan
menguruskan operasi harian syarikat yang mempunyai sebanyak 21 cawangan serta 250 tenaga
pekerja.

Beliau juga mempunyai pengalaman melebihi 17 tahun berkhidmat di sebuah syarikat


antarabangsa (MNC), di mana beliau memegang beberapa jawatan penting di bahagian
Penjualan dan Pemasaran, Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan serta Logistik & Pengurusan
Rangkaian Bekalan.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana (MBA) dan Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan
Pengedaran dari Universiti Western Illinois, Amerika Syarikat dan juga Program Pembangunan
Eksekutif (PED) dari Universiti Lausanne (IMD), Switzerland.

KELAYAKAN
Berikut merupakan kriteria asas untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA. Untuk mengetahui jika
anda layak memohon, hanya
tandakan kotak yang berkaitan dengan anda:
Anda mestilah
warganegara
Malaysia
Bujang atau berkahwin serta berumur
21 tahun
dan ke atas
Pendapatan isi rumah individu
atau keluarga (suami & isteri)
antara RM2,500 - RM10,000
Tidak memiliki lebih daripada
1 hartanah
sama ada anda atau pasangan anda, jika ada
Semak kelayakan

Saya layak untuk memohon. Saya ingin langkau dan mendaftar sekarang.

Jadilah sebahagian daripada PR1MA Hari ini


Hanya dengan 9 langkah mudah untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA.

Anda mungkin juga menyukai