Anda di halaman 1dari 12

Cikgu, Saya Sayang Cikgu!

Sesekali aku tersenyum melihat gelagat pelajar-pelajarku yang sibuk menghias gerai persatuan kami. Tahun ini sekolahku mengadakan Hari Koku secara besarbesaran. Syukri selaku pengerusi persatuan ku lihat begitu sibuk memastikan rakanrakannya menjalankan tugas mereka sebaik-baik mungkin. Ira, Raghini, Ema dan Rhu Jian dari tadi bertungkus lumus menyiapkan senarai menu dan tanda harga. Indiran dan Khairul pula menyiapkan nama gerai. Begitu juga dengan yang lain-lain, mereka sibuk dengan tugas yang telah diberikan. Suasana agak riuh, dengan sesekali disulami gelak ketawa .Aku terhibur. Aku merenung jauh kehadapan. Pandanganku menjadi semakin kosong. Fikiranku menerawang pada memori yang tercipta di sebuah daerah yang kini telah lama ku tinggalkan. Sebuah estet terpecil, tempat aku memulakan karearku sebagai pendidik. Entah mengapa kenangan itu selalu sahaja menjentik setiap ruang benak ini, dan setiap kali itu juga, hatiku diterjah kesebalan. Aku tiba-tiba dibungkam dengan penyesalan. Egokah aku? Keras sangatkah hatiku? Betulkah keputusan yang telah ku buat ini? Aku sering bermain dengan soalan-soalan yang hanya bisa meruntun diri ini.

Tolonglah tuan, saya tak sanggup nak mengajar di tempat terpencil seperti itu, aku merayu pada pegawai yang bertugas di kementerian pelajaran pada ketika itu. Tak boleh cikgu. Semua penempatan guru telah dibuat. Lagipun semasa temuduga dulu , cikgu telah bersetuju untuk di tempatkan di mana-mana sahaja mengikut kekosongan. Sekarang bila dah dapat, lain pula yang berlaku kata-kata itu begitu menyakitkan

hatiku. Aku menarik muka masam menandakan protes. Muka selamba pegawai tersebut yang sesekali tersenyum sinis begitu menyakitkan hati. Kau tengoklah nanti, aku tetap akan tinggalkan tempat tu secepat mungkin getus aku dalam hati. Ada apa-apa lagi yang boleh saya tolong, cikgu Magesh? Erryer, aah tak ada apa, terima kasih jawab ku ringkas dan segera beredar.

Dari saat itu, bermulalah lembaran baru dalam episod hidupku. Aku terpaksa berada di suatu tempat yang begitu asing ku rasakan. Di kelilingi hutan yang merimaskan, pokok-pokok getah yang membatu, malam gelap yang sunyi lagi menakutkan, bunyi sang cengkerik yang membosankan, anak-anak sekolahan yang berhingus dan segala-galanya kurang pada pandangan mata kasarku. Serba-serbinya ku rasakan begitu janggal. Tempat apa nii? Macam mana aku nak hidup dekat tempat macam ini? hati ku berkata-kata tatkala kali pertama menjejakkan kaki di daerah asing itu.

Dari jauh aku telah melihat papan tanda yang tertulis SJK(T) Ladang Asahan. Aduh, bencinya aku, benci, benci!! Hatiku terus menggerutu. Namun dengan hati maha berat, aku gagahi juga untuk melangkah masuk ke perkarangan sekolah tersebut. Perasaanku semakin bungkam.

Eii, selekehnya hatiku berdetap ketika pertama kali melihat murid-murid di situ. Jijik! Mungkin itulah ungkapan yang tepat ingin aku katakan. Perasaan jahat benar-benar menguasai aku.. Entah mengapa aku begitu jelek melihat keletah anak-anak sekolahan yang ada di hadapan mataku.. selamat pagi cikgu, kata mereka sambil tersengeh-tersengeh, menampakkan barisan gigi mereka yang rongak kehitaman, tak kurang juga kekuningan. Hatiku menjadi sebal. cikgu ni cantiklah, kedengaran beberapa suara nakal, yang hanya mengundang rasa benciku. Aku tahu mereka sebenarnya ingin berkenalan dan bermesra denganku. Tapi entahlah , yang aku rasakan cuma perasaan jengkel dan meluat dengan gelagat mereka. Aku langsung tidak mempedulikan mereka dan membiarkan mereka terkulatkulat melihat aku pergi.

Cikgu akan mengajar di kelas 6 Cerdik kata cikgu Mail GPK 1 sekolah tersebut sambil menuntun aku ke kelas berkenaan. Murid-murid, ini Cikgu Mageshwari. Cikgu Mageswari akan menjadi guru kelas kamu menggantikan Cikgu Khairul Anuar Aku cuba tersenyum, tapi terasa begitu kelat. Maklumlah, tak ikhlas. yeehhh., kami dapat cikgu baru!! murid-murid darjah 6C bersorakan tanda gembira dengan kehadiran ku. Tapi aku? Melihat pada wajah mereka yang comot dan pakaian mereka yang kotor lagi lusuh hanya membuatkan tekak ku rasa mual. Aku cuba mengalihkan daripada pandangan yang amat tidak menyenangkaan itu. Tapi anak-anak itu seperti tidaak mengerti terhadap jiwaku yang bergejolak pada ketika itu. Mereka terus ketawa dan melompat riang menampakkan kaki mereka yang bersisik dan berdaki.

Ohh! bala apalah yang menimpa diri aku ini? Apa aku nak buat niii fikiran ku ligat.

Suka atau tidak, aku terpaksa juga memulakan tugasku di sekolah yang aku sendiri tidak ingin berada di situ. Ketika berada di dalam kelas, aku bagaikan singa betina yang sentiasa ingin menerkan mangsa.. Aku menjadi guru yang garang dan ditakuti. Murid-murid yang pada mulanya begitu ceria dan ghairah menerima kehadiran ku mula menundukkan muka mereka. Tidak berani menentang pandangan mata ku tajam.

Budak-budak ni bukan boleh diberi muka, nanti bertambahlah mengada-ngada getus aku dalam hati.

Sundram, mari sini!!, aku menjerit nama Sundram sekuat hati. Mengapa kerja awak tak siap? Mana latihan yang lain? Berapa kali saya kata tulisan mesti kemas!! Aku melontarkan kemarahan aku bertubi-tubi. Sundram hanya memandang aku dengan terkulat-kulat. Mukanya selamba. Dia hanya melihat aku

dengan pandangan yang kosong. Keselambaannya itu menyebabkan api kemarahan ku menyala-nyala. Zup!Zup!! aku membaling buku tersebut ke luar kelas. Sundram merenung tajam ke mukaku. Keluar! keluar!! Saya tak mahu tengok muka kamu lagi!!

Aku menuding jari dan menjerit seperti orang hilang akal. Tanpa sebarang kata, Sundram keluar dari kelas. Tiba-tiba dia menendang mejaku tanda protes. Suasana kelas menjadi riuh rendah. Hatiku bertambah sakit, dan bahang kebencian kian meluap-luap. Budak miskin yang selekeh itu berani melawan aku, heiigeramnya aku!!

Kes Sundram ku adukan kepada guru disiplin. Aku menokok tambah cerita. Cikgu Tan yang berang mendengar ceritaku telah menghadiahkan beberapa das rembatan di punggung Sundram. Muka Sundram kelihatan berkerut menahan sakit. Ada air jernih mengalir dari celahan kelopak matanya. Dia memandang aku seperti menagih secebis simpati. Namun itu tidak cukup untuk melupuskan egoku. Padan muka!! Aku tersenyum penuh kepuasan. Tapi perasaan amarahku tidak juga reda. Sabarlah cikgu, janganlah diikutkan perasaan cikgu yang marah itu, nasihat cikgu Normah, kaunselor sekolahku.. Cikgu Normah, budak-budak ni semua memang tak boleh diajar. Masa depan dia orang, hah, tu hah! bawah pokok getah atau kat ladang kelapa sawit tu. Tak kuasalah saya nak melayan dia orang niApa lagi nak mengajar mereka ni. Dahlah bodoh, miskin, malas pulak tu, aku menjawab dalam nada sinis.

Cikgu, kebanyakan murid di sini berasal daripada keluarga susah. Ibu bapa mereka hanya bekerja di ladang estet yang gajinya tak seberapa. Jadi, kesedaran tentang pelajaran memang kurang. Tapi itu tak bermakna mereka bodoh atau susaah untuk dididik. Cikgu anggaplah situasi ini sebagai cabaran buat kita semua

Saya tak peduli semua tu. Keluarga mereka susah ke, apa ke, itu bukan urusan saya. Suara angkuh begitu jelas aku lontarkan. Kalau dah tahu miskin, buat apa belajar, berhenti sajalah. Pergi kerja estet cari duit tolong keluarga. Buat apa nak buang masa sekolah kalau dah tahu tak mampu gumam ku lagi meleret-leret. Cikgu Normah hanya menggelengkan kepala. Kesal benar nampaknya dia dengan sikap aku yang keras kepala. Cikgu Ravi yang duduk berdekatan dengan mejaku hanya menelinga dan mendiamkan diri. Entah apa yang difikirkannya. Daripada beberapa orang guru, aku mendapat tahu bahawa cikgu Ravi merupakan satu-satunya anak estet yang berjaya melanjutkan pelajarannya di sebuah maktab perguruan. Setelah tamat belajar, dia memilih untuk berkhidmat di tempat asalnya. Sikap Cikgu Ravi yang tenang dan sentiasa sabar melayan kerenah murid-muridnya menyebabkan dia amat disenangi oleh murid dan masyarakat di situ. .

Cikgu Ravi, cubalah cikgu nasihat-nasihatkan sikit adik kita yang sorang ni Cikgu Normah cuba mengumpan dalam nada bergurau. Mungkin untuk meredakan suasana yang agak tegang itu. Aku melihar Cikgu Ravi sekadar tersenyum hambar tanpa menoleh ke arah ku. Aku mencemikkan muka. Ahh, aku peduli apa Dia lain, tapi aku lain. Dia memang dah biasa dengan suasana hutan ni, tapi aku? Aku adalah anak kelahiran bandar yang serba-serbinya lengkap dan teratur. Aku tetap aku, langsung tak ambil pusing apa yang orang lain nak cakap mengenai aku.

Sepanjang hari itu aku tidak dapat menumpukan perhatian pada tugas. Aku menjadi keliru. Beberapa orang guru lain cuba menenangkan aku, tapi semua itu tidak dapat meredakan perasaan amarah yang menyala ini. Perasaan yang tidak terkawal itu ku bawa pulang ke rumah. Aku menelefon ibuku di bandar dengan menghamburkan semua yang berlaku sambil menangis teresak-esak.

Makk, tolonglah suruh ayah ikhtiarkan supaya saya dapat pindah dari sini. Saya dah tak tahan duduk di sini. Saya benci, benci!! Kata ku sambil mengongoi tersedu-sedu. Sabarlah sayang, mak akan suruh ayah kau jumpa Yang Berhormat supaya pindahkan kau ke sini. Sabar nak yaa!! Terdengar sayup suara ibuku di hujung talian. Ada nada sedih dalam suaranya. Aku tahu ibuku turut risau dengan keadaan aku di sini.

Tidak sampai setahun bertugas di situ, entah telah berapa kali permohonan untuk pindah aku ajukan. Aku begitu nekad. Bagiku tempatku bukan di sini. Aku tak ingin terus bergelumang dengan masyarakat yang serba dhaif itu.Aku akan memberikan apa-apa sahaja alasan, asalkan aku keluar dari daerah yang membosankan ini. Mengapa ni cikgu Magesh, baru enam bulan cikgu mengajar di sekolah tersebut, tapi dah mohon untuk pindah? kata Tuan Pengarah Pelajaran sebaik meneliti borang permohonan pindah yang aku ajukan. Tolonglah tuan, saya tak dapat menyesuaikan diri dengan sekolah tersebut. Saya benar-benar mohon dipindahkan. aku merayu menagih simpati. Cikgu Magesh, inilah cabaran yang kita lalui sebagai pendidik. Anak-anak itu bukan sahaja dahagakan ilmu, tetapi juga perhatian dan kasih sayang. Cikgu bukalah

ruang dalam hati cikgu itu untuk mereka, saya percaya cikgu akan berasa lebih tenang memikul tanggung jawab ini nasihat tuan pengarah dengan lembut dan penuh sifat kebapaan. Tapi hatiku keras seperti batu. Tolonglah tuan, saya tetap dengan keputusan saya untuk berpindah. Saya tak boleh menyesuaikan diri dengan pelajar yang sebegini aku tetap dengan keputusanku. Saya tak dapat janjilah, sebab cikgu baru sangat lagi bertugas di sekolah tersebut. Bagaimana pun cikgu boleh ajukan permohonan terlebih dahulu mengikut prosidur yang betul Jawapan pengarah pelajaran tersebut mengecewakan aku.

Satu hari yang cerah, aku menjerit kegirangan tatkala membuka sepucuk surat daripada pembantu pejabat. Akhirnya impian untuk berpindah menjadi kenyataan. Melalui pertolongan seorang yang berhormat yang menjadi kenalan ayahku, aku akhirnya akan segera meninggalkan daerah terpencil ini. Selamat tinggal hutan, selamat tinggal pokok getah, selamat tinggal penderitaan. Hatiku berbunga keriangan. Semua barangku awal-awal lagi telah kukemaskan. Sebelum berangkat, aku terlebih dahulu ke sekolah buat kali terakhir atas permintaan guru besar. Setiba di sekolah, aku dikejutkan dengan satu majlis perpisahan bertujuan meraikan pemergianku. Rupa-

rupanya guru besar telah merancang majlis tersebut dan meminta murid-murid membawa sedikit juadah. Cikgu, semua juadah ini telah dibawa oleh murid-murid kita kata tuan guru besar.

Aku memerhatikan juadah yang terhidang. Tosei, wadeh, itheli, pragasam, dan pelbagai makanan tradisional yang lain memenuhi meja di hadapanku.

Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas daripada tuan guru besar. Pengerusi majlis kemudiannya meminta aku tampil untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dengan hati yang berat dan tidak ikhlas aku penuhi juga permintaan tersebut. Seperti biasa, murid-murid tetap memberikan tepukan gemuruh walaupun ucapan ku lebih bersifat mementingkan diri ku sendiri dan langsung tidak menghargai usaha mereka atau

sekurang-kurangnya mengucapkan selamat tinggal kepada mereka. Baiklah, silakan makan semua guru besar mempersilakan sebaik sahaja ucapan ku selesai. Aneh, tidak seorang pun daripada murid-murid yang berjumlah seramai 98 orang itu yang berebutkan makanan, seperti mana yang aku jangkakan dari tadi, sedangkan aku yakin mereka pasti lapar. Mereka berdiam diri sambil mata masing-masing menyorotkan pandangan ke arah aku. Pandangan yang aku benar-benar tidak mengerti, sukakah? Bencikah atau apa?? Cikgu, makanan ini murid-murid kita bawa khas untuk cikgu. Silalah kata guru besar lagi. Aku terkedu. Begitu besar hati mereka untuk seorang aku yang tidak pernah berterima kasih ini. Mataku mula bergenang. Tapi semua itu ku tahan dan kuatkan hatiku. Oh, Tuhanmengapa tiba-tiba hatiku menjadi selemah ini. Tidak, aku tidak akan menangis hanya kerana mereka meraikan aku. Aku harus segera pergi! Pergi! egoku terus berbisik.

Selepas menjamah sedikit makanan, guru besar meminta semua murid berbaris. Seorang demi seorang mencium tanganku. Perasaan ku ketika itu bercampur baur. Pada saat aku ingin melangkah pergi, sepasang mata kuyu merenungku dengan pandangan tajam. Perlahan-lahan tubuh kecil dan kurus itu datang menghampiri aku. Cikgu! Hanya itu yang terucap dibibirnya. Mulutnya bergerak-gerak seakan ingin mengucapkan sesuatu. Beberapa kali ku lihat dia menelan air liur, tapi tiada lagi suara yang keluar. Tiba-tiba dia mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya yang lusuh dan menghulurkan padaku.. Bungkusan itu ku ambil dan terus menyimpannya ke dalam beg tanganku. Aku terus berlalu meninggalkan sebatang tubuh kecil yang masih berdiri memandangku.

Bas ekspres yang membawaku pergi dari daerah sepi ini semakin jauh. Aku cuba melelapkan mata, tetapi di segenap ruang kotak kepalaku hanya dipenuhi wajah-wajah kecil yang comot, yang baru aku tinggalkan tadi. Anehnya perasaan ini. Bukankah aku sepatutnya berasa gembira kerana segala apa yang aku inginkan telah menjadi kenyataan. Keinginanku untuk berpindah dan meninggalkan segala kesepian daerah terpencil ini telah menjadi kenyataan.

Perlahan-lahan tanganku membuka lipatan kertas yang membungkus hadiah itu. Sebatang pensil pendek diasah tajam dan sebiji pemadam yang dipotong kemas, dibalut rapi dengan secebis kata yang tulisannya tunggang langgang, akhirnya meruntuhkan segala kekebalan egoku.

Terima kasih, cikgu, saya sayang cikgu. Daripada : Sundram Ungkapan keramat itu ku rasakan begitu ikhlas, begitu tulus, daripada seorang anak dhaif berhati besar. Tiba-tiba sahaja pandanganku berpinar dan berkaca. Kolam mataku tak mampu lagi menakung air jernih yang membuak-buak.. Air mata ku mendesah keluar bagai empangan pecah. Tangan ku menggelatar, bahu ku terhinjut-hinjut, dan tanpa aku sedari aku menangis semahu-mahunya. Penumpang lain yang duduk berdekatan memerhatikan gelagatku dengan seribu tanda tanya. Semua itu tidak aku pedulikan lagi. Oh Tuhan, alangkah anehnya perasaan inialangkah!! Maafkan cikgumaafkan cikgu. Hanya itu yang mampu terucap dibibirku.

Cikgu, gerai kita dah siap! lamunan ku terhenti tatkala mendengar suara Syukri. Cepat-cepat aku menyeka air mata yang masih berbekas dipipi. Mudah benar air jernih ini mengalir keluar setiap kali memori itu berlegar di kotak fikiran ku. Aku melihat murid-muridku yang lain melambai-lambaikan tangan sebagai isyarat supaya aku datang melihat hasil kerja mereka. Ok, cikgu datang ni, cikgu bawa minuman dan kuih untuk kamu semua!! melihat aku membawa minuman, mereka melompat kegirangan. Terima kasih cikgu! terima kasih cikgu! jerit mereka dengan gembira. Aku tahu, ucapan itu begitu luhur. Aku melihat keletah mereka dengan penuh kasih. Perasaan damai dan menghiburkan menyelinap di setiap sarafku.. Aku tak mungkin akan melakukan kesilapan yang sama. Dalam hati aku berkata,

cikgu sangat menyayangi kamu!!

Karya Sekolah

: :

Sabar bin Hj.Mohd SMK Iskandar Shah, 77000 Jasin, Melaka.

Anda mungkin juga menyukai