Anda di halaman 1dari 3

Maka titah Seri Betara, Hai Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar

ke Melaka. Maka Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan
sepuluh orang sertanya yang pergi. Setelah sudah lengkap maka Kertala
Sari pun belayarlah.

Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia


pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun
menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala
Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung
orang kaya-kaya dan saudagar.

Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada


orang Patih Kerma Wijaya. Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya
mengikut Patih Karma Wijaya pergi menghadap sama dengan Jawa yang
banyak itu. Maka oleh Kertala Sari seggala hulubalang yang menghadap
sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka Kertala Sari pun
pandang pada Laksamana; maka ia pun firkir dalam hatinya, Dialah
gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau
demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia
penjurit besar lagi kepetangan.

Dipetik daripada prosa tradisional Kepimpinan Melalui


Teladan ,
dalam antologi jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan
Pustaka

(i) Berikan maksud rangkai kata penjurit besar lagi kepetangan. (2m)

(ii) Apakah perasaan Kertala Sari apabila melihat Laksamana? (3m)

(iii) Sekiranya anda menjadi Seri Betara, adakah anda akan menghantar
Kertala Sari ke
Melaka untuk membunuh Laksamana?
Berikan dua alas an anda. (4m)

(i) Berikan maksud rangkai kata seisi negeri gundah gulana. (2m)
(ii) Sekiranya anda menjadi pemenrintah di sebuah kerajaan, apakah usaha
yang anda lakukan
untuk mengekalkan keamanan negara anda? (3m)
(iii)Huraikan dua nilai yang terdapat dalam syair Bidasari di atas. (3m)

Bonda tersenyum melihat saya tidak sabar untuk meninggalkan bumi


kelahiran saya ini. Mel, bonda merestui kamu untuk berhijrah ke ibu kota.
Tetapi, ingatlah pesan bonda supaya menjaga dua perkara. Perintah agama
jangan sesekali kamu abaikan. Agama itu baju peribadi bangsa kita. Akidah
yang kukuh menjadi akar yang menunjang pohon kebenaran. Islam
merupakan panduan hidup. Peliharalah bahasa ibunda kita kerana itulah
sahaja warisan kita yang tinggal. Bahasa jiwa bangsa. Bangsa yang bijak
tidak akan membuang bahasanya walau apa-apa alasan sekalipun.
Pesan itu menyuburi hati dan perasaan saya. Pesanan daripada lidah
seorang bonda untuk anakandanya yang akan merantau jauh. Saya yakin
mempunyai kekuatan untuk menghadapi dugaan dan cabaran di tengah ibu
kota. Sebelum berangkat, bonda menyerahkan naskah-naskah kitab lama
miliknya di dalam sebuah beg sarat untuk dikirimkan kepada sahabat lama
di kota.
Mel,buku-buku ini khazanah nenek moyang kita. Di kota nanti carilah
seorang sahabat lama bonda bernama Munsyi. Hadiahkan buku-buku ini
kepadanya kerana masih ada nilainya di kota sana.

Dipetik daripada cerpen Munsyi oleh Husna Nazri,

dalam antologi jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan
Pustaka

(i) Mengapakah bonda menghadiahkan buku-buku kitab kepada kawannya


di kota?
(2m)
(ii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan bahasa kepada sesebuah
bangsa? (3m)
Berikan tiga alasan anda .

(iii) Nyatakan satu perwatakan bonda daripada petikan cerpen dan satu
perwatakan bonda lain
daripda keseluruhan cerpen.
(4m)

Anda mungkin juga menyukai