Anda di halaman 1dari 17

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PENDIDIKAN AKHLAK TERHADAP


REMAJA MUSLIM

MUHAMMAD ZULFAHMI BIN MOHD RAZIT 2020223694


NUR ALIA NAJIHAH BINTI ASMADI 2020625872
NUR SYAFIQAH BINTI SHUKRAN 2020259596
FARAH ZULIEKA BINTI ZULKEPLI 2020854984

Laporan Kerja Lapangan yang Dikemukakan bagi


Memenuhi Keperluan Kursus
CTU152 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN 1

Akademi Pengajian Islam Kontemporari

MAC 2021-JULAI 2021


DEKLARASI PENULIS

“Kami mengakui bahawa kertas kerja ini adalah merupakan hasil kerja yang
dilakukan oleh kami sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang tiap-
tiap satunya telah kami jelaskan akan sumber-sumbernya.”

NAMA NOMBOR KUMPULAN TANDATANGAN


PELAJAR
MUHAMMAD ZULFAHMI 2020223694 PHM1102C2 zul
BIN MOHD RAZIT
NUR ALIA NAJIHAH BINTI 2020625872 PHM1102C1
ASMADI
NUR SYAFIQAH BINTI 2020259596 PHM1102C1
SHUKRAN
FARAH ZULIEKA BINTI 2020854984 PHM1102C1
ZULKEPLI

Tarikh: 22/05/2021

TANDATANGAN PENSYARAH

…………………………………………..
EMIE SYLVIANA BINTI MOHD ZAHID (DR)

ii
PEMARKAHAN

PENILAIAN KERTAS KERJA


BIL KRITERIA MARKAH ESEI MARKAH MARKAH
PENUH DIPEROLEHI
1 Pengenalan (Penyataan Masalah, 2
persoalan, Objektif)
2 Isi dan Huraian (4 isi) 8
3 Cadangan dan Kesimpulan 2
4 Rujukan 4
5 Etika dan Moral Profesional 4
JUMLAH 20

iii
ABSTRAK

Pendidikan akhlak terhadap remaja Muslim adalah penting kerana menjaga


akhlak adalah suatu perkara yang disuruh dan ianya sangat mulia. Remaja
yang berakhlak dapat menjamin kesejahteraan negara kerana tidak akan
berlaku lagi pergaduhan yang berpanjangan akibat masalah akhlak atau
adab. Jadi, remaja zaman sekarang perlu diberi pendedahan dan perhatian
dalam isu akhlak sejak dari kecil. Pendidikan akhlak dari awal dapat
melahirkan seorang remaja yang beradab serta disanjungi. Remaja
merupakan masa depan negara kerana merekalah yang akan menjaga
keselamatan dan kesejahteraan negara di masa hadapan. Dalam kertas kerja
ini, kami akan menerangkan tentang pengenalan terhadap pendidikan akhlak
terhadap remaja, penyataan masalah serta objektif kajian, kesan dan
kepentingan akhlak terhadap remaja Muslim, langkah-langkah melahirkan
remaja yang berakhlak dan kesimpulan.

ii
PENGHARGAAN

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT tuhan semesta alam. Selawat dan
salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para
sahabat serta mereka yang mengikut jejak langkah serta perjuangan Baginda
sehingga hari akhirat. Pengkaji memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran
kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat serta inayahNya
dapat disempurnakan tesis ini.

Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan


ustazah Emie Sylviana Binti Mohd Zahid penyelia yang telah banyak memberi
bimbingan tunjuk ajar, nasihat dan pandangan sepanjang penulisan kajian ini.
Semoga Allah membalas segala jasa baik beliau dengan sebaik-baik ganjaran
dan dilimpahkan rahmat ke atas beliau dan keluarga. Juga buat semua ahli
kumpulan dan rakan-rakan lain yang secara langsung atau tidak dalam
membantu saya menyiapkan kajian ini.

ii
ISI KANDUNGAN

DEKLARASI PENULIS................................................................................................................ii
PEMARKAHAN...........................................................................Error! Bookmark not defined.
ABSTRAK....................................................................................Error! Bookmark not defined.
PENGHARGAAN......................................................................................................................... ii
ISI KANDUNGAN........................................................................................................................ 3
BAB 1 PENGENALAN................................................................................................................4
1.1 Pengenalan................................................................................................................ 4-5
1.2 Penyataan Masalah.......................................................................................................5
1.3 Persoalan Kajian........................................................................................................5-6
1.4 Objektif Kajian............................................................................................................... 6
BAB 2 PERBINCANGAN............................................................................................................ 7
2.1 Isi 1 (memupuk sifat jujur dan berterus-terang dalam diri remaja)......................................7
2.2 Isi 2 (melatih diri supaya lebih berdisiplin).......................................................................7-8
2.3 Isi 3 (ibu bapa merupakan faktor utama dalam membentuk akhlak remaja).......................8
2.4 Isi 4 (rakan sebaya)............................................................................................................9
BAB 3 CADANGAN DAN KESIMPULAN...................................................................................9
5.1 Cadangan...................................................................................................................... 9
5.1.1 Kerajaan........................................................................................................................... 11
5.1.2 Masyarakat....................................................................................................................... 10
5.2 Kesimpulan.................................................................................................................. 12
RUJUKAN................................................................................................................................. 13

3
1.1 Pengenalan

Assalamuallaikum Warahmatullahhiwabarakatuh, disini kami Nur Alia Najihah, Nur


Syafiqah , Farah Zulieka dan Zulfahmi ingin mengetengahkan tentang isu pendidikan
akhlak terhadap remaja muslim. Mengapa akhlak remaja muslim dikatakan penting
penting? Ini kerana remaja merupakan pewaris generasi hadapan kelak. Untuk
pengetahuan yang lebih mendalam akhlak bermaksud perangai atau sifat yang terdapat
dalam diri seseorang individu. Setiap individu mempunyai akhlak tersendiri dan berbeza
- beza. Akhlak bukanlah sesuatu yang tetap, ia boleh berubah menjadi bagus atau
sebaliknya. Dengan itu, remaja memerlukan didikan yang bagus untuk membentuk
akhlak yang kurang bagus kepada bagus serta menambah baik akhlak yang sedia ada
dalam diri remaja muslim. Umumnya remaja adalah individu yang berumur dari 18
tahun hingga ke 26 tahun. Pada umur yang sedemikian kita dapat spekulasikan mereka
sebagai golongan individu yang sedang menuju ke fasa atau arah kematangan diri
untuk menjadi dewasa. Dalam jangka umur ini, remaja sentiasa mempunyai perasaan
ingin mencuba perkara baharu tanpa berfikir panjang dan memikirkan kesannya
kelak.Pendidikan bermaksud mendidik seseorang individu serta memberikan lebih ilmu
untuk diterapkan dalam diri masing-masing. Oleh itu, pembentukan akhlak remaja
muslim harus diberi perhatian lebih mendalam terhadap golongan ini agar akhlak
mereka dapat dibendung. Keruntuhan akhlak mereka boleh menyebabkan kerosakkan
pada masyarakat kelak.

Islam adalah agama yang suci dan amat menitik beratkan akhlak individu muslim.
Aspek ini ditekankan kerana merupakan sebahagian daripada agama islam itu sendiri.
Dengan pendidikan akhlak yang mengikut nilai keagamaan dapat membentuk ,
menjamin serta melahirkan remaja muslim yang berkualiti akhlaknya. Seperti kita sedia
maklum , pendidikan akhlak dalam diri remaja muslim ini perlu dititikberatkan kerana
pada masa kini kita dapat lihat sudah terang lagi bersuluh akhlak mereka mengalami
kemerosotan dan kian runtuh hari demi hari. Akhlak yang bagus bukan sahaja
membuatkan orang disekeliling mereka tenang, selesa malah menjadikan remaja
4
tersebut seorang yang beradap dengan keperibadian diri yang tinggi dan berjiwa kental
serta dipandang tinggi oleh masyarakat. Di samping itu , ia mampu membentuk
kesedaran kehidupan social.

1.2 Penyataan Masalah

Masyarakat banyak didedahkan dengan pendidikan akhlak namun demikian mereka


kurang menerapkan pendidikan akhlak sambil itu pemerhatian yang khusus tidak
diberikan kepada remaja muslim. Tambahan pula, pada era ini penuh dengan pelbagai
cabaran dan kekangan memandangkan zaman yang semakin moden. Hal ini
menyebabkan remaja muslim tersasar dari landasan akhlak mengikut garis panduan
syariat islam. Jumlah salah laku pelajar dari semasa ke semasa semakin bertambah
saban hari. Golongan perlu diberikan perhatian kerana mereka sedang melalui fasa
perubahan dari kanak–kanak ke remaja. Semasa proses ini mereka mudah terjebak
dengan apa yang mereka lihat, dengan siapa mereka berkawan, faktor sekeliling dan
sebagainya akan memberi kesan terhadap remaja muslim. Malah factor penggunaan
telefon pintar dan television serta gajet lain juga turut memberi impak besar kerana
terdapat adegan yang tidak bagus dipaparkan seperti pergaduhan dan serta apa yang
dikongsikan ke akaun media sosial seperti gejala tidak baik dapat mempengaruhi minda
mereka kearah tersebut. Dalam meniti kearah kematangan mereka memerlukan
bimbingan sama ada dari pada ibu bapa, guru atau masyarakat untuk membimbing
mereka kearah pembentukkan akhlak yang baik. Agak sukar untuk membentuk akhlak
remaja jika tidak diberikan perhatian utama. Justeru itu, semua pihak haruslah
benganding bahu untuk menyelesaikannya

1.3 Persoalan Kajian

Pendidikan akhlak pada masa kini mengalami perubahan yang drastic, berubah kearah
pembentukan akhlak yang kurang menyenangkan. Bagaimanakah ibu bapa mendidik
dan tingkah laku masyarakat yang boleh menyumbang kearah akhlak remaja muslim.
5
Orang disekeliling mereka memainkan peranan penting dalam menentukan akhlak
remaja memandangkan dalam fasa ini mereka mudah mengikut orang yang berada
dekat dengan mereka. Oleh itu, amat ditegaskan untuk setiap masyarakat menunjukkan
tingkah laku yang baik.Pelaksanaan pendidikan akhlak yang kerap dapat membantu
remaja memperoleh akhlak yang bagus namun ianya bergantung pada tahap dan cara
perlaksanaan itu tersebut sama ada berkesan dengan cepat atau sebaliknya. Apakah
dimaksudkan dengan tahap? Ianya adalah garis panduan atau sebagai ukuran
seberapa banyak yang telah kita lakukan untuk permasalahan ini. Penekanan tahap
kajian yang tinggi mampu memperoleh hasil yang berkualiti dalam membentuk akhlak
dalam diri remaja muslim kini.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengupas punca berlakunya


keruntuhan akhlak di kalangan remaja muslim dengan lebih mendalam dan tepat. Di
samping itu , dengan malakukan kajian ini kami dapat lebih pemahaman serta melatih
diri kami sendiri untuk mengelakkan terjebak dalam akhlak yang tidak baik. Selain itu,
kami juga ingin memberikan langkah untuk membendung gejala ini daripada berlaku
berterusan saban hari. Malah kajian ini juga terlaksana kerana ingin berlajar dengan
lebih mendalam tentang keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja muslim kini serta
mencari jalan penyelesaian bagi situasi tersebut. Dalam melakukan kajian ini juga kami
dapat mendekatkan diri kepada remaja muslim dengan lebih dekat ini lebih
memudahkan kerja kami untuk bersama – sama membentuk akhlak
mereka.Sehubungan dengan itu hubungan social antara masyarakat dan remaja juga
dapat dieratkan.

6
2.0 PERBINCANGAN

2.1 Memupuk sifat jujur dan berterus-terang dalam diri remaja.

Pada era globalisasi ini, rata-rata remaja kini tidak menerapkan sifat jujur dan berterus-
terang dalam diri mereka kerana pada usia mereka yang sedang berdarah panas sering
dipengaruhi oleh keadaan sosial yang menyebabkan mereka tidak menerapkan nilai-
nilai murni dalam kehidupan seharian. Mereka mudah mengikut jejak langkah rakan
sebaya yang mampu mempengaruhi untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak
diingini. Sebagai contoh, kebanyakkan remaja pada hari ini sanggup menipu ibu bapa
mereka bagi mendapatkan sesuatu yang dihajati seperti meminta wang saku untuk
perkara yang tidak berfaedah. Sikap jujur dan berterus-terang ini perlu ada dalam diri
seorang remaja yang berakhlak, dengan wujudnya sifat ini kita dapat melahirkan insan
yang mulia. Penerapan akhlak yang mulia ini dapat menjadikan seseorang remaja itu
berkelakuan baik malah akan menjadikan sesorang itu masyarakat yang baik dan
dipandang mulia. Boleh dijadikan contoh terbaik iaitu Rasulullah SAW yang
memaparkan sahsiah alam beberapa aspek iaitu hidup dalam kebaktian, kasih sayang
terhadap muslim, sentiasa memberi bimbingan kearah kebenaran, tidak berbicara
berlandaskan nafsu dan tidak lemah menghadapi ujian. Sifat jujur, berterus-terang dan
amanah ini sebenarnya merupakan nilai intrinsic yang menjadi tunjang dan pasak
kemajuan Negara. Oleh itu, dalam hal ini dapat disimpulkan bahawa pendidikan akhlak
kepada remaja amatlah penting kerana nilai-nilai murni adalah komponen dalam
membina Negara bangsa dan mencapai kemajuan ekonomi yang lestari.

2.2 Melatih diri supaya lebih berdisplin.

Dengan adanya pendidikan akhlak, remaja dapat melatih diri mereka supaya menjadi
seorang yang berdisiplin dengan peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan
sebagai contoh, menepati waktu persekolahan. Hal ini dapat membantu diri mereka
supaya sentiasa menepati waktu. Disiplin bukan sahaja terletak pada waktu malahan

7
melibatkan semua tingkah laku seperti adab, bersosial, kemasyarakatan dan
sebagainya. Mengikut Ee Ah Meng (1990), displin merupakan yang dipersetujui oleh
sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi
kesempurnaan masyarakat itu sendiri. Oleh itu, mereka yang sentiasa melatihkan diri
dengan peraturan dan sudah menjadi rutin harian berakhlak mulia dengan semua
makhluk dan maha pencipta, akan merasakan diri sentiasa berdisiplin. Berdisiplin ini
merupakan antara faktor yang penting bagi membentuk sahsiah remaja. Dalam hal ini,
Rasulullah bersabda: “orang yang sempurna imanya ialah orang yang paling baik
akhlaknya”.Orang yang berakhlak mulia akan mendapat rahmat Allah SWT dan
kehidupan seharian mereka akan menjadi sejahtera. Oleh itu, secara kesuluruhannya,
melatih diri supaya lebih berdisiplin ini merupakan salah satu kepentingan pendidikan
akhlak kepada remaja

2.3 Ibu bapa merupakan faktor utama dalam membina akhlak remaja.

Ibu bapa melakonkan peranan yang penting untuk mencorakkan pendidikan remaja dan
membentuk asas kemajuan diri seseorang remaja. Menurut Razali (1194), menegaskan
betapa pentingnya tanggungjawab ibu bapa dalam menentu dan mencorakkan anak-
anak mereka dengan asuhan yang positif, di samping dapat melahirkan suasana
harmoni di kalangan anggota keluarga. Pada masa yang sama, individu yang paling
dipercayai untuk menaburkan nilai keagamaan pada usia muda adalah ibu bapa. Ibu
bapa perlulah mempunyai pengetahuan pendidikan yang selayaknya, supaya remaja di
bawah jagaan mereka mendapat bimbingan dan pendidikan yang sewajarnya. Selain
itu, ibu bapa perlu memeriksa perkembangan anak anak dari segi pergaulan dan rakan
yang berada di samping mereka dan juga perlu memberi perhatian yang serius dalam
perkembangan dan pembentukan akhlak dan keperibadian seorang remaja.
Masyarakat mengetahui bahawa ibu bapa memiliki peranan yang sangat besar untuk
membina akhlak remaja agar bertingkah laku baik dan bertanggungjawab dalam proses
pembinaan akhlak dan sahsiah.

8
2.4 Rakan sebaya.

Faktor rakan sebaya juga adalah salah satu cara untuk memupuk Pendidikan akhlak
remaja islam. Rakan sebaya merujuk kepada kumpulan yang sama dari segi umur.
Rakan sebaya adalah kumpulan yang memberikan sokongan moral dalam mencari
identity diri dan pembentukkan imej. Mereka merupakan tempat anak anak meluahkan
masalah dan pengganti ibu bapa di sekolah. Pengaruh rakan sebaya merupakan
sumber yang kuat yang membantu perkembangan diri, nilai dan sikap remaja apabila
pengaruh ibu bapa berkurangan. Hal ini kerana, jika remaja bergaul dengan rakan yang
teruk dan rosak budi pekertinya, maka mereka akan terikut dan terkesan dengan sifat
negatif. Golongan kanak kanak remaja menyesuaikan dirinya dengan faktor-faktor
persekitaran keluarga, sosial dan budaya akan mencorakkan perkembangan
tingkahlaku mereka.Hal ini demikian kerana, pelajar yang datang dari keluarga yang
mempunyai masalah keluarga dapat memberi kesan dalam pembentukan akhlak
mereka. Bergaul dengan orang yang berbudi pekerti mulia adalah cara yang berkesan
untuk menyemai nilai akhlak. Ini kerana fikiran manusia terutama sekali golongan muda
cepat meniru, dan terpengaruh dengan kawan rapat.

3.1 CADANGAN
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MELAHIRKAN REMAJA YANG BERAKHLAK.

Menjaga akhlak atau adab adalah salah satu jalan untuk menyempurnakan iman. Bak
kata orang Melayu, sempurna akhlak maka sempurnalah imannya. Akhlak merupakan
perkara yang telah dipandang remeh oleh remaja zaman sekarang. Mereka tidak sedar
bahawa mereka perlu menjaga akhlak terutamanya umat Islam agar kita dapat menjadi
bangsa dan agama yang disegani kerana mempunyai budi pekerti yang tinggi. Tetapi,
adakah kita sedar bahawa semua pihak perlu memainkan peranan dalam membentuk
remaja yang berakhlak. Antara berikut ialah cadangan langkah-langkah untuk
melahirkan remaja yang berakhlak:

9
3.1.1. MASYARAKAT

 IBU BAPA PERLU MENDIDIK ANAK MEREKA DARI KECIL DAN MEREKA
PERLU MENCORAKKAN ANAK MEREKA MENGGUNAKAN CORAK YANG
BETUL

Hal ini perlu dipandang serius oleh setiap ibu bapa kerana mereka selalu menggunakan
istilah terlalu awal untuk mendidik. Tiada istilah terlalu awal untuk mendidik di dalam
Islam kerana menerima didikan atau menuntut ilmu merupakan satu ibadah dan kita
perlu menuntutnya dari lahir sehingga ke liang lahad. Ibu bapa juga merupakan acuan
bagi anak-anaknya. Setiap perbuatan mereka akan dilihat dan diikuti oleh anak-
anaknya.

Nabi S.A.W bersabda:

Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah (suci bersih), kedua
ibubapanyalah yang mencorakkanya menjadi yahudi atau nasrani atau majusi.

Apabila meneliti hadis tersebut, ternyatalah bahawa ibu bapa adalah corak kepada ana-
anaknya. Ibu bapa perlulah menunjukkan tauladan yagn baik kepada anak-anaknya
agar anak mereka tidak terpesong jauh dari jalan yang benar.

 MASYARAKAT MALAYSIA PERLU MENGERATKAN HUBUNGAN YANG


KUKUH SESAMA JIRAN TETANGGA

Kelebihan apabila mempunyai hubungan yang erat bersama jiran dalam hal ini ialah ia
dapat membantu sesama sendiri untuk menjaga akhlak. Ini juga dapat membantu untuk
membaiki diri seseorang serta memupuk nilai murni. Kita boleh menegur antara satu
sama lain. Tetapi cara teguran mestilah lembut dan sopan dan janganlah menyindir.
Selain itu, teguran mestilah dilakukan pada tempat dan waktu yang sesuai. Jelaslah
bahawa jiran tetangga juga merupakan seseorang yang dapat membantu kita dalam
mewujudkan remaja berakhlak.

10
3.1.2. KERAJAAN

 KERAJAAN PERLU MENGHIDUPKAN TANGGUNGJAWAB INSTITUSI


KEMASYARAKATAN SEPERTI BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

Langkah seperti ini dapat melatih remaja untuk aktif dalam persatuan. Remaja akan
membuka mata setelah melibatkan diri di dalam aktiviti aktiviti seperti menziarah rumah
orang tua. Mereka akan mensyukuri segala nikmat dan mereka akan berasa rendah
diri. Rendah diri atau tawaduk merupakan sifat yang baik dan ia disebut di dalam Al-
Quran. Ayat tersebut berbunyi “Dan rendahkanlah dirimu kepada orang Mukmin yang
mengikutimu” (Surah Al-Hijr, ayat 88). Terbuktilah bahawa kerajaan perlu mewujudkan
aktiviti daripada (NGO).

 KERAJAAN PERLU MENGGALAKKAN REMAJA UNTUK


MEMARTABATKAN INSTITUSI KEAGAMAAN ISLAM SEPERTI MASJID

Remaja merupakan pemimpin ummah di masa hadapan. Mereka perlu mempunyai


didikan agama yang tinggi daripada setiap pihak. Kerajaan atau lebih ditumpukan
kepada Jabatan Agama Islam (JAKIM) untuk membuat kelas agama dan sesiapa yang
menghadiri kelas tersebut akan diberi elaun. Ini merupakan salah satu inisiatif untuk
kerajaan bagi memartabatkan institusi keagamaan. Kita perlulah bersatu padu dalam
memupuk remaja yang memartabatkan agamanya sendiri. Bersatu teguh, bercerai
roboh dan rasulullah bersabda: "Hubungan orang mukmin dengan orang mukmin lain
adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain." (Riwayat at-
Tabarani).
11
3.2 KESIMPULAN

Setelah mengkaji selidik tentang akhlak remaja, kami sedar bahawa bukan ibu bapa
sahaja yang perlu dipersalahkan apabila keruntuhan akhlak remaja berlaku. Kita
sebagai rakyat yang bertanggungjawab perlu mengambil tempat dalam mendidik
remaja agar mereka lebih berakhlak dan bermoral. Janganlah kita memandang remeh
dalam hal yang sebegini rupa kerana ia melibatkan maruah keluarga dan negara.
Apabila negara kita melahirkan ramai remaja yang berakhlak, kita akan dipandang
tinggi dan tidak dipandang sebelah mata. Akhlak juga merupakan suatu perbuatan yang
akan melambangkan sahsiah diri seseorang kerana akhlak dapat menyempurnakan
iman. Jika iman kita sempurna, maka kita juga akan sempurna.

Konklusinya, pendidikan akhlak dalam diri seseorang remaja amat penting. Ibu bapa,
rakan, komuniti setempat serta kerajaan perlu membuat perubahan agar setiap remaja
mendapat pendidikan akhlak dengan baik. Dengan ini, akan terlahir lah remaja yang
akan disanjung tinggi serta disegani. Bukan remaja sahaja yang perlu berakhlak mulia
malah seluruh umat Islam perlu ada didikan mengenai akhlak mulia. Hal demikian akan
menyebabkan generasi di masa hadapan akan dapat membentuk sebuah komuniti
yang sejahtera serta aman sentosa. Akhir sekali, kita haruslah menjadi ummah yang
berakhlak agar agama Islam tidak dipandang hina dan ia akan menjadikan Islam
sebagai agama yang sangat disanjungi serta dihormati oleh setiap pelusuk dunia.

12
RUJUKAN

Ee Ah Meng. (1990). Pedagogi Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Pendidikan moral, akhlak jadi urusan utama pendidikan negara - TPM. (2015, May
16).BeritaHarian.https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2015/05/55209/
pendidikan-moral-akhlak-jadi-urusan-utama-pendidikan-negara-tpm

Razali Che Mat (1994). Remaja Lepak Semua Pihak Perlu Campur Tangan dalam
Dewan Siswa, April. Hlm 30-43.

Mahmood Nazar Mohamad (1996). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas


Kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hmdigital. (2019, October 7). Sempurna akhlak sempurna iman. Harian Metro.

https://www.hmetro.com.my/addin/2019/10/504746/sempurna-akhlaksempurnaiman.

TAZKIYAH AL-NAFS DALAM ILMU TASAWUF. Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

(n.d.). https://www.muftins.gov.my/v1/en/2019/04/19/tazkiyah-al-nafs-dalam-ilmu

tasawuf/.

Astro Awani, Berita Tajuk Utama Hari Ini, Berita Semasa, Berita Terkini Malaysia,
Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video, dan
Siaran Langsung TV. (n.d.).

https://www.astroawani.com/berita malaysia/malaysiaduduki-tangga-ke4-indeks-
jenayah-di-rantau-asia-menurun-berbanding-2019-251313.

Scribd. (n.d.). Assignment CTU (Insan Beradab Sebagai Matlamat Pendidikan).

13
Scribd. https://www.scribd.com/document/496448279/Assignment-CTU-Insan-

Beradab-Sebagai-Matlamat-Pendidikan.

14

Anda mungkin juga menyukai