Anda di halaman 1dari 2

Kita Umpama Sehelai Daun

S Mahadzir
( Antologi Kuingin Berterima Kasih )

Kita umpama sehelai daun


Bertunas segar dihujung ranting
Lalu melebar dan merimbun
Tempat bercanda unggas meriang
Di bawah redup bebayang mentari

Andai kikir jasa dan bakti


Di mana lagi tempat bernaung
Dari tusukan bahang memijar
Unggas kecil tidak berkudrat

Kita umpama sehelai daun


Bakal kering sampai waktunya
Usahlah angkuh keupayaan diri
Sehingga lupa makhluk duafa
Ingin bernaung mencari hidup

Jadilah sehelai daun


Hijau menunas menyegar mata
Kering gugur menjadi baja

( duafa = golongan yang dhaif,..kurang berkemampuan )


Maksud :
Rangkap 1
Kehidupan manusia di muka bumi ini diibaratkan sehelai daun. Manusia
dilahirkan , mengalami proses tumbesaran, menjadi dewasa dan
seterusnya berjasa kepada kehidupan orang lain yang memerlukan
bantuan. Rangkap ini menunjukkan kehidupan manusia yang saling
bergantungan/memerlukan. Daun memerlukan ranting untuk bertunas. Daun
yang melebar dan merimbun menjadi tempat teduh/tempat berlindung
burung-burung.

Rangkap 2
Seandainya kita tidak menjadi manusia yang tahu berjasa, maka
tiadalah peluang untuk insan-insan yang kesusahan untuk bergantung
harap. Unggas kecil merupakan perlambangan kepada insan/golongan yang
memerlukan bantuan. Usah terlalu berkira-kira dengan jasa dan bakti yang
dicurahkan. Sekiranya tiada kerjasama antara manusia, golonan yang lemah
akan terus teraniaya.

Rangkap 3
Proses hidup manusia laksana sehelai daun yang akhirnya akan layu
dan mati. Kita diingatkan supaya tidak terlalu sombong dengan
kelebihan yang dimiliki sehingga memandang enteng kepayahan hidup
orang lain. Tidak wajar meminggirkan insan yang lemah/serba kekurangan
(duafa = daif) yang bergantung harap kepada kita.

Rangkap 4
Jadikanlah hidup kita ibarat sehelai daun yang tidak henti menyumbang
jasa baik ketika masih hidup segar mahupun setelah mati. Semasa
segar, daun yang menghijau sedap dipandang, menjadi teduhan unggas.
Sesudah kering dan gugur berguna sebagai baja yang menyubur bumi. Kita
perlu cuba berbakti agar tindak-tanduk kita akan tetap membawa manfaat
kepada orang lain walaupun kita telah meninggal dunia.

Anda mungkin juga menyukai