Anda di halaman 1dari 11

2

UJIAN GERAK GEMPUR 1


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2020
KESUSASTERAAN MELAYU 2215
2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian Satu dan Bahagian Dua.

2. Jawab semua soalan Bahagian Satu.

3. Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A,
Bahagian B dan Bahagian C.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak.


2

Bahagian Satu
[40 markah]

Jawab semua soalan.

1
Banyaknya tidak menderita,
Berlimpah sampai ke tepi kota,
Bahana gemuruh gegak gempita,
Menghadap baginda di atas takhta.

Lasykarnya banyak beribu laksa,


Penuh sesak segenap desa,
Negerinya makmur sangat sentosa,
Sehari-hari suka termasa.

Dipetik daripada Puisi Tradisional dalam antologi Nilai Insan

Senaraikan dua contoh gaya bahasa hiperbola yang terdapat dalam petikan puisi
tradisional tersebut.
[4 markah]

2
... . Jika ada kasih Syahbandar, persembahkan ke bawah Duli Oya Bagelang. Minta
persembahkan ke bawah Duli Phra Cau.” Maka kata Syahbandar, “Baiklah, hamba
persembahkan seperti kata Orang Kaya Laksamana itu.” Maka Syahbandar pun
bermohon lalu pergi kepada Oya Bagelang dipersembahkan kepada Oya Bagelang. Oya
Bagelang pun masuk menghadap Phra Cau persembahkan seperti kata Laksamana itu.
Maka titah Phra Cau, “Biarlah ia berjalan dan berkeris seperti adat Raja Melaka ia
menghadap itu.”

Dipetik daripada Sastera Epik, Hang Tuah Diutus ke Siam

Berikan dua unsur sejarah berserta contoh yang terdapat dalam petikan prosa tradisional
tersebut. [4 markah]

2215 © 2020 CIKGU JALIL


3

3
Maka kata budak itu, “Apa gunanya parang puting itu?” Maka kata orang tua itu,
“Gunanya parang puting itu, boleh kita suruh akan dia mengerat sendirinya barang apa
pun dan jikalau musuh sekalipun bolehlah kita suruh pergi ia melawan dan boleh pula ia
membesarkan dirinya.”
Maka budak itu pun sukalah mendengarkan khasiat parang puting itu. Maka ia
pun mahulah menukar parang puting itu dengan tongkatnya. Setelah sudah ia bertukar
itu maka budak itu pun bermohonlah kepada orang tua itu lalu berjalan bersama-sama
dengan anak helang dan anak tikus serta parang puting itu pun dipegangnya kepada
tangannya. Setelah itu berjalanlah ia.
Maka tiada berapa lamanya ia berjalan itu maka sampailah ia kepada negeri
tempat bondanya itu. Setelah bondanya melihat anaknya datang itu, maka bondanya
pun terlalulah suka hatinya, seraya ia bertanya kepada anaknya itu katanya, “Ke mana
anakku pergi selama ini dan beberapa kali kusuruh cari tiada juga bertemu?”

Dipetik daripada Sastera Hikayat, Hikayat Parang Puting

Berikan dua ciri sastera hikayat berserta contoh yang terdapat dalam petikan prosa
tradisional tersebut. [4 markah]

4
Di atas meja cengal pusaka nenek
kubentang sehelai peta enam dekad
pada peta ini berdiri gunung
pada puncak gunung berdiri aku.

Dipetik daripada sajak Kubentang Sehelai Peta


karya T. Alias Taib

Nyatakan dua gaya bahasa pengulangan berserta contoh yang terdapat dalam petikan
sajak tersebut. [4 markah]

2215 © 2020 CIKGU JALIL


4

5
ZAKI: Ya, dia perlukan banyak waktu. Kuharap dia akan tahu juga terhadap nilai kasih
sayangku, doktor. Walaupun Anna pergi, ibuku mesti melihat dunia kembali. Dan
pada engkaulah, doktor kuharap akan memberikan ibuku cahaya hidupnya kembali.
Ibuku mesti melihat. Biar dia melihat Tina, cucunya. Dan melihat aku, anaknya
kembali.

DR. CHAN (dengan tenang): Ya, Zaki. Aku akan cuba sedaya upayaku. Doakan sahaja.
Semuanya dalam kuasa Tuhan belaka. Kuharap engkau akan bahagia bukan saja
dengan ibumu, dengan Tina tetapi juga dengan Anna.

ZAKI: Kasihan Anna. Aku tak salahkan dia. Anna belum dapat memahami aku, doktor.

DR. CHAN: Sabar, Zaki. Berikan dia waktu yang cukup. Kauhadapilah peristiwa ini
dengan tenang. Selepas ini, kuharap engkau akan bahagia, bersama dengan ibumu
dan Tina.

Dipetik daripada drama Anna


karya Kemala

Nyatakan dua peranan watak Dr. Chan berserta contoh yang terdapat dalam petikan drama
tersebut. [4 markah]

6
MAT PIAH: Fort Cornwallis ni tutup, tuan. Esok pukul sembilan pagi baru buka. Saya
hairan, kenapa tuan nak berjalan-jalan pagi-pagi buta ni, tuan? Esok tak boleh? Tuan
tak mahu balik tidur? Tuan tinggal di hotel mana?

(Blackway tidak terkata apa-apa. Masih mendongak memandang ke arah Fort


Cornwallis dalam simbahan cahaya yang malap).

MAT PIAH: Dalam Fort Cornwallis ini ada patung Francis Light ... err ... kawan tuan tu.
Dulu patung itu tempatnya di hadapan muzium. Sekarang ni dah pindah ke sini pula.
Tak tahu sebabnya apa. (Bercerita macam pemandu pelancong).

BLACKWAY: Good heaven. Tempat ini dinamakan sempena nama Lord Cornwallis.
(Berkata kepada dirinya sendiri. Wajahnya menjadi melankolik. Dia membongkokkan
dirinya sedikit sebagai tanda hormat kepada Fort Cornwallis. MAT PIAH hairan
melihat aksi BLACKWAY).

MAT PIAH: Tuan buat apa tu?

Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway


karya Mahizan Husain

2215 © 2020 CIKGU JALIL


5

Nyatakan dua teknik penceritaan berserta contoh yang terdapat dalam petikan drama
tersebut. [4 markah]

7 Berikan nama watak protagonis dalam cerpen-cerpen berikut yang terdapat dalam antologi
Kubentang Sehelai Peta.

i. Rindu Seorang Rafik


ii. Namun Itulah Hakikat
iii. Gulai Sembilang Untuk Abah
iv. Perspektif
[4 markah]

8
“Alhamdulillah kalau kamu bertiga dah insaf. Aku tidak ada kuasa untuk menjatuhkan
hukuman kepada kamu bertiga. Yang penting mesti bekerja keras untuk memastikan Bukit
Emas kekal sebagai bukit yang menghijau dan kaya dengan pokok buah-buahan, khususnya
buah durian. ...”

Dipetik daripada cerpen Bukit Emas


karya Mufidah Hanum Yusuf

Berikan dua nilai murni berserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.
[4 markah]

9
Iklan itu seperempat halaman, memuatkan foto seorang lelaki tua bekas
komandan tentera, juga kenyataan permohonan maafnya yang sangat umum,
“Memohon maaf kepada semua pihak atas segala kesilapan sepanjang perkhidmatan
saya dalam Angkatan Bersenjata Republik Ogonshoto.”

Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto


karya Anwar Ridhwan
Huraikan dua perwatakan bekas komandan tentera yang terdapat dalam petikan novel
tersebut. [4 markah]

10
Sehari selepas gerhana matahari penuh, diadakan permainan memburu
peliharaan. Tidak kiralah apa-apa nama peliharaan itu sama ada burung, babi, ular,
ayam atau tikus. Pada zaman dahulu para bangsawan Ogonshoto malah pernah
menangkap penduduk orang asli seminggu menjelang gerhana matahari penuh. Sehari
sesudah gerhana itu, penduduk asli itu dilepaskan, kemudian diburu dan dibunuh.
Tetapi adat memburu dan membunuh orang dalam permainan itu telah dihapuskan oleh
penjajah Eropah.

Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto


karya Anwar Ridhwan

Berikan dua latar masa berserta contoh yang terdapat dalam petikan novel tersebut.

2215 © 2020 CIKGU JALIL


6

[4 markah]

2215 © 2020 CIKGU JALIL


7

Bahagian Dua
[60 markah]

Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)

Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2

1 Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Resam Hidup Manusia

Banyak udang banyak garam,


Banyak orang banyak ragam.

Lain dulang lain kakinya,


Lain orang lain hatinya.

Lain ulu lain parang,


Lain dahulu lain sekarang.

Ada ubi ada batas,


Ada budi ada balas.

Orang berbudi kita berbahasa,


Orang memberi kita merasa.

Tak tumbuh tak melata,


Tak sungguh orang tak kata.

Sebab pulut santan terasa,


Sebab mulut badan binasa.

Pagi petang siang malam,


Hati terang senang faham.

Puisi Melayu Tradisional, 2012


Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.

(a) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam pantun tersebut. [8 markah]
(b) Berikan dua bukti berserta contoh yang puisi Resam Hidup Manusia ialah pantun
dua kerat. [4 markah]
(c) Cipta empat rangkap pantun dua kerat yang bertemakan budi pekerti.
[8 markah]

2215 © 2020 CIKGU JALIL


8

2 Berdasarkan Sastera Panji, Raden Puspa Kencana dalam antologi Nilai Insan:
(a) Huraikan dua konflik antara watak yang terdapat dalam Sastera Panji tersebut.
[8 markah]

(b) Jelaskan tiga perwatakan Raden Menteri yang terdapat dalam Sastera Panji
tersebut. [12 markah]

2215 © 2020 CIKGU JALIL


9

Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)

Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4

3 Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sekeping Kartu Kecil

Tiba-tiba dalam tak


disangka-sangka, ini pagi
angin bertiup ke utara
dan hujan pun turun
sungguh kupercaya
engkau lupa sudah
lantaran lama sekali tak jumpa!

Tadi aku disapa sekeping kartu kecil


di sana engkau catat ringkas
"Selamat lebaran Aidilfitri dan
maaf lahir batin."

Lalu kenangan semalam pun


hidup kembali
begitu indah begitu memukau
ada seribu burung
menyanyi-nyanyi
di ruang hati.

Pada lebaran yang bersih nanti


ya, ingin sekali aku berkunjung ke rumahmu
bukan lagi sebagai kekasih seperti kelmarin
yang melepas rindu
(jangan risau)
tapi kedatanganku
justeru sebagai saudara seagama bersama isteri
dan tiga orang anak tercinta
kuharap semoga engkau tidak terperanjat
sambutlah sebagaimana kebiasaan
engkau menyambut tamu
kiranya hubungan
persaudaraan kita
terus kukuh
kekal berpanjangan
sampai bila-bila.

Mohd Adib Ab Rahman


Belati Cinta Zulaikha, 2004
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

2215 © 2020 CIKGU JALIL


10

(a) Huraikan tema sajak tersebut. [4 markah]


(b) Huraikan dua sikap penyajak yang terdapat dalam sajak tersebut. [8 markah]
(c) Cipta sebuah sajak yang bertemakan kasih sayang kepada keluarga.
Panjangnya sajak hendaklah antara 12 hingga 15 baris. [8 markah]

4 Berdasarkan drama Mat Piah dan Mr. Blackway karya Mahizan Husain:
(a) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam drama tersebut. [6 markah]

BLACKWAY: Bukan. Sudah beratus tahun saya berasa bersalah atas penipuan
dan pengkhianatan yang saya dan Light lakukan terhadap Sultan
Muhammad Jiwa, Sultan Abdullah dan orang Melayu. Saya malu ... malu ...
malu. What a shame! Nasib baik orang tak kenal sama saya. Nama saya
masih bersih, masih suci. Tak disenaraihitamkan walaupun nama saya
Blackway. Thank you, God!

(BLACKWAY menekup muka dan tersedu-sedu semula. MAT PIAH


termangu seketika memikirkan kata-kata BLACKWAY. Dia keliru sama ada
mahu percaya atau tidak. MAT PIAH menggaru-garu kepala, menggaru-garu
lehernya dan menggaru-garu betisnya. Sambil menggaru, dia terus berfikir.
Tiba-tiba MAT PIAH naik angin).

Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway


karya Mahizan Husain

(b) Huraikan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam petikan drama tersebut.
. [6 markah]
(c) Mengikut Mr. Blackway, Francis Light telah meminta kebenaran daripada Sultan
Muhammad Jiwa untuk berniaga di Kuala Kedah. Sultan Muhammad Jiwa
memberi kebenaran dengan syarat Syarikat Hindia Timur Inggeris melindungi
Kedah daripada serangan Bugis.
Berdasarkan kreativiti anda, cipta enam dialog antara Francis Light dan Sultan
Muhammad Jiwa semasa pertemuan tersebut. [8 markah]

2215 © 2020 CIKGU JALIL


11

Bahagian C
(Cerpen dan Novel)

Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6.

5 Berdasarkan cerpen Profesor Sufi karya A. Rahmad:


(a) Buatkan dua perbandingan antara watak anak muda dengan watak profesor.
[4 markah]
(b) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam cerpen tersebut. [8
markah]
(c) Cipta sebuah cerpen bertemakan kegigihan menuntut ilmu. Karya ciptaan anda
hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya dua teknik penceritaan. Panjangnya
cerpen hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan. [8 markah]

6 Berdasarkan novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan Sasterawan Negara:


(a) Huraikan dua nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut. [6 markah]

(b) Huraikan dua perwatakan jeneral yang terdapat dalam novel tersebut. [6 markah]

(c)
“Malam ini datanglah ke restoran makanan laut di Ture,” pelawa wakil
itu kepada jeneral dan pegawai kanan pemerintahan provinsi, melalui telefon.
“Kamu tahu di mana restoran makanan laut itu bukan? Ya, itu satu-satunya
restoran makanan laut di sini! Tidak ada yang lain. Kita berjumpa di sana
setengah jam selepas matahari terbenam.”

Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto


karya Anwar Ridhwan

Berdasarkan kreativiti anda, sambungkan petikan novel tersebut supaya menjadi


cerita yang lengkap. Panjangnya sambungan petikan novel hendaklah tidak
kurang daripada 80 patah perkataan. [8 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

2215 © 2020 CIKGU JALIL

Anda mungkin juga menyukai