Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH KEBANGSAAN BERGOSONG

PETI SURAT 499,


91007 TAWAU

KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN PERDANA
SEKOLAH KEBANGSAAN BERGOSONG TAWAU
2019

TEMPAT :
PERKARANGAN SK BERGOSONG,

TARIKH :
02 dan 03 Oktober 2019
( Rabu dan Khamis )

ANJURAN :
UNIT KOKURIKULUM SK BERGOSONG TAWAU
1.0 PENGENALAN
Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik
darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masaalah gejala
sosial. Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan
sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan
didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga menanam sifat keberanian dan
kepercayaan internal dan intrapersonal. Pada tahun ini, Unit Kokurikulum SK Bergosong
diberi mandat untuk mengelolakan perkhemahan unit-unit beruniform yang
melibatkan murid tahun empat, lima dan enam. Dengan semangat dan kepercayaan,
adalah diharapkan program ini akan mencapai objektifnya. Selain itu, adalah sangat
diharapkan agar perkhemahan ini akan dapat memberikan peluang kepada murid-
murid menonjolkan kemampuan diri mereka. Disamping menimba pengalaman,
perkhemahan ini nanti akan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan
juga guru-guru.

2.0 NAMA PROGRAM


Perkhemahan Perdana SK Bergosong Tawau.

3.0 MATLAMAT
Antara matlamat program ini ialah seperti berikut:
3.1 Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi
pengalaman bersama-sama rakan dan guru.
3.2 Mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari disekolah bersama-sama unit
masing-masing semasa perkhemahan.
3.3 Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti yang berfaedah.
3.4 Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.
3.5 Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang.

4.0 OBJEKTIF
Pada akhir program ini, peserta program dapat :
4.1 Didedahkan dengan pengalaman baru di dalam suasana perkhemahan.
4.2 Mewujudkan kerjasama dan tolong menolong di kalangan murid serta guru di
dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
4.3 Memberi peluang kepada murid untuk mengasah dan menonjolkan bakat serta
kebolehan yang dimiliki.
4.4 Mewujudkan persaingan yang sihat antara murid.
4.5 Memberi peluang kepada murid agar lebih berani dan yakin akan diri sendiri.
4.6 Merapatkan hubungan silaturrahim di antara murid dan guru-guru.

5.0 SASARAN PENYERTAAN


Murid Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6) yang mewakili setiap unit
uniform iaitu :
i. 13 orang ahli Pengakap Kanak-Kanak (PKK)
ii. 12 orang ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
iii. 13 orang ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

6.0 PELAKSANAAN
Perkhemahan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh : 02 dan 03 Oktober 2019
Hari : Khamis dan Jumaat
Tempat : Padang Mini SK Bergosong Tawau

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Jawatankuasa Induk
Program Perkhemahan Perdana SK Bergosong .

Penasihat: HJ Aman@Nasir Bin Sabang (Guru Besar )


Pengerusi: Encik Selamat Bin Omar (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi: Encik Mohd Zainuddin Bin Mohd Yusoff (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi: Puan Masna Binti Umar (GPK Hal Ehwal Murid)
Bendahari : Cik Amanah Nurun
Setiausaha/penyelaras: Puan Dahlia Salim
Kem Komandan: Puan Noraini Nasir
Pen. Kem Komandan : 1. HJ Albelto
2. Ustazah Hayati Binti Labunu
3. En. Mohd Zainuddin Bin Mohd Yusoff
Jawatankuasa Kecil :

Makanan Dan Minuman Dokumentasi


1. Pn. Suhaila Basir 1. Pn Dahlia Salim
2. Ustazah Hikmah Penyelaras Aktiviti /Persiapan Alatan
3. Puan Hasdah Pertandingan :
1. En. Mohd Zainuddin Mohd Yusoff
Keselamatan Dan Kecemasan (khemah)
1. Ustazah Khadijah Awang 2. Pn.Noraini Nasir (Malam
2. Puan Jumiyati Jalil Kebudayaan)
3. Pn Dahlia Salim (LDK)
Hadiah Dan Sijil Riadah :
1. Pn. Marlina Badong 1. HJ Albelto
2. Puan Masna Umar
Kerohanian
1. En. Idrus wahab

Hakim Pertandingan
1. Guru Besar
2. YDP PIBG
3. Hakim Jemputan

8.0. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. KETERANGAN JUMLAH ( RM )


1. Makan Dan Minum Murid :

Rabu :
Makan tengahhari - RM4.50 X 38 Orang 171.00
Minum Petang - RM 2.50 X 38 Orang 95.00
Makan Malam - RM 4.50 X 38 Orang 171.00
Minum Malam - RM 1.50 X 38 Orang 57.00
Khamis :
Sarapan - RM 2.50 X 38 Orang 95.50
Makan Tengahari - RM 4.50 X 38 Orang 171.00

2. Keperluan Peralatan :
i) Terpal -RM9.00 X 10m 90.00
ii) Tali rafia - RM15.00 X 2 30.00

JUMLAH KESELURUHAN 880.50

Sumber Kewangan :

i. Bantuan Kokurikulum

9.0 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA TERLIBAT

9.1 Urusetia / Persiapan Tempat


1. Menyediakan jadual aktiviti perkhemahan
2. Menyelaras perjalanan aktiviti dan pertandingan.
3. Sentiasa menghebah segala maklumat terkini.

9.2 Pendaftaran / Buku Program :


1. Mengambil pendaftaran peserta dan juga mencatat kehadiran guru bertugas.
9.3 Makanan dan minuman
1. Merancang dan menentukan menu makanan
2. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar.
3. Memastikan makanan dan minuman yang disediakan mencukupi dengan jumlah
kehadiran peserta.
4. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih

9.4 Penyelaras Aktiviti / Persiapan Pertandingan


1. menyediakan tempat dan peralatan untuk pertandingan sekiranya perlu.
2. memastikan pertandingan berjalan mengikut masa yang ditetapkan.
3. Berada di tempat pertandingan semasa aktiviti dijalankan.

9.5 Ibadah / Kerohanian


1. Menyediakan Imam para peserta solat berjemaah.
2. Mengelolakan kuliah subuh dan maghrib.
3. Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan/kerohanian.

9.6 Keselamatan / Kecemasan


1. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.
2. Memastikan keselamatan para peserta terjamin disepanjang aktiviti.
3. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.

9.7 Hadiah / Sijil


1. Menyediakan hadiah kepada peserta berdasarkan pertandingan yang dijalankan.
2. Menyediakan lain-lain hadiah dan cenderamatasekiranya ada.
3. Mengurus majlis penyampaian hadiah.

9.8 AJK Riadah


1. Mengendalikan aktiviti riadah dan senaman pagi sepanjang tempoh perkhemahan
berlangsung.

9.9 Hakim Pertandingan


1. Memastikan borang markah disediakan.
2. Berada di kawasan pertandingan pada masa yang ditetapkan.
3. Memberi markah berdasarkan kriteria yang ditetapkan mengikut pertandingan
masing-masing.

9.10 Penyelaras Peserta


1. Menyediakan peserta untuk setiap acara yang dipertandingkan.
2. Memastikan peserta berada di kawasan pertandingan pada masa yang
ditetapkan.
3. Memastikan peserta sentiasa berdisiplin dan menepati masa.

9.11 Keselamatan Dan Kecemasan


1. Menyediakan ubat-ubatan dan peralatan pertolongan cemas.
2. Menyediakan petugas dengan peralatan yang mencukupi semasa/ setiap aktiviti
yang dijalankan.

10.0 ATUR CARA PROGRAM

Cadangan aktiviti program adalah seperti berikut :

HARI /MASA AKTIVITI


02.10.2019 - Pendaftaran Peserta
Rabu - Taklimat perkhemahan
8.00PAGI - Pdp berjalan seperti biasa

1.00 tengahhari - Makan tengahhari


- Solat Zohor
- Mendirikan khemah
- Membersihkan kawasan perkhemahan

4.00petang - Solat asar


- Latihan dalam kumpulan
- Persiapan persembahan malam kebudayaan\
- Minum petang

6.00 petang - Pengurusan diri


- Solat maghrib dan isyak
- Makan malam
- Kerohanian
- Malam kebudayaan

11.00 malam - Malam burung pungguk

03.10.2019
Khamis
4.00 pagi - Pengurusan diri
- Solat subuh
- Kuliah subuh

6.00 pagi - Riadah pagi

- Sarapan pagi
- Pengurusan diri
- Persiapan majlis penutupan

8.00 pagi - Pertandingan Khemah Terbaik


- Pertandingan gadjet

10.00pagi - Pertandingan masak tanpa api

11.30 pagi - Majlis penutupan


- Kemas tapak perkhemahan
- Bersurai

9.0 Penutup
Melalui program yang dirancang ini, diharapkan agar para peserta dapat
melibatkan diri dengan penuh bersemangat dalam setiap aktiviti yang telah
dirancang. Semoga mendapat kerjasama dan komitmen daripada semua pihak.

Disediakan oleh :

...................................................
(PUAN DAHLIA BINTI SALIM)
Penyelaras ,
Program Perkhemahan Perdana,
Sekolah Kebangsaan Bergosong

Disemak oleh :

.....................................................
(ENCIK SELAMAT BIN OMAR)
GPK Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Bergosong

Disahkan oleh :

........................................................
( HJ AMAN@NASIR BIN SABANG)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bergosong

Anda mungkin juga menyukai