Anda di halaman 1dari 8

TARIKH : 9 – 10 OGOS 2018

TEMPAT : SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU


( SRAB ) KOTA TINGGI

SEKOLAH
RENDAH
AGAMA
BERSEPADU
PROGRAM PERKHEMAHAN
( SRAB ) KOTA
UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
TINGGI
2018
LORONG TAIB 3
KOTA KECIL
KOTA TINGGI
JOHOR
NAMA PROGRAM

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Sekolah (Pengakap) Sekolah Rendah Agama


Bersepadu Kota Tinggi 2018

1. LATAR BELAKANG
Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah
yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial.
Program seperti ini harus dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar
kebolehan pelajar di samping dapat menambahkan pengetahuan pelajar dan mendedahkan
mereka kepada persekitaran baru yang belum pernah mereka kenali sebelum ini.

Aktiviti perkhemahan dapat menenangkan fikiran murid dan mengukuhkan


pengetahuan bagi memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan
tanpa tekanan. Selain itu, perkhemahan juga merupakan medan untuk mendidik murid-
murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti
yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru yang
memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan
intrapersonal.

2. TUJUAN
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha
berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek
serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri
sendiri, masyarakat, bangsa, negara dan agama.

3. OBJEKTIF
3.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
3.2 Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain.
3.3 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur
dan berdisiplin.
3.4 Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.

2
3.5 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan
mencabar.
3.6 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing.

4. STRATEGI PELAKSANAAN
4.1 Hari : Khamis dan Jumaat
4.2 Tarikh : 9 hingga 10 Ogos 2018
4.3 Tempat : Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kota Tinggi
4.4 Peserta : Ahli Pengakap (murid tahap 2 ~ 44 orang).
4.5 Pengelola : Unit Badan Beruniform Pengakap
4.6 Penginapan : Khemah SRAB Kota Tinggi
4.7 Keperluan : i ) Alat tulis
ii ) Pakaian dan keperluan peribadi
iii ) Pakaian sukan
iv ) Pakaian solat
v ) Alatan mandi
vi ) Pinggan, cawan dan mangkuk plastik
vii ) Sudu dan Garfu
viii ) Periuk dan kuali
ix ) Plastik pakaian kotor / plastik sampah
x ) Ubat-ubatan
xii ) Lampu suluh
4.8 Kewangan : i ) Pihak sekolah
ii ) Unit Badan Beruniform

5. JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Ustaz Adanan bin Bahari (Guru Besar)


Naib Pengerusi : Ustazah Sapiah binti Ali (PK 1)
Ketua Projek : Ustaz Shahrul Azhar bin Marsan (PK KK)
Setiausaha : Puan Norlizah binti Mohamed
Bendahari : Puan Suzana binti Missuan
Ketua Perkhemahan : Encik Norhisyam bin Bunawan
Penolong Ketua Perkhemahan : Encik Shahnizat bin Sakiran
3
Ahli Jawatankuasa : Puan Rosmaria binti Jaafar
: Puan Amza binti Zainudin
: Puan Zuraidah binti Buhari
: Puan Suzilahani binti Kariah

6. SASARAN PESERTA PERKHEMAHAN


6.1 Ahli Pengakap SRABKT ~ 44 orang
6.2 Penolong Pemimpin Pengakap ~ 8 orang

6. TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti Tindakan


3.00 Petang Pendaftaran ahli pengakap kanak- Puan Zuraidah binti Buhari
Puan Amza binti Zainudin
kanak
3.30 Petang ~ Persiapan tapak perkhemahan Semua Penolong Pemimpin
~ Mendirikan khemah

4.40 Petang Solat Asar berjemaah Ustaz Norhisyam bin


Bunawan
5.00 Petang Ikhtiar hidup Semua Penolong Pemimpin
~ Memasak makanan malam
~ Minum petang

7.00 Malam ~ Solat Maghrib berjemaah Ustaz Norhisyam bin


~ Tazkirah Maghrib Bunawan
~ Makan malam

9.00 Malam Malam Kebudayaan Encik Shahnizat bin Sakiran


Puan Rosmaria binti Jaafar
Puan Norlizah binti Mohamed

10.30 Malam Supper Semua Penolong Pemimpin

11.00 Malam Tidur

6.00 Pagi ~ Solat Subuh berjemaah Encik Shahnizat bin Sakiran


~ Persiapan sarapan pagi
~ Membersihkan kawasan khemah

8.00 Pagi ~ Pemeriksaan khemah Ustaz Norhisyam bin


~ Laung Agong Bunawan
4
Puan Suzilahani binti Kariah
9.00 Pagi ~ Kawad kaki Encik Shahnizat bin Sakiran
~ Khidmat Sosial Puan Norlizah binti Mohamed

10.30 Pagi Majlis Penutup Puan Suzana binti Missuan


~ Penyampaian hadiah

7. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN


7.1 Pertandingan Ikhtiar Hidup ( Kumpulan )
7.2 Pertandingan Khemah Terbaik (Kumpulan )
7.3 Pertandingan Kawad Kaki ( Kumpulan )
7.4 Petandingan Membina Gajet ( Kumpulan )

8. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Perkara Kuantiti Harga Jumlah
1. Makan ( Hari Khamis ) 44 orang murid 44 x RM 9.60 RM 422 .40
2. Makan ( Hari Jumaat ) 44 orang murid 44 x RM 9.60 RM 422 .40
3. Hamper :
Ikhtiar Hidup 3 unit 3 x RM 21.40 RM 64.20
Khemah Terbaik 3 unit 3 x RM 21.40 RM 64.20
Kawad Kaki 3 unit 3 x RM 21.40 RM 64.20
Membina Gajet 3 unit 3 x RM 21.40 RM 64.20
JUMLAH RM 1101.60

9. PENUTUP
Diharapkan dengan perlaksanaan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Sekolah
(pengakap) ini murid dapat menimba pengalaman sebenar untuk berdikari tanpa perlu
bantuan orang lain dan memberi kesedaran tentang pentingnya hidup dalam satu
masyarakat. Selain itu, dengan penglibatan murid-murid pada setiap aktiviti yang
dijalankan, diharapkan dapat memberi kesedaran kepada murid untuk memahami
kebolehan diri sendiri serta orang lain ke arah membentuk perkembangan positif serta
berpotensi menjadi individu yang cemerlang dan berdisiplin.

5
LAPORAN

1. Kehadiran / Penyertaan

Kehadiran 100 peratus

2. Laporan Pelaksanaan Aktiviti

Secara keseluruhannya, perkhemahan ini berjaya mencapai objektif yang


dicadangkan. Tambahan pula, daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan dilihat dapat
meningkatkan kemahiran ahli pengakap dalam perkhemahan dan meningkatkan
tahap kerjasama antara ahli dalam unit pengakap. Selain itu, perkhemahan ini juga
berjaya menjadi medan untuk mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan
sedar akan kemampuan diri.

Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka didedahkan dengan suatu


persekitaran baru yang memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian
dan kepercayaan internal dan intrapersonal untuk membentuk sahsiah diri murid
agar dapat mengharungi pelbagai dugaan dan berani untuk menyahut cabaran pada
masa akan datang. Semoga matlamat, visi dan misi sekolah dapat dicapai di
samping dapat memberikan manfaat yang berguna dan berfaedah kepada semua
pihak.

6
GAMBAR KENANGAN

7
ISU DAN CABARAN

1. Kekangan peruntukan masa semasa melaksanakan perkhemahan


menyebabkan terdapat beberapa aktiviti digugrkan seperti uian-ujian kemahiran
ahli pengakap.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Tempoh perkhemahan dapat dilanjutkan lebih dari 1 malam. Hal ini bagi tujuan
melaksanakan aktiviti lebih banyak seperti ujian-ujian kemahiran kepada ahli
pengakap kanak-kanak sekolah supaya mereka terdedah dengan ilmu
pengakap sepenuhnya.

Disediakan : Disemak : Disahkan :

………………………............ ……………………................... ………………….................

( NORLIZAH BT MOHAMED) (SHAHRUL AZHAR BIN MARSAN) (ADANAN BIN BAHARI)

Setiausaha Guru Penolong Kanan Kokurikulum Guru Besar

Unit Beruniform Pengakap, Sekolah Rendah Agama Bersepadu, Sekolah Rendah Agama Bersepadu

Sekolah Rendah Agama Bersepadu, Kota Tinggi Kota Tinggi

Kota Tinggi.

Anda mungkin juga menyukai