Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat sendiri.

Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka
kata Patih Gajah Mada, “ Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku
ini, kerana pesan bapamu kepada aku, ‘ Jangan tiada dikasihi anakku ini,’ kerana bapamu
sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku hendak dijadikan
penggawa agung.”

Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari pun
terlalu sukacita hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.

Maka sembah Kertala Sari, “ Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan
Laksamana itu? Pada hati manira, jika nengerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang
kula juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun
jika belum manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira
menjadi penggawa.”

(Dipetik dari Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan


dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

i. Apakah yang dikatakan oleh Patih Gajah Mada kepada Kertala Sari? [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, mengapakah Kertala Sari ingin membunuh Ratu Melaka dan
Laksamana itu? Nyatakan 2 sebab. ( 3 markah)

iii. Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu soalan daripada
keseluruhan prosa. [4 markah]
LATIHAN 2

Baca petikan dibawah dengan teliti.Kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“ Mel, buku-buku ini khazanah nenek moyang kita. Di kota nanti carilah seorang sahabat
lama bonda bernama Munsyi. Hadiahkan buku-buku ini kepadanya kerana masih ada nilainya
di kota sana.”

Saya akur dengan permintaan bonda yang mahu saya menjaga buku-buku itu dengan
baik. Kata bonda,hanya insan bernama Munsyi sahaja yang layak menyimpan khazanah lama
itu. Lalu, sebaik sahaja tiba di ibu kota,saya berusaha menjejak tempat kediaman sahabat
bonda melalui peta yang dibekalkan bonda. Pencarian saya membawa saya ke sebuah
perkampungan tradisi di pinggir kota yang merupakan tanah rizab Melayu. Akhirnya,selepas
bertanya beberapa kali,saya tiba di sebuah rumah kayu berukir indah dengan pelbagai seni
dan corak. Salam saya akhirnya dijawab seorang lelaki berusia emas dengan janggut putih
menutupi sebahagian muka yang putih bersih. Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan
baju Melayu bersamping bagaikan seorang maharaja pada zaman Kesulatanan Melayu. Jari-
jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik. Dia memandang saya lama-
lama.

(Dipetik dari Cerpen Munsyi dalam Antologi


Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

i. Apakah perwatakan yang terdapat pada seorang lelaki dalam petikan di atas? [2m)

ii. Pada pendapat anda, wajarkah Mel mengikut segala suruhan bondanya? [3 markah]

iii.
iv. Pada pendapat anda,apakah langkah-langkah untuk memelihara warisan dan
khazanah negara? [4 markah]

Anda mungkin juga menyukai