Anda di halaman 1dari 9

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

KESUSASTERAAN MELAYU (2215)


OKT0BER 2020

Bahagian Satu
[40 markah]
Jawab semua soalan.

1.
Banyak orang berangan-angan tinggi,
Ingin mencapai itu dan ini,
Tetapi tak mahu bersusah diri,
Untuk menyampaikan cita-cita pujaan hati,
Mereka suka minta tolong, minta beri.

Dipetik daripada Puisi Tradisional dalam antologi Nilai


Insan

Senaraikan empat ciri yang terdapat dalam petikan puisi tradisional di atas. [4 markah]

2. Pada esoknya setelah santap, Raden Menteri meminta kebenaran daripada Ken
Tambuhan hendak ke istananya untuk mengadap ayahnda dan bondanya.
Permintaannya ditunaikan. Maka berangkatlah Raden Menteri pulang ke istana ayahnda
dan bondanya.
Apabila tiba di istana, ia terus ke balai penghadapan. Didapatinya ayahndanya
telah hadir di situ dihadapi oleh sekalian rakyat, menteri dan hulubalang. Dengan tidak
membuang masa lagi Raden Menteri menundukkan kepalanya kerana menyembah. Sang
Nata sangat sukacita melihat anaknda baginda ada datang mengadap itu. Sabda Sang
Nata, “Marilah tuan dekat ayahnda. Ayahnda amat rindu kepada anaknda. Sudah lama
benar anaknda tidak datang menghadap ayahnda? Mengapakah pucat wajah anaknda?”
Sembah Raden Menteri dengan malunya, “Ampun tuanku. Patik sudah lama tidak
dating menghadap ayahnda kerana kepala patik berasa ngilu. “ Tersenyum Sang Nata
mendengar alasan yang diberi oleh Raden Menteri itu.

Dipetik daripada Sastera Panji, Raden Menteri Diperintah Pergi


Berburu

Berdasarkan petikan di atas berikan dua pengajaran beserta contoh. [4 markah]

1
3.

Sebermula maka Laksamana pun kembali mengadap Phra Cau. Phra Cau pun berangkat
keluar. Maka titah Phra Cau. “ Hai Laksmana sudah mati Jepun itu?” Maka sembah
laksmana”Daulat tuanku, sudah mati lima orang patik bunuh; yang dua lagi itu lari.”
Setelah Phra Cau menengar sembah Laksamana demikian itu, maka titah Phra Cau ,
“Syabaslah Laksmana.” Laksmana pun dipersalin oleh Phra Cau. Setelah sudah maka Phra
Cau masuk. Maka Oya Bagelang pun keluarlah diiringkan oleh Laksmana dan Maharaja
Setia pun bermohonlah lalu turun ke perahunya.
Setelah keesokkan harinya maka Laksamanapun dipanggil oleh Phra Cau. Maka
Laksmana pun datang lalu duduk menyembah. Maka Titah Phra Cau, “Mari Laksmana
duduk di bawah kita, kita hendak menengar khabar Laksmana beriwayat itu.” Maka
sembah laksmana, “Daulat Tuanku.” Setelah sudah makan, maka piala yang bertatahkan
mutu manikam itu pun diperedarkan oranglah. Maka diminumnya terlalu ramai.

Dipetik daripada Sastera Epik.


Hang Tuah Diutus Ke Siam

Nyatakan satu persoalan berserta contoh yang terdapat dalam petikan prosa tradisional di atas.
[4 markah]

4. Virus-virus giat mengalir


meniti pembuluh-pembuluh darah
menjengah ruang fikir
meracuni akal dan sukma
virus kebiadaban kian merebak
virus hedonisme kian menjangkiti
membentuk segumpal sampah di almari pribadi
menyemai benih radiasi songsang menerjah minda.

Dipetik daripada sajak Virus dari Langit Global


Karya Nur Syuhada Sayuti

Berikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam petikan sajak tersebut berserta contoh.
[4 markah]

2
5. ANNA : Mengapa ibuku ditembak oleh komunis? Mengapa mereka cemburu melihat
ibuku yang juga orang Melayu berkahwin dengan ayahku orang Inggeris yang menjadi
pengurus ladang getah? Bukankah ayahku menolong memberi pekerjaan kepada
ramai orang miskin? Mengapa mereka membunuh ibuku?

ZAKI : Keadaan, Anna. Kau mesti fahami suasana waktu itu. Rakyat negeri ini dalam
gelora menentang dan menghadapi ancaman komunis. Ibumu menjadi korban
keadaan waktu itu. Bukan salah sesiapa…

ANNA : Maksudmu, semua orangDipetik


Inggeris itu jahat-jahat
daripada belaka?
drama Anna Penindas
karya Kemalabelaka?

Nyatakan dua latar masyarakat berserta contoh yang terdapat dalam petikan drama tersebut.
[4 markah]

6. MAT PIAH : Sultan Abdullah pun kena tipu dengan penyamun tu juga?

BLACKWAY : Sultan Abdullah pun ditipu oleh Light juga untuk mendapatkan Puloo
Pinang yang dinamakan oleh Light dengan gelaran Prince of Wales. Light
menandatangani perjanjian Inggeris-Kedah pada 1786, yang dibuat oleh Light tanpa
pengetahuan kompeni untuk melindungi Kedah daripada serangan Siam dan Burma.
Apabila Siam menyerang Kedah, Light lepas tangan dan enggan membantu Sultan
Abdullah.

Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway


karya Mahizan Husain.

Nyatakan dua unsur sejarah berserta contoh yang terdapat dalam petikan drama tersebut.
[4 markah]

7.
“Ganti rugi yang dituntut oleh peguam tersebut nyata sekal timbulnya secara berangkai
sebab tren lambat, maka dia terlambat ke KLIA, maka dia terlepas penerbangan, maka dia
tidak dapat hadir mesyuarat, maka dia tidak dapat kontrak bernilai 27 juta ringgit itu.
Tuntutan seperti ini tidak dibenarkan oleh undang-undang, melainkan kalau pihak KTN
mengetahui lebih awal lagi tentang mesyuarat yang ingin dihadiri itu.

( DipetikdaripadacerpenRes Judicata )

Berikan satu sudut pandangan berserta tiga contoh yang terdapat dalam petikan cerpen
tersebut. [4 markah]

3
8. Tangan tua Pak Yasok berhenti memahat, tiba-tiba air matanya berkaca. Matanya
berasa amat pedih. Patung Bota yang garang dan jahat itu diangkatnya. Dia mengangkatnya
untuk melihat garis yang telah ditandakan dengan pensel. Dia akan menebuknya semula.
Hujan di luar sedikit perlahan menandakan akan mereda. Sekali-sekala angin Laut Cina
Selatan membedal pelepah kelapa di luar halaman. Ketika itu pelbagai ingatan menyusup
masuk ke dalam fikirannya. Dia teringatkan kata-kata menantunya yang ustazah itu.
“ Ayah berhentilah buat kerja yang sia-sia ini, ayah. Patung wayang yang ayah buat tu
akan minta nyawa di akhirat kelak. Kerja ayah ini kerja dosa. Ayah dah tua. Dah tak patut
lagi buat patungn wayang tu. Ayah sepatutnya dah insaf dan taubat daripada kerja-kerja
begini.”

( DipetikdaripadacerpenAir Mata Dalang)

Berdasarkan petikan cerpen di atas, nyatakan satu teknik penceritaan berserta contoh.
[4 markah]

9.
Pada suatu petang, sepanduk-sepanduk di pedalamanTubua tiba-tiba berhenti bergetar.
Pucuk-pucuk pohonan pun tegak lurus ke langit. Asap kelabu gunung berapi Gora-Gora
berkepul menegak ke langit biru. Pada masa itulah penduduk pedalaman Tubua terlihat
seorang lelaki tua berjalan di tebing sungai menuju ke arah mereka. Pakaiannya seperti
nelayan dari Kuri. Semakin lama semakin dekatlah lelaki tua itu. Badannya telah mulai
bongkok sabut. Jambang, misai, dan janggut hampir menutup wajahnya. Dia memakai kaca
mata gelap, yang murah, yang biasanya dijual di kaki lima kedai di Tatamanu.

( Dipetikdaripada novel NaratifOgonshoto)

Senaraikan empat perwatakan lelaki tua berdasarkan petikan novel di atas. [4 markah]

10
Dalam masa satu minggu pertama latihan itu, hanya sekali-sekala sasaran mengena.
Masuk minggu kedua, lebih banyak damak mengena sasaran. Menjelang gerhana matahari
penuh yang tinggal beberapa hari lagi, semua damak menusuk sasaran.
Pada suatu pagi, ketika Presiden meninggalkan pekarangan istana dengan keretanya,
Presiden ternampak pemuda itu sedang berlatih. Tubuh pemuda berkeringat, wajahnya
tampak gembira kerana hembusannya berjaya menolak damak menusuk sasaran.

( Dipetikdaripada novel Naratif


Ogonshoto)

Berdasarkan petikan novel di atas, nyatakan dua latar masa berserta contoh. [ 4 markah]

4
Bahagian Dua
[60 markah]
Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2
1. Baca Syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Syair Bidasari

Titah baginda raja sultani,


“Mengapakah hutan jadi begini,
Kepanasan kita sekalian ini,
Baiklah berhenti kita di sini.”

Berhentilah ia seraya berperi,


Bertitah kepada tiga menteri,
“Ayuhai menteri pergilah diri,
Carikan air bawa ke mari.”

Rasaku ini sangatlah dahaga,


Barang sedikit carikanlah juga,
Pergilah berjalan menteri ketiga,
Mencari sungai dengan telaga

Berjalanlah kuliling menteri mencari,


Bertemulah tamannya Bidasari,
Hairan tercengang ketiga menteri,
Lalulah berjalan menghampiri

Menteri pun sampai ke sana sudah,


Inikah tanaman yang indah,
Kepada temannya ia bersabda,
“Dahulu taman di sini tiada.”

Ia berkata dengan sama teman,


“Siapa ini mempunyai taman,
Perbuatannya indah tempatnya nyaman,
Kalaukan ini rumah siluman.”

Menteri berjalan kuliling belukar,


Lalu bertemu pintunya pagar,
Dikunci dengan besi yang tegar,
Hendak dibuka terlalu sukar.

Kembalilah seorang menteri yang mudah,


Berdatang sembah kepada baginda,
“Daulat tuanku duli seripada,
Berapa dicari air nan tiada.”

5
Dipetik daripada Puisi Tradisional
dalam antologi Nilai Insan

1. (a) Huraikan maksud rangkap ketiga dan keempat syair di atas. [4 markah]

(b) Jelaskan empat ciri syair tersebut. [8 markah]

(c) Cipta dua rangkap syair bertemakan kasih sayang [8 markah]

2. Berdasarkan Sastera Panji dalam antologi Nilai Insan:

(a) Jelaskan empat nilai murni yang terdapat dalam sastera Panji [12 markah]

(b) Huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam sastera Panji
Tersebut. [8 markah]

6
Bahagian B
( Puisi Moden dan Drama )
Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4 .

3. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kolek Bonda

Sebelum anak-anak datang


Pak Tua
berhati walang, terasa kolek bonda
akan diserang, ombak besar
dari seberang.

Ketika mereka tiba, Pak Tua


jaga bicara; kolek bonda
pintanya agar dijaga, jangan dijaja
kerana jati, merbau dan sutera
penahan gelora.

Ketika mereka keras meminta


Pak Tua
semburkan dinding kolek
dengan warna
semolek. Pak Tua kukuhkan
lantai kolek
dengan meranti sekelek. Dan
berkata tenang,
kolek bonda tahan gelombang
kolek bonda mampu menyeberang.

Sebelum anak-anak bersuara


Pak Tua
bergurindam hiba, dengan lagu jiwa
berpantun bonda. Anak-anak mula
marah, Pak Tua usungkan kolek
ke muara
kolek keliling dunia.

Di setiap benua, Pak Tua berseloka


Kolek bonda lantainya jiwa
Kolek bonda dindingnya bangsa
Kolek bonda tahan gelora
Kolek bonda membelah samudera.

Dan anak-anak kehilangan kata. Kolek


Bonda
Pak Tua, berulang kali keliling dunia.

7
(PPUM, Kuala Lumpur)
Aminah Mokhtar
Jangan Kau Menangis, 2003
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

a) Huraikan nada puisi di atas [ 4 markah ]


b) Huraikan empat gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas. [ 8 markah ]
c) Ciptakan sebuah sajak bertemakan cinta akan negara . Panjangnya
sajak tersebut antara 12 hingga 15 baris. [ 8 markah]

4. Berdasarkan drama Anna oleh Kemala dalam Antologi Kubentang Sehelai Peta:

a) Huraikan pemikiran drama tersebut. [4 markah]

b) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam drama. [8 markah]

c) Berdasarkan kreativiti anda, sambungkan dialog di bawah dengan mencipta


sekurang-kurangnya enam petikan dialog. [8 markah]
.

DR. CHAN: Masalah rumah tangga, suami isteri, anak dan ibu mentua ini
rumit, Anna. Kalaulah dapat Anna berfikir barang sehari lagi, alangkah
baiknya. Sehari saja. Menung-menungkan nasib Tina. Hanya untuk Tina, bukan
Zaki dan bukan ibunya.

ANNA : Tidak doktor, jangankan untuk sehari, setengah jam pun tak daya dan
tak tertanggungkan lagi. Saya tahu, di sini bukan tempat saya. Saya bukan
manusia Timur yang sejati. Saya hanya beban kepada Zaki.

8
Bahagian C
(Cerpen dan Novel )

Jawab sama ada soalan 5 atau soalan 6

5. Berdasarkan cerpen Rindu Seorang Rafiq karya Nisah Hj. Haron:

(a) Huraikan empat pengajaran yang terdapat dalam cerpen tersebut ? [12 markah]

(b) Dengan menggunakan kreativiti anda, sambung petikan cerpen di bawah ini supaya menjadi
sebuah cerita yang bertemakan Persahabatan. Panjangnya cerita hendaklah antara 80 hingga
100 patah perkataan.
[8 markah]

Ah, Rosa! Dimana engkau pada saat aku memerlukan seorang Rafiq?
Akukah yang tidak mengerti hati seorang perempuan atau dia yang mahu menduga
dalamnya danau hatiku.

(Dipetik daripada cerpen Rindu Seorang Rafiq)

Kurang lebih pukul sembilan malam barulah aisberg kedua itu mula bergerak perlahan-
6. lahan. Semua kapal menjerit, gunakan sepenuh tenaga mengheret aisberg tegar itu arah ke
utara. Tetapi apabila batang-batang gelombang berguling ke selatan, aisberg itu bergerak
ke belakang, seolah-olah tidak mahu meninggalkan kutub tempat ia dilahirkan. Aisberg itu
memukuli muka laut biru dingin dengan sayap putihnya, enggan pindah ke utara. Namun
tenaga tujuh buah kapal terus melawan kedegilan dan rasa rindu aisberg itu terhadap
kutubnya.
(((d0dkdd

a) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan dua contoh gaya bahasa personafikasi. [4 markah]

b) Jelaskan empat perwatakan lelaki tua dalam Bab Aisberg. [8 markah]

c)
Lelaki tua sebatang kara itu masih mempunyai sedikit simpanan air di rumahnya
selain air tujuh tong yang dapat dikumpulkan sepanjang pelayaran pulang dari
Tatamanu dahulu. Tujuh tong lagi masih kontang. Sambil menggali kolam teruslah
dia berfikir …….
(Dipetik daripada teks novel Naratif Ogonshoto)

Berdasarkan kreativiti anda, sambung petikan novel di atas. Panjang huraian mestilah
tidak kurang 80 patah perkataan. [ 8 markah]

SOALAN TAMAT.
Lelaki tua sebatang karaLelaki
itu masih mempunyai
tua sebatang karasedikit simpanan
itu masih air di rumahnya
mempunyai selain air
sedikit simpanan airtujuh tong yang
di rumahnya selain air tujuh tong yang
dapat dikumpulkan sepanjang pelayaran pulang
dapat dikumpulkan dari Tatamanu
sepanjang 9 dahulu.
pelayaran pulang Tujuh tong lagi dahulu.
dari Tatamanu masih kontang. Sambil
Tujuh tong lagi masih kontang. Sambil
menggali kolam teruslah menggali
dia berfikir …….teruslah dia berfikir …….
kolam

Anda mungkin juga menyukai