Anda di halaman 1dari 11

SK PASIR PANJANG PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN

KERTAS CADANGAN
KEM MOTIVASI KEPIMPINAN KOKURIKULUM 2013
21 HB SEPTEMBER 2013 SABTU

KEM MOTIVASI KEPIMPINAN KOKURIKULUM ANJURAN UNIT KOKURIKULUM SKPP


1

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PANJANG, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

1.0 PENDAHULUAN Kem Motivasi Kepimpinan Kokurikulum ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini boleh disertai oleh pelajar yang menjadi ahli-ahli yang terpilih daripada setiap badan-badan unit beruniform Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Port Dickson. Ia akan diadakan di Hutan Rekreasi Pasir Panjang pada 21 September 2013 bersamaan hari sabtu. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT Matlamat program ini adalah : 2.1 Selepas menyertai kem ini, peserta dapat membuka sebahagian minda bagi menilai keupayaan diri serta mengetahui kelemahan-kelemahan diri untuk bergerak ke hadapan. 2.2 Membuka laluan minda yang lebih besar dalam menyampaikan mesej hubungan antara manusia dengan alam sekitar dengan penerapan mata pelajaran tertentu secara halus seperti Kajian Tempatan, Sains, Agama Islam dan sebagainya untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
2

2.3 Memaparkan, menyedarkan dan menginsafi diri murid-murid dalam penggunaan masa. Di dalam kata lain, melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menguruskan masa dengan baik dan sistematik. 2.4 Menanam rasa bersyukur di sepanjang masa disamping menyuntik pengetahuan berguna bagi meneguhkan lagi dinding keagamaan secara halus bagi setiap peserta. 2.5 Menyuntik sedikit ilmu bagi membentuk satu generasi yang diharap kebal terhadap segala rintangan dan dapat berfikir secara rasional tanpa membelakangi hala tuju. 2.6 Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program kepimpinan. 3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi. 3.3 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar. 3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan. 3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. 3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri. 3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.
3

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN 4.1 Tarikh yang dirancang ialah 21 september 2013 iaitu pada sabtu. 4.2 Dilaksanakan selama 1 hari. 4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu 8 pagi hingga 5 petang.

5.0 PERASMIAN Kem Motivasi Kepimpinan Kokurikulum ini akan dirasmikan oleh En. Nordin bin Joned , Yang di Pertua PIBG Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang dalam Majlis Perasmian Penutup Kem Motivasi. Ia akan berlangsung di tapak yang disediakan.

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN 6.1 Jumlah peserta : 100 orang (pelajar Tahun 3, 4, 5 dan Tahun 6) :Pengerusi dan naib pengerusi murid bagi unit beruniform

7.0 JAWATANKUASA KEM MOTIVASI

JAWATANKUASA KEM PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PANJANG 2013 Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 : : : : Pn. Hjh Siti Aniah bt Alias (Guru Besar) En. Ahmad Razali bin Saleh (GPK Kokurikulum) Pn. Hjh Fazilla bt Samik (GPK 1) Pn. Radziah bt Hj Bakar (GPK HEM)

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA

Bil 1

Jawatankuasa Setiausaha Pn. Kamariah bt Esa

Senarai Tugas Kertas kerja kem Surat maklum dan kebenaran kepada ibu bapa peserta Senarai peralatan yang perlu dibawa oleh peserta Borang penyertaan peserta Buku program Senarai jawatankuasa dan senarai bidang tugas guru Surat jemputan, sijil penyertaan

Bendahari Pn. Hermaliza bt Helmi

Bayaran yuran penyertaan Pembelian barangan kem Mengawasi dan menjaga kebajikan peserta sepanjang kem motivasi Memastikan perjalanan kem motivasi mengikut
5

Kem Komandan En. Saidi bin Sarlan

perancangan 4 Timbalan Kem Komandan En Ros Mohd Shahjoha Membantu Kem Komandan mengawasi dan menjaga kebajikan peserta

Pengurus Peserta Semua Ketua Unit Beruniform En Mohd Nor Qadar bin Hj Nawawi (TKRS) En Selvarajah a/l Periasamy (BSMM) Pn Fauziah bt Sulaiman(PPIM) Pn. Shaliza bt Zakaria (Pandu Puteri Tunas) Pn Ying Aeisyah bt Zakaria (Pengakap)

Menyediakan murid untuk kem motivasi. Menyediakan borang kebenaran ibubapa bagi setiap peserta unit masing-masing. Menyediakan segala peralatan yang diperlukan semasa kem motivasi. Menyediakan jadual bertugas guru unit masing-masing. Memastikan penyediaan senarai semak peralatan. Memastikan disiplin peserta sebelum, semasa dan selepas kem motivasi.

Penyelaras Aktiviti En Faizulnizam bin Ramli

Memastikan Jawatankuasa aktiviti kem motivasi telah menyediakan perkara yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti. Memastikan aktiviti dijalankan mengikut perancangan.

AJK Pendaftaran Pn Sinra Hanyi Ketua Unit Beruniform

Menyediakan borang pendaftaran Memastikan kehadiran peserta kem motivasi. Menyerahkan borang kebenaran kepada setiausaha setelah selesai pendaftaran murid. Memastikan keselamatan peserta sepanjang kem Mengawasi pelawat yang keluar atau masuk ke kawasan
6

AJK Keselamatan

En Selvaraja a/l Periasamy

kem

AJK Kecemasan Cik Neo Lai Keong Ahli Kelab Doktor Muda

Menyediakan peti pertolongan cemas Bersedia sentiasa untuk sebarang kecemasan

10

AJK Kebersihan Pn Norazah bt Othman Pn Kamariah bt Esa

Memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih semasa dan selepas kem motivasi

11

AJK Keagamaan Ustaz Ros Mohd Shah Johar Ustaz Abdul Hadi bin Sulaiman

Memastikan pelajar muslim menunaikan solat Memilih pelajar untuk menjadi imam solat

12

AJK Buku Program Cik Rabiatuladawiyah Pn Norazah (Par)

Menyediakan buku program untuk majlis penutup

13

AJK Media / Siaraya En Mohd Zulfahmi bin Abd Ghani En Mohd Saidi bin Sarlan

Merakam video dan gambar sepanjang kem motivasi Menghasilkan CD kem motivasi Menyediakan PA System sepanjang kem motivasi dan majlis penutup Menyediakan hadiah untuk pemenang pertandingan Menyediakan cenderahati untuk perasmi majlis penutup

14

AJK Hadiah dan Cenderahati Pn Che Zaharah bt Che Su Kelab Usahawan

15

AJK Pengumpul Maklumat Cik Shamsiah bt Ahmed

Mengumpul senarai pemenang bagi setiap pertandingan yang dijalankan dan menyerahkannya kepada setiausaha
7

16

AJK Jemputan Pn Radziah bt Hj Bakar Pn Hermaliza bt Helmi

Menulis surat jemputan untuk tetamu.

17

Juru Acara Pn Ying Aeisyah bt Zakaria

Menyediakan teks acara untuk majlis penutup Menjadi pengacara untuk majlis penutup

7.1 KUMPULAN PESERTA TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH i) En Mohd Nor Qadar bin Hj Nawawi ii) En Mohd Saidi bin Sarlan iii) Pn Sinra Hanyi iv) Pn Siti Zarida bt Jalaludin v) Pn Farozamzam bt Bakar vi) Pn Khairunisa bt Zakaria vii) PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA i) En Selvarajah a/l Periasamy ii) Cik Neo Lai Keong iii) Pn Hjh Seriteni bt Hj Taib iv) Pn Fazilawati bt Abd Majid v) En. Syed Zaki vi) En Faizulnizam bin Ramli vii) PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA i) ii) iii) iv)
v)

Pn Fauziah bt Sulaiman Pn Hernih bt Salam Pn Zuridah bt Hamzah Pn Munirah bt Jaafar


Cik Rabiatul Adawiyyah bt Mohamed

vi)

Pn Hermaliza bt Helmi

PANDU PUTERI TUNAS i) Pn Shaliza bt Zakaria


8

ii) iii) iv) v) vi) PENGAKAP i) ii) iii) iv) v) vi)

Pn Kamariah bt Esa Pn Zarina bt Mohd Zohdi Pn Fadhlina bt Basir Cik Nor Rusita bt Nordin Cik Shamsiah bt Ahmed

Pn Ying Aeisyah bt Zakaria Pn Rohana En Faizul bin Hassan Pn Che Zaharah bt Che Su Pn Norazah bt Othman En Ros Mohd Shahjoha b Mat Rasid

8.0 TENTATIF PROGRAM

JADUAL AKTIVITI KEM MOTIVASI

MASA/HARI

Sabtu 21 September 2013 Berkumpul di Hutan Rekreasi Pasir Panjang Taklimat Kem

7.00 a.m.

8.00 a.m.

Mendirikan khemah

9.00 a.m.

Flying Fox Up Sailing

10.30 a.m.

Kudapan

12.30 p.m.

Makan tengahari Solat Zuhur

2.15 p.m.

Jungle Tracking

4.00 p.m.

Refleksi diri Gotong Royong kawasan perkhemahan

5.00 p.m.

Bersurai

9.0 PERBELANJAAN Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:
10

BIL 1

PERKARA Pakej Peserta -Makan/minum -Aktviti Luar

KUANTITI

JUMLAH (RM)

100 x RM 10 100 x RM 20

RM 1000 RM 2000 RM 3000

JUMLAH

Sumber kewangan: i) Unit Kokurikulum=RM3000

10.0 PENUTUP Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti perkhemahan bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Disediakan oleh, (PN KAMARIAH BT ESA ) Setiausaha Kokurikulum SK Pasir Panjang Port Dickson. Disahkan oleh, ..................................................... (PN. HJH ANIAH BT ALIAS ) Guru Besar, SK Pasir Panjang Port Dickson. Disemak oleh, . (EN. AHMAD RAZALI B SALEH ) GPK kokurikulum SK Pasir Panjang Port Dickson

11

Anda mungkin juga menyukai