Anda di halaman 1dari 19

1

NAMA : ...................................................... TINGKATAN : .....................

SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


TINGKATAN 4 2019
KESUSASTERAAN MELAYU 2215
Oktober

2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian Satu dan Bahagian Dua.
2. Jawab semua soalan Bahagian Satu.
3. Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A,
Bahagian B dan Bahagian C.
4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya
buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas
peperiksaan.
5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi dan Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak. [Lihat halaman sebelah


SULIT
2

Bahagian Satu

[40 markah]

Jawab semua soalan


1.
Resam Hidup Manusia (Pantun Dua Kerat)

Orang berbudi kita berbahasa,


Orang memberi kita merasa.

Tak tumbuh tak melata,


Tak sungguh orang tak kata.

aDipetik daripada Nilai Insan

Nyatakan dua gaya bahasa berserta contoh berdasarkan petikan pantun tersebut [4 markah]
Gaya Bahasa :

i. Asonansi. [1+1]
Contoh : Orang berbudi kita berbahasa, - pengulangan vokal ‘ a ’

ii. Aliterasi. [1+1]


Contoh: Tak tumbuh tak melata, – pengulangan konsonan ‘ t ’

iii. Sinkope
Contoh: Tak [tidak]

iii. Anafora. Pengulangan kata pada awal baris secara berturutan [1+1]
Contoh : Orang / Tak
Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.

Tak tumbuh tak melata,


Tak sungguh orang tak kata.

iv. Responsi - Pengulangan kata di tengah baris secara berturutan [1+1]


Contoh : kita / tak
Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.

Tak tumbuh tak melata,


Tak sungguh orang tak kata.

v. Repetisi kata / pengulangan kata


Contoh, Tak tumbuh tak melata,
3

2.
Seketika kemudian sedarlah ia kembali lalu bangun meriba jenazah isterinya itu. Sambil
meriba itu ia bersabda, “Wahai adinda, hilanglah adinda! Tidaklah dapat kakang cari
tuan lagi. Tuanlah nyawa dan jiwa kakang, wahai dewa susunan, emas tempawan! Jika
kakang tahu tuan akan jadi begini tentulah kakang tidak meninggalkan tuan.
“Wahai utama jiwa, tidaklah tuan hilang seorang diri sahaja! Biarlah kakang
pergi bersama-sama.” Habis berkata-kata itu ia pun menghunus keris lalu
menikam dadanya sendiri. Maka mangkatlah ia.

Dipetik daripada Sastera Panji,


Raden Menteri Membunuh Diri

Nyatakan dua perwatakan Raden Inu Kertapati berdasarkan petikan di atas. [4 markah]

Perwatakan Laksamana :

i. Seorang yang penyayang . [1+1]


Contoh : “Wahai adinda, hilanglah adinda! Tidaklah dapat kakang cari tuan lagi.
Tuanlah nyawa dan jiwa kakang, wahai dewa susunan, emas tempawan!

ii. Seorang yang setia. [1+1]


Contoh : Jika kakang tahu tuan akan jadi begini tentulah kakang tidak
meninggalkan tuan.

iii. Seorang yang mudah berputus asa. [1+1]


Contoh : “Wahai utama jiwa, tidaklah tuan hilang seorang diri sahaja! Biarlah
Kakang pergi bersama-sama.” Habis berkata-kata itu ia pun menghunus keris
lalu menikam dadanya sendiri. Maka mangkatlah ia.

iv. Seorang yang sanggup berkorban demi cinta. [1+1]


Contoh : “Wahai utama jiwa, tidaklah tuan hilang seorang diri sahaja! Biarlah
Kakang pergi bersama-sama.” Habis berkata-kata itu ia pun menghunus keris
lalu menikam dadanya sendiri. Maka mangkatlah ia.
[ maksimum 4 markah]
4

3.
Maka sebermula Jepun yang lepas dua orang itu lalu mudik ke hulu Siam, lalu ke
Kemboja.Setelah sampai maka ia memberitahu segala tempat di Kemboja itu, segala hal
ehwalnya diberinya tahu. Maka segala Jepun yang di Kemboja itu pun terlalu amarah lalu
berlengkap akan mengadang Laksamana itu. Setelah lengkap maka Jepun itu pun hilirlah
ke Benua Siam. Maka kata panglima Jepun itu, “Di sinilah baik kita mengadang
Laksamana itu.” Maka lalu ia duduk di kuala itu.

Dipetik daripada Sastera Epik,


Hang Tuah Diutus ke Siam

,Berdasarkan petikan prosa tradisional di atas, berikan dua latar tempat berserta contoh
peristiwa. [4 markah]

Latar tempat :
i. Hulu Siam.
Contoh, …Maka sebermula Jepun yang lepas dua orang itu lalu mudik ke hulu Siam,
[1+1]

ii. Kota Patani.


Contoh, …Laksamana melihat Kota Patani dan memuji kedudukan negeri tersebut yang
mempunyai pintu gerbang cantik. [1+1]

iii. Benua Siam.


Contoh, Laksamana berserta angkatannya ke Benua Siam [1+1]

iv. Kemboja .
Contoh, Maka sebermula Jepun yang lepas dua orang itu lalu mudik ke hulu Siam, lalu
ke Kemboja. [1+1]
5

4. Di atas meja cengal pusaka nenek 5 pk


kubentang sehelai peta enam dekad 6pk
pada peta itu mengalir diriku 5pk
pada diriku terbit sebuah rakit. 5pk

Di atas rakit ini kukayuh kenanganku 5pk


mudik ke hulu zaman kecilku 4pk
yang kuhabiskan di lumpur sawah 4pk
yang menyabarkan di mata pancing. 4pk

Dipetik daripada sajak Kubentang Sehelai Peta


oleh T. Alias Taib

Nyatakan dua ciri sajak yang terdapat dalam petikan puisi tersebut. [4 markah]
1. Ciri-ciri sajak:

i. Ada rangkap/ berangkap/ mempunyai rangkap. [1 + 1]


Contoh : Terdiri daripada dua rangkap(Dipetik daripada sajak Menterjemah Bahasa
oleh Lim Swee Tin)
ii. Jumlah / bilangan baris serangkap adalah sama. [ 1+1]
Contoh, bilangan baris serangkap ada 4 baris

iii. Jumlah / bilangan perkataan sebaris tidak sama


contoh: 4 – 5 patah perkataan sebaris.

iv. Jumlah/ bilangan suku kata sebaris tidak sama. [1 + 1]


Contoh : …… hingga ….. suku kata sebaris.

v. Rima akhir setiap rangkap/sajak adalah tidak sama. [1 + 1]


Contoh : contoh rima akhir setiap rangkap adalah abcd[R1], aabc[R2]

vii. Bentuk bebas / tidak terikat. [1 + 1]


Contoh : Jumlah / bilangan perkataan sebaris tidak sama /
Jumlah/ bilangan suku kata sebaris tidak sama.
[ maksimum 4 markah]
6

5.

ZAKI : Begitulah dengan ibuku, Anna, dia tak bersalah apa-apa. Dia kasihkan aku
sebagai anaknya dan kasihkan engkau sebagai menantunya. Dan amat
kasihkan Tina, anak kita. Tapi, mengapa engkau seperti tak… .

ANNA: Engkau menyediakan aku penderitaan, Zaki. Aku meninggalkan


kebahagiaanku yang sebenar di England, meninggalkan daddy,
meninggalkan pengajianku. Kalau tidak, aku sekarang sudah menjadi ahli
ekonomi. Aku tinggalkan kampus universiti kerana engkau, Zaki. Tapi rupa-
rupanya engkau punya tanggungjawab yang besar dan penting terhadap
ibumu … .

Dipetik daripada drama Anna oleh Kemala

Nyatakan dua nilai murni berserta contoh yang terdapat dalam petikan drama di atas.
[4 markah]

i. Kasih sayang. [1 + 1]
Contoh : ………………

ii. Tanggungjawab. [1 + 1]
Contoh : ……………..

iii. Pengorbanan

[ maksimum 4 markah]
7

6.
MAT PIAH : Bunyi meriam? Sultan Abdullah? Tuan merapu apa ni? Yang tu
Bunyi motor mat rempit, tuan oi! Mat Rempit Tahu?

BLACKWAY: Mat Rempit? Mat Rempit bala tentera mana? Burma? Bugis?

MAT PIAH : Bala tentera Burma, Bugis? Apa maksud tuan? Mereka tu bala
masyarakat. Bala! Bala! Bala! Tuan tahu bala?

BLACKWAY : Balasundram? Maaf saya bertugas dengan kompeni di India


dulu, orang gaji saya nama Bala!

Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway karya Mahizan Husain.
(Dipetik daripada drama Anna
oleh Kemala
Berikan dua teknik penceritaan atau teknik plot berserta contoh yang terdapat )
dalam
petikan drama di atas . [4 markah]

= Dialog
MAT PIAH : Bunyi meriam? Sultan Abdullah? Tuan merapu apa ni? Yang tu
Bunyi motor mat rempit, tuan oi! Mat Rempit Tahu?

BLACKWAY: Mat Rempit? Mat Rempit bala tentera mana? Burma? Bugis?

= Imbas kembali
BLACKWAY : Balasundram? Maaf saya bertugas dengan kompeni di India
dulu, orang gaji saya nama Bala!
8

7. Baca petikan dan jawab soalan-soalan berikut:

Bagi Pak Mid, usaha dan doa kepada Allah adalah penting jika mahu
berjaya dalam apa-apa jua yang dicitakan. Dia tidak mudah melatah
dengan perli dan sindiran orang lain. Bagi dirinya, semua penduduk
kampung ialah saudaranya. Oleh itu, dia tidak sedikit pun menaruh sangka
buruk terhadap mereka. Dia terus bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dia
sudah berjaya. Demikian juga dengan anak-anaknya. Zul sudah lulus ijazah
tentang perhutanan, sementara Fitri sedang menuntut dalam bidang
perakaunan.

Dipetik daripada cerpen Namun Itulah Hakikat


oleh Nazrl Hashim Mohamad

Nyatakan satu persoalan berserta contoh yang terdapat dalam petikan novel tersebut.
[4 markah]

Antara persoalannya ialah persoalan ketaatan kepada Allah/agama.


Contoh, ………………….

Seterusnya persoalan kegigihan bekerja / mencari rezeki.


Contoh, ………………..

Persoalan kepentingan berdoa dalam kehidupan.


Contoh, ………………..

Seterusnya persoalan ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup.


Contoh, …………………….

Persoalan hubungan silaturrahim dalam masyarakat.

Persoalan kesyukuran atas kejayaan yang diperoleh

Persoalan kepentingan Pendidikan.


9

8.
Saya menyaman sebenarnya atas matlamat yang lebih utama, yakni untuk memberikan
amaran kepada para pengendali pengangkutan awam seluruhnya. Saman ini adalah
tentang penumpang-penumpang individu kecil melawan syarikat korporat
pengangkutan awam gergasi. Kita sudah terlalu sering mendengar keluh-kesah
daripada pelbagai pihak tentang betapa tidak efisiennya perkhidmatan
pengangkutan awam bukan hanya KTN, tapi juga yang lain-lain.

Dipetik daripada cerpen Res Judicata


oleh Aidil Khalid

Berikan dua latar masyarakat berserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut .
[4 markah]
Latar masyarakat yang tidak bertanggungjawab dalam mengendalikan
pengangkutan awam.
Contoh, …………….

Latar masyarakat yang berani.


Contoh,

Latar masyarakat yang tidak puas hati dengan perkhidmatan


pengangkutan awam.
10

9.
(1)“Dunia memang terus berubah,” jawab tuan rumah. “Tetapi mengapakah sikap
mengambil berat pun turut berubah? Masalah di Tubua ini bukan kecil. Sekurang-kurangnya,
dengarlah pendapat kami.” (2)

(3) “Kita di Ogonshoto sudah melupakan adat turun-temurun,” ujar lelaki tua itu. (4)
“Dulu kala, jika ada pihak yang bermasalah, duduk berkumpullah orang-orang kita di bawah
pokok palma sambil berbincang mencari penyelesaian. (5)Sekarang, baik penduduk Rai-
Rapa dan Futu-Ata, mahupun Gora-Gora ini, sudah tidak menghargai cara turun-temurun
itu.”

(Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto


oleh Anwar Ridhwan)

Berikan dua pengajaran berserta contoh yang terdapat dalam petikan novel di atas.
[4 markah]

Kita hendaklah mengambil berat masalah orang lain.


Kita hendaklah mendengar pendapat orang lain.
Kita janganlah melupakan adat turun-temurun.
Kita hendaklah mengadakan mesyuarah/perbincangan sekiranya ada
masalah.
Kita hendaklah menghargai dan mempraktikkan amalan-amalan yang baik.
11

10.
Dia menyertai parti politik paling popular di Ogonshoto yang didukung pihak polis, tentera
dan karyawan umum. Bersama-sama dengan gerak bintangnya yang naik dengan cepat,
melalui orang-orangnya, dia mula mengumpul data tentang kelemahan dan kesilapan pihak
atasan parti, termasuk Presiden ketika itu. Dia mengingat dan membaca kembali kajiannya
tentang kumpulan haram atau kongsi gelap dahulu. Tentang mengambil dan meluaskan
kawasan, kaedah menyeksa dan membunuh musuh, hukuman kepada ahli kongsi gelap yang
belot dan lain-lain lagi.

(Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto


oleh Anwar Ridhwan)

Nyatakan sudut pandangan berserta tiga contoh dalam petikan novel tersebut. [4 markah]

SUDUT PANDANGAN – Sudut pandangan orang ketiga.

Dia menyertai parti politik paling popular di Ogonshoto yang didukung pihak polis, tentera
dan karyawan umum

… dia mula mengumpul data tentang kelemahan dan kesilapan pihak atasan parti, termasuk
Presiden ketika itu.

Dia mengingat dan membaca kembali kajiannya tentang kumpulan haram atau kongsi gelap
dahulu. T
12

Bahagian Dua [60 markah]


Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2
1. Baca seloka di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SELOKA BOROS DAN JIMAT

Seloka Boros dan Jimat

Katakanlah kau ada ...


Emas bertimbun,
Ataupun beras berguni, berkampit, berkarung,
Wang penuh di gedung, padat di kantung.

Tetapi jika ditabur habur, diborosi,


Semuanya segera juga akan habis pergi.

Walaupun beras, tak terbilang ulasnya,


Akan timpas juga, tak tinggal sebiji.

Begitulah tetap akan akibatnya,


Kalau bersifat boros dan habur;
Jimat cermat sahaja akan ubatnya,
Jika tak mahu harta terkubur.

Bidal Melayu sedia berkata:


“Nak kaya berdikit-dikit,
Nak ramai bertabur urai”;
Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan.

(a) Huraikan empat ciri puisi di atas. [8 markah]

Ciri bentuk seloka


i. Karangan berangkap iaitu 5 rangkap [2 markah]
ii. Rima akhir puisi tidak sama
R1- abcc , R2 – aa, R3 –ab, R4 – abab , R5 - abcd [2 markah]
iii. Jumlah baris dalam rangkap tidak sama Mempunyai 2 hingga 4 baris serangkap
Cth :R1, R4 & R5 – 4 baris, R2 & R3 – 2 baris, [2 markah]
iv. Mempunyai Jumlah patah kata tidak sama iaitu 2-6 patah perkataan sebaris [2m]
Cth: Emas bertimbun (2 perkataan)
Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan. (6 perkataan)
v. Jumlah suku kata tidak sama iaitu 5 - 15 suku kata sebaris [2 m]
Cth: Emas bertimbun (5 sukukata)
Semuanya segera juga akan habis pergi(15 sukukata)
vi. Bentuk bebas [2 markah]
[Maksimum 8 markah]
13

(b) Nyatakan empat gaya bahasa berserta contoh dalam petikan pantun di atas. [8 markah]
Asonansi
Aliterasi
Sinkope
Kata ganda
Peribahasa
Responsi
Anafora

(c) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam puisi diatas. [4 markah]

i. Kita hendaklah sentiasa berjimat- cermat dalam kehidupan seharian.


Cth: Nak kaya berdikit-dikit

ii. Janganlah terlalu boros ketika berbelanja.


Cth: Tetapi jika ditabur habur, diborosi,
Semuanya segera juga akan habis pergi

iii. Kita mestilah sentiasa menolong rakan yang berada dalam kesusahan.
Cth: Nak ramai bertabur urai

iv. Kita hendaklah beringat ketika kaya supaya tidak keseorangan ketika
papa/miskin.
Cth: Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan

2. Berdasarkan Sastera Panji, Raden Puspa Kencana:

(a) Nyatakan tiga persoalan berserta contoh. [12 markah]


(i) Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada pasangan.
Contoh: Raden Inu sangat setia kepada Ken Tambohan sehinggakan sanggup
mencabut nyawanya sendiri setelah melihat mayat Ken Tambohan di atas rakit. [2+2]

(ii) Kecekalan / kesabaran menempuh dugaan.


Contoh; Ken Tambohan sabar dengan dugaan walaupun dihina dan dimarahi oleh
Permaisuri kerana berkahwin dengan Raden Inu. [2+2]

(iii) Kasih sayang antara suami isteri.


Contoh : Raden Inu sangat menyayangi isterinya Ken Tambohan sehingga tidak
sanggup berpisah dengan isterinya. [2+2]

(iv) Perbuatan kejam / zalim membawa padah kepada diri sendiri.


Contoh : Permaisuri telah dihukum menjaga anjing perburuan akibat perbuatannya
membunuh Ken Tambohan. [2+2]

(v) Ketaatan /kepatuhan kepada arahan ibu bapa.


Contoh : Raden Menteri mentaati/mematuhi perintah Permaisuri agar pergi ke hutan
memburu pelanduk dan kijang untuknya. [2+2]
14

(b)

Raden Menteri pun murka. Merah padam warna mukanya. Baginda bertitah dengan
marah, “Hai paman! Hendaklah paman segera bukakan pintu kubah itu. Beta hendak
masuk. Jika paman tidak membukakannya, jiwa paman akan beta ceraikan dengan
badan paman!”

Gementar tubuh penjaga pintu itu seperti pohon kayu ditiup angin kencang
apabila mendengar Raden Menteri murka itu. Dibukakannya pintu kubah itu.
Masuklah Raden Menteri. Pintu kubah itu pun ditutup kembali. Senang rasa hatinya.
Ia pun berjalan-jalan di situ.

Nyatakan empat gaya bahasa berserta contoh dalam petikan pantun di atas. [8 markah]

i. Bahasa istana
ii. Peribahasa / simpulan bahasa
iii. Repetisi kata / pengulangan kata
iv. Simile
v. Epifora
vi. Kata ganda
15

Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)

Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4.

3 Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

CITRA PELANGI 1 MALAYSIA

Kita berfikir tentang sejuta mimpi


yang tumbuh rendang
dari lena dari tidur dari sepi malam
mari kita himpunkan angannya
menjadi mentari pagi.

Kita menyulam sejuta jiwa


yang bergetar dalam riak rasa berbeza
menjadi sebuah lagu cinta
lirik perpaduan seni senegara
rentak fikir bersama berpadu
inilah muzik satu hati sejiwa
rumpun pelbagai bangsa satu bahasa
berlagu senada menari langkah sekata.

Kita menghulur jemari hati


menghantar pesan seloka
mengirim diksi dari langit
mantera dari rumpun Melayu
air mawar dari sumur nusantara
satukan menjadi jamu cinta
kita santap dalam pentas terbuka
di anjung pelbagai sejuta budaya
duduk-duduk berlamalah di sini
sambil menganyam citra pelangi
di wajah 1Malaysia
kelak kita menjadi lebih faham
perlunya berfikir dan bertindak
dalam bersatu
berbeza dan berselisih itu boleh
tetapi kemudian bersatu
tanah air kita tiada dua
hanya satu.

A.Halim Ali
16

(a) Jelaskan dua persoalan di dalam sajak di atas. [4 markah]


(i) Kebudayaan nasional
Contoh : Kita menyulam sejuta jiwa
yang bergetar dalam riak rasa berbeza
menjadi sebuah lagu cinta
lirik perpaduan seni senegara [1+1 markah]

(ii) Perpaduan Kaum


Contoh : rentak fikir bersama berpadu/
inilah muzik satu hati sejiwa/
berlagu senada menari langkah sekata/
berpunya berfikir dan bertindak dalam bersatu [1+1 markah]

(iii) Kepentingan bahasa kebangsaan dalam masyarakat berbilang kaum


Contoh: rumpun pelbagai bangsa satu bahasa
berlagu senada menari langkah sekata [1+1 markah]
(iv) Konsep 1 Malaysia
Contoh: duduk-duduk berlamalah di sini
sambil menganyam citra pelangi
di wajah 1Malaysia [1+1 markah]

(vi) Perbezaan dan perselisihan faham dalam kalangan masyarakat


Contoh : berbeza dan berselisih itu boleh
tetapi kemudian bersatu [1+1 markah]

(b) Huraikan empat gaya bahasa yang terdapat di dalam puisi tersebut. [8 markah]

• Asonansi • Repetisi kata


• Aliterasi • Responsi
• Kata ganda • Metafora
• • Hiperbola

(c) Cipta 12 hingga 15 baris puisi bertemakan semangat cinta akan tanah air. [8 markah]
Pemberian markah berdasarkan - Tema [2 markah]
- Bahasa [2 markah]
- Bentuk [2 markah]
- Kreativiti [2 markah]
Nota :
1. Jumlah baris sajak yang dicipta oleh calon kurang daripada 7 baris,
berikan markah maksimun 4 markah sahaja
2. Jumlah baris sajak yang dicipta oleh calon 7 hingga 11 baris, maksimum markah bentuk ialah
1 markah.
3. Jika calon tidak menulis tajuk sajak , tolak 1 markah kreativiti
4. Jika calon menghasilkan sajak lebih daripada 15 baris, periksa seperti biasa
Sajak yang tidak menepati tema, markah tema ialah 0
Maksimum : 8 markah
17

4 Berdasarkan drama Anna karya Kemala:

(a) Jelaskan empat perwatakan Anna. [8 markah]

(b) Nyatakan empat nilai murni berserta contoh. [12 markah]

(b) Empat nilai murni


(i) Nilai Pengorbanan
Contoh : Pengorbanan Mak Munah sehingga sanggup mengadai tanah-tanahnya demi
membiayai pengajian Zaki / Pengorbanan Anna meninggalkan pengajian dan ayahnya
demi Zaki. [1+2]

(iii) Nilai Kasih sayang


Contoh : Kasih sayang Mak Munah terhadap Zaki,
Kasih sayang Zaki terhadap ibunya, Kasih sayang Anna terhadap ayahnya, Kasih
sayang Mak Munah terhadap menantunya [1+2]

(iii) Nilai Keinsafan


Contoh : Anna insaf akan kesilapan yang telah dilakukannya selama ini dan ingin
kembali ke England untuk bertemu ayahnya dan menyambung pengajiannya.
[1+2]

(iv) Nilai Bertolak ansur


Contoh : Mak Munah bertolak ansur dengan menantunya dan memujuk Anna agar
tidak meninggalkan Zaki dan Tina [1+2]

(v) Nilai Nasihat-menasihati


Contoh : Dr Chan yang banyak memberi nasihat kepada Anna dan Zaki dalam
menyelesaikan masalah rumah tangga mereka. [1+2]

(vi) Nilai Persahabatan


Contoh : Persahabatan yang terjalin antara Dr Chan dengan Zaki dan Anna
menyebabkan Dr Chan sering menasihati dan sudi menghulurkan pertolongan.
[1+2]

(vii) Nilai Keprihatinan / Simpati


Contoh : Dr Chan yang sanggup / berjanji akan memulihkan penglihatan Mak Munah
[1+2]

(ix) Nilai Bertanggungjawab


Contoh : Sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh Mak Munah terhadap Zaki.
[1+2]

[ Maksimun 12 markah ]
18

Bahagian C
(Cerpen dan Novel)
Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6.
5
Pak Yasok menyeka air matanya. Semuntal kain batik lepas yang mengikat
kepalanya diuraikan. Dengan kain batik lepas di tangannya. Pak Yasok mengesat mata
tuanya yang basah. Pak Yasok rasa menyesal, dia tak sepatutnya berkasar dengan anak
menantunya. Ustazah Faezah, menantunya sejak peristiwa itu segan untuk pulang ke
rumahnya. Sauki pulang juga dengan anak-anak. Pak Yasok tidaklah marah sangat tetapi
apabila kata-kata nasihat itu meluncur, dia tak tahan lagi nak menjawab. Menantunya itu
berasakan dirinya sudah alim betul, sudah banyak amal ibadatnya.
‘Sauki pun tak patut membiarkan isterinya yang menasihati aku’, bisik Pak Yasok.
Patutnya Sauki sendiri yang cakapkan. Tapi Pak Yasok tahu, Sauki tidak akan tergamak nak
ucapkan itu kepada dirinya. Sauki, Sulida dan Naemah semuanya masuk sekolah sehingga
ke universiti dengan duit hasil wayang kulit. Hasil duit ringgit yang Pak Yasok jadi tok
dalang dari satu kampung ke kampung lain, menjinjing cerita dari satu bangsal ke bangsal
yang lain, Sauki patut memberitahu kepada isterinya yang dalam darahnya itu mengalir
warna merah daripada hasil wayang kulit.
Tidak mengapalah kalau Faezah tidak mahu balik. Pak Yasok dan Mak Esah tak
kisah sangat. Tapi kalau Faezah sekat Sauki dan cucu-cucunya balik ke rumahnya, itu sudah
melampau. Pak Yasok akan ke Kuala Lumpur ke rumah anak menantunya. Tapi Sauki
anaknya, reti bahasa, apabila cuti dia balik juga dengan anak-anaknya. Dan Faezah malu,
sedikit masa lagi, apabila perasaan marah Pak Yasok sudah kendur, Pak Yasok akan ke
rumah menantunya itu.
[hal.79]
Dipetik daripada cerpen Air Mata Dalang
karya Rahimidin Zahari
(a) Huraikan tiga pengajaran berserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen di atas.
[12 markah]

(b) Sambung petikan cerpen di bawah. Panjangnya sambungan cerpen yang anda tulis
hendaklah lebih kurang 80 patah perkataan. Cerpen tersebut hendaklah bertemakan
kegigihan seorang bapa. [8 markah]

Sudah seminggu Pak Mail tidak keluar rumah. . Dia begitu asyik dan
tekun menyiapkan kerjanya.

[8 markah]
19

6 Berdasarkan Bab 2: Jeneral dalam Novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan
Sasterawan Negara:

(a) Huraikan dua persoalan berserta contoh. [8 markah]

(b) Jelaskan empat gaya bahasa berserta contoh.yang terdapat dalam petikan di bawah

[8 markah]

(c)
Telah bertahun-tahun pegawai itu menanam pengaruhnya di Ture. Dia telah melihat benih
yang ditanamnya itu sedang tumbuh rendang dengan daun-daun persahabatan yang sangat
hijau. Dia telah memupuknya sepanjang masa dengan resam dan gurauan cara Ture. Dia
juga telah lama, jauh lebih lama, menjadi umang-umang Ture berbanding jeneral. Di
pejabat dia sentiasa berpakaian seperti pegawai kanan pemerintah. Jika berkunjung ke
kampung nelayan, dia berpakaian seperti kebanyakan nelayan Ture. Jika ke pekan, dia
berpakaian seperti orang kebanyakan. Jika ke pendalaman, dia hampir tidak memakai
apa-apa.
Kenapa jeneral ke Ture dan turut menjadi umang-umang sepertinya? Gerutu
pegawai itu. kenapa tidak jadi paus biru sahaja, dan muncul sebentar di Selat Gareva,
kemudiannya pergi berhambus ke hujung Pasifik, dan membunuh diri di pasir pantai
Chile?

Anda mungkin juga menyukai