Anda di halaman 1dari 3

TOKOH : TAN SRI MOKHZANI MAHATHIR

PROFILE TOKOH :

Nama : Tan Sri Mokhzani Mahathir

Umur : 54 tahun (Januari 1961)

Warganegara : Malaysia

Nilai harta kekayaan : US$1.2 Bilion (2014)

Ibu bapa : Tun Mahathir Mohamad

Siti Hasmah Mohamad Ali

Sumber Kekayaan : Perniagaan gas dan minyak

Status : Berkahwin dan memiliki 5 orang anak

SIFAT TERPUJI DALAM DIRI TOKOH :


Setiap usahawan yang ingin berjaya dalam sesuatu yang akan diusahakannya haruslah
memiliki beberapa ciri yang akan membantu mereka mencapai matlamat yang
diimpikan.Setiap usahawan atau ahli perniagaan hanya mengimpikan kejayaan yang
berterusaan di samping memperoleh pendapatan daripada apa yang diusahakan.Terdapat
banyak ciri dan sifat positif yang membantu usahawan sepanjang mereka membina
karier mereka.Bagi individu yang memasang impian untuk bergelar status usahawan berjaya
tetapi masih belum bersedia dan belum melengkapkan diri dengan sifat-sifat seorang
usahawan bakal menemui kegagalan dalam penceritaan usahamereka.Untuk menjadi seorang
usahawan yang berjaya tidaklah susah tetapi jika mereka mengambil mudah mengenai disiplin
mereka maka mereka akan susah untuk mengecapi kejayaan seperti usahawan-usahawan lain.
Salah satu sifat yang harus dimiliki oleh seorang individu yang bergelar usahawan ialah sikap
ingin tahu dan ambil tahu. Rasa ingin tahu adalah sifat naluriah yang dimiliki manusia sejak
lahir. Rasa ingin tahu juga merupakan salah satu mekanisme pertahanan hidup manusia. Dari
rasa ini manusia memiliki kencenderungan untuk mengetahui hal yang belum
diketahui sebelumnya.
Tokoh usahawan yang menunjukkan sifat ingin tahu yang amat mendalam ialah Tan Sri
Mokhzani Mahathir. Beliau berusia 52 tahun warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai
Ahli Lembaga Pengarah SapuraKencana Petroleum pada 9 Disember 2011 sebagai Pengarah
Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan Naib Pengerusi. Beliau juga adalah ahli Jawatankuasa
Imbuhan SapuraKencana Petroleum. Tan Sri Mokhzani sudah mula menunjukkan minat
terhadap bidang petroleum ini sejak dari kecil lagi.Semangat dan minat terhadap sektor ini
ditunjukkan apabila beliau menyambung pembelajarannya dan berjaya menamatkan ijazahnya
dalam Bachelor of Science in Petroleum Engineering di University of Tulsa, Oklahoma,
U.S.A. Jadi melalui latar belakang pendidikan yang dimiliki oleh tokoh usahawan ini, sudah
jelas menunjukkan bahawa beliau mahir dan memiliki minat yang mendalam dalam
bidangpetroleum.Rasa ingin tahu terhadap alam petroleum ini menggerakkan tokoh ini suatu
masa dahulu untuk mendapat pendidikan dalam bidang yang diminatinya itu.Tambahan pula
Tan Sri Mokhzani mendapat sokongan penuh oleh seluruh ahli keluarganya.

Setelah Berjaya menamatkan pendidikannya,Tan Sri Mokhzani memulakan


kariernya dalam bidang petroleum.Pengalaman yang diperoleh sepanjang kariernya dalam
bidang petroleum ini memotivasikannya untuk menubuhkan sebuah syarikat dan
bekerjasendiri.Sifat keusahawanan yang tertanam dalam diri beliau tertonjol apabila
beliau menubuhkan sebuah syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn Bhd yang
berniaga dalam bidang Oil and Gas service provider,IT,automotif dan hartanah.Syarikatnya
bertambah maju dan sifat ingin tahu dalam dirinya membuatkan beliau merasakan beliau
perlu membuatkan penyilidikan yang lebih jauh untuk mengembangkan perniagaan yang telah
dipeloporinya.Beberapa langkah telah diambil beliau dalam memenuhi rasa ingin tahunya
itu.Beliau bnyak belajar dari syarikat yang berada dalam aliran yang sama dengannya.
Tan Sri Mokhzani telah menemui beberapa tokoh yang terkenal salah seorang darinya ialah
bapanya sendiri iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr Mahathir Mohamad bagi
mendapatkan beberapa info dan mengetahui apa langkah yang terbaik yang harus diambil
beliau dalam mengecapi apa yang diimpikannya.Setelah selesai penyelidikannya,Tan Sri
Mokhzani memutuskan syarikat miliknya Kencana Petroleum harus membuat pergabungan
dengan syarikat lain demi mematangkan perniagaannya.Beliau memutuskan untuk bergabung
dengan syarikat SapuraCrest pada tahun 2012 dan menghasilkan SapuraKencana iaitu sebuah
syarikat Oil and Gas Service Provider terbesar di Malaysia.

Komitmen yang diberikan oleh Tan Sri Mokhzani dalam perniagaan ini lama kelamaan telah
menaikkan statusnya dalam perkongsian ini.Beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga
Pengarah SapuraKencana Petroleum pada sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas
dan Naib Pengerusi. Beliau juga telah dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Imbuhan
SapuraKencana Petroleum. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan
dan ahli Jawatankuasa Imbuhan Kencana Petroleum.Tan Sri Mokhzani memulakan
kerjayanya pada tahun 1987 sebagai jurutera operasi wellsite dengan Sarawak Shell Berhad ,
bekerja luar pesisir Sarawak pada kapal penggerudi bantuan tender penggerudian. Beliau
meletak jawatan pada tahun 1989 untuk mencari peluang perniagaan di Kuala Lumpur.
Dengan melabur dalam Tongkah Holdings Berhad ( disenaraikan di Bursa Saham Kuala
Lumpur ketika itu) , dia memulakan langkah baru dalam pembuatan komponen , sektor
penjagaan kesihatan minyak dan gas , kewangan dan . Beliau memegang jawatan sebagai
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pantai Holdings Berhad ( penjagaan kesihatan) dan
Ketua Kumpulan Eksekutif Tongkah Holdings Berhad (minyak dan gas , kewangan ). Latihan
penjualan pada tahun 2001 melihat dia melepaskan semua jawatan dan ekuiti dalam syarikat-
syarikat ini . Dia mendirikan Kencana Capital Sdn Bhd (” Kencana Capital “) sebagai sebuah
syarikat pegangan pelaburan pada tahun yang sama.
Kesimpulannya,dalam mencipta nama sebagai seorang usahawan yang Berjaya kita
seharusnya memiliki sifat-sifat yang akan menjadi penggerak kepada diri untuk mencapai
tahap itu.Sifat ingin tahu dan ingin mempelajari sesuatu yang baru amatlah penting dalam
membawa seseorang usahawan itu dari tangga bawah hinggalah ke takuk yang
paling tinggi.Salah satu kata-kata yang selalu menjadi pegangan kepada tokoh usahawan ini
ialah ‘jika anda malas mengambil tahu,maka anda akan ketinggalan dan tidak akan pernah
maju’.Tan Sri Mokhzani merupakan individu yang wajar dijadikan ikon oleh anak muda yang
ingin memulakan perniagaan serta berazam untuk menjadi seorang usahawan yang mampu
menempa nama di peringkat antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai