Anda di halaman 1dari 34

IDA202 – KEMASYARAKATAN DAN

KENEGARAAN ISLAM
TAJUK :

TANGGUNGJAWAB IBU BAPA MUSLIM DALAM MENDIDIK


ANAK-ANAK

Disediakan oleh :

Nama No. Pelajar


1. Noavalee Masudal 2020887356
2. Tiffany Tseu Pei San 2020607706
3. Ashabel Mybellyn Alixcius 2020896066
4. Debra Lika Anak Wilie 2020842052
5. Dylan Joshua Tay 2020881242

Disediakan untuk:
Ustaz Jahidih Saili

Kategori Penilaian Markah


Pengenalan / Pendahuluan /2
Isi + huraian /8
Cadangan / Kesimpulan /2
Sumber Rujukan /4
Etika & Moral Profesional /4
Markah Keseluruhan /20

ii
BIIL. NAMA TUGASAN NO. MATRIKS
1 NOAVALEE MASUDAL KAJIAN LITERATUR, 2020887356
KESIMPULAN
2 TIFFANY TSEU PEI SAN POPULASI & 2020607706
PERSAMPELAN,
PERBINCANGAN
3 PENGENALAN, 2020896066
ASHABEL MYBELLYN ALIXCIUS
INSTRUMEN KAJIAN
4 DEBRA LIKA ANAK WILLIE OBJEKTIF KAJIAN,
2020842052
ANALISIS DATA
5 DYLAN JOSHUA TAY REKA BENTUK
KAJIAN, DAPATAN 2020881242
KAJIAN

ii
PENGHARGAAN

Dengan ini, terlebih dahulu, syukur kepada izin Tuhan kami diberikan kesempatan untuk

melengkapkan dan menyiapkan kerja kursus IDA202 serta menghantar pada masa yang

telah ditetapkan Penghargaan ini juga ditujukan kepada mereka yang terlibat dalam

proses menyiapkan kertas kerja ini.

Pertama sekali, setinggi-tinggi ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada

pensyarah dalam mata pelajaran IDA202 kami, iaitu, Ustaz Jahidih Saili kerana banyak

memberikan bantuan serta tunjuk ajar kepada kami. Dengan bimbingan beliau, kami

dapat menyempurnakan kertas kerja kami.

Seterusnya, tidak dilupakan juga semua ahli kumpulan 5. Masing-masing kami

ingin merakamkan ucapan terima kasih antara satu sama lain kerana telah bertungkus

lumus dalam menyempurnakan kertas kerja ini. Kerjasama yang diberikan sangat

memudahkan kami mendapat idea-idea yang bernas untuk kami berkongsi maklumat.

Serangkap pantun juga kami sertakan:


Bidadari asal kayangan,
Turun ke bumi mencari pasangan,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas bantuan serta dorongan.

iii
ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

PENGHARGAAN ii

ISI KANDUNGAN iii

1.0 PENGENALAN 1

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2

3.0 KAJIAN LITERATUR 3-7

4.0 MEDATOLOGI KAJIAN

4.1 Reka Bentuk Kajian 8

4.2 Populasi Dan Persampelan 9

4.3 Instrumen Kajian 10

4.4 Analisis Data 11

5.0 DAPATAN KAJIAN 12 - 24

6.0 PERBINCANGAN 25 - 28

7.0 KESIMPULAN 29

8.0 RUJUKAN 30

iv
1. PENGENALAN

Setelah berbincang bersama ahli kumpulan dserta mendapat persetujuan daripada

pensyarah, kami memutuskan untuk membuat kajian mengenai ‘Tanggungjawab ibu

bapa Muslim dalam mendidik anak-anak’ bagi kertas kerja kami. Antara tujuan kami

memilih tajuk ini adalah untuk memahami lebih dalam mengenai peranan sebenar

seorang pasangan suami isteri sebagai ibu bapa yang beragama islam dalam mendidik

anak-anak. Kepentingan tajuk kajian adalah untuk menunjukkan bahawa betapa

pentingnya anak-anak dididik dalam ilmu keagamaan agar dapat melahirkan insan yang

soleh, berakhlak dan bertaqwa kepada Allah.

Antara isu dan masalah tanggungjawab ibu bapa Muslim dalam mendidik anak-

anak ialah ibu bapa kurang menerapkan ilmu keagamaan kepada anak-anak terutama

sekali pada zaman moden sekarang. Oleh itu, anak- anak akan mudah terpengaruh

dengan budaya barat, akibat daripada kurangnya pengetahuan agama. Isu ini

mendorong kami untuk menyelidik dan mengkaji tentang tajuk kajian tersebut.

1
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti tanggungjawab ibu bapa Muslim terhadap anak-anak.

2. Mengenalpasti cara didikan ibu bapa Muslim terhadap anak-anak.

3. Mengenalpasti hukum-hakam dan pantang larang dalam Islam

2
3.0 KAJIAN LITERATUR

Bahagian ini menerangkan kajian literatur berkaitan dengan Tanggungjawab Ibu Bapa

Muslim terhadap Anak-anak.

Berdasarkan kajian yang pernah dikaji oleh Syahirah Abdul Shukor (2016), didapati

bahawa Islam amat mementingkan tarbiyatul aulad (pendidikan kanak-kanak) sampaikan

pemilihan nama anak juga diutama di dalam Islam. Dari sini, kita dapat tahu bahawa ibu bapa

memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak. Oleh itu, kes kajian ini adalah

untuk mengenal pasti tanggungjawab ibu bapa Muslim terhadap anak-anak. Tanggungjawab

bermaksud kewajiban yang dipikul oleh seseorang. Semua ibu bapa mempunya tanggungjawab

untuk menjaga anak-anak, terutamanya sekali ibu bapa beragama Islam. Mereka bukan sahaja

perlu mendidik moral tetapi juga ajaran dari agama mereka menganuti iaitu agama Islam.

Berdasarkan kajian lepas, metod untuk mendidik anak-anak perlu juga perlu berbeza,

bersesuaian dengan umur anak. Didapati bahawa dalam hadith Rasulullah s.a.w bermaksud

“Perintah kanlah naak-anak kalian untuk mengerjakan solat pada usia tujuh tahun, dan pukullah

mereka untuk solat pada usia sepuluh tahun” . Disini, pembentukan akhlak dan adab yang baik

juga ditekankan dalam islam dalam anak-anak. Ali bin Madini mengatakan “mewariskan adab

kepada anak-anak lebih baik mewariskan harta. Ini kerana adab mampu menghasilkan harta,

kedudukan dan cinta dari para sejawat, serta menggabungkan kebaikandunia dan akhirat”.

(Imam Al-Sya’rani). Ibu bapa Muslim tidak boleh memandang remeh tentang penekanan

terhadap pembinaan akhlak dan adab di dalam membesarkan anak-anak. Penulis juga berkata

anak-anak harus diingatkan tentang bagaimana adab mereka untuk berbicara dan memanggil ibu

3
bapa dengan nada yang baik. Di dalam al-Quran: Surah al-Isra’ (17:23) yang bermaksud “Dan

ucapkanlahkepada mereka perkataan yang mulia”.

Di dalam agama Islam, ibu bapa haruslah mengikut Rasulullah s.a.w kerana beliau

merupakan contoh yang terbaik mengenai memberikan teladan dan panduan tentang

pendidikan anak-anak. Ada beberapa kajian yang berdasarkan kajian sirah nabawiyah dan As-

Sunnah berkata bahawa pendidikan anak-anak bermula sejak kedua-dua ibu bapanya berkahwin.

(Muhammad Nur Abdul Hafiz: 2016). Menurut agama Islam, isu pendidikan anak-anak dijelaskan

secara mendalam sehingga kepada tanggungjawab pendidikan seks yang dinyatakan oleh Dr.

Abdullah Naseh Ulwan (2009). Panduan Rasulullah s.a.w telah menjadi panduan kepada ibubapa

Muslim dalam mendidik serta membesarkan anak-anak walaupun kaedah pendidikan ini tidak

diwartakan sebagai undang-undang.

Melalui kajian yang dijalankan oleh Syamsul Kurniawan (2019), Kamus Besar Bahasa

Indonesia menyatakan bahawa “pantang” ialah sesuatu hal yang tidak boleh dilakukan

berdasarkan adat atau kepercayaan dan “larang” bermaksud mengarahkan agar tidak melakukan

sesuatu atau tidak boleh melakukan sesuatu. Pantang larang dimaksudkan adalah perbuatan dan

perilaku yang dilarang untuk dilakukan. Sesetengah orang juga menyebut ia sebagai tabu. Jika

ada seseorang melanggar pantang larang, disitu akan ada konsekuensi untuk menerima akibat

yang buruk.

4
Berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh penulis, kebanyakan masyarakat Melayu yang

beragama Islam telah mengenal pasti pantang larang. Mereka telah menggunakan kebaikan

pantang larang untuk strategi membina dan membangunkan karakter anak-anak pada usia muda

dalam pendidikan keluarga. Salah satunya ialah pantang larang bermain di waktu Magrib.

Menurut kepercayaan Masyarakat Melayu Sambas, anak-anak muda haruslah tidka bermain

apabila waktu Magrib sudah tiba. Ini kerana jika mereka melanggar pantang ini, hantu boleh

menyembunyikan anak-anak kecil tersebut. Pada masa yang sama, ini mendidik anak-anak muda

untuk tidak keluar dari rumah dari masa yang ditetapkan. Kepercayaan ini ditumpukan oleh

Masyarakat Melayu Sambas dari sebuah Hadis Nabi:

“Jangan kalian membiarkan anak anak kalian di saat matahari terbenam sampai menghilang

kegelapan malam sebab setan terpencar jika matahari terbenam sampai menghilang kegelapan

matahari”

Selain itu, berdasarkan kajian yang dikaji oleh Hamidah Abdul Wahab (2013), Islam

bertindak sebagai kepercayaan dan pegangan orang Melayu yang sangat dipentingkan dalam

kehidupan. Adat istiadat yang telah dinyatakan menjurus kepada amalan-amalan dan dalam

beberapa upacara sebagai contoh perkahwinan, berpantang, kematian, berkhatam Al-Quran dan

banyak lagi. Dinayatakan bahawa masyarakat desa yang menghuni kawasan hutan rimbayang

menempuhi banyak cabaran dalaam mengusahakan melestarikan kehidupan sebagai contoh

dalam mencari rezeki sumber rezeki. Dengan itu, pantang larang akan diwujudkan untuk

mengelakkan sesuatu buruk daripada berlaku.

5
Contohnya, dalam pantang larang mengandung dan bayi, individu yang sedang

mengandung tidak dibenarkan untuk duduk di kepala tangga. Ini kerana hal ini menyebabkan

bayi dalam kandungan akan mengikut perangai ibunya yang buruk (Hajah Maimunah 2008).

Secara tidak langsung, petua ini mampu mengurangkan risiko ibu mengandung dari cedera

apabila duduk di tangga.

Menurut penulis Luqman Tarmizi (2020), beliau menyatakan bahawa hukum-hakam fiqh

pada perkara yang belum lagi berlaku ialah merupakan satu perbahadan yang panjang di

kalangan ulama. Ia juga diistillahkan sebagai al-fiqh al-iftiradhi. Abu Hanifah al-Nu’man bin Tsabit

merupakan pengasas bagi manhaj fiqh iftiradhi and beliau telah banyak berfikirkan tentang

masalah taqdiriyyah dan mengjangkakan berlakunya perkara tertentu serta hukum-hakamnya.

Imam Malik tidak berfatwa melainkan pada perkara yang benar-benar telah berlaku

Walaubagaimanapun, di dlaam al-Qur’an terdapat ayat-ayat serta hadith-hadith yang pada

zahirnya melarang fiqh iftiradhi ini.

Allah SWT berfirman : “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan

(kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu”

(Surah al-Ma’idah (101)).

Akhir sekali, Nabi SAW melarang untuk banyak bertanyakan mengenai perkara-perkara

yang belum diturunkan dari sabda Baginda SAW: “Cukuplah dengan apa yang aku tinggalkan

kepada kalian, Sesungguhnya umat-umat sebelum kamu telah binasa kerana terlalu banyak

soalan mereka dan perselisihan mereka dengan para Nabi mereka. Apabila aku larang suatu

6
perkara, tinggalkanlah dan apabila aku perintahkan suatu perkara, lakukanlah dengan semampu

yang mungkin.” (Sahih al Bukhari (7288)).

7
4.0 METADOLOGI KAJIAN

PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan metadologi kajian yang menyentuh mengenai reka bentuk kajian,

populasi dan persampelan, instrumen kajian, dan analisis data.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kuantiti dan proses pengutipan data dilakukan melalui borang

tinjauan google. Data ini juga bersifat kuantitiatif yang telah diperolehi semasa sesi soal selidik.

Kajian tinjauan dilakukan berdasarkan rujukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan

persampelan, pengukuran dan analisis data. Dalam kajian ini, borang tijauan google ini adalah

kaedah mengumpul maklumat dengan menanyakan satu set soalan kepada ibu bapa mengenai

kajian tersebut.

8
4.2 POPULASI DAN PERSAMPELAN

Populasi dalam kajian ini ialah penduduk di Taman Kuala Menggatal, Sepanggar Sabah

seramai 703 orang penduduk. Dalam aspek persampelan, sampel dipilih berdasarkan

jumlah minimum responden bagi kajian tinjauan iaitu seramai 37 orang penduduk. Jumlah

sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah ramai untuk mendapatkan data yang lebih

tepat. Soal selidik telah diedarkan melalui atas talian dengan menggunakan Google Form

disebabkan oleh kekangan pergerakan yang berlaku punca daripada pandemik covid-19

yang kini melanda . Kajian ini dilaksanakan ke atas 37 orang penduduk di Taman Kuala

Menggatal untuk mendapatkan persepsi mereka terhadap tanggungjawab ibu bapa

muslim dalam mendidik anak-anak.

9
4.3 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian adalah sesuatu kaedah atau alat yang kami gunakan untuk mengumpul

segala data tentang tajuk kajian kami. Kumpulan kami menggunakan Google Form

sebagai borang soal selidik tentang tanggungjawab ibu bapa Muslim dalam mendidik

anak-anak. Terdapat 15 soalan yang telah kami sediakan, dan semua soalan adalah

berpandukan lima tahap skala Likert iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti,

setuju, dan sangat setuju.

Pengkaji telah membuat kajian secara online dengan menyebarkan borang soal

selidik di media sosial iaitu Whatsapp dan terdapat 37 responden yang telah memberi

respon akan borang soal selidik kami. Sasaran responden kami adalah bagi mereka yang

sudah berkhawin kerana mereka mempunyai peranan sebagai ibu bapa dan

berpengalaman dalam mendidik anak-anak. Melalui pengalaman itu juga mereka lebih

arif dan banyak pengetahuan dalam cara mendidik anak-anak dengan betul. Berdasarkan

respon kepada borang soal selidik kami, semuanya bersetuju bahawa anak-anak perlu

dididik dengan ilmu agama.

10
4.4 ANALISIS DATA

Untuk mendapatkan analisis data kajian ini, kaedah kualitatif adalah kaedah yang sesuai.

Analisis data merupakan satu komponen yang penting dalam penyelidikan bagi

mendapatkan hasil kajian. Kami mengumpul data dengan menggunakan Google Form

dan telah diberikan kepada responden yang beragama Islam. Hasil data yang telah

diperoleh dari Google Form akan dianalisis dan diproses. Melalui kaedah kualitatif ini, ia

membantu kami menganalisis soalan dari soal selidik dan mendapatkan data yang tepat.

Hasil jawapan dari responden melalui soal selidik Google Form, kami dapat memahami

tanggungjawab sebenar ibu bapa Muslim terhadap anak-anak.

11
5.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam dapatan kajian yang dijalankan, bahagian analisa data dan memaparkan hasil

penemuan kajian yang telah dilakukan daripada soal selidik yang telah diisi oleh responden. Data

yang telah dimasukkan diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, min purata

dan taburan kekerapan.

5.1 Demografi Responden


Untuk mengkaji persepsi ibubapa, seramai 37 orang yang terdiri daripada masyarakat.

Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina, umur, bangsa, dan

pendapatan yang di persembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.

5.1.1 Jantina

JANTINA NILAI PERATUS


LELAKI 13 43%
PEREMPUAN 17 57%
Jadual 5.1.1: Taburan responden mengikut jantina

Rajah 1: Jantina

12
Carta di atas menunjukkan demografi responden daripada masyarakat mengikut jantina.

Daripada 37 ibu bapa responden. Seramai 10 orang (29.7%) adalah terdiri daripada responden

lelaki (bapa), manakala bakinya iaitu sebanyak 27 orang (70.3%) adalah responden wanita (ibu).

5.1.2 Umur

Bil Umur Bilangan Responden Kadar Peratus


(orang) (%)
1 20 –30 tahun 27 73
2 31 – 40 tahun 2 5.4
3 41 – 50 tahun 2 5.4
4 50 tahun dan ke 6 16.2
atas
Jumlah 37 100
Jadual 5.1.2: Taburan responden mengikut umur

Rajah 2: Umur
Berdasarkan hasil kajian, sebanyak 37 orang responden yang disoal selidik. Seramai 27

orang responden (73%) adalah yang berumur 20 tahun hingga 30 tahun. Selain itu, kedua-dua

kategori daripada golongan 31 tahun hingga 40 tahun dan golongan 41 tahun hingga 50 tahun

mempunyai jumlah yang sama, iaitu hanya 2 orang responden (5.4%) daripada kedua golongan

13
masing-masing. Seterusnya, responden yang berumur 50 tahun dan ke atas mempunyai

sebanyak 6 orang responden (16.2%) telah disoal selidik.

5.1.3 Bangsa

Bil Jenis Bangsa Bilangan Responden Kadar Peratus


(orang) (%)
1 Melayu 29 78.4
2 India 0 0
3 Cina 0 0
4 Etnik Sabah 7 18.9
5 Etnik Sarawak 1 2.7
Jumlah 37 100
Jadual 5.1.3: Taburan responden mengikut bangsa

Rajah 3: Bangsa
Hasil kajian ini menunjukkan daripada 37 orang responden, seramai 29 orang (78.4%)

adalah terdiri daripada orang Melayu. Selain itu, etnik Sabah mempunyai jumlah sebanyak 7

orang (18.9%) manakala bakinya hanya 1 orang (2.7%) adalah dari etnik Sarawak. Kajian ini

bertujuan untuk melihat impak penglibatan penduduk dalam aktiviti masyarakat yang dijalankan.

Selaras dengan itu, terdapat kaum yang berbeza telah memberi masa mereka untuk disoal selidik

agar jawapan yang diperoleh tidak memihak kepada sesuatu pihak sahaja.

14
5.2 Analisis terhadap Tanggungjawab Ibubapa Muslim dalam mendidik anak-anak
Pada bahagian ini,responden telah diajukan dengan 18 soalan, iaitu 3 soalan terdiri

daripada bahagian demografi responden dan 15 soalan pada bahagian kajian tersebut. Tiga

soalan demografi responden tersebut melibatkan jantina, umur dan bangsa. Seterusnya, 15

soalan yang selebihnya diajukan bertujuan untuk menjalankan tajuk kajian kes yang telah diberi

oleh pensyarah. Berikut merupakan soalan-soalan yang telah diajukan kepada responden untuk

mengenal lebih tentang pengaruh ibu bapa islam terhadap mendidik anak muda.

Rajah 5.2.1: Soalan 1

Soalan pertama ini membuktikan terdapat daripada 37 orang responden dari kajian ini,

bahawa semua setuju dengan 35 orang responden (94.5%) memilih jawapan “sangat setuju” dan

bakinya memilih “setuju”. Dalam pandangan ramai, ini sudah menunjukkan bahawa betapa

pentingnya ibu bapa yang beragama Islam wajar menerapkan ilmu agama dalam penjagaan anak-

anak.

15
Rajah 5.2.2: Soalan 2

Seterusnya, semua responden setuju dengan ibu bapa wajar mendidik anak-anak untuk

menjaga aurat pada usia yang muda. Dalam soalan ini, terdapat 8 orang responden (21.6%)

memilih “setuju” manakala bakinya sebanyak 29 orang responden menjawab “sangat setuju”.

Rajah 5.2.3: Soalan 3

Soalan ketiga diajukan kepada responden adalah bertujuan untuk menganalisis kadar

peratus daripada responden setuju dengan ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik bagi

16
membentuk akhlak anak-anak mereka. Sebanyak 31 orang responden (83.8%) memilih “sangat

setuju” dan bakinya 6 orang responden (16.2%) memilih jawapan “setuju”.

Rajah 5.2.4: Soalan 4

Di samping itu, responden juga bersetuju bahawa didikan agama sejak muda dapat

mempengaruhi dan melahirkan anak-anak yang berakhlak. Daripada 37 orang responden, 9

orang responden (24.3%) memilih “setuju” dan bakinya 28 orang responden (75.7%) memilih

“sangat setuju”.

Rajah 5.2.5: Soalan 5

17
Dalam soalan ini pula, terdapat jawapan yang berbeza. Daripada 37 orang responden, 9

orang responden memilih “sangat setuju” dan 12 orang responden (32.4%) memilih “setuju”.

Walaubagaimanapun, terdapat juga 8 orang responden (21.6%) memilih “tidak pasti” dan

sebanyak 8 orang responden (21.6%) tidak setuju dengan soalan ini. Ini menunjukkan bahawa

mempunyai segelintir orang tidak setuju atau tidak pasti dengan ibubapa beragama Islam yang

menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama berasrama penuh akan memberi kesan yang

positif dalam mendidik anak-anak muda.

Rajah 5.2.6: Soalan 6

Soalan yang selanjutnya, terdapat jawapan yang bulat dalam ibubapa sewajarnya

sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap anak-anak dari segi emosi, mental dan fizikal.

Seramai 29 orang responden (78.4%) menjawab dengan “sangat setuju” dan bakinya 8 orang

responden menjawab “setuju” dalam soalan ini.

18
Rajah 5.2.7: Soalan 7

Tamabahan pula, soalan ini juga agaknya mempunyai jawapan yang sama, dengan

sebanyak 32 orang responden (86.5%) memilih “sangat setuju” dan 5 orang responden (13.5%)

menjawab “setuju” dalam menjawab soalan tersebut. Ini membuktikan ramai masyarakat

bersetuju bahawa mentaati perintah Allah itu penting dalam mendidik anak-anak.

Rajah 5.2.8: Soalan 8

Dalam soalan kelapan ini, terdapat juga responden kurang pasti jika aanak-anak yang

diterapkan dengan agama Islam memang dapat mengurangkan masalah-masalah delinkuen

19
dalam masyarakat. Dengan 3 orang responden (8.1%) menjawab “tidak pasti” dan bakinnya 15

orang responden (40.5%) menjawab “setuju” dan 19 orang responden (51.4%) menjawab

“sangat setuju”.

Rajah 5.2.9: Soalan 9

Soalan yang seterusnya, semua responden sekata dengan pendidikan Islam dapat

melahirkan modal yang insan. 25 (67.6%) daripada 37 orang responden menjawab “sangat setuju”

manakala 12 orang responden (32.4%) menjawab “setuju”.

20
Rajah 5.2.10: Soalan 10

Dalam soalan mana ibubapa wajib mendidik anak-anak mengikut ajaran Islam, terdapat

1 orang responden (2.7%) tidak pasti dengan soalan ini. Misalnya, baki orang responden setuju

dengan ibubapa wajib mendidik anak-anak mengikut ajaran Islam dalam proses mendidik anak-

anak muda. Dengan 10 orang responden (27%) menjawab “setuju” manakala sebanyak 26 orang

responden (70.3%) menjawab “sangat setuju”.

Rajah 5.2.11: Soalan 11

21
Dalam soalan ini juga responden sepakat dengan anak-anak akan mudah terpengaruh

dengan perkara negatif jika tidak diterapkan dengan ajaran agama. Dengan 26 orang responden

(70.3%) menjawab “sangat setuju” dan 11 orang responden (29.7%) menjawab “tidak setuju”.

Rajah 5.2.12: Soalan 12

Soalan ini membuktikan bahawa Ibubapa haruslah bersungguh-sungguh dalam mendidik

anak-anak agar akhlak anak muda tidak terjejas. Sebanyak 31 orang responden (83.8%)

menjawab “sangat setuju” dan 6 orang responden (16.2%) menjawab “setuju”.

22
Rajah 5.2.13: Soalan 13

Soalan ini bertujuan untuk menganalisi jika ibubapa harus mengajar anak untuk menjaga

batas pergaulan ketika bergaul dengan orang yang berlainan jantina. Seramai 20 orang

responden (81.1%) menjawab “sangat setuju” dan 6 orang responden (16.2%) menjawab

“setuju”. Terdapat juga hanya 1 orang responden (2.7%) menjawab “tidak pasti”.

Rajah 5.2.14: Soalan 14

23
Dalam soalan ini, semua responden sepakat dengan ibubapa dalam mendidik anak-anak

untuk menunaikan solat 5 waktu. Seramainya 33 orang responden (89.2%) memilih “sangat

setuju” dan bakinya 4 orang responden (10.8%) menjawab “setuju”.

Rajah 5.2.15: Soalan 15


Dalam soalan terakhir ini, hampir responden setuju bahawa setiap ibubapa menghadapi cabaran

dalam menerapkan nilai Islam kepada anak-anak mereka. 1 orang responden (2.7%) daripada

mereka menjawab “tidak pasti”, manakala 8 orang responden (21.6%) menjawab “ setuju” dan

sebanyak 28 orang responden (75.7%) memilih jawapan “sangat setuju”.

24
6.0 PERBINCANGAN

Hasil daripada analisis dapatan kajian, soalan-soalan yang telah dikemukakan di

dalam borang soal selidik mengenai Tanggungjawab Ibu Bapa Muslim dalam Mendidik

Anak-anak di Taman Kuala Menggatal , Sepanggar Sabah mendapat respon yang sangat

baik daripada responden-responden . Dalam borang soal selidik tersebut , ia telah

dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut objektif kajian yang telah dibuat . Antaranya

ialah mengenalpasti tanggungjawab ibu bapa Muslim dalam mendidik anak-anak ,

mengenalpasti cara didikan ibu bapa Muslim terhadap anak-anak , serta mengenalpasti

hukum-hakam dan pantang larang dalam Islam .

Soalan pertama adalah berkaitan dengan objektif kajian iaitu untuk mengenalpasti

tanggungjawab ibu bapa Muslim dalam mendidik anak-anak di Taman Kuala Menggatal ,

Sepanggar , Sabah majoriti daripada responden amat bersetuju akan pernyataan bahawa

suami isteri yang beragama Islam wajar menerapkan ilmu agama dalam penjagaan anak-

anak. Dalam hal ini , ibu bapa mempunyai peranan yang sangat penting dan mereka

mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak-anak mereka. Dengan itu ,

ibu bapa yang beragama Islam adalah wajar dan wajib untuk menerapkan ilmu-ilmu

keagamaan dalam penjagaan anak-anak agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan

gangguan luaran yang negatif. Sebagai contoh , dalam soalan kedua soal selidik ini ,

majoriti penduduk sangat bersetuju bahawa ibu bapa wajar mendidik anak-anak untuk

menjaga aurat pada usia yang muda di mana ia merupakan satu contoh pendidikan yang

amat baik kepada ibu bapa beragama Islam ketika mendidik anak-anak . Selain itu , ibu

bapa juga haruslah memberikan contoh yang baik dalam membentuk akhlak anak-anak

dan pernyataan ini telah disetuju oleh segelintir penduduk . Dalam hal ini , anak-anak

25
umpama sehelai kertas putih dan ibu bapa merupakan insan yang mencorakkan kertas

itu bahkan merekalah yang mencorakkan dan menyinarkan kehidupan anak-anak

mereka . Ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh yang amat baik semasa mendidik

anak-anak kerana mereka akan mengikuti apa yang telah diajar oleh kedua ibu bapanya.

Hal ini juga bertujuan untuk mengelakkan anak-anak muda daripada mudah terjebak

dengan ajaran-ajaran yang tidak berfaedah dan tidak senonoh yang telah menghantui

fikiran remaja zaman kini. Dengan ini , maka lahirlah golongan insan muda yang

berakhlak dan berbudi bahasa kerana dengan adanya didikan-didikan yang menerapkan

ilmu-ilmu keagamaan, serta menjadi contoh yang baik tidak kira dari segi fizikal dan

mental .

Di samping itu , berdasarkan objektif kajian yang seterusnya iaitu untuk

mengenalpasti cara didikan ibu bapa Muslim terhadap anak-anak , soalan yang

dikemukakan adalah ibu bapa yang beragama Islam harus menghantar anak-anak

mereka ke sekolah agama berasmara penuh. Keputusan data yang diperoleh mempunyai

jawapan setuju dan tidak bersetuju. Dalam hal ini, sesetengah ibu bapa tidak berapa

setuju untuk menghantar sekolah agama berasrama penuh kerana mungkin anak-anak

mereka belum bersedia untuk berdikari dan menjalani kehidupan tanpa jagaan ibu bapa.

Selain itu , terdapat juga ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka bagai menatang

minyak yang penuh sehingga menyebabkan mereka tidak ingin menghantar anak-anak

mereka untuk belajar di sekolah agama berasrama penuh . Namun begitu, ada juga ibu

bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah tersebut atas alasan untuk mengajar

anak mereka untuk berdikari , bertanggungjawab dan menjalani kehidupan tanpa jagaan

ibu bapa. Seterusnya , para responden juga bersetuju dengan pernyataan bahawa ibu

26
bapa haruslah mengajar anak untuk menjaga batas pergaulan dengan orang yang

berlainan jantina. Hal ini kerana pemikiran anak-anak yang belum matang dan masih

tidak dapat membezakan apa yang mereka lakukan adalah betul atau salah . Hal ini

adalah bertujuan untuk mengelakkan anak daripada terpesong ke arah melakukan

perbuatan yang tidak berfaedah akibat daripada bergaul dengan orang berlainan jantina

iaitu lelaki lalu melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik seperti merokok ,

mengambil minuman beralkohol , seks rambang dan sebagainya. Dengan ini , ibu bapa

wajarlah mendidik anak-anak dengan bersungguh-sungguh agar dapat melahirkan insan

yang mempunyai buah fikiran yang matang dan dapat membezakan betul dan salah .

Selepas itu , berdasarkan objektif kajian yang ketiga iaitu untuk mengenalpasti

hukum-hakam dan pantang larang dalam islam , soalan yang dikemukan adalah di mana

ibu bapa semestinya menegur dan menasihat anak-anak mereka bahawa leka dalam

mentaati perintah Allah. Dalam hal ini , anak-anak zaman kini yang terpengaruh dengan

kehidupan moden dan mewah hingga melupakan untuk mentaati serta mengikut perintah

Allah . Mereka terlalu khusyuk dengan dunia zaman kini yang dipenuhi dengan gajet di

mana dapat memberi hiburan kepada mereka. Hal ini telah menyebabkan anak muda

tidak peka dengan ajaran dan perintah Allah . Namun begitu , ibu bapa haruslah

mengambil tindakan yang sesuai dalam mengatasi masalah tersebut seperti ibu bapa

menegur dan memberi nasihat yang berguna dengan baik lalu memberitahu mereka

apakah yang akan berlaku akibat jika mereka sebagai umat Islam tidak peka terhadap

perintah Allah . Ibu bapa juga boleh mendidik anak muda untuk menunaikan solat 5 waktu

setiap hari . Dengan ini , secara tidak langsung anak-anak muda akan peka dan patuh

akan perintah Allah di usia yang muda kerana didikan ibu bapa dan ilmu pengetahuan

27
keagamaan yang telah diberikan kepada mereka untuk menjadi seorang insan yang tidak

mudah terpengaruh dengan perkara negatif serta mengurangkan masalah delinkuen

pada masa yang sama . Dengan ini lahirlah insan yang amat berguna kepada manusia

dan juga masyarakat pada masa yang akan datang dan pernyataan-pernyataan tersebut

sangat disetujui oleh responden iaitu para penduduk Taman Kuala Menggatal ,

Sepanggar Sabah.

28
7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, tanggungjawab ibu bapa Muslim dalam mendidik anak-anak


amatlah penting dalam kehidupan seharian. Kajian ini telah mengenalpasti
tanggungjawab ibu bapa Muslim terhadap anak, mengenal pasti cara didikan ibu bapa
Muslim terhadap anak-anak dan mengenal pasti hukum-hakam dan pantang larang
dalam Islam.
Melalui kajian ini, ibu bapa haruslah menyedari tanggungjawab mereka serta
ajaran agama Islam yang boleh diikuti untuk mendidik anak-anak mereka.

29
8.0 RUJUKAN

1. Hamidah Abdul Wahab. 2013. Petua dan Pantang Larang Tradisional dalam Alam

Melayu Sarawak . International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 1(1),

2013: 89 - 97. https://www.ukm.my/jatma/wp-content/uploads/makalah/IMAN1_8.pdf

2. Luqman Tarmizi, (2020) Irsyad Usul Fiqh Siri Ke-57 : Membincangkan Hukum Fiqh

Pada Perkara Yang Belum Berlaku - https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-usul-fiqh/4398-

irsyad-usul-fiqh-siri-ke-57-membincangkan-hukum-fiqh-pada-perkara-yang-belum-

berlaku

3. Syamsul Kurniawan (2019). PANTANG LARANG BERMAIN WAKTU MAGRIB : Kajian

Living Hadis Tradisi Masyarakat Melayu Sambas - http://ejournal.uin-

suka.ac.id/ushuluddin/Living/article/view/1629/1404

30

Anda mungkin juga menyukai