Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA CADANGAN

PROGRAM AMALI SEMBELIHAN 2022/2023

1.0 PENDAHULUAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah yang melimpahkan kurnia dan nikmat-Nya yang memberi kita
rezeki dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada seluruh ummat manusia. Ilmu yang
dilimpahkan kepada kita bukan hanya sekadar teori yang menjadi penyelamat pelajar dalam
peperiksaan semata-mata, tetapi ia perlu dipraktikkan dan dimanfaatkan dalam kehidupan
seharian.

Alhamdulillah, atas kesedaran itulah maka pihak Panitia Pendidikan Islam ingin mengisi
ruang dalam minggu terakhir bagi sesi 2021 ini dengan melaksanakan Program Amali
Sembelihan. Kami mengharapkan agar aktiviti ini dapat memberi pengalaman yang paling
berharga buat para pelajar untuk dijadikan bekalan di masa akan datang.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara-cara melakukan


sembelihan yang betul.
2.2 Memberi peluang kepada para pelajar untuk mempraktikkan ilmu berkaitan
dengan sembelihan yang telah dipelajari di dalam kelas.
2.3 Memberi pengalaman yang berguna kepada para pelajar bermula dari proses
sembelihan sehingga proses memasak.
2.4 Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar tingkatan 4.

3.0 TARIKH & MASA

14/2/ 2023 (Selasa), 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

4.0 TEMPAT

SMK Long Gafar, Kota Bharu, Kelantan.

5.0 SASARAN

5.1 134 orang pelajar Tingkatan 4 ( 4LG1 - 4LG6 )


6.0 JAWATANKUASA PERLAKSANA

Bil Jawatan Bidang Tugas


Penaung (Pengetua)
1
En Md Basri bin Arifin

Penasihat (GKSS)
2
En Yasmin bin Hashim

Penyelaras 1. Menyelaraskan keseluruhan aktiviti program


3 Pn Wan Jamilah binti Wan 2. Memantau kelancaran aktiviti
Sulaiman
1. Membuat persediaan mesyuarat
2. Menyediakan surat jemputan mesyuarat dan
Setiausaha mengedarkan kepada semua ahli jawatankuasa
4
Pn Rugayah binti Yusof 3. Menyediakan minit mesyuarat
4. Menyediakan laporan di akhir program

1. Menyediakan peralatan-peralatan yang


diperlukan untuk amali sembelihan seperti
JK Peralatan pisau, batu asah, cangkul untuk menggali
5
Pn. Zaiton binti Kadir lubang, plastik sampah dan lain-lain yang
dirasakan perlu.

1. Memastikan tempat program berada dalam


keadaan selamat dan bersih.
Jk Persiapan Tempat 2. Menyediakan lubang tempat sembelihan.
6
Pekerja Swasta Sekolah

1. Memastikan para pelajar sentiasa menjaga


JK Kebersihan kebersihan tempat sembelihan dan tempat
7 Pn Hamidah binti Ya memasak sebelum, semasa dan selepas
Pn program.

1. Menyediakan 4 ekor ayam bagi setiap kelas.


JK Makanan (Jumlah : 24 ekor ayam)
8 Pn Amani binti Abd Karim
Pn Siti Hasnira binti

1. Memastikan semua pelajar menepati masa dan


JK Kawalan Pelajar berada di tempat program seperti yang
Tn Hj Mohd Zaidin bin Mat dijadualkan.
9
Yaman 2. Memastikan pelajar tidak meninggalkan tempat
program sehingga program tamat.

10 JK Dokumentasi 1. Mengambil gambar/video sepanjang program


berlangsung.
2. Menyediakan dokumentasi lengkap sebanyak
Pn Siti Hawa binti 2 salinan yang diperlukan selepas tamat
Mohamad program.

JK Doa/Pembimbing 1. Membaca doa sebelum memulakan program.


Penyembelihan 2. Memastikan pelajar berjaya melaksanakan
amali sembelihan
Tn Hj Mohd Zaidin bin Mat
11
Yaman
Ustaz Nik Mohd Aufa bin
Nik Mohd Nor

7.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Perkara Tindakan


07.50 pagi Pelajar berkumpul
08.00 pagi Taklimat program dan pembahagian ayam Penyelaras
sembelihan
08.15 pagi Penerangan ringkas tentang teori sembelihan Ustaz Tn Hj Mohd
dan demonstrasi penyembelihan Zaidin bin Mat
Yaman
08.30 pagi Praktikal sembelihan oleh para pelajar Semua guru PI
10.00 pagi Rehat
10.30 pagi Pelajar menyerahkan ayam sembelihan Kantin Sekolah
masing-masing kepada pihak kantin sekolah
01.00 petang Bersurai

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA Kuantiti JUMLAH


4 Ekor x 6 kelas = 24 ekor RM 600
1 Ayam
RM25 x 24
3 Plastik Sampah 2 peket RM 10
Air Mineral RM 1 x 134 botol RM 134
4
Pelajar
JUMLAH RM 744.00
Kami mengharapkan agar aktiviti ini dapat memberi manfaat yang berguna buat semua puhak
yang terlibat dalam menjayakannya. Semoga usaha ini akan mendapat keberkatan dan
keredhaan Allah s.w.t.

Disediakan oleh,

( WAN JAMILAH BINTI WAN SULAIMAN)


Penyelaras
Amali Sembelihan 2022/2023
SMK LONG GAFAR

Disokong

(YASMIN BIN HASHIM)


GKSS
SMK LONG GAFAR

Diluluskan

(MD BASRI BIN ARIFIN)


Pengetua
SMK LONG GAFAR

Anda mungkin juga menyukai