Anda di halaman 1dari 19

ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan
2. Wajah Seorang Tan Sri
3. Profil, Latar Belakang Dan Pendidikan
4. Latar Belakang Perniagaan Dan Syarikat
5. Ciri-ciri Keushawanan
6. Halangan dan Cabaran
7. Faktor-Faktor Kejayaan
8. Anugerah Yang Diterima
9. Pandangan Dan Mengapa Usahawan Ini Dianggap Berjaya
10. Kesimpulan
11. Rujukan

PENGENALAN
Usahawan dan keusahawanan adalahantara istilah yg membawa maksud atau takrifan
mengikut bidang masing-masing. Usahawan menurut Kamus Dewan Edisi Baru ialah sebagai
orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai
pekerjaan secara besar- besaran untuk membuat barang - barang industri atau pekerjaan berniaga
secara besar-besaran. Selain usahawan adalah seorang ahli perniagaan yang harus mengambil
risiko menggabungkan faktor pengeluaran termasuk modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran
melalui keuntungan daripada nilai pasaran barangannya.
Dengan kata mudah, seorang usahawan akan bertindak sebagai orang yang mengurus
sesuatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelola, memiliki,mengurus dan menanggung risiko
sesuatu perniagaan dan merupakan seorang inovator yang boleh mengakibatkan kepada sesuatu
pembaharuan. Usahawan juga adalah seorang pengurus yang menerajui perniagaannya dan dapat
menurut segala hak keempunyaan keatas perniagaan tersebut. Oleh itu ia menanggung risiko
perniagaan. Usahawan mempunyai wawasan dan mengembangkan perniagaan untuk
kemakmuran masyarakat. Usahawan juga adalah seseorang yang inginkan kebebasan dalam
perniagaan,membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri.
Banyak penyelidikan yang telah dijalani mempertunjukkan bahawa usahawan-usahawan
yakin pada keupayaan mereka untuk mengawal takdir kendiri. Adalah disebabkan kepercayaan
ini bahawa mereka bertindak dengan cara yang amat individualistik dan sentiasanya juga suka
memberontak. Ia juga menyebabkan sikap yang sudi menerima terlalu banyak kerja yang tidak
diterima oleh orang biasa, menggalakkan ketabahan yang luar biasa dan menumpang reputasi
dedikasinya kepada sebuah konsep, produk ataupun usaha perniagaan.
Kesimpulannya, Seorang usahawan juga seorang peniaga yang melibatkan diri dengan
usaha mencipta barangan keluaran sendiri, mementingkan kejayaan dan kepuasan, bukannya
keuntungan semata-mata dengan mengikuti segala pembaharuan untuk menambah kreativiti.Bagi
seorang usahawan persaingan adalah satu cabaran yang memerlukan penelitian rapi untuk terus
hidup dengan merenung jauh kehadapan dan sentiasa berfikir untuk meningkatkankemajuan pada
masa hadapan untuk jangka masa yang panjang.

WAJAH SEORANG TAN SRI

PROFIL, LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN


Mustapha Kamal Abu Bakar yang kini bergelar Tan Sri atau popular dikenali melalui
panggilan MK adalah seorang bekas penuntut Universiti Malaya dalam jurusan Sejarah.
Berbekalkan prinsip hidup Failure is not an option, Mk terus mengorak langkah untuk maju
kehadapan. Selepas menamatkan pengajian dari Universiti Malaya pada tahun 1971, beliau telah
memulakan kerjaya dalam perkhidmatan Kerajaan di Pejabat Daerah dan Tanah Selangor sebagai
Penolong Pegawai Daerah sehingga dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah & Galian
Selangor. Ketika tamat pengajian di Universiti Malaya pada 1971, bidang hartanah tidak terlintas
dalam fikiran, sebaliknya seperti kebanyakan graduan Melayu lain, keutamaannya menjadi
pegawai kerajaan, naik pangkat dan bersara sebagai birokrat. Itu yang dilakukan MK, menyertai
sektor awam selama tujuh tahun sebelum dilantik Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk
Hormat Rafie menjadi pengurus besar syarikat pemaju hartanah, Shah Alam Properties Sdn Bhd
(SAP).
Bintangnya terus bersinar dan dinaikkan pangkat sebagai pengarah urusan syarikat
terbabit, milik penuh Kumpulan Perangsang yang menjadi sayap pelaburan kerajaan Selangor.
Beberapa tahun sebelum itu, MK melalui pengalaman menarik ketika menjadi Penolong Pegawai
Daerah di Gombak. Pengalaman beliau bertemu seorang lelaki Cina berusia lingkungan 70-an
menjadi pencetus semangatnya untuk menjadi usahawan. Kata-kata lelaki itu adalah; Dalam
kebanyakan keadaan, kuasa dan kekayaan tidak boleh bercampur aduk... mungkin boleh pilih
satu, bukan kedua-duanya pada satu masa.
Anak sulung daripada lima beradik itu yang pernah menjadi pemain gitar utama
kumpulan muziknya sendiri ketika masih di sekolah, tidak tahu rezekinya berada di tempat lain.
MK pernah menyatakan bahawa jika beliau tidak menjadi ahli perniagaan, beliau akan jadi
pemuzik. Beliau pernah bermain muzik sejak usia 13 tahun dan pernah mengiringi persembahan
artis terkenal seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma. Ketika menerajui SAP,
beliau belajar selok-belok sektor hartanah, berurusan dengan perunding, kontraktor,
subkontraktor, pembekal dan pemaju besar lain. SAP meraih keuntungan besar dan ia
melonjakkan lagi keinginan MK menjadi usahawan, apatah lagi kata-kata tauke Cina yang
ditemuinya beberapa tahun sebelum itu tetap menjadi inspirasi dan masih terngiang-ngiang

dalam fikiran. Kemudian beliau beralih ke sektor swasta di mana beliau telah dilantik sebagai
Pengarah Urusan Shah Alam Properties Sdn. Bhd.
Pada peringkat kerjaya inilah beliau mula memperkukuhkan pelbagai kemahiran,
pengetahuan, pengalaman dan kecekapan yang diperlukan dalam pembangunan hartanah
sehingga beliau mempunyai keyakinan sepenuhnya untuk memulakan usaha perniagaan sendiri.
Ini telah mendorong beliau menubuhkan Kumpulan Syarikat EMKAY pada tahun 1983.
Sudah lumrah bidang perniagaan, bekas pelajar Sekolah Inggeris Methodist Teluk Datuk,
Banting itu berdepan pelbagai cabaran dan dugaan tetapi rezekinya murah hingga namanya
dikenali sebagai raja rumah mampu milik. Satu demi satu projek hartanah dibangunkan
syarikatnya, kemudian beroperasi atas nama Emkay Group, dengan sebahagian besar kediaman
mampu milik berjaya disiapkan, malah lebih awal daripada jangkaan. Antara projek mercu tanda
kejayaannya ialah Bandar Baru Sungai Buloh, Damansara Damai, Damansara Perdana, Serendah
Golf Resort, Bukit Merah Laketown, Langkawi Lagoon Resort serta pembangunan di Pulau
Banding dan Cyberjaya. Baginya, perniagaan yang diusahakannya berdasarkan pengalaman,
minat dan common sense itu bukan setakat membina rumah dan kemudian menunggu wang
keuntungan mengalir masuk.
Berbekalkan pengalaman sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah dan Galian serta
pengalaman selama kira-kira 21 tahun dalam industri pembangunan hartanah, Tan Sri Datuk Hj
Mustapha Kamal dikenali sebagai seorang Pengerusi Eksekutif yang aktif dan praktikal, dalam
menyelia dan menentukan sendiri hala tuju operasi Kumpulan dengan merangka wawasan serta
matlamat, pada masa yang sama, mencurahkan pengetahuan luas yang beliau miliki dalam
industri kepada kakitangannya.
Tan Sri juga banyak memberi sumbangan kepada industri hartanah tempatan dan
antarabangsa. Antara lain, beliau adalah Pengarah South-South Corporation Berhad
(MASSCORP) ahli jawatankuasa Eksekutif Persatuan Selatan-Selatan Malaysia (MASSA) dan
Penyelaras Negara bagi Afrika.
Pada 15 Mac 2004, Tan Sri telah dianugerahkan dengan pengiktirafan Professor
Adjung oleh Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Beliau juga menganggotai Lembaga
Pemegang Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana.

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN DAN SYARIKAT


Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar adalah Pengerusi Eksekutif, MK Land Holdings
Berhad, iaitu syarikat pembangunan hartanah yang ditubuhkan pada 2 Ogos 1978 dan pernah
disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 8 Jun 1992.
Asalnya, MK Land Holdings Berhad dikenali sebagai Perfect Food Industries Sdn. Bhd.
yang melibatkan diri dalam pembuatan dan penjualan biskut dan bahan makanan melalui kilang
mereka di Melaka. Selepas penyenaraiannya di BSKL, ia dikenali sebagai Perfect Food
Industries Berhad dan akhir sekali, namanya ditukar kepada MK Land Holdings Berhad pada 27
Ogos 1999.
Pada bulan Jun 2003, MK Land Holdings Berhad menjual semua sahamnya dalam
Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd, Markins Corporations Sdn Bhd dan Fairway Review
Sdn Bhd dengan harga RM6,739,674. Ini adalah kerana beliau bercadanguntuk menumpukan
perniagaan syarikatnya pada pembangunan hartanah dan pelaburan.
Beliau berjaya membawa status MK Land selaku syarikat pengurusan Hartanah yg
berjaya membangunkan kawasan-kawasan yang dahulunya agak terpencil dan tidak mendapat
perhatian kepada kawasan elit yang lengkap dengan infrastruktur teknologi maklumat dan
komunikasi seperti kawasan Damansara Perdana, Cyberjaya. MK Land juga terlibat dalam
industri perhotelan dan tempat peranginan seperti Bukit Merah Laketown resort dan Langkawi
Lagoon.
Beliau berani memulakan sesuatu yg baru dengan mengetengahkan cara hidup e lifestyle
township yg moden dan berteknologi tinggi di kawasan perumahan dibawah syarikat MK Land.
Bekas graduan Universiti Malaya ini berjaya meletakkan namanya didalam senarai 10 orang
terkaya di Malaysia membuktikan kejayaan beliau dalam bidang hartanah.

CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

Beliau seorang yang bijak mencari peluang dan beroperasi melalui kuasa pasaran. Beliau
mendapati bahawa, faktor ekonomi pasaran dan teknologi akan mempengaruhi pembentukan
nilai dan kepercayaan individu maka kerajaan akan lebih terbuka. Beliau juga mendapati bahawa
peluang keusahawanan terhasil daripada interaksi positif antara individu dan persekitaran yang
sesuai dengan usahawan.Oleh itu, beliau mengesyorkan persekitaran ekonomi dan social
sepatutnya menyokong kepada inovasi, menggalakkan pengambilan risiko dan menyediakan
sumber untuk memajukan keusahawanan.Beliau beroperasi mengikut kuasa pasaran agar bidang
keusahawanan dapat diuruskan secara lebih efektif.
Beliau juga menghindari sikap tamak. Beliau menegaskan bahawa Islam tidak
menggalakkan sifat tamak dan sifat mengutamakan kepentingan sendiri. Beliau menegaskan
lagi bahawa seorang usahawan hendaklah mencari titik keseimbangan antara motif menjana
keuntungan individu dengan tanggungjawab yang perlu dilunaskan kepada masyarakat.
Pegangan menghindari sikap tamak adalah penting kerana fungsi usahawan bukan hanya untuk
mengumpul kekayaan, tetapi lebih penting lagi memberi khidmat kepada masyarakat. Usahawan
bukannya simbol kekayaan, tetapi mereka adalah pembahagian kekayaan negara yang merata
sifatnya, dapat dinikmati oleh semua kelompok masyarakat, termasuklah orang-orang miskin.
Beliau juga seorang yang pemurah. Selain menganggap perniagaan ini merupakan satu
fardu kifayah, beliau juga berasa bertanggungjawab membantu golongan yang kurang bernasib
baik, terutama mereka yang memerlukan rawatan kesihatan tetapi tidak mampu membiayai
perbelanjaan perubatan seperti pesakit buah pinggang.Setakat ini, Yayasan EMKAY telah
membuka tiga pusat hemodialisis di seluruh negara. Pusat pertama ialah Pusat Rawatan
Hemodialisis Wan Nong, di Batu Gajah, Perak yang melibatkan kos pembinaan sebanyak RM1.2
juta. Ia mula beroperasi pada tahun 2004. Seramai 36 pesakit telah menerima rawatan di pusat
tersebut. Pusat hemodialisis ketiga ialah di Alor Star, Kedah yang mula beroperasi pada Mac
tahun lepas melibatkan kos sebanyak RM1.4 juta. Seramai 26 pesakit telah menerima rawatan di
pusat tersebut.

Dalam membina empayar industri perhotelan, beliau tidak pernah lupa pada akar budi
bangsa dan agamanya. Ciri-ciri keislaman dan budaya Melayu yang mengunjangi kehidupannya
sentiasa beliau terapkan dalam projek-projek yang dibangunkannya. Ciri-ciri keislaman juga
dibawa di seluruh hotel-hotel yang dimajukan kerana tidak mahu sama sekali membuat secara
terus pekara-perkara yang dilarang oleh agama. Itulah salah satu keistimewaan untuk hotel-hotel
yang telah diuruskannya. Contohnya di Langkawi Lagoon umpamanya beliau telah
membangunkan sebuah bangunan yang dijadikan surau yang dipanggil Surau Hajah Felina.
Kemudahan yang disediakan ini tentunya akan memberikan

keselesaan

untuk pelancong

beragama Islam.
Hasil daripada pendekatan yang menjurus kepada konsep mesra Muslim ini, hotelhotelnya menjadi pilihan ramai khususnya untuk pasaran Timur Tengah, Arab Saudi dan
sebagainya. Ternyata apa yang beliau laksanakan di hotel-hotelnya merupakan salah satu cabang
dakwah apabila pelancong Muslim dapat sama-sama menunaikan ibadat solat, berpuasa dan
bersolat terawih di bulan Ramadan dalam suasana yang selesa.
Selain itu di Belum Rainforest Resort beliau juga telah berjaya menarik penduduk Asli
datang berbuka puasa dan terus solat terawih bersama. Dan hasilnya syarikatnya telah
menghantar dua orang Asli mengerjakan Umrah di Mekah. Bagi MK hotelnya ini bukan saja
punca pendapatan dunia semta-mata, tetapi punca pendapatan akhirat selain itu dapat menarik
orang bukan Islam masuk ke agama Islam. Oleh kerana itu, posisi hotel yang dijalankan adalah
kearah keislaman.
Dalam merencanakan pembangunan dalam bidang perhotelan, beliau tidak lupa kepada
golongan yang berpendapatan rendah. Justeru beliau turut memastikan bahawa semua golongan
dapat menikmati destinasi pelancongan dengan cara yang termampu di hotel-hotel yang
diuruskannya.
Saya juga menekankan soal kemampuan. Bukan semua orang mampu melancong
dengan harga yang tinggi. Kami telah membuat persediaan dengan mewujudkan bilik hotel yang
mampu disewa. Walaupun kadar harganya berpatutan, kemesraan dan mutu perkhidmatannya
adalah sama dengan perkhidmatan yang diberi untuk hotel 4 atau 5 bintang. Hanya harga sahaja
yang berbeza. Dengan ini saya dapat menarik bukan sahaja pelancong-pelancong tetapi badan-

badan swasta dan kerajaan yang datang bukan sahaja bersantai tetapi mengadakan mesyuarat dan
perbincangan dan juga aktiviti-aktiviti kelab
Inilah salah satu amal jariah saya kepada masyarakat. Ramai orang tidak tahu, saya bina
pusat- pusat hemodialisis itu, semata-mata mahu membantu pesakit buah pinggang kerana kos
rawatan sakit buah pinggang sangat mahal..katanya.
Beliau juga adalah seorang yang mengamalkan sikap berdikari. Adalah menimbulkan
kebimbangan jika seorang usahawan mendapat projek atau kontrak segera kerana perolehan
secara mudah ini akan menjadikan usahawan tidak mahu berfikir, hilang semangat juang dan
tidak mahu berdikari. Seorang usahawan perlu belajar daripada usahawan cina yang mana
mereka berdikari dalam menjalankan perniagaan dan hasilnya mereka memiliki semangat juang
yang tinggi sehingga mampu bertahan dan kembali berkembang selepas krisis ekonomi. Ini
membuktikan bahawa usahawan mampu bertahan dalam perniagaan walaupun tidak mendapat
bantuan daripada kerajaan.
Pengurangan pergantungan kepada kerajaan juga akan menyuburkan ketelusan dalam
mendapatkan peluang-peluang perniagaan. Ketelusan merupakan isu penting kepada para
usahawan kerana beliau mendapati bahawa ketelusan membantu dalam mencipta persekitaran
yang merangsang sifat keusahawanan kerana ketelusan akan mengurangkan ketidakpastian dan
memperteguhkan keupayaan seorang usahawan.
Selain itu beliau seorang yang bersifat kebapaan dan suka mendekati serta memberi
semangat kepada generasi muda. Sifat yang terbit daripada diri Mustapha telah menyimpulkan
satu persepsi di luar kotak pemikiran kita. Meskipun beliau berada di puncak kejayaan, beliau
masih mempunya sikap kesederhanaannya yang tinggi.

HALANGAN DAN CABARAN

Ketika tamat pengajian di Universiti Malaya pada 1971, bidang hartanah tidak terlintas
dalam fikiran, sebaliknya seperti kebanyakan graduan Melayu lain, keutamaannya menjadi
pegawai kerajaan, naik pangkat dan bersara sebagai birokrat.
Semasa berusia 33 tahun, selepas berbincang dengan keluarga, Beliau meletak jawatan di
sebuah syarikat pemaju, ketika pangkatnya dalam anak syarikat milik kerajaan Selangor itu di
tangga nombor satu.Dan mula menempuh cabaran menjadi seorang usahawan muda. Nyata
keputusannya tepat, syarikat yang diasaskannya mencapai kejayaan hebat apabila satu demi satu
projek hartanahnya mendapat sambutan hangat.
Selapas menyertai sektor awam selama tujuh tahun, beliau dilantik Menteri Besar
Selangor ketika itu, Datuk Hormat Rafie untuk menjadi pengurus besar syarikat pemaju
hartanah, Shah Alam Properties Sdn Bhd (SAP). Bintangnya terus bersinar dan dinaikkan
pangkat sebagai pengarah urusan syarikat terbabit, milik penuh Kumpulan Perangsang yang
menjadi sayap pelaburan kerajaan Selangor.
Ketika menerajui SAP, beliau belajar selok-belok sektor hartanah, berurusan dengan
perunding, kontraktor, subkontraktor, pembekal dan pemaju besar lain.SAP meraih keuntungan
besar dan ini melonjakkan lagi keinginan beliau untuk menjadi usahawan.
Dengan restu isteri, Puan Sri Wan Nong Wan Ibrahim serta keluarga, MK nekad
mengucapkan selamat tinggal kepada SAP, lalu memulakan bisnes sendiri melalui syarikat MK
Associates yang mula beroperasi pada 1983. Satu demi satu projek hartanah dibangunkan
syarikatnya (kemudian beroperasi atas nama Emkay Group) dengan sebahagian besar kediaman
mampu milik berjaya disiapkan, malah lebih awal daripada jangkaan. Bagaimanapun, ramai yang
membuat tuduhan bahawa kejayaannya adalah kerana hubungan baik dengan kerajaan Selangor,
bukan berdasarkan konsep bisnes inovatif dan strategi sempurna yang dirangka. Reaksinya bagi
tuduhan seperti itu, beliau memberi contoh pembangunan Bandar Baru Sungai Buloh
dimajukannya di kawasan yang pernah dilabel pusat pesakit kusta kedua terbesar di dunia itu.

Ia projek perumahan kos rendah di kawasan yang bermasalah. Ahli perniagaan yang
berhati-hati sudah tentu tidak berminat... bagaimana boleh dikatakan ia projek mewah untuk
kroni?, katanya.

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN

Beliau telah membahagikan MK Land Holdings kepada tiga syarikat (kumpulan


syarikat). Dari segi strateginya ialah jika berlaku sesuatu kepadanya dan perniagaannya, ia tidak
akan menjejaskan keluarga. Oleh sebab itu, beliau wujudkan tiga (kumpulan) syarikat supaya
jika berlaku sebarang perkara yang melibatkan perniagaannya ia tidak menjejaskan hal-hal
peribadi. Ini bermakna, sekiranya perniagaannya bankrap sekalipun, beliau masih boleh
meneruskan hidup dengan menggunakan kemahiran yang ada.Maka, jika berlaku ribut atau
taufan, saya masih mempunyai punca pendapatan yang tetap. Saya tidak boleh menjejaskan masa
depan keluarga saya semata-mata disebabkan perniagaan saya tidak berjaya. Saya sedar dalam
perniagaan ada turun naik, maka atas dasar itu saya perlu membuat persediaan awal..katanya.
Beliau bermula berniaga secara kecil- kecilan.Ini merupakan fasa pertama perjalanannya
dalam dunia perniagaan.Ketika itu beliau memberi tumpuan kepada projek pembinaan rumahrumah murah. Oleh kerana sudah terlalu banyak rumah murah yang saya bina, sehingga orang
menggelar saya Raja rumah murah..katanya. Selepas itu, beliau beralih melaksanakan projek
rumah sederhana dan mewah pula.Pada ketika usianya mencapai 50 tahun, perniagaannya telah
pun memasuki fasa kedua iaitu peringkat pengembangan.Selepas itu, perniagaan beliau sudah
memasuki fasa ketiga atau peringkat pengukuhan. Beliau akan memasuki fasa keempat iaitu
peringkat penghijrahan selepas fasa ketiga selesai.
Pusat Rawatan Hemodialisis Felina di Banting, Selangor pula mula beroperasi pada
Januari, 2005 melibatkan kos RM1.3 juta. Sebanyak 42 pesakit telah mendapat manfaat dari
pusat tersebut.
Beliau mempunyai beberapa orang pekerja yang telah bekerja dengannya lebih 20
tahun.Sebagai contoh terdapat pegawai kanan syarikat yang setia bekerja dengan beliau
kemudiannya belaiu jadikan mereka sebagai rakan kongsinya bagi melaksanakan beberapa
projek syarikat.Saya akan bertindak sebagai pelabur sahaja.Sebagai pelabur saya tidak perlu
lagi bertungkus-lumus bekerja. Sekiranya projek tersebut berjaya, pekerja terbabit akan
mendapat nikmatnya, saya pula akan menjadi lebih kaya, tetapi sekiranya projek tersebut gagal

mereka akan hilang peluang, saya pula akan mengalami kerugian, tetapi itulah risiko dalam
perniagaan.. katanya.
Tan Sri yang berjiwa kental seorang Melayu. Walaupun aset syarikatnya, Kumpulan
Emkay serta MK Land bernilai berbilion ringgit, beliau tidak sombong. Malah beliau seorang
yang terlalu merendah diri. Fikirannya tajam. Sentiasa berfikir.
Beliau suka membuat sesuatu yang orang lain tidak buat dan cuba untuk challenge the
norm. Beliau menjalankan projek ditempat yang orang lain tidak berani buat. Contohnya, beliau
membuat projek di kepong - yang mana orang mengatakan tempat itu tempat jin bertandang.
Beliau menggunakan beberapa strategy dalam perniagaan, seperti, Build in a mass.
Sekiranya beliau membuat dalam kuantiti yang banyak, maka bahan mentah dibeli secara pukal.
Ini memberi beliau kelebihan harga bahan yang murah. Memandangkan tanah yang dibangunkan
tidak menjadi rebutan ramai, beliau boleh berunding dengan pihak kerajaan untuk
menangguhkan pembayaran tanah setelah siap projek. Ini memberi kelebihan dari segi cashflow
syarikat.
Setelah kawasan dimajukan, ramai pembeli mulai menduduki kawasan tersebut. Beliau
mempunyai volume dan terdapat permintaan setempat (local demand). Beliau boleh menjual
harga kedai dengan harga yang sedikit mahal kerana permintaan tinggi.
Kerana kawasan tersebut terdapat ramai penduduk, terdapat permintaan untuk membina
sekolah. Beliau mula membuat cadangan kepada kerajaan untuk membina sekolah. Beliau
mencadangkan agar sekolah ini dibayar dengan menolak harga tanah yang dihutang pada
asalnya. Ini memberi beliau kelebihan kerana kos pembinaan sekolah berharga 80c dan beliau
menjual pada kerajaan dengan harga RM1, maka secara tidak langsung, harga tanah yang dibeli
adalah lebih murah daripada harga tawaran pada mulanya.
Beliau juga sangat peka akan anak bangsa beliau sendiri. banyak usaha telah dilakukan
untuk membantu mereka. Bagi memastikan penglibatannya dalam sektor pelancongan
membuahkan hasil yang membanggakan, menerusi syarikat MK Land Holdings Berhad beliau
telah mewujudkan lima buah resort iaitu Langkawi Lagoon Resort, Bukit Merah Laketown
Resort, Taiping Golf Resort, Kuala Melaka Inn dan yang terbaharu Ombak Villa by Langkawi
Lagoon. Sementara menerusi EMKAY Group pula beliau mempunyai Belum Rainforest Resort

dan menerusi syarikat Setia Haruman pula beliau membangunkan Cyberview Lodge Resort &
Spa. Menerusi rangkaian hotel dan resort tersebut sehingga kini beliau mempunyai lebih 1000
bilik yang melibatkan pelaburan lebih RM400 juta.
Bagi MK Pelaburan sebanyak RM400 juta itu satu pelaburan yang besar. Boleh
diandaikan kita sebagai pemain industri perhotelan yang serius di dalam arena ini. Walaupun
begitu beliau tidak menekankan untuk bersaing, tapi mengambil kira komplemen kerana siapa
sahaja yang datang ke negara kita ia adalah pendapatan kepada negara..
Penglibatan beliau dalam arena pelancongan bukanlah didorong atas faktor mencari
keuntungan semata-mata. Malah soal kemanusiaan, pendidikan dan alam semulajadi juga tidak
pernah beliau kesampingkan.
Pembinaan projek di Bukit Merah Laketown Resort umpamanya, bukan sahaja
menekankan kepada soal pembangunan prasarana sahaja, malah pembangunan modal insan dan
kelestarian alam semulajadi turut diutamakan. Buktinya, projek kampung angkat Kampung
Selamat di pinggir projek Bukit Merah Laketown Resort menjadi kebanggaan beliau dan seluruh
warga MK Land apabila ramai penduduk kampung tersebut berjaya mengubah kehidupan kepada
yang lebih baik. Begitu juga dengan projek Pulau Orangutan yang menjadi teras kepada usaha
memelihara spesies haiwan yang terancam ini.
Beliau mula melabur dalam sektor perhotelan dari tahun 1998 setelah memastikan projek
hartanah yang diuruskan berada dalam keadaan yang stabil. Projek hotel ini juga adalah satu
cara untuk beliau membantu anak bangsa sendiri kerana jumlah pekerja-pekerja yang berada
dalam industri perhotelan ini adalah sungguh ramai.

ANUGERAH YANG DITERIMA

Tan Sri telah diberikan beberapa anugerah sebagai penghargaan terhadap sumbangan
besar yang beliau curahkan sepanjang tempoh kerjaya beliau yang cemerlang. Antaranya,
Anugerah Usahawan Cemerlang Selangor pada tahun 1995 oleh Dewan Perniagaan Melayu
Selangor, FIABCI Property Man of The Year Award 1997 serta Anugerah Personaliti Cemerlang
Industri Pembangunan Tahun 2001 daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)
Malaysia.
Selain itu, Beliau juga telah menerima Anugerah Fellowship DPMMKL 2002 daripada
D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Agong dan Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah 2003 daripada Raja
Muda Perak. Tan Sri juga telah dicalonkan untuk menerima Ernst & Young Entrepreneur Award
2002 dalam Kategori ,,Master Enterpreneur.

PANDANGAN DAN MENGAPA USAHAWAN INI DIANGGAP BERJAYA

Pengalaman lebih 30 tahun dalam mengharungi pahit manis sebagai pemaju hartanah
banyak mengajarnya tentang erti kehidupan. Jiwanya kental, semangatnya tinggi! Bila bercakap
soal anak bangsa dan kemanusiaan beliau tangkas bersemangat. Begitulah Tan Sri Datuk (Dr.)
Mustapha Kamal, seorang insan hebat yang ternyata tajam fikirannya dalam merencanakan
wawasannya. Meskipun beliau mempunyai aset berbilion ringgit, namun sifat rendah dirinya
membuatkan siapa sahaja rasa selesa tatkala berada bersamanya.
Tokoh penting dalam sektor hartanah ini benar-benar seorang yang cukup tegas dan
berjiwa pendidik. Banyak pengajaran yang saya peroleh daripada beliau, antara pengajaran yang
cukup penting ialah : kita sebenarnya selalu tersilap dalam membina soalan untuk diri kita
sendiri, atau dengan kata lain, kita sering bertanyakan soalan yang salah untuk diri kita. Dan
apabila kita bertanyakan soalan yang salah, maka sudah pasti jawapannya juga adalah
salah.Untuk menjadi orang yang berjaya, kita haruslah bertanya kepada diri kita melalui soalansoalan yang relevan dan mampu memberikan momentum untuk kita bertindak, dan bukan
soalan-soalan yang menyebabkan kita lebih menjadi pasif dan negatif.
Untuk berjaya, kita harus membina pertanyaan-pertanyaan yang memberangsangkan diri
kita untuk bertindak dan bergerak ke hadapan. Amalkan soalan-soalan yang konkrit dan objektif,
agar otak dan minda kita berfungsi dengan lebih kemas dan matang.. katanya
Selain itu, beliau adalah seorang yang barani mengambil risiko. Selepas berbincang
dengan keluarganya, dia menetapkan minda dan sanggup meletakkan jawatantan untuk
menempuh cabaran menjadi usahawan muda. Beliau juga berani membangunan Bandar Baru
Sungai Buloh yang pernah dilabel pusat pesakit kusta kedua terbesar di dunia itu.
Ia projek perumahan kos rendah di kawasan yang bermasalah. Ahli perniagaan yang
berhati-hati sudah tentu tidak berminat.. katanya.
Baginya, perniagaan yang diusahakannya berdasarkan pengalaman, minat dan common
sense itu bukan setakat membina rumah dan kemudian menunggu wang keuntungan mengalir
masuk.Membina dan menjual rumah bukan semata-mata kejayaan dari segi kewangan, tetapi

lebih daripada itu... ia mengenai kepuasan peribadi, katanya yang dikenali sebagai seorang yang
kuat bekerja dan amat mementingkan disiplin.
Beliau juga banyak melibatkan diri dalam projek-projek besar. Projek perumahan
Damansara Perdana dan Damansara Damai, kedua-duanya di Petaling Jaya. Projek itu, dengan
lokasinya yang strategik, iaitu dalam Segi tiga Emas Petaling Jaya. Kawasan itu kini muncul
sebagai pusat membeli belah, fesyen, makanan dan hiburan dengan pusat membeli belah seperti
One Utama, IKEA, Tesco, IKANO, The Curve dan Cathay Cineleisure.
Selain itu, Taman Bunga Raya di kawasan Bukit Beruntung iaitu bernilai RM840 juta,
projek perumahan Cyberia di Cyberjaya, projek Bukit Merah Laketown Resort di Taiping, Perak
iaitu bernilai RM3 bilion dan Langkawi Lagoon.

KESIMPULAN
Dunia perniagaan menghidangkan ruang yang mencabar hawa nafsu, kerana ia
melibatkan aktiviti yang menghimpunkan kekayaan dan peluang untuk menggunakan jalan
singkat sehingga menghalalkan segala kaedah seperti menipu dan merosakkan alam sekitar.Para
usahawan perlu memahami prinsip-prinsip keushawanan dan mengamalkannya dalam usaha
mereka mencapai kejayaan dalam perniagaan.Usahawan bukan hanya perlu bermotifkan
keuntungan dan kepuasan diri, tetapi lebih penting lagi mereka perlu mempunyai tanggungjawab
kepada penguna.Seorang usahawan tidak boleh hanya mengejar kekayaan, tetapi mereka juga
hendaklah memastikan kepentingan penguna terpelihara, tidak merosakkan alam sekitar, tidak
tamak, menjauhi rasuah dan bersikap amanah.

RUJUKAN

1. http://kisahjutawan.blogspot.com/2009/02/jutawan-hartanah-tan-sri-mustaphakamal.html
2. http://saifulamargroup.blogspot.com/2010/12/kisah-kejayaan-tan-sri-mustaphakamal.html
3. http://www.mkland.com.my/corporate/webs/bod_details.php?id=1
4. http://muslimkaya.blogspot.com/2007/04/jutawan-muslim-mk-berhijrah-jadi.html
5. http://pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=321
6. http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-245510.html
7. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130109/re_06/Sayamahuberibalikkepadaba
ngsasayaMK
8. http://aktivispelancongan-azlie.blogspot.com/2013/08/aspirasi-pelancongan-tan-sridatuk-dr.htm
9. Building Passion With Mustapha Kamal

Anda mungkin juga menyukai