Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI DARUL ULUM, SELANGOR

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM


AMALI SEMBELIHAN 2022

TARIKH:

27 JANUARI 2022

HARI:

SABTU

TEMPAT:

SRIDU

MASA:

7.50 PAGI – 2.00 PETANG

ANJURAN:

PANITIA TAUHID/FEQAH

“ MEMBANGUN UMMAH BERSAMA ISLAM”


KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM AMALI SEMBELIHAN 2015

1.0 PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah yang melimpahkan kurnia dan nikmat-Nya yang memberi kita rezeki dan
ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada seluruh ummat manusia. Ilmu yang dilimpahkan
kepada kita bukan hanya sekadar teori yang menjadi penyelamat pelajar dalam peperiksaan
semata-mata, tetapi ia perlu dipraktikkan dan dimanfaatkan dalam kehidupan
seharian.Alhamdulillah, atas kesedaran itulah maka pihak Panitia Tauhid Feqah ingin mengisi
ruang selepas peepriksaan dengan melaksanakan Program Amali Sembelihan. Kami
mengharapkan agar aktiviti ini dapat memberi pengalaman yang paling berharga buat para
pelajar untuk dijadikan bekalan di masa akan datang.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara-cara melakukan sembelihan
yang betul.
2.2 Memberi peluang kepada para pelajar untuk mempraktikkan ilmu berkaitan
dengan sembelihan yang telah dipelajari di dalam kelas.
2.3 Memberi pengalaman yang berguna kepada para pelajar bermula dari proses
sembelihan sehingga proses memasak.
2.4 Memupuk semangat kerjasama dalam setiap kelas dan kumpulan pelajar.

3.0 TARIKH
27 Januari 2022 (Sabtu)

4.0MASA
Jam 7.50 pagi hingga 2.00 petang.

5.0 TEMPAT
Dataran SRIDU

6.0 SASARAN
Murid Tahun 5 & 6

7.0ANJURAN
Panitian Tauhid/Feqah
8.0JAWATANKUASA PERLAKSANA

Bil Jawatan Bidang Tugas


1. Pengerusi
Ustaz Ismail Bin Isak
2. Naib Pengerusi
1. Haziah Osman

3. Bendahari
Marliza Mohd Lazim
4. Penyelaras 1) Menyelaraskan keseluruhan aktiviti program.
Naimah Che Mustaffa 2) Memantau kelancaran aktiviti

5. Setiausaha 1) Membuat persediaan mesyuarat.


Fakhikhah 2)Menyediakan surat jemputan mesyuarat dan
mengedarkan kepada semua ahli
jawatankuasa. 3)Menyediakan minit
mesyuarat.
4) Menyediakan laporan di akhir program.
6. JK Peralatan 1) Menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan
Ustaz Mohd Afiq Firdaus Annuar untuk amali sembelihan seperti pisau, batu asah,
cangkul untuk menggali lubang, 3lastic sampah dan
lain-lain
yang dirasakan perlu.
7. Jk Persiapan Tempat 1) Memastikan tempat program berada dalam
Ustazah Nor Faziera Abdul keadaan selamat dan bersih.
Rahman 2)Menyediakan lubang tempat sembelihan
Ustazah Nur izzati Hanani
Rosli
8. JK Kebersihan 1) Memastikan para pelajar sentiasa menjaga
Ustazah Syuryani kebersihan tempat sembelihan dan tempat memasak
Ustazah Wani sebelum, semasa dan selepas program.
9. JK Makanan 1) Menyediakan minuman dan makanan ringan bagi
Ustazah Haziah guru dan petugas.
Ustazah Naimah Mustaffa
10. JK Kawalan Pelajar 1) Memastikan semua pelajar menepati
Ustazah Nur Arifah Ramli masa dan berada di tempat program seperti
Ustazah Zul Fatihah yang dijadualkan.
2) Memastikan pelajar tidak
meninggalkan tempat program sehingga
program tamat.
3) Membahagikan kumpulan murid dan
guru secara undian.
11. JK Dokumentasi 1) Mengambil gambar/video sepanjang
Ustazah Fakhikhah program berlangsung.
2)Menyediakan dokumentasi lengkap sebanyak 2
salinan yang diperlukan selepas tamat program.
12. JK Saguhati dan Sijil 1) Menyediakan saguhati untuk penceramah dan
Ustazah Nurul Aina Asyiqin penunjukcara.
2) menyediakan sijil untuk AJK pelaksana.
13. JK Pendemonstrasi Sembelihan 1) Menunjuk cara menyembelih haiwan
Ustaz Ismail Bin Isak ( K ) dengan sempurna.
Ustaz Hanif

9.0TENTATIF PROGRAM

Masa Perkara Tindakan


07.50 pagi Pelajar berkumpul di dataran
08.00 pagi Taklimat program Penyelaras
08.15 pagi Penerangan ringkas tentang teori sembelihan dan Ustaz Ismail Bin Isak
demonstrasi penyembelihan
09.00 pagi Praktikal sembelihan oleh para pelajar Semua guru dan murid
Memasak ayam mengikut kumpulan
2.00 petang Majlis bersurai

10.0ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH PERBELANJAAN JUMLAH


1. Dewan Makan Ayam 5 ekor RM20 X 5 RM100

2. Peralatan Memasak Plastik Sampah 3 Paket RM 10.00

3. Air Mineral 3 kotak x RM 10.00 RM 30.00


4. Roti 50 bungkus x RM 0.90 RM 45.00
5. Pisau 5 bilah x RM 2.00 RM 10.00
6. Rempah ratus ( Bahan Perapan ) RM 50.00
7.
8.
9.
10.
JUMLAH RM 245
11.0 PENUTUP

Kami mengharapkan agar aktiviti ini dapat memberi manfaat yang berguna buat semua
pihak yang terlibat dalam menjayakannya. Semoga usaha ini akan mendapat keberkatan
dankeredhaan Allah s.w.t.

Disediakan oleh,

(USTAZAH NAIMAH MUSTAFFA)


PenyelarasAmali Sembelihan 2022
Sekolah Rendah Islam Integrasi Darul Ulum

Disokong/ tidak disokong,

(HA)ZIAH BINTI OSMAN


Penolong Kanan Kurikulum
Sekolah Rendah Islam Integrasi Darul Ulum

Diluluskan/ Tidak diluluskan,

( USTAZ ISMAIL BIN ISAK )


Guru Besar
Sekolah Rendah Islam Integrasi Darul Ulum

Anda mungkin juga menyukai