Anda di halaman 1dari 20

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PASIR MAS

DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK KUASA


SEMESTER 2
DUA20062 PENGAJIAN MALAYSIA
TUGASAN 2
TAJUK TUGASAN : MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

NAMA NO MATRIKS GAMBAR

MUHAMMAD HARITH
ARSYAD BIN MOHD 222041
BAKRI

MUHAMMAD THAQIF BIN


222052
MOHD ZAINI

MUHAMMAD AMIRUL
222037
AIMAN BIN ZULKIFLE

MUHAMMAD AIMAN
222036
MUKHLIES BIN AZAHAR

PENSYARAH : PUAN MASTURA BINTI YAHYA


SESI AKADEMIK : JANUARI-JUN 2023
PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan Bismillahirahmanirahim

Alhamdullilah, bersyukur kami kehadrat ilahi kerana dengan limpahan rahmat yang dikurniakan
oleh-Nya, kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan ingin
kami ucapkan kepada pensyarah kami, Puan Mastura Binti Yahya kerana dengan tunjuk ajar
serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini tepat pada
masanya.

Jutaan terima kasih juga ingin kami ucapkan kepada kedua ibu bapa kami yang banyak
memberikan sokongan moral dan galakan sepanjang proses menyiapkan kerja tugasan ini. Tidak
lupa juga, ucapan penghargaan ini kami tujukan kepada rakan-rakan yang turut memberi
peringatan dan sebagai pemudahcara. Mereka membantu kami dengan menjawab setiap
kemusykilan umum yang kami utarakan. Akhir kata, kami ucapkan terima kasih kepada semua
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang pembikinan kerja tugasan ini.
Terima kasih setinggi langit. Kami amat menghargainya.

1
ISI KANDUNGAN

NO TAJUK M/S
1. MUKA SURAT DEPAN 0
2. PENGHARGAAN 1
3. ISI KANDUNGAN 2
4. ABSTRAK 3
5. PENGENALAN 4
6. 2 .ISI UTAMA : PERANAN MARA DALAM 5-12
MELAHIRKAN GOLONGAN USAHAWAN

7. 4 PENDAPAT PENULIS 13-14


4.1. HARITH ARSYAD
4.2. THAQIF
4.3. AMIRUL AIMAN
4.4. AIMAN MUKHLIES
8. 5 KESIMPULAN 15
9. 6 RUJUKAN 16
10. 7 LAMPIRAN 17-18

2
MAJLIS AMANAH RAKYAT
(MARA)

ABSTRAK

Apabila disebut Majlis Amanah Rakyat (MARA) perkara pertama dikaitkan ialah hal ehwal
ekonomi dan sejak MARA ditubuhkan, fokus utama ialah keusahawanan. Ini kerana kita
percaya, kelangsungan sesuatu bangsa adalah melalui keusahawanan. Bagaimanapun untuk
berjaya, Bumiputera mesti mempunyai ilmu pengetahuan atau pendidikan, maka sektor
pendidikan diwujudkan dengan pembinaan institut latihan dan pendidikan. Hala tuju MARA
sangat jelas, bermatlamat memperkasakan penguasaan ekonomi dan peningkatan pemilikan
ekuiti terutama melalui aktiviti keusahawanan. Namun, pendidikan dan pelaburan, iaitu
menjadikan MARA itu sangat dekat dengan industri, harus bergerak seiring. Barulah hasrat
MARA akan tercapai. Motto MARA sendiri, 'keusahawanan dan pendidikan global,' bukan
'pendidikan dan keusahawanan global.' Ada sebab kenapa keusahawanan disebut dahulu. Ramai
masyarakat Malaysia (bumiputera) yang tidak tahu apa sebenarnya tujuan penubuhan MARA.
Rata-rata hari ini membuat pinjaman dengan pihak yang tidak sepatutnya bertujuan
menjadikannya sebagai modal untuk memulakan perniagaan sebaliknya mereka boleh
menggunakan khidmat MARA untuk memperoleh modal perniagaan dan pelbagai manfaat yang
akan diperolehi. Bincangkan peranan MARA dalam usaha untuk melahirkan golongan usahawan
yang mantap serta menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan dalam kalangan
masyarakat di Malaysia? Di akhir kajian ini, kami dapat mengetahui tentang latar belakang
penubuhan MARA, peranan Majlis Amanah Rakyat ataupun MARA serta manfaat yang
diperolehi oleh usahawan bumiputera apabila bekerjasama dengan MARA.

3
1.0 PENGENALAN

Majlis Amanah Rakyat (MARA) ialah sebuah agensi di bawah kuasa Kementerian Kemajuan Desa dan
Wilayah yang ditubuhkan pada1 Mac 1966. Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah ditubuhkan sebagai
sebuah badan berkanun di bawah Akta MARA 1966.Tanggungjawab utama Majlis adalah bagi memaju,
menggalak, memudah serta melaksanakan pembangunan sosioekonomi dan kemasyarakatan khususnya di
kawasan luar bandar. Objektif utama penubuhan MARA adalah untuk menambah dan meningkatkan
penyertaan kaum Bumiputera dalam kegiatan perdagangan dan perindustrian serta meningkatkan taraf
ekonomi dan sosial Bumiputera sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru. Ini dilakukan dengan menggalak,
membimbing, melatih dan membantu Bumiputera dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah
pembentukan masyarakat peniaga Bumiputera yang berjaya.

Penubuhan MARA adalah berasaskan cetusan idea dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama
yang telah diadakan pada tahun 1965 di Kuala Lumpur. Melalui Kongres tersebut, resolusi yang mahukan
agar RIDA disusun semula telah diluluskan. RIDA atau Rural and Industrial Development
Authority ditubuhkan pada tahun 1953 bagi membangun dan memajukan masyarakat di kawasan luar
bandar. Pada tahun 1965 Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur
mendesak  agar ekonomi orang Melayu diperkukuhkan. RIDA didapati tidak  berkemampuan  dan  tidak  
berkesan. RIDA disusun  semula dan ditukar nama kepada MARA. Sejak penubuhannya banyak
pembangunan dan kemajuan telah dicapai oleh MARA. Kekuasaan ekonomi Bumiputera menjadi cabaran
masa kini dan agenda utama MARA dalam usaha untuk memastikan Bumiputera mempunyai kedudukan
yang sewajarnya.

4
2.0 PERANAN MARA DALAM MELAHIRKAN GOLONGAN
USAHAWAN

2.1 Sesuai dengan objektif MARA iaitu menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera,
khususnya di  luar bandar, supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan perdagangan dan
perusahaan ke arah membentuk masyarakat usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, profesional
dan kukuh, banyak peranan badan kerajaan ini.

1. ProgramBerstruktur
Program ini dilaksanakan secara stand alone atau berpakej termasuk Latihan Keusahawanan,
Rancangan Perniagaan, Coaching, Penempatan Industri, Simulasi dan sebagainya meliputi aspek
berikut:
 Pembudayaan dan pewujudan
 Peningkatan dan pemantapan
 Pemerkasaan dan pengukuhan
Program latihan keusahawanan ini disasarkan kepada bakal usahawan dan usahawan di pelbagai tahap
iaitu di peringkat usahawan Start up atau T3 (kurang daripada 1 tahun), Protect atau Progressive (lebih 2
hingga 5 tahun) dan Scale Up atau Premier (5 tahun ke atas).

2. Coaching dan Mentoring
Program Coaching dan Mentoring adalah perkhidmatan professional daripada industri / pakar
perniagaan yang bertindak / berfungsi sebagai ‘pakar rujuk dan mentor’ berkaitan dalam bidang
seperti di bawah :
 Pembangunan & Kajian
 Pemasaran / Penjenamaan
 Perkhidmatan Konsultasi Profesional
 Kewangan / Perakaunan
 Persijilan dan Pemiawaian
 Teknologi , ICT dan Inovasi

5
3. KhidmatNasihat
Program Khidmat Nasihat adalah satu kemudahan yang disediakan oleh MARA kepada
usahawan dan bakal usahawan dalam mendapatkan bimbingan dalam membangunkan usahawan.
Program berbentuk outreach dan khidmat nasihat ini boleh diperolehi melalui 117 buah Pejabat
MARA Daerah dan juga 14 buah Pejabat MARA Negeri.

4. ProgramKhas
Program–program khas yang dianjurkan di bawah Sektor Keusahawanan merupakan program
yang dirangka untuk membangunkan usahawan dalam industri berpotensi secara berpakej.
Program khas juga termasuk program keusahawanan bertemakan ‘Turun Padang’ yang memberi
gambaran kepada aktiviti keusahawanan MARA secara keseluruhan dan holistik temasuk aktiviti
pendidikan, pelaburan dan penglibatan subsidiari MARA.

Program Khas yang dilaksanakan oleh Sektor Keusahawanan MARA melalui penglibatan Pejabat MARA
Negeri (PMN), Pejabat MARA Daerah (PMD), Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dan syarikat
subsidiari MARA. Program ini adalah merupakan platform untuk menyalurkan maklumat yang tepat dan
betul kepada masyarakat luar bandar mengenai program-program keusahawanan di bawah MARA dan
agensi-agensi keusahawanan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Antara program khas adalah seperti Program Wanita Inspirasi Ekonomi (WISE), MERCU, HIT
Barber, MARA in Fashion (MIF), Gate to Global (GTG), Beauty in Business (Biss).

PEMBANGUNAN USAHAWAN
MARA berperanan membangunkan usahawan Global yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya
saing selaras dengan matlamat Program Keusahawanan MARA.
Antara program yang disediakan adalah :
1. Melaksanakan latihan keusahawanan ke arah melahirkan usahawan Global.
2. Membangunkan teknousahawan dalam bidang-bidang berteknologi tinggi melalui kerjasama rakan
strategik.
3. Menyediakan kemudahan khidmat nasihat perniagaan bagi mengukuh dan meningkatkan keupayaan
usahawan dan perniagaan serta memenuhi keperluan ‘Global Standard'.
4. Menyediakan program pemasaran bersepadu bagi menembusi pasaran Global.
5. Mewujudkan jaringan strategik bagi Pembangunan Keusahawanan Holistik .

6
PEMBIAYAAN PERNIAGAAN
MARA memainkan peranan penting dalam perniagaan kaum Bumiputera sesuai dengan objektif agensi
ini iaitu untuk membangunkan usahawan berjaya dan inovatif, melahirkan modal insan global dan
berintegriti, menyumbang kepada pemilikan ekuiti dan, memudahkan sistem penyampaian. Dengan ini
kita dapat melihat sejauh mana MARA menyokong perniagaan terutamanya bagi kaum Bumiputera.

Kemudahan Skim Pembiayaan Perniagaan adalah meliputi sektor perniagaan yang tidak
bercanggah dengan konsep Islam seperti berikut : -
1. Pembuatan
Contoh :-Perusahaan perkilangan / industri berasaskan ;-

 Fabrikasi logam;
 Elektrik dan komponen elektronik;
 Makanan dan minuman;
 Plastik;
 Tekstil pakaian dan kulit;
 Percetakan dan penerbitan;
 Telekomunikasi;
 Memproses hasil pertanian;
 Lain - lain.
2. Perdagangan
Contoh :- Melibatkan urusan jual beli barangan seperti :-
 Pasar mini ( mini market);
 Peruncitan;
 Pemasaran keluaran barangan makanan dan minuman;
 Penjualan perabot;
 Pemasaran hasil pertanian;
 Pengendalian stesyen minyak;
 Lain - lain lagi.
 

7
3. Perkhidmatan
Contoh :- Melibatkan urusan jual beli dalam perkhidmatan yang diberikan seperti :-
 Guaman;
 Klinik;
 Perkhidmatan menyediakan makanan (restoran / kedai makan);
 Kedai gunting rambut (lelaki dan wanita);
 Kedai jahitan;
 Lain - lain lagi.
4. Pemborongan
Contoh :- Meliputi kerja - kerja kontrak pembinaan, bekalan dan perkhidmatan seperti :-
 Membina bangunan;
 Membuat jalan;
 Ubahsuai bangunan;
 Pendawaian elektrik;
 Lain - lain lagi.

Cara untuk mendapat pembiayaan dan pinjaman dengan MARA adalah dengan menghubungi
bahagian Pembagunan Usahawan MARA. Dua skim utama untuk mendapatkan pinjaman
perniagaan dengan MARA adalah Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE) dan Skim
Pembiyaaan Peningkatan Perniagaan (SPPP).

  Pinjaman dengan MARA adalah serendah RM 5000.00 sehingga RM 250,000.00. Syarat


utama untuk memohon adalah kaum Bumiputera atau berketurunan Melayu berumur 18 tahun ke
atas. Pemohon mesti mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang perniagaan yang
diceburi. Selain itu, pemohon mesti menjalankan perniagaan secara sepenuh masa. Syarat yang
seterusnya, pemohon hendaklah memberikan sumbangan modal pemohon 10% daripada kos
projek. 

Tambahan lagi, pemohon harus mempunyai lesen atau surat kebenaran daripada pihak
berkuasa dan mengemukan cagaran atau jaminan yang mencukupi. Pemohon dikehendaki

8
mengikuti Kursus Keusahawanan jika pengalaman dalam bidang perniagaan kurang daripada
enam bulan dan menjalani ujian Psikometri yang telah ditetapkan pihak MARA.

 PROGRAM USAHAWAN TEKNIKAL (PUTEK)


Program dikhaskan untuk :
1) Lepasan pelatih-pelatih institusi teknikal MARA seperti IKM, GiatMARA, IKTM, Infotech MARA,
FITEC dan lain-lain;
2) Lepasan pelatih-pelatih institusi teknikal awam dan swasta seperti IKBN, ILP, ILSAS dan lain-lain;
3) Siswazah dalam bidang teknikal.
Bidang Perniagaan
Keutamaan diberikan kepada perniagaan yang berasaskan bidang-bidang teknikal seperti berikut :
 Elektrik / Elektronik
 Automotif
 Jahitan Pakaian
 Kimpalan & Fabrikasi Logam
 Motosikal
 Mekanikal
 Teknologi Aluminium
 Kek & Pastri
 Komputer & Teknologi Komunikasi.
Lain-lain bidang mengikut penilaian keperluan dari semasa ke semasa
Pakej Kemudahan
Setiap usahawan yang menyertai program ini akan diberi bantuan secara pakej iaitu meliputi kemudahan
seperti berikut :
 Kemudahan latihan seperti kursus- kursus pembentukan usahawan, pengurusan perniagaan,
peningkatan kemahiran dan asas teknikal yang sesuai dengan bidang perniagaan masing-masing;
 Kemudahan sewaan peralatan dan mesin di bawah Skim Sewaan Peralatan dan Mesin PUTEK;
 Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Usahawan Teknikal di bawah Program Pembiayaan
Perniagaan MARA (tertakluk kepada kelayakan dan syarat - syarat pembiayaan);
 Perundingan dan Bimbingan Projek melalui Skim Pakarunding Usahawan MARA dan oleh
pegawai - pegawai pembimbing MARA;
 Pemantauan dan Susulan bagi menilai kemajuan dan perkembangan usahawan dari semasa ke
semasa.
9
 
Skim Sewaan Peralatan & Mesin (PUTEK)
Kemudahan ini adalah merupakan salah satu dari komponen yang ditawarkan dalam pakej program
PUTEK bagi membantu peserta membuat persediaan untuk memulakan perniagaan. Bantuan ini akan
dilaksanakan dalam fasa ke - 2 iaitu sebaik sahaja peserta berjaya menamatkan sepenuhnya program
latihan masing - masing.Bantuan diberikan kepada yang memerlukannya dengan cara menyewakan
peralatan dan mesin tersebut kepada peserta - peserta untuk satu tempoh masa yang ditetapkan, dan
selepas itu peserta-peserta mesti mengambilalih peralatan / mesin tersebut.

Syarat-syarat Penyertaan
- Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat berikut :
 Telah berjaya mengikuti sepenuhnya Program Latihan Pembentukan Usahawan Teknikal
(PUTEK) dalam Fasa I;
 Mempunyai tapak / premis / bengkel perniagaan sesuai mengikut penilaian pihak MARA;
 Mempunyai syarikat yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) samada
perseorangan, perkongsian atau sendirian berhad;
 Jenis peralatan / mesin yang dipertimbangkan adalah mengikut standard peralatan / mesin yang
ditetapkan dan dinilai oleh MARA;
 Pemohon hendaklah bukan seorang yang muflis dan hendaklah bebas dari sekatan undang -
undang jenayah dan sivil yang boleh menyebabkan mereka diambil tindakan mahkamah;
 Mengemukakan seorang keluarga terdekat seperti ibu / bapa, adik beradik atau ibu saudara / bapa
saudara sebagai rujukan untuk mengesahkan kedudukan latarbelakang pemohon;
 Usahawan mestilah mempunyai projek yang berdaya maju mengikut penilaian MARA;
 Tertakluk kepada had penyewaan & keperluan peralatan/mesin yang ditetapkan oleh MARA 

 Syarat & Peraturan Penyewaan


 Had Penyewaan : Minima RM3,000.00 | Maksima RM500,000.00
 Tempoh Sewaan : 2-5 tahun
 Kadar Sewaan Sebulan : 1% daripada nilai belian peralatan/mesin
 Masa Bernafas : 2 bulan daripada tarikh semua peralatan dan mesin yang
dipesan,dibekalkan,dipasang dan boleh digunapakai

10
 Deposit Sewaan : 2 bulan atas kadar sewaan bulanan yang dikenakan
 Kos Senggaraan : Atas tanggungan penyewa disepanjang tempoh penyewaan
 Surat Tawaran Penyewa : Dikeluarkan oleh MARA dan perlu dipersetujui oleh usahawan
sebelum menandatangani perjanjian penyewaan
 Perjanjian Penyewaan : Perlu menandatangani surat perjanjian penyewaan dengan pihak MARA
 Pengambilalih Oleh Penyewa : Penyewa MESTI mengambilalih peralatan / mesin yang disewa
sekurang-kurangnya selepas 2 tahun penyewaan dengan satu harga yang akan ditetapkan dan
dinilai oleh pihak MARA.
 
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang disediakan dan boleh
diperolehi daripada Pejabat-pejabat MARA Daerah dan Pejabat - Pejabat PUSMA di pejabat MARA
Negeri yang berhampiran.

KEMUDAHAN PENGELUARAN DAN PERINTISAN


Program Kemudahan Pengeluaran dan Perintisan (KPP) Bahagian Pembangunan Usahawan MARA
merupakan satu rangkaian kemudahan yang disediakan dalam membantu dan membangunkan usahawan
dalam perusahaan kecil dan sederhana melalui kaedah pembentukan etika keusahawanan, perintisan
perniagaan, kemudahan pengeluaran, galakan pengeluaran, pemindahan teknologi dan rawatan perniagaan
dan pengkomersilan.
Kemudahan Pengeluaran merupakan salah satu skop di bawah Program KPP selain daripada Perintisan
Perniagaan dan Pengkomersilan. Kemudahan ini merupakan satu pakej bantuan kepada usahawan sebagai
insentif untuk menjalankan perusahaan dalam pengeluaran sesuatu produk samada atas usaha sendiri atau
membangunkan produk yang dihasil oleh pusat R & D kerajaan atau swasta yang mempunyai nilai
komersil.

Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasar adalah usahawan sedia ada dan usahawan baru yang memerlukan bantuan untuk
menjalankan atau meningkatkan perniagaannya. Keutamaan diberikan kepada usahawan yang mempunyai
pengalaman dan pengetahuan dalam bidang yang akan atau sedang diceburi.

Jenis Kemudahan
Jenis kemudahan yang disediakan di bawah Program ini adalah :
1) Bantuan Bagi Pembangunan dan Peningkatan Produk

11
Bantuan bagi pembangunan dan peningkatan produk yang berkualiti dan mempunyai nilai komersil yang
dihasilkan oleh pusat R&D atau usahawan sendiri. Ciri produk yang ingin dibangunkan ialah:
 Produk baru yang diperkenalkan oleh usahawan atau peningkatan kualiti produk sedia ada.
 Produk yang dihasilkan dari Pusat R & D.
 Produk mempunyai nilai komersil.
 Produk yang tidak menyalahi undang-undang dan tatasusila masyarakat dan selamat digunakan.
 Pengusaha perlu mendapatkan sendiri pengesahan kualiti dan keselamatan produk dari badan-
badan yang ditauliahkan oleh kerajaan.

MARA akan membiayai sehingga 90% dari kos dan had maksima ialah RM 50,000 merangkumi item
berikut:

· Yuran konsultan (MARA akan menguruskan perlantikan perunding)


· Bahan mentah
· Kos ujian makmal (piawaian)
· Pembungkusan (packaging)
· Pembangunan jenama (Brand Development)

    i) Bumiputera
   ii) Berminat dan ingin melibat diri dalam perniagaan sepenuh masa
   iii) Berumur 20 - 35 tahun

2) Bantuan Bagi Peningkatan Kelengkapan / Mesin dan Sistem


Bantuan bagi peningkatan kelengkapan / mesin dan sistem bagi maksud pengeluaran produk yang
berkualiti. MARA membiayai pembelian kelengkapan sehingga 90% dari kos satu alatan / projek dan had
maksima ialah RM 500,000 dalam bentuk sewa beli.

12
3.0 PENDAPAT PENULIS

1.1 PELAJAR 1 (MUHAMMAD HARITH ARSYAD BIN MOHD BAKRI)


Pada pendapat saya, penubuhan MARA sebenarnya memberi impak yang sangat besar kepada ekonomi
negara terutama kepada bumiputera. Pihak MARA menawarkan banyak manfaat kepada bumiputera yang
baru sahaja ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan ataupun yang sudah lama melibatkan
diri dalam bidang ini. Bumiputera seharusnya mengambil langkah yang bijak dengan mengambil
kesempatan atas manfaat yang ditawarkan ini. Sesiapa yang mengabaikannya sudah pasti akan rugi oleh
kerana tawaran yang diberikan oleh MARA sudah pasti akan meringankan lagi beban yang akan
ditanggung apabila menceburi bidang keusahawanan ini. Tawaran ini ibarat `durian runtuh` kepada
bumiputera kerana tidak semua rakyat Malaysia dapat menikmatinya.

1.2 PELAJAR 2 (MUHAMMAD THAQIF BIN MOHD ZAINI)


Pada pendapat saya, pihak MARA perlu mengambil langkah yang lebih agresif dalam membantu serta
melahirkan usahawan-usahawan muda dalam kalangan bumiputera. Hal ini kerana ramai anak muda yang
ingin melibatkan diri dalam bidang keusahawanan namun hanya sekerat jalan sahaja kerana tiada
sebarang pertolongan yang dihulurkan dan putus asa begitu sahaja. MARA perlu memperbanyakkan lagi
program ceramah ,kempen serta kursus dalam bidang keusahawanan ini. MARA juga boleh
menggunakan platfom media sosial sebagai medium untuk mempromosikan sebarang aktiviti yang
dianjurkan.

13
1.3 PELAJAR 3 (MUHAMMAD AMIRUL AIMAN BIN ZULKIFLE)
Pada pendapat saya peranan mara dalam sektor keusahawanan ialah mengadakan Program Berstruktur.
Program ini dilaksanakan secara stand alone atau berpakej termasuk latihan keusahawanan, rancangan
perniagaan, coaching, penempatan industri, simulasi, pembudayaan ,pewujudan,
peningkatan ,pemantapan, pemerkasaan dan pengukuhan. Program latihan keusahawanan ini disasarkan
kepada bakal usahawan-usahawan di pelbagai tahap. Hala tuju MARA sangat jelas, bermatlamat
memperkasakan penguasaan ekonomi dan peningkatan pemilikan ekuiti terutama melalui aktiviti
keusahawanan.

1.4 PELAJAR 4 (MUHAMMAD AIMAN MUKHLIES BIN AZAHAR)


Pada pendapat saya, MARA memainkan peranan penting dalam perniagaan kaum Bumiputera sesuai
dengan objektif agensi ini iaitu untuk membangunkan usahawan berjaya dan inovatif, melahirkan modal
insan global dan berintegriti, menyumbang kepada pemilikan ekuiti dan, memudahkan sistem
penyampaian. Apabila disebut MARA, perkara pertama dikaitkan ialah hal ehwal ekonomi dan sejak
MARA ditubuhkan, fokus utama ialah keusahawanan. Ini kerana kita percaya, kelangsungan sesuatu
bangsa adalah melalui keusahawanan. Bagaimanapun untuk berjaya, Bumiputera mesti mempunyai ilmu
pengetahuan atau pendidikan, maka sektor pendidikan diwujudkan dengan pembinaan institut latihan dan
pendidikan. Harapan saya adalah, pada suatu hari nanti lebih ramai usahawan bumiputera yang berjaya
dapat dilahirkan oleh MARA dan dapat membawa nama Malaysia ke persada dunia dalam bidang
keusahawanan ini.

14
4.0 KESIMPULAN

Sejak penubuhan Majlis Amanah Rakyat, banyak pembangunan dan kemajuan telah dicapai oleh MARA.
Kekuasaan ekonomi Bumiputera menjadi cabaran masa kini dan agenda utama MARA dalam usaha untuk
memastikan Bumiputera mempunyai kedudukan yang sewajarnya. Malah untuk menjamin pendidikan
kaum bumiputera terus berkembang pesat MARA juga bertanggung-jawab menyediakan kemudahan-
kemudahan pendidikan kepada golongan ini diantaranya adalah pusat-pusat latihan kemahiran, pinjaman
kewangan, nasihat dan bimbingan. Bumiputera harus memanfaatkan segalanya yang ditawarkan oleh
MARA. Kami berharap pihak MARA terus komited membantu khususnya golongan bumiputera dalam
segenap hal bagi meningkatkan kemajuan ekonomi Malaysia. Hal ini sekali gus dapat melahirkan modal
insan yang berkualiti dalam kalangan bumiputera dan mewujudkan suasana bersatu padu antara rakyat
dan kerajaan bak kata pepatah bersatu teguh, bercerai roboh.

15
6 RUJUKAN (CONTOH)

SUMBER BUKU

Buku sejarah tingkatan 5 ( bab 8)

 SUMBER INTERNET

https://pekhabar.com/h-i-d-s-majlis-amanah-rakyat-mara-ditubuhkan/

https://www.mara.gov.my/bm/info-mara/profil/

https://www.mara.gov.my/bm/sektor-keusahawanan/

SUMBER AKHBAR

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/717219/mara-tumpu-empat-teras-
lonjak-ekonomi-bumiputera

16
7 LAMPIRAN

17
18
19

Anda mungkin juga menyukai