Anda di halaman 1dari 18

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

MOHAMMAD SAFEUDIN BIN MOHD SABRI

(2019294494)

Kertas kerja ini disediakan untuk


DR HAJAR BIN OPIR

ISC402/ PEMBANGUNAN PERSONALITI DALAM ISLAM

Januari 2019
DEKLARASI PENULIS

Kami mengakui bahawa penghasilan kertas kerja ini dilakukan mengikut peraturan
Universiti Teknologi MARA. Ia adalah asli dan dapatan hasil usaha saya sendiri,
melainkan dinyatakan sebaliknya atau diberikan penghargaan sebagai hasil rujukan.
Kertas kerja ini tidak pernah diserahkan kepada mana-mana institusi akademik atau
bukan akademik untuk apa-apa ijazah atau kelayakan.

Kami, dengan ini, menyatakan bahawa kami telah mengikuti Kaedah dan Peraturan
Akademik bagi Siswazah, Universiti Teknologi MARA, sepanjang melakukan pengajian
dan penyelidikan saya.

Nama Ketua
Kumpulan :
No. Pelajar :
Program :

Fakulti :
Tajuk Tesis :

Tandatangan : .………………………………………………………….
Tarikh : Januari 2019
ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat

1.0 Isi Kandungan 1

2.0 Pendahuluan 2

3.0 Objektif 3

4.0 (Penemuan) 4-14

5.0 Kesimpulan 15

6.0 Rujukan 16

7.0 Lampiran

1
1.0 PENDAHULUAN

Islam menggesa umatnya agar berahklak dengan akhlak yang baik. Islam juga telah
menggariskan beberapa prinsip yang dapat menjadi pedoman kepada umat islam
sebaigamana yang ditunjukkan oleh Rasulullah sebagai model terbaik. Personaliti islamik
merupakan asa kepada perkembangan tamadun Islam. Ia terbina daripada modal insan
yang baik yang dapat menyempurnakan tugas menbangunkan tamadun yang selari
dengan hokum islam serta syariat Allah yang termaktub dalam Al-quran serta As-sunnah.
Isu yang terkini merupakan pencarian terhadap cara dan kaedah bagaimana sesebuah
negara dapat menghasilkan masyarakat yang memiliki kesedaran yang mendalam
agamanya, perasan tanggungjawab untuk mencapai paras tertinggi dari aspek etika dan
nilai moral dan dalam masa yang bersikap dinamik dan berdedikasi terhadap kemajuan
serta pembangunan negara.

Untuk merubah manusia dari kurang berusaha, malas, pasif kepada rajin dan aktif
bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai kaedah, perangcangan yang bersistematik harus
diusahakan untuk merangsang seluruh pemikiran, menggerakkan jiwa, membangunkan
jiwa, menbangunkan semangat, mengawal emosi, meneguhkan kekuatan spiritual serta
memimpin dan membimbingnya dengan suatu matlamat yang jelas.

Personaliti mengenai komunikasi mengikut kaedah islam haruslah diterapkan didalam


diri serta jiwa individu, keluarga, masyarakat dan negara. Malaysia yang hidup berbilang
kaum yang mempunyai masyarakat yang pelbagai serta berlainan agama mesti
berkomunikasi dengan komunikasi yang baik serta tidak menyinggung perasaan agar
tidak berlaku perbalahan. Pada zaman globlisasi ini manusia lebih kerap berkomunikasi
dalam media massa yang mudah terpengaruh dengan anasir Barat yang menyebabkan
umat islam berkomunikasi dengan cara yang tidak baik.

Oleh itu umat islam haruslah didedahkan dengan cara komunikasi mengikut panduan
islam yang terkandung dalam al-quran agar budaya mencarut, menfitnah dan mengadu
domba dapat dielakkan. Jesteru itu, komunikasi yang baik dapat menyatupadukan umat
islam dan menjadi contoh kepada orang bukan islam apabila kita beramal dengan cara
komunikasi dalam islam.

2
2.0 OBJEKTIF

1. Menghuraikan definisi komunikasi


2. Mentafsirkan Komunikasi dalam Al-Quran
3. Membincangkan komunikasi dalam kalangan pelajar, masyarakat

3
DEFINISI KOMUNIKASI

Kata atau istilah komunikasi (dari bahasa Inggeris “communication”), secara estimologis
atau menurut asal katanya adalah dari bahasa Latin communicates, dan perkataan ini
bersumber pada kata communis Dalam kata communis ini memiliki makna ‘berbagi’ atau
‘menjadi milik bersama’ iaitu suatu usaha yang memiliki tujuan untuk kebersamaan atau
kesamaan makna. Komunikasi secara terminologis merujuk kepada adanya proses
penyampaian suatu pertanyaan oleh seseorang kepada orang lain. Jadi dalam pengertian
ini yang terlibat dalam komunikasi adalah manusia.

 James A.F. Stoner & Charles Wankel (1989)


Komunikasi ialah satu cara manusia berhubung yang melibatkan pengertian pengertian
atau maksud yang dikongsi, dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan definisi istilah-
istilah yang digunakan berdasarkan sesuatu yang simbolik seprti isyarat, huruf, nombor,
dan perkataan yang melambangkan idea-idea yang dapat menyimpulkan maksud.

 S. Bernard Rosenblatt dalam bukunya


Comunication in Business (1983) mendefinisikan komunikasi sebagai pertukaran idea,
pendapat, maklumat, perhubung dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan
dipersembahkan secara peribadi atau tidak peribadi melalui simbol atau isyarat yang
bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi.

 Emery, Ault dan Agee (dlm, Sulaiman Masri, 1997)


Komunikasi ialah seni memindahkan maklumat, idea, dan sikap daripada seseorang
kepada seseorang.

 Sulaiman Masri (1997)


Merumuskan bahawa, komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat)
Daripada pengirim (penutur, penulis) dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu
kepada penerima (pembaca, pendengar) yang kemudiannya memberikan maklum balas
(mengekod dan mentafsir) mesej tersebut.

4
KOMUNIKASI DALAM AL-QURAN

1. Qaulan Sadidan (perkataan yang benar, tepat)

‘Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan


mereka anak-anak lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka.
Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka
mengucapkan Qaulan Sadidan – perkataan yang benar” (QS. 4:9)

Ayat ini turun dalam kisah seseorang yang mahu meninggal bermaksud
mewasiatkan seluruh kekayaan kepada orang lain, padahal anak-anaknya masih
memerlukan harta tersebut. Dalam kisah ini, perkataan yang harus disampaikan
kepadanya harus tepat dan argumentatif. Inilah makna qaul sadid. Misalnya,
dengan perkatan, "bahawa anak-anakmu adalah yang paling berhak atas hartamu
ini. Jika seluruhnya kamu wasiatkan, bagaimana dengan nasib anak-anakmu
kelak." Melalui ayat ini juga, Allah ingin mengingatkan kepada setiap orang tua
hendaknya mempersiapkan masa depan anak-anaknya dengan sebaik-baiknya
agar tidak hidup terabai yang akan menjadi beban orang lain.

Sadid menurut bahasa bererti ‘benar’. Al-Qosyani menafsirkan Qaulan Sadida


Dengan: kata yang lurus (qowiman); kata yang benar (haqqan); kata yang betul,
tepat (shawaban).

Seorang muslim jika berkata mestilah benar, jujur tidak berdusta. Kerana sekali
kita berkata bohong, selanjutnya kita akan berbohong untuk menutupi dusta kita
yang pertama, begitu seterusnya, sehingga bibir kita pun selalu berbohong tanpa
merasa berdosa kerana hati sudah menjadi hitam dan terbiasa berbohong. Sesiapa
tidak ingin dibohongi, seorang isteri akan sakit hatinya bila diketahui suaminya
berbohong. Rakyat pun akan murka jika dibohongi pemimpinnya.

Sayyid quttub menjelaskan dalam tafsirnya ayat ini menggambarkan orang yang
menjaga anak keturunan mereka yang sudah kehilangan ayah atau ibu atau kedua-
duanya mestilah berkata benar kepada mereka.

Muhammad Sayyid Thantawi berpendapat yang Quraish Shibab bahawa ayat ini
ditujukan kepada semua orang sepuaya berkata benar.

Dalam tafsir Al-Qurtubi dijelaskan makna as-sadid iaitu perkataan yang bijaksana
dan perkataan yang

5
2. Qaulan Baligha (Perkataan Yang Membekas Pada Jiwa)

“Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati
mereka. kerana itu berpalinglah kau dari mereka, dan berilah mereka pelajaran,
dan katakanlah kepada mereka Qaulan Baligha – perkataan yang berbekas pada
jiwa mereka”. (QS AN-Nissa:63)

Jalaludin Rahmat memeincikan pengertian qaulan baligha mnjadi dua, qaulan


baligha terjadi bila da’I (komunikator) menyesuaikan pembicaraannya dengan
sifat-sifat khalayak yang dihadapinya sesuai dengan frame of reference and field
of experience. Kedua, qaulan baligha terjadi bila komunikator menyentuh
khalayaknya pada hai dan otaknya sekaligus.

Sebagai seorang yang bijak bila berdakwah kita harus melihat situasi dan kondisi
yang tepat dan menyampaikan dengan kata-kata yang tepat. Apabila berbicara
dengan anak-anak haus berbicara dengan berkata sesuai dengan pemikiran
mereka.

Dalam Tafsir Ibnu Katsir, diterangkan bahwa turunnya ayat ini kerana terjadi
peristiwa, iaitu pertengkaran antara seorang sahabat Anshar dan seorang Yahudi.
Sang Yahudi meminta berhakim kepada Muhammad, dan si sahabat meminta
berhakim kepada Ka’ab bin Al-Asyraf, iaitu salah seorang pemuka Yahudi. Dan
ada pula yang menafsirkan, ada seorang munafik yang mengaku dirinya Islam dan
hendak berhakim kepada hakim Jahiliyah. Secara tegas dalam tafsir ini
dinyatakan, bahawa Dia Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati orang-
orang munafik itu dan tidak ada sesuatu yang tidak dapat mereka sembunyikan.
Dan Allah memberi balasan yang setimpal kepada mereka. Karena itu
berpalinglah hai Muhammad dari mereka, berilah mereka pelajaran dengan
perkataan dan nasihat-nashat yang membekas pada jiwanya, sehingga dapat
menghilangkan sifat-sifat kemunafikan mereka dari hati mereka.

6
3. Qaulan Ma’rufa (Perkataan Yang Baik)

“Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna


akalnya, harta (mereka yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah
sebagai pokok kehidupan. Berilah mereka belanja dan pakaian (dari hasil harta
itu) dan ucaplah kepada mereka Qaulan ma’rufa – kata-kata yang baik”. (QS An-
Nissa :5)

“Dan apabila sewaktu pembahagian itu hadir kaum kerabat, anak yatim dan orang
miskin, maka berilah mereka dari harta itu sekadarnya dan ucapkanlah kepada
mereka Qaulan Ma’rufa.” (QS An-Nissa: 8)

“Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau
kamu Menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah
mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu
janganlah kamu Mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahsia, kecuali
sekadar mengucapkan (kepada mereka) Qaulan Ma’rufa –perkataan yang baik…”
(QS. Al-Baqarah:235).

“Qaulan Ma’rufa –perkataan yang baik– dan pemberian maaf lebih baik dari
sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima).
Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (QS. Al-Baqarah: 263).

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu
bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga
berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya] dan ucapkanlah Qaulan
Ma’rufa –perkataan yang baik.” (QS. Al-Ahzab: 32).

Allah SWT mengggariskan panduan didalam Al-quran supaya umat islam


menggunakan perkataan yang baik sesama kalangan manusia seperti seorang
memegang harta anak yatim harus lah membelanjakan kepada ayam yatim
tersebut serta tidak mengguris hati mereka dengan percakapan yang tidak baik.
Qaulan ma’rufa juga bermakna pembicaraan yang bermanfaat dan menimbulkan
kebaikan (maslahat).

Ayat (QS An-Nissa: 8) melarang memberi harta kepada para pemilik yang tidak
mampu mengelola hartanya dengan baik. Mereka itu orang-orang yang belum
sempurna akalnya, baik anak yatim, anak kecil, orang dewasa atau wanita, karena
harta tersebut masih menjadi wang yang bersangkutan sehingga harus dipelihara
dan tidak boleh diboroskan atau digunakan bukan pada tempatnya. Dan
hendaknya harta tersebut dapat digunakan sebagai modal dalam berusaha
sehingga menghasilkan keuntungan. Dalam pandangan Al-Qur’an, modal boleh
dihasilkan dari dirinya sendiri, akan tetapi hasilnya haruslah dari usaha baik
manusia. Maka daripada itu riba dan perjudian dilarang.

7
4. Qaulan Karima (perkataan yang mulia)

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia
dan hendaklah kamu berbuat baik pada kedua orangtuamu dengan sebaik-baiknya.
Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua duanya sampai berumur lanjut
dalam pemeliharaanmu, seklai kali janganlah kamu mengatakan kepada kedanya
perkatan ‘ah’ dan kamu janganlah membentak mereka dan ucapkanlah kepada
mereka Qaulan Karima –ucapan yang mulia” (QS. Al-Isra: 23).

Dakwah dengan qaulan karima adalah orang yang telah lanjut usia, pendekatan
yang digunakan adalah perkataan yang mulia, santun penuh penghormatan dan
lemah lembut.

Dalam perspektif dakwah maka term pergaulan qaulan karima diperlakukan jika
dakwah itu ditujukan kepada kelompok orang yang sudah masuk kategori usia
lanjut. Pendakwah itu haruslah bersikap seperti orang tua juga dalam
meyampaikan dakwah. Dalam perspektif keluarga, seorang anak harus bercakap
dengan perkataan yang lemah- lembut dengan orang tua yakni kedua ibu bapa dan
tidak menyiggung perasaan mereka dengan perkataan yang kasar.

Pada pandangan Sayyid Quthb menyatakan bahwa perkataan yang karim, dalam
konteks hubungan dengan kedua orang tua, pada hakikatnya adalah tahap tertinggi
yang harus dilakukan oleh seorang anak. Yakni, bagaimana ia berkata kepadanya,
namun keduanya tetap merasa dimuliakan dan dihormati. Ibn 'Asyur menyatakan
bahwa qaulan karim adalah perkataan yang tidak mengguris pihak lain yang
membuat diri mereka merasa seakan terhina. Contoh yang paling jelas adalah
ketika seorang anak ingin menasihati orang tuanya yang salah, yakni dengan tetap
menjaga sopan santun dan tidak bermaksud menyakiti hati mereka, apalagi
sampai menyinggung perasaannya. Yang pasti qaulan karima, adalah setiap
perkataan yang dikenal lembut, baik, yang mengandung unsur pemuliaan dan
penghormatan.

8
5. Qaulan Layyinan (perkataan yang ringan)

“Maka berbicaralah kamu berdua kepanya dengan qaulan layyinan – kata-kata


yang lemah lembut…” (QS. Thaha: 44)

Dari ayat tersebut maka dapat ditarik kesimpulan bahwa Qaulan Layina ber-
maksud pembicaraan yang lemah-lembut, dengan suara yang enak didengar, dan
penuh keramahan, sehingga dapat menyentuh hati maksudnya tidak mengeraskan
suara, seperti membentak, meninggikan suara. Siapapun tidak suka bila berbicara
dengan orang-orang yang kasar. Rasullulah selalu bertuturkata dengan lemah
lembut, hingga setiap kata yang beliau ucapkan sangat menyentuh hati siapapun
yang mendengarnya. Dalam Tafsir Ibnu Katsir disebutkan, yang dimaksud layina
ialah kata kata sindiran, bukan dengan kata kata terus terang, apalagi kasar.

9
6. Qaulan Maisura (perkataan yang ringan)

” Dan jika kamu berpaling dari mereka untuk memperoleh rahmat dari Tuhannya
yang kamu harapkan, maka katakanlah kepada mereka Qaulan Maysura –ucapan
yang mudah” (QS. Al-Isra: 28)

Kata maisura berasal dari kata yasr, yang artinya mudah. Qaulan maisura adalah
lawan dari kata ma’sura, perkataan yang sulit. Sebagai bahasa Komunikasi,
qaulan maisura artinya perkataan yang mudah diterima, dan ringan, yang pantas,
yang tidak berliku-liku. Dakwah dengan qaulan maisura yang artinya pesan yang
disampaikan itu sederhana, mudah difahami dan dapat dipahami secara spontan
tanpa harus berfikir dua kali.

Dakwah dengan pendekatan Qaulan Maisura harus menjadi pertimbangan mad’u


yang dihadapi terdiri daripada:

 Orang tua atau kelompok orang tua yang merasa dituakan, yang sedang menjalani
kesedihan lantaran kurang bijaknya perlakuan anak terhadap orang tuanya.

 Orang yang tergolong didzalimi haknya oleh orang-orang yang lebih kuat.

 Masyarakat yang secara sosial berada dibawah garis kemiskinan, lapisan


masyarakat tersebut sangat peka dengan nasihat yang panjang, kerananya da’i
harus memberikan solusi dengan membantu mereka dalam dakwah.

Ayat ini juga mengajarkan, apabila kita tidak mampu memberi atau mengabulkan
permintaan kerana memang tidak ada, maka harus disertai dengan perkataan yang
baik dan alasan-alasan yang rasional. Pada prinsipnya, qaulan maisura adalah
segala bentuk perkataan yang baik, lembut, dan melegakan. Ada juga yang
menjelaskan, qaulan maisura adalah menjawab dengan cara yang sangat baik,
perkataan yang lembut dan tidak mengada-ada. Ada juga yang mengidentikkan
qaul maisura dengan qaul ma'ruf. Artinya, perkataan yang maisur adalah ucapan
yang wajar dan sudah dikenal sebagai perkataan yang baik bagi masyarakat
setempat.

Kata-kata yang menyenangkan akan lebih berharga daripada derma yang banyak.
Kata-kata tersebut akan melapangkan jiwa orang yang ditimpa dalam kesusahan
dan dirundung musibah. Untuk itulah dalam ayat ini kita dianjurkan untuk
memberi janji kepada mereka bahwa suatu saat jika Allah melapangkan rezeki
bagi dirinya akan membantunya. Kata-kata yang demikianlah yang dianjurkan
dalam ayat ini, menolak dengan kata yang indah, tanpa harus menyakiti, tetapi
sebaliknya membuat tenteram yang bersangkutan.

10
Komunikasi dalam kalangan manusia

Komunikasi Islam merupakan salah satu bentuk interaksi manusia dalam kehidupan
sosial, yang tidak terlepas dari dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Ini kerana
proses komunikasi merupakan bahagian yang penting di dalam mua‟malah, iaitu
hubungan manusia sesama manusia yang lebih luas. Islam menghendaki nilai-nilai
syar‟ie ini dapat mewarnai dalam proses komunikasi sehingga melahirkan suatu
kedudukan di mana komunikasi melahirkan suasana kedamaian dan bukannya
permusuhan.

Oleh itu, Islam menganggap komunikasi sebagai satu wasilah penting yang
menganjurkan perdamaian di kalangan umatnya sepanjang zaman. Kepentingan
komunikasi dari perpekstif Islam boleh dilihat dari sudut penyebaran dakwah, menjaga
hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah, melaksanakan tuntutan-tuntutan
syariah dan menegakkan konsep amar makruf dan nahi mungkar serta melaksanakan apa
sahaja perintah Allah dan menjauhi diri dari segala laranganNya.

Demikian, kita dapat menyimpulkan bahawa komunikasi diantara manusia


amatlah penting lebih-lebih lagi dengan Allah seperti kita memjaga hubungan manusia
dengan manusia, hubungan manusia dengan penciptanya. Oleh itu timbul komunikasi
diantara Allah, komunikasi sesama manusia, komunikasi dengan diri sendiri;

Komunikasi dengan Allah. Ia merupakan tingkatan komunikasi yang tertinggi kerana


berkait rapat dengan hubungan Allah semasa beribadat. Tiadalah sesuatu ibadat yang
dianggap rapat dengan Allah melain ketika solat iaitu semasa sujudnya. Malah
keistimewaan dalam Islam ia tidak menghadkan tempat, ruang serta masa untuk
beribadat. Keupayaan umat Islam untuk beribadat merupakan suatu perkara yang amat
diberikan penekanan oleh syariat Islam. Terutamanya apabila kita solat, solat men-
dekatkan kita kepada Allah dan dapat berkomunikasi denganNya apabila kita sujud
kepadaNya

Sebagai seorang pelajar kita dituntut untuk mendekatkan diri kepada Allah agar
segala urusan kita dipermudah dan dapat menjawab dengan baik didalam peperiksaan.
Dalam hal ini komunikasi (hubungan) dengan Allah amatlah penting kerana ingin
mendapatkan keberkatan dalam kehidupan dan diredai oleh Allah dalam semua urusan.
Kita bukan sahaja mesti menjaga hubungan dengan Allah malah hubungan dengan
manusia kerana apabila kita membuat sesuatu kesalahan dengan manusia bukan mudah
untuk kita meminta maaf daripada mereka kerana manusia ini penuh dengan ego. Oleh itu
kita mestilah berkomunikasi dengan baik agar tidak mengguris hati sesiapa dan tidak
menyakiti hati manusia dengan kata-kata kesat.

11
Komunikasi sesama manusia. Ianya lebih menekankan komunikasi scara bersemuka
atau bersifat dua hala seperti komunikasi melalui alat perhubungan seperti telefon,
internet perbincangan, taklimat, ceramah dan sebagainya. Dalam konteks ini Islam
mengiktiraf dan menerima segala bentuk komunikasi selagi ianya tidak memberi kesan
negatif terhadap keaslian fitrah manusia yang memerlukan keamanan, kebaikan dan lain-
lain. Komunikasi peringkat ini tidak terbatas kepada sesama manusia sahaja malah al-
Quran menceritakan bagaimana Nabi Sulaiman sendiri telah dianugerahkan kelebihan
untuk memahami pertuturan burung dan semut.

Dalam hal ini, kita sebagai seorang manusia haruslah berkonuikasi dengan baik
dalam semua hal. Contohnya apabila kita menderma, kita tidak seharusnya mengungkit
dengan pemberian yang kita bagi dengan kata-kata yang tidak baik. Dan orang yang
menerima haruslah bersyukur dengan apa yang diberikan dengan berkata percakapan
yang mulia. Hal ini dapat membentuk masyarakat yang berkomunikasi dengan baik dan
berakhlak mulia seterusnya dapat menanam dalam jiwa manusia yang akan datang
dengan jiwa yang baik dan dipandang mulia oleh orang sekeliling.

12
Etika komunikasi dalam menggunakan media sosial pada kehidupan masyarakat

media social adalah sebuah media online, dengan cara penggunaannya yang amat mudah,
cepat dan pantas tanpa sempadan dunia. Perkembangan media social akhir-ahir ini sangat
pesat. Sehingga menjadi topik hangat untuk dibahas kerana banyaknya masyarakat yang
menggunakan media sosial namun kurang memahami makna media itu sendiri. Hal ini
dapat dilihat dari penggunaan Bahasa non baku dan tidak rasmi dalam komunikasi.
Komunikasi adalah suatu proses penyampaian informasi dari satu pihakkepada pihak
yang lain. Adapun etika komunikasi yang baik dalam media social adalah jangan
menggunakan kata kasar, provokatif, porno ataupun memposting artikel atau status yang
palsu.

Menurut C. Widyo Hermawan, adanya penggunaan internet melalui media social,


telah melahirkan sebuah web forum yang dapat membentuk suatu komuniti adalah alam
maya. Sebuah web yang dapat memberikan idea, pendapat, dan segala maklumat
daripada semua orang serta berkomunikasi dan bertukar pandangan antara satu sama lain

Tahun 2009 media sosial mula menjadi pilihan masyarakat, seperti facebook, twitter,
Instagram, WhatsApp, snapchat, dan banyak lagi. Interaksi yang dilakukan dalam media
social, haruslah memperhatikan etika dalam berinteraksi. Hal ini sangat penting agar
segala aktiviti dalam bersosial media tidak memberi kesan yang buruk dalam kehidupan
kita seperti yang terjadi kepad artis Korea yang membunuh diri disebabkan masyarakat
yang memberi komen atau pandangan yang buruk terhadap artis tersebut.

Instagram merupakan sebuah aplikasi yang diminati ramai yang kebanyakan


penggunanya adalah pelajar dan anak muda yang suka berkongsi maklumat mengenai
foto serta suka meluahkan perasan mereka di media social. Hal ini kerana mereka lebih
gemar berkongsi di media social berbanding dengan orang terdekat seperti ibu ayah.

Dalam kehidupan bersosial dalam masyarakat, istilah etika dikaitkan dengan


moral diri seseorang. Orang yang tidak etika yang baik sering disebut tidak bermoral
kerana tindakan dan percakapan yang diambil tidak melalui pertimbangan yang baik. Hal
ini kerana boleh menyebabkan pergaduhan dalam masyarakat lebih-lebih lagi di media
sosial. Di laman sosial orang bebas bersuara tanpa batasan yang boleh mengundang
perkara buruk kepada diri dan masyarakat.

13
KESIMPULAN

Kesimpulannya, komunikasi amatlah penting dalam kehidupan manusia. Komunikasi


yang dimaksud adalah komunikasi yang islami, iaitu berkomunikasi dengan akhlak yang
baik serta beretika.

Dalam Al Qur’an dengan sangat mudah kita menemukan contoh kongkrit bagaimana
Allah selalu berkomunikasi dengan hambaNya melalui wahyu. Untuk menghindari
kesalahan dalam menerima pesan melalui ayat-ayat tersebut, Allah juga memberikan
kebebasan kepada Rasulullah untuk meredaksi wahyu-Nya melalui matan hadits. Baik
hadits itu bersifat Qouliyah (perkataan), Fi’iliyah (perbuatan), Taqrir (persetujuan) Rasul,
kemudian ditambah lagi dengan lahirnya para ahli tafsir sehingga melalui tangan mereka
terkumpul sekian banyak buku-buku tafsir. Selain itu, kita mendapati Rasulullah SAW
dalam berkomunikasi dengan keluarga, sahabat dan umatnya. Komunikasi beliau sudah
terkumpul dalam ratusan ribu hadits yang menjadi penguat, penjelas Al Qur’an sebagai
petunjuk bagi umat manusia.

Komunikasi dalam Islam dinilai penting, karena adanya kewajiban berda’wah


kepada setiap orang-orang yang beriman sehingga nilai-nilai Al-Qur’an dan haditsnya
harus selalu dikomunikasikan kepada orang lain, khususnya keluarga guna menghindari
siksaan api neraka.

14
RUJUKAN

15

Anda mungkin juga menyukai