Anda di halaman 1dari 3

Sayangi alam sekitar

Terima kasih saudara peneraju acara.Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana,guru-guru besar,guru-guru dan seterusnya sidang hadirin yang saya hormati
sekalian. Selamat pagi dan salam perpaduan diucapkan.Berdirinya pokok kerana akarnya,
berdirinya rumah kerana tiangnya, berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan pidato
saya yang bertajuk Sayangi alam sekitar.
Hadirin yang saya hormati,
Sebelum sauh dinaikkan, sebelum bahtera dilayarkan, izinkan saya mendefinisikan tajuk
pidato pada pagi yang berbahagia ini. Sayangi menurut Kamus Dewan bermaksud
mengasihi atau mencintai. Manakala alam sekitar pula bermaksud dunia atau bumi. Secara
umumnya dapatlah disimpulkan bahawa setiap kita perlu menyayangi alam sekitar.
Sidang hadirin yang saya hormati,
Pada masa kini, arus modenisasi menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai
projek sosioekonomi dijalankan dengan begitu rancak namun secara tidak sedar, alam sekitar
sudah terjejas.Satu kemelut yang terpaksa dihadapi oleh Negara kita.Kita sebenarnya tersepit
antara keinginan menjadi sebuah negara maju dengan alam sekitar yang perlu dipelihara,bak
kata pepatahditelan mati mak,diluah mati bapa.Kehidupan manusia banyak bergantung
kepada persekitaranya.Alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar akan menjadikan hidup
kita lebih selesa dan bahagia
Sebaliknya,jika alam sekitar tempat kediaman kita kotor,maka kita akan menghadapi
pelbagai masalah yang tidak menyenangkan hidup.Alam sekitar yang kotor akan
menyebabkan hidup kita terdedah kepada pelbagai penyakit.Alam sekitar yang tercemar pula
akan menyebabkan udara yang kita hirup dan air yang kita minum dipenuhi dengan pelbagai
bahan yang boleh membahayakan tubuh kita.Oleh itu,kita harus sentiasa menjaga supaya
alam sekitar kita tidak tercemar.

Hadirin sekalian,
Sekiranya kita membiarkan sampah-sarap tidak dibuang dengan teratur,maka hidupan seperti
tikus,lalat,lipas,dan sebagainya akan membiak.Haiwan-haiwan ini boleh mengakibatkan
pelbagai jenis penyakit yang membahayakan kesihatan kita. Lalat boleh mengkibatkan kita
terkena penyakit taun dan cirit-birit.Tikus pula boleh mengakibatkan demam kancing gigi.Di
samping itu,kawasan sekitar yang tidak dibersihkan akan menjadi kawasan tersebut tempat
pembiakan nyamuk.Nyamuk adalah punca utama penyakit demam denggi yang telah
mengorbankan banyak nyawa di negara kita.
Selain daripada itu,alam sekitar yang tercemar pula menyebabkan kehidupan kita
tidak selesa. Asap yang dihasilkan oleh asap kenderaan dan kilang-kilang perindustrian
menyebabkan udara yang kita sedut telah tercemar.Contohnya gas-gas beracun

yang

terperangkap hasil daripada asap kenderaan ,dan jerebu daripada kesan pembakaran secara
terbuka.Hal ini akan menyebabkan kita terdedah kepada penyakit barah dan sesak nafas
.Kesan yang amat dirasai sekarang akibat pencemaran udara ialah pemanasan global yang
semakin meningkat dari hari ke hari.Pemanasan global ini telahh mengubah cuaca dan system
iklim dunia.
Pencemaran air yang diakibatkan oleh pembuangan sisa-sisa kilang,kegiatan
penyemburan racun serangga dan rumpai di kawasan perladangan dan tumpahan minyak juga
menyebabkan air yang kita minum tercemar.Ini mengakibatkan sungai-sungai tersebut
menjadi busuk,hidupan akuatik dan tumbuhan akuatik pupus serta menjadi punca pembiakan
nyamuk yang membahayakan kesihatan penduduk sekitarnya.
Hadirin yang saya hormati,
Kesimpulannya, kita harus bekerjasama dan memainkan peranan ini untuk mengekalkan
kebersihan alam sekitar.Kita tidak seharusnya meletakkan masalah ini di atas bahu kerajaan
semata-mata.Sewajarnya kita sedar akan bumi ini sahajalah tempat tinggal kita .

Sekian sahaja pidato yang dapat saya sampaikan pada hari ini.Saya akhiri pidato ini dengan
serangkap pantun

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai