Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PERLIS
01000 KANGAR
PERLIS

GISC1082
ISU SEMASA DAN CABARAN MASA DEPAN

Nama : MUHAMMAD HARITH HABEEL BIN


ABU BAKAR
No. K/P : 040302-08-0357
Angka Giliran : 2022232310080
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2022
Unit : BM D
Nama Pensyarah : USTAZAH NAZIMAH
BINTI NGAH
Tarikh Hantar : 31 MAC 2023
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengakuPEMERIKSA
bahawa tugasan pentaksiran berterusan
PENGESAHAN PELAJAR
MODERATOR
ini adalah hasil kerja saya
Markah
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang Markah
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
ISI rujuki dan fahami.
Tandatangan Tandatangan : _____________________
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh
Tandatangan
Cop Pelajar:__________________________Tarikh
Cop : _____________________

Tarikh Tarikh

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENGHARGAAN 3

2 1.0 PENGENALAN 4
3 2.0 PELAKSANAAN MALAYSIA SEBAGAI HUB HALAL 4
ANTARABANGSA MEWUJUDKAN KEMAKMURAN BERSAMA

2.1 MEMACU PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA 5

2.2 PENINGKATAN KEDUDUKAN MALAYSIA DALAM 5


PASARAN GLOBAL

2.3 PENINGKATAN TEKNOLOGI DAN PEMASARAN 6


NEGARA

2.4 KESEJAHTERAAN MASYARAKAT TERPELIHARA 6

4 3.0 PENUTUP 7

5 SUMBER RUJUKAN 8

2
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan hasil dan berkat-Nya, saya
berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus yang bernama Isu Semasa dan Cabaran Masa
Depan beserta kod GISC1082 dengan jayanya. Walaupun saya menghapapi sedikit
kesulitan dan cabaran dalam menyiapkan kursus ini, namun saya tetap tabah dan berusaha
sedaya upaya dalam menyiapkan kerja kursus yang telah diamanahkan ini dalam tempoh
yang diberikan.

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah atau
pembimbing kerja kursus ini, iaitu Ustazah Nazimah binti Ngah telah banyak menolong dan
memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini tanpa rasa jemu.
Segala ilmu dan nasihat yang beliau berikan adalah amat bermakna dan memberi manfaat
kepada diri saya bukan sahaja dalam menyiapkan kursus ini malah dalam kehidupan kita
sebagai manusia.

Seterusnya, sekalung penghargaan untuk kedua ibu bapa saya yang tidak pernah jemu
membantu saya dari segala aspek. Mereka sentiasa memberikan semangat kepada saya
dan ianya amat membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Rakan-rakan seperjuangan
saya juga sedikit sebanyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya dapat
berbincang dan mendengar segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan mereka.

Akhir sekali, saya berharap agar segala tugasan dan hasil kerja yang saya lakukan ini dapat
menambahkan ilmu pengetahuan dan member manfaat kepada saya di samping dapat
mendidik dan membimbing saya ke arah menjadi seorang warga pendidik yang
bertanggungjawab agar dapat melahirkan insan yang cemerlang dan berbakti kepada
negara.

3
1.0 PENGENALAN

Sebagai permulaan, marilah kita mengenali halal itu sendiri Halal berasal daripada kalimah
Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak (Portal JAKIM,
2013). Halal adalah salah satu daripada hukum Islam. Halal adalah sesuatu perkara,
benda, atau perbuatan yang diizinkan dan dibolehkan. Sebagai contohnya, berjalan, tidur,
meniduri isteri, makan haiwan yang telah disembelih dengan nama Allah. Istilah ini dalam
kosakata sehari-hari lebih sering digunakan untuk merujuk kepada makanan dan minuman
yang diizinkan untuk dijualbeli menurut Islam. Sedangkan dalam konteks yang lebih luas
istilah halal merujuk kepada segala sesuatu yang diizinkan menurut hukum Islam. Lawan
dari halal adalah haram.

Seterusnya, hub halal dapat ditakrifkan sebagai aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan
pengedaran produk halal oleh pengeluar atau syarikat yang telah melepasi piawaian yang
telah ditetapkan oleh agensi tertentu yang mempunyai leluasa seperti Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim). Konsep halal adalah berdasarkan ajaran agama Islam.

2.0 PELAKSANAAN MALAYSIA SEBAGAI HUB HALAL ANTARABANGSA


MEWUJUDKAN KEMAKMURAN BERSAMA

Di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12), industri halal telah dikenal pasti
sebagai industri yang penting secara strategik dan berimpak tinggi, yang akan meningkatkan
keupayaan dan keupayaan Malaysia dalam meningkatkan pembangunan tenaga kerja halal,
mempromosikan industri termasuk penyertaan Bumiputera untuk membangunkan,
meningkatkan daya saing produk, dan menjadikan Malaysia hab Halal antarabangsa. Sektor
produk halal negara mempunyai potensi yang luas sebagai sumber pendapatan yang
kompetitif untuk ekonomi negara. Dengan wujudnya model ekonomi baharu (MBE) negara,
industri produk halal bukan sahaja memberi sumbangan besar dan ampuh kepada
pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara, malah turut menekankan usaha menjana
sumber baharu mampu memacu ekonomi negara.

4
2.1 MEMACU PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA

Ekonomi negara amatlah penting bagi negara kita agar dapat bersaing dengan negara-
negara maju yang lain. Maka, pelbagai cara yang boleh dilakukan dalam meningkatkan
ekonomi negara antaranya daripada Malaysia yang merupakan hub halal antarabangsa.
Industri halal dijangka menyumbang kepada 8.1 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar
(KDNK) dan penjanaan pendapatan eksport berjumlah RM56 bilion pada 2025, demikian
menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dikeluarkan Unit Perancang
Ekonomi (EPU). Oleh itu, pembangunan industri halal akan diperkukuh bagi melahirkan
pemain industri halal tempatan yang berdaya saing dalam merebut peluang pasaran halal
global yang lebih besar. Dalam RMK-11, industri halal berkembang pada kadar purata 5.5
peratus setahun manakala nilai eksport halal telah meningkat sedikit pada kadar 0.8 peratus
setahun daripada RM39.4 bilion kepada RM40.6 bilion dalam tempoh 2016 hingga 2019.

2.2 PENINGKATAN KEDUDUKAN MALAYSIA DALAM PASARAN GLOBAL

Kedudukan Malaysia dapat ditingkatkan dalam pasaran global melalui hub halal ini. Hal ini
demikian kerana, Malaysia mempunyai keupayaan secara cekap, mudah dan cepat dalam
menarik pelbagai produk halal masuk dan keluar dari pasaran Malaysia. Kehadiran
pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor mampu mengendalikan perdagangan bernilai lebih dan
menawarkan kemudahan gudang yang dilengkapi dengan semua peralatan moden yang
mampu memenuhi corak dan kapasiti perdagangan semasa. Malaysia juga merupakan satu-
satunya negara Islam yang mengeluarkan sijil halal kepada pelbagai produk makanan halal
dan mempunyai logo halal yang sah. Perkara ini merupakan aset yang bernilai bagi negara
agar dapat memartabatkan hub halal di persada dunia. Maka, jelaslah bahawa hub halal
Malaysia dapat meningkatkan kedudukan negara dalam pasaran.

5
2.3 PENINGKATAN TEKNOLOGI DAN PEMASARAN NEGARA

Teknologi merupakan elemen yang sudah tidak asing lagi dalam globalisasi kini. Maka,
peningkatan teknologi amatlah digalakkan pada zaman sekarang. Malaysia sebagai hub
halal dapat meningkatkan kemajuan teknologi ini. Pertama sekali, dengan adanya hub halal
ini maka ia secara tidak langsung menggalakkan penglibatan para pelabur antarabangsa
melabur di Malaysia dalam industri-industri terutamanya yang halal. Sebagai contoh,
negara-negara Islam sedunia seperti Dubai, Arab dan lain-lain. Selain itu, ia juga dapat
menarik teknologi-teknologi pemprosesan dan pembungkusan dalam industri herba seperti
negara Korea Selatan, Taiwan dan China. Secara tidak langsung, ia juga daoat
mempromosikan negara kita lalu meluaskan pasaran di negara kita ke arah yang lebih baik.
Maka, jelaslah bahawa hub halal Malaysia dapat meningkatkan teknologi dan meluaskan
pasaran.

2.4 KESEJAHTERAAN MASYARAKAT TERPELIHARA

Kesejahteraan masyarakat adalah salah satu perkara yang perlu dijaga dalam suatu negara
yang maju seperti negara kita. Bagaimana kita dapat menjaga kesejahteraan dengan hub
halal Malaysia ? Terdapat pelbagai kelebihan hub halal ini seperti ia dapat menyediakan
peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan mahupun penduduk asing yang datang ke
Malaysia. Kesannya, kadar pengangguran di Malaysia dapat dikurangkan sekaligus dapat
mengurangkan rakyat-rakyat yang dapat menurunkan nilai ekonomi Malaysia. Kadar
kemiskinan juga dapat diturunkan. Hal-hal seperti ini dapat meningkatkan taraf hidup rakyat
dan taraf negara kita agar dapat bersaing dengan negara-negara di persada dunia.
Kesejahteraan rakyat juga dapat dipelihara dan kehidupan mereka akan berada dalam
keadaan aman dan sejahtera. Maka, jelaslah bahawa hub halal Malaysia dapat menjaga
kesejahteraan rakyat.

6
3.0 PENUTUP

Kesimpulannya, walaupun revolusi industri 4.0 ini telah membawa banyak cabaran dan
risiko kepada dirinya, masyarakat dan negara, pembangunan revolusi ini harus diteruskan
dengan menambah baik setiap kekurangan yang ditimbulkan oleh revolusi ini. Ini kerana jika
Revolusi Perindustrian 4.0 tidak diteruskan, Malaysia akan sentiasa mempunyai jurang lama
tanpa kemajuan dalam bidang teknologi dan digital. Oleh itu, penekanan dan pendidikan
yang kuat kepada golongan belia iaitu remaja untuk mengetahui sebanyak mungkin tentang
revolusi semasa kerana mereka adalah golongan yang meneruskan kemajuan negara.
Walaupun cabaran dan risiko revolusi ini amat mencabar dan tidak mudah dihadapi, rakyat
Malaysia harus bekerjasama dan menyokong antara satu sama lain agar sentiasa
mengekalkan dan mampu bersaing secara perlahan dengan negara lain.

7
SUMBER RUJUKAN

Dr. Hj. Ismail bin Said, Dr. Jauriah binti Md Sazali, Dr. Siti Noor Aneeis binti Hashim dll.
(2023).

Isu Semasa dan Cabaran Masa Depan. Puchong, Selangor ; Local Publications (M)
Sdn Bhd.

Shukri, M. (2020, April 2). Revolusi industri 4.0 cabaran & peluang. Jurnal Perspektif TSIS,2.

Suhaimi Ab. Rahman, Jafri Abdullah (2019, Mac 26). Pengurusan Produk Halal di Malaysia.

Kuala Lumpur ; UPM Press.

Norain, B. , Shajianah, A. & Hasmidah, O. (2020,January). Cabaran revolusi industri 4.0.

Satu Proposisi Berganda Mahasiswa & Graduan Universiti.

Malaysia Sebagai Hub Produk Halal, diakses pada 17 Ogos 2012, dari laman web :

http://titasholic.blogspot.com/2012/08/malaysia-sebagai-hub-produk-halal.html

Malaysia sebagai pusat halal global, diakses pada 24 Februari 2014, dari laman web :

https://www.researchgate.net/publication/
309314768_Malaysia_sebagai_pusat_halal_global_Satu_penemuan_awal_menge
nai_persepsi_halal_dalam_kalangan_pengguna_di_Malaysia

Anda mungkin juga menyukai