Anda di halaman 1dari 24

PD 02303

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DALAM ISLAM

DIPLOMA TERTINGGI PERGURUAN UGAMA

TAJUK:

MASJID SEBAGAI INSTITUSI PENDIDIKAN, INSTITUSI KELUARGA SOLEH,


PERANAN MASYARAKAT DALAM PENDIDIKAN, PENDIDIKAN DALAM AKTIVITI
SEKOLAH, FALSAFAH KURIKULUM DALAM PENDIDIKAN ISLAM, FALSAFAH
KAEDAH PENGAJARAN DALAM PENDIDIKAN

DIBUAT OLEH:

NURUL ASYURA SYAKIRATUL ‘AFIAH BINTI KAMIS (18DT061)

ALMAS ALWANI BINTI KAMIS (18DT031)

NADRATUL AYU NADIRA BINTI ZAIDI (18DT043)

PENULISAN ESEI INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KEPERLUAN PD 02303


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DALAM ISLAM

PENSYARAH:

USTAZAH NORAPIZAH BINTI ZALANI

KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN

FAKULTI PENDIDIKAN

TARIKH: 20/04/2019
ISI KANDUNGAN
Penghargaan...............................................................................................................................4

Abstrak.......................................................................................................................................5

1.0 Pendahuluan.........................................................................................................................6

2.0 Falsafah Kaedah Pengajaran Dalam Pendidikan Islam........................................................7

2.1 Masjid Sebagai Institusi Pendidikan....................................................................................7

i.Pengertian Masjid................................................................................................................7

ii.Konsep Masjid....................................................................................................................8

iii.Peranan Masjid..................................................................................................................8

2.2 Keistimewaan Masjid...........................................................................................................8

2.3 Objektif Masjid Sebagai Institusi Pendidikan......................................................................9

3.0 Institusi Keluarga Soleh.......................................................................................................9

3.1 Peranan Keluarga.................................................................................................................9

3.2 Objektif Institusi Keluarga.................................................................................................10

4.0 Peranan Masyarakat Dalam Pendidikan.............................................................................11

Peranan Masyarakat dalam pendidikan....................................................................................11

4.1 Pendidikan dalam aktiviti sekolah.....................................................................................13

5.0 FALSAFAH KURIKULUM DALAM PENDIDIKAN ISLAM.......................................16

6.0 FALSAFAH KAEDAH PENGAJARAN DALAM ISLAM.............................................19

7.0 Kesimpulan........................................................................................................................21

Bibliografi................................................................................................................................23
Penghargaan

‫احلمد هلل رب العاملني والصالة والسالم على أشرف األنبياء واملرسلني‬

‫سيدنا حممد وعلى آله وصحبه أمجعني‬

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur dipanjatkan kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala
kerana mengurniakan rezeki umur dan kesihatan bagi kami menyelesaikan tugasan yang telah
diamanahkan kepada kami. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
Shallallahu ‘Alaihi Wasallam beserta ahli keluarga dan sahabatnya.

Dalam ruangan ini kami mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih disembahkan
kepada Kerajaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di
Pertuan Negara Brunei Darussalam kerana memberi kesempatan dan kemudahan dari segi
biasiswa dan ruang masa mengikuti pengajian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pensyarah tutorial kami Yang
Mulia Ustazah Norapizah binti Zalani yang banyak membantu dan memberi motivasi,
cadangan, komen dan pandangan semasa menyelesaikan tugasan ini.

Seterusnya ucapan jutaan terima kasih saya tujukan kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja
yang turut membantu dalam memberikan idea dan cadangan dalam menyelesaikan tugasan
ilmiah ini. Semoga bantuan sokongan yang telah diberikan mendapat ganjaran dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.
Abstrak

Masjid adalah lambang kekuatan syiar Islam dan lambang perpaduan ummah sejak dahulu
lagi. Tujuan penulisan ini adalah untuk menerangkan konsep dan peranan masjid kepada
masyarakat serta objektif masjid sebagai institusi pendidikan Islam. Selain itu, institusi
keluarga soleh juga adalah asas penting dalam proses pembentukan masyarakat dan penulisan
ini juga menerangkan peranan serta objektif institusi keluarga soleh. Masyarakat juga
mempunyai peranan dalam pendidikan tidak kira lah secara formal atau non-formal
berdasarkan kurikulum yang telah disediakan yang merangkumi tiga aspek iaitu objektif,
rancangan dan organisasi. Penulisan ini menggunakan kaedah kepustakaan iaitu buku-buku
serta bahan media yang lain yang berkaitan dengan tajuk perbahasan. Hasil daripada
penulisan ini akan menambahkan lagi pengetahuan tentang keutamaan dan kepentingan
pandidikan Islam kepada masyarakat.
1.0 Pendahuluan

Institusi bermaksud organisasi yang ditubuhkan untuk tugas tertentu seperti pendidikan,
penyelidikan saintifik dan lain-lain. Pendidikan pula mempunyai bermacam-macam makna di
kalangan ahli pemikir pendidikan dan perbezaan ini berkait rapat dengan latar belakang
pengalaman dan pendidikan mereka, Selain itu konsep pendidikan juga dapat dilihat dari
sudut bahasa di mana ia berakar umbi daripada perkataan didik yang bererti pelihara, ajar dan
jaga. Pendidikan menurut Islam pula boleh dimaksudkan dengan “satu proses berterusan
untuk merubah, melatih dan mendidik akal jasmani dan rohani manusia berdasarkan nilai-
nilai Islam yang bersumberkan wahyu bagi melahirkan insan yang bertaqwa dan
mengabdikan diri kepada Allah Ta’ala untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan di akhirat.

Pendidikan wujud dengan adanya manusia. Setiap individu semenjak lahirnya


hinggalah ke akhir hayatnya mengalami proses pendidikan sama ada disedari ataupun tidak,
dengan secara langsung atau pun tidak kerana pendidikan tidak terpisah dari kehidupan
manusia. Dalam Al-Quran ada menyebutkan mengenai orang yang menuntut ilmu akan
ditinggikan darjatnya disisi Allah, firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11:

‫يل انْ ُش ُزوا‬ِ‫س فَافْسحوا ي ْفس ِح اللَّه لَ ُكم ۖ وإِذَا ق‬


ِ ِ‫ين َآمنُوا إِذَا قِيل لَ ُك ْم َت َف َّس ُحوا يِف الْ َم َجال‬‫ذ‬ِ َّ‫يا أَيُّها ال‬
َ َ ْ ُ َ َ ُ َ َ َ َ َ
‫مِب‬ ٍ ِ ِ َّ ِ ِ َّ
ٌ‫ين أُوتُوا الْع ْل َم َد َر َجات ۚ َواللَّهُ َا َت ْع َملُو َن َخبِري‬ َ ‫فَانْ ُش ُزوا َي ْرفَ ِع اللَّهُ الذ‬
َ ‫ين َآمنُوا مْن ُك ْم َوالذ‬
Mafhumnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepada kamu: “Lapangkanlah


tempat duduk di majlis-majlis (untuk orang lain),” maka lapangkanlah, nescaya Allah
memberikan kelapangan untuk kamu. Dan apabila dikatakan: “berdirilah,” hendaklah kamu
berdiri, nescaya Allah meninggikan orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-
orang yang diberi ilmu pengetahuan agama beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti
terhadap apa yang kamu kerjakan.”
Berdasarkan ayat di atas menunjukkan Allah akan menaikkan darjat orang yang
beriman kepada-Nya dan menuntut ilmu pengetahuan. Menghormati sesama manusia juga
merupakan satu Pendidikan dan akhlak yang baik serta sangat dituntut dalam agama Islam.

Pentingnya pendidikan dalam hidup setiap individu. Pendidikan wujud dalam keadaan
yang berbeza-beza, sesuai dengan situasi dan keadaan dalam sesuatu zaman. Sebagai contoh,
pendidikan pada zaman primitif berlainan dengan pendidikan pada zaman modern.

2.0 Falsafah Kaedah Pengajaran Dalam Pendidikan Islam

2.1 Masjid Sebagai Institusi Pendidikan

Dalam sejarah Islam, masjid merupakan satu institusi terpenting dan tertua yang mana
kewujudannya bukan sahaja dilihat sebagai lambang kekuatan syiar Islam, namun ia juga
lebih menyerlah sebagai lambang perpaduan ummah yang sekaligus menjadikannya sebagai
sebuah pusat pembangunan masyarakat Islam bagi meningkatkan pelbagai aspek dalam
kehidupan seharian dan juga mempelajari berbagai ilmu pengetahuan.1

i.Pengertian Masjid

Masjid adalah sebuah bangunan yang dikhaskan untuk melakukan amal ibadah kepada Allah
Subhanahu wa Ta’ala dan ia merupakan tempat suci dan mulia dalam Islam. Perkataan masjid
adalah berasal dari perkataan Arab. Dari segi bahasa ia memberi erti sujud dan sujud pula
berasal dari perkataan Arab sajada. Sajada muncul pertama kalinya dari perbuatan Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam yang mana ketika Rasulullah mengerjakan sembahyang dan
sujud bersama dengan kaum Muhajirin dan Anshar yang menjadi ma’mum di masjid pertama
yang di dirikannya iaitu Masjid Quba.2 Dalam kamus bahasa Melayu, masjid itu membawa
maksud rumah ibadat orang-orang Islam.

ii.Konsep Masjid

1
Drs Hanafi Mohamed, Falsafah Pendidikan Mengikut al-Quran, Pustaka Ilmi, 1996.
2
Hajah Rahidah Haji Mohd Hanifah, Kelebihan Mencintai Masjid, Bandar Seri Begawan, Pusat Da’wah
Islamiah, 2012, Hlm 1
Masjid adalah bangunan Islam yang menjadi lambang kepada syiar Islam. Masjid juga
menjadi pusat bagi mengembangkan ajaran-ajaran Islam, pusat perhimpunan yang
menyatupadukan umat Islan yang di dalamnya umat Islam beribadat dengan lebih khusyu’
dan tawadhu’, mengerjakan sembahyang berjemaah, menimba ilmu pengetahuan dan
menerima nasihat dan pengajaran demi untuk kebaikan dan kesejahteraan ummah di dunia
dan di akhirat.3

iii.Peranan Masjid

Peranan yang telah dimainkan oleh institusi masjid pada zaman junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W merupakan satu contoh ideal pembangunan syiar Islam yang perlu
dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat dunia Islam kini. Peranan dan fungsi masjid
begitu cukup luas dan penting pada zaman Rasulullah S.A.W . Fungsi-fungsi masjid pada
zaman Rasulullah amat perlu dikaji dan digagaskan supaya kita dapat menjadikan institusi
masjid pada zaman ini lebih unggul sesuai dengan momentum kehendak masjid yang
digariskan oleh Rasulullah S.A.W yang terkenal sebagai tempat menyebarkan Ilmu Islam,
tempat pengagihan zakat dan sadaqah, tempat perjumpaan delegasi kedutaan asing, tempat
mesyuarat ahli-ahli politik, tempat beriadhah dan banyak lagi yang mana melambangkan
peranan yang cukup besar dan yang seharusnya diperkasakan bagi institusi masjid pada
zaman kini.

2.2 Keistimewaan Masjid

Imam at-Thabarani telah meriwayatkan daripada Abdillah bahawa Rasulullah Shallallahu


‘alaihi wasallam bersabda

‫اهلل َٔا ْن يُ ْك ِر َم َز َارهُ فِ َيها‬


ِ ‫ َّن حقَّا علَى‬ٟ‫ض الْمسا ِج ُد وا‬ ِ ‫اِ َّن بيو‬
َ َ َ ْ ‫ت اهلل يِف‬
َ َ ِ ‫أَالر‬ َ ْ ُُ
Maksudnya:
“Sesungguhnya rumah-rumah Allah di bumi adalah masjid-masjid dan sesungguhnya adalah
hak atas Allah memuliakan orang yang mengunjungiNya di dalamnya.”

Abu al-Laits as-Samarqandi berkata: Sesungguhnya seseorang itu akan mendapat


kedudukan di sisi Allah jika ia mengagungkan perintah-perintah Allah, baitullah dan hamba-

3
Hajah Rahidah Haji Mohd Hanifah, Kelebihan Mencintai Masjid, Bandar Seri Begawan, Pusat Da’wah
Islamiah, 2012 , Hlm 2
hamba Allah, sedang masjid itu tetmasuk baitullah, kerana itu tiap mu’min harus
mengagungkannya yang bererti mengagungkan Allah.4

2.3 Objektif Masjid Sebagai Institusi Pendidikan

Objektif untuk menjadikan masjid sebagai institusi pendidikan adalah supaya aqidah menjadi
teguh dan rasa cinta akan rumah Allah. Selain itu dapat menimbulkan perasaan cinta akan al-
Qur’an dan cinta akan ilmu. Juga dapat mengajar untuk beribadat dengan ikhlas dan
mendisiplinkan diri. Melahirkan pemuda masjid dan yang cinta untuk solat berjemaah.Dan
untuk hidup lebih bermasyarakat dan yang mempraktikkan adab Islam.

3.0 Institusi Keluarga Soleh

Keluarga Soleh ialah keluarga yang menurut al-Quran dan al-Sunnah. Di dalam Islam,
pembentukan sebuah institusi keluarga itu telah ditetapkan hanya dengan satu cara iaitu
perkahwinan.

Institusi keluarga pula adalah unit paling asas dan terpenting dalam proses
pembentukan masyarakat. Jika baik, sejahtera dan bahagia suatu keluarga maka akan baik,
sejahtera dan bahagialah generasi yang dilahirkan dalam sebuah masyarakat. Sekiranya
institusi keluarga berpecah belah maka kesan social dan kesan ekonominya akan dirasakan
oleh masyarakat dan generasi berikutnya. Oleh kerana itu, maju mundurnya sebuah negara
adalah berawal pada institusi keluarga.5

3.1 Peranan Keluarga

Keluarga khususnya ibu bapa merupakan institusi pendidikan terpenting dalam pembentukan
keperibadian muslim yang soleh. Banyak pendapat bersetuju bahawa keluarga mempunyai
peranan yang lebih penting daripada sekolah kerana tali perhubungan dan yang rapat dengan
kanak-kanak (ahli keluarga), lebihan masa bersama serta pergaulan yang lebih mesra selain
kewajipan dan pemberian hak pendidikan kepada anak-anak. Pendidikan yang berlaku di
sekolah adalah terhad kepada pengajaran pengetahuan asas dan bimbingan yang amat terbatas

4
Hajah Rahidah Haji Mohd Hanifah, Kelebihan Mencintai Masjid, Bandar Seri Begawan, Pusat Da’wah
Islamiah, 2012, Hlm 2-3
5
Syahiran Sofian dan Azman Kassim, Pengukuhan Institusi Keluarga Islam Menurut al-Qur’an dan al-Sunnah,
KUPU SB, Negara Brunei Darussalam, 2014, Hlm 20
dalam waktu yang singkat. Sementara keluarga adalah penerus pendidikan sekolah dalam
lebihan masa dan kebebasan bertindak yang luas kepada ibu bapa.

3.2 Objektif Institusi Keluarga

Di dalam al-Quran ditemukan beberapa ayat yang terkait dengan keluarga, diantaranya QS.
At-Tahrim ayat 6:

‫َّاس َواحْلِ َج َارةُ َعلَْي َها‬ ِ ِ َّ


ُ ُ‫ين َآمنُوا قُوا أَْن ُف َس ُك ْم َوأ َْهلي ُك ْم نَ ًارا َوق‬
ُ ‫ود َها الن‬ َ ‫يَا أَيُّ َها الذ‬

‫صو َن اللَّهَ َما أ ََمَر ُه ْم َو َي ْف َعلُو َن َما يُ ْؤ َم ُرو َن‬ ِ ِ ِ


ُ ‫َماَل ئ َكةٌ غاَل ٌظ ش َد ٌاد الَ َي ْع‬
Mafhumnya:

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang
bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras,
dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan
selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

Demikian pula dalam hadith dikatakan bahawa ertinya:

“…Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat, ketika mereka berusia tujuh tahun, dan
pukullah mereka jika enggan, ketika mereka berusia sepuluh tahun, dan pisahkanlah antara
mereka ketika mereka tidur’. (H.R. al-Hakim dan Abu Daud dari Ibnu Amr bin Ash r.a).

Ayat dan hadith di atas dapat difahami bahawa dalam ajaran Islam terdapat perintah
untuk mendidik manusia dan mengajarkan agama melalui rumahtangga.

Al-Qur’an mengajarkan berbagai macam pendidikan dalam keluarga, diantaranya:


Pendidikan keimanan, pendidikan ibadah, dan pendidikan akhlak.6

Pendidikan keimanan di rumahtangga dimaksudkan untuk menanamkan keimanan


kepada anak secara dini agar dia memiliki iman yang benar.7 QS. Qaf (50): 16
6
Ahmad Azhar Basyir, Refleksi Atas Persoalan Keislaman: Seputar Filsafat, Hukum, Politik dan Ekonomi,
Bandung,1994, Hlm 220
7
Ahmad Azhar Basyir, Refleksi Atas Persoalan Keislaman: Seputar Filsafat, Hukum, Politik dan Ekonomi,
Bandung,1994, Hlm 220
ِ ‫ولََق ْد خلَ ْقنا اإْلِ نْسا َن و َنعلَم ما ُتوس ِوس بِِه َن ْفسه ۖ وحَن ن أَْقرب إِلَي ِه ِمن حب ِل الْو ِر‬
‫يد‬ َ َْ ْ ْ ُ َ ُ ْ َ ُ ُ ُ َْ َُ ْ َ َ َ َ َ
Mafhumnya:
“Dan sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan
oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.

Pendidikan ibadah bertujuan untuk membiasakan dan melatih anak-anak


melaksanakan ibadah, membiasakan melakukan solat dan melatih berpuasa pada bulan
Ramadhan, dan memberikan pengajaran mengenai hal-hal yang berkaitan dengan
pelaksanaan ibadah tersebut.

Pendidikan akhlak di rumahtangga bertujuan untuk melatih dan membiasakan anak


berakhlak mulia dan suka berbuat kebajikan. Begitu pula anak diharapkan memiliki
pengetahuan dasar tentang keperibadian muslim.8

4.0 Peranan Masyarakat Dalam Pendidikan

Peranan Masyarakat dalam pendidikan

Masyarakat ialah tiga orang yang berada di sebuah pulau, jika dua orang yang sedang berbual
di tepi simpang jalan itu tidak merupakan sebuah masyarakat. Perkataan masyarakat
digunakan secara umum serta sah untuk menunjukkan kumpulan individu yang menganggap
diri mereka sebagai golongan yang tersendiri. Ada yang memberi pengertian bahawa
masyarakat adalah sekumpulan manusia yang telah tinggal serta bekerjasama dengan tempoh
masa yang begitu lama sehinggakan menganggap diri mereka sebagai satu unit sosial.9 Setiap
masyarakat ada corak pendidikan sendiri. Terdapat juga iaitu hampir kesemua pendidikan
diusahakan oleh keluarga itu sendiri seperti yang terdapat dikalangan kaum primitif. Pada
zaman kemajuan teknologi sekarang, apa jua pengetahuan yang diperolehi oleh ahli keluarga
tidak cukup lagi untuk membolehkan seseorang itu menjadi ahli masyarakat yang berguna
dalam dunia yang begitu kompleks.

8
Syahiran Sofian dan Azman Kassim, Pengukuhan Institusi Keluarga Islam Menurut al-Qur’an dan al-Sunnah,
KUPU SB, Negara Brunei Darussalam, 2014, Hlm 20
9
W.F. Connel, Asas Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia,1981, hlm 96.
Pendidikan pula membawa maksud, mengasuh, memelihara, dan membimbing. Ini
dapatlah difahamkan sebagai mengasuh kearah yang lebih baik bagi kesempurnaan mental
dan perkembangan jasmani. Agak sukar untuk mendapatkan satu definisi pendidikan yang
sesuai bagi semua kaum, masyarakat dan negara. Secara ringkas, dihuraikan beberapa
pandangan ahli falsafah terhadap apa yang dimaksudkan dengan pendidikan, Plato (427 SM)
mentafsirkan pendidikan sebagai proses mengenal kemampuan semulajadi individu dan
mendidik ia menjadi warganegara yang berguna dan bertanggungjawab terhadap masyarakat
dan negara. Socrates (470 SM) menyatakan bahawa pendidikan sebagai usaha untuk
meransang pemikiran yang rasional dan mendisiplinkan mental untuk meningkat
pengetahuan dan mendapatkan kebenaran. Jean Jacques Rousseau (1712-1778) pula,
berpegang kepada prinsip bahawa pendidikan hendaklah disesuaikan dengan sifat semulajadi
dan keperluan individu.10

Dalam dunia pendidikan, masyarakat berkehendak murid-murid untuk mempelajari


kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira. Ini adalah kerana
membolehkan murid untuk menguasai ilmu-ilmu yang sering digunakan oleh masyarakat
sekelilingnya, sebagai contoh menguasai bahasa melayu dengan memuaskan sesuai dengan
kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Menguasai kemahiran
asas bahasa iaitu bertutur,membaca dan menulis, didalam bahasa penghantar sekolah-sekolah
rendah, berupaya memaham, membaca,menulis dan bertutur dalam bahasa Inggeris selaras
dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua dan membina sikap dan perilaku yang baik
berpandukan nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian yang diterima oleh masyarakat
berlandaskan rukun negara.11 Masyarakat berperanan penting untuk pendidikan kerana
seseorang individu, tidak dapat hidup dalam berseorangan kerana berkemungkinan ia akan
menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri. Masyrakat juga boleh membantu atau
menjadikan satu individu itu seorang yang berakhlak mulia seperti saling menghormati dan
saling membantu sesama sendiri. Masyarakat juga berperanan dalam pendidikan kerana
digunakan sebagai alat yang membawa kepada perubahan sosial, ekonomi dan politik. Salah
satu hadith yang dapat dikaitkan tentang pentingnya masyarakat dalam pendidikan dan hidup
seorang individu, hadithnya berbunyi:
10
Mohamed Nor Che’Nor Ph.D, Asas-asas pendidikan satu pengenalan, Flo Enterprise Sdn Bhd, Selangor,
Malaysia,1990, Hlm 2.
11
Ee Ah Meng, Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum, Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur, Malaysia,
1994, hlm 18.
ِ ٍ
ُ‫ قال النيب رسول اهلل عليه وسلم ُك ُّل َم ْو لُود يُولَ ُد َعلَى الْفطَْر ِة فَأَ َب َواه‬،‫عن أيب هريرة رضى اهلل عنه قال‬
)‫ (رواه البخاري‬.‫صَرانِِه أ َْو مُيَ ِّج َسانِِه‬
ِّ َ‫يُ َه ِّو َدانِِه أ َْو يُن‬
Maksudnya:
“Setiap anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kedua ibu bapanya yang menjadikannya
Yahudi, atau Nasrani atau Majusi.”12

Dapat disimpulkan bahawa, Masyarakat sangat memainkan peranan penting dalam


pendidikan kerana ia boleh membuatkan seseorang itu terpengaruh apabila melihat orang-
orang disekelilingnya. Jika satu individu itu, dikelilingi oleh orang yang baik, maka diapun
akan menjadi baik tetapi jika sebaliknya, maka akan terjadilah sebaliknya.

Sekolah adalah salah satu daripada pendidikan yang diadakan untuk masyarakat,
ianya khusus untuk memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada generasi muda,
bertujuan memperlengkapkan mereka dengan ilmu yang berfaedah kepada mereka dan
masyarakat disekeliling mereka. Para penulis sering menggambarkan sekolah bukan sahaja
sebagai tempat belajar, tetapi sabagai satu unit sosial atau komuniti yang tua selaku guru dan
yang muda selaku murid, mereka hidup bersama mengikut peraturan yang terdapat sebagai
satu komuniti yang bersefahaman dan bekerjasama, masing-masing memainkan peranan dan
tanggungjawab.13

4.1 Pendidikan dalam aktiviti sekolah

Pendidikan ialah aktiviti perkembangan dan penyuburan pemikiran serta kuasa-kuasa


semulajadi melalui pembelajaran yang sudah dirancang, meliputi pendidikan formal dan
pendidikan bukan formal.14 Secara khususnya, pendidikan boleh diertikan sebagai aktiviti
persekolahan. Ini bermaksud pendidikan merupakan aktivti-aktiviti yang mempunyai
objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya
menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan.
12
Abdul Azri Bin Abdul Wahab, Minat Membaca Di Kalangan Mahasiwa dan Mahasiswi Tahun 4, Kolej
Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei Darussalam, 2013, hlm 25.
13
Mohamed Nor Che’Nor Ph.D, Asas-asas pendidikan satu pengenalan, Flo Enterprise Sdn Bhd, Selangor,
Malaysia,1990, Hlm 47.
14
Najeemah Md. Yusof, Konsep Pendidikan, PTS Professional Publishing Sdn Bhd, Kuala Lumpur, Malaysia,
2007, hlm 1.
Usaha utama pendidikan adalah untuk menyediakan seseorang individu memainkan
peranan yang positif dan berkesan dalam masyarakat. Didalam usaha ini juga, pendidikan
menjadi suatu agen untuk menyebarkan dan mengekalkan kebudayaan sesuai dengan
kemajuan dan pembangunan semasa. Dalam masyarakat moden ini, pendidikan juga adalah
penting untuk menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi cabaran kehidupan dan
pembaharuan serta membuat pengubahsuaian demi memberikan sumbangan untuk
pembangunan masyarakat itu.15

Kurikulum didefinisikan oleh Conwell dan Campbell (1935) sebagai segala


pengalaman terkawal yang diperoleh dibawah bimbingan guru dan kurikulum membawa
pengertian bahawa apa yang dipelajari di sekolah tidak terhad kepada mata pelajaran formal
sahaja tetapi meliputi apa yang berlaku di persekitaran sekolah juga. 16 Kurikulum juga
dikatakan sebagai pelajaran atau mata pelajaran yang disediakan oleh pihak sekolah.
Kurikulum juga diertikan sebagai program pendidikan bagi mencapai sesuatu matlamat
tertentu. Pandangan ini menganggap pelajaran yang disediakan itu sebagai satu keadaan yang
bersepadu dan terancang.17 Kurikulum digambarkan sebagai bahan tertulis yang dimaksudkan
untuk digunakan para guru dalam melaksanakan pembelajaran untuk murid yang hendak
diajarkan. Tujuan mempelajari mata pelajaran adalah untuk memperolehi ijazah, menguasai
mata pelajaran beerti telah mencapai tujuan belajar. Setiap anak murid harus mempelajari
pelajaran yang sama, faktor minat tidak dipertimbangkan dalam penyusunan kurikulum.18

Manakala, kokurikulum merupakan salah satu daripada dua komponen utama dalam
institusi pendidikan. Kokurikulum dapat ditakrifkan sebagai semua aktivti atau kegiatan di
luar waktu sekolah tetapi berada di bawah pengawasan pihak sekolah. Aktiviti meliputi tiga
gerak kerja utama iaitu sukan dan permainan, pasukan pakai dan seragam serta kelab atau
persatuan. Ini mempunyai motif yang tersendiri iaitu menjadikan sumber pendidikan sebagai

15
Mok Soon Sang, Falsafah Pendidikan, Kurikulum dan Profesionalisme Keguruan, Penerbitan Multimedia Sdn
Bhd, Selangor, Malaysia, 2010, hlm 4.
16
Mohamed Nor Che’Nor Ph.D, Asas-asas pendidikan satu pengenalan, Flo Enterprise Sdn Bhd, Selangor,
Malaysia,1990, Hlm 64.
17
Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum, Quantum Books, Perak, Malaysia,
2003, hlm 80.
18
Prof. Dr. Sholeh Hidayat, Pengembangan Kurikulum Baru, PT Remaja Rosdakarya, Bandung, Indonesia,
2013, hlm 20.
sesuatu yang menyeronokkan dan mendatangkan faedah. Sebagai contoh, kegiatan sukan dan
permainan dapat memberi sumbangan terhadap kesuburan mental, fizikal dan kesegaran.
Sementara itu, aktiviti persatuan pula memberi peluang untuk mengkaji sesuatu bidang yang
berkaitan dengan lebih mendalam. 19

Melalui program kokurikulum ini, pihak sekolah dapat melahirkan pelajar yang
berkualiti dan seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani dengan menerapkan
nilai-nilai positif yang mengalakkan penglibatan berkomunikasi serta motivasi yang sihat.
Misalnya melalui aktiviti persatuan dan pasukan pakaian seragam, pelajar dilatih untuk hidup
bermasyarakat dapat mempelajari proses kepimpinan, komunikasi dan disiplin diri. Pelajar
dilatih untuk berinteraksi dan hasilnya mereka memperolehi lebih pengetahuan dan dapat
berfikir dengan lebih baik. ini kerana untuk bekerjasama, bertukar pendapat dan befikir scara
kritis dan kreatif.20

Walaupun kegiatan kokurikulum ini amat penting diwujudkanoleeh sekolah-sekolah,


masih terdapat segelinter pihak tertentu yang menganggap pelaksanaan kokurikulum ini
sebagai satu perkara yang remeh. Sebagai contoh, kurang penglibatan dalam aktiviti
kokurikulum yang menganggap kokurikulum itu tidak mendatangkan faedah dan hanya
membuang masa murid. Terdapat juga ibu bapa yang menyumbang kepada
ketidakberkesanan aktiviti kokurikulum kerana mereka tidak memahami objektif sebenar
kegiatan kokurikulum sehingga melarang anak-anak mereka mengambil bahagian dalam
aktiviti kokurikulum diluar waktu persekolahan.

Justeru, beberapa langkah perlu diambil bagi mengatasi masalah ini. Pihak
Kementerian memainkam peranan yang penting dalam merangka dasar baru yang melibatkan
kegiatan kokurikulum. Objektif dan matlamat utama pelaksanaan kokurikulum perlu
diperjelaskan dengan lebih mendalam dan teperincisupaya semua pihak yang terlibat faham
akan tujuan sebenar pelaksanaan kokurikulum.21

19
Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof & Borhan Yusof, Kepentingan Dan Keperluan Aktiviti
Kokurikulum di Sekolah, Karisma Publications Sdn Bhd, Selangor, Malaysia, 2003, hlm 88.
20
Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof & Borhan Yusof, Kepentingan Dan Keperluan Aktiviti
Kokurikulum di Sekolah, Karisma Publications Sdn Bhd, Selangor, Malaysia, 2003, hlm 89
21
Ibid, hlm 90.
5.0 FALSAFAH KURIKULUM DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Perkataan ‘kurikulum’ berasal daripada Bahasa Yunani yang digunakan dalam bidang
olahraga yang dikenali sebagai currere yang membawa maksud jarak larian yang mesti
ditempuhi oleh seorang atlet dari garisan permulaan hingga ke garisan penamat.22 Dalam
konteks Pendidikan, pelari itu merujuk kepada guru yang bertugas dalam pengajaran dengan
mengikut perancangan Pendidikan yang telah disediakan oleh pihak sekolah dengan
berbagai-bagai program, aktiviti yang sudah ditetapkan oleh sekolah.

Pengertian kurikulum juga dapat ditafsirkan oleh setiap orang, kelompok masyarakat,
ahli Pendidikan dengan pengertian yang berbeza. Menurut kajian yang telah dibuat kurikulum
dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu dari segi pandangan lama dan pandangan baru.

Pandangan lama atau dikenali juga sebagai pandangan tradisional, kurikulum ialah sejumlah
mata pelajaran yang mesti diambil dan dipelajari oleh setiap pelajar dalam memperoleh
ijazah. Kini, kurikulum dikembangkan ke satu tahap pengaturan dan rencana yang
mengandungi tujuan, isi dan bahan pelajaran serta cara yang digunakan dalam
penyelenggaraan kegiatan pembelajaran untuk mencapai tujuan pendidikan tertentu.

Kurikulum juga terbahagi kepada dua berdasarkan jenis pembelajaran yang dilalui.
Pertama ialah pembelajaran formal atau dikenali sebagai kurikulum formal. Manakala yang
kedua ialah kurikulum non-formal atau lebih dikenali juga sebagai Kurikulum Tersirat atau
Tersembunyi (Laten/Hidden Curriculum) iaitu pembelajaran yang dilakukan oleh pelajar di
luar bilik darjah seperti di padang permainan, di kantin, di rumah dan sebagainya. Namun, di
antara Kurikulum Formal dan Kurikulum Tersirat terdapat satu lagi kurikulum yang dikenali
sebagai Kokurikulum atau Kurikulum Tambahan. Sebagai contoh kelas tambahan di waktu
petang atau di luar jadual persekolahan, aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, pasukan beruniform
dan seumpamanya.

22
Prof. Dr. H. Muhaimin, M.A, Pengembangan Kurikulum Pendidikan Agama Islam di Sekolah, Madrasah dan
Perguruan Tinggi, PT Rajagrafindo Persada, Jakarta, Indonesia, 2012, Hlm 1
Bagi setiap kurikulum, silibus atau sukatan matapelajarannya adalah berbeza. Tujuan
diwujudkan untuk memenuhi tempoh masa yang ditetapkan bagi setiap program yang
ditetapkan. Sebagai contoh, kursus yang perlu dihadapi oleh mahasiswa sebanyak lapan
kursus dalam satu semester dan akan disampaikan selama 10 minggu.

Manakala, dalam Kurikulum Pendidikan Islam menyentuh lima aspek. Pertama,


huraian konsep dan definisi. Kedua, ciri-ciri kurikulum dengan penumpuan terhadap aspek
persiapan kerohanian guru, murid, aspek matapelajaran, autoriti pentadbiran, ibubapa, budaya
dan persekitaran. Ketiga, pembinaan kurikulum menurut tahap dan keperluan. Keempat,
kaitan silibus dan kelima kurikulum pendidikan guru dan latihan perguruan.23

Kurikulum dalam Pendidikan Islam boleh dilihat dari segi isi kandungan (content),
struktur, ciri-ciri kurikulum yang bersifat universal.

Kurikulum di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) akan dijadikan
rujukan dalam memahami dengan lebih mantap dalam menjelaskan konsep kurikulum
Pendidikan Islam.

Kurikulum KUPU SB berasaskan falsafah, visi dan misi dalam mencapai matlamat
yang diazamkan iaitu melahirkan sumber tenaga manusia yang berwibawa dalam Pendidikan
perguruan Islam, untuk membentuk masyarakat yang berilmu, beramal dan bertaqwa menurut
ajaran Ahli Sunnah Waljama’ah dengan bermazhab Syafi’e serta mendukung kedudukan
Ugama Islam sebagai ugama rasmi negara dan Konsep Negara Melayu Islam Beraja.

Falsafah KUPU SB adalah seperti berikut:

“Usaha berterusan bagi pembinaan umat yang bermaruah berasaskan keupayaan sistem
Pendidikan perguruan dalam menjana tradisi pengajaran-pembelajaran formal dan non-formal
untuk melahirkan pendidik dan pemimpin bertaqwa menerusi pemaduan tenaga pendidik
yang berwibawa, berakhlak mulia, berbudaya ilmu yang tinggi dan kesediaan masyarakatnya
23
Haji Yahya bin Apong, Falsafah Pendidikan Islam Huraian Konsep dan Aplikasi, Pusat Penerbitan Kolej
Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, 2012, Hlm 117
untuk dibimbing bagi mendapat keberkatan, keredhaan dan keampunan Allah Subhanahu Wa
Ta’ala”.

Visinya adalah seperti berikut:

“Untuk mencapai kemuliaan akhlak dan kecemerlangan ilmu perguruan agama yang terbilang
di Alam Melayu bertaraf antarabangsa”.

Misinya pula seperti berikut:

“Memartabatkan pengajian perguruan ugama bagi melahirkan pendidik berjati diri melalui
pengintegrasian ilmu, latihan, kajian, perkhidmatan, keterampilan dan teknologi berasaskan
prinsip-prinsip Islam, Konsep Melayu Islam Beraja dan Falsafah Pendidikan Negara”.

Bagi mencapai matlamat KUPU SB, maka telah diperkenalkan kursus-kursus


penyatuan yang menggabungkan aspek-aspek keilmuan, ilmu-ilmu terapan dan kemahiran
yang sesuai dengan profesyen guru agama.

Kursus-kursus penyatuan itu adalah seperti berikut:

i. Ilmu Teras

Berperanan untuk menyediakan dan menawarkan kursus-kursus teras melibatkan


mahasiswa/i diploma, DTPU, SMPU dan SPU. Pusat ini bertanggungjawab dalam
menyediakan kursus dalam bidang Al-Qur’an dan Amali Ugama, Kokurikulum, Teras
Pengajian Islam dan sebagainya.

ii. Kokurikulum

Iaitu seperi Pengembangan potensi diri, khairat kemasyarakatan, kemahiran hayat,


kesihatan jasmani (sukan) dan sebagainya. Program ini adalah untuk menjunjung titah-
titah Canselor KUPU SB, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam yang sering menekankan kepentingan KUPU SB dalam
menghasilkan graduan yang mempunyai sahsiah sebagai pendidik yang pakar dan guru
ilmuan yang berkesan, sebagai modal insan yang menghayatinilai-nilai agama dan
menjalankan peranan mereka dalam menangani gejala social dalam masyarakat.

6.0 FALSAFAH KAEDAH PENGAJARAN DALAM ISLAM

Secara umum tidak terdapat perbezaan diantara kaedah pengajaran dalam Islam dengan
Pendidikan Umum seperti Sains, Matemetik, Geografi dan sebagainya kerana yang hanya
dimahukan hanyalah keberkesanan dalam menyampaikan ajaran kepada pelajar.

Islam merupakan agama yang fleksibel dan terbuka dalam menerima apa sahaja
kaedah yang baik asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Agama Islam. Kaedah itu juga
perlu berlandaskan Al-Qur’an dan Al-Hadith.

Beberapa kaedah pengajaran yang sesuai digunakan dalam Islam:

i. Kaedah Soal Siasat (Inkuiri)

Kaedah soal siasat juga dikenali sebagai kaedah dapatan. Kaedah ini lebih daripada
penyampaian maklumat sahaja serta ia menggalakkan perkembangan kecenderungan
semula jadi kanak-kanak, terutamanya kecenderungan kearah soal siasat. Pihak sekolah
perlu mengendalikan sebarang aktiviti untuk para murid supaya mereka mengambil
pengalaman-pengalaman untuk membantu para murid melaksanakan soal siasat dengan
berkesan. Kaedah soal siasat ini membantu murid mencari jawapan untuk diri mereka
melalui pengalaman yang diperolehi oleh mereka. Contohnya murid-murid dilihatkan
proses pembuatan pisau besi, di sana murid-murid akan mengemukakan soalan dan
sekaligus memikirkan jawapan untuk diri mereka sendiri berdasarkan apa yang mereka
saksikan. 24

ii. Kaedah Diskusi dan Wacana

Kaedah ini memerlukan perbincangan di antara murid dan guru untuk menghasilkan
pembelajaran yang berkesan. Walaubagaimanapun, latihan perlulah diadakan sejak di
peringkat awal persekolahan lagi supaya mereka terbiasa. Tahap keupayaan berfikir

24
Ee Ah Meng, Pedagogi Untuk Bakal Guru, Fajar Bakti Sdn.Bhd.Malaysia, 1987, Hlm 166
secara analisis banyak bergantung kepada kemahiran berdiskusi. Al-Qur’an menjelaskan
kedudukan ini seperti dalam ayat berikut:

ِ ِ
‫الذ ْك ِر إِ ْن ُكْنتُ ْم اَل َت ْعلَ ُمو َن‬ َ ‫َو َما أ َْر َس ْلنَا ِم ْن َقْبل‬
ْ َ‫ك إِاَّل ِر َجااًل نُوحي إِلَْي ِه ْم ۚ ف‬
ِّ ‫اسأَلُوا أ َْهل‬
َ
Tafsirnya:

“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak
mengetahui”. (an-Nahl, 16:43)

iii. Kaedah Terapan

Matapelajaran agama Islam tidak cukup dengan hanya mempelajari dan mengetahuinya
dengan sebab akademik (academic reasons) tetapi juga mengaplikasikan pelajaran yang
dipelajari ke dalam kehidupan seharian.

iv. Kaedah contoh dan teladan

Islam memberi keutamaan terhadap pembinaan sakhsiah yang luhur dan mulia. Aspek
adab dan budi pekerti tidak dapat diajarkan menerusi lisan dan pelajaran di bilik darjah. Ia
hanya diperolehi dari sikap guru, ketua pelajar, kakitangan akademik sekolah dengan
memberi contoh kepada pelajar mengenai adab dan budi pekerti yang baik.25

Keperibadian Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dijadikan sebagai contoh


terbaik bagi setiap umat manusia seperti yang disebut dalam Al-Qur’an:

‫ُس َوةٌ َح َسنَةٌ لِ َم ْن َكا َن َي ْر ُجو اللَّهَ َوالَْي ْو َم اآْل ِخَر َوذَ َكَر اللَّهَ َكثِ ًريا‬ ِ ِ
ْ ‫لََق ْد َكا َن لَ ُك ْم يِف َر ُسول اللَّه أ‬
Tafsirnya:

“Sesungguhnya Rasulullah itu adalah contoh yang terbaik bagi kamu (iaitu) bagi orang
yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut
Allah”. (Surah Al-Ahzab, ayat 21)

25
Haji Yahya bin Apong, Falsafah Pendidikan Islam Huraian Konsep dan Aplikasi, Pusat Penerbitan Kolej
Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, 2012, Hlm 111
v. Kaedah Refleksi

Kaedah ini dilakukan oleh guru, dimana ianya membolehkan guru membuat penilaian
kendiri mengenai keberkesanan pengajaran yang telah diajarkan kepada pelajar.
Dalam mengatasi masalah atau mengubah pengajarannya, guru dapat melihat,
mengkaji dan menentukan alternatif-alternatif lain untuk meningkatkan lagi cara
pengajaran guru tersebut. Antara peranan utama refleksi adalah supaya guru dapat
menentukan justifikasi untuk mengubah cara penyampaiannya semasa mengajar.

7.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pendidikan adalah amat penting dalam kehidupan seseorang lagi-lagi
pendidikan agama Islam kerana ianya boleh membentuk masa depan seseorang individu itu.
Masyarakat juga boleh mempengaruhi masa depan seseorang, jika dia bergaul didalam
masyarakat yang baik, maka dia pun akan jadi baik dan secara tidak langsung mempunyai
pendidikan atau ilmu seperti saling hormati menghormati, sayang menyanyangi dan membina
kehidupan yang harmoni.

Dalam pendidikan juga, masjid merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang
hebat suatu ketika dahulu. Peranan tersebut haruslah di teruskan sehingga sekarang. Dalam
menjadikan masjid sebagai pusat pendidikan Islam, masjid hendaklah memastikan kuliah-
kuliah atau kelas pengajian yang dijalankan tidak dilakukan sekadar memenuhi aktiviti
dakwah masjid tetapi bentuk pengajian yang disampaikan menggunakan sukatan kurikulum
yang lengkap atau berkitab dan berkesinambungan antara satu sama lain bagi melahirkan
umat Islam yang proaktif dan berketerampilan. Selain daripada itu mewujudkan organisasi
masjid yang bersifat sentiasa peka dengan isu-isu semasa yang melanda ummar dan bertindak
sebagai institusi penyelamat.

Satu komponen penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat dan seterusnya


membentuk sebuah negara adalah dengan adanya institusi keluarga. Tanpa institusi keluarga,
pembentukan sesebuah negara tidak akan sempurna, Islam memandang institusi keluarga
sebagai sebuah institusi yang akan menjadi pencorak kepada masyarakat yang bakal
dibina.Fungsi kekeluargaan tidak sempurna tanpa adanya pendidikan, pembentukan
keperibadian, pembinaan nilai dan pengarahan kearah ciri-ciri keagamaan dan kebudayaan.
Tidak ada institusi atau kumpulan institusi-institusi lain yang dapat mengambil alih peranan
ini daripada institusi keluarga secara menyeluruh. Ini adalah kerana peranan yang dimainkan
oleh institusi keluarga adalah merangkumi dan berterusan. Ia diasakan kepada rasa
tanggungjawab di kalangan setiap keluarga.26

Bibliografi

Al-Quran Al-Karim

Abdul Azri Bin Abdul Wahab,

26
Pengukuhan Institusi Keluarga Islam Menurut al-Qur’an dan al-Sunnah, Syahiran Sofian dan Azman Kassim,
KUPU SB, Negara Brunei Darussalam, 2014, Hlm 218
Minat Membaca Di Kalangan Mahasiwa dan Mahasiswi Tahun 4, Kolej Universiti
Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei Darussalam, 2013.

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum,

Quantum Books, Perak, Malaysia, 2003.

Ahmad Azhar Basyir, Refleksi Atas Persoalan Keislaman:

Seputar Filsafat, Hukum, Politik dan Ekonomi Bandung,1994.

Drs Hanafi Mohamed, Pustaka Ilmi, 1996, Falsafah Pendidikan Mengikut al-Quran.

Ee Ah Meng, Pedagogi Untuk Bakal Guru, Fajar Bakti Sdn.Bhd,

Selangor Darul Ehsan, Malaysia, 1987.

Ee Ah Meng, Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum, Fajar Bakti Sdn Bhd,

Kuala Lumpur, Malaysia, 1994.

Hajah Rahidah Haji Mohd Hanifah, Pusat Da’wah Islamiah, 2012.

Kelebihan Mencintai Masjid, Bandar Seri Begawan

Haji Yahya bin Apong, Pusat Penerbitan KUPU SB, 2012,

Falsafah Pendidikan Islam Huraian Konsep dan Aplikasi, Negara Brunei Darusslam.

Mohamed Nor Che’Nor Ph.D, Asas-asas pendidikan satu pengenalan,

Flo Enterprise Sdn Bhd, Selangor, Malaysia,1990.

Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof & Borhan Yusof,


Kepentingan Dan Keperluan Aktiviti Kokurikulum di Sekolah, Karisma Publications
Sdn Bhd, Selangor, Malaysia, 2003.

Mok Soon Sang, Falsafah Pendidikan, Kurikulum dan Profesionalisme Keguruan,

Penerbitan Multimedia Sdn Bhd, Selangor, Malaysia, 2010.

Najeemah Md. Yusof, Konsep Pendidikan, PTS Professional Publishing Sdn Bhd,

Kuala Lumpur, Malaysia, 2007.

Prof. Dr. H. Muhaimin, M.A, PT Rajagrafindo Persada, 2012,


Pengembangan Kurikulum Pendidikan Agama Islam di Sekolah,
Madrasah dan Perguruan Tinggi, Indonesia.

Prof. Dr. Sholeh Hidayat, Pengembangan Kurikulum Baru, PT Remaja Rosdakarya,

Bandung, Indonesia, 2013.

Syahiran Sofian dan Azman Kassim, KUPU SB, 2014.

Pengukuhan Institusi Keluarga Islam Menurut al-Qur’an dan al-Sunnah,

Negara Brunei Darussalam.

W.F. Connel, Asas Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia,1981

Anda mungkin juga menyukai