Anda di halaman 1dari 10

KMK 2216/1

PEPERIKSAAN SETARA 2 TINGKATAN 5 SPM DAERAH LIMBANG


KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
Kertas 1 2216/1
2 ½ jam 2 jam dan 30 minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERTAHU

Nama Penuh:

No. Kad Pengenalan: Kelas:

Arahan: For Examiner’s Use


1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian Part Total Marks
A dan Bahagian B.
BA 40 /40
2. Jawab semua soalan Bahagian A.
3. Jawab mana-mana tiga soalan daripada Bahagian B. 1/2 /20
4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku
jawapan yang disediakan. Sekiranya buku jawapan 3/4 /20
tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan BB
daripada pengawas peperiksaan.
5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. 5/6 /20

Total /100
Bahagian Satu

[40 markah]
Jawab semua soalan.

1.

Tersebut pula suatu perkataan,


Raja Malabari empunya kerajaan,
Sehari-hari bersuka-sukaan,
Rakyatnya banyak tiada terkian.

Bangsanya Ajam baginda itu,


Kerajaan besar bukan suatu,
Takluk banyak sudah tertentu,
Menghantar ufti sekalian ke situ.

Dipetik daripada Puisi Tradisional dalam antologi Nilai Insan

a) Apakah jenis puisi tersebut? [1 markah]


b) Senaraikan tiga bentuk puisi tersebut. [3 markah]

2.

Maka segala Jepun itu pun hairan akan dirinya maka lalu menghunus pedangnya hendak
memarang Laksamana. Maka pedang itupun jatuh pada tangannya. Maka perahu Jepun itu pun
alahlah. Maka Laksamana pun melanggar sebuah lagi pada panglima itu. Maka Laksamana pun
melompat naik dengan segala orangnya lalu mengamuk. Maka segala Jepun itupun habis
berterjunan ke dalam air. Setelah itu maka segala Jepun itupun alahlah. Maka Laksamana pun
menyuruh membuka segala pintu perahu itu. Maka dilihat oleh Laksamana emas dan perak terlalu
banyak. Maka dimuat oleh Laksamana emas dan perak dan harta terlalu banyak. Maka perahu
Laksamana itupun saratlah dengan emas perak dan harta terlalu banyak. Setelah sudah bermuat
maka Laksamana pun berlayarlah menuju ke Kuala Melaka.

Dipetik daripada Prosa Tradisional dalam antologi Nilai Insan


Nyatakan dua latar tempat berserta yang terdapat dalam petikan prosa tradisional tersebut.
[4
markah]

2
3
Dipetik daripada Prosa Tradisional dalam antologi Nilai Insan

Maka duduklah naga itu dengan budak itu duduk berkata-kata. Seketika ia duduk berkata-kata itu,
maka naga itu pun terlalulah sangat panas rasa badannya kerana lama sudah tiada ia berendam itu,
seketika pun tiadalah boleh ia duduk. Maka pada tempat itu, adalah suatu kolam hampir kepada
tempat itu dan ikan pun terlalulah banyak di dalamnya.

Nyatakan dua gaya bahasa berserta yang terdapat dalam petikan prosa tradisional tersebut.
[4
markah]

4
“ Zoologi, Pak Nyan. Maksudnya kajian tentang haiwan,” terang ayahku.
“ Oh, nak jadi doktor haiwanlah tu!” katanya lagi.
“ Bukan, sekadar mengetahui tantang kehidupan, tabiat, bentuknya antara lain, Pak
Nyan,” terang lagi ayahku.
Tuk Nyan terangguk-angguk. “ Apa bendanya? cuba kamu terangkan lagi.”

Dipetik daripada cerpen Namun Itulah Hakikat oleh......

Nyatakan dua teknik plot yang digunakan beserta contoh dalam petikan cerpen tersebut.
[4 markah]

5. ZAKI : Ya, dia perlukan banyak waktu. Kuharap dia akan tahu juga terhadap nilai kasih

sayangku, doktor. Walaupun Anna pergi, ibuku mesti melihat dunia kembali. Dan pada
engkaulah, doktor kuharap akan memberikan ibuku cahaya hidupnya kembali. Ibuku
mesti melihat. Biar dia melihat Tina, cucunya. Dan melihat aku anaknya kembali.

Dipetik daripada drama ANNA oleh Kemala

Nyatakan satu persoalan berserta contoh yang terdapat dalam petikan drama tersebut.
[4
markah]

3
6.
Sejak itu aku sering memandang jari manisku dalam tabung kaca itu, dan
merenung tapak tangan kananku tanpa sebatang jari. Hukuman itu dating lewat, selepas
aku mengorbankan sebatang jariku. Adakah itu merupakan pengorbanan sia-sia?
Tidak seorang pun daripada para tetamunya pada hari minggu itu yang
menyambut pertanyaannya. Mereka menundukkan kepala pulang ke rumah masing-
masing, membisu, membawa cerita tentang sepotong jari bersama-sama derap langkah
masing-masing.

Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto oleh Anwar Ridhwan


Nyatakan satu sudut pandangan berserta tiga contoh yang terdapat dalam petikan novel
tersebut. [4 markah]

7
Aku melihat abah sarat dengan kasih sayangnya kepada anak-anak malam itu, walaupun
sesekali dia memandang di kejauhan, mungkin kesal kerana perhimpunan kami malam
itu ada kekurangannya. Along dan Angah yang diharapkan dapat bersama-samanya
gagal pulang untuk memenuhi permintaan hati seorang tua itu.

Dipetik daripada cerpen Gulai Sembilang untuk Abah oleh Fauziah Mohd Ismail
Berikan satu nilai murni berserta contoh yang terdapat dalam petikan prosa tersebut.
[4 markah]

8 ANNA : Aku tahu sia-sia saja aku duduk lebih lama lagi bersamamu, Zaki. Kau ahli
sejarah,mempunyai kesetiaan yang kuat terhadap bangsa dan tanah airmu. Barangkali,
mempunyai banyak prasangka terhadap diriku, anak Thomas Carpenter bekas
pengurus estet, bangsa Inggeris yang pernah menduduki negerimu. Barangkali waktu
inilah aku tahu kita memang tak sesuai. Aku tak akan minta maaf padamu, Zaki... .
ZAKI : Memang, aku sayangkan bangsa dan negaraku, Anna. Tetapi ini tak
menegahku daripada bersikap rasional. Bangsa dan negaraku yang muda ini sedang
berjuang mengisi kemerdekaan kami walaupun Inggeris banyak meninggalkan parut-
parut luka, tapi memang banyak juga contoh yang kami dapat daripada Inggeris,
disiplin yang baik, misalnya... .

Dipetik daripada drama ANNA oleh Kemala

Berdasarkan petikan tersebut, Zaki memiliki perwatakan positif sebagai seorang warga
Malaysia.
Nyatakan satu sanjungan terhadap perwatakan Zaki berserta contoh yang terdapat dalam
petikan tersebut. [4 markah]

4
9 Dia pernah juga membaca kitab-kitab tasawuf yang ditulis oleh syeikh Ahmad al-
Fatani. Bahkan dia hampir-hampir menghafal puisi tasawuf yang panjang, yang ditulis
oleh penyair utama Pattani, Thailand itu. Dia juga pernah membaca kitab-kitab Sheikh
Daud al-Fatani seperti Kitab Bughyat-tullab, Duruthsamin dan Fura’almasail dan juga
Kitab Wirduzawahir. Di samping itu, dia mengkaji banyak lagi kitab yang ditulis oleh
ulama Pattani yang lain. Namun, itu semua tidak pernah mengorek lubuk hatinya, tidak
pernah menarik tangkai jantungnya.

DDipetik daripada cerpen Profesor Sufi oleh A. Rahmad.


Nyatakan dua unsur keagamaan berserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen
tersebut. [4 markah]

10. Dalam tempoh seratus hari pertama Presiden baharu berkuasa, beliau akan mengunjungi
beberapa wilayah Ogonshoto. Satu daripada ialah Aitu. Presiden akan dating ke Aitu
dua minggu lagi, tetapi kedatangan itu bukan sesuatu yang rasmi kerana Presiden akan
berada di Aitu pada hujung minggu sahaja. Masa kurang lebih dua hari itu akan
digunakan oleh Presiden untuk merancang pembangunan Aitu, serta mengadili satu
sayembara. Lima orang lelaki berkuda itu tidak merinci sayembar. Mereka hanya
menyatakan secara umum dan sepintas lalu sahaja, tentang ‘ciptaan yang hidup’

Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto Anwar Ridhwan

Nyatakan satu ciri kepimpinan pada watak Presiden berserta contoh yang terdapat dalam
petikan novel tersebut. [4 markah]

BAHAGIAN B

5
[60 markah]
Pilih dan jawab tiga soalan sahaja

11. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Seloka Kehilangan Adat Melayu

Aduhai resam, wahai adat!


Lembaga – di mana telah terpudat?

Wah, hilang adat lenyaplah bahasa!


Ghaib sepi tiada bersisa …
Semakin mengerang senantiasa,
Laksana dipagut tedung yang bisa!

Amboi, amboi, adat tiruan, resam terpaksa!


Umpama gajah menjadi rusa;
Oleh ragi campuran bangsa,
Adab tertib habis binasa!

Sayang! Sayang!
Merajuk ke manakah adat Melayu?
Laksana debu dipuput bayu!

Wallaahuaklam!
Entahkan jatuh ke laut gerangan,
Disambar yu!

Munsyi Sulaiman
Kalung Bunga, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka

(a) Berikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam seloka tersebut [4 markah]
(b) Seloka tersebut bertemakan Adat dan jati diri generasi muda yang semakin terhakis dalam
kehidupan mereka.

Berdasarkan tema tersebut, huraikan dua saranan yang perlu dilakukan oleh setiap anak muda
untuk mengembalikan jati diri mereka. [8 markah]

(c) Adaptasi maksud keseluruhan seloka tersebut menjadi sebuah sajak. panjang sajak
hendaklah antara 12 hingga 15 baris. [8 markah]

6
12. Berdasarkan cerpen Res Judicata karya Aidil Khalid:

(a) Berikan dua sebab peguam mahu menyaman Syarikat KTN. [4 markah]

(b).Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam cerpen tersebut. [8 markah]

(c) Berdasarkan kreativiti anda, sambung petikan cerpen di bawah supaya menjadi sebuah
cerita yang lengkap. Panjangnya sambungan petikan cerpen hendaklah antara 80 hingga 100
patah perkataan. [8markah]

“Perlu juga ditekankan, hal ini bukanlah tentang diri saya semata-mata. Bukan kerana
saya inginkan sangat wang berjumlah 27 juta ringgit itu, bukan. Tidak juga kerana saya
inginkan publisiti, tidak.

13. Berdasarkan drama Mat Piah dan Mr. Blackway karya Mahizan Husain:

BLACKWAY: Saya minta ampun, minta maaf kepada semua orang Melayu. Pada
semua orang Puloo Pinang. Memang kami penipu, penindas, penyamun. Saya sendiri
malu dengan apa-apa yang pernah kami lakukan dulu. Memang kami bangsa kejam dan
haloba. Apabila ingat semua hal yang pernah saya lakukan dengan Light dulu, saya rasa
macam mahu amuk!

Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway oleh Mahizan Husain

(a) Jelaskan konflik yang terdapat dalam petikan drama tersebut. [4 markah]
(b) Berdasarkan keseluruhan drama, Mat Piah digambarkan sebagai seorang yang cinta akan
negara.
Nyatakan dua pandangan terhadap perwatakan Mat Piah tersebut [8 markah]

(c) Berdasarkan kreativiti anda, sambung dialog petikan drama di atas supaya menjadi skrip
drama yang mengandungi enam hingga lapan dialog. [8 markah]

14. Berdasarkan novel Naratif Ogonshoto Karya Anwar Ridhwan. Sasterawan Negara.

7
Bahtera memang diperlukan. Itu bererti menebang pokok-pokok hutan, mencari tukang
dan pekerja, buat galangan. Bangsal pekerja mesti dibina. Begitu juga gudang untuk
menyimpan semua alat utas. Perigi juga perlu digali berhampiran bangsal. Perigi itu
akan membekalkan air bersih sepanjang hari untuk diminum, untuk memasak, untuk
mencuci, dan untuk mandi-manda. Semua harus dilakukan segera. Soal anak lelaki yang
membantah akan ditangani secara keluarga.

Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto oleh Anwar Ridhwan

(a) Berdasarkan petikan novel tersebut, nyatakan tiga keperluan untuk membina bahtera.
[3markah]
(b) Huraikan tiga nilai murni yang terdapat dalam keseluruhan novel tersebut.
[9 markah]
(c) Dengan menggunakan kreativiti anda, sambung petikan novel di bawah supaya menjadi
sebuat cerita yang bertemakan keberanian menghadapi dugaan. Panjangnya sambungan
petikan novel hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. [8 markah]

“Apabila kuasa baik dapat mengatasi kuasa jahat,” sambung pentaksir, “yang
menang bukanlah kuasa baik, tetapi yang menang ialah ‘kebenaran’.

15. Berdasarkan sastera panji dalam Antologi Nilai Insan:

8
(a)Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam prosa tradisional tersebut.
[6
markah]
(b)Jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam prosa tradisional tersebut.
[6
markah]
(c) Berdasarkan petikan prosa tradisional di bawah, adaptasi petikan tersebut menjadi dua
rangkap syair yang menarik. [8 markah]

Ada sebuah negeri di Jenggala. Negeri itu bernama Cempaka Jajar.


Ratunya pula bernama Seri Inu tetapi digelari dengan Sang Nata sahaja

Sang Nata adalah seorang raru besar. Baginda mempunyai berates-ratus


hulubalang dan lascar. Banyak negeri yang ditakluk ke bawah perintah baginda.

Di negeri Cempaka Jajar ada diperbuat oleh Baginda Sang Nata sebuah
taman yang indah. Taman ini dipagar dengan kota batu. Di tengah kota batu itu
ada sebuah kolam. Di sisi kolam itu ada dibina beberapa buah istana dan dalam
istana-istana inilah Baginda Sang Nata menaruh segala puteri ratu-ratu yang
takluk ke bawah perintah baginda. Puteri-puteri tawanan ini disuruh oleh
Permaisuri bertenun kain.

Antara puteri tawanan yang ditaruh dalam kota batu itu ialah seorang
puteri rupawan yang tidak diketahui negeri asalnya bernama Raden Puspa
Kencana. Tetapi Sang Nata dan Permaisuru menggelarnya Ken Tambohan. Pada
masa itu, Ken Tambohan berumur empat belas tahun. Baginda Sang Nata dan
permaisuri sangat sayang kepadanya kerana dialah yang cantik sekali antara
puteri tawanan itu.
Dipetik daripada Sastera Panji Raden Puspa Kencana

9
16.Berdasarkan novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan, Sasterawan Negara:

Tuhan memang menghidupkannya untuk menjadi tentera dan penakluk, ujar


salah seorang pengagumnya. Tetapi yang jelas kepada sebahagian besar yang menhadiri
acara memuja ‘ semangat rumah’ itu, jeneral telah menaluki hati mereka dengan sifat
ramah-tamahnya. Penduduk Ture berasa diberi penghormatan kerana tokoh seperti
jeneral telah memilih tanah timur laut Rai-Rapa untuk tempat tinggalnya.

Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto oleh Anwar Ridhwan

(a) Nyatakan satu keperibadian unggul jeneral berserta contoh yang terdapat dalam petikan
novel tersebut. [4 markah ]
(b) Huraikan dua teguran terhadap amalan negatif masyarakat yang terdapat dalam
keseluruhan novel tersebut. [8 markah]
(c) Huraikan dua isu masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan novel tersebut.
[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

10

Anda mungkin juga menyukai