Anda di halaman 1dari 3

SAJAK 'KITA UMPAMA SEHELAI DAUN' KOMSAS BAHARU TINGKATAN

1 (GOOD DEEDS IN SOCIETY) ms 11


Pendahuluan
Puisi moden empat rangkap dengan 64 patah perkataan ini dimuatkan pada muka surat 11
antologi "Kuingin Berterima Kasih'. Nukiln SMahadzir ini ditulis pada tahun 2007. Kata
'umpama' dalam judul sajak menunjukkan unsur perlambangan (metafora).
Tema sajak: Amalan yang baik dalam kehidupan (rujuk teks antologi, muka surat 9)
Perbincangan rangkap demi rangkap
Rangkap 1
kita umpama sehelai daun
bertunas segar di hujung ranting
lalu melebar dan merimbun
tempat bercanda unggas meriang
di bawah redup bebayang mentari
Penyajak menegaskan bahawa kita sebagai insan tidak ubah seperti daun yang bergantung
kepada banyak pihak lain demi kelangsungan hidup. Daun hanya boleh tumbuh dengan
menumpang ranting, lalu menjadi besar dan berkembang.
Dalam masa yang sama nikmat yang sedang dikecapi hendaklah dikongsi dengan pelbagai pihak
yang berkeperluan. Daun menjadi tempat unggas bergurau senda dan bergembira dalam sebuah
persekitaran yang selamat dan selesa. Pendek kata, saling bergantung dan saling memudahkan.
Rangkap 2
andai kikir jasa dan bakti
di mana lagi tempat bernaung
dari tusukan bahang memijar
unggas kecil tidak berkudrat
Jika daun bersifat kedekut untuk menyumbang pertolongan, pihak yang memerlukan akan hilang
tempat berlindung daripada cabaran hidup yang keras. Tusukan bahang memijar bererti suhu
panas yang memeritkan (pijar). Unggas kecil melambangkan insan yang memerlukan
pertolongan. Tidak berkudrat bermaksud tidak berdaya melindungi diri secara bersendirian.
Insan hendaklah menjauhi sikap berkira atau kedekut untuk menyumbang atau menghulurkan
pertolongan. Dengan kelebihan tertentu yang dimiliki, seseorang itu dapat menolong insan lain
yang tidak berdaya mengharungi cabaran hidup yang sukar.

Rangkap 3
kita umpama sehelai daun
bakal kering sampai waktunya
usahlah angkuh keupayaan diri
sehingga lupa makhluk duafa
ingin bernaung mencari hidup
Apabila tiba masanya, daun akan kering dan gugur begitu sahaja. Lantaran itu, penyajak
mengingatkan supaya tidak berlagak sombong dengan sebarang kelebihan yang dimiliki. Insan
tidak wajar meminggirkan insan yang lemah atau serba kekurangan (duafa = daif) yang
memerlukan pertolongan untuk meneruskan kehidupan.
Rangkap 4
jadilah sehelai daun
hijau melunas menyegar mata
kering gugur menjadi baja
Penyajak menyeru pembaca (sekalian insan) supaya mencontohi kejadian daun yang sentiasa
bermanfaat sama ada ketika segar mahupun apabila sudah layu (kering). Ketika segar, daun yang
menghijau sedap dipandang, manakala apabila kering dan gugur masih berguna sebagai baja
yang menyubur bumi.
Insan ketika hidup hendaklah sentiasa berguna serta memudahkan urusan orang lain. Kebaikan
yang dilakukan menjadi contoh dan sebutan sesudah insan itu lanjut usia dan akhirnya meninggal
dunia.
Perbincangan:
Nilai murni
1 Saling menolong / bantu-membantu:
Daun bergantung kepada ranting untuk pembesaran, kemudian menjadi tempat unggas
berlindung dan membina koloni.
2 Murah hati / jiwa besar:
daun tidak kedekut / mementingkan diri untuk menghalang unggas kerdil tumpang berlindung
daripada tusukan bahang yang memijar.
3 Keinsafan / merendah diri:
daun akan kering jua akhirnya / tidak segar selama-lamanya untuk berlaku sombong /
mengabaikan pihak yangkurang beruntung (daif)

Persoalan:
1 Saling menolong / bantu-membantu sesama insan
2 Murah hati / jiwa besar dalam kehidupan bermasyarakat / menghulurkan pertolongan
3 Keinsafan / merendah diri tentang kesudahan diri / pusingan usia kehidupan
Pengajaran:
1 Kita hendaklah saling menolong / bantu-membantu sesama insan
2 Kita hendaklah bermurah hati / berjiwa besar / jangan kedekut untuk menolong sesama insan
3 Kita hendaklah sentiasa insaf / merendah diri tentang kesudahan diri / pusingan usia
kehidupan

Anda mungkin juga menyukai