Anda di halaman 1dari 3

13 Disember 2010

Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam JAIS,
Unit Latihan, Kualiti Dan Pendidikan JAIS,
Tingkat 2 & 3, Menara Utara,
Bangunan Sultan Idris Shah,
No.2. Persiaran Masjid, Bukit SUK Seksyen 5,
40676 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

PERMOHONAN KEBENARAN BAGI MENYAMBUNG PELAJARAN DIPLOMA


PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)

Berhubung dengan perkara di atas, saya MARIANI BINTI KOSNON Nombor Kad
Pengenalan 780609-14-5294 bertugas di KAFA Integrasi Al-Huda Pangkalan Udara Subang
memohon kebenaran belajar untuk Kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)
anjuran Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS).

2. Sukacita dimaklumkan, jadual pembelajaran adalah bermula pada 22 November 2010


(Isnin). Oleh yang demikian, saya memohon kebenaran perlepasan kerja sekiranya kelas
dijalankan pada waktu persekolahan. Di sini saya sertakan lampiran surat tawaran belajar
dan dokumen yang berkaitan sebagai rujukan pihak tuan.

3. Kerjasama dan tindakan dari pihak tuan amatlah saya harapkan dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian,

Yang Benar,

………………………………..
(MARIANI BINTI KOSNON)
Blok G2A-G-3 Pangkalan Udara Subang,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
012-4130002 / 013-2610221
013-2992515 –Mohd Khidir Bin Bahari (suami)
1 Disember 2010

Pendaftar,
Bahagian Hal Ehwal Akademik,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

MAKLUMAN KELEWATAN MENDAFTAR BAGI KURSUS DIPLOMA PENDIDIKAN


LEPASAN IJAZAH (DPLI) SESI NOVEMBER 2010

Merujuk surat tawaran UPSI/PEND/AKAD1/241, No. Pendaftaran L20102006170 saya Mariani


Binti Kosnon Nombor Kad Pengenalan 780609-14-5294 ingin memaklumkan masih lagi belum
membuat pendaftaran kerana terlewat hadir semasa sesi pendaftaran di Pusat Sumber Pendidikan,
JAIS, di Jalan Bukit Jati, Kampung Jawa Klang yang telah diadakan pada 21 November 2010.

2. Faktor-faktor yang menyebabkan kelewatan pendaftaran adalah:

i) Semasa hari pendaftaran saya berada di Melaka melawat bapa mertua yang sedang
uzur dan bergegas pulang pada petang ahad setelah mendapat maklumat mengenai
pendaftaran tersebut melalui rakan.
ii) Kemudahan Internet di rumah saya pada minggu tersebut mengalami masalah
teknikal kerana kabel WIMAX saya tidak berfungsi.
iii) Pada minggu yang sama nombor telefon saya mengalami gangguan kerana pertukaran
rangkaian dari Maxis ke Celcom. Ini menyebabkan saya tidak menerima maklumat
pendaftaran melalui sms daripada pihak UPSI.

3. Oleh yang demikian, saya amat berharap agar pihak tuan menerima saya untuk terus
melanjutkan pengajian di dalam Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) sesi November 2010. Di
samping itu juga, saya amat berminat untuk menyertai program ini dan berharap pihak tuan dapat
mempertimbangkan perkara ini.

4. Kerjasama dan tindakan daripada pihak tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Yang Benar,

………………………………………..
(MARIANI BINTI KOSNON)
Blok G2A-G-3 Pangkalan Udara Subang,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
013-2610221/012-4130002/013-2992515

1 Disember 2010

Kepada:
Sesiapa Yang Berkenaan,

Tuan/Puan,

MEMOHON PELEPASAN UNTUK MENDAFTAR DI UPSI BAGI PROGRAM DPLI


SESSI NOVEMBER 2010

Merujuk surat tawaran UPSI/PEND/AKAD1/241, No. Pendaftaran L20102006170 saya


Mariani Binti Kosnon Nombor Kad Pengenalan 780609-14-5294 ingin memaklumkan
tuan/puan masih lagi belum membuat pendaftaran kerana terlewat hadir semasa sessi
pendaftaran di Pusat Sumber Pendidikan, JAIS, di Jalan Bukit Jati, Kampung Jawa Klang
yang telah diadakan pada 21 November 2010 (Ahad).

Oleh yang demikian, saya ingin memohon pelepasan daripada menghadiri kelas tuan/puan
pada 2/12/2010 (Khamis) untuk membuat pendaftaran di UPSI. Sekiranya ada tugasan atau
pun kuiz saya akan berusaha untuk menyiapkannya pada masa yang ditetapkan dan merujuk
pada rakan kumpulan yang lain.

Segala kerjasama dan tindakan dari pihak tuan/puan amatlah di harapkan dan diucapkan
terima kasih.

Yang Benar,

………………………………………..
(MARIANI BINTI KOSNON)
013-2610221/012-4130002/013-2992515

Anda mungkin juga menyukai