Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

KELAS ASAS MANDARIN

PENGANJUR
NUR ZAFIRAH BINTI KHAIRI

PENSYARAH
HANAFI BIN KHAMIS

TARIKH
6 JUN 2021
1) TAJUK KERTAS KERJA
Kelas Asas Mandarin
2) TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan kelulusan program
“ Kelas Asas Mandarin “ bagi memenuhi keperluan subjek Seni Tari Tradisi & Kreatif II.

3) LATAR BELAKANG
Program Kelas Asas Mandarin merupakan satu program yang berbentuk ilmiah bagi
memberi pendedahan kepada rakan sebaya dan pelajar-pelajar UITM Jasin untuk
mempelajari lebih dari satu bahasa iaitu bahasa Mandarin.

4) OBJEKTIF
Program ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif berikut:
-Melatih pelajar untuk berbahasa Mandarin.
- Membuka peluang pelajar untuk mempelajari serba sedikit tentang asas pelajaran bahasa
Mandarin.
-Memberi lebih cara kepada pelajar untuk berkomunikasi dengan orang lain bukan sahaja
dalam bahasa Melayu malahan dalam bahasa lain juga antaranya bahasa Mandarin.

5) ANJURAN
Nur Zafirah Binti Khairi
(Pelajar Sarjana Muda FSKM, UITM Kampus Jasin)

6) KUMPULAN SASARAN
Program Kelas Asas Mandarin ini menyasarkan kepada rakan-rakan sebaya dan para pelajar
UITM Jasin yang berminat untuk mempelajari asas bahasa Mandarin.
7) TARIKH/MASA/TEMPAT
KELAS ASAS MANDARIN
-Kelas Asas Mandarin ini dijalankan selama 3 sesi iatu sepanjang tiga minggu program sulam
dijalankan.
7.1 Tarikh: 6 JUN 2021, 13 JUN 2021, 20 JUN 2021
7.2 Hari: Ahad
7.3 Masa: 9.00 AM-11AM
7.4 Platform: Google Meet
8) TENTATIF PROGRAM
Sesi 1
Tarikh : 6 JUN 2021
MASA AKTIVITI
9.00 AM Sesi persediaan untuk memulakan program
9.15 AM Sesi persediaan peserta-peserta untuk masuk ke platform google meet dan
bacaan doa
9.30 AM Kelas asas Bahasa Mandarin sesi 1 bermula
10.50 AM Sesi soal jawab
11.00 AM Bersurai

Sesi 2
Tarikh : 13 JUN 2021
MASA AKTIVITI
9.00 AM Sesi persediaan untuk memulakan program
9.15 AM Sesi persediaan peserta-peserta untuk masuk ke platform google meet dan
bacaan doa
9.30 AM Kelas asas Bahasa Mandarin sesi 2 bermula
10.50 AM Sesi soal jawab
11.00 AM Bersurai

Sesi 3
Tarikh: 20 Jun 2021
MASA AKTIVITI
9.00 AM Sesi persediaan untuk memulakan program
9.15 AM Sesi persediaan peserta-peserta untuk masuk ke platform google meet dan
bacaan doa
9.30 AM Kelas asas Bahasa Mandarin sesi 3 bermula
10.50 AM Sesi soal jawab
11.00 AM Bersurai
9) KAEDAH PERLAKSANAAN AKTIVITI/ IMPAK KEPADA PELAJAR, UNIVERSITI,
MASYARAKAT/KOMUNITI
9.1 Kaedah perlaksanaan:
- Aktiviti ini dijalankan dalam bentuk cara atas talian melalui platform Google Meet.

9.2 Impak kepada pelajar:


- Memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu asas bahasa Mandarin.
-Dapat menambah ilmu pengetahuan dan belajar lebih satu bahasa.
- Peluang pekerjaan lebih luas sekiranya pelajar mempelajari bahasa Mandarin kerana
kebanyakan syarikat di Malaysia pada masa kini terdiri daripada kaum Cina. Hal ini dapat
memberi lebih banyak pilihan kepada pelajar apabila ingin melaksanakan latihan praktikal
selepas pengajian.

9.3 Impak kepada pihak Universiti:


- Menjadikan universiti sebagai satu platform untuk mengetahui asas bahasa Mandarin.
-Menaikkan nama Universiti.

9.4 Impak kepada komuniti/masyarakat:


- Meningkatkan perpaduan kaum di Malaysia.
-Memudahkan urusan syarikat yang berurusan dengan syarikat di China.
10) PENUTUP
Program seumpama ini bukan sahaja dapat melahirkan graduan yang berdaya saing
dan berwibawa di masa akan datang malah berpotensi untuk merealisasikan aspirasi pelajar
serta dapat meningkatkan imej negara kita.
Selain itu, program ini diharapkan dapat berjalan dengan lancar bagi mencapai
objektif utama program. Semoga cadangan program ini dapat persetujuan dan diluluskan
bagi menggalakkan para pelajar untuk mempelajari asas bahasa mandarin supaya
memudahkan diri untuk mendapatkan pekerjaan yang diminati kelak. Akhir sekali,setinggi-
tinggi penghargaan diucapkan atas kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
program ini.

Disediakan oleh Disemak oleh


Nur Zafirah Binti Khairi Hanafi Bin Khamis
Penganjur Program Pensyarah HKB 225
Seni Tari Tradisi & Kreatif I

Anda mungkin juga menyukai